re-define virginity?

Topik:isu dara : everybody deserve a second chance...
by layanbluesz on 17hb Februari 2005, 1:14:34 tghari..
ye ker?takleh nak judge atau terus hukum ajer kan...kisahnya camni...kawan kepada kawan aku menikahi perempuan yang takder dara...perkara ini diberitahu oleh isterinya bila diorang di malam pertama sedangkan masa bercinta awek dia tak kasi tahu dan lelaki tu pun tak tanya...apa pendapat kau orang?

Wali9 quote:
Terima dgn redha....baru bernikah takkan nak cerai berai....whats past let it go.....live for now to the end

emm.. aku punya pendapat berbeza.. bagi aku still kawan kepada kawan blues tuh ada hak utk menceraikan perempuan tuh.. dan itu tidak ada salahnya.. dan aku rasa kita zalim kalo paksa dia terima benda yg dia takleh terima..bagi aku.. kalo nak citer citer awal2 macam kata minah_comee.. kalo tidak jgn cakap terus macam kata yangseri.. sebab kalo dia betul2 teruna dia tatau dara tuh camna.. dan zaman skrg nih bak kata farzana hampir semua pompuan takder dara..

zainor quote:
Isu dara dibesar2kan. Isu teruna pulak, tak siapa pun ambil kisah.

ada sebab.. dan pendapat aku nih bukanlah berpihak pada lelaki tapi sebagai pandangan aku ttg mengapa isu dara itu sangat penting.. ia berkenaan dgn keturunan.. aku tanak elaborate tapi itulah sebab utamanya..

isu dara nih adalah pada lelaki bkan psal benda dua inci tuh.. ia berkenaan dgn ego lelaki.. apakah yg spes i a l sangat psal dara sedangkan mak janda juga byk yg org tergila2.. its about conquering.. being the first.. its about ego.. so bila kita paksa lelaki menerima apa yg dia takleh terima maknanya ko suh dia hancurkan ego dia.. lelaki tanpa ego bukan lelaki..

ini berbeza kalo lelaki tersebut mmg bersedia menghadapi semuanya.. so ego dia masih tidak hancur.. dan dia boleh bina semula semua yg dia inginkan.. tapi tidak keterlaluan kalo aku kata sangat zalim kita paksa kawan kepada kawan blues tuh tidak menceraikan isterinya jika dia tidak dapat menerima hakikat.. kerna meneruskannya juga akan membawa kepada permalsahan yg lebih besar..

danialhafis quote:
setiap orang harus diberi peluang...apapun kesalahan mereka dimasa lalu sekiranya telah sedar akan kesalahan tersebut., tidah ada manusia yang tidak pernah membuat kesilapan ..., hanya mereka2 yang diberi keistimewaan oleh Allah.

dani.. aku setuju dgn ko.. dalam konteks citer nih.. kita lihat kedua2 buat silap.. yg pompuan silap telah tidak dara.. yg lelaki silap kerna tak kompem dulu sblm nikah.. so bila kita kata bagi peluang.. dua2 kita kena bagi peluang.. betul?

tidak adil kalo kita bagi peluang kat pompuan tapi tak bagi peluang kat lelaki.. sebab damagenya sama.. beri mereka peluang untuk membuat pilihan.. berlapang dada dgn keputusan diorg.. bukan kita bagi diorg peluang utk tetap ikut pilihan kita..

aku dah pernah tgok situasi nih.. mula2 mmglaa bab bagi peluang.. tapi ini persoalan hati.. kita tak duduk atas kerusi dia, kita tak akan paham.. aku lebih suka kalo mereka pikirkan baik2.. dan buat keputusan yg wajar utk kebaikan bersama.. tak guna meneruskan sesuatu yg sudah kurang keikhlasannya.. esok bila dah ada anak dan perasan tuh masih 'tak lepas'.. damagenya akan lebih besar lagi.. masalah akan jadi lebih kusut..

