berbeza itu bukan suatu dosa



apa yang anda lakukan jika seorang sahabat anda mendatangi anda dan mengeluh tentang hidupnya.. anda mahu memotivasikan dirinya dan apakah cara yang paling sesuai? bagaimana pula jika anda sendiri yang mengalami hari buruk dan merasa perlu memberi semangat pada diri anda sendiri?

mengatakan pendapat atau memberi nasihat itu mudah.. persoalannya adakah apa yang anda akan katakan itu memberi kesan yang diperlukannya? dalam banyak keadaan anda memberi nasihat, berapa peratus yang benar2 berkesan?

adalah penting anda mengenali cara dan sikap sahabat anda sebelum memberi nasihat kepadanya.. bagaimana jika seorang yang anda tidak kenal meminta nasihat anda? mari bereksperimentasi membuat profil motivasi..

contohnya seorang mahu meminta nasihat mengenai pekerjaannya, sama ada dia patut menerima tawaran pekerjaan yang baru atau apa pekerjaan yang harus dia lakukan.. tanyakan soalan berikut..

"Apa yang anda inginkan dari pekerjaan anda?"

ketika bertanya soalan di atas, dapatkan beberapa jawapan.. dianjurkan sekurang2nya tiga perkara yang diinginkannya dan untuk setiap jawapan tersebut anda ajukan pula soalan di bawah..

"Mengapa perkara yang anda inginkan itu penting untuk anda?"

tujuan soalan ini adalah untuk mengenali kriterianya dalam memilih arah motivasi.. sama ada mendekati tujuan yang diinginkannya atau menjauhi sesuatu yang tidak diingininya.. kata2 mencegah, menghindari, tidak akan, tidak harus, dgn kepala menggeleng2 menunjukkan dia mempunyai profil menjauhi.. berbanding kata2 memperolehi, memiliki, menjadikan, sesuatu yang akan didapatinya, sambil mengangguk2kan kepala menunjukkan bahawa dia mempunyai profil mendekati..

"Bagaimana anda tahu anda sudah melakukan pekerjaan anda dengan baik?"

soalan ini untuk mengetahui sama ada sumber motivasinya internal atau eksternal.. jika jawapannya banyak menunjuk dalam dirinya sambil duduk tegak tanpa banyak gerak isyarat dan ekspresi wajah, bermakna sumber motivasinya adalah internal.. termotivasi untuk membuat keputusan berdasarkan standard yang ada dalam dirinya.. jika jawapannya berdasarkan maklumbalas dari luar bermakna sumber motivasinya adalah eksternal..

"Mengapa anda memilih pekerjaan anda sekarang?"

profil seterusnya ialah dasar motivasi.. adakah dia seorang procedural, yang lebih suka mengerjakan sesuatu yang sudah jelas aturannya, ataupun optional, yang lebih suka mengerjakan sesuatu yang ada pilihan atau cara lain.. kebiasaanya jika jawapannya pendek dan 'to the point' maka dia adalah seorang optional, berbanding jika jawapannya seperti bercerita sehingga dia seolah bukan menjawab soalan 'mengapa' malah menjawab soalan 'bagaimana', menunjukkan dia seorang yang procedural..

"Apa hubungan antara pekerjaan anda sekarang dan lima tahun dulu?"

ini pula untuk mengetahui faktor motivasi.. ada tiga kemungkinan dalam jawapan.. satu, persamaan.. dimana dia akan melihat persamaan antara sekarang dan sebelumnya.. kedua, persamaan-kecuali.. maksudnya dia melihat persamaan tetapi juga melihat perkembangan yang berlaku antara dua waktu itu.. ketiga, perbezaan.. dimana dia fokus pada perbezaan antara keadaan sekarang dan sebelumnya..

dan untuk profil yang terakhir, perhatikan sama ada selama menjawab soalan tersebut dia menjawab secara spontan atau berfikir dahulu sebelum menjawab.. ini untuk melihat tahap motivasinya sama ada dia proaktif atau reaktif.. seorang yang proaktif akan membuat keputusan lebih cepat manakala seorang yang reaktif merupakan orang yang lebih berhati2 dalam mengambil keputusan.. profil ini untuk menjawab soalan "Bagaimana cara anda mengambil keputusan?"..

setelah anda mendapatkan profil lengkapnya, maka anda akan lebih mudah mengatur cara menyampaikan pendapat anda mengikut profilnya.. kita pakai contoh lagi..

utk arah motivasi.. seorang yang berprofil menjauhi tidak akan tertarik jika anda berusaha untuk menjelaskan kebaikan apa yang akan didapatinya.. ini seperti kisah kuda dan keldai.. keldai akan berjalan jika anda menggantungkan lonak di depannya berbanding kuda yang akan berlari laju jika dicambuk..

utk sumber motivasi.. anda harus menekankan bahawa dia sendiri yang perlu membuatkan keputusan kepada orang yang berprofil internal.. manakala untuk orang yang eksternal anda harus menunjukkan bukti dan contoh yang dekat dengannya..

utk dasar motivasi.. seorang yang berprofil procedural tidak akan teruja dengan kata2 cabaran, kemungkinan, pilihan, dsu. sama seperti orang yang berprofil optional tidak teruja dengan kata2 cara yang terbukti, konsisten, dipercayai, dsu.

utk faktor motivasi.. sama seperti jawapan yang diberikannya.. profil persamaan akan tertarik dengan kata2 seperti sebelumnya, tidak berubah, identik, tetap, dsu. profil persamaan-kecuali tertarik dengan kata2 progresif, maju, berkembang, sama namun lebih baik, dsu. profil perbezaan pula akan sangat teruja dengan kata2 baru, unik, berbeza, berubah, dsu.

utk tahap motivasi.. seorang yang berprofil proaktif akan teruja mendengar kata kejar, ayuh, ambil inisiatif, ambil sekarang juga, mengapa menunggu, jalankan saja, dsu. manakala profil reaktif akan tercuit dengan kata2 pertimbangkan, kejayaan sedang menghampiri anda, mari fikirkan, harus difahami, dsu.

sebagai peringatan, profil setiap individu mungkin akan berbeza dalam konteks yang berbeza.. mungkin dalam membeli sesuatu dia mempunyai profil yang berbeza dari profil yang dia gunakan dalam hubungannya..

dan perlu difahami bahawa kebanyakan masalah komunikasi adalah kerna kita mempunyai profil yang berbeza mengenai sesuatu.. contohnya, jika anda mempunyai profil optional dan isteri anda berprofil procedural.. faktor untuk membuat keputusan adalah berbeza.. begitu juga seorang yang berprofil proaktif akan menganggap orang yang berprofil reaktif seorang yang lembab dan lambat membuat keputusan, sedangkan orang yg berprofil reaktif akan menganggap orang yang berprofil proaktif merupakan seorang yang ego dan tidak sabar..

bayangkan jika anda dapat memahami profil anak atau isteri anda dengan baik.. anda dengan mudah mampu membuat keputusan yang dipersetujui bersama.. menghargai perbezaan adalah suatu nikmat, terutama jika anda mengetahuinya apa, kenapa, mengapa dan bagaimana.. berbeza itu saling mengisi dan persamaan itu memperkukuhkan.. hidup akan lebih tenang setelah kita memahami bahawa tujuan kita adalah sama walaupun cara kita yang berbeza.. dan itu tidak ada salahnya.. berbeza itu bukan suatu dosa.. ;)
Read On 0 ulasan

istiqamah



arakian telah bertanya seorang sahabatku..

