mandeliar, tuah dan jebat..


"Tronoh turun! Tronoh turun!"

Jeritan 10.40am oleh adun-adun BN kepada V.Sivakumar, Speaker DUN Perak, selepas Hee Yit Foong, Timbalan Speaker, mengesahkan penyingkiran V.Sivakumar sebagai Speaker DUN Perak.


"Haram! Haram!"

Jeritan 11.05am oleh adun-adun PR selepas Hee Yit Foong, Timbalan Speaker, mengesahkan Datuk R.Ganesan sebagai Speaker DUN Perak yang baru.


"Out! Out!"

Jeritan 12.20pm oleh adun-adun BN menenggelamkan suara bekas Speaker DUN Perak, V.Sivakumar, yang berkata sesuatu tetapi mikrofon beliau telah dimatikan.


"Bubar! Bubar!"

Jeritan 3.00pm oleh adun-adun PR membantah usul Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, adun Pangkor, untuk memulakan persidangan DUN Perak.

Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008