bila surau dirobohkan..


kengkawan ramai tanya kenapa blog aku jadi bisu sekian lama. walaupun mmg sebenarnya aku tak sangka ada orang yang menunggu dan membaca apa yang aku tulis, tapi aku lebih risau sebenarnya bila nanti yang mempolitikkan kerna aku melihat terlalu banyak kemarahan dan kebencian dalam masyarakat. namun kali ini, bila orang mula berbalah kerna sebuah surau lama, aku tercuit pula.

orang melayu dengan surau nih sensitif. apalagi sekarang nih nak tulis melayu pun boleh sensitif sesama melayu, sebab masyarakat dah berpecah jadi peranakan Melayu dan peranakan Islam. rasanya lebih molek aku guna istilah nih sebelum dikucar-kacirkan apa yang aku nak sebut.aku tak kisahlah sama ada korang peranakan Melayu atau peranakan Islam, tapi aku nak sebut psal budaya dua2 peranakan ni.

maka hebohlah sebuah surau lama yang katanya sudah berusia 100 tahun akan dirobohkan dan akan diganti dengan kompleks membeli-belah. yang jadi sensitif ialah pada pendapat bangsa peranakan nih, surau adalah simbol agama, simbol akhirat, manakala kompleks membeli-belah adalah simbol kapitalis, simbol dunia. maka bila dikhabarkan tajuk yang sedemkian maka buruklah bunyinya.

pertamanya yang aku nak sebut ialah betapa hebohnya bila orang nak runtuhkan surau padahal yang heboh bukan kariah situ pun, bukan pernah singgah untuk solat dalam surau itu pun. surau tuh pada hakikatnya sama taraf dengan masjid, hanya di negara kita yang mengguna nama surau nih tak boleh digunakan untuk solat jumaat saja. maka surau perlu diimarahkan seperti mana mengimarahkan masjid. jika surau dibiarkan kosong dan hanya ada satu saf yang tak penuh, tak guna buat surau besar2. kalau ada surau tapi tak digunakan sampai yang nak azan pun takder, rasanya lebih afhdal diruntuhkan, kalau tidak sama seperti masjid yang dibiarkan kosong, satu kariah kena tanggung.

keduanya, satu lagi fenomena yang nak buat surau banyak2. sampai kadang2 aku tengok selang tak sampai sebatu dah ada satu surau lagi. kalau setiap surau tuh penuh aku tak hairan juga, macam kat indonesia, semua surau penuh, bila solat jumaat hampir tiap bangunan akan buat solat jumaat, itu pun sampai melimpah-limpah. tapi surau-surau kampung kita pulak nak bagi penuh masa solat terawih pun susah. awal kita buat surau-surau nih supaya kariah yang dekat-dekat sempatlah datang berjemaah sebab masjid yang ada jauh, jadi masih dapat berjemaah solat fardhu. cuma kadang2 aku nampak buat surau nih pun politik. bila kenduri pun kena tgok mana kariah surau mana, kalo lain surau macam tak boleh dijemput pulak pak imamnya untuk datang baca doa kenduri.

ketiganya, tanah waqaf memang boleh diganti, dengan syarat tanah gantinya haruslah sama nilai dengannya. jadi kalau tempat itu lebih kuat maslahat ekonomi, maka untuk jemaah kita boleh jual dan ganti dengan kawasan lain yang sama nilai. fatwa dah ada, carilah, tak perlu aku nak ulas panjang2 bab hukum nih. cukup sekadar bagitahu.

keempat, kata yang membuat perancangan tuh, antara syarat tanah waqaf itu dibangunkan ialah pemaju akan menyediakan pula surau yang lebih baik di dalam kompleks tersebut. alhamdulillah. tanah waqaf berganti, namun tetap ada surau, mudah-mudahan suraunya lebih selesa dan dapat jadi contoh pada kompleks membeli-belah yang lain.

sebagai penutupnya, aku cuma nak sebut bahawa kita bersangka-baiklah. banyak sangat kebencian dan marah sampai kadang2, kalo masa nih selalunya, benda yang elok pun kita kata tak elok hanya sebab sentimen politik. kalo yg bersentimen tuh orang politik aku fahamlah jugak, tapi orang2 yang takder kepentingan politik pun melebih dari orang politik, itu yang aku kadang2 sedih. sedih sebab kita takkan kemana-mana kalo sesama kita saling tuduh menuduh, biarlah orang politik saja yang buat kerja tuh, kita jagalah silaturrahim. aku tulis nih pun bukan sebab parti peranakan Islam betul dan parti peranakan Melayu salah. yang betul tuh betullah, yang salah takkan nak kata betul pulak. kita doalah yang baik2. kalo kita dok cakap benda tak elok, hari2 doa tak elok, nanti yang terkabul pun tak elok juga.

cukuplah kot. wallahualam.
Read On 2 ulasan

cukupkah syukur kita?



menerima emel mengenai penipuan seorang orang kurang upaya, yang kudung sebelah kaki, mengesot di atas skateboard menjual simpati meminta sedekah di bazar ramadhan, ternyata sihat walafiat dan mempunyai kaki palsu utk merasa hidup berjalan normal. dan betapa mengeluhya para peniaga mendapati betapa mudahnya si penjual diri tersebut mendapat keuntungan RM60 dalam masa sejam berbanding pendapatan perniagaan mereka.

menipukah pemuda kudung tersebut? benarkah org yg memberi sedekah padanya itu sudah tertipu? benarkah pendapat para peniaga bazar ramadhan tersebut bahawa rezeki mereka lebih halal dari rezeki peminta sedekah tersebut? atau rezeki para pembeli yg digunakan untuk membeli makanan berbuka puasa itu lebih halal?

bukanlah tujuan aku membenarkan perlakuannya, dan bukan tujuan aku untuk menempelak siapa2, aku hanya mahu mengajak untuk merenung sedikit lebih lama, melihat sedikit lebih dalam, akan apakah kesan kejadian ini pada hati kita.. hanya mengingatkan aku akan sebuah kata2.. "kemiskinan itu lebih menakutkan dari kematian.."

menurut pemerhatian aku, ramai org miskin meminta2, mencuri dan menjadi sesat adalah kerna kita org2 kaya tidak mendekati mereka.. kita org2 kaya lebih seronok mengaku tidak kaya hanya untuk menghalalkan kita mengumpul harta lebih banyak.. benarkah?

kita org2 kaya yang lebih seronok mengaku hidup susah dan serba kekurangan hanya untuk menghalalkan kita utk berpakaian mewah, makan sedap sampai kenyang, berkereta besar ke masjid dan berumah besar setiap anak berbilik sendiri.. benarkah?

kita org2 kaya lebih seronok meratapi kesusahan dan kepayahan kita bekerja dan meniaga hanya untuk menghalalkan kita utk merasa cukup membayar zakat fitrah RM7 setahun sekali, sedekah RM5 kat badan kebajikan sebulan sekali dan infaq RM1 kat tabung masjid seminggu sekali.. benarkah?

kerna kita org2 kaya yg lebih seronok menunjuk salah kerajaan, persekutuan dan negeri, dan badan2 kebajikan atas ketidakcekapan mereka untuk menghalalkan kita utk merasa tenang melepas tangan kerna kita merasa sudah berbuat bahagian kita sehabis baik utk menolong org2 miskin.. benarkah?

sedang kalau benar pendapat kita, mengapa masih ada org2 miskin yg terpaksa menipu, mencuri dan berbuat maksiat? terasa haramkah duit kita dimakan oleh mereka2 itu? sedang kita terlupa betapa kitalah yg melupakan mereka..

org miskin itu nikmat pada org2 kaya.. dan jika kita pula merasa sederhana dan miskin, maka rasa2kanlah berat tangan kita waktu pulang dari bazar ramadhan petang ini menjinjing juadah berbuka puasa, maka renung2lah lebih lama lambakan kuih-muih dan lauk-pauk di atas meja kita ketika duduk menunggu azan maghrib.. adakah akan menitis airmata syukur kita melihat kesederhanaan dan kemiskinan kita itu? atau sememangnya kita tidak peduli lagi..

pernah diriwayatkan dari Aishah ra, beliau bertanya kepada Nabi saw akan maksud sederhana, baginda menerangkan betapa makan dua kali sehari itu sudah dianggap berlebihan..

dan ketika malam nanti kita bersandar rehat selepas terawih pandanglah lebih lama ke perut kita yg sederhana dan miskin itu.. ketika jika kita makan ubat kencing manis, darah tinggi atau sekadar membuat detox, maka beleklah ubat2 itu lebih lama dan syukurilah kesederhanaan dan kemiskinan gaya hidup kita.. sentuh baju kita yg lebih mahal dari sepinggan nasi buat anak yatim dan org miskin, dan insafilah bahawa dalam kesederhanaan dan kemiskinan ini, kita tidaklah sederhana dan semiskin yang kita sangkakan..

