circle of change


dalam satu sessi ngopi bareng pagi tadi aku belajar satu tahap lagi dalam menggunakan apa yang aku tahu.. Maha Suci Tuhan Yang Maha Hebat mempunyai berbagai cara yang unik menyentuh dan menyedarkan kita.. dan sepertimana pesannya supaya aku dapat menyampaikan apa yang diajarinya kepada orang lain, aku rakamkan dalam entry ini semoga anda boleh menafaatkannya dan mengajarkannya pula pada orang lain.. insya-Allah..

semuanya sangat sederhana dan mudah.. rujuk semula artikelku 'dari kerana mata'.. mudah2an anda sudah mahir menggunakannya kepada orang lain.. hari ini kita akan bereksperimentasi bagaimana pengetahuan itu boleh anda gunakan untuk menjadikan diri anda sendiri lebih baik..

arah pandangan mata anda adalah cara anda mengakses fikiran dan perasaan anda.. maka apa yang berlaku sewaktu anda mahu mengingati sesuatu atau berkata2 dalam diri anda, mata anda pasti akan bergerak ke arah yang sepatutnya secara automatik.. begitu juga jika anda merasa susah untuk mengingati sesuatu perkara, anda hanya perlu mengarahkan mata anda ke arah yang sesuai untuk memberitahu otak anda bagaimana anda harus mengakses maklumat tersebut..

aku bagi contoh ;) anda membaca buku sebelum ujian.. ketika ujian, distortion berlaku kerana mungkin anda diganggu perasaan berdebar2, anda jadi 'lupa'.. anda cuba mengingat2kan apa yagn anda baca.. fahami ini.. jika cara anda belajar adalah cuba mengingati apa yang tertulis, pandang ke arah kanan atas, dan bayangkan halaman buku yang anda baca.. jika cara anda memahami sesuatu adalah dengan mendengar guru menerangkan kepada anda, arahkan mata anda memandang ke arah datar sebelah kiri, dan ingat kembali apa yang dikatakan oleh guru tersebut.. begitu juga ketika mengingat nomor telefon atau nama kawan anda yang sudah lama anda tidak bertemu.. jika anda mengingat namanya kerna sering anda panggil namanya, jangan cuba mengingatkan tulisan di name tag yang pernah dia pakai ketika sekolah.. ;)

sekarang, anda akan menambah aplikasi kepada pengetahuan ini.. sahabat aku nih namakan teknik ini sebagai 'circle of change'.. hanya dengan mengarahkan gerakan mata anda, anda boleh mengubah emosi anda.. emosi adalah inti dalam segala tindakan anda.. umpama roh pada tubuh anda..

anda mulakan dari bahagian bawah.. "how do I feel now?".. dan menjawab soalan2 yang ada mengikut arah jam.. arahkan otak anda untuk melakukan selaras dengan gerakan mata tersebut.. mengingat bayangan, mencipta bayangan, seterusnya suara dan emosi..

ini boleh diaplikasikan dalam solat kita... aku dah pernah cerita mengapa duduk tahiyyat akhir, angkat jari telunjuk waktu syahadah dan mata anda kena tengok jari tersebut.. rujuk semula, kanan bawah.. mengakses emosi.. itulah yang harus anda lakukan.. kerna itu sunat anda melihat jari telunjuk tersebut dan sunat hati anda merasakan wahdaniyyah.. Allah itu Maha Esa.. dan jika anda mengamalkan ini, itu akan menjadi anchoring untuk anda mengakses perasaan tersebut..

sepertinya juga ketika anda berdoa, anda menadah tangan, mata anda sama ada melihat ke atas atau melihat ke bawah.. ketika anda melihat ke atas, bayangkan apa yang anda mohonkan dalam doa anda.. bayangkan hingga jelas bahawa Tuhan pasti akan mengkabulkannya, kerna Allah itu Maha Mengkabulkan segala permintaan hamba-Nya..

ketika anda melihat ke bawah, maka rasakan betapa kerdilnya anda di sisi Tuhan, betapa anda lemah dan tiada kuasa melainkan dengan kudrat Allah.. rasakan apa yang anda pohonkan dalam doa anda.. perkuatkan rasa itu dan pertahankan perasaan itu..

Maha Suci Allah yang Maha Bijaksana.. sesungguhnya semua ada dalam Islam.. sesungguhnya Islam itu ad-Din yang syumul.. dan Maha Penyayang Allah mempunyai ebrbagai cara untuk menyentuh hati kita.. maka benar firman-Nya berkali2 dalam al-Quran, "buat sesiapa yang mahu mengetahuinya.." Allahu Akbar!

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008