ada sahabat minta aku jelaskan bagaimana nak solat dalam keadaan trance seperti yang aku tulis dalam 'power of repetition in zikir'.. aku pun masih melatih diriku, jadi mungkin kita boleh sama-sama kongsi dan nanti kita boleh bertukar pendapat.. mungkin anda akan dapat menemui cara yang lebih mudah dan berkesan.. maka nanti terangkan pada aku pula..
tahap pertama ialah semasa anda berdiri qiyam untuk takbiratul-ihram, anda harus memasuki kondisi bawah sedar.. prinsipnya ialah menurunkan gelombang otak anda ke kondisi alpha/theta (rujuk 'inside your brain').. rilekskan tubuh anda dan fokuskan fikiran anda dengan memandang ke bawah ke arah tempat sujud anda.. sejadah yang mempunyai gambar kaabah mungkin dapat membantu fokus anda.. atau mungkin juga anda perlukan sejadah yang tidak mempunyai corak supaya tidak mengganggu fokus anda.. pilih mana yang sesuai untuk anda..
kondisi alpha/theta ini adalah sama dengan keadaan ketika anda mahu tidur atau ketika berangan-angan.. jika anda tidak pasti bayangkan/rasakan ketika anda mahu tidur.. sememangnya ini perlu kita latih.. salah satu cara melatihnya ialah dengan berzikir.. (rujuk 'power of repetition in zikir'). salah satu cara lagi ialah dengan menanamkan 'anchor' ketika berzikir.. begini caranya..
kita ambil contoh zikir mudah, tahmid, tasmid, takbir.. jika anda melatih diri anda untuk memasuki trance dengan cara zikir, tanamkan 'anchor' ketika sampai kepada tasbih takbir.. katakan pada diri anda bahawa ketika anda mengucap 'Allahu Akbar' dan mengangkat tangan anda seperti ketika takbiral-ihram anda akan memasuki kondisi seperti yang anda rasakan ketika itu (kondisi trance/bawah sedar/ alpha/theta).. ketika anda menanamkan 'anchor' ini, angkat tangan anda dan lakukan takbiratul-ihram secara fizikal.. lakukan ini beberapa kali dan beberapa sessi supaya 'anchor' anda benar2 mantap..
mungkin jika ada teman anda yang anda percayai dan tahu cara hypnosis, anda mungkin boleh meminta bantuan mereka untuk melakukan 'anchoring' ini untuk anda.. mungkin juga kata-kata 'Allahu Akbar' saja boleh dijadikan 'anchoring'.. setiap kali anda menyebutkan atau mendengar kalimat 'Allahu Akbar' anda akan masuk ke kondisi bawah sedar dengan lebih cepat dan lebih mudah..
jika 'anchor' ini telah mantap dalam minda bawah sedar anda, maka insya-Allah setiap kali anda mengangkat tangan takbiratul-ihram, anda akan secara automatis memasuki kondisi trance.. dan insya-Allah anda akan merasakan ketenangan dan kyusu' sepertimana yang anda dapat rasakan ketika berzikir tadi..
'anchor' ini bukan hanya berlaku ketika takbiratul-ihram, tetapi akan terus berlaku setiap kali anda takbir di antara rukun solat.. mudah-mudahan selepas ini kita akan mendapat kyusu dalam setiap rukun solat.. amin..
jazakallah khair for sharing, it really helps :)