ya Allah! Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku tergolong dlm kalangan org yg telah menzalimi diri sendiri. wahai Maha Pengampun, ampunilah aku, ampunkanlah, rahmatilah.. :'(
Read On 0 ulasan

epilog sang pendosa


sungguh jalan pulang itu bukanlah sesuatu yang mudah dan menuntut segala kekuatan menepis segala dugaan dan ketabahan menahan aneka cubaan. sungguh iman itu bukan sekadar lafaz bibir dan hati, namun iman tidak akan hadir tanpa ujian.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji?"
(Al-Quran, 29.Al-'Ankabut:2)

telah berkisah seorang sahabat kepadaku akan bagaimana payahnya liku2 menuju jalan pulangnya. setiap kali dia bergelut kembali melangkah di jalan yang lurus, maka sebegitu kuat juga tangan-tangan ghaib menarik dan merentap lengannya untuk melencung semula. dan berulangkali dalam kesungguhan dia meniti ketaatan kepada Maha Pencipta, dia sering terjatuh terperosok sesat sebelum kemudian tersungkur lagi meratap taubatnya.

ada seseorang pernah menunjukkan sebuah perspektif yang berbeza mengenai jalan yang dilalui oleh orang2 yang berdosa. ingin aku peringatkan sebelum mengisahkan perihal ini bahawa jika kisah ini meresahkan jiwa, maka tinggalkanlah. jika ada yg menjadi kesalahan, maka tegurkanlah. dan beginilah katanya.

sesungguhnya manusia itu tiada upaya dan kekuatan melainkan dengan izin dan kudrat Allah swt, dan ini termasuklah dalam setiap perbuatan baik dan buruknya. maka adakah Tuhan yang membuatkan kita berbuat maksiat dan dosa? malah Tuhan mengizinkan iblis menyesatkan keturunan Adam as. maka jika Allah yang mentakdirkan kita bergelumang dosa maka apalah gunanya taubat? maka dengarkanlah.

tidaklah dikurniakan kekurangan dan kelebihan kepada manusia melainkan sebagai ujian. berjalan di jalur pahala berganda juga tidak tertinggal dari diuji riak dan ujub. apakah makna akan segala ujian ini? maka tetapkanlah iman kamu terhadap Allah.

"Dan kami akan uji kalian dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu akan kembali."
(Al-Quran, 21.al-Anbia:35).

dan berkatalah seseorang itu kepadaku, sesungguhnya dosa juga suatu cara Allah menuntun kita kembali kepada-Nya. dengan memperlakukan dosa maka kita semakin mendekat kepada rahmah-Nya, kerna dalam setiap keterlanjuran dosa, taubat kita semakin dalam.

namun janganlah kamu meminta ujian di jalan dosa kerna ujian itu lebih berat penanggungannya dan adalah lebih mudah utk menjadi lebih terus tersesat dibelit tipuan syaitan dan seperti rasa tak mampu kembali lagi. maka bagaimanakah mengharunginya? ingatilah Allah dalam setiap perbuatan, terutama ketika hati terniat ke arah maksiat.

sesungguhnya kejahatan itu tidak hanya berlaku kerana niat namun kerana wujudnya kesempatan. niat akan terkurung tanpa kesempatan, maka hapuskan segala kemungkinan akan wujudnya kesempatan. dan hapuskanlah niat ketika timbulnya kesempatan dengan mengingati azab Allah. pohonlah keampunan kepada-Nya waima sebelum terjadinya kejahatan.

tidak terasakah sesuatu di hati kita sewaktu mengucap astaghfar? atau ucapan itu hanya sekadar ucapan biasa yg tiada membekas memberi makna apa2? rasakanlah astaghfar itu di dalam hati kita, dalam detak jantung, dalam denyut nadi, dalam darah yg mengalir ke seluruh tubuh kita.

getarkanlah hati kita memohon ampun dalam setiap sujud dan munajat tahajjud. sebakkanlah hati kita merasa malu kepada Yang Maha Pemberi Nikmat. sendukanlah tangis kita merindui rahmat-Nya dalam setiap kesempatan membaca dan mendengar firman-Nya. dan sungkurkanlah taubat kita dalam setiap dosa dan maksiat yang kita lakukan. mohonlah kepada-Nya, Yang Maha Pengasih lagi Maha Pengampun.

sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Tabrani daripada Abu Umamah, "Allah berfirman kepada malaikat-Nya bermaksud : "Pergilah kepada hamba-Ku. Lalu timpalah bermacam-macam ujian kepadanya kerana Aku mahu mendengar suaranya."."

bukanlah tujuan aku untuk membenarkan setiap perlakuan dosa dan maksiat. sesungguhnya jika kita sengaja mengejar dosa dan maksiat maka insya-Allah laknat Tuhan mendekati dan menghampiri. namun yang aku perkatakan ini adalah perihal manusia yang sering kembali tersasar setelah bangun dari duduk taubat kepada-Nya, namun tiadalah dia berputus asa melainkan terus-menerus bertaubat, dan bersungguh-sungguhlah dia menjauhi dosa dan maksiat, namun ujian terus menerus mendatanginya, menguji keteguhan imannya

sungguh terkadang hati kita merasa riak bangga melihat orang lain melaku dosa sedang kita tegar dapat menolaknya, merasa ujub sempurna iman berbanding orang lain yang kita pandang tidak berilmu setaraf kita, sedang kita lupa bahawa riak dan ujub itulah yang menghapuskan segala kebaikan kita.

maka anggapkanlah bahawa setiap kali ditunjukkan kepada kita akan keburukan dan dosa orang lain kepada penglihatan dan pengetahuan kita, maka ingatlah bahawa amaran dan peringatan Tuhan telah datang kepada kita juga. maka bertetaplah dengan hati kita supaya kita sentiasa berada dalam lindungan rahmah-Nya.

dan bersyukurlah pada ketentuan yang telah ditetapkan kepada kita. yang perlu kita selidiki adalah bagaimana setiap ketentuan itu membuatkan diri kita semakin dekat kepada Maha Pencipta. adakah kebaikan yang menjadi qada kita itu membuatkan kita menjadi lebih bertaqwa kepada-Nya, atau menjadikan kita semakin jauh? dan adakah keburukan yang menjadi qadar kita menolak kita lebih jauh dari-Nya, atau sebagai ujian sabar dan ikhlas supaya kita pada akhirnya berupaya menjadi mukmin yang bertaqwa kepada-Nya. sesungguhnya Allah swt Maha Mengetahui segala yang terkandung di dalam Loh Mahfudz.

Imam Sayuti meriwayatkan dari Ibnu Abbas berkata, "Allah menciptakan Loh Mahfudz yang luasnya seperti berjalan seribu tahun. Kemudian Allah berfirman kepada Qalam sebelum diciptakan seluruh makhluk, "Tulislah segala ilmu-Ku tentang ciptaan-Ku." Maka Qalam menuliskan segala peristiwa hingga hari kiamat."

merenung ke dalam diri di malam nisfu sya'aban yang lepas. menyibak kembali perjalanan masa lalu dan bagaimana semua itu mencetak siapa diri di masa ini. menyemak setiap kejahatan dan dosa yang telah dilakukan di sepanjang perjalanan. tunduk malu menginsafi betapa manusia hanyalah bangkai dan dunia ini hanyalah sampah. kemuliaan hanyalah ketika hamba dapat diangkat darjat oleh Tuannya. maka ampunilah aku. hanya kepadaMu aku meminta. tunjukkanlah aku jalan yang lurus.

Ya Allah! wahai Dzat yang memiliki anugerah dan tidak diberi anugerah kepadaMu, wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan, wahai Dzat yang memiliki anugerah dan kenikmatan. Tiada Tuhan melainkan Engkau, dan pertolongannya orang yang memerlukan, dengan keselamatannya orang yang meminta pertolongan dan dengan keamanan serta sentosanya orang yang takut.

Ya Allah! jika aku telah ditulis disisiMu, iaitu di dalam Ummil Kitab (Loh Mahfudz) sebagai orang yang celaka, atau terlarang, tertolak, atau rezekinya sempit, maka hapuslah.

Ya Allah! demi anugerahMu: ketentuanku celaka, terlarang, tertolak dan disempitkan rezekinya, ubahlah ketetapan itu disisiMu di dalam Ummil Kitab, sebagai orang yang beruntung, dikabulkan, dibukakan dan dilapangkan rezekinya serta taufiq melakukan kebaikan.

Bahawasanya Engkau telah berfirman, dan firmanMu itu adalah benar di dalam kitabMu yang diwahyukan atas lisan NabiMu yang diutus. Allah menghapuskan segala hal yang Dia kehendaki, dan menetapkannya disisi Allah dalam Ummil Kitab.

Ya Allah! Tuhanku, dengan kenyataan yang agung pada malam pertengahan bulan Syaaban yang mulia, yang saat itu ditetapkannya segala perkara serta dibezakannya, hapuskanlah bagi kami bala yang telah kami ketahui, dan yang belum kami ketahui serta hal-hal yang Engkau lebih Mengetahui. Bahawasanya Engkau Dzat Maha Tinggi dan Mulia, dengan rahmatMu, wahai Dzat yang paling belas kasihan.

Selawat dan salam, tetapkanlah kepada junjungan kami Nabi Muhammad saw, keluarga dan sahabat beliau. Amin.
Read On 0 ulasan

ikhlas dalam bersatu



ketika duduk bersandar letih di dinding batu dengan baju lencun basah dek disiram air gatal unit simpanan persekutuan dan hujan petang yang dikurnia untuk mereda asap sesak dari bom pemedih mata, seorang sahabat membuka kata dalam sela-sela nafas yang tersengal-sengal, "kenapa korang buat bodoh saja bila orang-orang politik nih mengkuda-kayu dan merampas perjuangan korang?"

aku senyum melempar pandangan ke deretan ribuan manusia geram yang berjalan dan bersilaturrahim sesama mereka. peluh panas jiwa dan dingin hujan berbaur menciptakan nuansa yang tersendiri. suatu rasa yang tidak mampu tertulis dengan perkataan dan tidak mudah terluah dengan kata-kata.

