elegi buat si comel yang malang


si comel Nurinhari nih genap sepuluh hari kepergian allahyarhamah Nurin Jazlin Jazimin. seorang kanak2 darjah dua yg keluar dari rumahnya di seksyen 1, wangsa maju untuk ke pasar malam pada malam 20 Ogos 2007 dan hanya kembali semula ke pangkuan keluarganya pada 17 September 2007 di dalam sebuah bag sukan berjenama diadora di tepi tangga sebuah syarikat perunding penerbitan buku di taman petaling utama, petaling jaya, dalam keadaan yang sangat menyayat hati..

nurinjazlin.blogspot.com
si comel yang malang

"She is believed to have been brutally murdered 24 hours before her body was found under the stairs of a three-storey shophouse. A post-mortem revealed the murderer had inserted a cucumber and a brinjal in her private parts, forcing the rupture of her rectum and infected with bacteria, resulting in her gruesome death."

ini bukanlah kali pertama kita mendengar kisah kehilangan anak kecil di negara yg kita anggap aman ini. sehingga julai tahun ini, kira2 34 kes kehilangan (kanak2 dibawah 9 tahun) telah dilaporkan kepada pihak polis, 16 org kanak2 lelaki dan 18 org kanak2 perempuan. setakat ini 6 kanak2 lelaki dan 12 kanak2 perempuan telah berjaya ditemukan oleh pihak polis, bermakna ada 16 keluarga yang masih menunggu2 berita tentang anak mereka yg tak kunjung tiba.

wajah ceria Nazrin setelah ditemukan semula dengan bapanyabukan setiap keluarga bakal menerima berita gembira seperti yg diterima oleh keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali, berumur 5 tahun, yang hilang pada awal april 2007, dari kawalan ibu bapanya ketika membeli-belah di pasaraya sogo di jalan tuanku abdul rahman, selama 15 hari, yg ditemukan, dipelihara dan akhirnya dikembalikan oleh pasangan myanmar setelah mengenali wajahnya dari risalah yang disebarkan.

atau berjaya menemukan anak mereka walaupun dalam keadaan yang menyedihkan, seperti Suci Rahmadhani Usman, berumur 5 tahun, yang masih trauma, diperdayakan dan diculik dari depan kedai di jalan raja bot pada awal Julai 2007, oleh seorg penjahat seksual yang meminta pertolongannya untuk mencari kucing yg hilang.

penjahat yg dikenali sebagai 'perogol kg baru' itu juga sebelumnya telah memperdaya seorg kanak2 perempuan berumur 6 tahun dengan menggunakan modus operandi yg sama. tidakkah ngeri kita apabila mengetahui bahawa kanak2 ini diculik dari kawasan tadika, dan dijumpai 6 jam kemudian kira2 200m dari kawasan tadika tersebut. apalagi trauma yg terpaksa ditanggung oleh kanak2 tersebut sepanjang hayatnya akibat daripada penyiksaan yg diterimanya.

ah ying yang malangbagaimana pula perasaan ibu kepada Shearwey Ooi Ying Ying, berumur 4 tahun, yg hilang sekitar julai 2007, ditemui dalam keadaan telah dibakar dan tubuhnya ditemui di empat tempat berbeza - di kawasan perkuburan, sungai, kwsn buangan di kawasan apartment di paya terubong, dan sebahagian lagi tubuhnya di sebuah sungai di jalan air itam.

dari kiri: Ang May Hong, Nurshuhada, Nurul Hudabegitu pula, tragedi yg menimpa Nurshuhada Burak, berumur 6 tahun, yg hilang ketika dalam perjalanan menuju ke kedai runcit sekitar oktober 2000, dirogol, dicekik dan dibunuh, dan mayatnya dijumpai di tangki air di atas bangunan 3 tingkat di selayang baru.

belum juga kita lupa Ang May Hong, yang hilang pada 12 april 1987, yang ditemui mayatnya oleh bapanya di sebuah rumah tinggal di jalan tun razak, 70 meter dari rumahnya, tiga jam selepas kehilangannya ketika dia membeli sarapan bersama adik lelakinya yg berumur 11 tahun. bagaimanakah keluarga itu dapat menghadapi takdir menemui mayat mangsa tersebut yg ditemui mati dengan kayu sepanjang 1 meter dengan hujungnya berpaku tiga tertusuk di kemaluan kanak2 tersebut, merobek pundi kencing, perut dan jantung, ditambah pula seutas wayar menjerut lehernya.

betapa kejamnya perlakuan terhadap Nurul Huda Abdul Ghani, berumur 10 tahun, yg dirogol bergilir2 secara berkumpulan, disodomi, dipukul dan dijerut hingga mati. mayatnya dijumpai di dalam tandas pondok pengawal sub-stesen TNB, tidak pulang2 setelah pergi ke kedai runcit.

semua kisah di atas hanyalah sebahagian dari kisah keganasan dan kekejaman yang berlaku di negara yg kita anggap aman, yg sudah mulai kita anggap sebagai bahaya dan mengerikan. kedai runcit, tadika, pasaraya tidak lagi merupakan tempat yg selamat untuk anak2 kita.

34 kes dalam masa 7 bulan, bermakna purata hampir 5 orang kanak2 hilang setiap bulan, memberi gambaran hampir setiap minggu ada kanak2 berumur bawah 9 tahun hilang sepanjang 7 bulan lalu. suatu statistik yang sangat mengerikan setiap ibubapa.

dalam kekalutan dan kesibukan kita menafkahi keluarga, apalagi ibu dan bapa bekerja, kepada siapakah kita mahu mengandalkan keselamatan keluarga kita? apakah yg boleh kita perbuat? kehidupan anak2 zaman moden yg semakin terkurung, ini akan mewujudkan satu generasi yg sangat berbeza dari generasi kita yang hidup di persekitaran aman dan tenteram. benarkah aman dan tenteram itu sudah tiada lagi? ini realiti yg harus kita hadapi dan tanggungjawab kita sebagai ibubapa adalah sungguh lebih berat lagi..

About this entry

  1. Anonymous said...

    We utilize the administrations of well-prepared drivers who have wellbeing accreditation from the Dubai district and our Freezer vans are appropriately cleaned. Refrigerated truck rental

  2. Anonymous said...

    An outside gathering can give records, for example, alignment endorsement, a client request, or a support report. Assurance and controlling of applicable records are requested. The outside cause archives for your QMS may incorporate coordinations particulars, item details, enactment, material security information sheets, stage rules, licenses, benchmarks, and work guidelines. You can contact an expert ISO advisor to look for help in recognizing an outer report.
    https://iso45001.sa.com/

  3. Drive Cool Transport is one of the eminent organizations that are engaged in offering excellent quality chiller van rental Dubai (1 ton) at the best market available rents. Our chiller vans are best suitable for those who need temperatures from +5 C° to +10 C°.

    We have well-maintained and well-equipped chiller vans that are fitted with the best professional drivers, hygienic standards, and refrigeration units.

    Our refrigeration unit has a high power supply and excellent operating temperature. With the help of battery power, the products remain refrigerated during transit as well.

    Call us at +971 52 336 9939 and discuss your requirements!

  4. We provide chiller and Freezer delivery van for rent in Dubai UAE. We provide our customers / clients chiller and freezer delivery vans with drivers or without drivers as per demand for rent on daily, weekly or monthly basis. For details visit our website https://vanchiller.com/.

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008