Showing posts with label religion. Show all posts
Showing posts with label religion. Show all posts

Hari terburuk?




bilakah hari terburuk kita? waktu kita miskin? tiada sepeser wang dikala perut sangat lapar melihat orang lain membuang separuh dari kuih yang dinilai kurang sedap? waktu kita sendirian? tiada tempat berkongsi rasa dan semua sahabat menghindar tidak mahu terjebak mendengar kesedihan kita yang mereka anggap klise? atau waktu kita dilanda musibah? sakit datang bertimpa, bala datang menghujam derita, masalah demi masalah menumpuk di atas kepala dan tiada siapa mahu atau mampu membantu?

telah difahamkan kepada aku bahawa hari yang terburuk adalah hari dimana kita merasakan Tuhan itu sudah tidak ada. hari dimana kita berputus harap pada rahmat-Nya. hari dimana kita tidak merasa takut untuk berbuat dosa. hari dimana kita tidak peduli pada syurga atau neraka. hari dimana kita merasakan Tuhan telah melupakan kita. dan hari dimana kita sudah melupakan Tuhan.

ironinya, hari sebegitu sering datang dalam hidup kita tanpa kita menyedarinya. ia datang dalam sesaat atau mungkin beberapa minit dan kita tidak memperdulikannya. ia datang ketika kita merasa dunia tidak menyebelahi kita. ia datang ketika kita merasa kita tidak diperlakukan adil. ia datang ketika kita merasa kita tidak berhak menerima kesusahan dan kesakitan. ia juga datang ketika kita merasa tidak ada sesiapa pun boleh menentang kemahuan kita. ia datang ketika kita sibuk memuaskan nafsu kita. ia datang ketika kita merasa kita yang terpintar, terkaya, terbaik, terkuat, terindah dan terhebat. saat itulah hari terburuk kita.

saat itu mungkin kita sedang bersedih tapi kita sombong. mungkin kita gelisah tapi kita lagha. mungkin kita sabar tapi kita ujub. mungkin kita bersedekah tapi kita riya. mungkin kita menyampakan ilmu tapi kita takabbur. kerna semua itu kita lakukan bukan kerana Tuhan, kerana saat itu, walaupun kita menyebut-nyebut nama Tuhan tapi sebenarnya kita sedang lupa bahawa Tuhan itu ada.


"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?" [Al-Quran 29:2]

"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan." [Al-Quran 21:35]

Read On 1 ulasan

30 minit yang terakhir





ketika sibuk menghitung-hitung dosa yang bertimbun dalam hidupku yang lalu, teringat tazkirah Ustaz Zahazan dalam bas semasa ziarah di tanah haram tahun lepas. hidup di dunia ini sekejap sahaja. Nabi saw bersabda bahawa satu hari di sisi Allah swt sama seperti seribu tahun di dunia. dan Nabi saw juga bersabda bahawa purata umur umatnya ialah sekitar 60 tahun. bermakna hidup kita di dunia ini hanya sekadar lebih kurang 1.5 jam sahaja. aku tersentak menginsafi bahawa hidupku hanya tinggal sekadar selama 30 minit saja lagi di sisi Allah swt. 

tidak apa yang boleh aku lakukan pada 2/3 hidupku yang telah berlalu. segalanya sudah berlaku. tidak ada yang mampu aku lakukan untuk membasuh dosa-dosa laluku melainkan merintih belas kasihan dan meratap ampun kepada Allah swt dalam setiap sujud. kebodohan dan kejahilan masa laluku itu akan aku jadikan sebesar-besar peringatan buat diriku dalam mengharung baki 30 minit terakhir dalam kembara di dunia.

ya Allah! yang nyawa kami ini dalam genggaman-Mu. hanya kepada-Mu sahaja tempat kami mengadu dan mengharap. sesungguhnya kami termasuk orang-orang yang zalim maka lindungilah kami dari kejahatan diri kami sendiri. ampunkanlah dosa-dosa yang telah kami perbuat kerna kebodohan dan kejahilan kami. sesungguhnya diri kami ini tidak bermakna apa-apa tanpa rahmat dan keampunan-Mu. sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pengampun lagi Penyayang.

ya Allah! yang Maha Mengetahui segala yang terdetik di dalam hati setiap manusia. hapuskanlah dari hati kami sifat-sifat sombong, ujub, riak dan takbbur, serta semaikanlah hati kami dengan akhlak al-Quran, seperti kekasih-Mu, Rasulullah saw. janganlah Engkau gelincirkan hati kami setelah Engkau berikan petunjuk kepada kami. kurniakanlah kepada kami rasa cinta dan rindu kepada-Mu dan Rasul-Mu. anugerahkanlah kami kasih-sayang-Mu. sesungguhnya Engkaulah yang Maha Pemberi Anugerah.

ya Allah! Penguasa kepada sekalian alam, langit dan bumi, dunia dan akhirat. ampunkanlah osa kami, ampunkanlah dosa ibubapa kami, ampunkanlah dosa guru-guru kami, ampunkanlah dosa isteri dan anak-anak kami, ampunkanlah dosa adik-beradik kami, ampunkanlah dosa saudara-mara kami, ampunkanlah dosa sahabat-handai kami, ampunkanlah dosa jiran tetangga kami, ampunkanlah dosa saudara-saudara kami seluruh umat Islam. tautkanlah hati-hati kami dengan tali kasih-sayang kepada-Mu. tunjukkanlah kami jalan yang lurus dan takdirkanlah kami semua tergolong dikalangan orang-orang yang soleh. sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa.

Amin. Amin. Amin. ya Rabbal-alamin.
Read On 0 ulasan

bangsa yang sentiasa rugi



sama ada kita perokok atau tidak, sama ada kita pernah pegang kotak rokok atau tidak, aku percaya semua orang tahu di kotak rokok ada amaran yang mengatakan rokok itu membahayakan kesihatan. kalau di negara lain amarannya lebih keras, bukan setakat membahayakan kesihatan, tapi merokok itu membunuh.. smoking/tobacco kills.. kalau betul semua amaran ini, kenapa rokok masih diberi lesen untuk dijual? kenapa tidak diharamkan terus sepertimana dadah diharamkan? ada isu hak asasi? kebebasan bersuara dan berpendapat? adakah untuk mati juga merupakan hak asasi dan kebebasan memilih? atau adakah memang rokok itu sebenarnya tidak begitu mudarat dan iklan itu dilakukan secara berlebihan?
 
begitu juga dalam Islam terang-terang dijelaskan dalam al-Quran bahawa riba itu haram. dalam ayat 275 surah al-Baqarah disebut orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan kerana gila, barangsiapa mengulanginya maka mereka akan menjadi penghuni neraka, dan kekal di dalamnya. malah ayat 279 surah al-Baarah sebut dengan jelas Allah swt memberi amaran yang keras jika kita tidak meninggalkan sisa riba maka Allah swt dan Rasul-Nya akan memerangi kita. nauzubillah. tapi kenapa kita masih menghalalkan riba dalam bank? malah orang Islam yang berurusniaga riba dengan meriahnya. mengapa tak bubarkan saja? adakah kerana kita tidak boleh buat apa-apa? atau kita tak mahu buat apa-apa?
 
kita sebut perbankan Islam sebagai alternatif. mengapa kita sebut alternatif? adakah umat Islam masih bebas untuk memilih urusniaga riba yang terang benderang haramnya? kenapa tidak haramkan saja semua perbankan yang berasaskan riba sepertimana kita mengharamkan judi untuk orang Islam? kenapa kita tidak boleh buat semua ini? atau adakah kita tidak mahu dan tidak peduli sebenarnya? kenapa orang Islam masih diberi alternatif untuk emmilih sesuatu yang sudah jelas halal-haramnya? atau mungkinkah perbankan Islam yang kita ada tidak sehalal yang kita sangkakan? dan jika kita rasa patut orang Islam diberi pilihan untuk memilih riba, tidakkan orang Islam juga patut diberi pilihan untuk berjudi? bukankah riba itu lebih dahsyat amarannya dari Allah swt?
 
hidup kita sudah semakin jauh dari Islam sekarang ini. pernah suatu ketika seorang sahabat mengadu bahawa dia sudah dianggap hebat dan alim dipersekitarannya hanya kerna dia solat 5 waktu. seorang sahabat lain mengadu betapa dia sekarang dianggap ustaz oleh saudara-maranya hanya kerna dia menyampaikan sepotong hadis yang baru dipelajarinya daripada facebook. ini paradigma Islam kita. solat 5 waktu itu, kalau dianggap peperiksaan, hanya sekadar cukup makan saja. jika masyarakat merasakan yang tidak tinggal solat 5 waktu itu sudah hebat, masya-Allah, bagaimana sebenarnya keadaan masyarakat kita? ini hanya asas sebagai muslim. solat 5 waktu belum alim dan wara, hanya syarat asas mengaku muslim. adakah kita rasa hebat setakat memenuhi syarat asas sahaja?
 
kadang-kadang kita jadi sedih bila fenomena tinggal solat itu dianggap perkara biasa. sedangkan ketika Saidina Umar ra ditikam, para sahabat memberitahunya bahawa solat jemaah telah berakhir, Umar ra terus berusaha bangun berdiri untuk solat dalam keadaan tubuhnya masih berdarah. ketika ditanya oleh para sahabat, jawab beliau, "tidak ada bahagian dalam muslim bagi orang yang meninggalkan solat."
 
jika kita rasa biasa apabila sahabat kita tinggal solat, tanpa sekurang-kurang rasa sedih dalam hati yang diumpamanya iman setipis kulit bawang, bagaimana kita berani mengaku kita seorang muslim, yang berpegang pada amar ma'aruf nahi mungkar, kerana kita membiarkan sahabat kita tidak memnuhi syarat sebagai seorang muslim.
 