aku nak tanya ko..aku assume ko mungkin ble kongsi mcm mana ko buat…iaitu istiqamah dalam ibadah..aku takmo teori..aku mau dgr yg ko dok buat…focus pasal semayang, zikir, baca quran…itu jer..macam mana ko buat cthnya..semayang lima waktu di awal waktu, tahajjud malam2, zikir pagi petang…mcm mana nak maintain…especially dok kt luar nih..aku ada buat mende2 tuh…tapi ada angin…kejap buat…lamaaaaaaaaaaa…..tak buat pastu buat balik…….ni tk best…umur dah meningkat, masa pun dah singkat….aku dh puas cakap, dengar, belajar, amik course…skrg nk execute….sekarang, saat ini, masa ini…bukan kejap lagi, bukan malam ni, bukan esok…

maka beginilah pendapatku seadanya..

alhamdulillah.. syukur atas semua nikmat yang Allah beri kepada kita.. sesungguhnya janji-Nya adalah benar..

soalan yang ko tanya aku tuh tuh soalan 'rasa'.. kalo ko tanya apa aku buat ko akan rasa biasa2 saja.. contohnya tahajjud, zikir dan baca Quran.. kita istiqamah buat tapi mmg ada masa2nya rasa cam 'penat' dan 'malas'.. itu 'rasa' yang Allah beri.. macam aku, kalo aku rasa nak bercakap dgn Allah, aku solat sunat.. bila aku rasa aku nak Allah cakap dgn aku, aku baca Quran.. nak kata ini amalan pun aku rasa lebih pada teori..

kalo was2 dgn apa aku citer nih ko kena tanya aku.. sebab bukan sorang kata aku sesat, tapi aku tahu apa yg aku buat.. ilmu tuh takder yg sesat, yang sesat manusia.. bila ko kata tanak teori, ko nak tahu amalan.. ko masih terikat dgn syariat.. amalan solat dan zikir tuh hanya syariat.. kalo ko nak dapat 'rasa' ko tetap kena tahu tauhidnya.. ini umum orang kata teori.. tapi pada aku amalan tanpa hadir hati tuh yg buat kita 'rasa' kosong..

aku solat sunat bila aku 'rasa' seronok nak solat.. aku baca Quran bila aku 'rasa' seronok nak baca.. simplenya macam nih.. ada masa2nya bila kita solat tuh kita 'rasa' sesuatu.. kadang2 sedih, kdg2 malu, kdg2 rindu.. bila ko dapat 'rasa' tuh, take your time and enjoy it a bit longer.. ada masa aku baca fatihah pun aku 'rasa' macam nak menangis, walaupun aku tatau sebab apa, bila aku rasa macam tuh, aku berhenti dan 'layan' 'rasa' tuh.. kemudian aku ulang baca fatihah.. kdg2 aku dapat masa ruku', masa iqtidal, masa sujud, duduk tahiyyat, aku akan stay dalam position tuh lebih lama..

sama macam doa, ada masa te'rasa' doa tuh dalam hati.. sebak.. sama ada gembira atau sedih atau mengharap.. aku cuma pejam mata dan simpan 'rasa' tuh.. biasanya bila aku dapat 'rasa' tuh aku cuba anchor dgn sebut 'allahu akbar'.. ini yg aku istiqamah.. begitu juga dgn zikir, 'larut'kan diri dalam zikir tuh dengan cara fokus.. kenapa kita nak zikir? kalo cuma nak ingat Allah, maka bayangkan Allah ada depan kita, kalo tak boleh bayangkan, 'rasa'kan Allah ada depan kita dan tgh tengok kita berdoa.. yg nih kena hati2 sebab masa nih syaitan mudah nak tipu kita..

itu bab amalan sendiri.. dengan orang pulak aku istiqamah bersihkan hati.. bila orang cakap benda buruk psal aku, aku anggap dia tgh nasihat aku.. bila org tunjuk pandai, aku anggap itu Allah nak tunjuk pada aku perangai buruk aku.. sama dengan rezki duit dan harta.. kadang2 aku tau org nak tipu tapi aku tetap bagi, sebab aku ikut 'rasa'.. aku tahu kalau rezki aku Allah tetap akan kembalikan pada aku berganda2.. Allah duga aku.. betulkan niat.. mungkin org tuh benar2 susah sampai sanggup tipu aku.. aku ikhlaskan.. belajar ikhlas nih bertahun aku buat..

kdg2 kita tanak buat dosa, tapi dugaan Allah sampai.. aku anggap Allah nak bagi 'rasa' kat aku.. aku ikhlaskan.. aku taubat lagi.. benda yang berlaku itu tidak sia2.. ada pengajaran yang Allah nak sampaikan.. yang penting bukan macammana nak selesaikan tetapi macammana nak handle hati kita.. ini bahagian yang paling susah.. nak selesaikan masalah senang.. nak jaga hati dari riak, ujub dan takabbur, itulah dugaan yang sebenarnya..

begitu juga bila orang puji, aku tak rasa orang puji aku.. kerna aku nih bukan apa2.. manusia puji Allah.. kenapa pulak aku yg nak rasa bangga.. tapi Allah wujudkan 'rasa' bangga sebab Allah nak kita tau 'rasa'nya.. subhanallah.. mungkin ini teori bagi ko tapi bagi aku inilah rahmat Allah.. kita kena peka dengan 'rasa' yang Allah kurnia pada kita.. itu cara aku istiqamah.. bila 'rasa' tuh hilang aku jadi takut.. takut juga 'rasa'.. macam beberapa hari nih aku hilang 'rasa'.. aku solat tak rasa apa.. aku doa tak rasa apa.. aku baca Quran tak rasa apa.. mungkin Allah tarik 'iradat' dari dalam hati aku.. Allah uji aku.. tiba2 pula ko tanya soalan macam nih.. alhamdulillah.. jazakallah sahabatku, pertanyaan kau telah mengembalikan 'rasa' itu dalam hatiku..

masa aku nak jawab soalan ko nih.. aku amik masa satu malam nak hilangkan 'rasa' riak, ujub dan takabbur.. dan aku jawab seikhlas mungkin sebab aku tau kau juga sedang mencari.. sahabatku, dunia ini hanya ujian.. namun kita tidak boleh meninggalkan dunia kerna tanpa memahami dunia kita akan sesat menuju akhirat.. ini iman.. beruzlah bila kita rasa terikat dengan dunia, namun setelah itu kembalilah.. kita dihidupkan utk menghamba kepada-Nya.. cara menghamba ialah dengan dakwah.. mengajak manusia lain menyembah-Nya.. dalam setiap pekerjaan dan kata2 kita itu ada dakwah.. kerna dalam hidup ini dakwah adalah jalannya..

wallahualam..