"apa yang penting adalah kesatuan. kita tak boleh bersatu jika bergerak sendiri-sendiri. dan dalam bersatu mesti ada satu tujuan yang sama," sahut seorang lagi sahabat yang tidak berbaju kuning, dan bukan hanya dia yang tidak memakai baju dengan warna yang diharamkan khusus hari itu.

"dan untuk bersatu kita kena kembali pada yang satu, Allah swt. bila niat dan tujuan kita nih untuk perjuangan menegakkan yang satu itu, maka kita kena istiqamah mengikut kaedah yang satu, Islam."

"walaupun terpaksa bersekongkol dengan musuh yang satu?" tempelak sahabat yang masih tersengal nafas. geramnya bukan kerna ketidaksetujuan mengikut kami tapi kerna merasa sang lembu mencuri nama hasil kerja sang sapi.

"kita tak bersekongkol dengan diorg, tapi bila diorg nak ikut sama kita takleh tolak. takkan tak bagi orang ikut sama buat benda yang betul kan?"

"tak kisahlah kalo diorang ikut kita dengan niat lain, asalkan kita tahu niat kita apa."

"tapi kan, apa yang diorang buat tuh buat orang lain jadi salah sangka dan salah faham dengan perjuangan korang. bukan itu merosakkan perjuangan ke?" kerut di dahi menghiasi wajah tidak puas hatinya.

"ikhlaskan," sambut seorang sahabat yang sudah bangun semula dari duduknya, mengibas-ngibaskan tangan di punggungnya, dan dia menyambung sambil memasang senyum di wajahnya, "semoga dalam jalan keikhlasan, Allah swt akan tautkan hati-hati kita dalam perjuangan."

segerombolan lelaki melewati tempat duduk sebentar kami, mencuit hati untuk bingkas bangun bergabung lagi dengan mereka bersama-sama menyuarakan irama geram.

Bersih! Bersih!


Read On 0 ulasan

dilema imarah masjid



sewaktu duduk2 santai selepas solat asar di masjid agung di tengah2 kota bandung, aku memerhatikan persekelilingan masjid itu dengan perasaan yg berbaur2.. ada rasa gembira melihat meriahnya suasana masjid menjadi tempat pilihan org ramai berkumpul bersama anak2 mereka.. ada rasa kurang tenteram melihat deretan para penjual yg memperdagangkan barang jualan mereka di sebelah bangunan masjid.. ada rasa risau melihat manusia-manusia yg berkeliaran dan keluar masuk ke bangunan masjid..

Dari Amru bin Sy'aib ra dari ayahnya dari datuknya berkata, "Rasulullah SAW melarang berjual beli di dalam masjid." (HR Ahmad dalam Musnadnya dan Abu Daud)

Abdullah bin Amru al-Ass berkata bahawa Nabi saw melarang jual beli di dalam masjid. (Mafhum hadith riwayat Tirmizi).

ini adalah antara perkara yg selama ini aku mendiamkan diri dari berpendapat. hadis di atas jelas, namun terdapat beberapa perincian mengenainya; terutama mengenai bahagian urusniaga yg dimaksudkan dan batas suci yg memisahkan masjid dengan kawasan luarnya.

secara umum semua ulama kecuali mazhab hanafi, berpendapat urusniaga dlm masjid adalah haram. mazhab hanafi mensyaratkan barangan itu sangat diperlukan , seperti kitab2 agama yg diperluakan dalam kajian, dan nilainya adalah sgt kecil. ada pula pendapat ulama menyebut bahawa larangan itu bermaksud makruh jika yg diniagakan itu berlandaskan syariat.

terdapat pula pendapat yg mengatakan bahawa urusniaga yg dilakukan sehingga terjadinya akad diperselisihkan hukumnya antara haram dan makruh. jika hanya berlaku tawar menawar tanpa akad jual-beli maka hukumnya dipandang mubah. begitu juga jika hanya berupa iklan yg diharapkan hukum yg lebih ringan.

“Bila engkau mendapatkan orang yang menjual atau membeli di dalam masjid, maka katakanlah kepadanya, ‘Semoga Allah tidak memberikan keuntungan pada perniagaanmu.’ Dan bila engkau menyaksikan orang yang mengumumkan kehilangan barang di dalam masjid, maka katakanlah kepadanya, ‘Semoga Allah tidak mengembalikan barangmu yang hilang.’” (HR. at-Tirmidzi, no. 1321, dan oleh al-Albani dinyatakan sebagai hadits shahih dalam Irwa’ul Ghalil, 5/134, no. 1295).

satu lagi persoalannya ialah apakah batas yg memisahkan dalam masjid dgn luar masjid? antara pendapat ramai org adalah pagar masjid. ada pula yg berpendapat bahagian halaman masjid yg dikelilingi oleh longkang kecil. ada pula yg berpendapat bahagian ruang utama solat di dalam masjid. ada juga yg berpendapat ruangan yg dikhaskan utk sekolah agama terpisah dari bahagian masjid.

apa signifikan batas masjid ini? batas masjid ini bukan hanya utk memperjelas hukum jual beli di dalam masjid, tetapi juga utk memperjelas bahagian yg boleh dilalui oleh perempuan yg dlm haid dan berhadas besar. ini termasuklah mengenai orang2 kafir yg memasuki masjid.

maka terdapatlah satu pendapat bahawa yg menetapkan batas suci masjid adalah pengurus masjid. dalam konteks negara kita, ahli jawatankuasa masjid atau nazir masjid atau jabatan agama Islam yg berkenaan. maka dengan penetapan batas suci ini maka seterusnya dapat menjawab sekalian permasalahan tersebut. dengan jelasnya perkara2 ini maka setiap peniaga dan pembeli hendaklah berhati2 dlm urusniaga mereka terutama yg berhampiran dengan masjid.

“Di rumah-rumah yang di sana Allah telah memerintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, di sana ber-tasbih (menyucikan)-Nya pada waktu pagi dan waktu petang. Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingat Allah, mendirikan shalat, dan membayarkan zakat. Mereka takut pada suatu hari yang (di hari itu) hari dan penglihatan menjadi goncang.” (QS. an-Nur: 36-37).

dan yg menjadi galau di dalam hatiku ialah bila melihat persis berhadapan dengan tiang di pintu masuk utama tempat sandaranku, seorang peniaga menjual seluar dalam dan baju dalam, dengan memperagakan pakaian dalam itu di sebuah patung tak berkepala.. mungkin hukumnya tiada salah namun bagiku tiada adab. samalah seperti keadaan pengunjung2 yg lalu lalang dan keluar masuk ke dalam masjid itu. tidakkah mereka mengertikan apakah maksud masjid itu?

jika di malaysia, masjid hanya penuh ketika waktu solat dan adanya majlis ilmu yg biasanya diadakan setelah waktu solat, setelah itu maka akan kosonglah masjid tersebut hinggalah pak bilal melaungkan azan semula menyeru segala umat Islam, apalagi tidur di masjid sudah menjadi larangan. manakala situasi masjid dikebanyakan tempat di indonesia sangat berbeza dengan situasi masjid di malaysia. oleh kerana ramainya penduduk Islam, masjid hampir tidak pernah kosong pada bila-bila masa.

antara yg sering aku sebut akan perbezaan yg paling ketara ada dua bangsa serumpun ini ialah kekuatan masing2. muslim di Indonesia mempunyai kekuatan tauhid yg sangat mengkagumkan aku. kerna itu jarang muslimnya yg meninggalkan solat walau dalam keadaan apa sekalipun dan walau dimana sekalipun. berbanding dengan muslim malaysia yg terkesan meringan2kan perkara solat.

namun kekuatan muslim malaysia ialah feqahnya. waima jika waktu solat sudah habis sekalipun mereka akan menitikberatkan feqahnya. tentang keadaan, tentang kebersihan, tentang pakaian, tentang hijab, dsu. kerna itu hampir tidak berlaku di malaysia keadaan bagaiaman seorg wanita seksi yg berseluar ketat dgn baju sendat, ataupun wanita berseluar pendek dan berbaju dedah dada, berambut basah dek wudhu' menuju ke bahagian dalam masjid utk solat.

muslim malaysia terkesan feqah imannya, sedangkan muslim indonesia terkesan tauhid imannya. tiada yg benar dan tiada yg salah, tiada yg lebih baik dari yg satu lagi, sebaliknya kedua kelompok muslim seharusnya saling bersatu dan belajar dari satu sama lain.

berbalik semula pada pemerhatianku ketika bersandar di salah sebuah tiang di pintu masuk masjid agung bandung, suasana meriah di dalam dan di luar masjid. anak2 muda sedang bersolat dan mengaji di dalam masjid. manakala anak2 muda yg lain pula berpasar ria di luar masjid. terasa hidup masjid. mungkin ada beberapa perkara yg perlu ditegur dan diperbaiki, namun nuansa sebegini sangat berbekas di hatiku.

dan inilah yg menjadi dilema dalam pelestarian masjid, antara lebih rela masjid2 menjadi kosong utk mengelakkan keserabutan adab atau menjadikan masjid sebagai pusat masyarakat sambil berharap dan berdoa lebih kuat supaya yg menghadir diri di masjid akan tersentuh dan diberi petunjuk menjadi lebih baik. semoga masjid dapat menjadi pusat dakwah dan ilmu bagi kita untuk memuji dan memuliakan Allh swt, dan bukan sekadar menjadi satu lagi pusat pelancongan atau pasar malam yg lebih menyesakkan nafas dan meracaukan jiwa.

“Yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat, dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. at-Taubah: 18).

ya Rabb! lembutkanlah jiwaku dan ikatkanlah hatiku di tiang2 rumah-Mu supaya aku menjadi rindu pada-Mu dan kekasih-Mu, Rasulullah saw. takdirkanlah aku agar termasuk dalam golongan orang2 yg diberikan petunjuk-Mu, takdirkanlah aku semoga termasuk dalam golongan hamba-Mu yg sentiasa berjemaah di masjid-Mu, dan seterusnya takdirkanlah aku utk bersama mereka memasuki syurga-Mu tanpa hisab, seperti janji-Mu pada golongan tersebut. Amin. Amin. Amin.

Read On 0 ulasan

bencana itu sebab kita..



sblm aku berkisah nak kena ingatkan yg aku tulis nih kalo lain bunyinya korang kena tegur aku, kalo malas nak tegur maka korang tinggalkan, jangan baca sampai habis..

ada kawan aku mengeluh kata pemimpin yg ada skrg nih zalim.. tindas rakyat.. pastuh dia mengeluh polis pun takleh percaya.. penuh rasuah.. dia kata lagi hidup skrg nih terasa berat.. macam susah sangat nak cari rezeki.. kemudian dia risau pulak musuh2 Islam skrg makin lama makin berani mengancam.. aku dah pernah bagi mcm2 solusi kat dia, tapi hari nih aku jumpa satu hadis yang beritahu bahawa Nabi saw dah pesan dah kat kita lebih 600 tahun dulu.. kita saja yg ketegaq..

Rasulullah saw bersabda:"Bila masyarakat sudah membenci orang miskin dan menonjol-nonjolkan kehidupan dunia serta rakus dalam mengumpulkan harta, maka mereka akan ditimpa empat bencana iaitu zaman yang berat, pemimpin yang zalim, penegak hukum yang khianat dam musuh yang mengancam."

tuh dia.. tepat dan jelas.. sampai aku sendiri takleh nak kata apa dah.. maknanya apa yg berlaku zaman nih semua mmg bencana buat kita.. pasai kita lupa wasiat Nabi saw nih..astaghfirullah.. nih aku kata kat aku laa..

bila org miskin datang mintak sedeqah kita cemuih depa.. pemalas.. tanak usaha.. kalo dia mai duk sblh kita makan dgn baju buruk dan muka serabai tuh, kita jadi tak selera nak makan.. org mai minta derma buat masjid.. kita bagi seringgit tapi merungut muncung sejengkai.. tuh pun kira elok sket laa dari dok diam2 dalam rumah buat2 macam takdak org.. ini wajah kita nih.. kita benci org miskin tapi kita tak mengaku..

bila gaji naik sikit, mula laa baju kita pun upgrade jadi mahai.. takpa laa mahai.. tapi kita pakai sekali tuh jaa.. kita takut malu org mengumpat kita pakai baju buruk pi kenduri.. rumah kena besaq, kalo dak malulah kawan2 nak datang rumah.. kereta kena laa canggih.. kalo idak sapa pun tak layan.. tapi kita kata kat diri kita itu tanda kita tak kufur nikmat.. sebab tuh kita beli.. bukan mewah pun.. takpa laa.. aku pun tak kata jgn beli.. elok laa kalo tak bangga dgn apa yg kita ada..

pastuh kita sibuk kumpul duit.. kumpul harta.. kita kata apa? kita kata utk masa depan.. nih kita nih banyak angan2.. macam kita tau esok kita hidup lagi.. aku habaq kata Nabi saw sabda makan dua kali sehari tuh dah dikira berlebihan, kita kata itu Nabi saw.. kita manusia biasa.. tak pa laa.. kita kata kalo semua org Islam miskin, camna nak bangun negara Islam.. aku tanya nih semua org Islam dok kumpul harta, aku tgok org miskin tak jugak kurang.. barang jadi mahal jugak.. tapi takpa laa.. kalau barang mahai kita masih buleh beli psai kita dah kumpul byk dah..

kita nih doa mintak rezeki melangit dgn Tuhan, tapi kita nak keluaq bagi kat jemaah takuutt.. kita takut jadi miskin.. kita takut tak makan.. kita nih tak percaya janji Tuhan.. Tuhan firman kalau kita sedeqah satu Dia ganti tujuh puluh.. tapi kita tak mau tujuh puluh tuh, kita mau yg satu tuh jugak.. pastuh kita mengeluh kata hidup susah.. padahal makan dekat lima kali sehari.. susah apanya kita nih? baju dalam almari kita bergedung tak pakai dah.. miskin tang mana kita nih?

jadi kalo kita duk buat semua nih.. apa pasai kita nak marah bila dapat pemimpin zalim? dah memang patut laa.. dah memang patut hidup kita berat.. dah mmg patut penegak hukum kita khianat.. dah mmg patut sangat musuh2 Islam nih menyerang lebih hebat.. sebab yg tak patutnya kita dah buat dah semua..

semua org sebut nak jihad.. tapi bila suh gie palestin, mula laa keluaq macam2 nas nak bag kata tak perlu pegi.. biasa dah tuh.. sbb tuh kita suka bagi derma palestin, konon2 kita nak dapat kongsi laa pahala org2 jihad tuh.. nih aku habaq camna nak buat jihad..

"Orang yang membiayai ke­hidupan para janda dan orang-orang miskin bagaikan orang yang jihad fisabilillah" (Riwayat Bukhari).

Nabi saw dah ajaq dah tapi kita nih pun sebenaqnya tengkorak benak bukan nak sangat pun jihad tuh.. kalo buleh kita nak org lain yg buat tapi kita yang dapat.. buleh kaa lagu tuh? tapi itulah yg kita buat.. itu lah kita.. toksah laa tak mengaku..

nih aku tulis nih bukan kata kat hangpa.. aku kata kat diri aku sendiri.. aku nih pun kapitalis.. kalo perasan dlm poket takdak duit menggelabah.. bila nampak duit byk dlm akaun mula laa takut kalo org nak mintak.. org ziarah puji rumah besar, kereta besar, kembang hati tatau nak kata.. aku laa.. aku laa yg Nabi saw dok kata tuh..

Ya Allah! Maha Suci Engkau sesungguhnya aku org yg zalim. ampunilah aku.. lembutkanlah hatiku kepada orang-orang miskin.. bersihkanlah hatiku dari riak dan bangga terhadap harta2 dunia yg Engkau pinjamkan padaku.. berkatilah rezeki yang Engkau hamparkan padaku.. janganlah Engkau buat aku lupa pada-Mu kerna dunia ini.. rangkullah aku dlm rahmat-Mu.. Engkau Yang Maha Lembut dan Maha Mengasihani.. amin.. amin.. amin.. ya Rabb-al alamin..

Read On 4 ulasan

taubat itu manis..


apa beza manusia dgn iblis? kenapa azazil sebagai malaikat yg terbaik dilaknat dan dijanjikan neraka, sedangkan Adam as sebagai makhluk yg terbaik dimuliakan dan dijanjikan syurga? sedang keduanya melanggar perintah langsung Allah swt.. apa yang membezakan manusia dengan iblis setelah berbuat dosa kepada Allah swt?

ketika Azazil dilaknat oleh Allah swt kerana tidak mahu menurut suruhan Allah swt untuk tunduk kepada Adam as, sesungguhnya kemuliaan Azazil dikalangan malaikat telah membutakan hatinya. maka Azazil memohon kepada Allah swt untuk membenarkan dia menyesatkan Adam as dan manusia keseluruhannya sehingga hari kiamat. maka Allah swt memberi izin kepada Azazil dan menjanjikan neraka jahanam di penghujung perjalanannya bersama manusia yang berjaya disesatkannya.

berlainan dgn keadaan Adam as, yg turut dikeluarkan dari syurga kerna melanggar perintah Allah swt supaya tidak memakan buah khuldi, baginda bertaubat selama 600 tahun memohon keampunan pada Allah swt. ini beza antara manusia dgn iblis.. kemuliaan dan kelebihan bukan sesuatu yang perlu dibanggakan melebihi kekuasaan Allah swt.

maka bagaimanakah pula kita? bagaimana kita bersikap dengan dosa-dosa kita? adakah kita merasakan dosa kita terampun sebagai satu lesen baru yang membersihkan dosa lampau hingga membolehkan kita membuka buku dosa yang baru? atau adakah kita berusaha semakin hari semakin kuat untuk menolak pelukan dosa yang sepertinya semakin tegar merangkul kita?

adakah kita rasa cukup taubat dgn setitis airmata sedangkan Nabi Adam as menangis selama 300 tahun dan tidak mengangkat kepala baginda ke langit kerana terlalu malu pada Allah swt. baginda sujud seratus tahun meratap dosanya. hingga Allah swt menyampaikan wahyu yg bermaksud, "Hai Adam, sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minum yang lebih lezat dan nikmat dari pada air mata taubatmu itu.”

adakah taubat kita seagung taubat Nabi Yunus as di dalam perut ikan Nun yg bermaksud, "Tidak ada Tuhan yng berhak disembah selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yg zalim", hingga kita merasa taubat kita sempurna hanya dengan rasa kesal dlm hati kita yang bertahan selama dua hari, tanpa tersungkur bersujud mengharap redha dan rahmat-Nya?

atau mungkinkah kita seperti azazil yang merasa bahawa Allah swt itu tidak akan mengampunkan dosanya, hingga kita berpatah arang dan mendustakan segala nikmat-Nya yang telah diberikan pada kita? hingga kita tidak mensyukuri malah menggunakan segala nikmat, yang diberikan pada kita, nikmat akal dan sihat tubuh badan, untuk terus menidakkan kebesaran Yang Maha Pengampun?