kita kata susah nak tegur, tapi bila jemaah tabligh datang dari masjid ke masjid, rumah ke rumah, kita pula mencemuh? mereka buat perkara yang kita sendiri dah mengaku susah nak buat. kenapa pula kita tak suka? kenapa kita nak halang dan susah-susahkan? sepatutnya kita bersyukur dan alu-alukan bila ada jemaah tabligh datang ke kawasan kita. tapi ada pula jawatankuasa masjid beri amaran dan tidak beri kebenaran untuk mereka bermusafir di jalan Allah swt. alasannya masjid jadi kotor. kita menolak rahmat dan sunnah memuliakan tetamu hanya kerana kita tidak mahu susah?
 
apa sebenarnya yang kita mahu? kita tidak mahu buat dakwah dengan seribu alasan. bila orang lain buat dakwah, kita pula tidak suka. adakah kita tidak suka ditegur kerana kita juga bukan muslim? bukankah nanti kita menjadi orang-orang yang disebut dalam surah al-Ashr sebagai orang-orang yang dalam kerugian?
 
kebanyakan kita pula sebut kita jaga keluarga kita sendiri saja. namun bagaimana kita mampu menjaga keluarga kita jika masyarakat dan persekitaran kita sendiri adalah risiko terbesar pada iman keluarga kita? bagaimana kita nak tarbiyah Islam dalam keluarga kita bila anak-anak kita melihat dan mengalami keadaan yang berbeza, dari apa yang kita ajarkan, di luar rumah kita?
 
isu murtad yang berlaku kebanyakannya bukan kerana ibubapa tidak memberi ajaran tentang Islam tetapi kerana ketidakmampuan untuk mempertahan kemasukan dakyah dari luar. jika persekitaran kita merbahaya, sanggupkah kita untuk melepaskan anak-anak kita bermain di luar rumah begitu sahaja? cukupkah dengan memakaikan topi keledar, kita yakin anak kita akan selamat bermain basikal di tepi lebuhraya? adakah cukup sekadar dakwah di dalam rumah kita sahaja tanpa cuba juga menyampaikan pesanan-pesanan Rasulullah saw dan ayat-ayat Allah swt pada perkeliling kita? cukupkah sekadar membeli mangga besar dan membina tembok pagar tinggi tanpa melakukan sesuatu untuk memastikan keselamatan persekitaran rumah kita dari para penjahat?
 
mari kita bandingkan fasa Islam kita sekarang dengan fasa awal Islam. difasa manakah kita sekarang? adakah kita masih difasa berdakwah dengan sembunyi-sembunyi? adakah kita masih difasa dakwah kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja? atau adakah kita difasa dakwah secara terang-terangan? iaitu fasa dimana Nabi saw dan para sahabat dihina, dicaci, dipulau, disiksa, ditindih batu, disebat dengan cemeti, waima dibunuh. atau mungkinkah fasa hijrah? fasa madinah? iaitu fasa dimana persaudaraan muslim itu bukan kerana hubungan darah tetapi kerana Allah swt, hubungan yang lebih agung. fasa dimana membina ekonomi untuk jemaah dan masyarakat giat dengan urusan ilmu dan dakwah. mungkinkah fasa daulah? dimana kita harus menjadikan Islam sebagai ad-Din dengan lebih tegas demi menyelamatkan umat manusia?
 
atau sebenarnya kita ini masih dalam fasa jahiliyah? fasa dimana manusia ketika itu tidak dapat melihat jalan keluar dari sistem jahiliyah dan tetap berkubang didalamnya kerana tidak mahu rugi atau hidup susah seperti awwalun muslimun. lalu kita juga harus menunggu sahaja dalam keadaan jahiliyah sehingga dalah diusahakan dan didatangkan oleh orang lain dan dibawa pulang ke tempat kita seperti fasa pembukaan kota Mekah? dan hanya ketika itu baru kita mahu menjadi muslim yang sebenar?
 
tidak malukah kita pada Allah swt dan pada diri kita sendiri bilamana kita mengaku Islam sedangkan kita sendiri tahu bahawa kita tidak memenuhi syarat asasnya? sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian.
 
ya Allah! wahai Tuhan yang menciptakan moyang kami, Adam as, dari segumpal tanah dan menjadikan kami, keturunan seterusnya, dari segumpal darah. Kami berlindung pada-Mu dari kejahatan kami sendiri dan kejahatan makhluk-Mu yang lain. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Tetapkanlah hati-hati kami dalam iman. Terbitkanlah rindu dalam hati kami kepada-Mu dan kepada kekasih-Mu, Rasulullah saw. Perbaikilah akhlak kami dan suntikkanlah keberanian dalam hati kami untuk berjuang di jalan-Mu. pilihlah kami sebagai salah seorang syuhada. hanya Engkau tempat kami menyembah dan tempat kami memohon. dan hanya Engkaulah yang mengkabulkan doa. amin ya Rabbal-alamin.

Read On 0 ulasan

mengapa harus mengundi dalam pilihanraya?




Islam hanya mengenal dua jenis masyarakat, muslim dan jahiliyah. hanya satu perkara yang membezakan manusia, iaitu keimanan mereka terhadap Allah swt. atas dasar itu hanya ada dua sifat negara, negara Islam dan negara kafir. negara yang menjadikan Islam sebagai sistem kenegaraan dan cara hidup masyarakatnya, dan negara yang menjadikan sistem jahiliyah sebagai dasar negaranya. 

sekali lagi, negara Islam adalah negara dimana syariah dijadikan asas perundangan dan pengurusan negara dijalankan dengan musyawarah. dan orang Islam hanya mempunyai dua kemungkinan perhubunganan dengan negara kafir - perjanjian perdamaian atau peperangan. dan negara dimana berlakunya perjanjian damai itu tidak dianggap negara Islam. maka setiap muslim yang bernaung dalam negara bukan Islam hendaklah sentiasa berjihad, sama ada dengan dakwah atau dengan darah, sehingga negara itu menjadi negara Islam dimana Islam menjadi cara hidup dan syariah menjadi perundangannya. 

menjadi muslim bukan hanya dengan kebolehan menyebut beberapa perkataan Arab, atau lahir di negara Islam, atau lahir dalam keluarga Islam. menjadi muslim adalah penerimaan sepenuhnya terhadap Islam dan penghambaan penuh kepada Allah swt. negara Islam yang kita perkatakan bukan sekadar tanah yang kita duduki, bukan bangsa, bukan keturunan dan bukan ikatan kekeluargaan. Islam melihat manusia melampaui batas keturunan, bahasa, budaya dan tanah asal. Islam memerdekakan manusia dari ikatan terhadap dunia dan ikatan darah.

negara Islam yang kita perjuangkan bukan sekadar sekeping tanah, bukan sekadar kerajaan, bukan ikatan kekeluargaan. bendera Islam yang kita bernaung bukan sekadar bendera negara, dan kemenangan Islam yang diraikan dan disyukuri bukan sekadar kemenangan perang. perjuangan dan kemenangan yang kita harapkan berada dibawah naungan panji keimanan, hanya kerana Allah swt, untuk kejayaan agama-Nya dan syariat-Nya, dan mempertahankan negara Islam yang sebenarnya. tiada ada sebab lain. bukan untuk kemegahan dan ketenaran. bukan untuk kedaulatan tanah wilayah. bukan untuk ekonomi. bukan untuk kekuasaan. malah bukan untuk mempertahankan keluarga. tidak ada sebab melainkan kerana Allah swt.

negara dimana muslim dipersulit kehidupan kerana kepercayaan mereka, atau dipersusahkan dari menjalani ibadah agama mereka, atau dimana syariah tidak dilaksanakan, adalah negara kafir. sebutlah istilah apa pun, demokrasi, sosialis, kapitalis, sekular, nasionalis atau kebajikan. walaupun negara itu dihuni majoriti orang Islam. tidak ada muslim atau negara Islam melainkan Islam ditegakkan secara syumul.

aku tidak mengusulkan revolusi bersenjata, terutama apabila ianya tidak perlu. tetapi merealisasikan negara Islam adalah tanggungjawab setiap manusia yang dapat melihat cahaya kebenaran dalam Islam, setiap manusia yang mengaku beriman kepada 'tiada Ilah selain Allah swt'. mengetahui tidak ada kesempurnaan melainkan Islam. dan memahami bahawa manusia diciptakan tanpa sebab selain daripada menyembah Allah swt dan menyampaikan seruan-Nya. bukan tunduk pada manusia lain dan tunduk pada sistem yang diciptakan oleh manusia lain.

namun perjuangan ini tidak akan pernah mudah. jalan ini telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan para sahabat. tapi percayalah janji Allah swt dan Rasul-Nya. kemenangan Islam tetap akan tiba selagi dalam perjuangan ini hati-hati kita bertaut pada tali Allah swt. Islam telah memerdekakan kita dari perhambaan dan tunduk kepada manusia lain. 

kejayaan dan kegagalan hidup, keseronokan dan kesakitan, tidak ada nilai dan tidak ada ukuran harga, dan tidak menyebabkan untung dan rugi. Allah swt hanya menilai keimanan kita. kejayaan yang unggul ialah kejayaan jiwa terhadap ketakutan dan kesengsaraan, terhadap godaan dunia dan kehidupan - dan ini lah kejayaan yang sebenar.

perjuangan kita bukan sekadar di dunia atau dalam kehidupan ini. perjuangan ini bukan hanya disaksikan oleh manusia, tetapi juga oleh para malaikat. para malaikat itu melebihi jumlah manusia, maka pujian dan rasa hormat para malaikat adalah lebih besar daripada pendapat dan penghakiman manusia di bumi. dan hari akhirat adalah tujuan perjuangan kita. dibahagian mana kita akan berada pada hari semua makhluk dikumpulkan di padang mahsyar. pada hari itu kejayaan yang sebenar akan kita kecapi. 