Read On 5 ulasan

perangai ikut keturunan?



dua hari lepas aku melepak lagi di kedai buku.. windows shopping.. dan aku baca satu buku yang aku anggap agak merepek pada mulanya namun aku menemukan satu hasil kajian yang menarik yang dilakukan disebuah tadika di jepun..


dulu pernah aku baca buku mengenai hubungan golongan darah terhadap diet dan kesihatan.. (Eat Right 4 Your Type - Dr Peter J D'Adamo) sangat menarik untuk mengetahui bagaimana makanan yang dimasukkan ke dalam tubuh kita mempunyai kesan yang berbeza terhadap orang yang mempunyai golongan darah berbeza..

aku pernah dengar pendapat beberapa orang sahabatku sebelum ini mengenai hubungan golongan darah dengan personaliti seseorang, dan ini adalah teks yang pertama aku jumpai membahaskan perkara ini.. enuff with the intro..

mari kita buat observasi terhadap anak2 kita..
bayangkan hari pertama di tadika..
anak2 memasuki perkarangan sekolah dan...

kanak2 berdarah O
sekalipun jika mereka menangis, pelukan guru akan membuat dia tenang.. jika mainannya diambil kanak2 lain dia akan menangis dengan kuat.. dan dapat dialihkan perhatiannya dengan permainan..

kanak2 berdarah A
akan langsung menangis dan akan mulai tenang setelah diberitahu dan difahamkan kepada dia akan urutan2 kegiatan hari itu.. dia akan jarang menangis jika berada bersama guru yang sudah ditetapkan buatnya..

kanak2 berdarah B
akan langsung bermain.. namun setelah beberapa hari tiba2 dia akan menangis dan mahu pulang.. jika diberi permainan dia akan bermain sebentar namun akan menangis semula..

kanak2 berdarah AB
menangis tetapi tidak menangis sehingga tidak terkendali.. namun ketika dijemput pulang oleh ibubapanya dia akan terus membuat perangai seperti marah, masam atau menangis..

sekarang tibalah waktu makan..

kanak2 berdarah O
makan sehingga puas.. malah makanan orang lain ataupun makanan yg sudah jatuh pun akan dimakannya, pada waktu dia mahu..

kanak2 berdarah A
pandai makan menggunakan alatan.. seperti sudu, garpu malah jika diajar menggunakan chopstick..

kanak2 berdarah B
makannya berselerak.. ketika anak2 lain mulai bermain, dia akan langsung ikut bermain..

kanak2 berdarah AB
jarang menambah makanan.. makan makanan yg dia suka sahaja dan menolak makanan yang dia tidak suka..

bagaimana pula dengan tabiat buang air..

kanak2 berdarah O
tidak suka jika sedang bermain harus ke toilet.. mereka tidak suka dipaksa.. bila tak tahan baru tergesa2 ke toilet..

kanak2 berdarah A
sensitif dengan sesuatu yang memalukan dan sangat peka dengan ayat "kawan2 semua buang air di toilet."

kanak2 berdarah B
akan ke toilet pada bila2 masa, malah menganggap ke toilet juga adalah suatu cara bermain..

kanak2 berdarah AB
tidak membantah dan mengikuti dengan baik ketika dilatih toilet training.. suka pada kebersihan makanya sesuai diberi penekanan pada kebersihan seperti, "kalau basah tak selesa kan?"

dan saatnya untuk berlumba lari merentasi halangan..

kanak2 berdarah O
berorientasi pada menang-kalah.. meninggalkan anak lain dan terus maju..

kanak2 berdarah A
mahu menyelesaikan seluruh halangan dengan sebaik2nya..

kanak2 berdarah B
mengarahkan diri pada sasaran dan mencabar dirinya untuk menyelesaikan perlumbaan..

kanak2 berdarah AB
baik hati dan menunggu teman2nya yang keletihan..

alamak! anak2 sedang berebut permainan..

kanak2 berdarah O
berawal dengan keinginan utk memiliki sepenuhnya dan berakhir dengan pertengkaran dengan kekuatan..

kanak berdarah A
anak menangis dengan kuat dengan sangat marahnya

kanak2 berdarah B
tidak suka bertengkar dan akan mula2 mengalah

kanak2 berdarah AB
tidak berebut barang tetapi sering berperang mulut

siapa pula yang akan mengadu ke guru?

kanak2 berdarah O
menggunakan kekuasan dengan tepat, "cakap dengan cikgu!"

kanak2 berdarah A
memegang teguh peraturan, "cakap dengan cikgu!"

kanak berdarah B
menjadi penonton yg ingin tahu, mengolok2 anak2 lain yang bertengkar..

kanak2 berdarah AB
selama tidak melibatkan dirinya, dia tidak akan ambil peduli..

bagaimanakah caranya untuk menasihatkan anak2 ini?

kanak2 berdarah O
paling penting adalah memperlihatkan dengan jelas bahawa kita benar2 risaukan dirinya.. yang penting bukanlah alasan tetapi kasih sayang..

kanak2 berdarah A
harus benar2 bersabar dan memberi ruang untuk anak2 itu bertanya dan memahami.. jika kita tidak mahu menjawabnya dan langsung mengatakan "tidak!".. dia akan memberontak dalam hati terhadap perkara2 yang tidak difahaminya dan berkata "ibu dan ayah tidak mahu memahami perasaan saya.."

kanak2 berdarah B
ketika dimarah, anak2 ini tidak akan membantah namun setelah itu melakukan perkara yang sama semula.. penting untuk bersikap tegas terhadap mereka, kerna untuk hal yang sama sekalipun mereka harus diberitahu berulang2..

kanak2 berdarah AB
jelaskan mengapa kita memarahinya sehingga mereka benar2 faham.. jangan cuba berbohong kerna mereka akan memandang rendah kepada kita.. jika anak berdarah A akan melawan, anak berdarah AB akan menyimpan.. dia tidak suka mengungkap kemarahannya dan tak boleh mengatakan perkara yang dianggapnya tidak sopan..


haha.. indahnya waktu tadika.. andai saja aku tahu ilmu ini masa anak2 aku masuk tadika dulu, taklaa susah payah aku kena handle macam2 pendapat cikgu..

tapi itu hanya sebahagian daripada kisah buku itu.. bagaimana pula dengan golongan darah para cikgu tadika memberi kesan terhadap asuhannya kepada anak2 anda? bagaimana pula impak golongan darah anda sebagai ibu atau bapa terhadap didikan anak anda? bagaimana pula golongan darah dapat memberitahu anda sesuatu mengenai pasangan anda? adakah personaliti mereka berubah dari kanak2 ke remaja juga dipengaruhi oleh golongan darah mereka?

apa pendapat anda jika mengikut kajian buku itu, bapa berdarah A tidak akan mahu menggantikan pampers bayi tetapi mahu bekerjasama memandikan anak? benarkah kajiannya yang mengatakan suami berdarah AB pula tidak akan membantu isterinya walaupun isterinya sedang sibuk jika tidak menganggap pekerjaan itu adalah tanggungjawabnya? bagaimana pula jika bapa berdarah O hanya akan membantu hanya 'jika benar2 diperlukan' dan bapa berdarah B pula akan gembira membantu jika tiada syarat atau undang2 yang perlu dipatuhinya?

ini bukan promosi buku tapi kalo aku nak ulas semula boleh jadi satu lagi buku.. aku tak pasti tajuk asal buku nih.. tajuk yang aku beli, 'Mendidik Anak berdasarkan Golongan Darah'.. penulisnya Toshitaka Nomi.. terjemahan indonesia oleh Holy Setyowati.. a very interesting book.. membuatkan aku teruja nak cari satu lagi bukunya yang bertajuk 'Membaca Karakter melalui Golongan Darah'..




