elegi buat si comel yang malang


si comel Nurinhari nih genap sepuluh hari kepergian allahyarhamah Nurin Jazlin Jazimin. seorang kanak2 darjah dua yg keluar dari rumahnya di seksyen 1, wangsa maju untuk ke pasar malam pada malam 20 Ogos 2007 dan hanya kembali semula ke pangkuan keluarganya pada 17 September 2007 di dalam sebuah bag sukan berjenama diadora di tepi tangga sebuah syarikat perunding penerbitan buku di taman petaling utama, petaling jaya, dalam keadaan yang sangat menyayat hati..

nurinjazlin.blogspot.com
si comel yang malang

"She is believed to have been brutally murdered 24 hours before her body was found under the stairs of a three-storey shophouse. A post-mortem revealed the murderer had inserted a cucumber and a brinjal in her private parts, forcing the rupture of her rectum and infected with bacteria, resulting in her gruesome death."

ini bukanlah kali pertama kita mendengar kisah kehilangan anak kecil di negara yg kita anggap aman ini. sehingga julai tahun ini, kira2 34 kes kehilangan (kanak2 dibawah 9 tahun) telah dilaporkan kepada pihak polis, 16 org kanak2 lelaki dan 18 org kanak2 perempuan. setakat ini 6 kanak2 lelaki dan 12 kanak2 perempuan telah berjaya ditemukan oleh pihak polis, bermakna ada 16 keluarga yang masih menunggu2 berita tentang anak mereka yg tak kunjung tiba.

wajah ceria Nazrin setelah ditemukan semula dengan bapanyabukan setiap keluarga bakal menerima berita gembira seperti yg diterima oleh keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali, berumur 5 tahun, yang hilang pada awal april 2007, dari kawalan ibu bapanya ketika membeli-belah di pasaraya sogo di jalan tuanku abdul rahman, selama 15 hari, yg ditemukan, dipelihara dan akhirnya dikembalikan oleh pasangan myanmar setelah mengenali wajahnya dari risalah yang disebarkan.

atau berjaya menemukan anak mereka walaupun dalam keadaan yang menyedihkan, seperti Suci Rahmadhani Usman, berumur 5 tahun, yang masih trauma, diperdayakan dan diculik dari depan kedai di jalan raja bot pada awal Julai 2007, oleh seorg penjahat seksual yang meminta pertolongannya untuk mencari kucing yg hilang.

penjahat yg dikenali sebagai 'perogol kg baru' itu juga sebelumnya telah memperdaya seorg kanak2 perempuan berumur 6 tahun dengan menggunakan modus operandi yg sama. tidakkah ngeri kita apabila mengetahui bahawa kanak2 ini diculik dari kawasan tadika, dan dijumpai 6 jam kemudian kira2 200m dari kawasan tadika tersebut. apalagi trauma yg terpaksa ditanggung oleh kanak2 tersebut sepanjang hayatnya akibat daripada penyiksaan yg diterimanya.

ah ying yang malangbagaimana pula perasaan ibu kepada Shearwey Ooi Ying Ying, berumur 4 tahun, yg hilang sekitar julai 2007, ditemui dalam keadaan telah dibakar dan tubuhnya ditemui di empat tempat berbeza - di kawasan perkuburan, sungai, kwsn buangan di kawasan apartment di paya terubong, dan sebahagian lagi tubuhnya di sebuah sungai di jalan air itam.

dari kiri: Ang May Hong, Nurshuhada, Nurul Hudabegitu pula, tragedi yg menimpa Nurshuhada Burak, berumur 6 tahun, yg hilang ketika dalam perjalanan menuju ke kedai runcit sekitar oktober 2000, dirogol, dicekik dan dibunuh, dan mayatnya dijumpai di tangki air di atas bangunan 3 tingkat di selayang baru.

belum juga kita lupa Ang May Hong, yang hilang pada 12 april 1987, yang ditemui mayatnya oleh bapanya di sebuah rumah tinggal di jalan tun razak, 70 meter dari rumahnya, tiga jam selepas kehilangannya ketika dia membeli sarapan bersama adik lelakinya yg berumur 11 tahun. bagaimanakah keluarga itu dapat menghadapi takdir menemui mayat mangsa tersebut yg ditemui mati dengan kayu sepanjang 1 meter dengan hujungnya berpaku tiga tertusuk di kemaluan kanak2 tersebut, merobek pundi kencing, perut dan jantung, ditambah pula seutas wayar menjerut lehernya.

betapa kejamnya perlakuan terhadap Nurul Huda Abdul Ghani, berumur 10 tahun, yg dirogol bergilir2 secara berkumpulan, disodomi, dipukul dan dijerut hingga mati. mayatnya dijumpai di dalam tandas pondok pengawal sub-stesen TNB, tidak pulang2 setelah pergi ke kedai runcit.

semua kisah di atas hanyalah sebahagian dari kisah keganasan dan kekejaman yang berlaku di negara yg kita anggap aman, yg sudah mulai kita anggap sebagai bahaya dan mengerikan. kedai runcit, tadika, pasaraya tidak lagi merupakan tempat yg selamat untuk anak2 kita.

34 kes dalam masa 7 bulan, bermakna purata hampir 5 orang kanak2 hilang setiap bulan, memberi gambaran hampir setiap minggu ada kanak2 berumur bawah 9 tahun hilang sepanjang 7 bulan lalu. suatu statistik yang sangat mengerikan setiap ibubapa.

dalam kekalutan dan kesibukan kita menafkahi keluarga, apalagi ibu dan bapa bekerja, kepada siapakah kita mahu mengandalkan keselamatan keluarga kita? apakah yg boleh kita perbuat? kehidupan anak2 zaman moden yg semakin terkurung, ini akan mewujudkan satu generasi yg sangat berbeza dari generasi kita yang hidup di persekitaran aman dan tenteram. benarkah aman dan tenteram itu sudah tiada lagi? ini realiti yg harus kita hadapi dan tanggungjawab kita sebagai ibubapa adalah sungguh lebih berat lagi..
Read On 0 ulasan

murtad dan sikap orang melayu


revathi aka siti fatimah, divya darshini dan suresh
citer siti fatimah aka revathi masoosai tuh agak complicated sket.. citer dia dia lahir sebagai seorg india muslim dengan nama siti fatimah.. tapi dibesarkan oleh nenek yg hindu.. so jadilaa hindu dan pakai nama revathi.. bila dah besar dia kawin dengan hindu gak.. nak register kawin takleh sebab ic agama Islam.. benda nih jadi lebih complicated bila dia beranak..

so nak jadi citer satu hari pejabat agama melaka dapat detect minah nih, kat spital kalo tak salah lepas bersalin, so mamat jabatan agama nih datang dan minta serahkan anak dia sebab by law dia Islam maka automatik anak2 dia pun Islam.. minah nih pun sebab dia pilih nak terus ikut agama hindu, maka ikut undang2 syariah, pejabat agama leh tahan utk tarbiyah hingga 3 bulan kalo tak salah.. tuh yg jadi minah nih kena tahan 100 hari.. pastuh extend sampai 180 hari.. anak dia yg baru lahir tuh pun dah kena amik dgn satu grup yg diorg claim polis, peguam dan mak kepada revathi nih.. kes nih hangat sebab dap bawa ke parlimen..

zaleha, ibu kepada siti fatimah berusaha untuk mendapatkan hak penjagaan terhadap divya darshiniso kes nih telah digunakan dengan baik oleh geng2 yg mmg nak legalised murtad nih.. kalo kita tgok satu perspektif mmg patutnya revathi tuh ada rights utk converts.. sepatutnya siti fatimah tuh tak sepatutnya tinggal dgn nenek hindunya.. seawal umur kecik tuh jabatan agama Islam dan masyarakat sekeliling harusnya dah peka.. dan seharusnya kalo para kafirun nih paham kalo dia proceed jugak bela anak Islam dia akan dapat masalah maka dia akan automatik serahkan anak yg status agamanya Islam kepada org Islam.. dan mungkin mak siti fatimah tuh kena tangkap sebab biarkan anak Islam dibesarkan oleh nenek kafir..

para kafirun nih sama ada ignorant ataupun sengaja mmg nak test kita org Islam nih.. nih dah complicated camnih apa camna nak buat? mula laa terasa jabatan agama tuh kejam dan tak adil.. ini semua berlaku bila mereka dan kita yg muslim nih pun ignorant jugak.. kita tak peka.. satu lagi masa dia tukar nama kat pejabat pendaftaran patut dah bagitau ke pejabat agama.. nih semua tak berlaku sebab kita tak peduli.. almaklum dia keling.. tapi kita lupa bahawa dia pernah Islam dan skrg dia kafir kerna sikap ignorance org muslim sendiri..

ini juga maslaah yg byk dihadapi oleh para mualaf.. dia dah laa terputus dgn keluarga.. kita pulak tanak bantu dgn sungguh2.. walhal wajib bantu mualaf nih.. ada pulak antara kita perlekehkan mualaf.. sebab tuh dlm senarai ratus ribu yg murtad tuh, byknya kes mualaf.. org melayu nih kdg2 pandai ajak org masuk Islam tapi lepas tuh main lepas lantak sendiri.. suh org tuh pandai2 laa teruskan.. bukan nak bimbing terus.. kita selalu buat keje separuh jalan..

