Showing posts with label culture. Show all posts
Showing posts with label culture. Show all posts

cara menyelamatkan tanah rezab melayu?






ketika ditakdirkan bermusafir di uzbekistan beberapa tahun dulu, sedang duduk-duduk beristirehat menikmati secawan kopi dalam dingin musim sejuk memandang ke arah kawasan pergunungan di daerah Tchimgan, aku bertanya kepada satu-satunya sahabat baikku ketika itu tentang bagaimana mahu membeli tanah di kawasan tersebut.. matanya tepat memandang ke dalam mataku dengan wajah kehairanan.. dan dia bertanya, "kenapa nak beli?"

maka aku berkisah padanya betapa damainya kawasan tersebut dan potensi untuk membangunkannya. dia berkata bahawa dia hanya perlu meminta kebenaran pada pejabat tanah. katanya semua tanah adalah kepunyaan pejabat tanah, bukan milik persendirian.

beberapa tahun dulu aku sering menimbulkan persoalan, ketika senam minda bersama kawan-kawan, mengenai logik kenapa kerajaan harus membayar pampasan kepada penduduk setinggan. sedangkan secara teorinya, penduduk setinggan itu menduduki tanah yang bukan miliknya dan membuat keuntungan. seharusnya penduduk setinggan itu yang membayar pampasan kepada tuan tanah. begitulah logik fikiranku ketika itu.

namun beberapa hari kelmarin, aku memahami persoalan itu dari perspektif yang berbeza. dan dengan memahami itu juga aku dapat mengerti betapa rumitnya persoalan kewarganegaraan bangsa bukan melayu diwaktu zaman aman selepas merdeka. ini hanya satu pandangan dari sudut yang sedikit berbeza.

antara soalan yang aku sering tanyakan ialah adakah tanah yang kita miliki itu benar-benar milik kita? kerna, walaupun tidak ramai yang tahu, kerajaan boleh mengambil alih tanah milik kita yang tidak kita usahakan. dan walaupun kita usahakan atau kita duduki, kita masih membayar cukai tanah kepada kerajaan, bermakna kita bukan pemilik penuh tanah tersebut, kita hanya memiliki hak untuk mengusahakannya. tanah kita adalah milik kerajaan, atau lebih mudah difahami adalah milik raja atau sultan negeri kita. kerna itu raja atau sultan berhak 'membuang negeri' iaitu menghalau kita dari menduduki tanah miliknya.

hanya saja selama mana kita punya hak atas tanah tersebut, kita boleh melakukan apa sahaja termasuklah menjualnya. dan ada pula seorang sahabat memberitahu bahawa tanah yang kita bayar itu hanyalah hak sedalam beberapa kaki sahaja. apa sahaja yang di bawah bumi dalam kawasan tanah kita masih milik kerajaan. 

merujuk kepada kes pulau batu putih, pihak penghakiman memutuskan singapura berhak ke atas pulau tersebut salah satunya ialah kerana terdapatnya aktiviti singapura di kawasan tersebut berbanding negara lain. 

perkara ini juga yang menjadi asas mengapa tanah melayu dianggap milik orang melayu sedangkan kita mengakui akan hadirnya orang-orang asli mendiami kawasan ini sebelum dibangunkan dengan tamadun melayu. persoalan hak adalah bergantung kepada siapa yang mengusahakannya.

dari sudut pandang ini, maka penduduk setinggan yang diarahkan berpindah seharusnya dibayar pampasan kerana mereka yang mengusahakan tanah tersebut. malah jika perspektif ini diambil kira, tuan tanah asal sudah kehilangan hak ke atas tanah tersebut kerana secara pastinya dia tidak membangunkan tanah tersebut dan tidak pernah menghalang orang lain membangunkannya, kecuali jika tuan tanah itu sendiri yang menyewakan tanahnya untuk dibangunkan oleh para setinggan.

seorang sahabat pernah mengetuk akalku dengan pertanyaan, "kenapa perlu beli rumah banyak-banyak? bayangkan jika setiap keluarga hanya dibenarkan mempunyai satu rumah sahaja, atau hanya sekeping tanah, tidakkah lebih ramai orang akan berkemampuan untuk membeli rumah? tidak perlu ada yang berebut dan berbunuhan pasal tanah yang kemudiannya tidak diusahakan."

