jodoh orang baik



ada org tanya, aku susah nak jawab, tapi bila tak jawab, terbit pulak rasa tak selesa. nikah-cerai nih bukan benda main2. jadi aku citer bab asas dlm hubungan suami-isteri. ada dua bahagian..

bahagian pertama untuk org pompuan sebab org pompuan yg tanya dulu. maka bagaimana org pompuan nak berkelakuan terhadap suaminya. asas jawapan utk menerangkan perkara ini ialah sebuah hadis Nabi saw yg lebih kurang bermaksud bahawa baginda bersabda jika diperbolehkan manusia itu menyembah manusia yg lain, maka akan disuruh isteri itu menyembah suaminya. apa maksud?

org pompuan kalo nak masuk syurga nih senang saja. taat pada suami insya-Allah kompem syurga. maksud taat nih atas syariat. jadi bila Nabi saw berkisah berkenaan ramainya org pompuan dlm neraka berbanding di syurga, kebanyakannya berkisar pada kelakuannya terhadap suami, atau terhadap bapa bagi yg belum menikah.

walau apapun yg suami perintahkan, selagi tidak terkeluar dari syariat, kena taat. itu sahaja kerja org pompuan. selagi suami merasa tenang dgn kehadiran isterinya, insya-Allah kompem syurga. ini maksud menjadi isteri. kalau suami bagi makan cekodok kena syukur makan cekodok, kalau suami beli setahun dua helai baju, kena syukur pakai dua helai baju, jangan susahkan hati suami. kalau suami khilaf tegur dgn hikmah, kalau tegur pun belum berubah seperti yg kita mahu maka doalah mintak pada Tuhan. Allah Maha Mengetahui dan Maha Adil.

sebab itu org pompuan nih nak pilih suami ada satu saja syaratnya, wali kena pilih bakal suami itu di kalangan org yg soleh. ini saja yg org pompuan kena tengok pada bakal suaminya. bukan harta, bukan rupa, bukan keturunan, tapi kesolehannya. ini nilai seorg lelaki. nak pilih jadi pemimpin kita kena kaji kesolehannya. hanya itulah yg membezakan kedudukan seorg lelaki.

jadi ada yg bertanya bagaimana pula jika dapat suami tak soleh? ini bahagian kena tengok perlahan2. asas jawapan pada soalan ini ialah sabda Nabi saw yg lebih kurang bermaksud bahawa perempuan yg baik itu untuk lelaki yg baik dan begitulah sebaliknya. maka soalan pun tambah, bagaimana pula keadaan isteri baik tapi suami pula yg tak baik? soalannya Tuhan tak adil kah? dah jadi bersangka buruk pada Allah swt.. nauzubillah.. jadi bagaimana nak menanggapi keadaan begini?

sorg sahabat berpesan dlm mencari jodoh nih ada dua cara, satu jadi org yg baik2, dua ikut pilihan org yg baik2. nak dapat jodoh baik maknanya kita kena jadi baik. bila kita rasa jodoh kita tak baik, tengok balik diri kita. mungkin kita pun tak baik sebab itu jodoh kita pun tak baik. dan kalo kita baik dan jodoh kita mmg tak baik maknanya dengan redha dan ikhlas terhadap takdir Tuhan meninggikan martabat kebaikan kita. kalau kita tak boleh terima bahawa Tuhan sedang meninggikan martabat kebaikan kita bermakna balik semula pada perkara awal, mungkin kita tak sebaik yg kita sangka, dan jodoh kita tuh memang dah sepadan dgn kita.

ramai yg mengadu kata pasangannya tak baik, bermakna dia rasa dia lebih baik dari pasangan. satu perkara kena faham, org baik tak mengaku dia lebih baik dari org lain. maka bila kita rasa kita lebih baik dari pasangan kita, kaji semula diri kita. kalau benar kita baik kita takkan mengeluh sebaliknya lebih tekun dan kyusu berdoa meminta pertolongan dari Allah swt. kalau benar kita lebih baik sudah barang tentu kita lebih sabar dari pasangan kita yg kita anggap kurang baik daripada kita.

bila masuk bab sabar, org kata sabar ada had jugak. kat mana had sabar? soalannya sebenarnya, betul ker kita sabar? atau kita hanya cuba bersabar? baru menahan sabar? tapi kita cerita bab sabar nih pada waktu lain. utk yg ini kita berhenti di bab bahawa kalau kita benar2 baik bermakna kita termasuk di kalangan org yg sabar. perumpamaannya kalau rasa dah tak sabar makna kita dah tak baik.