maka adalah menjadi tanggungjawab kita, bukan hanya sekadar menyampaikan firman Allah swt kepada semua manusia dan menjalani hidup di atas paksi 'tiada Ilah selain Allah swt', tetapi kita juga bertanggungjawab dalam memastikan agama Allah swt ini diagungkan dimana pun kita berada. menjadi keutamaan kita untuk memastikan hukum Allah swt ditegakkan dimana pun kita berada. adalah perjuangan kita untuk meruntuhkan kegelapan jahiliyah dan menyebarkan cahaya kebenaran Islam dimana pun kita berada. secara bersungguh-sungguh dan berterusan tanpa merasa jemu, lelah dan putus asa.

fahamilah bahawa apa yang kita sebut sebagai negara Islam itu bukan sekadar wilayah yang kita duduki. kita mahu mengunggulkan Islam. kita berjuang bukan semata-mata untuk tanah melayu yang kita duduki. negara Islam yang kita maksudkan ialah keadaan dimana Islam dijadikan paksi dan asas sistem dan cara hidup penduduknya - muslim mahupun bukan muslim yang berlindung di bawah panji Islam.

dan jika kita melihat pilihanraya merupakan satu jalan dalam perjuangan kita, maka kita harus mengundi kerana Allah swt. dan kerana itu kita harus memilih pemimpin yang benar-benar teguh berjalan atas jalan Allah swt, yang bersinar sifat muslimnya, atau sekurang-kurangnya yang kita tahu mempunyai asas perjuangan yang sama seperti kita, 

dan atas dasar ini - tanggungjawab untuk menegakkan Islam sebagai sistem dan cara hidup, tanggungjawab menegakkan negara Islam yang sebenar - kita bertanggungjawab untuk mengundi dan memilih pemimpin yang dapat memastikan tujuan unggul ini tercapai. atau sekurang-kurangnya memilih pemimpin yang mempunyai keinginan, tujuan dan dasar perjuangan yang sama. 

dan ketika mengundi, insafilah bahawa apa yang kita lakukan adalah untuk menegakkan Islam. bukan untuk mendapat keselesaan hidup. bukan untuk survival bangsa. bukan untuk meneruskan kekuasaan dunia. tetapi kita mengundi kerana Allah swt, kerana tanggungjawab kita sebagai muslim untuk memastikan Islam menjadi paksi di tempat dimana kita berpijak, kerana kita tahu bahawa ini adalah jihad kita, bukan hanya untuk kemenangan di dunia tetapi juga kemenangan di akhirat. 

ini perjuangan kita. dan inilah kenapa dan bagaimana kita harus mengundi dalam pilihanraya. insya-Allah.

dan atas sebab ini, aku rasa sudah jelas siapa yang akan menjadi pilihan aku.. ;)

Read On 0 ulasan

mencari maksud ketuanan melayu





maka bertanyalah seorang sahabat akan satu soalan yang sangat menarik, walaupun kita sudah biasa mendengarnya. mengapa dalam perlembagaan Malaysia kata Melayu diikat dengan Islam? kebanayakan kita orang melayu nih hanya terima fakta dan tak pernah mahu tahu pun kenapa. sama dengan soalan kenapa kita Islam, kita hanya terima sebab kita memang dah lahir terus Islam, maka kita kena jadi Islam walaupun hidup kita masih jahiliyah.

pertamanya kena faham melayu itu bukan bangsa. inggeris yang ajar kita bahawa melayu itu bangsa. bangsa nih cara jahiliyah nak bezakan kumpulan atas dasar keturunan, kabilah, rupa fizikal dan tempat asal. jadi kalau kita anggap kita nih bangsa melayu maknanya kita nih masih ikut sistem jahiliyah. retorik bunyinya kan? ;) apa sebenarnya maksud aku bila mengulang-ulang ayat melayu bukan bangsa tu?

Rasulullah saw menyampaikan Islam kepada bangsa Arab, dan seluruh manusia umumnya, hanya dengan satu sebab, supaya bangsa Arab kembali kepada Allah swt. untuk kembali kepada Allah swt bangsa Arab harus membebaskan diri mereka dari jahiliyah. bebas dari budaya jahiliyah, bebas dari ketuanan jahiliyah, bebas dari sistem jahiliyah. bukan hanya bebas dalam kehidupan tetapi juga bebas dari segi pemikiran.

hanya dengan memahami 'tiada Ilah yang disembah selain Allah swt' manusia mampu memerdekakan diri mereka dari ketuanan manusia lain dan dari sistem jahiliyah. merdeka dari batasan sekadar setia kepada pemimpin. merdeka dari batasan kabilah, puak, kaum, bangsa dan keturunan. merdeka dari batasan tanah, wilayah, negeri dan nasionalisme. kerana tidak ada yang lain yang boleh menjadi sebab kita melakukan sesuatu, tiada yg lain yang menjadi alasan untuk kita menyembah, selain Allah swt. ini Islam. kemerdekaan yang hakiki.

jika kita masih menghitung warna kulit, budaya, tanah asal, keturunan, waima parti politik, sebagai jalan hidup maka kita masih jahiliyah. masih tidak bebas. masih terikat dengan kehendak dunia, masih tunduk pada manusia lain, masih dalam tepurung jahiliyah.

berkali-kali dikisahkan dalam Quran, kisah Nabi Ibrahim as, Nabi Nuh as, Nabi Lut as, Asiah isteri firaun, malah ketika yahudi sendiri mahu mengakui keturunan mereka sebagai kaum yang terpilih, Allah swt telah menolak dan berfirman bahawa dalam setiap era, dalam setiap bangsa dan dalam setiap negara, hanya ada satu kriteria sahaja yang penting, iaitu keimanan.

dalam konteks negara, yang kita sebut ibu pertiwi adalah tempat dimana ketuanan Islam, cara hidup Islam dan undang-undang Allah swt menjadi dominan. apabila sesebuah negara mempunyai ciri-ciri ini maka negara itu mempunyai nilai untuk dipanggil ibu pertiwi. hanya ketuanan yang berupa kepercayaan dan cara hidup yang diisi dengan Islam mempunyai nilai maruah kepada manusia. tanpa Islam ketuanan itu tidak mempunyai nilai apa-apa untuk wajar diperjuangkan.

yang menjadi kekeliruan orang melayu ialah apabila Islam tidak lagi menjadi sistem dan cara hidup kita. kerna itu memperjuangkan melayu bukan lagi bermaksud memperjuangkan Islam, hanya perjuangan sebatas rupa wajah, budaya dan keturunan. kerna itu ada antara melayu yang mengakui kewujudan melayu kristian, melayu gay, melayu umno, melayu pkr, melayu dap dan melayu pas. melayu bukan lagi sistem dan cara hidup kita, hanya sekadar bangsa keturunan. kerana itu orang melayu dulu mengunakan istilah 'masuk melayu' kepada orang yang kembali kepada Islam, dan waktu ini 'masuk Islam' itu bukan lagi 'masuk melayu'. kita menidakkan Islam dalam tempurung bangsa keturunan kita untuk membezakan kita dari keturunan lain.

malah terkini kita makin mencelarukan ikatan melayu-Islam ini dengan menterbalikkan makna. sekarang ini bila kita labelkan sesuatu dengan Islamik, kita hanya merujuk kepada orang melayu. kita membangsakan Islam. memperjuangkan Islam terkadang hanya kata-kata yang kita gunakan semata-mata untuk memperjuang keturunan kita. bila kita sebut membantu orang Islam, kita menidakkan survival muslim yang datang dari Indonesia, Bangladesh, Pakistan, Myanmar dan Filipina di negara kita. kerana yang kita maksudkan dengan muslim yang patut kita anggap sebagai saudara adalah orang melayu sahaja. kita menuntun diri kita kembali menjadi jahiliyah.

dalam sejarah kita sendiri telah ditunjukkan berkali-kali hanya dengan kembali menjadikan Islam sebagai sistem dan cara hidup, orang melayu mampu benar-benar memerdekakan diri mereka. dan hanya ada satu perkara yang menjadi ukuran melayu - iman mereka kepada Allah swt. dan jika iman bukan lagi syarat utama, melebihi keturunan dan budaya, maka melayu itu sudah tidak berbaloi lagi untuk dipertahan dan diperjuangkan.

ini dilema orang melayu. memilih sama ada menjadikan sistem dan cara hidup mereka sebagai Islam atau jahiliyah. ini yang menjadikan sebahagian dari melayu tidak mahu lagi berjuang atas nama melayu, kerana melayu kita sekarang bukan lagi melayu yang sebenar. melayu kita sekarang sudah beransur menjadi jahiliyah, yang masih terkekang untuk tunduk kepada manusia lain. yang hatinya masih melekat pada keseronokan ilusi dunia. yang berjuang untuk menjadi lebih hebat dimata manusia lain, untuk kesombongan dan memuaskan nafsu yang tiada gunanya.

maka mari kita insafi bersama-sama, ketika kita menyebut diri kita melayu, adakah kita merujuk kepada keimanan kita atau hanya sebatas keturunan kita. dan insafilah keturunan darah kita tidak bermakna apa-apa. hanya ketika mengakui kita melayu kerana keimanan kita kepada Allah swt, maka ketika itu perjuangkanlah melayu. jika tidak kita adalah ibarat bapa Nabi Ibrahim as, anak Nabi Nuh as dan isteri Nabi Lut as, dan mungkin saja kita adalah suami kepada Asiah, yang akhirnya tenggelam dalam belahan Laut Merah. nauzubillah.

jika politik ketuanan melayu yang kita pertahankan berada atas paksi menjadikan Islam sebagai sistem dan cara hidup, maka wajarlah kita memperjuangkannya. namun jika perjuangkan itu semata-mata untuk memuliakan keturunan kita dan mengguna kuasa atas tanah wilayah yang kita duduki untuk kepentingan keturunan kita semata-mata, maka sangat wajar kita menolaknya bersungguh-sunnguh.

jika perjuangan menegakkan Islam juga didasarkan untuk meletakkan keturunan kita lebih tinggi dari keturunan lain dan bertujuan untuk mendapat kuasa supaya kepentingan keturunan kita dapat dipaksakan melebihi kepada puak lain, maka sangat wajar juga kita menafikannya.

walau apapun istilah yang kita pakai, dalam zaman keliru ini, intai semula hati kita. apa yang kita perjuangkan? adakah kita memperjuangkan kemerdekaan atas 'tiada Ilah selain Allah swt', atau adakah kita hanya mahu kaum kita dilebih-lebihkan daripada orang lain?  tidak ada perjuangan yang benar melainkan untuk menegakkan 'tiada Ilah selain Allah swt'.

moga Allah swt memberi petunjuk dan jalan keluar buat kita semua. Amin.