Dari Anas bin Malik RadhiyahAllahu ‘Anhu ia berkata, Aku mendengar Rasulullah Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman, "Hai anak Adam! Sesungguhnya selama engkau berdoa dan berhadap hanya kepada-Ku, niscaya Aku mengampuni dosa-dosa yang telah engkau lakukan dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu setinggi langit, kemudian engkau minta ampunan kepada-Ku, niscaya Aku mengampunimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Jika engkau datang kepadaku dengan membawa dosa-dosa yang hampir memenuhi bumi kemudian engkau bertemu dengan-Ku dalam keadan tidak mempersekutukan-Ku dengan sesuatu pun, niscaya Aku datang kepadamu dengan memberikan ampunan sepenuh bumi”.

astaghfirullah. aku berdosa pada-Mu Tuhan. ampunkan dosa-dosaku. berilah aku kekuatan untuk menundukkan nafsuku dan melawan tipu-daya syaitan. tunjukkanlah aku jalan yang lurus. jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan jalan mereka yang sesat. amin. amin. amin ya Rabb-al alamin.

Read On 0 ulasan

berperang dengan cinta..



maaf jika ini mencuit resah.. cuma isu seperti ini sering menyesakkan pernafasan akalku.. jika dulu pernah aku sentuh mengenai kempen anti-yahudi yg terlalu mendunia kata beberapa kawanku, maka kini biarlah aku menyentuh yg lebih bersifat tempatan.. mengenai semangat melayu..

seorg guru yg aku hormati memautkan artikel mengenai pensejarahan DAP.. aku kata aku bukan tidak bersetuju.. tetapi terlalu sarat dgn kebencian.. sama seperti sampah sarap politik yg memenuhi setiap ruang perbincangan kedai kopi.. amarah dan benci..

DAP selama ini telah konsisten meneruskan perjuangan PAP utk mendirikan malaysian malaysia.. DAP mewarisi perjuangan PAP, tapi DAP bukan PAP.. kerna agenda DAP jauh lebih besar potensinya berbanding PAP.. aku tak pernah tak setuju tentang itu..

org melayu harus berwaspada dlm konteks mempertahankan tanah melayu dari anasir penjajahan dari dalam yg semakin hari semakin lapar dan dahaga menghirup kemakmuran ibu pertiwi.. semakin hari semakin menekan dan menindas tanpa jemu dan putus asa utk menguasai kekuasaan dgn mutlak.. aku tak pernah tak setuju tentang itu..

hanya saja ketika kita mengimplankan amarah dan benci dlm hati melayu, kemanakah arah kita? tidakkah virus marah dan dendam itu secara tidak sedar kita tularkan juga sesama kita.. hanya kerna berbeza pendapat.. lihatlah keadaan org melayu sekarang.. penuh dgn rasa marah dan benci.. bukan hanya pada bangsa lain, namun kepada bangsanya sendiri jua.. sehingga ada yg malu mengaku melayu.. inikah tujuan kita?

kita terlalu fokus pada org lain.. telah banyak dlm sejarah org melayu ditunjukkan peristiwa yg sama berulangkali.. leluhur kita mengikat janji dgn berbagai penjajah konon utk membantu menuntaskan dendam kita terhadap serangan kerajaan luar, namun pertelingkahan dalamanlah yg memberikan ruang terhadap penjajahan..

kita mahu melayu sedar dgn cara memupuk kebencian.. ironinya kita sendiri tidak merasa kasih pada bangsa kita sendiri.. kita sendiri merasa kelompok kita lebih baik dan lebih berakal.. kita mencipta puak baru dlm bangsa ini setelah bertahun2 kita menyatukan semua puak yg ada dlm kata 'melayu'..

hanya pendapatku.. bagaimana jika kita memerangi dakyah penjajahan mereka dgn kasih-sayang sesama kita.. kita pupuk cinta pada wujud yg sebangsa dan seagama.. walaupun berbeda pendapat.. kita raih, sokong dan bantu wujud bangsa beragama ini tanpa perlu mewabakkan kebencian dlm sehati kita..

fokus kepada kita, bukan mereka.. fokus bagaimana kita boleh menyatukan jemaah ini.. fokus apa yg harus kita lakukan kepada bangsa kita ini.. fokus cara yg sesuai utk membangunkan dan menjajarkan semula mindset yg tergelincir.. disinilah sepatutnya segala tenaga dan masa kita tertumpah..

mencungkil kebenaran dgn tujuan utk menyedarkan adalah langkah yg benar.. aku tak pernah tak bersetuju tentang itu.. namun kebenaran adalah sesuatu yg sangat individual.. apa yg aku percaya dan yakin tidak semestinya dipercayai dan diyakini persis.. apalagi jika telah bertahun2 ditanam kefahaman yg sama berulang2 kali..

apa yg benar itu bergantung pada persepsi.. apa yg kita lihat dan bagaimana kita melihatnya.. ketika kita menutup kebenaran yg diyakini oleh org lain dgn memaksakan persepsi kita, maka sepertimana kita menutup diri utk melihat dari ruang perspektifnya, begitu jugalah mereka akan memalingkan hati dari turut menjenguk dan menilai dari perspektif kita..

ibarat nafsu dan syaitan.. syaitan hanya menunai janjinya pada Tuhan.. segala anak Adam as perlu disesatkan.. kita benci syaitan.. aku setuju.. kita harus waspada dgn strategi syaitan menghancurkan kita.. aku setuju.. namun mungkinkah kita tidak terlemah dgn tipu dayanya sebelum kita mentadbir nafsu yg ada dalam diri kita sendiri?

nafsu tidak boleh kita buang.. tanpa nafsu kita bukian manusia.. namun kehebatan manusia adalah keupayaannya mentadbir nafsunya sendiri.. bencikah kita kepada nafsu kita? mampukah kebencian terhadap diri kita sendiri dapat mengubah diri kita menjadi lebih baik?

aku setuju kita perlu mengingatkan org melayu.. aku setuju kita perlu kenal musuh kita.. aku setuju kita harus benci pada kafir yg berlagak dzimmi.. aku setuju bahawa memang mereka lah yg membuatkan kita berpecah dan berlaga sesama sendiri.. aku setuju dan aku mengerti.. namun adakah dgn memusatkan tenaga membenci mereka boleh menyelesaikan pertikaian sesama kita?

Rasulullah saw dan para sahabat berjihad terhadap kafir adakah kerna kebencian mereka kepada kafir? atau adakah kerna kecintaan mereka pada Allah swt itu yg lebih besar? lihat pula keadaan kita mengenai isu palestin? adakah kita menyokong palestin kerna kebencian kita kepada yahudi atau kerana kasih sayang kita kepada palestin? kerna apa yg kita pilih itu akan dicernakan dlm tindakan kita..

maka ketika pedang para sahabat terletak di leher musuh Islam, adakah pancungannya kerna kebencian pada kafir atau kecintaannya yg lebih besar kepada Allah swt? maka insafilah, ketika kita lebih memilih untuk membeli di pasaraya milik kafir, adakah kerna kurangnya kebencian kita pada mereka atau kerna kurangnya kasih sayang kita pada jemaah kita.. atau semata kerna kita lebih memilih utk keuntungan pada diri kita sendiri.. tanpa peduli tentang muamalat kita dgn kafir atau tidak?

begitulah ketika kita menyebarkan bibit kebencian terhadap mereka, adakah kerna sememangnya utk memperingatkan bangsa kita, atau sekadar menuntas dendam kita sendiri? bukankah sememangnya mereka melakukan apa yg mereka lakukan itu untuk kebaikan bangsa mereka, maka salahkah tindakan mereka? namun apakah tindakan kita terhadap bangsa kita? cukupkah membenci itu menaiktarafkan akal waspada bangsa kita?

bagi aku inilah waktunya kita menabur benih kecintaan sesama kita.. pedulikanlah apa yg mereka lakukan, kerna mereka akan tetap melakukan itu sehingga kiamat, itu janji mereka.. kita kembalikanlah fokus kepada jemaah kita.. kita leburkan perbezaan dan kita perkukuhkan apa saja persamaan yg kita ada.. kita cari persamaan yg ada dan kita bina asas baru di atasnya..

apa yg mereka lakukan itu tidak penting, jangan biarkan mereka mengalihkan fokus kita kepada mereka.. ketahuilah rahsia musuh secukupnya, namun kenalilah para munafik dan fasiq dikalangan kita.. kita belum berbuat apa2 selagi kita belum melihat ke dalam diri kita dahulu.. sebelum kita kenal akan bangsa kita sendiri.. sebelum kita kasih dan cinta pada jemaah kita sendiri.. kerna cinta itu adalah sumber tenaga yg lebih besar dari kebencian..

cintailah diri kita sebelum berusaha membenci org lain.. kerna jika cinta penuh di hati kita, benci takkan mampu merosakkannya.. dan jika kita perlu berperang, peranglah kerana cinta, bukan kerna benci.. benci itu awan gelap yg akan sentiasa menutup cahaya kemana pun ia pergi..

wallaahualam..