Read On 1 ulasan

mengoptimakan kesederhanaan




passion atau ghairah adalah suatu perasaan seronok dan bersungguh2 melakukan sesuatu.. tanpa perasaan ini hati kita akan kaku dan merasa keterpaksaan dalam perbuatan.. bagaimanakah rasanya ghairah ini? mampukah aku mewujudkannya dalam setiap perkara yang aku kerjakan?

seorang sahabat mengatakan pada aku bahawa ghairah itu berada di antara rasa takut dan bosan..

dia kata, "mari kembali ke zaman muda kita.. masa mula2 kita cukup umur dan mengenal seks.. kita tengok perempuan yang punya sesuatu yang padan dengan impian kita, terus kita akan teruja.. padahal perempuan tuh tak sempurna pun pada pandangan orang lain.. maksudnya apa? impian setiap manusia berbeza.. keinginan setiap manusia berbeza.."

"ada orang susah nak berkenalan dengan perempuan.. sebab takut.. ghairah dia tak cukup kuat utk mengalahkan ketakutan dia.. nih sama dalam setiap kejadian dalam hidup kita.. kita tak buat bukan pasal tak mahu tapi takut kita lebih besar.. takut nih macam2.. takut malu.. takut gagal.. takut pada diri sendiri.. takut nak mulakan.. ini semua yang menghalang kita dari maju.. maksudnya apa? impian kita belum betul2 mantap.. kita tak betul2 inginkan apa yang kita impikan.. mudah citer.. kita belum nak sebenarnya.. atau mungkin bukan itu yang kita nak sebenarnya.."

"ada pulak orang mmg senang nak berkenalan.. tapi mudah pulak putus.. sebab bosan.. ghairah berlebih2an pada awal jadi anti-klimaks.. sama juga dalam hidup.. kita over-confident sampai kita tak dengar nasihat orang lain.. sampai lupa benda2 lain.. lupa dunia.. bila dah lupa dunia maka lupalah Tuhan.. bosan nih pun macam2.. takder cabaran.. habis tenaga.. takder idea baru.. bukan makna takder ghairah tapi dah jadi biasa.. bila biasa2 jer dah rasa tak istimewa, dah rasa tak penting.. atau mungkin juga baru sedar bukan itu yang kita nak sebenarnya.."

"maka bersederhana nih penengah.. kena ada takut sikit dan kena ada bosan sikit.. jadi kita jaga tak jatuh ke belah2 mana.. bila bosan, timbulkan takut.. bosan dah biasa, camna kalo dah tak ada.. takut hilang.. timbul ghairah balik.. bila takut, timbulkan bosan.. bosan asyik takut.. tak dapat2 laa.. buat jer.. timbul balik ghairah.."

"macam hubungan badan suami-isteri jugak.. bila dah kurang berhubungan, takut pulak isteri bosan.. bila selalu berhubungan, kang bosan pulak takut tak teruja.. kena main tarik-tali.. Tuhan bagi nikmat hubungan suami-isteri nih bukan saja2.. ada benda dia nak ajar dgn nafsu yg dia bagi tuh.. macammana nak control diri kita.."

"nih citer psal hubungan suami-isteri.. ada orang takut sampai tak naik.. takut tak puas laa.. takut tak keras laa.. ada orang pulak tak naik sebab bosan.. asik2 itu.. asik2 itu.. yg naik full nih antara takut dgn bosan.. dia tak takut dan dia tak bosan.. camna nak adjust nih terpulang.. kena tau mana titik takut dan mana titik bosan.. nih kena sama2 jaga.. bayangkan masa muda2 dulu camna.. apa yg buat kita ghairah tak bertepi?"

kenapa ghairah hidup nih penting adalah kerna ghairah ini berkaitan langsung dengan makna 'kebahagiaan'.. orang yg bahagia ialah orang yg sentiasa ghairah dalam hidupnya.. dia seronok buat apa saja yg dia buat.. bila kerja, dia rasa seronok dengan kerja dia.. tenggelam dalam berkreativiti.. ghairah... bahagia.. orang yg kerja tak seronok nih, tak ghairah bila kena buat sesuatu nih, tak bahagia.. sebab tuh dia banyak merungut.. banyak mengeluh.. sebab tak bahagia..

ciri2 orang yg ghairah dengan apa yg dilakukannya:
  • merasa punya matlamat dan tujuan yang jelas terkait dengan apa yg dilakukannya
  • sangat berkonsentrasi dan menumpukan perhatian penuh aka kyusu'
  • tidak terlalu memikirkan dirinya sendiri
  • mudah lupa waktu
  • berinteraksi langsung antara tindakan dengan hasil atau feedback
  • merasa seimbang antara tujuan dan kemampuan untuk mencapai hasil
  • memegang kendali penuh terhadap situasi ataupun tindakan
  • merasa yakin ada kepuasan batin yg terkait dengan tindakannya
  • mudah lupa keperluan fizik, seperti makan atau mandi
  • larut dalam aktivitinya..

bagaimana pula nak mendapatkan ghairah nih?

nih bab eksperimentasi kita.. secara umum kita faham otak kiri dan otak kanan.. fungsi otak kanan terkait dengan kreativiti dan berkhayal aka 'bermain'.. gungsi otak kanan pula terkait dengan tugas mengingat, berfikir dan menganalisa aka 'serius'.. secara mudahnya, nak guna otak kanan kena 'bermain' dan nak guna otak kiri kena 'serius'.. nak optimal guna otak, kena 'bermain dengan serius' atau 'serius bermain'..

jika kita melakukan apa yang kita biasa lakukan, kita serius, sebab kita hanya buat apa yang kita ingat.. optimalkan dengan mengisi 'bermain' supaya dapat mencuit kreativiti kita..

contoh dalam kerja, kita jadi bosan bila terus-menerus 'serius'.. routine.. tambahkan 'bermain'.. bukan kerja main2.. tapi menginovasi pekerjaan kita supaya kita jadi seronok.. kena ada rasa cinta pada kerja kita dengan cara berbaik sangka dengan atasan dan syarikat kita.. begitu juga jika anda seorang peniaga, kena rasa cinta pada perniagaan kita dengan berbaik sangka pada pelanggan dan pemborong.. kena cari dan cipta insentif buat diri kita dan kena tegur dan beri memo pada diri kita..

waima dalam solat pun, pesan beberapa sahabatku yang lain, bukan sekadar 'serius' ingat, baca dan buat rukunnya, malah kita juga harus mampu 'bermain/berkhayal'.. bukan solat main2 atau fikiran mengkhayal entah kemana.. tapi merasakan Tuhan ada depan kita.. Tuhan tengok kita solat.. kita berdiri dengan huruf alif.. kena rasa kecik dan menyerah diri waktu sujud.. kena rasa rindu ketika tahiyyat.. baru datang ghairah nak solat.. baru kyusu.. kena cintai solat dengan cara berbaik sangka kepada Tuhan.. berbaik sangka pada imam atau makmum.. berbaik sangka dengan diri sendiri..

maka sesungguhnya apabila Nabi saw menegaskan tentang kesederhanaan, subhanallah, mmg tepat sebagai panduan dalam setiap jalan hidup kita.. antara takut dengan bosan, mari kita optimalkan kesederhanaan itu.. supaya betul2 sederhana..

wallahualam..



Read On 0 ulasan

bahagia tapi hebat dan bijak serta kuat (?)


  • orang yang hebat bukanlah orang yang tidak pernah gagal tetapi orang yang mampu bangun dari setiap kejatuhannya..
  • orang yang bijak bukanlah orang yang tidak pernah silap tetapi yang sentiasa belajar dari kesalahannya..
  • orang yang kuat dan gagah bukanlah orang yang mampu membalas setiap kali dianiayai tetapi yang mampu memaafkan setiap kali mempunyai kesempatan..
  • orang yang bahagia bukanlah orang yang mampu mendapatkan segala kemahuannya tetapi yang mampu mensyukuri apa yang dimilikinya..

bandingkan ayat di atas dengan ayat di bawah..

