di satu hari yang sibuk terdengar satu ungkapan yang dah lama aku tak dengar, "dia gaji banyak biar dia yang buat.." aku menoleh ke arah suara itu.. aku tersenyum.. orang yang sama beberapa ketika dahulu mengeluh betapa hidupnya tidak menunjukkan peningkatan yang signifikan..
"kalau nak berjaya kena mulakan dengan diri sendiri dan jangan libatkan orang lain," nasihat seorang sahabat tak lama dulu kepada aku..
"kalau kau nak berjaya jangan kata nasib kau sentiasa tak baik.. jangan salahkan boss ko yang suka cari pasal.. jangan salahkan syarikat ko tak hargai ko.. jangan salahkan guru tak pandai mengajar bila tak pandai.. soalannya kau nak berjaya atau tidak? bagi aku duit lima puluh ringgit dalam poket ko.."
dalam keadaan agak terpinga2 aku keluarkan juga duit dan bagi kat dia.. dengan muka sardin dia celup duit lima puluh ringgit tuh dalam teh tarik aku dan keroyok2kan.. lepas tuh dia buang ke lantai dan pijak.. apa pulak dia nak buktikan nih?
"aku tanya ko.. skrg berapa nilai duit yang aku pijak nih? agak2 ada tak orang nak ambik kalo kita biarkan? begitu juga nilai diri kita.. bukan sekeliling kita yang membentuk nilai diri kita tapi diri kita sendiri.."
dia kutip duit tuh, bangun, cuci duit tuh kat paip, dan bentangkan duit tuh atas meja.. dia panggil mamak suruh kira dan bayar pakai duit tuh.. aku masih terpinga2.. bingung memproses perkara yang baru terjadi..
"nilai diri kita tidak berubah jika kita sendiri tak ubah.. sekeliling kita takkan boleh ubah nilai diri kita selain kita sendiri yang ubah.."
"nak berjaya tuh pilihan bukan peluang.. kita yang pilih.. ramai orang nak berubah tapi tetap hidup susah sebab tak tahu.. dan jangan terkejut bila ramai orang yang kita tunjuk jalan tapi tetap menolak.. bukan sebab dia tak tahu tapi sebab dia tak mahu.."
"bila kita tak mahu dan tak mahu tahu, jangan mengeluh.. kau pilih laa nak jadi sekeping wang kertas atau nak jadi seketul emas.. kalau orang lain nak jadi wang kertas, biarlah.. itu hak dia.. hidup dia.. ko nak jadi yang mana? itu yang penting.."
"jadi kau pilihlah sendiri.. kalau asik nak buat planning, ko dapat lah plan.. plan A pastuh plan B plan C.. pastuh ada pulak contigency plan.. plan sajalah yang ko ada.. kalau ko nak action.. buat jer lah.. kalau tak jadi, cari org yang dah jadi, belajar lagi.. belum pernah aku tengok orang tanam padi tumbuh jagung.. kalau duduk berfikir dapatlah plan.. kalau action dapat pengalaman.."
"kalau ko asik pikir susah dan byk halangan.. maka susah dan banyak halangan lah.. tapi tanya lagi.. kalau kau tak buat pun, apa jadi? tak jadi apa2 jugak.. ruginya kat mana?"
"nak berubah kena mula dengan diri sendiri.. jangan libatkan orang lain.. nilaikan harga diri sendiri.. berapa banyak ko berani rugi? itu harga diri ko.."
aku kunyah roti canai aku lambat2.. makin banyak kali aku kunyah makin senang rupanya nak ditelan.. aku bertanya dalam hati.. "berapa nilai harga diriku hari ini?"
Post a Comment