tak salah kalo kawan pada kawan bluesz tuh buat decision utk berpisah.. bukan semua org boleh handle situasi macam tuh.. sama cam org pompuan nak bagi peluang pada laki lepas tau laki tuh bersama pompuan lain.. yg aku sebut tuh bab perasaan ya.. sebat situasi lain kita akan buat analisis lain..

isu dara dan teruna.. seperti yg aku dah sebut adalah tentang ego manusia.. about being the first and conquering.. ada jugak yg buat interpretasi sebagai maksud kejujuran.. tapi its not about the physical virginity..

meh kita cakap psal dara.. bukan semua org pompuan ada selaput dara yg tebal yg tak akan koyak sebab aktiviti biasa macam naik beskal, panjat pokok, berlari2, langkah longkang, etc.. org dulu tak bagi anak pompuan ganas psal nak jaga selaput dara nih.. sebab itu tanda maruah keluarga..

to be frank, byk org lelaki tak tahu pun dara tuh camna rasanya.. sebab kalo dia benar2 teruna, mmg dia takkan tahu.. cuma main agak2.. paling klise bab pagi ada tompok darah.. jgn salah kalo ada dara terkoyak dgn sedikit sangat darah hingga tak kelihatan atas cadar.. lebih2 lagi cadar kawin yg macam2 warna.. semua pompuan muda tuh ketat.. so ketat bukan tanda dara.. ada yg anak tiga pun masih ketat lagi.. jgn salah.. kalo nak dalam lagi kita citer kat tempat lain..

dalam zaman moden nih, kita punya interpretasi dara dah berbeza.. dara yg kita maksudkan ialah tidak pernah berhubungan seks dgn org lain.. itu yg kita sebut masih suci.. ini yg byk org maksudkan tapi selalu jumble up dgn description selaput dara.. even nak buat balik selaput dara pun boleh skrg nih.. sama juga dgn permasalahan teruna..

layanbluesz quote:
apa yang aku kesal sekarang remaja sekarang macam tak kisah kalau pakwe diorang ajak tidur ker romen ker...

baca mesej bluesz.. aku tercuit lak dgn satu quote salah sorg teman ku lama dulu.. dia cakap ringan2 takpa sebab dia masih dara.. so adakah definisi dara di sini relevan dgn apa yg kita pertikaikan? dia buat semua alternatif except memasukkan.. adakah ini dara yg kita cari? cuba kita renungkan semula.. bagaimana nak tahu pompuan tuh benar2 dara yg sesuai dgn persepsi kita? emm..

wandelarocha quote:
Takkan dia nak ceraikan isteri dia tu semata-mata kerana tiada dara. Aku rasakan tidak sepatutnya berlaku. Yang perempuan pon tidak sepatutnya selepas kahwin baru nak menceritakan perkara sebenar, itu perkara peribadi dia. Jika dia sudah tiada dara, berhak untuk menyimpan rahsia tersebut sampai mati jika perkara tersebut berlaku sebelum mengenali lelaki yang menjadi suaminya. Jika lelaki tersebut tergamak menceraikan isterinya atas alasan tersebut maka, perkahwinan tersebut hanyalah kerana seks sahaja untuk lelaki itu.

apa yg patut pada kita tak semestinya patut pada org lain juga.. dan apa yg tak patut pada kita mungkin saja patut pada org lain.. benar itu adalah apa yg kita percaya.. sama dgn hak simpan rahsia sampai mati.. kalo nak kira patut tak patut panjang lagi laa ceritanya..

yg aku cuba tekankan adalah keputusan itu hak yg mendapat pilihan.. bukan hak kita menentukan apa yg patut utk org lain.. dan jika lelaki menceraikan isteri kerna alasan tersebut tidak bermakna kerna seks.. dara itu bukan sekadar seks.. ia lebih kepada aspek maruah dan harga diri.. dan menanggung tekanan itu sepanjang hidupnya.. bukan aku kata ceraikan semua isteri yg ko baru tau takder dara.. atau test dulu sebelum kawin.. atau check dan paksa dia mengaku.. bukan itu maksud aku..