aku cuma menjawab bahawa sekarang ini tidak ada cukup tanah untuk diberikan pada setiap keluarga. dan tanah juga adalah salah satu bentuk perniagaan. dia kata, "ini semua poyo. itu adalah ilusi yang didogmakan pada setiap orang oleh kapitalis."

merenungi setiap patah perkataannya setelah itu, aku memahami sudut pandangnya. tanah yang kita miliki bukan sepenuhnya milik kita. kita hanya berhak kerana kita mengusahakannya. namun tidak bermakna kita boleh menolak apabila kerajaan mahu mengambil alih hak atas tanah tersebut, kita hanya boleh menolak hitungan pampasan. itu sahaja. tidak ada tanah yang bebas dalam dunia ini, semuanya telah dipunyakan oleh para raja dan para pemerintah dan dibahagi-bahagikan dengan nama negara, atas sebab keselamatan. 

awalnya orang-orang bayar cukai kerna kerajaan ini melindungi mereka, tetapi kerna memang dasar hidup manusia yang kuat itu kudrat, akhirnya orang-orang yang mambayar cukai ini bersetuju menjadi rakyat dan menyerahkan merdeka secara total kepada siapa sahaja yang melindungi mereka. dan kini kita pula tidak boleh sewenang-wenangnya mendirikan rumah di atas mana-mana tanah wiama di dalam hutan sekalipun, kerna semua tanah dalam dunia ini telah dijajah sepenuhnya menjadi kepunyaan kuasa-kuasa yang membahagikan sesama mereka atas nama negara.

walaupun bunyinya seperti itu tapi realitinya sememangnya setiap kelompok orang perlu tempat bernaung dan berlindung dari kejahatan kelompok lain. maka tidak hairanlah jika peniaga haram bersetia kepada kongsi gelap yang melindungi mereka, sepertimana pengikut yang menaksubkan diri kepada pemimpin, sebagaimana rakyat merajakan pelindungnya. ini adalah fitrah manusia.

apa yang menjadi persoalan ialah ilusi mengenai kemerdekaan. pada ramai orang, mereka memaksudkan merdeka itu sebagai kebebasan dalam berbuat apa sahaja dan sebagai satu pengesahan tentang hak mereka; walaupun dari satu persepktif ada kebenarannya.

contohnya, walaupun tanah melayu ini dibangunkan pada awalnya oleh orang melayu dan diperakui kedaulatan negara melayunya selama beratus tahun, namun atas pendirian yang sama, orang bukan melayu setelah zaman merdeka merasakan bahawa mereka juga, malah merasakan mereka melakukan lebih banyak, membangunkan negara ini selama lebih 50 tahun, maka mereka juga merasa berhak dianggap lebih dari sekadar diberi 'hadiah' kewarganegaraan. mereka mahu diakui sebagai pemilik bersama negara ini dan diberi hak yang sama. ini rasional mereka.

aku faham bilamana isu sebegini dibuka maka ia akan dianggap berbau perkauman, berbanding dong zong yang memperjuangkan untuk meletakkan bahasa dan kebudayaan cina menjadi asas budaya 1malaysia. kita akan dianggap perkauman kerna kita adalah pemilik asal, jika kita pendatang maka ia bukan perkauman kerna dianggap mereka hanya sekadar memperjuangkan survival mereka. 

kerna walaupun mereka merasa berhak menjadi pemilik bersama tanah ini, kita masih menganggap bahawa mereka masih belum faham budaya dan agama kita. kita berlunak kerana kta faham bahawa sistem pendidikan yang kita ada selama 50 tahun ini belum dapat mengajar mereka faham bahasa melayu dengan baik, dan kerna itu kita setuju bahawa sekolah vernikular harus diteruskan supaya mereka tidak ketinggalan di tanah ini kerna sukar berbahasa melayu. 