Read On 0 ulasan

rayuan akhirat


aku dapat beberapa emel yg hampir sama beberapa hari ini. tajuknya pun hampir sama. rayuan untuk menderma.. pembangunan sekolah, masjid, rumah anak yatim, dsu. entah kenapa bila aku baca tajuk rayuan nih, aku rasa tak sedap. mengapa institusi Islam harus merayu utk sedeqah dan infaq. mungkin baik guna tajuk, tawaran atau peluang.. sebab infaq utk surau nih tak perlu merayu, kalau Allah swt nak bagi akan cukup, cuma tujuannya untuk menawarkan peluang kepada org lain utk berinvestasi dalam saham nih.. bukan merayu..

namun apabila seorg sahabat membalas emelku dgn mengatakan bahawa kata 'tawaran' itu hanya mampu dilihat oleh hati yg hidup, aku terpaksa bersetuju bahawa kata 'rayuan' lebih mampu melembutkan hati utk terdetik menyambutnya dan menghulurkan sumbangan. aku berlapang dada menyetujui bahawa itulah realiti jemaah Islam pada zaman ini.

aku teringat kisah pasca tsunami aceh, aku penah citer nih dulu rasanya, waktu diorg buat pusat bantuan yg terima sedeqah dan infaq utk mangsa tsunami, setiap hari ada sorang pemulung (pemulung nih kerjanya kutip sampah mcm kotak, dan botol terbuang, mmg itu saja kerja dia, selalu dilihat bawa gerobak, seperti kereta sorong, yg bila malam itulah tempat tidurnya), pemulung nih setiap hari datang ke pusat bantuan dan beri purata Rph 10ribu (lebih kurang skrng senilai RM3.50), setiap hari tanpa gagal.

satu hari diorg nih tanya berapa dia dapat jual kotak/botol tuh setiap hari. dia jawab purata dia dapat Rph 20ribu.. org tanya kenapa dia masih nak bagi setengah dari apa yg dia dapat. Rph 20ribu itu biasanya membolehkan dia makan 2 kali sehari, bermakna jika dia beri separuh, dia hanya dapat makan sekali sehari.. dia cuma jawab, "saya masih boleh cari makan, tapi saudara2 kita di aceh sudah hilang segala2nya. saya masih bisa makan, tapi mereka belum tentu." ini hero aceh yg sebenar.

setiap kali aku teringat kisah ini, aku jadi malu pada diri aku sendiri.. kita hanya memberi setelah kita puas. kita hanya memberi setelah kita tidak memerlukan lagi, kita hanya memberi setelah nafsu kita terpenuhi. waima kita sering memberi hanya utk memuaskan nafsu kita sendiri. kita lupa bahawa apa yg kita ada hanya sementara, jika Tuhan mengkehendaki maka Tuhan Maha Agung boleh menarik semua kesenangan dan keselesaan yg kita punya dlm sekelip mata. jika Tuhan mengkehendaki maka Tuhan Maha Kuasa boleh merentap nikmat yg menghanyutkan kita dlm sekelip mata.

adakah ketika itu barulah kita mahu menyedari bahawa segala kesulitan yg kita hadapi sekarang, segala rungutan kita terhadap hidup yg kita jalani sekarang, yg menahan kita dari menyisihkan hak org miskin, anak yatim dan hak agama dari rezeki kita, tidak ada apa2nya. kita diuji dgn kesenangan dan kita digoda oleh dunia dan hartanya. sedangkan kita lupa bahawa semua yg kita kumpulkan itu tidak bermakna apa2 melainkan apa yg telah kita berikan. sedangkan kita lupa bahawa nikmat yg sebenar itu terkumpul dlm sedeqah dan infaq.

sore tadi aku bersembang dgn kawan2ku dan tercuitlah lagi bahasan mengenai rezeki. telah berkata seorg sahabatku bahawa janji Allah swt membalas setiap sedeqah tujuh puluh kali lipat. jika kita menyimpan hak org lain yg ada di dlm rezeki kita, maka kita terhutang, dan akan ditarik jualah oleh Allah swt. dan jika kita memberi sedeqah, maka Allah swt menambah dgn tujuh puluh. dan jika kita hanya mengikhlaskan satu ringgit maka hendaklah kita berharap sekadar tujuh puluh ringgit, dan bukan tujuh ratus atau tujuh ribu ringgit.

mengapa institusi Islam dan ramai org2 miskin terpaksa merayu2 dan meminta2 akan hak mereka pada kita? kerna ramai dari kita tidak menyempurnakan hak mereka. kita merasa hak mereka tidak wujud dlm rezeki kita. kita merasakan bahawa rezeki yg kita dapat itu adalah hak kita kerna usaha kita. kita lupa seluruh isi dunia ini bukanlah milik kita. kita lupa bahawa setiap rezeki yg dikurniakan kepada kita ini akan ditanya semula kepada kita akan setiap butir rezeki yg dipinjamkan kepada kita. dan apakah yg akan kita jawab pada hari perhitungan tersebut?

utk kita yg sentiasa dikurnia rezeki Allah swt setiap hari dgn lauk pauk yg sedap, dgn rumah yg selesa, dgn keluarga yg ceria, dgn sahabat yg menyenangkan, sudahkah kita menyempurnakan rezeki org lain yg ada di dalam rezeki kita hari ini? ingatlah bahawa dlm setiap rezeki kita ada rezeki mereka, segerakanlah menyempurnakan rezeki mereka sebelum Tuhan Rabbu Jalil merentapnya tanpa belas dan menterbalikkan kita di sisi mereka. jika kita tidak dapat melihat sedeqah dan infaq sebagai peluang, maka raih dan pujuklah hati kita supaya berlembut terhadap rayuan akhirat.

wallahualam..
Read On 0 ulasan

disebalik mantera nusantara



tgh sembang2 pasal org sakti dan ajian kesaktian, aku tetiba terpinga2 bila dengar sorg mamat nih melafazkan ajian-ajian jawa kuno dengan perkataan 'ingsun amatak ajiku'.. yg bermaksud "aku amalkan jurusku".. contohnya satu jurus nih namanya ajian jaran goyang..

ingsun amatak ajiku si jaran goyang,
tetenger tengahing pasar,
gegamane cemeti sodo lanang saking swargo,
sun sabetake gunung jugrug,
segoro asat, bumi bengkah,
sun sabetake atine jabang bayi...
welas teko asih
andeleng badhan sliraku
manut miturut skarepku

teringat mantera ali baba bujang lapok.. masa dia nak buka pintu gua dia kena lafaz mantera "nia ingsun matakaji semar ing isin" tuh kalo diperbetulkan semula mengikut tatabahasa jawa lebih kurang bermaksud "aku amalkan jurusku semar yg malu".. cuma si sudin menyebut 'isin' tuh jadi 'ngiseng' yg jadi bermaksud 'buang air besar'.. manakala bila dia nak tutup pintu gua penyamun tuh dia sebut "nia ingsun matakaji semar ing tilem" yg akhirnya dapat diterjemahkan setelah diperbetul semula bunyi dan susunan patahan kata lebih kurang membawa maksud "aku amalkan jurusku semar yg tidur"..

semar nih adalah salah satu tokoh penting dlm kisah wayang lima pendawa.. yg dikatakan merupakan penjaga (penuntun) kepada semua kesaktian, dia juga dikatakan nama lain sanghyang tunggal yg sering disebut dalam kejawen, iaitu agama jawi.. bermakna p.ramlee bukan saja2 main cipta mantera sendiri.. mengapa p.ramlee memilih ajian semar utk digunakan dlm filemnya? ajin semar nih hampir kesemuanya adalah mantera pelet, kalo org melayu sebut ilmu pengasih..

contohnya yg banyak digunakan oleh psk (pekerja seks komersil) ialah jurus terkenal ajian semar mesem, yg bermaksud 'jurus semar tersenyum'.. kononnya ajian ini adalah ajian tingkat tinggi dimana sipemakai akan membuatkan pasangannya tergila2 dan tunduk kepadanya, hanya dengan tersenyum.. sekalipun org itu belum mengenalinya.. dan ajian semar nih biasanya pendek2 saja menteranya tapi sblm nak guna banyak syarat kena buat.. aku bagi contoh ajian semar kuning.. yg tingkat rendah sikit dari ajian semar mesem tapi tinggi dari ajian jaran goyang yg aku tulis awal2 kat atas nun.. itu jurus ilmu pengasih jugak tuh.. nih ajian semar kuning yg baca masa nak tidur, tepuk bantal.. tapi adalaa syarat2 lain lagi sebelum tuh..