Read On 0 ulasan

Cauvinis Melayu dan Ekstremis Islam



seorang kenalan yg bukan melayu dan bukan warga malaysia hairan mengapa perkauman dan agama merupakan isu sensitif di Malaysia berbanding di negara mereka. maka aku terpaksa, buat kesekian kalinya, memberi ceramah sejarah Tanah Melayu, yang aku pun dah banyak kali menulis untuk memperjelas kenapa, mengapa dan bagaimana.

hanya saja terkini, setelah beberapa lama mencuit perkauman, bara dihangatkan semua dalam isu agama. aku sendiri tidak pasti sama ada kita benar-benar bersedia untuk mencipta sebuah negara Malaysia yang benar-benar Malaysia, yang bukan bermaksud Tanah Melayu lagi.

awal mulanya kita diminta menerima bahawa setiap warga Malaysia yang berbilang bangsa adalah penduduk Tanah Melayu. bukan lagi bangsa melayu, cina, india dan sebagainya. secara logiknya, bangsa cina dan india sewaktu era awal kemerdekaan boleh kita anggap sebagai pendatang yang kita kurniakan hak istimewa sebagai warga Tanah Melayu. tetapi generasi mereka yang terkemudian - yang lahir di Tanah Melayu dan membesar di Tanah Melayu, tidak pernah mengenal tanah China dan India, walaupun masih menganggap diri mereka bangsa cina dan india dan dengan seluruh kekuatan dan kemampuan mahu mempertahankan budaya cina dan india mereka - agak sukar untuk kita menidakkan taraf bukan pendatang terhadap mereka.

aku faham bila ada pula bangsa bukan melayu ini menggunakan alasan bahawa melayu di Tanah Melayu juga pendatang dari Indonesia dan sekitar kepulauan Melayu. aku faham kerana mereka buta sejarah dan menganggap Tanah Melayu hanya tanah semenanjung. aku faham kerana mereka tahu benar bahawa tidak penting untuk mengerti bahawa seluruh kepulauan di daerah ini merupakan kesatuan dalam empayar Melayu zaman dahulu kala. aku faham jika mereka tidak mahu tahu kalau berpindah-randah dalam lingkungan kepulauan ini tidaklah dianggap pendatang. aku faham perspektif mereka, jadi tidak perlulah diperbincangkan dengan terperinci lagi.

yang sejak dari dulu tidak aku fahami ialah mengapa bangsa yang masih berbangga dengan keturunan mereka menganggap orang melayu itu bersifat perkauman, sedangkan orang melayu sendiri yang memberi hak kepada mereka di Tanah Melayu. maksud aku, mereka masih boleh mengekalkan jatidiri keturunan mereka tetapi seharusnya mereka sudah berbenah dalam budaya Tanah Melayu. mengapa mereka masih perlu sistem pendidikan dalam bahasa mereka dan memaksakan orang melayu untuk menerima budaya dan cara mereka? bagaimana mereka boleh menganggap mereka warga Tanah Melayu bila mereka masih pelat bercakap melayu malah ramai dikalangan mereka masih tidak memahami budaya melayu, malah tidak memahami makna papan tanda dalam bahasa melayu sehingga mahu papan tanda dalam bahasa dan tulisan bangsa mereka sendiri. ini sebenarnya yang menjadi asas kesangsian orang melayu. 

namun kerana logika kelahiran Tanah Melayu mereka, maka segelintir orang melayu memahami betapa keperluan untuk menganggap mereka juga warga mutlak Tanah Melayu, bukan sebagai bangsa yang diberi hak istimewa sebagai warga. namun bukan itu yang mahu perbincangkan kali ini. 

terkini, setelah keterbukaan kita untuk melampaui batas perkauman dan berlapang dada untuk menerima mereka sepenuhnya tanpa prejudis bangsa, mereka mahu keterbukaan kita pula tentang beragama. katakanlah kita telah bersetuju untuk menghapuskan hak keistimewaan orang melayu dari perlembagaan, dan mewujudkan keadilan sosial berdasarkan merit seperti yang dicanangkan, adakah kita juga bersedia untuk menghapuskan keistimewaan Islam sebagai agama rasmi dan membuka keadilan beragama seperti yang mereka dambakan?

aku sering dianggap cauvinis bangsa dan ekstremis agama hanya kerana tidak bersetuju dengan keterbukaan sebegini dalam konteks Malaysia. walaupun berkali-kali aku menjelaskan bahawa ketidaksetujuan aku mengenai perkara ini bukan kerana kebencian, tetapi kerana keperluan dan kerana semua bangsa, termasuk bangsa cina dan india, tidak bersedia untuk merealisasikan perkara ini. masih banyak yang perlu dilakukan untuk merobohkan kesangsian bangsa melayu terhadap bangsa-bangsa lain yang telah mereka wargakan sebagai warganegara. situasi Tanah Melayu sangat berbeza dengan Indonesia dan Filipina.

walaubagaimana pun, mungkin juga ada benarnya kita harus menukar perlembagaan kita menjadi seperti perlembagaan Indonesia dan Filipina. semua bangsa dianggap sama dan semua agama dianggap sama wibawa. dan mungkin kita akan menjadi lebih baik dari mereka kerana mereka tidak punya sekolah berbahasa cina sedangkan kita punya sekolah dengan bahasa pengantar cina dan india. atau mungkin juga kita akan jadi lebih baik jika kita mengangkat bahasa mandarin dan bahasa tamil juga sebagai bahasa kebangsaan. 

mungkin dengan keterbukaan dalam perlembagaan yang sebegini generasi Malaysia yang terkemudian akan menjadi lebih hebat kerana menguasai tiga bahasa utama. dan mungkin Malaysia boleh menjadi contoh kepada dunia mengenai toleransi beragama apabila masjid, gereja dan kuil juga akan dipenuhi oleh bangsa melayu. maka tidak akan ada lagi ekstremis agama, terutama di kalangan bangsa melayu, yang akan menghalang-halang usaha dakyah agama lain. mungkin Malaysia akan menjadi benar-benar 'truly asia' apabila orang melayu tidak lagi terhalang oleh undang-undang syariah yang hanya dikhususkan untuk orang melayu.

mungkin ini yang perlu orang melayu bayangkan dan hadirkan dalam impian mereka demi untuk melihat pembentukan bangsa 1Malaysia yang sebenar. mungkin dengan terwujudnya semua ini, maka Malaysia lebih progresif dalam menuju untuk menjadi sebuah negara maju dan makmur. mungkin orang melayu perlu mula menyediakan minda mereka untuk menzahirkan semua ini. mungkin sudah sampai waktunya kita menjadi realistik untuk membuang semua perkara ini yang menghalang kemajuan orang melayu. mungkin benar kita tidak perlukan ketuanan Melayu dan selaras dengan itu mungkin kita juga sudah seharusnya bersedia untuk menganggap kesetaraan wibawa dan menghormati sepenuhnya akan hak dan keperluan agama-agama lain. 

mungkin kita sudah tidak perlu lagi menganggap kita ini orang melayu, tapi sebagai bangsa 1Malaysia, dan kita tidak perlu terlalu mengangkat-angkat Islam kerana sudah sampai masa kita harus menganggap Islam hanyalah salah satu teori beragama sama seperti agama lain. 

dan ketika ramai orang melayu mahu bersetuju dengan kemungkinan-kemungkinan di atas, sejujurnya maafkan aku kerana aku lebih rela dianggap cauvinis melayu dan ekstremis Islam untuk tidak bersetuju dengan semua itu.

Read On 1 ulasan

Mengapa aku tidak mengundi PAS




Satu-satunya sebab aku teruja nak mengundi PAS dalam pilihanraya ialah keinginan untuk melihat pembentukan negara Islam. cuma persoalannya ialah negara Islam yg bagaimana? kerna dicontohkan dalam banyak kerajaan dan republik Islam yang sedia ada di dunia sekarang ini tidaklah benar-benar sebuah negara Islam pada rohnya, hanya Islam pada nama dan pada undang-undang sahaja. banyak masjid yang cantik dan gah, seperti Malaysia, tetapi tetap banyak juga permasalahan dalam jemaah.

Keinginan untuk melihat pembentukan negara Islam adalah untuk melihat Islam ditegakkan sebagai satu cara hidup, bukan sekadar mengisytihar perlembagaan dan mengimplementasikan hudud. mengharap agar nuansa Daulah Islamiyyah kembali mengharum seperti zaman kegemilangan Islam, atau yang terbaiknya seperti keadaan di zaman Rasulullah saw dan Khulafa ar-Rasyidin.

Maka persoalannya, adakah dengan mengundi PAS dalam pilihanraya umum nanti kita dapat merealisasikan semua ini?

Jika kita lihat pada generasi awal muslim, merenung sifat yang terkandung dalam ayat-ayat awal yang diturunkan di Mekah, ia tertumpu pada meresapi makna syahadah. Tiada Ilah yang disembah melainkan Allah swt. inti pada syahadah ini adalah membebaskan diri dari jahiliyah. baik dari segi penyembahan berhala, malah juga dari budaya dan kekuasaan manusia lain. hanya dengan menumpukan seluruh aspek kehidupan terhadap pengertian syahadah, maka manusia terbebas dari jahiliyah, bebas dari kemestian-kemestian dan keterpaksaan. ini maksud kemerdekaan yang sebenar.