yg aku tekankan adalah hak individu utk membuat pilihan.. kalo dia boleh terima maka teruskanlah perkahwinan tapi kalo dia takleh terima aku rasa tidak salah dia menceraikannya.. itu hak dia untuk membuat pilihan.. dan bukan hak kita utk mengatakan mana2 pilihan dia yg salah dan benar..
Read On 0 ulasan

implikasi buah khuldi

emm.. asal kejadian manusia itu Tuhan menciptakan lelaki.. dan Hawa diciptakan atas dasar kesunyian Adam as dan dari sebahagian dari diri Adam as sendiri.. ini hakikat wanita.. wanita diciptakan bukan untuk melengkapkan tetapi utk menghibur dan menemani lelaki.. asal kejadian perempuan itu sendiri menyebabkan lelaki tidak sempurna..

mengapa buah khuldi jadi larangan di dalam syurga yg sepatutnya semua halal? bukanlah satu kesilapan Adam as memakannya bahkan larangan itu tersirat dgn hikmah.. itu adalah pilihan buat Adam as.. dia tahu akan implikasinya ttg buah khuldi.. maka mengapa Tuhan menjadikan Hawa? benarkah Adam as kesunyian didalam syurga? bukankah syurga itu sebaik2 tempat sehingga seharusnya erti sunyi itu tidak sepatutnya wujud didalam kamus tenang? Adakah Hawa dijadikan utk menjadi sebab Adam as membuat pilihan memakan buah khuldi?

wanita adalah asas mengapa lelaki membuat pilihan diluar kemahuannya? apakah kehidupan lelaki yg sebenar? benarkah wanita diciptakan supaya lelaki menikmati dunia? maka apa pula kehidupan wanita? benarkah lelaki perlukan wanita? untuk apa?

begitu banyak soalan yg hanya terjawab dgn memahami hakikat wanita.. apa hakikat wanita? lihat pada asal penciptaannya.. mengapa Tuhan menciptakan Hawa utk Adam as? wanita diciptakan utk lelaki.. dan mengapa pula kemudiannya lelaki dilahirkan oleh wanita? adakah hikmah yg lain? mengapa Tuhan menjadikan wanita berkemampuan utk hamil dan melahirkan sedangkan lelaki lebih mampu utk melakukan semua itu? benarkah lelaki lebih mampu?
berbalik pada persoalan buah khuldi.. byk yg melihat buah khuldi sebagai simbol pada pilihan.. sedangkan Adam as memahami akan impak terhadap larangan tersebut dan Tuhan Maha Mengetahui bahawa Adam as tidak akan membuat pilihan yg bertentangan dgn larangan.. seterusnya Tuhan ciptakan Hawa dari bahagian tubuh Adam as yg paling lemah.. mengapa bahagian tersebut?

ada yg melihat penciptaan Hawa dari rusuk Adam as sebagai simbol bahawa sekuat mana pun lelaki jika bahagiannya yg terlemahnya digunakan maka dia akan melakukan apa saja walau diluar kemahuannya.. apakah bahagian terlemah tu?

byk yg berpendapat bahwa penceritaan buah khuldi ini adalah berkaitan dgn hidup.. ttg bagaimana hidup ini adalah mengenai membuat pilihan.. Tuhan perjelaskan dgn kebaikan dan kejahatan, pahala dan dosa, syurga dan neraka.. dan Tuhan katakan bahawa Dia Maha Mengetahui akan segala yg telah, sedang dan akan berlaku.. ttg bagaimana Dia Maha Mengetahui apa yg terdetik dalam hati manusia.. tetapi Dia Maha Bijaksana memberi kita pilihan.. apa maksudnya? Dia mahu kita memilih sedangkan Dia tahu apa pilihan kita? apa maksud hidup?

