Wakil Rakyat Mogok?

mengapa perlu mogok? adakah satu cara baru untuk mengekspresikan aspirasi? adakah satu method untuk menegur pemerintah? atau mungkin perlu pentafsiran semula akan makna pemerintahan dan sistem kerajaan yang ada sekarang?

awal bermula kerajaan lama adalah atas kekuasaan tuan tanah untuk membenarkan golongan pendatang tinggal dan hidup di atas tanahnya. membina tempat tinggal untuk berlindung, mengerjakan tanah untuk sara hidup dan berkhidmat kepada tuan tanah sebagai balas budinya. dari zaman berzaman. kerna terkenalnya tuan tanah atas budi baik dan keadilannya, maka tuan tanah diangkat menjadi raja, dan para pendatang berjanji menjadi rakyatnya. seorang yg perlu dihormati dan disegani, ditinggikan darjatnya sesuai dengan kemuliaannya membenarkan lebih ramai pendatang menduduki tanah miliknya, dan kemudian bersama meneroka tanah baru untuk meluaskan jajahannya. kerna itu raja itu sejak turun temurun berasal dari keluarga yang sama, selaras dengan peninggalan harta kepada waris.

sebagai pengurus yang menguruskan jajahannya, sang raja memilih cerdik pandai diantara sang rakyat untuk membantunya. bermulalah satu sistem pemerintahan beraja yang memiliki para menteri untuk mentadbir rakyat dan negerinya. tamadun berkembang dan sistem pemerintahan juga menjadi lebih teratur sesuai keperluan. undang-undang dibina semakin matang untuk keadilan dan keamanan bersama.

zaman beredar, sang raja meneruskan kemuliaannya dan memberi kebaikan kepada rakyatnya dengan memberi kebenaran untuk sang rakyat menebus tanah yang mereka duduki, membeli dengan harga tertentu dan memilikinya. bermula pula era dimana sang rakyat bersama-sama mempunyai hak atas tanah masing-masing. atas budi baik sang raja, sang rakyat masih mengakui kemuliaan sang raja dan menganggap sang raja sebagai ketua yang dapat menyelesaikan pertelingkahan antara tuan tanah dengan keadilan dan kemuliaannya.

zaman terus berlalu, hingga sang raja hanya dianggap sebagai ketua pada para tuan tanah dan masalah pentadbiran dan pelaksanaan undang-undang diberikan kepercayaan kepada sang raja. atas dasar tuan-tuan tanah inilah yang mendukung sang raja, maka tuan tanah memberi imbuhan pada sang raja dan pegawai dalam pentadbirannya untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

pada waktu runtuhnya sistem kerajaan, tuan-tuan tanah ini bersetuju akan pentingnya wujud sebuah pemerintahan bersama. sedang mereka lebih memilih untuk menguruskan tanah-tanah mereka sendiri, mereka bersama-sama membentuk satu sistem pemerintahan yang dijalankan oleh wakil-wakil yang mereka pilih. wakil-wakil tuan tanah ini akan menjalankan pentadbiran untuk sekumpulan tuan-tuan tanah mentadbir gabungan tanah-tanah mereka ini.

tuan-tuan tanah ini meneruskan tradisi mereka menggelar diri mereka rakyat membenarkan para wakil diantara mereka yang mereka upah untuk mentadbir negeri mereka yang terbentuk dari gabungan tanah-tanah mereka. wakil-wakil rakyat ini pula memilih yang terbaik dan paling berpengaruh antara mereka untuk menjadi ketua mereka. golongan ini yang menjadi tiang tunggak kemakmuran bersama.

apa yang berlaku sekarang? wakil-wakil rakyat ini berpolitik memanipulasi keperluan rakyat untuk kepentinagn dirinya sendiri. sedang diwaktu dulu, mereka dibayar oleh rakyat kerana para pemimpin ini tidak punya waktu untuk menguruskan tanah mereka sendiri. seorang pemimpin adalah seorang yang berkorban untuk membelakangkan kepentingannya atas sebab yang lebih besar, supaya semua rakyat dapat hidup dalam keadaan aman, makmur dan harmoni.

apabila rakyat melakukan demonstrasi perasaan dan mogok bermakna wakil rakyat gagal menjalankan tugas mereka. kalau yang mogok adalah golongan majoriti bermakna mereka benar-benar tidak berkualiti dan tidak wajar diangkat menjadi pemimpin, jika mogok adalah golongan minoriti bermakna mereka gagal memperjuangkan aspirasi mereka dan gagal menerangkan dengan jelas dasar kesepakatan yang diperolehi dengan wakil-wakil rakyat yang lain. mereka gagal hingga perlu rakyat sendiri harus menyampaikan dan memperjuangkan aspirasi mereka.

dalam keadaan mana sekalipun, mogok tidak wajar kerna itu hanya menunjukkan kesilapan rakyat sendiri dalam memilih wakil mereka. harusnya mereka menjatuhkan wakil rakyat yang mereka pilih, bukan mengganggu rakyat yang lain yang telah bersetuju dengan kesepakatan yang dipersetujui oleh wakil-wakil rakyat mereka.

apalagi bila wakil rakyat melakukan mogok. hanya merendahkan kredibiliti mereka. mereka seharusnya berjuang dan mencari kesepakatan untuk kepentingan rakyat. yang mana jika mereka gagal memperjuangkan bermakna mereka tidak mampu menjadi pemimpin dan seharusnya turun untuk membolehkan orang yang lebih berkebolehan memimpin rakyat. jika yang mereka perjuangkan adalah kepentingan dirinya sendiri bermakna mereka telah menodai kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan pada mereka.

sebuah negara adalah milik rakyat. rakyat memilih wakil mereka untuk mentadbir tanah milik mereka sendiri. wakil rakyat bertugas menyampaikan kemahuan rakyat dan mencapai kesepakatan. begitu juga dengan ketua-ketua negara yang dipilih untuk mencari kesepakatan dengan negara lain.

atau adakah zaman berubah lagi, pemerintah mahu mengakui bahawa tanah milik rakyat itu sebenarnya milik mereka? dan mereka mempunyai penuh kekuasaan untuk berbuat apa saja terhadap negara yang mereka tadbir? sehingga rakyat yang menjadi tuan tanah terpaksa mengikut apa saja yang diberitahu kepada mereka. ini adalah suatu bentuk penjajahan.

penjajahan adalah satu proses dimana tuan tanah yang lebih kuat datang dan memaksa tuan tanah yang lebih lemah untuk mengakui kekuasaannya, merampas dan memaksa menyerahkan apa-apa saja miliknya kepada mereka yang lebih kuat. bukankah kerna ini tuan-tuan tanah yang lebih lemah bergabung dan memilih diantara mereka untuk memimpin. tapi sekarang orang yang mereka pilih itu malah kembali menjajah mereka. itukah yang berlaku sekarang? kita mulai dijajah oleh orang yang kita pilih sendiri?
Read On 0 ulasan

bukan balas dendam

biar badan terbacok beliung, mati tidak selagi ajal..
biar hati hancur berderai, budi jangan dijual beli..
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008