menemukan jawapan


beberapa hari lepas, ketika mengendalikan satu sessi terapi berkumpulan, seorang peserta menceritakan cabaran (bukan masalah! ;)) yang sedang dihadapi dalam hidupnya.. oleh kerana itu adalah sessi terapi berkumpulan, maka perbincangan diadakan secara terbuka.. walaupun dari awal aku sentiasa mengingatkan bahawa setiap peserta tidak boleh bersikap prejudis dan membuat kesimpulan awal, namun kerana setiap peserta itu saling kenal-mengenal antara satu sama lain, mereka seakan tidak sabar untuk memberi pendapat masing2 terhadap cabaran hidup teman2 mereka..

aku katakan bahawa setiap orang berhak merasakan apa yang dia rasakan.. kalau dia rasa sedih, dia berhak untuk sedih.. begitu juga dengan marah, kecewa, sakit hati, dsb.. ini diri kita sendiri, kita tahu apa yang kita rasa.. apabila kita berkongsi dengan sahabat kita, kita mahu berkongsi perasaan itu, kita tidak mahu dihakimi.. sama ada kita benar atau kita salah.. ditahap pertama, kita hanya mahu berkongsi apa yang kita rasa.. hanya saja kadang2 kita terbawa2 oleh perasaan kita sendiri.. disaat inilah perlunya seorang sahabat menghentikan kita, menegur dan mengingatkan kita.. supaya kita tidak berterusan larut dalam emosi kita sendiri..

ketika kita sudah mengakui emosi yang ada dalam diri kita, maka barulah kita boleh mengambil sikap yang sepatutnya.. bayangkan anda sedang marah, dan kawan anda secara berterusan mengatakan bahawa anda tidak perlu marah.. disebalik kenyataan bahawa minda bawah sedar kita tidak boleh memproses perkataan 'jangan' dan berstimulasi terhadap emosi dlm perkataan 'marah', menyebabkan anda semakin merasa marah.. anda perlu mengakui bahawa emosi marah itu wujud dan memahami bahawa anda memang sedang marah.. lalu bertanyalah pada diri anda apa yang menyebabkan anda merasakan perasaan tersebut.. menjadi kritis terhadap diri sendiri..

menerima keadaan diri kita adalah menghargai diri kita.. menghargai dan mengkagumi diri kita bahawa kita mampu bereaksi terhadap cabaran yang sedang kita hadapi.. contohnya, emosi marah itu energi yang sangat besar.. rasakan apabila kita marah, jantung kita berdetak kencang, darah terasa mengalir laju, otot2 kita menegang, dan rasakan bahawa setelah marah kita anda menjadi penat.. maka mahu kita apakan energi yang sangat besar itu? bagaimana kita mahu menggunakannya?

seringkali ketika kita emosi, kita akan mudah mengikut apa yang dikatakan oleh orang lain.. disebalik kenyataan bahawa ketika kita emosi, minda bawah sedar kita terbuka besar, menerima semua input tanpa filter, dan merakam semuanya sebagai satu 'kebenaran'.. energi yang terhasil menyebabkan tubuh kita tidak mahu menunggu lagi untuk bertindak supaya tenaga yang terkumpul dapat disalurkan.. andai saja kita dapat mengendalikan energi ini dan menyalurkannya untuk apa yang boleh menjadikan kita lebih baik dan lebih hebat..

begitu juga ketika kita mendengar kisah mengenai cabaran yang sedang dihadapi oleh sahabata kita.. kerna kita mempunyai hubungan emosi dengannya.. kerna dia penting dalam hidup kita.. dengan mudah kita mampu menyamakan frekuensi emosi yang dia rasakan di dalam diri kita.. dan kita seakan tidak mampu menahan energi yang terhasil dari cetusan emosi itu untuk membantu dia.. apalagi bila kita mengetahui jalan untuk mengatasinya..

hanya saja kita lupa sesuatu.. itu agenda siapa? adakah agenda hidup kita atau agenda hidup sahabat kita? bagaimana dia mampu mengubah mind statenya yang penuh dengan emosi sedih dan marah menjadi tenang dan bahagia? mengikut cara kita atau cara dia? kita boleh kata apa saja tetapi itu hidup dia.. dari satu perspektif lain, adakah kita mahu mengatasi cabaran yang dia hadapi atau kita mahu menuntaskan cabaran kita? kita menghadapi diri kita atau dia? kita atau dia?

setelah peserta itu diberi kesempatan merasakan emosi yang dia rasakan dan memahami apakah perasaan dia sebenarnya, ketika itu aku mahu berekperimentasi lagi.. instead of changing his mind state drastically, as usual technique, i thought of using his own energy to achieve better result..

maka aku pun bertanya, "berapa besar rasa kesedihan kamu sekarang?"

"seberapa lama lagi kamu boleh menerima kesedihan itu dan menyimpannya?"

"apa yang harus kamu lakukan utk menghilangkan kesedihan itu selamanya?"

"adakah setelah melakukan itu kamu yakin kamu dapat menghilangkan kesedihan itu?"

"jadi, apakah yang pertama sekali perlu kamu lakukan?"

subhanallah, tidak ada seorang pun perlu memberitahu dia apa yang perlu dilakukannya untuk menghilangkan kesedihan itu.. kerna dia sudah mempunyai jawapan dan solusi untuk cabaran yang sedang dia hadapi.. apa yang perlu teman2nya lakukan hanya mendokong dan memberi sokongan..

sungguh Tuhan tidak menjadikan cabaran itu untuk kita melainkan jawapan itu ada bersamanya.. Maha Suci Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang tidaklah sekejam yang kita bayangkan.. Dia tidak pernah mahu menyusahkan kita melainkan mahu mengajar kita menjadi diri kita sendiri yang lebih baik dan lebih hebat.. Allah Maha Besar.. maka setiap penyakit itu didatangkan dengan ubatnya, kecuali mati dimana penyembuhnya adalah Yang Maha Esa..

setiap yang berlaku itu ada hikmah dan pengajarannya.. dan aku belajar sesuatu, bahawa aku mungkin tahu setiap solusi dalam cabaran hidup seseorang, namun adalah sangat besar rahmat jika kita saling membantu menemukan jawapan yang paling tepat dengan melihat ke dalam diri kita sendiri dan membenarkan sahabat kita menemukan jawapan yang tepat dalam dirinya sendiri.. semoga Tuhan memberkati dan memberi rahmat dalam persahabatan kita.. amin..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008