tiada paksaan dalam agama?


The dashing Abdülmecit Efendi, pictured here in his library, was the last member of the Ottoman dynasty to hold court on the Bosphorus. Cultured, enlightened and with a passion for painting, he was cousin of the last Sultan and spent two years as Caliph. But in 1924, the caliphate was abolished and Abdülmecit left the city his family had captured five centuries earlier for exile in France. His paintings, abandoned in the very studio of his house on Çamlõca Hill where he had created them, are a remarkable pictorial legacy of the last days of empire. By Philip Mansel. Photographs of the Caliph's palace on Camlica Hill by Fritz von der Schulenburg
sekali lagi seseorg menggunakan argumentasi nas "tiada paksaan dalam agama" untuk mempertahankan pendapat klisenya.. aku merasa terganggu dengan pernyataan sebegitu.. hairan bila mengetahui masih ada lagi muslim yang mahu melihat kebaikan dalam Islam dari perspektif orientalis dan munafik agama..walaupun begitu, aku dapat memahami mengapa mereka mahu melihat dari perspektif itu..

kita hidup dlm zaman keliru.. hingga kita sendiri tak pasti adakah Islam yg kita amalkan ini benar2 Islam.. tapi jarang sekali kita cuba mencari untuk memperkukuhkan keimanan kita.. di zaman ini kita sering dimomokkan dengan istilah2 seperti demokrasi, hak kebebasan, hak asasi manusia, kebebasan bersuara, hak memilih, dan berbagai2 lagi hak yang menuntut kepada yg kononya bersifat kemanusiaan.. kerna ideologi2 moden ini kita jadi keliru tentang Islam.. sedangkan dalam Islam sudah terang dan lengkap..

citer psal Islam pulak, kita jadi keliru juga, Islam yg mana? macam2 jenama.. liberal, moderate, ekstrimis, hadhari, salaf.. bukan sekadar sunni dan syiah, malah sunni bermazhab 4 yg besar.. campur pula dgn berbagai2 aliran tasauf dengan aurad yg tersendiri.. pada pendapat aku semuanya Islam.. dan kerna Islam syumul dan mudah, maka kita punya pilihan utk ikut yg mana berdasarkan akal dan ilmu yg kita ada.. insya-Allah Tuhan permudahkan dan beri petunjuk.. yg hak tetap mutlak dan yg batil tetapkan kelihatan..

kekeliruan ini ditambah pula dengan wujudnya individu dan kumpulan yg mempunyai matlamat tersirat.. memperalatkan institusi agama sebagai jalan mudah untuk mendapat sokongan.. setiap agenda disinonimkan dengan Islam dan dilabelkan dengan berbagai2 istilah berbau arab.. hingga ada perlakuan antara mereka ini tidak Islam sama sekali tapi telah memburukkan nama Islam hingga secara tidak sedar membuatkan ramai mulai menjauhi Islam kerna tindakan mereka yg menyebabkan kekeliruan ini..

kembali pada kisah asal kita, "tiada paksaan dalam agama".. ayat yg lebih tepat ialah "tiada paksaan dalam beragama"..akan maksud asalnya ialah tiada paksaan untuk memilih agama Islam bagi org2 yg baru mengenali Islam..

dalam sejarah telah dikisahkan tentang bagaimana para sahabat memperluaskan pengaruh Islam, kebanyakannya dengan peperangan.. ini yg sering ditonjolkan terutama oleh pihak kafirun.. berkisah tentang perang bukanlah untuk berbangga2 dengan kemenangan tapi supaya kita sentiasa bersemangat dalam mempertahankan Islam.. kegagahan para syuhada bukan terletak kepada berapa ramai kafirin yg mereka bunuh, tetapi atas betapa tinggi dan kuatnya iman mereka hingga sanggup menggadaikan nyawa untuk Islam..

hanya saja yg ramai antara kita tak perasan ialah semasa pengluasan empayar Islam, tidaklah tentera Islam langsung datang melanggar dan menghancurkan setiap negara, melainkan telah berdakwah terlebih dahulu, menyeru agar memeluk agama Islam.. setiap negara diberikan pilihan sama ada memeluk agama Islam, tetap dengan agama mereka tetapi tunduk kepada kerajaan Islam atau memilih untuk memerangi Islam.. bukan dengan paksaan tapi dengan pilihan..

argumentasi yg paling klise ialah tentang aurat wanita.. wanita tak perlu dipaksa untuk bertudung.. seterusnya, kita tak boleh memaksa wanita untuk berpakaian cantik dan sedikit mengghairahkan.. terakhirnya nanti kita tak boleh memaksa wanita untuk tidak berpakaian.. hak asasi manusia.. kebebasan memilih.. bullshit!

adakah Quran dan hadis Nabi saw hanya boleh dipakai dizaman Nabi saw dan para sahabat saja? atau hanya sesuai di negara arab saja? adalah benar Quran dan hadis perlu ditafsir mengikut zaman malah juga mengikut budaya..


