Pendapat joko kelono dibawah perbincangan "Pemindahan Organ Satu Dilema"
Fatwa jelas mengharuskan derma organ waima kepada bukan Islam...
Persoalannya, jika selama ini anggota tubuh kita yg dianugerahkan drpd Ilahi kita jaga drpd terkena benda yg haram, makan kita jaga tp skg ni kita diminta utk menderma organ kita utk membantu org lain yg mybe engkar dgn Allah utk meneruskan hidup..
Mybe org yg kita dermakan organ nie mkn x kira halal & haram dan adakah ia akan mnyusahkan kita di "sana" nanti...
setahu saya "Anugerah Allah itu Wajib kita Jaga menurut Kehendak Nya"
tubuh badan kita nih hanya pinjaman.. pinjaman ketika kita hidup.. bila ruh bercerai dengan jasad, bukanlah lagi jasad itu kepunyaan kita.. menjaga kesucian tubuh dari perkara haram dam maksiat adalah satu bentuk penjagaan ruh.. asal jasad kita dari tanah maka kembali jualah kepada tanah.. hanya ruh yg akan dihisab dan dipertanggungjawabkan kepada jasad yg digunakannya..
akan seperti sedekahlah, walau niat kita baik, belum tentu yg menerima akan menggunakannya ke jalan yg baik, dan itu bukanlah dibawah kekuasaan kita melainkan ketentuan takdir Allah swt.. begitulah halnya dengan mendermakan organ tubuh setelah kita mati, maka terpulanglah pada takdir Allah swt untuk menentukannya..
hanya moga2 organ tubuh yg kita pelihara dengan baik dari segala bentuk benda haram, membawa kebaikan kepada penerima.. jika kafir menerima maka moga2 kesucian organ tersebut memberi kebaikan padanya, seterusnya menjadi suatu sebab untuk Allah swt memberikan sinar Islam padanya.. insya-Allah..
melihat akan maksud 'korban' yg kita lakukan setiap kali aidiladha, maka adakah 'mengorbankan' organ yg sudah tidak kita perlukan untuk kesihatan dan kekuatan org lain, tidakkah ia merupakan 'korban' yg dimuliakan oleh Allah swt? terhapuskah kemungkinan dengan 'menyedekahkan' organ tubuh yg tidak kita perlukan, dapat membuat manusia lain beribadah dengan lebih baik kepada Allah swt, atau sekurang2nya menjadi sebab terbuka hatinya kepada keagungan Allah swt?
setiap perkara yg kita lakukan bergantung pada niat.. Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani.. benarkah Allah swt akan menghukum kita ke atas sesuatu yg tidak kita lakukan? sesungguhnya apabila kita mati maka yg tertinggal buat kita adalah ilmu yg kita ajarkan, anak yg soleh dan harta yg kita belanjakan.. bukan ilmu yg kita simpan, bukan anak yg derhaka dan bila kita wakafkan harta kita, maka wakaf itu disalahgunakan, adakah kita juga dipertanggungjawabkan?
kita lihat pula dari segi praktikalnya.. bilamana kita begitu meresahkan andainya organ yg kita jaga dari segala benda haram, dan digunapakai pula oleh org yang tidak menjaga halal-haram, terutama oleh org kafir.. maka kalo nanti tersentuh akan haram ke atas organ kita..
tapi adakah kita meresahkan perkara yg sama bilamana kita memerlukan organ org lain, adakah kita akan menyelidiki latar belakang penderma tersebut? atau kita akan dengan mudah mengambil ijtihad darurat? maka hiduplah kita nanti dengan jantung atau hati yg telah tertempel titik haram, maka itu tidaklah kita pandang lebih berat dari menjalani kesakitan yg panjag dan menerima kematian..
kita nih berpilih2 tentang suatu isu.. kita nih mementingkan diri sendiri.. kita nih tak peduli selagi sesuatu perkara tidak menimpa diri kita.. bukan sekadar derma organ malah derma darah sekalipun kita tidak ambil berat.. kita mengharap org lain untuk menderma dan bukan diri kita.. kita mencari2 mudah dan bijak menghadirkan alasan.. inikah ajaran Islam yg kita fahami?
dalam kesempatan ini, tidaklah aku memaksa untuk mendaftar diri untuk menderma organ.. cukup bagiku kalau ada antara kita mulai bertukar2 pandangan dengan keluarga dan saudara-mara kita tentang perkara ini.. memberi kefahaman dan memengertikan kepentingan dari hal ini.. memang hari ini bukan hari kita, tapi tidak mustahil esok lusa adalah hari org2 yg kita sayangi.. di waktu itu dimanakah posisi pendirian kita? fikir2kanlah..
wallahualam..
Untuk maklumat yang lebih terperinci boleh menghubungi Pusat Sumber Transplan Nasional (National Transplant Resource Centre), di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui nombor telefon berikut:
Pusat Sumber Transplan Nasional, Hosp. Kuala Lumpur
03-26942704/2705
Pusat Sumber Perdermaan Organ, Hosp. Ipoh
05-5222324/2533333 ext 2324
Pusat Sumber Transplan, Hosp. P. Pinang
04-2002436/2293333 ext 435
Pusat Sumber Tranplan, Hosp. Sultanah Aminah
07-2231666 ext 2751
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari,
http://www.infosihat.gov.my/Projek_khas_DermaOrgan.html
http://www.rayma.com.my/giftoflife/FAQ.html
Post a Comment