Dan genereasi awal muslim, tidak mempelajari al-Quran untuk pengetahuan atau sebagai satu cara mencari jalan penyelesaian terhadap masalah kehidupan, tetapi mereka mempelajari al-Quran hanya untuk mengetahui apakah suruhan dan larangan Allah swt dan terus serta-merta mengaplikasinya dalam kehidupan seharian mereka. mereka tidak terus menghafal semua ayat al-Quran yang diturunkan tetapi menghafal hanya beberapa ayat pada suatu jangkamasa untuk menerapkan firman Allah swt dalam kehidupan mereka. mereka melakukannya hanya kerna Allah swt. dan inilah yang disemai dan dipupuk selama 13 tahun Rasulullah saw berdakwah di Mekah. kerna al-Quran itu cara hidup mereka, maka mereka sangat tegar dan tabah menahan segala cubaan dan ujian yang Allah swt timpakan kepada mereka. tidak sekali pun mereka berpaling dari apa yang mereka tanamkan di hati mereka. tidak tergugat sedikit pun harapan mereka terhadap syurga Alah swt. tidak sesaat pun hilang rindu mereka kepada Allah swt. 

Itulah jua yang berlaku di Madinah sebelum ketibaan Rasulullah saw. kerna itu Muhajirin yang datang dianggap sebagai saudara kandung oleh Ansar. kerna dalam jiwa mereka itu ada Islam dan cara hidup mereka adalah Islam. apa sahaja wahyu yang turun langsung mereka aplikasikan, tidak menunggu-nunggu dan tanpa ragu-ragu. dan ketika masyarakat yang benar-benar muslim sudah tersedia maka barulah turun wahyu mengenai permasalahan masyarakat hingga seterusnya pembangunan Daulah.

Jika Allah swt mengkehendaki, boleh saja langsung turun al-Quran secara lengkap, atau boleh saja turun ayat-ayat Mekah berupa peraturan-peraturan yang dapat menyelesaikan permasalahan jemaah. namun Alah swt Maha Mengetahui apa yang terbaik mengikut fitrah makhluk yang diciptakan-Nya. hanya setelah wujud jemaah muslim yang sebenar, maka pembinaan Daulah dimulakan.

Dalam konteks negara kita sekarang, adakah kita sudah mempunyai jemaah muslim yang sebenar? adakah akhlak jemaah PAS semuanya sudah terbentuk dengan akhlak al-Quran? adakah kepimpinan yang ada dalam PAS sekarang ini benar-benar layak untuk memimpin ummah? atau mungkinkah mereka menjadi satu lagi tirani atas nama agama? namun bukan ini sebab utama aku tidak mengundi PAS.

Soalan asasnya adakah masyarakat kita benar-benar bersedia untuk hidup dalam negara Islam? pandang pada diri kita, pandang sekeliling kita, adik beradik, sanak saudara, sahabat handai, dan jiran tetangga kita. jengok semula dan perhatikan dengan teliti keadaan rumah kita. adakah kita benar-benar memodel kehidupan Rasulullah saw dan para sahabat ra?

Tanya pada diri kita mengapa kita mahukan negara Islam? supaya tidak ada rasuah dalam kepimpinan? supaya para pemimpin kita lebih perihatin kepada kita? kita mahu kehidupan kita tenang? mudah cari makan? mudah cari harta? kita mahu negara menjadi lebih makmur dan selamat? tapi adakah kita bersedia untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup kita?

Bagaimana kalau pemimpin negara Islam kita kelak mengharamkan filem-filem dan muzik? menukar sistem pendidikan nasional berteraskan Islam? bagaimana jika orang-orang perempuan hanya dihadkan untuk pekerjaan-pekerjaan tertentu? pergaulan lelaki dan perempuan dipisahkan? orang perempuan mempunyai kaunter sendiri? bagaimana jika setiap pejabat dan kedai mesti memberhentikan urusan mereka sekurang2nya selama 20 minit setiap kali azan dilaungkan dan setiap orang lelaki wajib hadir dalam solat jemaah? setiap orang perempuan tidak dibenarkan memakai pakaian yang tidak menutup aurat? bagaimana jika tabaruj diharamkan pada perempuan? malah bagaimana jika hijab dikuatkuasakan? susah betul jadi orang Islam ya? itu baru cerita bahagian yang mudah-mudah.. ;)

Melalui pemerhatian di beberapa negara Islam yang sempat bermastautin, kebanyakan dari penguatkuasaan undang-undang Islamik begini hanya mengundang kebencian terutama pada golongan muda. malah ada pula negara republik Islam tetapi tidak pun menguatkuasakan undang-undang syariah. masalahnya bukan pun pada penggubalan undang-undang mahupun pada penguatkuasaan, tetapi penerimaan masyarakat terhadap undang-undang tersebut. 

Balik pada persoalan jemaah kita, kebanyakan yang menyokong PAS bukan kerna cintakan Islam tapi kerna benci sangat kat puak satu lagi. ini jelas kelihatan dalam ayat-ayat dan bahasa tubuh ahli PAS dan para simpatisan PAS. maaf cakap, tapi selalu sangat lihat dan dengar perkataan yang keluar dari mulut mereka mencuit Islam tanpa adab dan akhlak al-Quran. bukan semua tapi kebanyakannya macam tu. maka jika ahli PAs dan para simpatisan yang menyokong juga bukan cermin muslim sebenar, bagaimana agaknya jemaah yang di luar PAS?

Secara peribadi, tanggungjawab yang utama ialah membina jemaah muslim yang sebenar, supaya keluar dari kehidupan jahiliyah, yang hanya berpegang pada syahadah sebagai cara hidup. selagi ini tidak mampu diwujudkan dalam jemaah, maka bukanlah keutamaan untuk merebut-rebut kuasa. nanti hujungnya hanya sama seperti tirani yang lain. malah lebih buruk nanti Islam dihina-hina kerana masyarakat yang hanya muslim di kad pengenalan akan mengutuk-kutuk nama Islam dalam PAS. dan waktu itu, kita pula terpaksa sibuk menepis-nepis kerana mempertahankan Islam. adakah waktu itu kita benar-benar mempertahankan Islam atau hanya sekadar mempertahankan parti kita yang menggunakan perkataan Islam?

Memang benar pendapat ini terlalu idealis. tapi inilah jalan yang Rasulullah saw tunjukkan pada kita. kejatuhan empayar Islam bukan kerna pemimpin Islam kalah pilihanraya, bukan kerna kalah perang, bukan kerna miskin dan tertindas, tetapi kerana tiada wujud roh muslim yang sebenar dalam masyarakat. pendapat ini bukan retorik tetapi berasaskan realiti jemaah kita. benar Islam sedang bangkit, kerna itu kebangkitan ini harus disemarakkan tanpa tergesa-gesa. lihat saja apa yang berlaku, perpecahan jemaah kita kerana mazhab politik semakin memburuk.

Kalaupun kita anggap UMNO itu sesat dan kafir, maka menjadi tanggungjawab kita untuk berdakwah dan mentarbiyah mereka. bukankah itu tanggungjawab kita sebagai muslim? keutamaan mengajak muslim yang lain kembali ke jalan yang lurus lebih besar dari keutamaan mengajak kafir kembali ke jalan Islam. jika UMNO masih mengaku Allah swt sebagai Tuhan yang Maha Esa dan Nabi Muhammad saw sebagai pesuruh Allah swt, maka sesesat mana pun mereka, tanggungjawab kita, yang mengaku berada dalam lingkungan hidayah Allah swt, untuk menunjukkan jalan kepada mereka tanpa rasa penat dan jemu. terus menerus berdoa dan mendekati mereka. bukankah itu keutamaan muslim?

Atau adakah lebih mudah untuk kita melabelkan mereka sebagai fasik, malah munafik, supaya kita dapat memerangi mereka? adakah ini yang kita mahukan? adakah kemarahan kita ini kerana Allah swt? adakah benar mereka munafik dan kita ini puak yang diredhai Allah swt? benarkah pangkat syuhada itu milik kita jika kita memerangi mereka? jika benar memerangi UMNO itu jalan jihad untuk mendapat syahid, mengapa kita teragak-agak untuk mengangkat saja senjata memerangi mereka? atau kita agak-agak saja? fi sabilillah nih boleh main agak-agak ke?

Adakah hanya dengan punya kuasa kita boleh melakukan segala-galanya? hanya dengan kuasa maka kita boleh mengimplementasi Islam sebagai cara hidup? jika tiada kuasa, kita tak boleh buat apa-apa? adakah ketika Rasulullah saw sampai ke Madinah, baginda saw terus mendapat kuasa? bukankah baginda saw menekankan pembangunan jatidiri muslim dalam ummah sebelum berkisah tentang kuasa? apa yang kita dah buat? mana  model pembangunan muslim kita? jangan anggap jika berjaya di Kelantan maka perkara yang sama boleh didogmakan di negeri lain? ada sesuatu dalam budaya orang Kelantan yang tidak ada dalam budaya penduduk negeri lain.

Kita perlu rasa malu pada Arqam, disebalik label sesat yang dicap pada mereka, yang mampu membangun jemaah mereka dengan jatidiri yang hebat. kita patut belajar memerintah dari kumpulan Muhammadiyah di Indonesia yang berkembang pesat dengan ribuan sekolah, universiti dan hospital. menjadi hebat di bidang ekonomi tanpa perlu menjadi sebahagian dari kerajaan Indonesia. dan banyak lagi contoh telah ditunjukkan kepada kita betapa kita mampu merubah jemaah dan negara tanpa perlu memegang kuasa pemerintahan. adakah kita telah cuba melakukan semua cara ini?