malah menginsafi bahawa mereka baru beberapa keturunan hidup di tanah melayu ini dan memahami kesukaran hidup mereka jauh dari tanah kelahiran datuk nenek mereka, maka menteri kita merasa harus menghormati tetamu yang telah kita anggap saudara dengan mengangkat dan mengesahkan kepentingan bahasa mereka dan berjanji akan terus mengekalkan sekolah vernikular dan memberi bantuan lebih banyak, supaya mereka mampu untuk berlari tanpa ketinggalan dan tidak merasa rendah diri ketika bersama orang melayu.

dan sesetengah orang melayu sendiri merasakan orang bukan melayu juga harus diberi peluang untuk mentadbir sesuai dengan status warganegara mereka. malah mereka juga perlu diberi peluang menjadi pemimpin kepada orang melayu, supaya orang melayu juga boleh belajar sesuatu dari itu.

semua ini terdengar ideal, namun hanya ada satu sahaja yang menjadi kesukarannya. ketika orang melayu boleh berbaju melayu sambil memasang lampu pelita tujuh likur dan membakar mercun berdentam-dentum tanpa kekok  di hari perayaan melayu, mengapa orang bukan melayu masih pelat berbahasa melayu? dan yang lebih menghairankan betapa ramainya anak-anak muda bukan melayu yang tidak tahu berbahasa melayu. tidak seperti di indonesia, thailand dan filipina? jika mereka tidak dapat memahami bahasa melayu, apatah lagi untuk mereka memahami budaya melayu.

ternyata selama 50 tahun ini, orang melayu dapat beradaptasi dan mengasimilasi budaya bukan melayu sebagai tanda muhibbah tetapi yang manakah budaya melayu yang diserapkan ke dalam budaya orang bukan melayu? begitu juga persoalan 1Malaysia yang kebanyakannya disokong oleh orang melayu manakala orang bukan melayu pula mempopularkan budaya mereka sebagai budaya 1malaysia. maaf jika ini terdengar rasis. bukan itu yang jadi tujuanku.

maka kembali kepada isu pemilikan tanah, mengapa orang melayu berlumba-lumba mengumpul hak memiliki tanah? adakah kerna mereka benar-benar mahu mengusahakannya? atau mereka hanya mahu menunggu harga tanah mereka naik untuk dijual? atau mereka menunggu kerajaan mengambil tanah tersebut untuk mendapat pampasan? teringat seorang kawan mengutarakan isu rezab melayu dan berapi-api mempertahankannya, namun hujungnya hanya sebuah lagi retorik politik yang memusatkan segala kesilapan kepada pemerintah yang baginya harus ditukar. baginya tidak ada yang boleh dilakukan oleh rakyat.

namun telah berpendapat pula seorang sahabat mengatakan bahawa ada beberapa instrumen ekonomi yang boleh digunakan untuk menyelamatkan tanah rezab melayu mahu pun tanah-tanah bukan rezab untuk orang melayu. salah satu caranya ialah wakaf. selama ini wakaf, secara popular, hanya diasosiasikan dengan pembinaan masjid, madrasah, dan tanah kubur. yang masih belum dipopularkan ialah wakaf untuk kawasan perniagaan dan perumahan. 

bayangkan jika orang melayu punya tanah wakaf untuk kawasan pasar yang hanya boleh digunakan oleh orang melayu, mungkin boleh disewakan atau mungkin juga boleh percuma, dimana peniaga hanya membayar kos pengurusan sampah. apabila tapak meniaga percuma, tidakkah ia akan merendahkan kos seterusnya akan merendahkan harga barang yang dijual? secara tidak langsung ia sedikti sebanyak menjadi penampan kepada kenaikan harga. dan yang dibayangkan oleh sahabat aku itu bukan sekadar tapak pasar malam tetapi sebuah kompleks perniagaan. aku tidak dapat begitu membayangkan apa yang diperkatakannya tetapi aku memahami konsepnya.

dia juga menambah betapa perlunya ada tanah wakaf untuk perumahan. ini lebih sukar untuk dibayangkan kerana kebanyakan orang isu pemilikan rumah itu adalah penting. rasional sahabatku itu ialah begini. terutama di kawasan bandar, kebiasaannya orang muda yang berhijrah dan bekerja di bandar hanyalah bersifat sementara dan sentiasa berpindah-randah. sementara dalam maksud kebanyakan yang bersara memilih untuk kembali ke kampung halaman masing-masing. 