ingsun amatak ajiku si semar kuning,
sungsung woyang wuyungan,
tetesing angin,
tetesing bun nangis si jabang bayine...
bangis mular nangisi soko welas asihe,
marang badhan sliraku,
tan keno pisah kumanthil ing netrane,
songko kersaning Allah

kawan aku heran kenapa aku tetiba menyibuk psal mantera2 jawa pulak lepas minggu lepas aku sibuk nak tau makna mantera sunda.. org kata mantera nih sihir.. aku kata bukan sihir.. dia berkesan sebab kita percaya dia berkesan.. with no prejudice to the mystical part.. kebanyakan mantera di nusantara nih menyisip rahsia peribadi jatidiri setiap bangsa2 yg ada.. dan didlmnya tersemat rahsia untuk menundukkan bangsa tersebut.. dan bila mantera ini dibaca, bukanlah dia memberi kesan kepada yg ditujukan melainkan hanya kepada sang pembacanya sahaja.. begitu juga dlm ritual yg perlu dilakukan sebelum pembacaan mantera itu sendiri.. di dalam ritual itu terkandung langkah2 yg menunjang kepada perubahan jiwa dan mental, disediakan sebelum mengubah dirinya..

pemilihan kata dalam mantera nusantara menunjukkan kehalusan dan ketelitian.. kata-kata bukan sekadar kata-kata.. menurut pendapat seorg teman, mantera adalah bukti ketinggian teknologi org2 nusantara dalam pemprograman fikiran.. hinggakan ianya tetap ampuh walaupun dlm keadaan sedar kita tidak mempercayainya.. pemilihan kata2 itu sudah dipilih dan disusun begitu teliti utk menguja bawah sedar tanpa perlu difahami secara sedar..

kita hanya memahami bahawa yg dinamakan teknologi itu hanyalah batu, kayu, plastik, getah dan besi.. mungkin kita terlupa betapa Asif bin Barqiya telah lama dulu membuktikan teknologi teleportasi sejak dari zaman Nabi Sulaiman as. atau kita lebih mudah menelan kejadian memindahkan istana Balqis itu sebagai sihir? jika ifrit berkata dia mampu melakukannya sebelum Nabi Sulaiman as bangun dari tempat duduknya, adakah ianya sihir ketika Asif mengatakan bahawa beliau mampu melakukannya sebelum sempat mata berkedip. ini teknologi, yg melampaui kata teknologi yg kita fahami sekarang ini di ruang makmal..

namun penelitianku bukanlah utk membuktikan kebenaran teknologi mantera nusantara tapi hanya sebagai satu kaedah memahami dengan lebih baik mengenai manusia2 yg wujud dan menyebar dgn berbilang kaum, puak dan keturunan. tentu wujud yg sebegitu ada kelebihannya masing2, yg jika disatukan mungkin sahaja menjadi sebuah kekuatan yg dapat mengangkat Islam ke martabat yg sepatutnya. bukankah kerana itu kita menunggu.. dan tidakkah ini yg harus kita lakukan sehingga tiba waktunya..

aku mengarut? aku hanya ada satu pesanan..
sesungguhnya ini adalah suatu cubaan, dan janganlah kamu kafir kerananya..

Read On 0 ulasan

don't give love



i've met an eccentric young man yesterday and astonished to his perspective on egoisme. he said people give away love in thaught of could had it back. people expected others to do the same, especially when they had done a lot. its not how thing work in this world according to him.

he went on explaining that normally when people went out searching for love with a half glass, means they are not fully happy and expecting someone to fill their glass. that is wrong! to him, 'to love is to give' is not how love works. i just hold back my opinion and empty my cup listening to his perspective.

"when you have a half glass, and found someone else with also a half glass, which means both of you are yet fully happy with your life, and you think it is love to have filled the other person glass with what you have, because its been implant and programme in your brain that love is about giving. and after you give so much and beginning to feel that your glass is already empty, you expect the one that you filled their glass would do the same in return, filling your glass. that is where you get broken heart," his body languange shown that he is on fire with the subject.

he said that the first rule of love is about loving ourself. we have to accept and love ourself first, before somebody else would love us. we have to filled our glass first. we have to invest on our own happiness, instead of investing in others so that we could get the same in return. the idea of love is not to fill others glass by emptying our glass. we would never feel happy, and the other person will also doesn't feel completely happy when returning the favor.

"love is about giving is doesn't works. you don't give it out, but you spills it all around you. you have to be happy before you can make people around you happy. you have to have a lot of love, so that people around you cannot resist but insist to stick near you to feel the love spilling from you. you don't need to go out looking and makes others to love you, but others would eventually gathers around you. love is contagious," he told me with a smiling eyes.

everytime we looked into a mirror, what did we really checked? most of the time, we were not happy with that man in the mirror. we always tried to find something wrong about him and fixed it. what we didn't aware is we always look on the negative side of ourself. same goes to women, the would search for a small tiny lines of wrinkles, the flabby fat under the sagged skin, spot of freckles and disgraced pimples, the tone of the colour and tried as best as she could to covered it. we don't feel good until we cover it with something, and along the life we were terrified if someone could see the things that we had discovered on the mirror in our room. how can this make us to be fully happy?

"we must accept ourself as what we are, before we could love ourself. this is the golden rule. how could you expect others to accept you if you can't accept who you are? how could you wanted others to love you when you, yourself, don't really really like your own self?" he went on confidently in his red fiery losse shirt.

"feels good about yourself. do what you think is a must to be happy. do it until you can look in the person in mirror and be proud of him."

"but won't it be a selfish to always put yourself first, being ego person?" i thrown the most common feedback that i always heard, but only to put a smile on his face.

"ego is good and selfish is another issue. to love yourself is not only to love who you are, but also to accept the people around you as what they are. life is a game. and you have to play the game accordingly. why we want to love ourself on the first place? so that others could feels the love that spillover from us. its mean that you care for others, and in order to care for others, we have to care about ourself. its just like the flight instructions, when the pressure goes down and the mask fell, you have to put the mask on yourself first, even before you put it on your baby on your laps. it doesn't mean we didn't love the baby more than ourself but the priority and the way love should be. you can't feel love when you have give it all."

"most of the people said that our happiness lies on others. they happy because they made somebody else happy. but then tell me, when you give away all your love and not get it in return, won't you feel empty? emptiness would left you without love. you would hold on it, but the love is gone. and by the time you realize it, it already too late. you can't feel the love anymore."

"when you know that your glass is full, spread it. don't hold it back. when you happy, get everyone around you to feel your happiness. don't keep it for yourself. this is the selfish part. when you keep the spillover only to yourself, then you would go overboard. when people, in search of happiness, coming to you wanting to be infecting by your happiness didn't get infected, you would only end up suffocate in your own full glass."

while he went on showing all the strategy to enhacing and upgrading the intimacy and romance in relationship, my mind drifted to my children. children are amazing creatures. the fact is they don't give love to us. they cried whenever they wanna cry, the hold us because they feel comfortable in our hot arm, they don't do it because the love us, they do it because it comfortable. but how can we could not love a baby?

love is first in our head, not in our heart. the first condition when we like someone is purely an animal instinct. its not love, its only lust. love happened when you invest more on them, and they invest more on us. more time, more money, more energy, then love built up. we will begun to loose it when we stop investing. we stop communicate, we stop having more time together, we stop spilling our love and we lack of tasting the spillover from them.

hence, in most of cases, when we felt emptiness, we tend to give it away more in desperation of had it back in return, and as the result, we still don't get the spillover and felt more of emptiness. then i learned one new skills in love.. whenever you feel emptiness, don't go out giving it away, instead that is the very moment you should look back into yourself and create happiness until you got your glass full and spill it over around you. whenever you don't feel the love from your spouse, it was because they don't felt the love from you. love and respect more and more about you, more and more of it would be felt by all the people around you. you cannot demand it but you can, for sure, spill it to the world. because love is contagious. people can't get infected when there is no diseases. hope you get what i mean.. ;)

Read On 1 ulasan

tatkala maut datang menjemput



tatkala maut datang menjemput
(takziah buat seorg sahabat)

I. mengapa kematian itu menyedihkan?
kerna kematian itu adalah perpisahan..
perpisahan yg dibuahi oleh kasih sayang..
kasih sayang yg menguntumkan rindu..

rindu yg menggoncang sayu dalam kalbu..
yg menghempaskan untaian sendu dari hati yg terdalam..
yg menuntut ikhlas dan redha melepaskan segalanya..
yg mengharap agar yg kembali dan yg tinggal tetap tenang dlm pengabdian kepada-Nya..

II. sungguh maut itu tidak pernah mungkir pada janjinya..
hanya manusia yg sering lupa..
lupa akan tujuannya..
lupa akan fungsinya..
lupa akan janjinya..
lupa akan Tuhannya..
astaghfirullah..

Ya Allah Ya Rabbul Jalil..
aku tunduk pada ketentuan-Mu..
lindungilah aku dlm belas kasihan-Mu..

III. wahai manusia yg nyawamu dlm gengaman-Nya!
tatkala maut datang menjemput..
siap atau tidak kau harus menurut..
kerana mati itu pasti utk setiap jiwa..
tiada daya menangguh atau menyegera..