Kalau memang benar UMNO itu menzalimi rakyat, dan menjadi kewajiban kita menghalang kerosakan, apakah jaminan apabila PAS menjadi kerajaan maka PAS tidak akan zalim dan berbuat kerosakan? apa bukti yang menunjukkan PAS benar-benar ikhlas dan mampu melakukan semua itu? yang terlihat kebanyakan pemimpin lebih sibuk mempertahankan kedudukan mereka. hanya tipikal politikus. ketika PR menguasai Selangor, jelas apa yang dilakukan oleh orang-orang PAS sama persis seperti apa yang dilakukan oleh orang-orang UMNO. jangan menafikan ini kerna ini adalah kisah benar, bukan semua tapi kebanyakannya.

Aku tidak akan mengundi PAS kerana rakyat Malaysia belum bersedia jadi muslim. masih banyak kerja yang harus dilakukan. sokongan mereka terhadap Islam hanya kosmetik kerana mereka belum mencerminkan muslim yang sebenar. masih penuh benci, marah, sombong dan takabbur. kebanyakannya bukan menyokong kerna Islam tetapi kerana mahu melihat UMNO tumbang. 

Kata-kata betapa kalau kita nak tunggu semua orang sedar, maka kita akan terlambat, hanyalah kata-kata alasan kerana kita malas nak buat kerja dakwah yang sebenar. kita tak sabar sebab kita rasa hidup kita susah. kita nak jalan pintas. bukan murni kerana Allah swt.

Aku tidak mengundi PAS kerana bukan semua pemimpin PAS itu berjalan atas denai Islam. aku faham kesukaran untuk memilih yang terbaik kerana demokrasi dalam parti. bayangkanlah jika demokrasi dalam parti sendiri berupaya untuk menaikkan orang hina yang popular di atas kerusi orang alim dan wara, apakah jaminan PAS mampu mengawal demokrasi di luar parti?

Kata-kata betapa keutamaan mendapat kuasa sebagai satu keperluan dalam mendapatkan jalan untuk menegakkan Islam, hanyalah kata-kata alasan untuk mendapat kekuasaan, atau dalam sebahagian realiti, hanya kata-kata alasan untuk menyokong strategi menjahanamkan musuh yang sangat-sangat kita benci. bukan murni kerana Allah swt.

Aku tidak akan mengundi PAS kerana secara peribadi aku tidak percaya lagi pada sistem demokrasi. dimana-mana di dunia sekarang ini telah menunjukkan kegagalan sistem demokrasi, mengapa harus kita pula penuh perasaan menyokongnya? jika benar tiada pilihan lain, maka kita perlu cipta pilihan tersebut. mengapa harus jadi pasrah pada sistem ciptaan manusia? mengapa harus mengikut sistem jahiliyah?

Kata-kata betapa kita tidak ada pilihan lain, hanyalah kata-kata alasan kerna kita bukanlah muslim yang sebenar. kita hanya orang-orang yang tahu tentang Islam serba sedikit, tapi hati kita penuh dengan dunia. kita bukan muslim yang berpegang teguh pada syahadah, tidak ada Ilah yang disembah selain Allah swt. kita masih sebahagian dari kaum jahiliyah yang hanya melihat Islam sebagai teori agama, bukan cara hidup. 

Ketika kita bangun pagi untuk solat subuh, cuba lihat rumah kita. semasa makan tengahari selepas solat zohor, pandanglah persekelilingan tempat kerja kita. waktu nanti kita pulang selepas asar dari kerja, berhentilah di muka pintu dan lihat ke dalam rumah kita. dan lihatlah bagaimana keluarga kita mengisi antara solat maghrib ke solat isya hingga ke subuh. benarkah kita muslim? atau kita hanya rasa kita muslim sebab nama kita nama arab?

Terlalu banyak yang perlu kita lakukan dalam jemaah selain daripada sibuk berebut kuasa. jika benar kuasa itu dapat menegakkan Islam, sudah tentu Allah swt telah menentukan Rasulullah saw mendapat kuasa di Mekah pada awal dakwah baginda saw. bukankah jalan yang sebenar itu adalah jalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah saw?

Jika kita tidak benar-benar mahu melakukan ini semua murni kerana Allah swt semata-mata, dan berusaha dengan bersungguh-sungguh mencipta jemaah muslim yang sebenar, maka aku ada sebab untuk tidak mengundi PAS..

..tapi tidak bermakna aku akan mengundi UMNO. ;)

Read On 0 ulasan

pendidikan percuma cara Rasulullah saw



tersentak bila bahuku ditepuk oleh seorang sahabat ketika aku sedang asyik memerhatikan gelagat beberapa orang kanak2 yang berlarian mengejar setiap kereta yang memasuki kawasan letak kereta di hadapan deretan kedai di F-11 markaz. sejurus setelah pemandu memberhentikan keretanya, kanak2 seumur 10-12 tahun ini mengetuk cermin bahagian pemandu sambil mempamerkan wajah sayu memohon agar mereka diberi kebenaran untuk mencuci kereta demi upah purata 50 rupees. 

setelah membuat pesanan makanan tengahari kami duduk di meja dan pandanganku masih terikat pada gelagat anak2 tersebut. aku teringat anak2 jalanan yang sebaya mereka di jakarta yang memenuhi persimpangan jalan menjadi sibuk dengan kerjaya mereka sebagai pengamen sepanjang hari dan malam. dan aku terfikir sesuatu..

kebanyakan anak2 kecil ini mencari upah atau sedekah hanya untuk menghidupi hidup mereka. anak2 ini tidak punya keinginan selain untuk makan dan sebahagiannya untuk ubat. mereka bukan seperti sebahagian pengemis2 yang menggunakan duit mereka untuk dadah dan alkohol. 

maka berkatalah sahabatku, "alangkah indahnya kalau masjid2 dapat memberikan ruang untuk kita kumpulkan mereka supaya mereka boleh belajar ilmu Allah swt setiap hari, sambil jemaah berpeluang untuk menyediakan keperluan asas buat mereka seperti makanan dan pakaian selama mereka berada di atas hamparan sayap2 malaikat. jadi anak2 ini tidak perlu merisaukan perkara tersebut melainkan hanya fokus mempelajari al-Quran dan hadis."

terdetik difikiranku, persis seperti keadaan Masjid Nabawi di zaman Rasulullah saw dan khulafa ar'rasyidin. masjid menjadi institusi ilmu hingga melahirkan ulama2 hebat. dengan itu masjid dilestarikan dengan majlis ilmu sepanjang hari. betapa indahnya keadaan itu..

namun realitinya, masjid2 kita yang besar dan indah itu dipagar dan dikunci di luar waktu solat fardhu. duit kutipan sedeqah solat jumaat dan dalam kotak2 kutipan yang tersedia di sekeliling masjid dirasakan lebih afhdal digunakan untuk membeli penghawa dingin, sejadah lembut, menambah marmar, mempercantik mimbar khutbah dan membayar penceramah2 hebat, daripada dilaburkan untuk pendidikan anak2 miskin sebegitu.

kita melaung-laungkan pendidikan percuma, mendesak2 kerajaan, sedangkan kita terlupa betapa Rasulullah saw telah menunjukkan jalan yang sangat mudah. bukan hanya untuk anak2, malah juga untuk penganggur dan orang2 tua yang hanya menghabiskan masa persaraan di kedai2 kopi. telah terbukti bagaimana jika anak2 remaja dan orang2 miskin yang tidak mempunyai pekerjaan ini dikumpulkan di atas hamparan sayap malaikat di rumah Allah swt, maka tidaklah golongan ini sentiasa sibuk untuk merancakkan gejala sosial yang semakin sensasi ketika ini.

apalagi masjid2 mewah kita biasanya mempunyai imam yang bergaji sepenuh masa. alangkah indahnya jika imam2 ini dapat membuka halaqah2 ilmu sepanjang masa di masjid, dan anak2 yang sebatang kara ini diberi ruang untuk tinggal di masjid. masya-Allah, jika ini berlaku maka masjid2 kita tidak akan pernah sunyi, dan para pentadbir masjid juga boleh tidur lena kerana kipas dan sejadah masjid tidak akan dicuri lagi kerana masjid mereka sentiasa terjaga oleh pengawal keselamatan yang menerangi masjid dengan masjlis ilmu dan qiyamulail.

tapi mungkinkah ini semua dapat kita realisasikan? 

Read On 0 ulasan

haram guling pemimpin?


nota: ini bukan artikel untuk menyokong mahupun membantah mana2 ahli politik dari mana2 parti mahupun para penyokong mereka.. hanya menjelaskan pendapat.. harap janganlah dipolitikkan.. <3

makin ramai org suka sebut psal hadis yg mengatakan bahawa haram melakukan pemberontakan menjatuhkan pemimpin.. aku setuju.. setuju sangat.. setuju dlm konteks kepimpinan dalam Islam mengikut cara Islam.. dalam Islam, pemimpin dilantik oleh majlis syura yg dianggotai oleh golongan pemimpin yang hebat.. hebat dari segi ilmu mahupun pengalaman.. bukan ramai2 pakat mengundi pilih.. pakat2 semua orang termasuk yg tak cukup pengalaman mahupun ilmu.. macam cara kita sekarang.. macam ajaran demokrasi.. dulu yg jadi pemimpin bukan pun bukan sebab nak jadi pemimpin.. melainkan setelah bermulanya dinasti kerajaan Islam.. yg dlm dinasti pun kerna dipilih juga oleh majlis syura.. sama macam orang2 besar istana dalam kerajaan Melayu pilih raja muda dan tabal sultan.. yang ini mmg aku setuju haram kalau kita nak gulingkan pemimpin..

tapi dalam ajaran demokrasi, pemimpin ada syarat had masa.. satu penggal lima tahun kalau negara kita.. dan kita buat pilihanraya setiap lima tahun tuh.. buat pilihanraya untuk pilih semula pemimpin.. maknanya kita diberi peluang untuk pilih pemimpin sendiri.. sesuka hati kita.. dan pemimpin tuh pulak, lepas setiap penggal dia ada pilihan untuk bertanding atau tidak.. adakah jika kita pilih pemimpin lain menggantikan pemimpin sebelumnya maka kita dianggap menjatuhkan pemimpin? adakah jika kita pilih parti selain dari parti yang memerintah sebelumnya, kita dianggap menjatuhkan pemimpin? maka jika begitu lebih baik kita kembali pada dinasti.. tak payahlah buat pilihanraya.. tak payah susah2 nak mengundi.. tak payah susah2 nak pikir nak undi sapa..