  • orang yang hebat adalah orang yang berani menghadapi risiko gagal dan mampu bangun dari setiap kejatuhannya..
  • orang yang bijak adalah orang yang berani melakukan kesilapan dan sentiasa belajar dari kesalahannya..
  • orang yang kuat adalah orang yang mampu mengendalikan tindakannya dan memaafkan setiap kalo mempunyai kesempatan..
  • orang yang bahagia adalah orang yang mampu menahan kemahuannya dan mensyukuri apa yang dimilikinya..

kata 'tetapi' adalah negator yang saling membunuh dua ayat yang disambungkan kerna kedua ayat tersebut mampu diterbalikkan untuk menidakkan ungkapan balas.. kebiasaannya kata 'tetapi' digunakan sama ada untuk serangan balas (counter attack) mahupun pertahanan (self defense).. menunjukkan bahawa anda menidakkan dan tidak bersetuju dengan ayat yang pertama dan mahu membunuhnya dengan ayat yang kedua..

contoh lebih mudah.. seorang wanita meminta pendapat sahabatnya mengenai teman lelakinya.. dia mendapat jawapan sama ada "dia kaya tetapi wajahnya buruk" dan "dia berwajah buruk tetapi dia kaya".. kata 'tetapi' meletakkan dua kata 'kaya' dan 'wajah buruk' dalam situasi yang bertentangan sehingga orang yang mendengar harus memilih.. dan pemilihan untuk bersetuju bergantung kepada database orang yang mendengar..

bandingkan dengan kata "dia kaya dan wajahnya buruk".. wanita itu tidak akan memilih untuk menolak salah-satunya.. pilihan yang ada ialah sama ada menerima kedua2nya atau menolak kedua2nya sekali.. dan mampukah dia menolak kedua2nya jika salah-satu ayat itu datang dari mulutnya sendiri?

katakan seseorang mengatakan kepada anda bahawa "rezeki itu ditangan Tuhan" sebagai alasan untuk bermalas2an.. jika anda menyambung ayat itu dengan ayat "tapi kita harus berusaha mencarinya".. persepsinya ialah anda tidak bersetuju dengan kata2nya dan dia boleh memilih untuk mempertahankan pernyataannya serta menyerang balas dengan mencari kelemahan dalam pernyataan anda.. bagaimana jika ayat tersebut disambung begini: "benar! rezeki itu ditangan Tuhan, DAN kita harus berusaha mencarinya"..

bayangkan pula ketika anda sedang marah kepada pasangan anda.. "saya sangat sayangkan awak tetapi saya sangat marah pada awak sekarang".. kata 'saya sayang awak' akan dianggap tidak penting dan terbatal dalam persepsi pasangan anda dan fokus akan terarah pada kata 'marah' yang bunyinya lebih penting.. berbanding dengan ayat "saya sangat sayangkan awak dan saya sangat marah pada awak".. kata 'marah' akan dikaitkan dengan kata 'sayang' tanpa memisahkan kedua2 emosi tersebut..

walau bagaimanapun, kata 'tapi' juga merupakan sebuah kata yang kuat jika digunakan dengan wajar.. contohnya jika seseorang bersikap negatif dan berkata "nasib aku selalu malang", anda boleh membatalkan ayat tersebut dengan berkata, "tetapi kau punya potensi yang besar dan nilai diri yang tinggi"..

begitu juga ketika bernegosiasi, disaat rapport yang baik sudah terbentuk dan anda mahu memastikan perbincangan terarah mengikut fokus yang anda tetapkan; jika anda sangat berpengaruh kepada mereka dan mereka sentiasa mahu mendengarkan anda..

impak yang sama terjadi jika anda menggunakan kata 'atau'.. mari kita bereksperimentasi dengan mengurangkan penggunaan kata 'tapi/atau' dan lebih banyak menggunakan kata 'dan'.. kerna mempunyai dua pilihan adalah satu dilema, padahal anda boleh menikmati kedua2nya tanpa memilih..

apapun tidak ada yang benar atau yang salah.. apa sahaja yang anda mampu pergunakan dengan efisien maka itulah yang terbaik.. ini hanya cadangan terutama sekiranya anda merasakan bahawa anda kerap mendapat tentangan dan sukar membuat orang lain bersetuju dengan anda.. apa yang anda perlu lakukan ialah ulang ayat yang mereka sebut, gunakan perkataan 'dan' seterusnya sambung dengan ayat mengenai apa yang mahu anda sampaikan.. ini teknik yang sangat sederhana.. bereksperimentasilah moga komunikasi dalam hubungan anda menjadi lebih baik.. amin..

Read On 0 ulasan

membuat keputusan


"kau mahukan kejayaan?" soalan klise seorang sahabat..

kenapa aku kata klise? dah berjayakah aku? tak bawa makna apa2kah perkataan itu dalam hidup aku? atau aku anggap perkataan 'berjaya' tuh hanya mimpi? atau aku ada label lain mengenai kejayaan? - aku yang ignorance..

"jika kau mahu kenapa kau tak ambil? bukankah kejayaan itu hak engkau?"

aahh.. hidup aku nih ok dah.. ada rumah ada keter.. apalagi aku nak? cuma memang kadang2 pening kepala bila masuk bab duit.. makin banyak makin tak cukup pulak.. makin nak cari makin banyak pulak kena berkorban.. kena tinggal anak bini.. bila jumpa tau2 anak dah besar.. tak dapat nak ajar diorg baca Quran tiap2 hari.. nak berenti kang tak makan pulak.. nak kata comfort zone rasa sengsara pulak.. maka tahan2 aja laa apa yang rasa sekarang.. nak kata aku bodoh idea banyak.. nak jalan jer tak reti.. asik pikir takder action.. abis tuh malulah nak buat benda yg ntah hapa2.. kang org kutuk, aku bukan tahan.. nak meniaga, mana reti.. kang rugi lagi haru.. - aku yang menipu diri sendiri..

"apa yang perlu berlaku supaya kau mula bertindak menuju kejayaan kau?"

kena ada modal laa.. kurang2 kalo takder pendapatan setahun boleh survive lagi.. pastuh hutang kena habis bayar.. barulaa senang hati nak mulakan.. tapi dah belas tahun kerja tak dapat pun aku kumpul camtuh.. ada saja yang berlaku.. nak bayar hutang sekali derap dari mana duitnya.. asiklaa dok adjust duit gaji.. invest sana sini pun berlobang sana sini jugak.. kalo ada kawan boleh jugak laa gagah2 nak buat sama2.. sorang2 tak berani.. tapi kalo aku tak berani kawan2 aku lagi laa tak berani.. eh.. aku yang nak berjaya ker kawan2 aku yang nak berjaya? - aku yang penakut dan banyak alasan..