skrg nih bergantung pada KERA2jaan yg akan buat keputusan.. ketua KERAjaan, pak lah dah terang2 kata tak der apa dia leh buat.. kalau dah tak tahu apa nak buat bagilaa org lain yg tau apa nak buat yg jadi ketua.. camnih ker Islam hadhari?

kenyataan pak lah membolehkan muslim untuk murtad

ini patut jadi pengajaran pada org Islam.. kdg2 benda kecil saja yg kita rasa tak penting boleh beri impak yg besar.. andainya masa siti fatimah kecil ada org melayu tahu situasi dia dan laporkan pada pejabat agama, ataupun kerajaan buat penerangan dengan sebaik2nya tentang status agama dan hukum murtad hingga semua org paham.. muslim dan kafirun.. tapi malangnya bila masuk bab nih KERA2jaan nih kata sensitif.. takleh nak citer byk2.. dan lihatlah hasil dari ignorance mereka..

walaupun nampak kejam, aku rasa mmg patut anak dia dibela oleh mak dia.. dan kalo dia beranak lagi, pun patut anak dia kena amik jugak.. mmg rasa kejam tapi begitulah bahagian org yg mendustai Islam.. moga2 satu hari nanti, dia terfikir untuk kembali pada Islam dan akhirnya menjadi seorg mukmin sejati.. amin.. sehingga itu kita pendamlah segala sakit hati dan kemarahan kita.. ini bukan sekadar proses undang2 dan permainan politik....

org melayu nih byk yg ikut2 saja.. baik yg murtad mahupun yg muslim.. main ikuutttt jer.. tanak kaji.. malas nak belajar.. bila baca buku/kitab mata jadi kelabu.. bila duduk dengar tazkirah/ceramah kepala tersengguk2.. bila kafirun nih tanya benda pelik2 dah tak boleh nak jawab.. kalo jawab pun mengarut2.. bila org bidas balik kita kata dia hina Islam.. padahal kita nih yg secara tak sedar menghina kesucian dan keagungan Islam..

nih kena tengok balik 'man in the mirror'.. tak malukah kita untuk mengaku sebagai org yg beriman? kalo takder iman maknanya kapir.. sebab tuh org melayu selalu kata iman dia senipis kulit bawang.. kira yg paling nipis.. lebih sikit jer dari org kapir.. dengan sebab dah mengaku camtuh yg beri kita privilege untuk kata tidak untuk keperluan kifayah.. kita dok buat yg fardhu ain jer.. alasannya, kalo fardhu ain pun tak sempurna, tak guna buat fardhu kifayah.. lagi alasan, aku kena betulkan diri aku dan keluarga aku dulu, 5 tahun lagi kita jumpa pun dok ulang ayat yg sama..

lagi jawapan yg paling poplar ialah kita jaga diri kita sajalah.. kita tgok anak bini kita, adik beradik, sedara mara.. cukuplah.. fardhu kifayah kita bab keliling keluarga kita saja.. kalo itu pun byk tak betul lagi camna nak betulkan org lain.. ada rasional, logik dan kebenaran dlm ayat nih.. tapi persoalan seterusnya ialah siapa pula yg akan bertanggungjawab pada maslahat ummah yg lebih besar? siapa lagi kalo tak kerajaan.. ye tak? mudahnya kita lepas tangan atas tanggungjawab kita sebagai muslim..

maka bila berlaku kekacauan dlm masyarakat, kita dapat dengan mudah menuding jari ke pihak kerajaan.. mereka yg bertanggungjawab.. tanggungjawab kita dlm rumah saja.. sebab besar dan pentingnya tanggungjawab fardhu ain kita, kita 'berat' nak berjamaah di masjid.. bukan sekadar 'berat' psal 'malas' tapi kebanyakannya kerana tuntutan 'fardhu ain'.. sibuk tak tentu hala.. nih bulan posa nih baru ada 'kelonggaran' dok lama sket kat masjid..

kadang2 rasa malu bila baca kisah2 ulama2 dulu.. cerita nama2 besar dlm Islam.. kerna diorg cari ilmu dengan ikhlas, maknanya cari ilmu kerna ilmu itu sendiri, kerana Allah swt.. kita cari ilmu kerana Allah swt 20%, kerana wang 80%.. kalo ilmu tuh takleh nak buat duit, kita takkan belajar.. kalo kita belajar pun, kita akan terpikir2 camna cara nak buat duit dgn ilmu yg kita ada.. sebab tuh skrg nih ada trend baru ramai org mula belajar Quran dan hadis, kaji macam2 ilmu Islam, sebab dah boleh buat duit.. jadi penceramah part-time saja pun dah beribu2 ringgit sebulan.. jadi pak imam, pak bilal, pak siak, pun dah ada elaun.. tuh yg berebut2 org melayu nak jadi jawatankuasa masjid..

org melayu nih sejak zaman berzaman dah jadi bangsa yg pasif menerima.. semua kena suap.. kena subsidi.. kena ketuk baru jalan.. sebab tuh kesian tengok yg nak sangat Islam tersilap pilih masuk ajaran sesat.. yg lain2 takkan masuk ajaran sesat sebab dia hanya akan ikut fatwa ustaz yg dia dah percaya.. bila ustaz kata haram maka haramlah tapi tak tau psal apa haram.. nak pertikai? lagi laa tak berani.. takut masuk neraka.. macam ustaz tuh Nabi saw.. bila kita bantah sikit jer mula laa nak ungkit kita lulusan agama mana, ilmu kita takat mana, ustaz tuh mengaji timur tengah, pandai cakap arab.. bla bla.. tapi persoalan asalnya tak berjawab..

satu lagi org melayu nih suka amik tau sikit2 jer.. asal tau sudahlah.. sana cuit sikit, sini pegang sikit.. bila tau sikit2 nih yg susah bila org bertanya.. mula2 citer dah betul, yg ujung2 dia sambung citer dewa2 kayangan.. yg dengar pun satu hal boleh percaya.. ini asal mula byk citer karut dikalangan org melayu.. kita kena mula galakkan org2 melayu nih kalo nak tau sesuatu kena sampai tuntas.. bila kita tahu dengan terperinci barulah kita jadi paham dan bila dah paham barulah kita jadi org berilmu.. barulah anak2 kita pun jadi berkualiti.. bukan setakat berkuantiti.. kena contohi cam famili wak jono kita, berkuantiti dan berkualiti..

dah laa camtuh, org melayu nih pulak kuat berangan.. kita selalu berharap akan ada dewa2 turun dari kayangan dan menyelesaikan semua maslah kita.. sebab tuh kita selesa dengan ungkapan, apa yg aku leh buat lagi.. tawakal jer laa.. tawakal tuh kena usaha dulu.. bila dah usaha barulah leh tawakal.. sebab tuh aku lebih percaya org melayu nih bukan malas tapi kuat berangan.. byk sangat berharap org lain selesaikan tanggungjawab..

Bokhari dan Samiah Taha - ibubapa kepada Nor Aishah yang membuat perakuan murtad dan melarikan diri bersama teman lelakinya Joseph Arnold Lee ke negara jiranapa kena mengena semua nih dengan isu murtad? semua benda nih yg buat org melayu jadi 'ignorance'.. kita selalu amik sikap tak apa selagi benda nih tak kena atas batang hidung kita.. bila kita sebut psal murtad, dengan sekelip mata benda tuh jadi benda sensitip.. yg kita tahu marah dan bukan main cepat lagi org melayu kalo bab nak memarang org nih.. semangat dah bagus tapi kadang2 cara kita org melayu menangani maslah nih seolah2 sebagai satu cara kita nak tutup kelemahan dan kesilapan kita sendiri.. cuma sayangnya lepas tuh tetap saja kita tak amik pengajaran atas apa yg berlaku..

bertahun2 kita pertahankan dan perjuangkan isu murtad nih.. dari kes natrah hinggalah ke kes lina joy, alih2 tok ketua melayu pulak leh bagi lampu hijau untuk usahakan agar murtad nih dibolehkan.. tidakkah kita merasa dikhianati.. bukan sedikit perjuangan org melayu dlm isu nih.. bukan sekadar air mata malah darah pun pernah menitis atas nama perjuangan nih.. tiba2 dengan mudah tok ketua paling tinggi org melayu boleh mengalah.. tanpa desakan.. aku nak tengok kali nih org melayu nak ikut jugak ker tidak? biasanya kalo tak lembu, kaldai..
Read On 2 ulasan

duit suami duit isteri, duit isteri duit isteri..


satu23 wrote:
saya? sblm kawin tahu gaji somi kecik tp tak fikir sume tu. skrg bila keadaan dah tak terkawal sampaikan saya sendiri minta somi cucukkan atm saya, saya dah rasa menyesal. bukan nyesal kawin ngan dia tp nyesal sbb terlalu 'open' dgn somi. senang citer skrg saya dlm keadaan tertekan. rasa bodoh sanggup buat loan utk top up utang cc somi semata-mata nak ringankan rasa tertekan dlm diri.

alhamdulillah baru-baru ni dengar ceramah kat tv psl hak-hak isteri yg menyatakan duit gaji isteri adalah hak isteri. so tak salah kalau saya nak rahsiakan gaji+bonus atau apa-apa sumber pendapatan lain dan kemana hala tuju gaji saya tu. selama ni saya bodoh sampaikan nak beli barang sendiri/anak pun minta kebenaran dia walhal pakai gaji saya.

