arakian telah bertanya seorang sahabatku..
aku nak tanya ko..aku assume ko mungkin ble kongsi mcm mana ko buat…iaitu istiqamah dalam ibadah..aku takmo teori..aku mau dgr yg ko dok buat…focus pasal semayang, zikir, baca quran…itu jer..macam mana ko buat cthnya..semayang lima waktu di awal waktu, tahajjud malam2, zikir pagi petang…mcm mana nak maintain…especially dok kt luar nih..aku ada buat mende2 tuh…tapi ada angin…kejap buat…lamaaaaaaaaaaa…..tak buat pastu buat balik…….ni tk best…umur dah meningkat, masa pun dah singkat….aku dh puas cakap, dengar, belajar, amik course…skrg nk execute….sekarang, saat ini, masa ini…bukan kejap lagi, bukan malam ni, bukan esok…
maka beginilah pendapatku seadanya..
alhamdulillah.. syukur atas semua nikmat yang Allah beri kepada kita.. sesungguhnya janji-Nya adalah benar..
soalan yang ko tanya aku tuh tuh soalan 'rasa'.. kalo ko tanya apa aku buat ko akan rasa biasa2 saja.. contohnya tahajjud, zikir dan baca Quran.. kita istiqamah buat tapi mmg ada masa2nya rasa cam 'penat' dan 'malas'.. itu 'rasa' yang Allah beri.. macam aku, kalo aku rasa nak bercakap dgn Allah, aku solat sunat.. bila aku rasa aku nak Allah cakap dgn aku, aku baca Quran.. nak kata ini amalan pun aku rasa lebih pada teori..
kalo was2 dgn apa aku citer nih ko kena tanya aku.. sebab bukan sorang kata aku sesat, tapi aku tahu apa yg aku buat.. ilmu tuh takder yg sesat, yang sesat manusia.. bila ko kata tanak teori, ko nak tahu amalan.. ko masih terikat dgn syariat.. amalan solat dan zikir tuh hanya syariat.. kalo ko nak dapat 'rasa' ko tetap kena tahu tauhidnya.. ini umum orang kata teori.. tapi pada aku amalan tanpa hadir hati tuh yg buat kita 'rasa' kosong..
aku solat sunat bila aku 'rasa' seronok nak solat.. aku baca Quran bila aku 'rasa' seronok nak baca.. simplenya macam nih.. ada masa2nya bila kita solat tuh kita 'rasa' sesuatu.. kadang2 sedih, kdg2 malu, kdg2 rindu.. bila ko dapat 'rasa' tuh, take your time and enjoy it a bit longer.. ada masa aku baca fatihah pun aku 'rasa' macam nak menangis, walaupun aku tatau sebab apa, bila aku rasa macam tuh, aku berhenti dan 'layan' 'rasa' tuh.. kemudian aku ulang baca fatihah.. kdg2 aku dapat masa ruku', masa iqtidal, masa sujud, duduk tahiyyat, aku akan stay dalam position tuh lebih lama..
sama macam doa, ada masa te'rasa' doa tuh dalam hati.. sebak.. sama ada gembira atau sedih atau mengharap.. aku cuma pejam mata dan simpan 'rasa' tuh.. biasanya bila aku dapat 'rasa' tuh aku cuba anchor dgn sebut 'allahu akbar'.. ini yg aku istiqamah.. begitu juga dgn zikir, 'larut'kan diri dalam zikir tuh dengan cara fokus.. kenapa kita nak zikir? kalo cuma nak ingat Allah, maka bayangkan Allah ada depan kita, kalo tak boleh bayangkan, 'rasa'kan Allah ada depan kita dan tgh tengok kita berdoa.. yg nih kena hati2 sebab masa nih syaitan mudah nak tipu kita..
itu bab amalan sendiri.. dengan orang pulak aku istiqamah bersihkan hati.. bila orang cakap benda buruk psal aku, aku anggap dia tgh nasihat aku.. bila org tunjuk pandai, aku anggap itu Allah nak tunjuk pada aku perangai buruk aku.. sama dengan rezki duit dan harta.. kadang2 aku tau org nak tipu tapi aku tetap bagi, sebab aku ikut 'rasa'.. aku tahu kalau rezki aku Allah tetap akan kembalikan pada aku berganda2.. Allah duga aku.. betulkan niat.. mungkin org tuh benar2 susah sampai sanggup tipu aku.. aku ikhlaskan.. belajar ikhlas nih bertahun aku buat..