"buat keputusan engkau hari ini"

keputusan amende.. dah hidup aku camnih.. nak tanak jalani saja lah.. syukur jer laa apa yg ada.. kaya pun bukan hati senang.. tapi tak kaya pun mmg confirm hati tak senang.. nak kata syukur pun kerap mengeluh.. buat2 syukur dah laa.. dah takdir aku camnih.. - aku yang salahkan Tuhan..

ini semua self-talk dalam diri aku.. once upon a time.. cara otak logik aku menipu dan merompak impian aku.. blum lagi bila sekeliling aku pun beri jawapan serupa.. makin percayalah aku.. nih mental orang merasa pandai tapi bodoh sebenarnya..

aku tanya pada diri aku, "inikah hidup yang aku mahu?"

kita boleh beri seribu alasan kalau kita taknak.. tapi jarang sekali kita bagi alasan utk kita nak sesuatu.. bila kita nak, tanpa alasan pun kita buat.. tak perlu reasoning dgn diri kita sendiri.. maka hari aku bertanya pada diri aku aku tanya balik apa alasan aku untuk dapatkan hidup yang aku mahu.. sanggupkah aku bersusah payah beberapa tahun utk dapatkan impian aku setelah itu?

aku teringat kata2 seorang sahabat aku, "nak buat jahat nih senang, banyak org nak tolong.. nak buat baik sapa pun tanak tolong.. kena buat sendiri.."

sanggupkah aku dimalukan, diperli, diejek dan dikutuk? sanggupkah aku lakukan sesuatu yang orang lain tak lakukan? kuatkah aku untuk menghadapi segala cabaran, dugaan dan rintangan? benarkah aku mahu mengubah hidupku, hidup orang2 yang aku cintai dan hidup orang2 di sekeliling aku? sanggupkah aku melakukan apa yang aku percaya betul seorang diri?

malam tadi aku melihat bukti.. orang2 yang hebat yang telah berjaya mengubah ribuan hidup orang lain.. from zero to hero.. terbetik dalam hati aku, "itu aku." maka alasan apa lagi yang mahu aku cipta?

aku pandang gambar isteri dan anak2 aku.. gambar ibu dan bapa aku.. gambar mertuaku.. ini orang2 yang aku cintai.. yang tetap sabar dan menyokong aku dalam keadaan apa pun..

aku pandang ke cermin dan aku bertanya pada orang di dalam cermin itu, "kalau bukan sekarang, bila lagi?"

Read On 0 ulasan

nasihat RM50


di satu hari yang sibuk terdengar satu ungkapan yang dah lama aku tak dengar, "dia gaji banyak biar dia yang buat.." aku menoleh ke arah suara itu.. aku tersenyum.. orang yang sama beberapa ketika dahulu mengeluh betapa hidupnya tidak menunjukkan peningkatan yang signifikan..

"kalau nak berjaya kena mulakan dengan diri sendiri dan jangan libatkan orang lain," nasihat seorang sahabat tak lama dulu kepada aku..

"kalau kau nak berjaya jangan kata nasib kau sentiasa tak baik.. jangan salahkan boss ko yang suka cari pasal.. jangan salahkan syarikat ko tak hargai ko.. jangan salahkan guru tak pandai mengajar bila tak pandai.. soalannya kau nak berjaya atau tidak? bagi aku duit lima puluh ringgit dalam poket ko.."

dalam keadaan agak terpinga2 aku keluarkan juga duit dan bagi kat dia.. dengan muka sardin dia celup duit lima puluh ringgit tuh dalam teh tarik aku dan keroyok2kan.. lepas tuh dia buang ke lantai dan pijak.. apa pulak dia nak buktikan nih?

"aku tanya ko.. skrg berapa nilai duit yang aku pijak nih? agak2 ada tak orang nak ambik kalo kita biarkan? begitu juga nilai diri kita.. bukan sekeliling kita yang membentuk nilai diri kita tapi diri kita sendiri.."

dia kutip duit tuh, bangun, cuci duit tuh kat paip, dan bentangkan duit tuh atas meja.. dia panggil mamak suruh kira dan bayar pakai duit tuh.. aku masih terpinga2.. bingung memproses perkara yang baru terjadi..

"nilai diri kita tidak berubah jika kita sendiri tak ubah.. sekeliling kita takkan boleh ubah nilai diri kita selain kita sendiri yang ubah.."

"nak berjaya tuh pilihan bukan peluang.. kita yang pilih.. ramai orang nak berubah tapi tetap hidup susah sebab tak tahu.. dan jangan terkejut bila ramai orang yang kita tunjuk jalan tapi tetap menolak.. bukan sebab dia tak tahu tapi sebab dia tak mahu.."

"bila kita tak mahu dan tak mahu tahu, jangan mengeluh.. kau pilih laa nak jadi sekeping wang kertas atau nak jadi seketul emas.. kalau orang lain nak jadi wang kertas, biarlah.. itu hak dia.. hidup dia.. ko nak jadi yang mana? itu yang penting.."

"jadi kau pilihlah sendiri.. kalau asik nak buat planning, ko dapat lah plan.. plan A pastuh plan B plan C.. pastuh ada pulak contigency plan.. plan sajalah yang ko ada.. kalau ko nak action.. buat jer lah.. kalau tak jadi, cari org yang dah jadi, belajar lagi.. belum pernah aku tengok orang tanam padi tumbuh jagung.. kalau duduk berfikir dapatlah plan.. kalau action dapat pengalaman.."

"kalau ko asik pikir susah dan byk halangan.. maka susah dan banyak halangan lah.. tapi tanya lagi.. kalau kau tak buat pun, apa jadi? tak jadi apa2 jugak.. ruginya kat mana?"

"nak berubah kena mula dengan diri sendiri.. jangan libatkan orang lain.. nilaikan harga diri sendiri.. berapa banyak ko berani rugi? itu harga diri ko.."

aku kunyah roti canai aku lambat2.. makin banyak kali aku kunyah makin senang rupanya nak ditelan.. aku bertanya dalam hati.. "berapa nilai harga diriku hari ini?"

Read On 0 ulasan

lima soalan


"Ya Allah! yang membolak-balikkan hati-hati manusia. balikkanlah hati ini agar taat kepada-Mu."
(HR Muslim)

suatu malam aku bertanya pada sahabatku, "jika iman itu ibarat pakaian kepada hati, bukankah pakaian itu boleh lusuh?"

dia menjawab, "berdoalah."

Rasulullah saw bersabda,
"Sesungguhnya iman dalam hati salah seorang dari kamu akan usang dan lusuh seperti usang dan lusuhnya pakaian. Oleh kerana itu, mohonlah kepada Allah agar Dia memperbaharui iman dalam hatimu."
(HR Thabrani)

aku bertanya lagi, "jika hati manusia umpama besi sudah tentu akan berkarat, jadi bagaimanakah cara membersihkan karat tersebut?"

dia menjawab, "baca al-Quran."

Rasulullah saw bersabda,
"Sesungguhnya hati ini berkarat", mereka bertanya, "Ya Rasulullah bagaimanakah cara menghilangkan karatnya?" beliau menjawab, "Bacalah al-Quran."
(HR Baihaqi)

aku bertanya sekali lagi, "jika hati ibarat mutiara yang pudar di kamar yang gelap, bolehkah ia bersinar menerangi kamar tersebut?"

dia menjawab, "dengan dzikrullah."

Abu Darda ra berkata,
"Segala sesuatu memiliki cara penerangan, dan penerangan hati adalah dzikrullah."
Ibnu Umar rs berkata,
"Segala sesuatu memiliki cara untuk mengkilapkannya, dan cara untuk mengkilapkan hati adalah dzikrullah."
aku terus bertanya, "jika iman umpama tumbuhan, bagaimana menjaganya supaya sentiasa segar dan subur?"

dia menjawab, "istiqamah."