sebenarnya ade sikit rasa sedih sbb somi tak mampu menjalankan tanggungjawab yg sewajarnya tapi saya ikhlas membantu dia cuma saya masih mengharap suatu hari nanti dia sedar akan erti pengorbanan & balas balik dgn cara yg dia mampu


haha! aku rasa kelakar bila ko kata ko rasa bodoh dan menyesal buat semua pengorbanan pada suami ko.. padahal apa yg ko buat tuh adalah oerkara yg benar, hatta meminta kebenaran suami utk menggunakan duit gaji ko.. itulah cara yang sebenarnya.. kerna walaupun gaji isteri itu hak isteri tetapi memberi kebenaran utk isteri keluar bekerja itu adalah hak suami.. kena paham betul2 konteks nih.. jgn mudah terpedaya dgn dakyah emansipasi wanita yg digemburkan2 oleh para kafirun..

baiklah.. aku cuit sket laa psal duit dan pompuan nih.. secara sedar atau tidak, duit nih mempunya kesan kekuasaan pada sesiapa saja, hatta antara suami dan isteri dlm sebuah rumahtangga.. sesiapa yg merasakan bahawa dia mempunyai kekuatan dlm bentuk material dlm menyediakan keperluan rumahtangga akan berasa mempunya kekuasaan dlm membuat keputusan yg besar dan merasa perlu lebih dihormati dan dilebihkan..

telah sering digambarkan di tv, ttg bagaimana seorg isteri kepada seorg yg kaya tidak akan dapat berkata banyak jika suaminya mahu berkahwin lagi.. this is the power of money.. semua berpendapat bahawa dengan kekayaan, suami mampu berlaku adil.. how true is the truth? hatta kebanyakan wanita, yg dicukupkan keperluannya oleh suami, malah memerlukan kebenaran suami (indirectly) untuk berasa sedih dan marah..

isteri mempunyai gaji yg lebih dari suami merupakan fenomena yg agak baru dlm masyarakat kita.. maka masyarakat masih lagi mempelajari apa yg sepatutnya berlaku dlm ikatan begitu.. berbanding dengan masyarakat barat, yg mana situasi ini adalah fenomena biasa.. malah lelaki menjadi surirumah sepenuh masa juga bukanlah sesuatu yg aneh di barat..

kita masih berlegar2 seputar kekeliruan dan adaptasi berhubung dgn konsep baru, pandangan budaya dan ikutan agama.. agama meletakkan hak pada tempatnya.. budaya menjunjung keperibadian manusia di tempat yg sewajarnya.. manakala konsep2 baru banyak mencuit permasalahan hak keadilan dan logika hidup terkini..

apa pun.. pilihan adalah di tangan kita sendiri.. dlm rumahtangga ada hak dan tanggungjawab.. menuntut hak harus berpandukan kepada betapa kesempurnaan tanggungjawab yg telah kita lakukan.. lebih banyak dialog, tolak ansur dan eksperimentasi harus dilakukan..

suami 'dayus', isteri 'queen control'.. ini label masyarakat yg banyak dari kita cuba elakkan tetapi malangnya kita mudah sering jatuh ke dlm definisi tersebut..

rumahtangga adalah satu platform untuk manusia saling mencurahkan kasih sayang dan membina hubungan yg lebih intim dan mantap.. perlu kita kaji semula akan sebab asal mengapa kita berkahwin.. melihat semula awal mula bibit cinta membolehkan kita mengkaji semula akan hala tuju kita sekarang..

kita sering merasakan spouse kita tidak menjalankan tanggungjawab sepertimana yg kita nak.. pls bare in mind that our spouse also feel the same.. kita sering merasakan bahawa kita lebih banyak berkorban dan sering terkorban.. pls remember that our spouse also feel the same.. apa saja keburukan yg kita pikirkan tentang spouse kita, dia juga mempunyai fikiran yg sama, walaupun sedikit.. rasa tidak puashati ini merupakan penyakit yg sangat bahaya, umpama bom jangka yg menunggu masa untuk meledak..

kalo aku boleh bagi pendapat, dlm rumahtangga, sebelum kita mengkaji akan hak kita, ada baiknya kita mengkaji semula akan tanggungjawab kita.. byk dari kita terlalu meminta2 hak kita hingga kita lupa tanggungjawab kita yg sebenarnya belum terlaksana.. ingatlah bahawa lelaki harus berbuat baik pada isterinya, dan wanita harus membahagiakan suaminya.. adakah pasangan kita telah merasakan kebaikan dan kebahagiaan yg kita berikan?
Read On 0 ulasan

misteri gua batu dan perigi buta


-interlude-

kita dah baca psal perbezaan lelaki dan wanita.. tentang bagaimana sikap lelaki dan wanita yg berbeza dalam menangani tekanan dan stress.. tentang perbezaan prioriti dalam menguruskan hidup.. perlu difahami bahawa jika berlaku keadaan ini tidak ada apa yang perlu kita perbesar2kan.. yg penting adalah kefahaman kita tentang perbezaan fitrah lelaki dan wanita..

kita sambung lagi.. kita tgok pula kelakuan lelaki dan wanita dalam perhubungan.. moga aku dapat tulis semuanya dlm bahagian nih, seringkas yg mungkin, dengan harapan dapat sedikit sebanyak jadi panduan buat kita bersama untuk memperbaiki diri dan hidup kita.. insya-Allah..

Men are like rubber bands

lelaki nih umpama getah gelung, dia hanya boleh meregang sejauh yg dia boleh dan kemudian akan kembali ke keadaan asal.

dalam sesuatu perhubungan, seringkali lelaki akan merasa perlu menjauh sebelum dia menjadi lebih intim. ini yg sukar difahami oleh wanita dan sering membuatkan wanita terkejut dan terkeliru. tiba2 lelaki menjadi dingin.

biasanya lelaki akan menjauhkan diri, walaupun wanita tidak berbuat apa2 kesilapan, bukan kerna lelaki tidak mempercayai atau tidak menyayangi wanita,tapi untuk menyalurkan fitrahnya berkaitan dengan kebebasan dan autonomi dlm hidupnya.

Peanuts by Schultzsetelah dia menjauhkan diri dengan secukupnya, dia akan merasakan wujud keinginan untuk berkasih sayang dan berhubungan intim. apabila keinginan ini wujud, dia akan kembali kepada wanita untuk berkhidmat menyintai wanita, untuk menjadikan dirinya merasa diperlukan semula. lebih jauh lelaki mengasingkan diri, lebih intim setelah lelaki kembali.

lelaki akan sering memperdebatkan tentang hak mereka untuk merasa bebas kerna mereka perlukan ruang untuk bersendiri. keperluan lelaki akan berubah2 diantara keintiman dan autonomi.

Women are like waves

aku interpretasikan 'waves' tuh sebagai ombak atau gelombang untuk menunjukkan pasang-surut emosi wanita. hanya saja dlm buku ini, wanita rujukannya mengatakan bahawa ketika surut dia merasa seperti berada jauh ke dalam perigi buta. jadi kita cuba untuk pahami nanti antara kaitan pasang surut air di dalam perigi, walaupun kita sama2 paham perigi buta takder air. ok kita sambung..

dalam suatu perhubungan, seringkali wanita, walaupun dalam keadaan bahagia, percaya dirinya tetap akan naik dan turun seperti ombak dilautan. bila waktu pasang, wanita merasa banyak kasih sayang yg perlu dikongsi. bila waktu surut, mereka merasa kosong, tiada harapan dan merasa bersendirian tanpa sokongan. ini yg biasanya membuat lelaki keliru dan naik angin.

sepertimana lelaki, wanita akan surut hingga ke dasar perigi, pada waktu sebegini kesilapan yg biasa dilakukan lelaki ialah cuba memahamkan wanita bahawa wanita tidak perlu merasa demikian. apabila wanita telah menjejak dasar periginya, wanita akan merasa perlu disayangi dan akan kembali kepada lelaki untuk mendapatkannya. lebih cepat wanita sampai ke dasar periginya, lebih cepat dia kembali ke permukaan.

wanita akan sering memperdebatkan tentang hak mereka untuk merasa marah dan bersedih kerna mahu difahami. emosi wanita akan pasang dan surut lebih kerana keperluan dalamannya, dan bukan sepenuhnya kerna org lain.

Perbezaan interpretasi cinta antara lelaki dan wanita:
romantic old couple

wanita perlu:
1-diperhatikan (ambil berat)
2-difahami
3-dihormati
4-dikasihi sepenuhnya
5-diperakui
6-diberi kepastian

supermanlelaki perlu:
1-dipercayai
2-diterima
3-dihargai
4-dikagumi
5-dipersetujui
6-diberi galakan

rahsia dalam menguasai lelaki ialah dengan cara tidak cuba untuk mengubah atau memperbaiki diri lelaki. cara yang terbaik ialah memberi ruang untuk lelaki berkembang sendiri dlm memperbaiki hidupnya. jika lelaki merasa dia dalam keadaan terbaik dan dia sangat diperlukan, lelaki akan berusaha sehabis baik untuk memuaskan wanita.

rahsia dalam menguasai wanita ialah dengan cara memahami keinginan emosinya. cara yang terbaik ialah sentiasa menunjukkan empati terhadap keadaan emosinya dan tidak cuba untuk menolak keadaan emosinya. jika emosinya terisi dan merasa disayangi sepenuhnya, wanita akan memberikan seluruh kemampuannya untuk menyenangkan hati lelaki.

