satu23 wrote:
saya? sblm kawin tahu gaji somi kecik tp tak fikir sume tu. skrg bila keadaan dah tak terkawal sampaikan saya sendiri minta somi cucukkan atm saya, saya dah rasa menyesal. bukan nyesal kawin ngan dia tp nyesal sbb terlalu 'open' dgn somi. senang citer skrg saya dlm keadaan tertekan. rasa bodoh sanggup buat loan utk top up utang cc somi semata-mata nak ringankan rasa tertekan dlm diri.
alhamdulillah baru-baru ni dengar ceramah kat tv psl hak-hak isteri yg menyatakan duit gaji isteri adalah hak isteri. so tak salah kalau saya nak rahsiakan gaji+bonus atau apa-apa sumber pendapatan lain dan kemana hala tuju gaji saya tu. selama ni saya bodoh sampaikan nak beli barang sendiri/anak pun minta kebenaran dia walhal pakai gaji saya.
sebenarnya ade sikit rasa sedih sbb somi tak mampu menjalankan tanggungjawab yg sewajarnya tapi saya ikhlas membantu dia cuma saya masih mengharap suatu hari nanti dia sedar akan erti pengorbanan & balas balik dgn cara yg dia mampu
haha! aku rasa kelakar bila ko kata ko rasa bodoh dan menyesal buat semua pengorbanan pada suami ko.. padahal apa yg ko buat tuh adalah oerkara yg benar, hatta meminta kebenaran suami utk menggunakan duit gaji ko.. itulah cara yang sebenarnya.. kerna walaupun gaji isteri itu hak isteri tetapi memberi kebenaran utk isteri keluar bekerja itu adalah hak suami.. kena paham betul2 konteks nih.. jgn mudah terpedaya dgn dakyah emansipasi wanita yg digemburkan2 oleh para kafirun..
baiklah.. aku cuit sket laa psal duit dan pompuan nih.. secara sedar atau tidak, duit nih mempunya kesan kekuasaan pada sesiapa saja, hatta antara suami dan isteri dlm sebuah rumahtangga.. sesiapa yg merasakan bahawa dia mempunyai kekuatan dlm bentuk material dlm menyediakan keperluan rumahtangga akan berasa mempunya kekuasaan dlm membuat keputusan yg besar dan merasa perlu lebih dihormati dan dilebihkan..
telah sering digambarkan di tv, ttg bagaimana seorg isteri kepada seorg yg kaya tidak akan dapat berkata banyak jika suaminya mahu berkahwin lagi.. this is the power of money.. semua berpendapat bahawa dengan kekayaan, suami mampu berlaku adil.. how true is the truth? hatta kebanyakan wanita, yg dicukupkan keperluannya oleh suami, malah memerlukan kebenaran suami (indirectly) untuk berasa sedih dan marah..
isteri mempunyai gaji yg lebih dari suami merupakan fenomena yg agak baru dlm masyarakat kita.. maka masyarakat masih lagi mempelajari apa yg sepatutnya berlaku dlm ikatan begitu.. berbanding dengan masyarakat barat, yg mana situasi ini adalah fenomena biasa.. malah lelaki menjadi surirumah sepenuh masa juga bukanlah sesuatu yg aneh di barat..
kita masih berlegar2 seputar kekeliruan dan adaptasi berhubung dgn konsep baru, pandangan budaya dan ikutan agama.. agama meletakkan hak pada tempatnya.. budaya menjunjung keperibadian manusia di tempat yg sewajarnya.. manakala konsep2 baru banyak mencuit permasalahan hak keadilan dan logika hidup terkini..
apa pun.. pilihan adalah di tangan kita sendiri.. dlm rumahtangga ada hak dan tanggungjawab.. menuntut hak harus berpandukan kepada betapa kesempurnaan tanggungjawab yg telah kita lakukan.. lebih banyak dialog, tolak ansur dan eksperimentasi harus dilakukan..
suami 'dayus', isteri 'queen control'.. ini label masyarakat yg banyak dari kita cuba elakkan tetapi malangnya kita mudah sering jatuh ke dlm definisi tersebut..
rumahtangga adalah satu platform untuk manusia saling mencurahkan kasih sayang dan membina hubungan yg lebih intim dan mantap.. perlu kita kaji semula akan sebab asal mengapa kita berkahwin.. melihat semula awal mula bibit cinta membolehkan kita mengkaji semula akan hala tuju kita sekarang..
kita sering merasakan spouse kita tidak menjalankan tanggungjawab sepertimana yg kita nak.. pls bare in mind that our spouse also feel the same.. kita sering merasakan bahawa kita lebih banyak berkorban dan sering terkorban.. pls remember that our spouse also feel the same.. apa saja keburukan yg kita pikirkan tentang spouse kita, dia juga mempunyai fikiran yg sama, walaupun sedikit.. rasa tidak puashati ini merupakan penyakit yg sangat bahaya, umpama bom jangka yg menunggu masa untuk meledak..
kalo aku boleh bagi pendapat, dlm rumahtangga, sebelum kita mengkaji akan hak kita, ada baiknya kita mengkaji semula akan tanggungjawab kita.. byk dari kita terlalu meminta2 hak kita hingga kita lupa tanggungjawab kita yg sebenarnya belum terlaksana.. ingatlah bahawa lelaki harus berbuat baik pada isterinya, dan wanita harus membahagiakan suaminya.. adakah pasangan kita telah merasakan kebaikan dan kebahagiaan yg kita berikan?
Post a Comment