Diriwayatkan Sufyan bertanya kepada Rasulullah saw,
"Ya Rasulullah, katakan kepadaku suatu perkataan dalam Islam yang aku tidak akan menanyakan kepada seorang pun selain engkau."
Rasulullah saw menjawab,
"Katakanlah aku beriman kepada Allah swt, kemudian beristiqamahlah."
(HR Muslim)

dan pertanyaanku yang terakhir malam itu, "jika manusia itu penuh dosa, adakah cara untuk lahir kembali seolah-oleh menjadi manusia baru dengan keimanan baru?"

dia menjawab, "istighfar dan bertaubatlah."

Rasulullah saw bersabda,
"Orang yang bertaubat dari dosa seperti seorang yang tidak memiliki dosa."
(HR Ibnu Majah)


Read On 0 ulasan

ikhlas tapi jauh


akhir minggu lepas aku diuji akan makna keikhlasan.. ketika aku berkongsi sesuatu, aku ditanya berkali2 tentang keuntungannya pada diri aku.. dan ketika aku mengatakan bahawa aku tidak memerlukan apa2 balasan.. ikhlas aku dipertikai oleh bahasa tubuh.. benarkah dalam dunia sekarang ini tidak ada yang namanya benar2 percuma? aku tidak berprasangka kepada orang tapi aku melihat betapa keadaan persekeliling telah membentuk pola fikir manusia.. manusia sentiasa berasa tidak selamat dalam hidupnya..

melihat ke dalam diri aku, betapa entah berapa banyak kali aku ditipu dan diperalatkan di sepanjang perjalanan aku mengharungi hidup.. ramai kata aku lemah dan bodoh kerna terlalu mudah mempercayai orang dan berbaik sangka.. namun bagi aku itu hanya persepsi mereka.. kerna aku percaya orang baik itu wujud.. hanya kerna kita tidak di kelilingi oleh orang baik, tidak bermakna ia tidak wujud..

berkali2 aku sebut bahawa hidup ini adalah pilihan kita sendiri.. tenang, serabut, ketawa, marah, dsb. adalah pilihan bukan kesempatan.. aku tak ketawa kerna ada peluang untuk ketawa tetapi kerna aku mahu ketawa dan aku cari jenakanya walaupun tak lucu buat orang lain.. aku percaya bahawa hidup ini adalah sesuatu yang perlu aku nikmati.. dan aku mahu menikmatinya dengan cara yang bahagia dan tenang..

passion aku ialah melihat orang lain mencapai kebahagian yang diimpikannya.. melihat bagaimana orang mampu mengubah hidup mereka.. itu kepuasan yang sangat besar dalam diri aku.. dan aku percaya semua orang berhak mendapatkan peluang itu.. betapa gelap dan serabut pun masa lalunya, aku percaya setiap manusia mampu melihat walau setitik sinar di hujung jalan.. dan itulah harapan..

minggu lepas aku melihat satu rakaman cctv yang menunjukkan bagaimana seorang remaja membunuh dirinya dengan terjun dari tingkat enam di sebuah pasaraya di medan.. dan aku teringat satu kisah yang diceritakan oleh seorang sahabat mengenai nota seorang wanita yang membunuh diri dengan terjun dari sebuah jembatan.. dalam nota itu dia menceritakan bagaimana dia tidak melihat harapan dalam hidupnya kerna dia merasakan tiada orang yang peduli padanya, dan dalam nota yang dia tinggalkan di rumahnya, dia menulis bahawa dia akan berjalan menuju ke sebuah jembatan untuk membunuh diri, dan jika ada satu orang yang senyum kepadanya dalam perjalanan itu, dia akan membatalkan hasratnya untuk membunuh diri..

mungkin orang lain akan menyalahkan si pembunuh diri dengan berbagai alasan, hanya bayangkan jika si pembunuh diri tersebut telah berselisih dengan aku dalam perjalanannya.. dan hanya jika aku telah senyum padanya, sudah tentu hidupnya tidak berakhir dengan sia2.. betapa ramai manusia yang kita abaikan dalam hidup kita? malah terkadang senyum itu sudah umpama dosa, apalagi bertegur sapa dan menyambung silaturrahim.. kita penuh prejudis kerna hati kita kotor..

bayangkan seorang pengemis datang ke meja kita sewaktu kita makan di restoran, apa yang kita rasakan? bayangkan seorang remaja datang menawarkan barang jualannya kepada kita sewaktu kita sedang asyik minum kopi dan bersembang dengan kawan2, bagaimana reaksi kita? adakah kita merasa mereka datang kepada kita dengan harapan atau sekadar mengambil kesempatan?

lihat remaja yang kita label liar dan pemalas.. apa yang telah kita lakukan untuk mengubah mereka? cukupkah dengan mencemuh? benarkah mereka ini liar dan pemalas? sanggupkah kita membantu mereka? tahukah kita bahawa mereka putus asa degan hidup kerna kita sendiri sudah putus asa dengan mereka.. sedarkah kita bahawa kita boleh mengubah semua itu? benarkah ikhlas itu tidak wujud lagi dalam dunia ini? atau ikhlas itu sebenarnya sudah tidak wujud dalam diri kita sendiri?

setiap kali aku berfikiran negatif tentang seseorang, itulah yang aku tanyakan pada diri aku.. benarkah dia negatif atau sebenarnya negatif itu yg ada dalam diri aku? walau aku tau org mahu memperdayakan aku, tetap aku ikhlaskan, kerna bagi aku rezki itu dari Tuhan, dan aku percaya bahawa ada sesuatu untuk aku pelajari dan juga untuk dia pelajari..

dan tentu saja aku tidak sembrono menzalimi diriku sendiri.. aku juga banyak kali menolak untuk bersedekah pada pengemis.. cuma ada waktu2nya aku anggap dengan tidak memberi aku dapat memberi semangat padanya untuk bangkit lebih keras dan memperbaiki dirinya.. begitu juga dengan peganganku bahawa aku hanya akan membantu orang yang mahu membantu dirinya sendiri.. jika mereka belum mahu, aku hanya cuit hati mereka.. tanpa prejudis.. tapi dengan doa..

aku tidak mengatakan bahawa aku telah menjumpai ikhlas dalam diri aku.. tapi itulah yang mahu aku tanamkan dalam diri aku ketika aku menulis entry ini.. ikhlaskah aku mencintai keluarga aku? ikhlaskah aku dalam mencari nafkah? ikhlaskah aku dalam sujud beribadah kepada Tuhan? atau hanya sekadar cuba ikhlas..

apakah inti dalam ayat yang mengatakan manusia dijadikan untuk menyembah-Nya, sedangkan dalam ayat lain Tuhan berfirman bahawa Dia tidak memerlukannya? mengapa Tuhan tetap mengurniakan nikmat kepada aku sedangkan bertimbun dosa telah aku lakukan?

aku mahu membebaskan diri aku dari persyaratan dunia.. melakukan sesuatu bukan kerna mahukan sesuatu untuk diri aku melainkan mengharap rahmat Tuhan.. mungkin aku terlalu idealis namun aku merasa lebih bahagia begini.. aku tidak perlu rasa sakit hati dan merasa hidup aku umpama disebuah pulau yang dikelilingi oleh jerung hingga aku takut waima sekadar mencecahkan kakiku ke gigi air.. itu bukan hidup yang aku mahukan..

bagi aku setiap manusia itu baik.. sekurang2nya sentiasa ada sisi baik.. hanya saja aku yang gagal menemukannya kerna aku berprasangka buruk.. benarlah pesan Nabi saw akan betapa pentingnya menjaga silaturrahim dan betapa tercabutnya rahmat buat sesiapa yang memutuskan silaturrahim..

setiap hari aku melatih diri aku untuk mensyukuri apa yang aku ada.. melatih diri aku untuk memberi dalam setiap peluang yang diwujudkan oleh Tuhan setiap hari.. memberi dan terus memberi dengan hanya berharap mendapat kasih Tuhan.. betapa apapun status dunia yang tersangkut pada tubuh aku, menginsafi bahawa aku hanya hamba di sisi-Nya.. memahami bahawa jika orang bersangka buruk pada aku hanyalah kerana mereka tidak mengenali aku, dan mungkin saja kerana kegagalan aku untuk membuka diri aku kepada mereka..

bagaimana kita melihat bentuk kehidupan ini adalah cermin pada apa yang ada dalam hati kita.. maka itu pernah seorang sahabat mengatakan kepada aku, "jika ente tidak menemukan syurga di dunia, bagaimana ente boleh yakin mendapat syurga di akhirat?"