Apabila lelaki masuk ke gua..

Keluhan 1
"aku tak suka bila bini aku suka marah2 sebab benda kecik. kadang2 benda tuh bukan aku yg buat pun."

yg tersirat:
lelaki mahu merasa diterima dirinya seadanya.
sebaliknya, dia merasakan wanita mahu memperbaiki dirinya.

Keluhan 2
"ada saja yg bini aku nak aku buat. kdg2 aku rasa dia buat aku macam budak kecik."

yg tersirat:
lelaki mahu merasa dikagumi.
sebaliknya, dia rasa wanita memperlekehkannya.

Keluhan 3
"bini aku tuh nak aku paham apa dia nak. dia ingat aku leh tahu apa yg ada dalam kepala dia."

yg tersirat:
lelaki mahu rasa diterima dan dipersetujui.
sebaliknya, dia merasa telah gagal.

perbezaaan perspektif antara lelaki dan perempuanApabila wanita turun ke dlm perigi..

Keluhan 1
"aku tak suka laki aku tuh asik terlupa jer. bila aku bagitau dia kata aku membebel. mintak tolong macam mintak sedekah."

yg tersirat:
wanita mahu lelaki menghormati dan sentiasa mengingati mereka.
sebaliknya, dia rasa terabai dan tidak jadi keutamaan.

Keluhan 2
"laki aku tuh bila aku cakap macam tak dengar jer. buat macam aku tak wujud."

yg tersirat:
wanita mahu merasa yakin lelaki mendengar apa yg mereka perkatakan untuk menunjukkan bahawa lelaki mengambil berat tentang mereka.
sebaliknya, dia merasa diabaikan atau dihakimi/dihukum.

Keluhan 3
"aku tak suka bila laki aku tinggikan suara dan kata apa yg dia cakap tuh betul. dah la tak pedulikan pandangan aku, buat aku macam bersalah lak."

yg tersirat:
wanita mahu difahami dan dihormati.
sebaliknya, dia merasa tidak dipedulikan dan diperlekehkan.


Scoring points with women

secara kebiasaan, lelaki akan cuba untuk membuat sesuatu yg hebat supaya mereka rasa berhak untuk disayangi. akan tetapi wanita tidak memberi penghargaan yg diharapkan, kerana wanita perlu merasakan kasih sayang untuk merasa disayangi.

lelaki hanya perlu membuat pekerjaan2 kecil, yang memang diperlukan oleh wanita, untuk menunjukkan kasih sayang mereka. malah ungkapan cinta, sama ada penting atau tidak pada lelaki, boleh memuaskan perasaan wanita.

antara contoh perkara kecil yg memberi impak yg besar:
1-bila pulang kerja, sebelum melakukan apa2, peluk dan cium isteri, dicadangkan peluk isteri empat kali sehari;
2-bila isteri mahu berkata sesuatu, letak suratkhabar atau tutup tv dan beri isteri perhatian sepenuhnya. sabar ketika mendengar dan jangan asik tgok jam;
3-bila pulang lambat, telefon dan beritahu isteri;
4-sentiasa peka pada emosi isteri. bila dia merajuk, tunjukkan empati dan minta maaf. kemudian diam, biar isteri rasa suami memahami bahawa hatinya sedang sedih;
5-bila suami perlu bersendiri, beritahu isteri bahawa suami perlu masa untuk berfikir dan jika boleh beritahu berapa lama masa yg suami perlukan;
6-bila suami rasa dah ok, ceritakan pada isteri apa yg mengganggu fikiran suami, supaya isteri tidak berfikir yg buruk2;
7-perhatikan jika isteri letih, tanya apa yg dia mahu lakukan dan bantu apa yg boleh. biasakan membantu kerja2 rumah seperti cuci pinggan atau sidai baju;
8-sentiasa berpihak kepadanya jika isteri marah dengan seseorg;
9-tunjukkan kemesraan ketika di khalayak umum. cuba set masa untuk keluar berdua tanpa anak2;
10-apabila berpergian, beritahu secara terperinci jadual perjalanan, telefon bila sampai dan beritahu siteri bahawa suami merinduinya bila berjauhan.

why men give less than women

1-martian idealize fairness
jika lelaki merasa dia telah berbuat/memberi sesuatu, dia akan berhenti berbuat dan menunggu supaya wanita berbuat sesuatu yg setimpal dengan apa yg diberinya. berbeza dengan wanita yg sentiasa sedia memberi lebih banyak.

2-venusian idealize unconditional love
wanita akan sentiasa berbuat/memberi sebanyak yang dia mampu, dan hanya merasa tidak adil ketika dia merasa kekosongan dan dipergunakan. wanita harus tahu bila perlu menahan diri dan membiarkan lelaki memberi lagi.

3-martian gives when they are asked
lelaki tidak meminta bantuan jika dia tidak benar2 perlukan. memberi bantuan, jika tidak diminta, akan menyinggung lelaki. wanita harus memahami cara untuk memberi petunjuk kepada lelaki untuk terus memberi bantuan.

4-venusian say yes even when the score is uneven
lelaki sering salah anggap bahawa selagi wanita berkata 'ya' ketika lelaki meminta bantuan, bermakna wanita telah menerima bantuan yg setimpal (berpuas hati) dari lelaki. seringkali apabila wanita bersetuju dengan kehendak lelaki, tidak bermakna wanita juga menginginkan perkara yg sama.

5-martians give penalty points
wanita tidak menyimpan senarai markah ttg apa yg telah diterimanya. lelaki pula akan menolak markah jika wanita melakukan sesuatu yang membuat lelaki merasa tidak disayangi dan disokong. kerna itu kadangkala lelaki akan melupakan beberapa perkara baik yg dilakukan oleh wanita, jika wanita membuatnya marah.

cartoon from CartoonStock.comhow to get men support and get it

konsep wanita ialah kerna cinta maka tidak perlu meminta, maka wanita akan terus berharap, kerna pada lelaki, jika wanita tidak meminta apa2, maka dia berpendapat dia telah memberi secukupnya.

step 1: asking correctly for what you already getting

langkah pertama ialah wanita harus mengetahui apa yg telah diberikan oleh lelaki kepadanya. perkara penting ialah meminta lelaki melakukan sedikit lagi sesuatu yg dia pernah lakukan dan beri penghargaan. jangan minta lebih dari apa yg pernah dia berikan.

3 perkara penting yg perlu dingat oleh wanita ialah mencari masa yg sesuai, tidak meminta secara berlebihan dan minta dengan jelas dan gunakan perkataan yg pendek dan padat, serta berterus terang. cuba guna perkataan 'tolong' supaya lelaki merasa diperlukan.

step 2: practice to ask for more (even when you know he may say no)

sebelum meminta lebih, penting untuk memastikan bahawa lelaki telah merasa dihargai atas apa yg telah dia lakukan. jika lelaki telah biasa mendengar wanita tidak pernah meminta bantuan lebih dari apa yg diberikannya, dia akan merasakan kehadiran cinta wanita. lelaki merasa tidak perlu berubah untuk mendapatkan cinta wanita.

pada ketika ini, lelaki akan sanggup berubah dan mempertingkatkan kemampuannya. dan wanita boleh meminta lelaki melakukan sesuatu yg lebih tanpa meninggalkan kesan bahawa lelaki tidak berbuat cukup baik.

i love you, you're perfect, now changelelaki akan lebih mudah mengatakan 'ya' jika dia mempunyai kebebasan untuk mengatakan 'tidak'. maka wanita harus tahu bagaimana untuk menerima jawapan 'tidak'.

step 3: practice asserting asking

dalam fasa ini, wanita tidak sekadar menerima jawapan 'tidak', tetapi meyakinkan pada lelaki bahawa adalah sesuatu yg normal untuk lelaki mengatakan 'tidak', dan menunggu hingga lelaki memberi jawapan 'ya'. ini berbeza dgn fasa 2, selepas menerima jawapan 'tak', wanita hanya diam dan menunggu.

dengan tidak menolak penolakan lelaki, wanita lebih berpeluang untuk menerima jawapan 'ya'. wanita harus menjangka lelaki akan merungut, dan harus difahami bahawa rungutan lelaki itu tidak kena mengena dengan kesediaannya utk membantu. itu hanya proses seorg lelaki untuk menjadi lebih fokus. wanita jangan salah faham.

-interlude-

lelaki merasa sensitif bila diminta bantuan bukan kerna mereka malas tetapi kerna keinginan mereka untuk merasa diterima seadanya. lebih banyak permintaan hanya akan memberi gambaran bahawa diri/cara mereka tidak diterima. setiap tindakan untuk memperbaiki diri lelaki akan dianggap sebagai suatu tindakan untuk mengubah diri mereka kerna mereka tidak cukup baik.

wanita harus pintar dalam meminta perubahan pada lelaki, kerna jika tidak, tindakan itu akan menhantar mesej bahawa lelaki tidak cukup baik / rosak (berpandukan pada moto lelaki: "don't fix unless it is broken"), dan ini akan membuatkan lelaki merasa wanita tidak menyintai dirinya sebagai dirinya, apa adanya.

lelaki akan merasa bahagia jika mereka merasakan bahawa mereka telah memberikan yg terbaik buat pasangannya. lebih banyak dia merasa begitu, lebih banyak lagi yang akan lelaki sanggup lakukan.

kita akhiri cerita kita dengan sebahagian dari yang dikisahkan pada bahagian awal buku:

i had no idea that her day had been so awful. when i returned home she was very upset. i misinterpreted the cause of her distress and thought she was blaming me.

sehe said, "i've been in pain all day.. i ran out of pills. i've been stranded in bed and nobody cares!"

i said defensively, "why don't you call me?"

she said, "i asked your brother, but he forgot! i've been waiting for him to return all day. what am i supposed to do? i can barely walk. i feel so deserted!"

at this point i exploded. my fuse was also very short that day. i was angry that she didn't call me. i was furious that she was blaming me when i didn't even know she was in pain. after exchanging a few harsh words, i headed for the door. i was tired, irritable, and heard enough. we both reached out limits.

then something started to happen that would change my life.