contoh yg paling mudah Nabi saw melakukan perjalanan dengan menaiki unta, maka adakah lebih afdhal kita semua naik unta? kita tafsirkan mengikut zaman, Nabi saw menggunakan unta kerana ia adalah tunggangan terbaik di zaman itu, maka kita juga harus menggunakan tunggangan terbaik di zaman kita.. Nabi saw memakai jubah, kerana jubah adalah pakaian seharian bangsa arab, yg paling biasa dilihat dan dipakai, tidak menunjukkan sesuatu yg berlebih2an.. maka seharusnya begitu juga kita berpakaian..

hukum dlm Islam adalah yg terbaik.. kita merasa terkongkong kerana nafsu kita tidak mahu kita mengikut sesuatu yg baik, nafsu hanya mendorong kepada sesuatu yg menyeronokkan.. umpama rasa gatal.. gatal itu berasal dari saraf sakit.. menandakan sesuatu yg mungkin dapat membahayakan.. tetapi ada pula yg tidak mahu mengubatinya kerna keseronokan menggaru.. ini yg harus kita insafi..

bila kita dituntut untuk mengikuti suatu cara yg menghalang kita daripada melakukan kebiasaan kita, tindakbalas pertama ialah kita menolaknya.. kerna kita sedang berada dalam zon selesa dalam hidup kita.. kita tidak mahu berubah.. walaupun perubahan itu perlu..ini kita kena tanya diri kita sendiri.. adakah kita menolak kerana ia tidak baik atau kerna kita sendiri yg tidak mahu berubah ke arah kebaikan..

argumentasi yg lebih besar.. mengapa penganut agama lain boleh meninggalkan agama mereka dan memeluk Islam tetapi seorg muslim tidak boleh murtad, malah menghukum bunuh seorg yg murtad? bukankah tiada paksaan dalam beragama?

mengapa org beragama? kerana mereka mahu memahami diri dan kehidupan.. kerana mereka mahu mencari kebenaran.. ini pencarian terbesar manusia.. maka kebenaran yg hakiki adalah Islam.. jika mereka mahu hidup dalam kehidupan yg benar maka mereka akan menemukan Islam dalam perjalanan mereka..

bagi org yg tidak mengenal Islam, mereka umpama org yg berada dalam kegelapan.. setiap titik cahaya yg mereka nampak akan dianggap sebagai jalan keluar.. namun cahaya yg manakah yg harus mereka ikut?

disini tempat letaknya perkataan "tiada paksaan dalam bergama".. jika kita tidak tahu cahaya yg mana yg akan menuntun kita keluar ke jalan yg cerah, kita boleh memilih.. jika cahaya itu nanti kita kenal hanya dari sebuah mentol, maka kita akan mencari lagi.. mengkaji cahaya yg lain.. hingga akhirnya kita menemukan cahaya yg menuntun kita melalui satu jalan keluar yg lurus dari kegelapan menuju pencerahan yg abadi.. ini Islam..

maka apabila kita sudah menemukan jalan keluar, mengapakah kita mahu berpatah balik dan mengikut cahaya2 yg lain yg sudah kita pastikan hanya sebuah tipuan? mengapa kita mahu tinggal dalam kegelapan sedangkan jalan keluar sudah kita temui?

bagi mereka2 yg memilih untuk tinggal dalam kegelapan malah menggesa org lain ikut serta tinggal dalam kegelapan merupakan satu perbuatan bodoh dan membodohkan..in my perspective, this kind of people doesn't deserve the truth, in fact they don't even deserve life itself.. they betrayed their own selves.. sebab itu sangat wajar dihukum bunuh..

mungkin kedengaran brutal atau sadis.. tapi apakah hukuman yg lebih wajar untk sesorang yg mendustai kebenaran? adakah kita menghargai dan menyanjung tinggi seseorg yg berbohong atau menipu kita?

walaupun begitu, tidaklah semudah itu untuk terus menghukum bunuh seorg yg murtad.. ada proses dalam Islam untuk setiap pengadilan.. hukuman dlm Islam bukanlah sekadar memuaskan kemarahan tetapi berbentuk pengajaran dan keadilan..

sebagai muslim dan mukmin, kita harus menginsafi tanggungjawab dan peranan kita masing2.. ini penting.. by understanding our responsibility, function and purpose, we will feel more alive and satisfying..

sungguh tiada paksaan dalam beragama.. kerna itu Tuhan mengurniakan kita dengan kelebihan akal supaya kita boleh memilih apa yg kita mahukan, syurga atau neraka.. begitulah Maha Bijaksana Allah swt.. maka terpulanglah pada kita untuk menggunakan akal yg dikurniakan-Nya.. namun janganlah pula kita mendustai kebenaran setelah kita menemukannya..

wallahualam..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008