kita tinggalkan dulu persoalan tuh dan berbalik pada wujudnya wanita.. maka apa pula fungsi wanita dalam kehidupan? Tuhan menjadikan lelaki utk dunia.. Tuhan menjadikan wanita untuk lelaki.. berapa banyak lelaki yg memainkan peranannya terhadap dunia dan seramai manakah wanita berfungsi utk lelaki?

antara panggilan anak dan suami.. siapa yg perlu didahulukan oleh wanita? anak itu harta buat bapanya.. apa pula harta isteri? lebih mudah lagi dimana redha isteri?

balik pada persoalan 'anak itu harta buat bapanya'.. mengapa anak harus menyahut panggilan ibu dahulu dari bapanya? lebih mudah juga dimana redha seorg anak?

ada yg membuat kesimpulan.. seorg lelaki harus lebih menyayangi ibunya dan seorg isteri harus menyayangi suaminya melebihi dari isi dunia.. dunia lelaki adalah ibunya dan dunia wanita adalah suaminya.. how true is the truth?

kembali pada asal penciptaan.. wanita diciptakan utk lelaki.. bukan hanya lelaki yg harus menghargai tetapi wanita utk menginsafi wujudnya sendiri.. seterusnya lelaki dilahirkan oleh perempuan.. Maha Bijaksana Tuhan pencipta seluruh alam semesta dan isinya.. kesempurnaan hidup berlaku..

bagaimana jika lelaki tidak dilahirkan oleh wanita dan diciptakan seperti penciptaan pertamanya? dimana kedudukan wanita dalam kehidupan? menginsafi itu membuatkan ada yg berpendapat bahawa setiap keburukan yg dijadikan dan diturunkan kepada kita itu adalah kebijaksaan Tuhan Yang Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba-Nya.. dan setiap kekurangan kita itu terpulang pada kita utk menjadikannya bagaimana.. itu pilihan yg kita ada.. setiap itu sebagai tanda betapa kerdilnya kita disisi-Nya.. wallahualam..
Read On 0 ulasan

Demokrasi terpimpin?

dua hari lepas aku bersembang lagi dgn satu lagi mak janda psal demokrasi dlm rumahtangga.. dia kata demokrasi lebih baik dari autokratik.. aku kata bullshit.. demokrasi yg byk menghancurkan rumahtangga.. bila demokrasi berlaku maka kekuasaan yg seharusnya berada ditangan lelaki terpindah milik.. bagaimana lelaki nak menjalankan tanggungjawabnya tanpa kuasa?

byk org pompuan kata dia ikut jer cakap suami tapi lebih byk yg pembohong.. bila suami nak buat sesuatu dia argue.. bla bla.. keluarlah zaman moden.. hak wanita.. tanggungjawab bersama.. badabing badabung.. sampai laki tuh ikut jerlaa.. malas nak sakitkan kepala otak.. tapi kalo muncul masalah siapa yg akan dipersalahkan? "awak suami, awaklah kena tanggungjawab".. "patutnya awak buat bukan saya".. itu tipikal arguement..

so utk lelaki.. jadi lelaki.. be a man.. get back to your throne.. sudah sampai masanya kita tidak terbuai dan terhalang dgn rumahtangga sehingga kita tidak dapat melakukan tanggungjawab pada diri kita dan masyarakat.. sayang isteri tinggal2kan, sayang anak tangan2kan.. kita kena tahu bila kena kata tidak dan bila kena bersetuju.. kita yg setkan hala tuju dan kita kena pimpin mereka..
Read On 0 ulasan

life is about choice

kita hidup dlm dunia nih adalah kerna pilihan.. kita memilih untuk dilahirkan ke dunia.. dan kita sendiri yg memilih bagaimana untuk menjalankan hidup kita.. atas dasar itu kita kena bertanggungjawab dgn setiap pilihan kita.. termasuk pilihan selepas mati..