Bonnie said, "stop, please don't leave. this is when i need you the most. i'm in pain. i haven't slept in days, please listen to me."

i stopped for a moment to listen.

she said, "John Gray, you're a fair-weather friend! as long as i'm sweet, loving Bonnie you are here for me, but as soon as i'm not, you walk right out the door."

then she paused, and her eyes filled up with tears. as her tone shifted she said, "right now i'm in pain. i have nothing to give, this is when i need you the most. please, come over here and hold me. you don't have to say nothing. i just need your arms around me. please don't go."

i walked over and silently held her. she wept in my arms. after a few minutes, she thanked me for not leaving. she told me that she just needed to feel me holding her.

at that moment i started to realize the real meaning of love -unconditional love...

-stop-
Read On 1 ulasan

bila isteri membebel dan suami mendiamkan diri..


-prelude-

dalam konteks rumahtangga tidak ada yg perlu berkorban melebihi pasangannya. kedua2nya harus sama2 memainkan peranan masing2 dalam menjaga harum mekar kasih sayang dalam rumahtangga. kena ada win-win situation. jika anda rasa anda lebih banyak berkorban dari pasangan anda, cubalah lihat dari perspektif lain. kerana jika satu bahagian sahaja yg rasa berkorban dan terkorban, maka sinar mentari cinta sudah mulai meredup di alam rumahtangga kita.

kita seringkali salah anggap bahawa jika pasangan kita menyintai kita dia akan bertindakbalas dan berkelakuan sama sepertimana kita bertindakbalas dan berkelakuan jika kita menyintai seseorang. suami dan isteri harus menghargai perbezaan antara lelaki dan perempuan. jika perbezaan ini dihargai maka cinta dan kasih sayang akan terus berkembang.

perkara2 kecil ini jika terus kita biarkan tanpa kita selesaikan atau pahami akan menjadi kurap dan kudis yg akhirnya akan membarah dalam rumahtangga kita. kita punya pilihan untuk mencipta syurga atau neraka dalam rumah tangga kita. menahan diri atau yg kita labelkan dgn 'sabar' adalah satu bom jangka yg menunggu masa untuk meledak.

sabar bukan sekadar pasrah menerima. sabar adalah berusaha terus memperbaiki keadaan. ini rumahtangga kita. kita yg bertanggungjawab dan kita jugalah yang akan menghadapinya.biarlah bahtera perkahwinan kita belayar dalam lautan kasih sayang melalui jejak cinta yang abadi.

dengan itu izinkanlah aku mengisahkan panduan yang aku pernah baca dalam satu buku yang aku pernah cadangkan pada korg. buku nih dah lama diterbitkan dan dijual berjuta
naskah. telah membantu jutaan pasangan dalam memperbaiki hubungan mereka. aku citer sikit2 saja.

Men are from Mars, Women are from Venus by Dr Jhon Gray

kalo jumpa buku nih belilah.. sangat baik untuk kita paham akan makna perbezaan. buku aku beli dah pinjamkan ntah pada siapa aku pun lupa, moga jadi manfaat buat kawan aku tuh. dan aku terjumpa balik seminggu lepas dalam edisi baru. jadi ada baik kalo aku kongsi maklumat, yg ringkas2, moga ada manfaat juga buat kita semua. insya-Allah.

Tajuk: Men are from Mars, Women are from Venus
Penulis: John Gray
Terbitan pertama: HarperCollinsPublisher Inc., NY. 1992
Terbitan terbaru: Thorsons, London. 1998




Lelaki dan wanita berasal dari planet yang berbeza..

Man are from Mars

lelaki menghargai kuasa, kemahiran, kecekapan dan keputusan, dan membuat sesuatu untuk membuktikan diri mereka dan meningkatkan kekuasaan dan kemahiran mereka. jati diri seorg lelaki terletak pada kemampuan dirinya untuk mencapai matlamat. ini yg boleh membuat mereka berpuashati dengan diri mereka sendiri. pakaian mereka (contoh: uniform) adalah menunjukkan kemahiran dan kekuasaan. mereka berminat tentang 'benda' dan 'barang'..

lelaki berorientasikan hasil. akan cuba menyelesaikan masalah mereka sendiri dan jarang memperkatakannya kecuali jika mereka memerlukan bantuan pakar. "mengapa perlu
melibatkan org lain jika aku boleh melakukannya sendiri?" berbincang tentang masalah adalah satu jemputan untuk nasihat. lelaki lain akan merasa dihormati jika diberi
peluang untuk menyelesaikan masalah lelaki lain. ini adalah cara lelaki menunjukkan kasih sayang dan memberi pertolongan.

memberi nasihat (yang tidak diminta) kepada lelaki akan memberi gambaran bahawa dia tidak tahu apa yg harus dilakukan atau dia tidak mampu melakukannya sendiri, merasa
org tidak yakin pada dirinya.

Women are from Venus

wanita menghargai kasih sayang, komunikasi, kecantikan dan perhubungan. menyediakan banyak masa untuk saling mendokong, tolong menolong dan nasihat menasihati sesama mereka. jatidiri wanita terletak pada perasaan dan kualiti hubungannya. pakaian mereka menunjukkan perasaan dan emosi mereka. mereka berminat tentang perhubungan dan perasaan. komunikasi adalah penting. berkongsi perasaan peribadi adalah lebih penting daripada mencapai matlamat dan kejayaan. berbincang dan memantapkan hubungan adalah suatu kepuasan.

wanita berorientasikan perhubungan, lebih menumpukan pada meluahkan kebaikan, kasih sayang dan saling mengambil berat. wanita sangat intuitif. mereka merasa bangga jika dapat mengambil berat keperluan dan perasaan org lain. kasih sayang ditunjukkan dengan cara memberi bantuan tanpa diminta. memerlukan pertolongan tidak dianggap lemah dikalangan wanita.

Mrs Home-Improvement

ketika wanita cuba memberi nasihat dan bantuan kepada lelaki, wanita tidak sedar bahawa lelaki menganggap tindakan mereka itu sebagai kritikan dan tidak menunjukkan kasih sayang. lelaki memerlukan kasih sayang dlm bentuk menerima keadaan mereka bukan dengan nasihat dan kritikan.

wanita dianggap cuba mengubah kelakuan lelaki, yg telah melakukan kesilapan, dengan memberi nasihat yg tidak diperlukan oleh lelaki. lelaki menghargai nasihat dan kritikan wanita hanya jika lelaki meminta pendapat. ketika lelaki melakukan kesilapan, mereka lebih memerlukan penerimaan wanita, bukan nasihat, supaya mereka boleh mempelajari sesuatu dari kesilapan tersebut. jika seorg lelaki merasa wanita tidak cuba untuk mengubah dirinya, lelaki akan lebih terbuka pada komen dan nasihat.

Mr Fix-It

biasanya apabila wanita mengadu atau bercerita, wanita hanya mahu berkongsi perasaan mereka, tapi ramai lelaki berfikir mereka boleh membantu, dengan cara memotong cerita wanita, dan memberi nasihat dan bantuan yg dianggap boleh menyelesaikan masalah.

lelaki dianggap cuba untuk mengubah perasaan wanita, yg sedang marah, dengan cara memberi jalan untuk menyelesaikan masalah menyebabkan wanita merasakan lelaki tidak mengerti perasaan mereka. wanita menghargai nasihat lelaki selagi nasihat itu tidak diberikan ketika mereka sedang marah. lelaki harus memahami bahawa ketika wanita sedang marah dan mahu berbincang tentang masalah mereka, bukanlah masa yg baik untuk memberi solusi kepada maslah mereka. mereka mahu didengar dan diberi perhatian, dan kemudian nanti mereka akan berasa lebih baik. wanita tidak mahu dibetulkan.




bila masalah mengundang resah:

:women talks

wanita akan berkumpul dan berbincang secara terbuka tentang masalah mereka. wanita yg sedang tertekan tidak akan terus menumpukan perhatian mereka kepada penyelesaian tetapi lebih tertumpu untuk menenangkan diri mereka dengan cara menjelaskan perasaan mereka dan mahu difahami. untuk melupakan dukacita, wanita biasanya akan melibatkan diri secara emosi dengan masalah org lain.

wanita akan merasa lega jika dapat meluahkan masalah mereka secara terperinci.

:men goes to their cave

lelaki akan menyendiri untuk cuba menyelesaikan masalah mereka sendiri. jika lelaki buntu dlm menyelesaikan masalah mereka, lelaki akan cuba mengalih perhatian mereka dengan melakukan berbagai aktiviti untuk melupakan sementara masalah mereka dan mengurangkan tekanan, kemudian mereka akan cuba menyelesaikan masalah mereka semula.

lelaki akan merasa lega dengan cara membuat rancangan terperinci untuk menyelesaikan masalah.

gua hira
satu bahasa lain makna..

when men goes to cave..