dan kalau boleh kita mengundi siapa2 saja dan mana parti2 saja tanpa dianggap menjatuhkan pemimpin.. maka isunya beralih kepada sistem pilihanraya.. dan jika ada di antara kita yang merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan pilihanraya membuat bantahan, tidakkah itu wajar2 saja? jap.. berhenti jap sampai bab ini.. balik pada citer asal.. rujuk balik hadis yg kita sebut tadi, maka tidakkah maksud hadis itu dalam konteks demokrasi bermakna haram kita menjatuhkan pemimpin ketika dia masih memimpin dalam jangkamasa yang dipersetujui.. dan tidak haram jika kita bercadang mengganti pemimpin setelah tamat tempoh yang dipersetujui..

ok balik pada sistem pilihanraya.. dah jadi rahsia umum, mmg ada penyelewengan dalam pilihanraya.. dulu takder sapa tahu.. pembangkang pun tak tahu, tapi lepas zaman ramai yg dulunya org kuat parti memerintah jadi pembangkang maka rahsia dah bukan rahsia, sebab yg pindah jadi pembangkang nih lah yg dulunya dok selewengkan utk parti yg memerintah menang pilihanraya.. kemudian ditanya pula kenapa pru yg lepas pembangkang menang sampai 4 negeri.. ini pun dah jadi rahsia umum, terutama pada org2 parti pemerintah sendiri.. diorg tahu kenapa pembangkang boleh menang.. panjang senarai dalam mesyuarat post-mortem.. jadi jangan guna alasan sistem pilihanraya kita cukup telus kerana pembangkang boleh menang..

itu pru yang lepas.. tapi pru yg nak datang parti pemerintah lebih bersedia.. bukan sekadar bersedia untuk menang pilihanraya tapi juga dah lebih bersedia nak memastikan kemenangan.. cuma soalannya berapa besar sebenarnya citer seleweng pilihanraya nih memberi kesan pada kemenangan? sebab kalau besar sangat, apa lah parti memerintah nak susah hati sangat psal pilihanraya, buat bila2 masa pun boleh menang.. ini yg takder sapa boleh jawab.. yang pasti org2 politik memang tahu betapa pentingnya 'kelebihan' ini pada kemenangan mereka, setidak2nya kemenangan peribadi mereka sendiri..

hanya saja jika ada calon pemimpin boleh gunakan 'kelebihan' ini, maka tidak adil lah pada calon2 lain.. baik dari parti pembangkang mahupun parti pemerintah sendiri.. sebab kepada parti pembangkang, 'kelebihan' ini akan digunakan untuk mengalahkan mereka.. kepada sesama parti pula, 'kelebihan' hanya akan digunakan pada calon2 tertentu sahaja.. maka keinginan untuk mendapatkan sistem pilihanraya yang tidak memihak secara tidak benar mmg patutlah disokong oleh semua.. tapi kenapa ada yang marah2? kenapa sampai berbalah2? bukan nak gulingkan pemimpin yang ada tuh sekarang, tapi nak bagitahu minta tolong janganlah seleweng lagi pilihanraya akan datang..

inilah hebatnya demokrasi.. walaupun tagline asalnya "dari rakyat, untuk rakyat" namun ahi politik sangat hebat dan bijak memanipulasi apa juga perkara untuk mempromosikan diri mereka.. parti pemerintah tak suka org bantah kerana nampak pula seperti mereka menang selama ini mmg seleweng.. parti pembangkang pula sokong bantah sebab nak tunjuk diri mereka lebih jujur dari pemerintah.. padahal rakyat membantah supaya mereka tidak merasa tertipu ketika mengundi.. tak kisahlah mana2 yg menang sebab jika sistem pilihanraya itu telus maka siapa pun yang menang itu memang dipilih oleh majoriti rakyat yang keluar mengundi..

bukan ke sama macam keadaan kita bagai nak rak menjerit2 menyokong pasukan bolasepak kesayangan kita, tapi kemudiannya kita tahu bahawa keputusan perlawanan dah ditetapkan oleh tokeh judi.. tak ker rasa membodohkan diri? bila dah tau mestilah tak puas hati.. mestilah nak bantah.. yang tak bantah psal pasukan bola dia menang, apa kata kalau pasukan bola dia pula yang dijadualkan kalah oleh penjudi.. diorg pun mesti bantah juga.. ye tak? kecualilah kalau dia mmg benci bola dan mmg siapa pun yang jadi juara tidak akan memberi kesan pada hidup dia.. dan kalau beri kesan pun dia tak peduli..

jadinya bila orang tanya aku sokong ke tidak orang ramai2 keluar demonstrasi ke jalanraya untuk buat bantahan, aku berpendapat bahawa aku setuju dengan sebab dan niat.. setuju tentang niat bantahan untuk hilangkan penyelewengan dalam pilihanraya. dan agak setuju sebab kena buat demo umum kerana tiada cara lain.. apa cara lain yang efektif? sila tunjuk jalan.. kalau ada yang kata kalau tak setuju tunjuklah masa mengundi, maka aku kata mmg itulah tujuannya.. dan nak tunjuk masa bertanding kenalah bersihkan gelanggang dan pastikan pengadilnya tak berat sebelah. ker salah fahaman aku ni?

aku juga berpendapat bahawa aku berlapang dada jika ada yg memilih untuk berdemo.. bagi aku wajar mereka diberi peluang untuk melakukan apa yang mereka rasa 'benar' setelah mereka memberi peluang yang sama kepada kita selama ini untuk berdiam diri dan menunggu detik demi detik yg tidak juga datang untuk bertindak.. kita dah dapat peluang tuh, maka mereka juga perlu diberi peluang.. kerna mereka merasakan apa yg kita 'lakukan' tidak menambah baik kehidupan pada kacamata mereka.. mungkin juga cara mereka betul.. jika tak betul maka akan lebih jelaslah nanti apa yang tak betul.. apa pun aku perlu hormati kewajaran untuk mereka diberi peluang melakukan sesuatu dengan cara mereka..

kalau org kata demo tuh hanya alasan, aku hanya berpendapat bahawa setiap orang ada hak untuk melakukan apa yang dia rasa betul.. lagipun banyak sangat kisah yang tak tersingkap dengan jujur tentang apa yang dah berlaku.. aku rasa yang buat kecoh tuh mmg hadir dengan azam menjadi samseng politik, bukan dengan niat nak minta pilihanraya adil pun.. maka ramailah yang jadi mangsa, pun begitu aku tidaklah membenarkan mana2 yang salah.. yg datang niat betul tuh betul, yang datang niat salah tuh salah.. yang berlaku dah berlaku seadanya..

tapi kalau tanya pendapat aku.. demokrasi tuh sendiri aku tak setuju.. sebab jangan anggap bila aku tulis macam ini aku anti-kerajaan.. aku berpegang pada hadis tuh.. haram jatuhkan pemimpin selagi dia masih solat.. jadi jangan pula orang2 kerajaan rasa aku kutuk habis kerajaan.. aku hanya sebut pemerintah dan pembangkang dalam konteks demokrasi itu sendiri.. org yang memegang tampuk kuasa..  dalam demokrasi kita boleh pilih pemimpin.. cuma kita perlukan wadah yang lebih baik dalam proses nak memilih.. baik nak pilih parti dacing ganti parti mata satu memerintah, mahupun memilih parti bulan ganti parti parti roket memerintah.. dalam konteks ini, aku berpendapat pemimpin2 ini bukan pemimpin yg dimaksudkan dalam hadis tersebut.. tak haram nak ganti..

kerna kalo tidak, demokrasi tuh menyuruh kita buat benda haram setiap 4 tahun lah.. walaupun aku lebih cenderung setuju.. baik kita ganti jer sistem demokrasi tuh, lagipun demokrasi mmg dah lama jadi alat alat untuk org2 yang jahil dan fasik mendapat laluan menjadi pemimpin.. demokrasi adalah cara untuk orang2 bodoh dan hina menduduki tempat terhormat.. dan banyak lagi perkara2 menakutkan yang disebut dalam hadis2 tentang akhir zaman.. tapi mungkin juga semua ini berlaku kerna memang sudah sampai masanya ia berlaku.. maka bagaimanakah kita berpihak? moga Tuhan memberi petunjuk kepada kita semua.. amin.

wallahualam..
Read On 2 ulasan

muzik panggilan dajal?



terdengar lantunan qasidah maulid mendayu.. bergetar rasa rindu pada Nabi saw.. gendang sikit2 boleh lah.. bunyi gendang tuh menyedapkan qasidah.. bunyi sedap tuh nikmat Tuhan bagi.. ada ramai juga yang tak dapat rasa sedap dengar qasidah sama ada bergendang mahupun tidak.. bila terasa sedap tuh alhamdulillah... tapi jangan terlayan rasa sedap bunyi gendang.. nanti terbiasa maka jadi bahaya terutama bila dajal muncul..

pernah dengar dongeng orang putih yang cerita pasal sebuah bandar yang diserang tikus.. akhirnya datang seorang budak yang boleh pikat tikus2 tuh dengan tiupan serulingnya dan bawa tikus tuh terus masuk ke dalam api.. maka terselamatlah bandar tersebut.. seorang sahabat beritahu aku itu misal cerita dajal..

bila dajal muncul nanti, dia akan tiup 'seruling' dia dan semua akan berlari2 mengikut arah bunyi itu mendapatkan dajal.. waima jika diikat dengan rantai besi di dalam masjid pun, akan diputuskannya kerana terpesona dengan bunyian seruling dajal.. sahabat aku kata mereka2 ini adalah orang2 yang suka dengar lagu dan nyanyian2 yang melekakan..