bila Tuhan kata Dia tahu yg sudah, sedang dan akan kita buat.. apa maksudnya? begitu juga dgn jodoh pertemuan.. its about choice.. bila sesuatu berlaku setelah kita membuat pilihan maka semuanya berlaku kerna pilihan kita.. kita yg bertanggungjawab atas pilihan kita..

cuba bayangkan kita hidup tanpa pilihan.. betapa monotonenya hidup kita dan tidak bererti.. maka pilihan itu yg mewarnai hidup kita.. setelah diberi pilihan dan setelah membuat pilihan perlukah kita menyesali pilihan kita? hidup harus diteruskan kerna ada byk lagi pilihan selain daripada menyesali kehidupan lampau..

dengan memilih, kita punya kekuatan untuk bangkit.. dengan memilih, kita punya alternatif utk meneruskan perjuangan hidup.. do we have to lose the war bcoz we lost one battle? pertanyaan yg harus di persoalkan adalah apakah pilihan seterusnya..

begitulah Maha Bijaksana Tuhan menjadikan setiap sesuatu berpasangan.. kita sentiasa ada minimum dua pilihan.. lelaki atau perempuan.. bahagia atau derita.. ketawa atau menangis.. berjaya atau gagal.. hidup atau mati.. syurga atau neraka.. dan setiap pilihan itu berpasangan..

kita mainkan imaginasi dan kreativiti kita.. dalam lelaki ada perempuan.. dalam derita ada bahagia.. dalam menangis ada ketawa.. dalam gagal ada berjaya.. dalam mati ada hidup.. dan dalam neraka ada syurga (ini dlm konteks neraka dunia).. jadikan setiap kelemahan itu kekuatan buat kita.. itu juga pilihan utk kita.. kita adalah apa yg kita pikirkan..

jangan jadikan kesilapan itu satu penyesalan sebaliknya jadikan dia sebagai pemangkin dan kesempatan utk memikirkan semula segala pilihan yg telah kita buat supaya kita mampu membuat pilihan yg lebih baik di masa depan..

sesungguhnya Maha Bijaksana Tuhan Pencipta alam dan segala makhluk-Nya.. Dia Maha Mengetahui akan segalanya.. kita sebagai hamba-Nya hanya perlu merenung setiap kejadian dan mempelajari utk memperbaiki hidup kita.. wallahualam..
Read On 0 ulasan

letter to hubby

dear frens..
walaupun aku sentiasa kelihatan seperti memperjuangkan poligami tapi to be frank, aku lebih percaya pada monogami.. the truth, bapa aku sendiri kawin dua.. so aku tau bagaimana rasanya kawin dua, bagaimana perasaan bapa aku, mak aku, isteri kedua bapa aku, adik2 aku, anak2 mereka dan seluruh keluarga.. dan bagaimana pula sebagai anak lelaki dan anak sulung aku menguruskan segala kesedihan.. but thats all history..

permulaan kepada kesilapan adalah tidak menyiapkan isteri utk berdikari.. dan ini bukan hanya silap lelaki yg mahu berkahwin lagi tapi jg pada lelaki yg belum mahu kawin lagi.. menyediakan isteri untuk menghadapi sesuatu yg tidak disangkakannya.. expected the unexpected.. kerna kita bila2 masa boleh tiada.. fikirkan.. bolehkah mereka bertahan dgn harta dan ilmu yg kita tinggalkan? bagaimana mereka nak bangkit semula.. material and emotional..

setiap isteri yg sudah bersedia tidak akan membuat sesuatu yg bodoh.. kerna mereka tahu apa nak dibuat dan bagaimana nak bertindakbalas terhadap sesuatu yg tidak diduga.. isteri itu cermin kita sebagai suami..