jodoh nih tetap.. maka Tuhan dah tetapkan yg baik dgn yg baik, yg tak baik dgn yg tak baik.. mungkin yg kita tak suka suka tuh bukan tak baik tapi belum baik.. mmg yg cantik tuh awal baik, tgh baik, ujung baik.. tapi ada pula perjalanan hidup kita yg ujung jadi paling baik.. ini yg kita cari.. husnul khotimah.. mungkin baiknya pasangan kita itu puncanya kita.. jadi kalo betul kita rasa kita baik, insya-Allah jodoh kita pun baik, cuma kalo kita rasa kurreng, maknanya belum baik, insya-Allah berkat sabar dan doa kita, jodoh kitalah yg terbaik.. kalo kita putus asa maka Allah swt pun akan berputus asa pada kita.. nauzubillah..

diriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda lebih kurang bermaksud jika seorg lelaki mahu memilih isteri, maka ada empat kriteria yg boleh digunakan; rupa, harta, keturunan dan iman. dan menjadikan iman sebagai kriteria utama. maka ada yg berpendapat bahawa inilah yg diperlukan oleh seorg lelaki dari seorg perempuan. dan adapun Nabi saw tidak berpoligami ketika beristerikan Khadijah ra adalah kerana Khadijah ra itu memenuhi sekalian kriteria tersebut, dan keimanan Khadijah ra adalah yg terutamanya.

soalannya apakah yg membuatkan seorg isteri menjadi pilihan suaminya? dan apa pula keperluan suami? adakah seorg isteri memahami fungsinya dlm hidup suaminya? apakah dasar taat isteri pada suaminya? apakah maksud cinta dan kasih sayang isteri pada suami? adakah ketenangan suami itu ada pada isterinya? utk menjawab soalan2 ini lihat kembali ke dalam diri kita. siapa kita dlm pernikahan kita? apa yg kita cari dlm pernikahan kita?

bahagian kedua untuk org lelaki sebab kena faham dua sisi. maka bagaimana sepatutnya seorg lelaki berkelakuan pada isterinya. asas utk menerangkan jawapan ini adalah sabda Nabi saw yg lebih kurang bermaksud takutlah pada Allah swt dlm memimpin isteri. apa maksud?

bila seorg pompuan dinikahkan dengan seorg lelaki, tanggungjawab terhadap pompuan itu akan berpindah dari bapa kepada suaminya. atas apa saja sebab kita memilih jodoh kita maka menjadi kewajipan seorg lelaki menjadi pemimpin. asas menjadi pemimpin adalah taqwa. takut akan berlaku zalim. yg takut berlaku zalim nih org soleh. dlm setiap tindakan kena takut pada Allah swt, waima dalam menceraikan isteri.

tersebut kisah Sawdah ra yg menjadi isteri Nabi saw setelah Khadijah ra meninggal dunia. ketika Nabi saw telah menikah Aishah ra, Nabi saw takut merasa zalim terhadap Sawdah ra, maka Nabi saw menyampaikan pendapatnya kepada Sawdah ra. perlu difahami dlm bahagian ini bahawa antara sebab Nabi saw menikahi Sawdah ra adalah kerana para sahabat kasihan melihat keadaan anak2 Nabi saw. dan Sawdah ra memahami akan fungsi beliau sebagai isteri kepada Nabi saw. Sawdah ra menolak permintaan Nabi saw, malah beliau redha menghadiahkan malam2 gilirannya kepada Aisyah ra.

talaq itu hak suami namun bukan digunakan sewenang2nya. sebagaimana isteri harus ditanyakan persetujuannya utk menikah, begitu juga ketika menceraikannya. kecuali dlm urusan2 yg melanggar syariat. begitu juga bukan hak isteri utk meminta cerai, melainkan dlm urusan2 yg melanggar syariat.

maka kerna itu aku berpendapat bahawa lelaki yg patut berpoligami adalah bukan lelaki berharta yg mampu menyediakan segala kemahuan isteri tetapi seharusnya lelaki yg soleh yg patut berpoligami. kerna lelaki yg soleh tidak akan berlaku zalim. dan jika takdirnya berpoligami maka haruslah dia menginsafi bahawa dugaan dlm berpoligami itu adalah cara Tuhan meningkatkan kesolehannya.

namun apa yg berlaku di zaman ini ialah kebalikan dari keseluruhan yg kita kisahkan di atas, yg ada beberapa menyebutnya sebagai idealisme. seawal memilih calon pasangan yg mahu kita nikahi, kemudian dlm memahami fungsi terhadap pasangan, adakah kita mengenali siapa diri kita sebelum kita menghakimi pasangan kita? adakah isteri2 yg mudah mengungkap permintaan meminta cerai itu memahami akan maksud bergegar tiang arasy setiap kali kata2 itu disebut? adakah begitu mudah kita berputus asa dgn dugaan yg dihadirkan melalui pasangan kita? apakah yg kita cari dlm hidup yg sementara ini?

wallahualam..

About this entry

  1. love the photo

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008