walaupun kebanyakan orang berpendapat lebih baik bayar kat bank setiap bulan dimana nanti akan menjadi milik, daripada bayar sewa tiap-tiap bulan. yang menjadi isunya ialah bayaran sewa bulanan dan bayaran ansuran sewabeli rumah dengan bank adalah dalam lingkungan nilai yang sama. ini berlaku kerana yang menyewakan rumah juga kebiasaannya masih berhutang dengan bank. bayangkan, katanya, sewa rumah ini di tanah wakaf. maka tidaklah perlu disewakan begitu tinggi, terutama kepada para pelajar. jika sewa rumah ini rendah, dia bayangkan setengah dari apa yang dikatakan nilai sewa semasa, maka setengah dari nilai tersebut boleh disimpan oleh penyewa untuk nanti membeli rumahnya di kampung secara tunai. tidakkah ini menyelamatkan ekonomi orang melayu?

namun inti dari cadangannya ini ialah oleh kerna tanah itu tanah wakaf, maka setinggi apa pun nilai tanah itu, ia tidak boleh dijual. semakin banyak tanah yang diwakafkan maka semakin banyak 'rezab' melayu diselamatkan. tidakkah ini boleh dilakukan oleh semua orang melayu untuk orang melayu? dan dengan wakaf ini juga kita dapat membebaskan tanah dari kerajaan. aku memahami pendapatnya walaupun aku juga pernah terdengar betapa tanah wakaf juga dimanipulasi dan ditukar status oleh ahli politik yang sangat bijaksana.

aku faham jika ramai yang tidak dapat menerima idea ini kerana kebanyakan dari kita menganggap hartanah adalah sebahagian dari profil kewangan kita. dan profil kewangan kita menunjukkan selama mana kemampuan kita untuk berjaya secara ekonomi. ini ekonomi kapitalis kata seorang sahabatku yang lain.

pada pendapatnya, kejayaan ekonomi dalam Islam bukan secara individu. kehebatan ekonomi di zaman Nabi saw dan para sahabat tidak diukur dengan kekayaan individu. hampir seluruh sahabat yang kita kenali sebagai hartawan tidaklah terlihat seperti hartawan di zaman ini. hartawan mereka diukur dengan zakat, infaq dan sedekah mereka. Umar ra infaq separuh hartanya pada ummah, Abu Bakar ra infaq seluruh hartanya. bayangkan penduduk palestin tidak mengenal yang mana satu Umar ra dan yang mana pembantunya ketika beliau tiba di baitul muqaddis. begitu juga dikisahkan di zaman Umar Abd Aziz dimana sukarnya mencari orang yang mahu menerima zakat. ini ekonomi Islam. kekayaan adalah dalam jemaah bukan individu.

maka balik pada diri kita, kenapa kita tidak mahu mencontohi ini? bukan kerna kita tidak mampu tetapi kerana kita tidak mahu percaya dan tidak mahu yakin bahawa sistem Islam ini boleh berjaya di zaman ini. kita takut jadi miskin kerna menginfaqkan harta kita. ini iman kita.

bayangkan betapa ramai dari kita mengelak untuk membeli tanah yang berstatus rezab melayu kerana kita merasa nilai jualnya rendah. namun di masa yang sama kita merungut rezab melayu ditukar status dan dijual kepada orang bukan melayu. ironi, kita sendiri tak mahu tapi kita marah bila orang lain mahu.

ramai dari kita beli rumah, tanah, dan harta-harta yang lain bukan kerana Allah swt. mungkin sebab dulu ita tak tahu. maka sekarang marilah kita menilai semula kewajaran status harta-harta yang kita ada. ini cadangan seorang sahabat aku: senaraikan seluruh harta dan tuliskan kenapa kita membelinya dahulu dan kenapa pula kita harus mempertahankannya sekarang. mudah-mudahan alasan kita mempertahankan harta tersebut kerana Allah swt, bukan kerana nafsu untuk jadi kaya atau dihormati. kemudian, tepuk dada dan tanya semula diri kita sebanyak tiga kali, benarkah kerana Allah swt?

wallahualam.