berumahtangga bukan setakat menyediakan keperluan di waktu sekarang tetapi juga diwaktu mendatang.. contohnya dalam mencari harta.. adakah harta yg kita cari itu utk kesenangannya? atau utk diri kita sendiri? itu persoalan yg perlu kita jawab.. jika benar utk si dia, adakah kita menyakitinya dalam proses mencari harta itu? adakah harta itu menjamin hidupnya di dunia dan akhirat? cuba jengok2 ke hati isteri kita hari ini adakah mereka merasa terkorban dgn pengorbanan kita? adakah kita berada disampingnya setiap kali dia memerlukan kita? adakah harta yg kita tinggalkan kelak menjadi kesenangannya atau bakal menjadi penyakit buatnya?begitu juga didikan rohani.. adakah emosinya stabil? bolehkah dia hidup tanpa kita? sudahkah kita membahagiakan mereka? atau selama ini kita hanya cuba membahagiakan diri kita sendiri? pernahkah kita tahu apa yg sebenarnya mereka mahu dari kita?

memahami poligami membuat kita mengenali keperluan diri.. apa yg kita mahu, apa yg kita perlu dan apa yg boleh kita perbaiki.. benar aku pernah kata kerna sesuatu yg tiada pada isteri kita.. tapi adakah sesuatu yg tiada itu benar2 kita perlukan? adakah isteri kita benar2 tidak mampu mengadakan keperluan itu? atau kita yg tidak pernah mahu menggali kemampuan isteri kita?

bila kita rasa kita tidak dihargai.. how true is the truth? when communication breakdown.. is it about her or mainly about us? bukankah kita yg mentadbir rumahtangga kita, mengapa ada yg tidak berpuashati dgn pentadbiran kita? mereka tidak nampak atau kita yg tidak melihat?

isteri adalah satu anugerah Tuhan yg sangat tidak ternilai.. wujud mereka utk kita.. bukan utk perkara lain.. penciptaan mereka semata2 utk kita sebagai lelaki.. melayani, meneruskan keturunan, penyejuk mata dan penghibur hati.. kadang2 aku lihat lelaki melayan 'anjing' peliharaannya lebih baik dari isterinya sendiri.. lupakah kita akan hakikat isteri?

melihat akan kekurangan isteri itu adalah menilai akan kelemahan diri lelaki.. bukan mereka yg semakin tidak menyenangkan tetapi kita yg semakin menyebalkan.. begitu juga dgn hukum nafsu dan akal.. perempuan itu umpama nafsu kita.. kalo akal kita tidak dapat menundukkan nafsu maka diri kita akan kacau bilau.. adapun nafsu itu mmg fitrahnya utk ditundukkan maka apa pula kelebihan kurniaan akal pada manusia?

melindungi isteri adalah melindungi bahagian diri kita yg paling lemah.. kalo bahagian diri kita yg kuat tak dapat melindungi bahagian yg paling lemah maka apalah guna kekuatan yg dikurniakan-Nya.. apalah gunanya kita diciptakan sebagai lelaki.. kalo lelaki tidak mampu melindungi wanitanya maka wajarkah lelaki itu dipanggil dayus?

byk lelaki tidak dapat mengendalikan isterinya.. itu bermakna lelaki tidak dapat mengendalikan nafsunya sendiri.. adakah akal kita tidak berguna atau kita tidak tahu menggunakan akal kita? hidup adalah satu proses yg panjang.. akal kita berkembang sebanding dgn pengalaman.. pengalaman adalah pelajaran yg terbaik.. pengalaman bukan sekadar merasai tapi mengutip pedoman disepanjang perjalanan.. bukan hanya apa yg terjadi pada diri kita tapi juga pada persekelilingan kita..

lelaki adalah sebaik2 penciptaan Tuhan dan perempuan adalah sebaik2 penciptaan buat lelaki.. menginsafi isteri sebagai sebahagian dari diri kita umpama mengendalikan nafsu kita secara nampak.. yg sepatutnya kita hargai sebagai kelebihan yg Tuhan kurniakan kepada kita.. wallahualam..
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008