bahagia tapi hebat dan bijak serta kuat (?)


  • orang yang hebat bukanlah orang yang tidak pernah gagal tetapi orang yang mampu bangun dari setiap kejatuhannya..
  • orang yang bijak bukanlah orang yang tidak pernah silap tetapi yang sentiasa belajar dari kesalahannya..
  • orang yang kuat dan gagah bukanlah orang yang mampu membalas setiap kali dianiayai tetapi yang mampu memaafkan setiap kali mempunyai kesempatan..
  • orang yang bahagia bukanlah orang yang mampu mendapatkan segala kemahuannya tetapi yang mampu mensyukuri apa yang dimilikinya..

bandingkan ayat di atas dengan ayat di bawah..

  • orang yang hebat adalah orang yang berani menghadapi risiko gagal dan mampu bangun dari setiap kejatuhannya..
  • orang yang bijak adalah orang yang berani melakukan kesilapan dan sentiasa belajar dari kesalahannya..
  • orang yang kuat adalah orang yang mampu mengendalikan tindakannya dan memaafkan setiap kalo mempunyai kesempatan..
  • orang yang bahagia adalah orang yang mampu menahan kemahuannya dan mensyukuri apa yang dimilikinya..

kata 'tetapi' adalah negator yang saling membunuh dua ayat yang disambungkan kerna kedua ayat tersebut mampu diterbalikkan untuk menidakkan ungkapan balas.. kebiasaannya kata 'tetapi' digunakan sama ada untuk serangan balas (counter attack) mahupun pertahanan (self defense).. menunjukkan bahawa anda menidakkan dan tidak bersetuju dengan ayat yang pertama dan mahu membunuhnya dengan ayat yang kedua..

contoh lebih mudah.. seorang wanita meminta pendapat sahabatnya mengenai teman lelakinya.. dia mendapat jawapan sama ada "dia kaya tetapi wajahnya buruk" dan "dia berwajah buruk tetapi dia kaya".. kata 'tetapi' meletakkan dua kata 'kaya' dan 'wajah buruk' dalam situasi yang bertentangan sehingga orang yang mendengar harus memilih.. dan pemilihan untuk bersetuju bergantung kepada database orang yang mendengar..

bandingkan dengan kata "dia kaya dan wajahnya buruk".. wanita itu tidak akan memilih untuk menolak salah-satunya.. pilihan yang ada ialah sama ada menerima kedua2nya atau menolak kedua2nya sekali.. dan mampukah dia menolak kedua2nya jika salah-satu ayat itu datang dari mulutnya sendiri?

katakan seseorang mengatakan kepada anda bahawa "rezeki itu ditangan Tuhan" sebagai alasan untuk bermalas2an.. jika anda menyambung ayat itu dengan ayat "tapi kita harus berusaha mencarinya".. persepsinya ialah anda tidak bersetuju dengan kata2nya dan dia boleh memilih untuk mempertahankan pernyataannya serta menyerang balas dengan mencari kelemahan dalam pernyataan anda.. bagaimana jika ayat tersebut disambung begini: "benar! rezeki itu ditangan Tuhan, DAN kita harus berusaha mencarinya"..

bayangkan pula ketika anda sedang marah kepada pasangan anda.. "saya sangat sayangkan awak tetapi saya sangat marah pada awak sekarang".. kata 'saya sayang awak' akan dianggap tidak penting dan terbatal dalam persepsi pasangan anda dan fokus akan terarah pada kata 'marah' yang bunyinya lebih penting.. berbanding dengan ayat "saya sangat sayangkan awak dan saya sangat marah pada awak".. kata 'marah' akan dikaitkan dengan kata 'sayang' tanpa memisahkan kedua2 emosi tersebut..

walau bagaimanapun, kata 'tapi' juga merupakan sebuah kata yang kuat jika digunakan dengan wajar.. contohnya jika seseorang bersikap negatif dan berkata "nasib aku selalu malang", anda boleh membatalkan ayat tersebut dengan berkata, "tetapi kau punya potensi yang besar dan nilai diri yang tinggi"..

begitu juga ketika bernegosiasi, disaat rapport yang baik sudah terbentuk dan anda mahu memastikan perbincangan terarah mengikut fokus yang anda tetapkan; jika anda sangat berpengaruh kepada mereka dan mereka sentiasa mahu mendengarkan anda..

impak yang sama terjadi jika anda menggunakan kata 'atau'.. mari kita bereksperimentasi dengan mengurangkan penggunaan kata 'tapi/atau' dan lebih banyak menggunakan kata 'dan'.. kerna mempunyai dua pilihan adalah satu dilema, padahal anda boleh menikmati kedua2nya tanpa memilih..

apapun tidak ada yang benar atau yang salah.. apa sahaja yang anda mampu pergunakan dengan efisien maka itulah yang terbaik.. ini hanya cadangan terutama sekiranya anda merasakan bahawa anda kerap mendapat tentangan dan sukar membuat orang lain bersetuju dengan anda.. apa yang anda perlu lakukan ialah ulang ayat yang mereka sebut, gunakan perkataan 'dan' seterusnya sambung dengan ayat mengenai apa yang mahu anda sampaikan.. ini teknik yang sangat sederhana.. bereksperimentasilah moga komunikasi dalam hubungan anda menjadi lebih baik.. amin..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008