Situasi 1
wanita: ada yg tak kena?
lelaki: semua ok
wanita: saya tau ada yg tak kena. ceritalah.

maksud lelaki:
"abang ok, abang boleh atasi masalah abang. abang tak perlukan bantuan, kalau abang perlu bantuan, abang bagitau"

wanita paham:
"abang tanak kongsi masalah abang dgn awak. awak bukan leh tolong abang pun."

Situasi 2
wanita: ada yg tak kena?
lelaki: takde apa-apa laa..
wanita: saya nak bantu. saya tau ada yg merisaukan abang. ceritalah.

maksud lelaki:
"takde apa yg merisaukan abang. abang boleh atasi masalah nih. jangan tanya lagi ok."

wanita paham:
"abang tak tahu apa yg merisaukan abang. awak kena tanya abang soalan yg tepat untuk tolong supaya abang boleh cari apa masalah yg merisaukan abang."

Situasi 3
wanita: ada yg tak kena?
lelaki: takpa. bukan masalah besar sangat
wanita: tapi itu mengganggu fikiran abang. saya boleh bantu.

maksud lelaki:
"abang boleh selesaikan masalah nih. jangan citer lagi psal nih, nanti abang jadi pening. abang akan bertanggungjawab selesaikan masalah nih. abang pun rasa gembira kalau abang boleh selesaikan masalah nih."

wanita paham:
"awak nih suka besar2kan masalah kecil. takder kena mengena dgn awak. jangan nak menyibuk."


when women talks..

Situasi 1
wanita: kita tak pernah keluar
lelaki: bukankah minggu lepas kita keluar?

maksud wanita:
"saya rasa kita patut keluar berdua. seronok keluar dengan abang. jom kita keluar lagi"

lelaki paham:
"abang nih asik sibuk dengan keje abang jer. abang macam tak suka keluar dengan saya. awak nih dah jadi pemalas, tak romantik dan membosankan."

Situasi 2
wanita: semua org tak pedulikan saya hari nih
lelaki: abang yakin ada org perasan apa yg awak buat

maksud wanita:
"hari nih saya rasa tak dipedulikan. saya tahu ada org perasan tapi diorg tak peduli pun. saya pun sedih abang kebelakangan nih sibuk. saya hargai abang buat yg terbaik
untuk keluarga tapi kadang2 saya rasa saya tak penting lagi buat abang. saya takut kerja abang lebih penting dari saya. boleh tak abang peluk saya dan bagitau betapa istimewanya saya pada abang."

lelaki paham:
"saya tgh sedih. saya tak dapat perhatian yg saya mahukan. semuanya tak berguna. abang pun tak pedulikan saya lagi. abang nih patut malu sebab awak sepatutnya menyayangi saya. saya tak pernah buat camnih kat abang."

Situasi 3
wanita: saya penat hari nih, tak larat nak buat apa pun
lelaki: takkanlah takder org tolong awak

maksud wanita:
"macam2 saya dah buat hari ni, rasa nak rehat sebelum selesaikan kerja lain. bertuah saya ada abang. boleh tak abang peluk saya dan bagitau saya bahawa saya dah buat kerja bagus hari nih dan saya patut berehat."

lelaki paham:
"semua saya dah buat, abang asik duduk saja. abang nih tak nak tolong apa2 langsung. matilah saya kena buat semua. menyesal lah saya kahwin dgn abang."




a loving couple from planet of the apes-interlude-

ini asas perbezaan lelaki dan wanita yg biasa kita nampak.. kita label wanita suka membebel tanpa kita paham mengapa.. dan kita label lelaki ego tanpa kita paham kenapa.. baca perlahan2 dan cuba lihat semula dalam keluarga kita.. sama ada rumahtangga kita.. rumahtangga kawan2.. malah rumahtangga ibu dan bapa kita.. cuba pahami perbezaan ini.. tidak ada yg salah mengenainya melainkan kita salah paham..

untuk lelaki,
cuba jangan bagi pendapat bila wanita tengah meluahkan perasaan mereka.. gigit lidah atau kunci mulut rapat2.. apalagi kalo kita lihat isteri membebelkan anak2.. ajak dia duduk dan suh dia citer kat kita.. kalau perlu, bantu wanita ceritakan dengan terperinci masalah mereka.. berikan perhatian dan biarkan dia luahkan semua apa yg dia nak cakap.. cuba jadi pendengar yg baik dan empati..

adalah sukar wanita memahami jika lelaki dingin dan berdiam diri, kerana wanita merasa dia tidak dipedulikan dan tidak disayangi. perasaan ini akan membuat mereka menjadi semakin tertekan. wanita mahu rasa dibahagiakan, diberi perhatian dan rasa disayangi.

untuk wanita,
cuba biarkan saja bila lelaki kelihatan nak menyendiri.. dia baca buku ker, main internet ker, tengok tv ker.. bagi dia ruang dan masa.. kalau perlu, bila lelaki nampak cam buntu, boleh cerita benda lain yg menyenangkan hati dia tanpa desak dia untuk cerita masalah dia.. alihkan perhatian dia kepada benda lain supaya dia dapat 'rehat' dari maslah dia.

adalah sukar lelaki untuk mendengar dengan baik jika wanita sedang marah dan tidak gembira, kerana lelaki merasa mereka telah gagal. kegagalan menjadikan lelaki merasa tidak berguna. perasaan tidak berguna ini akan membunuh lelaki secara perlahan2. Lelaki akan membuat perubahan jika mereka rasa mereka adalah jalan keluar kepada masalah, bukan sebagai masalah..


perlu difahami bahawa jika pasangan kita dingin terhadap kita, itu bukan kerna mereka tidak mahu menerima nasihat kita, tetapi hanya kerana kesilapan cara dan salah masa. jangan cepat salah paham dan berfikir yg bukan2.

panjang sangat dah nih.. lain kali kita citer pula, mengapa lelaki nih seperti getah gelung dan wanita umpama ombak, perbezaan emosi lelaki dan perempuan, dan rahsia tersembunyi dalam pertengkaran rumahtangga.. insya-Allah..

-pause-

Read On 0 ulasan

Doktor, penggali kubur dan niat jahat?


err.. kerja doktor (n juga bomoh) nih lebih kurang sama dgn tukang buat keranda n nesan (termasuk penggali kubur).. korang baca first line ayat aku mesti marah, especially doktor.. antara sebab ialah menyamakan profesion korg dgn kerja2 tak professional.. bukan itu maksud aku.. dan bukan juga maksud memperkecilkan.. korg sangat penting dlm masyarakat, cuma bagi perumpamaan camtuh supaya org macam aku paham.. bagi techinal jargon kang pening lak nak explain balik..

sambung.. yg sama ialah sebab kerja (upah/untung) bergantung pada berapa banyak org sakit dan org mati.. sebab tuh dlm daulah Islam, kesihatan nih percuma.. doktor dibayar gaji.. kesihatan sepatutnya bukan satu profesion yg membuat keuntungan.. sektor kesihatan sepatutnya menjadi salah satu sektor perkhidmatan percuma yang memberi bantuan kepada setiap org yg memerlukan.. negara sosialis pun implemen cara yg sama..

melencung sket.. nih sama gak dgn pendidikan yg bergantung pada berapa banyak org yg bodoh.. lagi banyak org bodoh lagi ramai laa sekolah dia.. selagi tak pass peksa selagi tuh laa kena bayar yuran pengajian.. sebab tuh dlm sistem Islam pendidikan adalah percuma.. yg kita bagi upah ialah mengikut kadar kemampuan sebagai hadiah kepada guru.. kerna pada guru, mengajarkan ilmu itu sendiri adalah upah yg tidak ternilaikan..

masuk balik citer asal.. makanya setiap dari perbuatan kita itu bergantung pada niat.. contoh kita puasa, tapi tghari tekak haus nampak air bandung, kita niat nak buka posa, ikut imam syafie batal posa kita, kecuali kita cepat2 tukar niat kita nak posa.. nih sama cam kita solat juga.. bila kita rasa bangga solat kita lebih baik dari org depan kita, nih dah kira riak/ujub, habis amal solat kita tuh walaupun kita tak sebut.. cuma terbetik dlm hati saja.. tapi tak sama laa dgn niat nak buat jahat, tapi kita tak buat, maka malaikat tak kira kita buat jahat, tapi masih saja niat itu telah mengotorkan hati kita..

doktor dan guru adalah dua profesion yg mulia.. kerna kedua2nya mengubat.. mengubat jiwa dan raga.. doktor bagi ubat bagi kita jadi sihat supaya kita leh ibadah lebih baik dan menafkahi keluarga kita.. guru bagi kita ilmu jadi pandai supaya ibadah kita lebih baik dan lebih sempurna, dan kita dapat menafkahi keluarga kita dengan sebaik2 nafkah.. sebab itu besar pahala doktor dan guru.. bukan besar pasal sebab dapat selamatkan nyawa supaya org tak mati, itu yg org dok paham skrg.. tapi besar pahala sebab dapat tolong manusia meneruskan ibadah mereka dengan keadaan lebih baik.. kalo tak jadi mati, makna dapat peluang lagi utk ibadah.. cuba bayang camna kita tua2 nak baca Quran kalo doktor tak tolong buang katarak.. camna kita nak solat dan cari nafkah keluarga kalo kita asik dok pitam kat tgh jalan.. dan seribu satu macam penyakit lagi yg Tuhan turunkan kepada manusia sebagai dugaan, cubaan dan kifarah..