kdg2 kita tanak buat dosa, tapi dugaan Allah sampai.. aku anggap Allah nak bagi 'rasa' kat aku.. aku ikhlaskan.. aku taubat lagi.. benda yang berlaku itu tidak sia2.. ada pengajaran yang Allah nak sampaikan.. yang penting bukan macammana nak selesaikan tetapi macammana nak handle hati kita.. ini bahagian yang paling susah.. nak selesaikan masalah senang.. nak jaga hati dari riak, ujub dan takabbur, itulah dugaan yang sebenarnya..
begitu juga bila orang puji, aku tak rasa orang puji aku.. kerna aku nih bukan apa2.. manusia puji Allah.. kenapa pulak aku yg nak rasa bangga.. tapi Allah wujudkan 'rasa' bangga sebab Allah nak kita tau 'rasa'nya.. subhanallah.. mungkin ini teori bagi ko tapi bagi aku inilah rahmat Allah.. kita kena peka dengan 'rasa' yang Allah kurnia pada kita.. itu cara aku istiqamah.. bila 'rasa' tuh hilang aku jadi takut.. takut juga 'rasa'.. macam beberapa hari nih aku hilang 'rasa'.. aku solat tak rasa apa.. aku doa tak rasa apa.. aku baca Quran tak rasa apa.. mungkin Allah tarik 'iradat' dari dalam hati aku.. Allah uji aku.. tiba2 pula ko tanya soalan macam nih.. alhamdulillah.. jazakallah sahabatku, pertanyaan kau telah mengembalikan 'rasa' itu dalam hatiku..
masa aku nak jawab soalan ko nih.. aku amik masa satu malam nak hilangkan 'rasa' riak, ujub dan takabbur.. dan aku jawab seikhlas mungkin sebab aku tau kau juga sedang mencari.. sahabatku, dunia ini hanya ujian.. namun kita tidak boleh meninggalkan dunia kerna tanpa memahami dunia kita akan sesat menuju akhirat.. ini iman.. beruzlah bila kita rasa terikat dengan dunia, namun setelah itu kembalilah.. kita dihidupkan utk menghamba kepada-Nya.. cara menghamba ialah dengan dakwah.. mengajak manusia lain menyembah-Nya.. dalam setiap pekerjaan dan kata2 kita itu ada dakwah.. kerna dalam hidup ini dakwah adalah jalannya..
wallahualam..
Good article. Beb ko tolong bagitau apa references yg bagus utk dibaca manatau dapat tambah lagi ilmu. Tq
aku mula dgn tafsir.. baca tafsir ayat2 yang biasa aku baca.. makna2 dalam setiap zikir dan doa.. simple kan? macam takder apa2 jer.. hehe..
banyak benda yang kita nampak dan rasa mudah itu sesungguhnya sangat berat isi dan pengertiannya..
Jazakallah... Bro
Artikel yang cukup mengesankan. InsyaAllah, akan diingat sampai bila-bila. "Rasa" adalah antara rahmat dari Tuhan Yang Maha ESA.
Sekarang ini, masih lagi merasai sesuatu untuk dirasa supaya terasa bagaimana rasanya. (*__*)
Beb, memang tul setakad baca tafsir dan makna ayat2 Quran, hadis, zikir dan doa mcm tak de benda tapi kalau disertakan dgn hati(roh) dunia ni tak de makna!.
Sebab tu amalan yg berserta zahir dan batin kekal dlm istiqamah. Bila masuk bab batin atau hati atau roh kita kena berhati2 dan mesti ada guru yg boleh membimbing kerana laluan dlm bab ni lebih halus dan lebih tajam dr mata pedang. Bermakna mudah terluka dan terjatuh kedlm kesesatan. Ini kata "org2 arif", aku pinjam kata diaorg sebagai panduan dan ingat mengingati.
Sapa ko punya guru? Apa nama kitab rujukan ko? Aku tanya sebab kalau dpt aku pun nak share, sebab sekarang ni susah nak cari rakan yg dpt sama2 menyelam kedlm bab sirr (rahsia). Salam
seorang tua yg menunggu durian gugur di dusunnya, seorang penjual ikan di pasar borong, atau seorang peniaga buku, adalah guru2ku.. ;)
bab kitab tuh, kitab biasa2 jer.. terjemahan kitab2 lama tulisan ulama2 lama.. kitab lama lebih direct to the point.. ;)
terimakasih atas ingatanmu sahabat..