Read On 0 ulasan

beyond life


seorang sahabat mengeluh betapa banyaknya masalah hidup yang tertimpa pada dirinya.. dan yang lebih mencuit akal sedarku ialah apabila dia mengatakan bahawa seolah hidup yang dia jalani ini bukan hidupnya yang sebenar.. dia merasa seperti menjalani hidup orang lain.. apa yang dilakukannya bukan seperti dirinya..

aku jadi teringat kepada perkataan seorang sahabatku yang lain, "Banyak permasalahan kehidupan terjadi karena seseorang belum menemukan siapa diri mereka sebenarnya.."

dalam menjalani hidup ini kita mencari diri kita.. segala yang berlaku sepanjang perjalanan hidup kita adalah satu proses utnuk membentuk jati diri kita.. apa sahaja jalan yang kita pilih di setiap persimpangan adalah pilihan kita dalam membentuk hidup kita.. maka itu org tua2 selalu ingatkan, "sesat di hujung jalan, kembali semula ke pangkal jalan.." hanya saja kebanyakan dari kita lupa jalan pulang..

setiap pilihan yang kita buat itu tidak ada salah atau benar, apa saja yang kita pilih adalah sesuai dengan keadaan kita di waktu itu.. bukan apa yang kita pilih tetapi mengapa kita pilih dan sejauh mana kita sanggup memikul tanggungjawabnya.. seperti kata seorang sahabat, "never start whatever you can't finish"..

adakah kita 'berani utk gagal'? atau kata gagal itu tidak wujud dalam kamus hidup kita? atau kita mampu menganggap setiap hasil dari pilihan kita buat itu adalah suatu bentuk kejayaan? sekurang2nya kejayaan untuk kita lebih memahami diri kita sendiri..

sepertinya juga keadaan diri kita.. segala keterbatasan yang diwujud-jadikan oleh Tuhan.. adakah itu semua kelemahan kita? ia jadi kelemahan disaat kita mengganggapnya kelemahan.. jika segala kekurangan itu mencipta kegagalan, mengapa ada orang yang kurang upaya menjadi lebih berjaya dan lebih menikmati hidupnya dari kita?

Tuhan, melalui rasul-Nya, berkali2 mengingatkan kita agar mencari hikmah dalam setiap kejadian.. setiap kejadian yang berlaku dalam hidup kita adalah untuk kita, eksklusif utk kita.. takdir itu khusus untuk membentuk jati diri kita.. hanya bagaimana kita menanggapinya?

Tuhan tidak menduga kita lebih dari apa yang kita mampu.. dan semua dugaan yang ditimpakan kepada kita adalah satu proses utk membentuk diri kita.. maka sedarkah kita bagaimana setiap kejadian yang berlaku itu mampu menjadikan kita lebih baik? malah jika banyak ujian Tuhan tanggungkan kepada kita bermakna sebuah 'ilmu' besar sedang diserapkan kepada kita.. subhanallah..

kita pakai contoh ;) kembali ke kisah sahabatku.. bertumpuk2 dugaan datang kepadanya.. maka aku minta dia senaraikan semua yang dia labelkan sebagai masalahnya dan susun ikut keutamaan.. kami pun meneliti setiap perkara yang dia sebut sebagai masalah itu.. aku kata, "jangan pikir camna nak selesaikan.. kita tengok dulu apa macammana ia berlaku, kesan kepada hidup ko, apa hikmahnya dan apa gunanya pada ko.."

aku perasan dalam hidup aku, aku terlalu fokus untuk menyelesaikan masalah.. hampir semua masalah aku selesai, tapi tetap berlaku semula dalam situasi dan versi yang lain.. hingga aku sedar bahawa hidup ini bukan menyelesaikan masalah, masalah itu adalah sebahagian dari hidup.. yang paling penting adalah apa yang boleh kita pelajari dan gunakan untuk menemukan diri kita.. ingat tak filem 'Patch Adams', satu adegan kat rumah sakit jiwa, seorang tunjuk jari kat dia dan tanya berapa yg dia nampak.. dia kata, "look beyond the problem"..

bayangkan saat kita bertengkar dengan pasangan kita, apa yang kita lakukan? kita dan dia saling cuba menyelesaikan 'masalah' dengan cara masing2.. dan jika cara kita dan dia tidak sama, kita akan bertengkar.. kita bertengkar bukan kerna 'masalah' tapi mengenai 'cara menyelesaikan masalah'.. adakah anda perasan bahawa setiap pertengkaran itu adalah satu cara untuk kita memahami diri kita dan pasangan kita.. menikmati perbezaan pendapat dan keupayaan kita utk bersetuju untuk tidak bersetuju..

dan kembali semula kepada diri kita, dalam banyak titik dalam hidup kita, kita menghidupi hidup 'orang lain'.. kita mahu menjadi 'orang lain' yang bukan diri kita.. jika kita mampu mengenali diri kita dan menghidupi diri kita sendiri, tiada apa yang perlu kita keluhkan dari hidup kita.. selama kita 'menipu diri' kita dengan menjadi 'orang lain' maka selama itu kita tidak akan merasa nyaman dengan hidup kita dan jauh dari merasa bahagia..

"maksud loe?" sampuk seorang sahabat..

terima diri kita apa adanya.. setiap yg kita anggap kekurangan itu mungkin saja adalah kekuatan kita, hanya saja kita belum menemukan cara untuk menggunakannya.. jadi diri kita sendiri dan buat keputusan untuk diri kita sendiri.. bersahabatlah dengan diri kita sendiri.. kerna hanya itulah sahabat kita setelah tamat kehidupan yang kita jalani skrg ini.. dan merenungi kata2 seorang sahabat, "Kehidupan sejati seseorang barulah dimulai ketika dia sudah siap untuk memulai HIDUPnya dengan segala KETERBATASAN yang dia miliki"

dalam setiap tindakan kita, yg kita lakukan mahupun yang kita pilih utk tidak berbuat apa2, fahami mengapa kita membuat pilihan tersebut.. apa yang paling penting adalah berbalik arah dan menempatkan diri kita semula di persimpangan yg awal dan memulakannya sekali lagi.. disaat kita menemukan diri kita, insya-Allah kita akan menjadi hebat dan luarbiasa.. hidup kita akan terasa hebat dan luarbiasa.. dan ketika itu kita akan memahami mengapa Tuhan mengatakan bahawa manusia itu adalah sebaik2 penciptaan.. Allahu Akbar!



Read On 1 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008