bila sentuh bab niat, maka nak kata org jahat ker baik nih, bukan kita manusia yg leh suka2 menghukum dan memfatwa org nih.. ada ulama2 yg wara saja yg leh jatuh hukum dan fatwa.. Tuhan jadikan setiap kejadian di muka bumi ini adalah sebagai panduan pada kita, terpulang pada kita sama ada mahu mengambil kebaikan atau keburukan di dalamnya, ilmu yg terkandung untuk org2 yang mahu mengetahui..

kadang2 kita kata org jahat tapi realitinya lain dari apa yg kita nampak.. so bukan dia yg jahat tapi hati kita yg jahat dok bersangka benda tak baik kat org.. sebab tuh kita kena bersangka baik walaupun benda yg berlaku tuh tak menguntungkan malah merugikan kita.. dan bila kita bersangka tak baik, kita kena tengok dlm diri kita, mungkin hati kita tgh tak baik, sebab tuh kita dok pikir benda tak baik.. maka adalah mungkin lebih baik bersangka tak baik terhadap diri sendiri dan sentiasa bersangka baik pada org lain..

bukankah kita manusia nih dijadikan oleh Tuhan supaya kita 'menyembah' kepada-Nya.. ada yg bagi maksud supaya kita beribadah kepadanya.. semua yg kita buat adalah ibadah.. kalo bukan ibadah jangan buat, sebab perbuatan yg sia2 tuh Nabi saw tak bagi buat.. mula dari kita tidur, mandi, makan, minum, bercakap, kerja.. semua tuh ibadah.. sebab tuh takleh buat benda haram.. sebab kerja haram tuh sia2, bukan ibadah.. ini tujuan penciptaan manusia.. untuk beribadah kepada Tuhan.. sebab tuh kena peksa dan kaji apa yg kita buat tiap hari.. jadi ibadah ke idak.. kalo tak jadi ibadah rugilah kita.. kalo ibadah, sempurna tak ibadah kita, kalo kurang kita perbaikilah, perlahan2.. insya-Allah Tuhan Yang Maha Penyayang akan memudahkan semuanya utk kita..

jadi panjang pulak.. hehe.. wallahualam..
Read On 0 ulasan

Melayu Racism?

m
sejak zaman penjajahan lagi, ekonomi tanah melayu tidak dipegang oleh melayu. penjajah dah pahatkan dalam fikiran melayu bahawa tempat yg paling sesuai utk org melayu ialah bidang pentadbiran. konon mentadbir kuasa memerintah.. dan biar kerja2 lain bangsa pendatang dan penjajah yg buat.. penjajah uruskan (baham) semua hasil tanah melayu dan gunakan bangsa pendatang sebagai pekerja mahir mereka.. melayu takyah buat kerja susah2.. cukup bulan dapat gaji.. buat apa pikir banyak2.. disini titik mula sembab bangsa melayu..

bila merdeka pun, penjajah nih tetap guna bangsa pendatang sebagai proksi mereka dlm berbagai sektor ekonomi.. org melayu yg beratus tahun dah tak buat kerja meniaga (tak ambil tahu), dah hampir tidak ada melayu yang mempunyai kemahiran, tiba2 merasa keperluan untuk turut serta dlm pembangunan ekonomi.. dalam keadaan bertatih2 nih byk melayu cuba berniaga tapi telingkup.. kerna tidak ada kemahiran (kita skrg sebut ilmu) dan juga tiada kepandaian sepertimana bangsa pendatang yg mmg dah mahir dan licik dlm meniaga..

bangunan asal UiTMpemimpin2 melayu cuba nak betulkan keadaan dengan bentuk RIDA (asal MARA) dgn tujuan nak tolong memajukan melayu dlm sektor ekonomi.. apa yg berlaku ialah peruntukan yg diberikan kepada RIDA diberikan kepada org2 melayu yg baru nak meniaga dan tiada ilmu.. peniaga melayu yg sedia wujud tidak diberikan bantuan sepatutnya untuk pengembangan.. dgn alasan bahawa mereka dah kaya dan bantuan hanya untuk org miskin.. akhirnya duit peruntukan habis, matlamat pemimpin melayu tidak tercapai.. ini kita kena belajar..

waktu sekarang nih melayu dah mula ramai dlm perniagaan.. walaupun penglibatan melayu hanya dlm beberapa bidang kecil dlm sektor ekonomi.. tapi kesungguhan generasi yg ada skrg meluaskan penglibatan melayu di berbagai bidang.. kalau dulu kita tak ramai doktor dan peguam melayu, skrg kita leh bangga dengan ramai pakar perubatan melayu malah dengan peguam2 melayu yang berkaliber.. itu semua berlaku kerna berlaku perubahan mentaliti melayu ttg sektor perubatan dan perundangan pada tahun 70an.. ditambah pula dengan peluang dlm melanjutkan pelajaran..

kenapa kita perlu setarakan ekonomi org melayu dengan bangsa pendatang? adakah semata2 kerna kita dengki dan iri hati dengan kekayaan yg mereka perolehi? lebih jauh dari itu, penstabilan ekonomi bermakna kestabilan politik.. bila melayu berada pada tahap ekonomi yg sama dengan bangsa pendatang, maka tanah melayu akan lebih stabil dari segi politik.. kita naik2kan semangat melayu bukan untuk berperang tapi, melangkaui dari dakyah sempit kaum pendatang nih, iaitu supaya tanah melayu terus menerus aman dan makmur..

"survival of the fittest" nih ungkapan kegemaran golongan kapitalis.. dan ungkapan itu digunakan untuk mempertahankan keberadaan mereka.. mereka melaung2kan ini supaya mereka sentiasa diberi peluang untuk meneruskan monopoli mereka.. perang dunia bermula di Poland, kerna org tempatan, malah eropah, tidak berpuashati dengan monopoli kaum yahudi.. kerna itu jerman berdendam nak hapuskan yahudi ketika perang dunia.. tak mustahil ini juga berlaku di tanah melayu jika bangsa pendatang dibiarkan memonopoli ekonomi.. bahangnya dah mula terasa.

dan inilah yg org melayu sendiri takut, terutama pada golongan menengah yg merasakan akan kehilangan semua yang mereka usahakan jika berlaku ketidakstabilan di tanah melayu.. maka kita sangat berhati2 dengan isu yg berbau perkauman.. bila sentuh bangsa pendatang, kita akan dianggap 'racist'.. jika ada yg mempertahankan melayu, kita akan jadi 'ultra melayu'.. sebab tuh bila ada isu yg berbau perkauman dengan cepat pihak berkuasa akan menutup2 cerita tersebut.. untuk kestabilan tanah melayu..

yang mengherankan, bila bangsa pendatang nih pertikai 'hak istimewa org melayu', kita tak kata diorg racist.. kita kata diorg tak paham.. bila bangsa pendatang pertikai DEB, kita tak kata mereka spesis ultra, tapi kita pulak sama2 melayu yang bertekak sama sendiri.. ini realiti melayu..

benarkah org melayu tidak boleh bersaing? benarkah melayu bangsa subsidi? benarkah melayu takkan boleh maju jika kerajaan tak tolong? benarkah byk anak2 melayu yg masuk universiti itu tidak berkualiti? apa yg kita percaya adalah kebenaran untuk diri kita..

aku selalu sangat dengar org melayu tak pandai meniaga dan saling berdengki sesama melayu.. dari satu perspektif ada kebenarannya.. tetapi adakah persepktif ini yg mahu kita tanamkan dlm pemikiran anak2 kita tyg menjadi generasi penerus?

pada pandangan aku berdasarkan pengalaman2 org melayu yg meniaga (aku ada cuba juga tapi byk yg gagal kerna mmg tak cukup ilmu meniaga).. iklim ekonomi tanah melayu nih tak sihat.. peniaga melayu byk ditekan oleh monopoli bangsa pendatang.. byk dah aku jumpa org melayu yg terpaksa kembali makan gaji kerna tidak tahan dipermainkan oleh jaringan ekonomi bangsa pendatang.. hampir mustahil kita nak bersaing dengan mereka.. kalo kita sekadar meniaga kecil2an mmg mereka tolong tetapi jika kita buat komersil besar2an yg boleh membahayakan jaringan mereka, kita akan terpaksa menjadi timun menentang durian.. golek ke kiri luka ke kanan pun luka.. dan mereka kata kita tak boleh bersaing? kalo mereka berani melonggarkan kekangan monopoli mereka, insya-Allah mereka akan tidak sanggup melihat kemunculan ramai jutawan melayu..

rata2 peniaga melayu skrg hanya mempunyai beberapa pilihan untuk meniaga, ambil tender kerajaan yg besar2 tak mampu maka bangsa pendatang dah sapu, maka berebut2lah mengambil tender kerajaan yg kecil2.. itu juga mewujudkan persaingan tak sihat antara melayu sendiri.. ini menyebabkan berlakunya 'survival of the fittest' di antara sesama melayu.. jika tidak terpaksa bergabung dengan bangsa pendatang, yg kebanyakannya melayu hanya dapat merasa kuah sahaja.. tapi demi untuk men'curi' ilmu (kerna bangsa pendatang tak ramai yg betul2 nak ajar melayu) dan menjadikannya sebagai batu loncatan untuk melonjak lebih jauh, terpaksa melayu berpuashati dengan apa yg diberikan kepada mereka.. jika tidak, para peniaga melayu ini harus mengorak langkah menceburi bidang baru yg masih belum dimonopoli oleh bangsa pendatang, dan ini memerlukan kekuatan dan ketabahan..