Ya Allah! Ya Rahman! Ya Rahim!
ampunkanlah dosaku..
ampunkanlah dosa keluargaku..
ampunkanlah dosa org2 yg berdosa kepadaku..
ampunkanlah dosa org2 yg pernah menzalimiku..
mudahkanlah ajalku..
laaaaaaailahaillallaaah

jakarta,
april 2011
Read On 1 ulasan

jodoh orang baik



ada org tanya, aku susah nak jawab, tapi bila tak jawab, terbit pulak rasa tak selesa. nikah-cerai nih bukan benda main2. jadi aku citer bab asas dlm hubungan suami-isteri. ada dua bahagian..

bahagian pertama untuk org pompuan sebab org pompuan yg tanya dulu. maka bagaimana org pompuan nak berkelakuan terhadap suaminya. asas jawapan utk menerangkan perkara ini ialah sebuah hadis Nabi saw yg lebih kurang bermaksud bahawa baginda bersabda jika diperbolehkan manusia itu menyembah manusia yg lain, maka akan disuruh isteri itu menyembah suaminya. apa maksud?

org pompuan kalo nak masuk syurga nih senang saja. taat pada suami insya-Allah kompem syurga. maksud taat nih atas syariat. jadi bila Nabi saw berkisah berkenaan ramainya org pompuan dlm neraka berbanding di syurga, kebanyakannya berkisar pada kelakuannya terhadap suami, atau terhadap bapa bagi yg belum menikah.

walau apapun yg suami perintahkan, selagi tidak terkeluar dari syariat, kena taat. itu sahaja kerja org pompuan. selagi suami merasa tenang dgn kehadiran isterinya, insya-Allah kompem syurga. ini maksud menjadi isteri. kalau suami bagi makan cekodok kena syukur makan cekodok, kalau suami beli setahun dua helai baju, kena syukur pakai dua helai baju, jangan susahkan hati suami. kalau suami khilaf tegur dgn hikmah, kalau tegur pun belum berubah seperti yg kita mahu maka doalah mintak pada Tuhan. Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil.

sebab itu org pompuan nih nak pilih suami ada satu saja syaratnya, wali kena pilih bakal suami itu di kalangan org yg soleh. ini saja yg org pompuan kena tengok pada bakal suaminya. bukan harta, bukan rupa, bukan keturunan, tapi kesolehannya. ini nilai seorg lelaki. nak pilih jadi pemimpin kita kena kaji kesolehannya. hanya itulah yg membezakan kedudukan seorg lelaki.

jadi ada yg bertanya bagaimana pula jika dapat suami tak soleh? ini bahagian kena tengok perlahan2. asas jawapan pada soalan ini ialah sabda Nabi saw yg lebih kurang bermaksud bahawa perempuan yg baik itu untuk lelaki yg baik dan begitulah sebaliknya. maka soalan pun tambah, bagaimana pula keadaan isteri baik tapi suami pula yg tak baik? soalannya Tuhan tak adil kah? dah jadi bersangka buruk pada Allah swt.. nauzubillah.. jadi bagaimana nak menanggapi keadaan begini?

sorg sahabat berpesan dlm mencari jodoh nih ada dua cara, satu jadi org yg baik2, dua ikut pilihan org yg baik2. nak dapat jodoh baik maknanya kita kena jadi baik. bila kita rasa jodoh kita tak baik, tengok balik diri kita. mungkin kita pun tak baik sebab itu jodoh kita pun tak baik. dan kalo kita baik dan jodoh kita mmg tak baik maknanya dengan redha dan ikhlas terhadap takdir Tuhan meninggikan martabat kebaikan kita. kalau kita tak boleh terima bahawa Tuhan sedang meninggikan martabat kebaikan kita bermakna balik semula pada perkara awal, mungkin kita tak sebaik yg kita sangka, dan jodoh kita tuh memang dah sepadan dgn kita.

ramai yg mengadu kata pasangannya tak baik, bermakna dia rasa dia lebih baik dari pasangan. satu perkara kena faham, org baik tak mengaku dia lebih baik dari org lain. maka bila kita rasa kita lebih baik dari pasangan kita, kaji semula diri kita. kalau benar kita baik kita takkan mengeluh sebaliknya lebih tekun dan kyusu berdoa meminta pertolongan dari Allah swt. kalau benar kita lebih baik sudah barang tentu kita lebih sabar dari pasangan kita yg kita anggap kurang baik daripada kita.

bila masuk bab sabar, org kata sabar ada had jugak. kat mana had sabar? soalannya sebenarnya, betul ker kita sabar? atau kita hanya cuba bersabar? baru menahan sabar? tapi kita cerita bab sabar nih pada waktu lain. utk yg ini kita berhenti di bab bahawa kalau kita benar2 baik bermakna kita termasuk di kalangan org yg sabar. perumpamaannya kalau rasa dah tak sabar makna kita dah tak baik.

jodoh nih tetap.. maka Tuhan dah tetapkan yg baik dgn yg baik, yg tak baik dgn yg tak baik.. mungkin yg kita tak suka suka tuh bukan tak baik tapi belum baik.. mmg yg cantik tuh awal baik, tgh baik, ujung baik.. tapi ada pula perjalanan hidup kita yg ujung jadi paling baik.. ini yg kita cari.. husnul khotimah.. mungkin baiknya pasangan kita itu puncanya kita.. jadi kalo betul kita rasa kita baik, insya-Allah jodoh kita pun baik, cuma kalo kita rasa kurreng, maknanya belum baik, insya-Allah berkat sabar dan doa kita, jodoh kitalah yg terbaik.. kalo kita putus asa maka Allah swt pun akan berputus asa pada kita.. nauzubillah..

diriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda lebih kurang bermaksud jika seorg lelaki mahu memilih isteri, maka ada empat kriteria yg boleh digunakan; rupa, harta, keturunan dan iman. dan menjadikan iman sebagai kriteria utama. maka ada yg berpendapat bahawa inilah yg diperlukan oleh seorg lelaki dari seorg perempuan. dan adapun Nabi saw tidak berpoligami ketika beristerikan Khadijah ra adalah kerana Khadijah ra itu memenuhi sekalian kriteria tersebut, dan keimanan Khadijah ra adalah yg terutamanya.

soalannya apakah yg membuatkan seorg isteri menjadi pilihan suaminya? dan apa pula keperluan suami? adakah seorg isteri memahami fungsinya dlm hidup suaminya? apakah dasar taat isteri pada suaminya? apakah maksud cinta dan kasih sayang isteri pada suami? adakah ketenangan suami itu ada pada isterinya? utk menjawab soalan2 ini lihat kembali ke dalam diri kita. siapa kita dlm pernikahan kita? apa yg kita cari dlm pernikahan kita?

bahagian kedua untuk org lelaki sebab kena faham dua sisi. maka bagaimana sepatutnya seorg lelaki berkelakuan pada isterinya. asas utk menerangkan jawapan ini adalah sabda Nabi saw yg lebih kurang bermaksud takutlah pada Allah swt dlm memimpin isteri. apa maksud?

bila seorg pompuan dinikahkan dengan seorg lelaki, tanggungjawab terhadap pompuan itu akan berpindah dari bapa kepada suaminya. atas apa saja sebab kita memilih jodoh kita maka menjadi kewajipan seorg lelaki menjadi pemimpin. asas menjadi pemimpin adalah taqwa. takut akan berlaku zalim. yg takut berlaku zalim nih org soleh. dlm setiap tindakan kena takut pada Allah swt, waima dalam menceraikan isteri.

tersebut kisah Sawdah ra yg menjadi isteri Nabi saw setelah Khadijah ra meninggal dunia. ketika Nabi saw telah menikah Aishah ra, Nabi saw takut merasa zalim terhadap Sawdah ra, maka Nabi saw menyampaikan pendapatnya kepada Sawdah ra. perlu difahami dlm bahagian ini bahawa antara sebab Nabi saw menikahi Sawdah ra adalah kerana para sahabat kasihan melihat keadaan anak2 Nabi saw. dan Sawdah ra memahami akan fungsi beliau sebagai isteri kepada Nabi saw. Sawdah ra menolak permintaan Nabi saw, malah beliau redha menghadiahkan malam2 gilirannya kepada Aisyah ra.

talaq itu hak suami namun bukan digunakan sewenang2nya. sebagaimana isteri harus ditanyakan persetujuannya utk menikah, begitu juga ketika menceraikannya. kecuali dlm urusan2 yg melanggar syariat. begitu juga bukan hak isteri utk meminta cerai, melainkan dlm urusan2 yg melanggar syariat.

maka kerna itu aku berpendapat bahawa lelaki yg patut berpoligami adalah bukan lelaki berharta yg mampu menyediakan segala kemahuan isteri tetapi seharusnya lelaki yg soleh yg patut berpoligami. kerna lelaki yg soleh tidak akan berlaku zalim. dan jika takdirnya berpoligami maka haruslah dia menginsafi bahawa dugaan dlm berpoligami itu adalah cara Tuhan meningkatkan kesolehannya.

namun apa yg berlaku di zaman ini ialah kebalikan dari keseluruhan yg kita kisahkan di atas, yg ada beberapa menyebutnya sebagai idealisme. seawal memilih calon pasangan yg mahu kita nikahi, kemudian dlm memahami fungsi terhadap pasangan, adakah kita mengenali siapa diri kita sebelum kita menghakimi pasangan kita? adakah isteri2 yg mudah mengungkap permintaan meminta cerai itu memahami akan maksud bergegar tiang arasy setiap kali kata2 itu disebut? adakah begitu mudah kita berputus asa dgn dugaan yg dihadirkan melalui pasangan kita? apakah yg kita cari dlm hidup yg sementara ini?

wallahualam..
Read On 1 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008