jadi kalau macam tuh haramkah dengar lagu dan muzik? bukankah lagu dan syair itu juga ciptaan Tuhan dan merupakan nikmat ilmu yang Tuhan kurniakan kepada manusia? betul.. betul sangat.. cuma jangan sampai jadi kafir.. ingat kisah harut dan marut?

alkisah dua malaikat diturunkan ke bumi untuk mengajar sihir pada satu zaman. kita kata sihir tuh sesat, tapi jangan lupa segala ilmu dalam dunia ini, baik dan jahat, adalah ilmu Tuhan.. dan jangan lupa bahawa sihir itu diajarkan oleh malaikat kepada manusia, namun ingatlah bahawa sebelum harut dan marut mengajarkan sihir itu, telah pun diperingatkan kepada manusia bahawa jangan jadi kafir kerana ilmu itu.. ilmu tak sesat, yang sesatnya manusia, bila tak faham.. nauzubillah..

maka bukankah qasidah itu juga lagu? hijrah Nabi saw sampai ke madinah juga disambut dengan qasidah.. benar.. benar lagi.. dan jadikanlah lagu2 yang ingin kita dengar dan nyanyikan itu menimbulkan rasa rindu pada Tuhan dan Nabi saw.. bila kita lagukan, terasa hati mengingat Tuhan, terasa sayu merindu Nabi saw.. ada hati kita rasa macam tu?

biasanya bila kita sedih, kita buka lagu sedih.. bila dengar lagu sedih tuh, apa yang kita teringat? kalau bukan ingat Tuhan atau Nabi saw.. maka tutuplah.. bila kita rasa lesu, kita buka lagu semangat, apa yang kita ingat bila kita jadi semangat? hati kena selalu ingat Tuhan, sebab syaitan memang tak bagi peluang langsung.. kita leka satu saat pun dia akan sempat2nya datang mencelah.. hati2 dengan perkara yang zahir kelihatan bagus tetapi punya implikasi jiwa yang sangat bahaya..

jadi sama dengan bunyi gendang masa qasidah.. boleh bergendang untuk bagi tambah kekuatan pada rasa rindu dan semangat.. tapi jangan sampai terlena dengan gendang sampai lupa apa tujuan kita berqasidah.. sama macam menyanyi lagu pop dan rock.. ada juga lagunya lirik ketuhanan, alhamdulillah, tapi muziknya pula sedap sangat sampai terbuai2 syok dengar muzik sampai lirik tuh hanya sebutan saja.. terbalik.. patut lagu menambah rasa pada lirik, tapi lirik pula penambah rasa pada muzik.. ini yg jadi pening.. lainlah bila dengar muzik sedap tuh, terbetik dalam hati betapa agungnya Tuhan mencipta bunyi2 yang sangat indah dan seterusnya kita memuji Tuhan dalam setiap petikan gitar dan tiupan seruling..

intinya mudah saja.. nak dengar lagu, boleh.. nak main muzik, boleh.. tapi tanya balik pada diri kita.. masa dengar lagu tuh cuba kaji balik apa yang kita dok ingat masa tuh.. dalam masa syok kita melentukkan jiwa tuh, apa yang kita ingat.. kalau bukan Tuhan, kalau bukan Nabi saw, berhentilah.. tinggalkan.. sebab yang kita takut di akhir zaman ini ialah fitnah dajal.. yang dikatakan fitnah dajal adalah pembohongan dajal sehingga kita sendiri tidak dapat menolak kerana hati kita dah terikat dengan dunia..

dan bilamana kita melayan lagu sampai menangis.. bukan menangis sebab minta ampun kat Tuhan kerna teringat dosa2 kita tapi menangis pasal kesiankan diri kita sendiri yang tak dapat macammana orang lain dapat, kita dok teringat keseronokan orang lain sampai hati kita sendiri sakit, rasa dunia tak adil, rasa Tuhan tak adil, tutuplah lagu tuh.. ambil wuduk dan solat sunat, atau buka Quran baca tiga baris..

bila dengar lagu2 melekakan yang kita suka sangat tuh, cuba tiba2 tutup, apa rasa hati kita? geram? marah? sebel? begitulah juga rasanya nanti bila ada orang menghalang kita dari mengikut alunan seruling dajal.. sedangkan kita tahu siapa dajal, tapi kita tidak dapat menolaknya kerna kita telah lama berlatih mendengar dan mencintai bunyi serulingnya.. nauzubillah..

jadi sekali lagi, panduannya mudah saja.. bukan hanya masa dengar lagu tapi dalam apa sahaja yang kita duk buat, cuba perhatikan, cuba rasa2kan.. ada tak kita ingat Tuhan masa tuh? ada teringat Nabi saw? kalau tak ingat maknanya benda tuh dah melekakan kita.. tinggalkan sebelum kita sesat makin jauh.. sesat tuh bukan sebab kita tak ikut syariat atau syirik, tapi sesat sebab kita makin jauh dan makin jauh.. takut2nya bila dah jauh sangat kita lupa dan tak nak cari jalan balik.. nauzubillah.. sementara belum jauh sangat nih, marilah kita balik sama2 ke pangkal jalan.. amin..
wallahualam..
Read On 0 ulasan

bila surau dirobohkan..


kengkawan ramai tanya kenapa blog aku jadi bisu sekian lama. walaupun mmg sebenarnya aku tak sangka ada orang yang menunggu dan membaca apa yang aku tulis, tapi aku lebih risau sebenarnya bila nanti yang mempolitikkan kerna aku melihat terlalu banyak kemarahan dan kebencian dalam masyarakat. namun kali ini, bila orang mula berbalah kerna sebuah surau lama, aku tercuit pula.

orang melayu dengan surau nih sensitif. apalagi sekarang nih nak tulis melayu pun boleh sensitif sesama melayu, sebab masyarakat dah berpecah jadi peranakan Melayu dan peranakan Islam. rasanya lebih molek aku guna istilah nih sebelum dikucar-kacirkan apa yang aku nak sebut.aku tak kisahlah sama ada korang peranakan Melayu atau peranakan Islam, tapi aku nak sebut psal budaya dua2 peranakan ni.

maka hebohlah sebuah surau lama yang katanya sudah berusia 100 tahun akan dirobohkan dan akan diganti dengan kompleks membeli-belah. yang jadi sensitif ialah pada pendapat bangsa peranakan nih, surau adalah simbol agama, simbol akhirat, manakala kompleks membeli-belah adalah simbol kapitalis, simbol dunia. maka bila dikhabarkan tajuk yang sedemkian maka buruklah bunyinya.

pertamanya yang aku nak sebut ialah betapa hebohnya bila orang nak runtuhkan surau padahal yang heboh bukan kariah situ pun, bukan pernah singgah untuk solat dalam surau itu pun. surau tuh pada hakikatnya sama taraf dengan masjid, hanya di negara kita yang mengguna nama surau nih tak boleh digunakan untuk solat jumaat saja. maka surau perlu diimarahkan seperti mana mengimarahkan masjid. jika surau dibiarkan kosong dan hanya ada satu saf yang tak penuh, tak guna buat surau besar2. kalau ada surau tapi tak digunakan sampai yang nak azan pun takder, rasanya lebih afhdal diruntuhkan, kalau tidak sama seperti masjid yang dibiarkan kosong, satu kariah kena tanggung.

keduanya, satu lagi fenomena yang nak buat surau banyak2. sampai kadang2 aku tengok selang tak sampai sebatu dah ada satu surau lagi. kalau setiap surau tuh penuh aku tak hairan juga, macam kat indonesia, semua surau penuh, bila solat jumaat hampir tiap bangunan akan buat solat jumaat, itu pun sampai melimpah-limpah. tapi surau-surau kampung kita pulak nak bagi penuh masa solat terawih pun susah. awal kita buat surau-surau nih supaya kariah yang dekat-dekat sempatlah datang berjemaah sebab masjid yang ada jauh, jadi masih dapat berjemaah solat fardhu. cuma kadang2 aku nampak buat surau nih pun politik. bila kenduri pun kena tgok mana kariah surau mana, kalo lain surau macam tak boleh dijemput pulak pak imamnya untuk datang baca doa kenduri.

ketiganya, tanah waqaf memang boleh diganti, dengan syarat tanah gantinya haruslah sama nilai dengannya. jadi kalau tempat itu lebih kuat maslahat ekonomi, maka untuk jemaah kita boleh jual dan ganti dengan kawasan lain yang sama nilai. fatwa dah ada, carilah, tak perlu aku nak ulas panjang2 bab hukum nih. cukup sekadar bagitahu.

keempat, kata yang membuat perancangan tuh, antara syarat tanah waqaf itu dibangunkan ialah pemaju akan menyediakan pula surau yang lebih baik di dalam kompleks tersebut. alhamdulillah. tanah waqaf berganti, namun tetap ada surau, mudah-mudahan suraunya lebih selesa dan dapat jadi contoh pada kompleks membeli-belah yang lain.

sebagai penutupnya, aku cuma nak sebut bahawa kita bersangka-baiklah. banyak sangat kebencian dan marah sampai kadang2, kalo masa nih selalunya, benda yang elok pun kita kata tak elok hanya sebab sentimen politik. kalo yg bersentimen tuh orang politik aku fahamlah jugak, tapi orang2 yang takder kepentingan politik pun melebih dari orang politik, itu yang aku kadang2 sedih. sedih sebab kita takkan kemana-mana kalo sesama kita saling tuduh menuduh, biarlah orang politik saja yang buat kerja tuh, kita jagalah silaturrahim. aku tulis nih pun bukan sebab parti peranakan Islam betul dan parti peranakan Melayu salah. yang betul tuh betullah, yang salah takkan nak kata betul pulak. kita doalah yang baik2. kalo kita dok cakap benda tak elok, hari2 doa tak elok, nanti yang terkabul pun tak elok juga.

cukuplah kot. wallahualam.
Read On 2 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008