walaupun begitu, sudah terbit kesedaran di kalangan peniaga melayu, terutama peniaga yang bermodal kecil untuk saling bergabung membentuk satu konsortium yg lebih kuat.. bangsa pendatang dah guna lama dah cara nih.. bergabung bersama menanam modal, dan bantu ahli yg perlu bantuan.. ini pendekatan yg sedang kita kempenkan sesama melayu.. jika tidak sesuai dgn gabungan yg dah ada, buatlah gabungan baru yg lain.. biar lebih banyak gabungan2 melayu ini terbentuk.. hingga nanti akhirnya semua gabungan2 melayu ini bergabung membentuk satu jaringan ekonomi melayu yg lebih kuat dan mantap..

gabungan melayu yg dianjurkan ini bukanlah satu bentuk berpersatuan sepertimana dulu sibuk org melayu dgn koperasi.. koperasi yg dibentuk byk yg terlalu 'gomen-oriented' dan terlalu dipolitikkan.. byk yg statik dan tidak dapat mencapai matlamat yg disasarkan.. kita harus belajar dari kesilapan ini dalam membentuk gabungan melayu.. mulakan dengan org2 yg dekat dgn kita.. kawan2, adik-beradik, saudara-mara.. dan seterusnya kita bentuk jaringan dgn kumpulan2 kecil yg lain.. kita cuba berniaga sesama kita.. jika ada kawan yg perlukan sesuatu, kita cipta perniagaan baru yg boleh membantu kawan2 kita tersebut..

contoh mudah, ramai kawan2 kita meniaga goreng pisang.. pisang nak murah beli kat pasar borong.. pasar borong yg jadi pemborong bangsa pendatang, padahal pemborong beli kat petani melayu.. bila kita lihat ramai kawan2 yg meniaga goreng pisang dan punya kilang kerepek nih merungut ttg harga pisang, kita kumpul 2-3 org kawan2 kita dan buat persefahaman dengan diorg untuk membekalkan pisang pada mereka.. kalo kita tak leh tanam, kita jadi pemborong kecil2an.. untung kecil lah tapi kita dah bentuk jaringan ekonomi melayu..

zaman berzaman dah tertulis ntah berapa byk kali dlm sejarah, melayu hanya boleh maju jika bersatu.. dah tertulis dlm sejarah, byk kerajaan melayu lama jatuh kerana perpecahan rakyatnya kerna kelemahan raja2 melayu yg tidak mahu berpegang pada adat melayu.. hanya melayu yg boleh jatuhkan melayu.. portugis serang melaka berkali2 tak menang.. tiba2 dibuktikan dlm sejarah bahawa ketika portugis melanggar melaka, ada armada laut melayu berlabuh.. itu sejarah yg kita kena jadikan tauladan dan sempadan.. malayan union buat melayu bangkit untuk mempertahankan raja2 melayu.. 13 mei 1969 tiba2 bersatu dlm politik.. selama ini kita hanya bersatu bila kita terpaksa.. dah terhantuk baru nak tengadah.. sebab tuh skrg nih kita kena hantuk2kan melayu supaya tengadah sebelum terlambat.. nasi jadi bubur tak guna nak mengeluh.. nanti terpaksalah pula anak cucu kita makan bubur saja..

blending the masjid and the twin tower
dalam setandan pisang pasti ada yg busuk.. tapi janganlah kerna yg busuk ini kita persalahkan seluruh bangsa melayu.. jika dikeliling kita semuanya hanya ada melayu yg dah tak melayu.. kita kena bakar semangat melayu.. kita nih org melayu.. bukan kita nak perkecilkan bangsa lain, tapi bangsa melayu yg kita cerita nih berada di tanah melayu.. bukan melayu pulau seychelles dan bukan melayu cape town.. kita nih melayu di tanah melayu.. tanah org melayu.. tanah tumpah darah datuk moyang kita.. kalau kita tak pertahankan, tak mustahil kita akan terus merempat di tanah sendiri.. jadikan melayu singapura sebagai tauladan.. itukah melayu yg mahu kita wujudkan di tanah melayu?

kalau generasi kita tak bentuk jaringan ekonomi melayu dan tak tanamkan mentaliti melayu dlm anak2 kita dan generasi dibawah kita, maka tanggungjawab siapa lagi? kita tak boleh jadi generasi sebelum kita yg mengharapkan kerajaan melakukan tanggungjawab tersebut.. kalau melayu tak ingatkan melayu.. tak cuba bentuk melayu.. bangsa pendtang takkan buat benda nih.. kita tak boleh berputus asa dengan bangsa kita sendiri.. dan kalau kerna kasih sayang aku pada bangsa melayu maka aku dikatakan perkauman.. so be it.. i'm a racist then..

aku tulis nih bukan kerna aku benci pada bangsa pendatang... pada aku melayu adalah satu kesatuan ummah dalam agama Islam, seperti mana amerika merupakan satu kesatuan bangsa dalam sebuah ideologi.. sebab itu melayu itu mempunyai berbagai rupa.. arab, eropah, cina, india, dsb.. sebab semua bangsa yg cintakan perdamaian dan menjunjung Islam itu adalah melayu..

Read On 0 ulasan

nasihat itu ilmu


[quote="cloaked_reza"]
Why judge me? Aku adalah aku, dengan cara aku. Aku bukan alim. Aku bukan ustaz. Aku tidak seperti korang. Kenapa mesti aku jadi macam korang???

Kenapa mesti pendapat aku sama macam korang? Kenapa mesti aku cakap dan mengiyakan sahaja?

Kenapa? Sapa rasa macam ni? Tension bile ada pak2 alim ni dok suruh kita ikut jln dia. Kalau tak ikut, aku dikata macam2. Rosak akhlak la, apa la. Aku blaja tinggi woi!!


satu, kita kena tahu dan kenal sapa diri kita.. asas kena kuat..
dua, jgn tutup diri kita drpd terima pendapat orang.. walaupun pelik..

Tuhan jadikan manusia berbeza2.. beza rupa, beza suara, beza bau, beza akal, beza hati, dan segala macam perbezaan lagi.. tapi Tuhan turunkan nabi supaya kita bersatu atas asas yang sama.. Islam..

pernah dengar tak.. kawan yang terbaik adalah musuh kita.. kerna kita akan sering dikritik (nasihat) dan dicerca (cabaran) oleh musuh kita.. hanya musuh yg berani mengatakan sesuatu yg tidak baik ttg diri kita..



selalu kita cerita ttg adab org beri nasihat.. mungkin sekali sekala kita kena bincangkan juga ttg adab menerima nasihat.. aku cuba istiqamah benda nih.. jumpa org yg aku rasa lebih berilmu dari aku, aku akan minta nasihat dari dia.. apa2 saja yg dia nak nasihat aku.. kena atau tidak tak penting.. yg penting aku dengar org nasihat aku..

ini adalah antara proses yg aku cuba lakukan untuk lembutkan hati aku.. aku pernah skeptikal dengan org berserban dan berjubah nih.. dan mmg aku tak nafikan banyak yg mengotorkan Islam dengan serban mereka.. tapi aku cuba untuk memahami mereka.. cuba mengkaji cara mereka berfikir.. cuba melihat dari perspektif mereka.. tak jarang ada kebenarannya..

kita suka melihat sesuatu hanya dari perspektif kita dan tidak menerima sesuatu yg berbeza daripada apa yg kita telah fahami.. ini 'comfort zone' kita.. kita tanak berubah dan kita tak akan.. lama kelamaan hati kita jadi keras.. taklid kita jadi terlalu jumud.. sedang al-Quran diterjemahkan dalam berbagai bahasa dan berbagai budaya.. tapi kita hanya merasakan dunia yg benar itu hanya dunia kita..

sejauh mana pun kita menuntut ilmu, hanyalah umpama setitis air di lautan.. dan org yg menuntut ilmu ini akan sentiasa haus, bagai menelan air laut juga.. makin banyak kita minum air laut, bertambah dahagalah kita.. itulah perumpamaannya..

maka dengan itu tiadalah sempadan akan ilmu itu.. dan menginsafi akan luasnya ilmu mengapa kita sentiasa merasa apa yg kita tahu itu sudah segala2nya? rugilah kita jika kita jadi statik.. bodohlah kita jika kita berhenti dari menimba ilmu.. sia-sialah ilmu kita jika kita gunakan hanya untuk berbangga2..

nasihat tuh ilmu.. kalo kita tatau guna pun jangan buang.. kita simpan.. Tuhan tak jadikan sesuatu itu sampai kepengetahuan kita dengan sia2.. rugilah kalo kita buang macam tuh saja.. kita kena kaji dan canai.. mungkin saja ada sesuatu yg kita terlupa.. dan dengan cara penyampaian nasihat itu Tuhan sedang mengingatkan kita.. subhanallah.. Tuhan punya cara yang unik untuk menyentuh hati kita..
Read On 1 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008