Read On 2 ulasan

bangsa yang sentiasa rugi



sama ada kita perokok atau tidak, sama ada kita pernah pegang kotak rokok atau tidak, aku percaya semua orang tahu di kotak rokok ada amaran yang mengatakan rokok itu membahayakan kesihatan. kalau di negara lain amarannya lebih keras, bukan setakat membahayakan kesihatan, tapi merokok itu membunuh.. smoking/tobacco kills.. kalau betul semua amaran ini, kenapa rokok masih diberi lesen untuk dijual? kenapa tidak diharamkan terus sepertimana dadah diharamkan? ada isu hak asasi? kebebasan bersuara dan berpendapat? adakah untuk mati juga merupakan hak asasi dan kebebasan memilih? atau adakah memang rokok itu sebenarnya tidak begitu mudarat dan iklan itu dilakukan secara berlebihan?
 
begitu juga dalam Islam terang-terang dijelaskan dalam al-Quran bahawa riba itu haram. dalam ayat 275 surah al-Baqarah disebut orang yang memakan riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan kerana gila, barangsiapa mengulanginya maka mereka akan menjadi penghuni neraka, dan kekal di dalamnya. malah ayat 279 surah al-Baarah sebut dengan jelas Allah swt memberi amaran yang keras jika kita tidak meninggalkan sisa riba maka Allah swt dan Rasul-Nya akan memerangi kita. nauzubillah. tapi kenapa kita masih menghalalkan riba dalam bank? malah orang Islam yang berurusniaga riba dengan meriahnya. mengapa tak bubarkan saja? adakah kerana kita tidak boleh buat apa-apa? atau kita tak mahu buat apa-apa?
 
kita sebut perbankan Islam sebagai alternatif. mengapa kita sebut alternatif? adakah umat Islam masih bebas untuk memilih urusniaga riba yang terang benderang haramnya? kenapa tidak haramkan saja semua perbankan yang berasaskan riba sepertimana kita mengharamkan judi untuk orang Islam? kenapa kita tidak boleh buat semua ini? atau adakah kita tidak mahu dan tidak peduli sebenarnya? kenapa orang Islam masih diberi alternatif untuk emmilih sesuatu yang sudah jelas halal-haramnya? atau mungkinkah perbankan Islam yang kita ada tidak sehalal yang kita sangkakan? dan jika kita rasa patut orang Islam diberi pilihan untuk memilih riba, tidakkan orang Islam juga patut diberi pilihan untuk berjudi? bukankah riba itu lebih dahsyat amarannya dari Allah swt?
 
hidup kita sudah semakin jauh dari Islam sekarang ini. pernah suatu ketika seorang sahabat mengadu bahawa dia sudah dianggap hebat dan alim dipersekitarannya hanya kerna dia solat 5 waktu. seorang sahabat lain mengadu betapa dia sekarang dianggap ustaz oleh saudara-maranya hanya kerna dia menyampaikan sepotong hadis yang baru dipelajarinya daripada facebook. ini paradigma Islam kita. solat 5 waktu itu, kalau dianggap peperiksaan, hanya sekadar cukup makan saja. jika masyarakat merasakan yang tidak tinggal solat 5 waktu itu sudah hebat, masya-Allah, bagaimana sebenarnya keadaan masyarakat kita? ini hanya asas sebagai muslim. solat 5 waktu belum alim dan wara, hanya syarat asas mengaku muslim. adakah kita rasa hebat setakat memenuhi syarat asas sahaja?
 
kadang-kadang kita jadi sedih bila fenomena tinggal solat itu dianggap perkara biasa. sedangkan ketika Saidina Umar ra ditikam, para sahabat memberitahunya bahawa solat jemaah telah berakhir, Umar ra terus berusaha bangun berdiri untuk solat dalam keadaan tubuhnya masih berdarah. ketika ditanya oleh para sahabat, jawab beliau, "tidak ada bahagian dalam muslim bagi orang yang meninggalkan solat."
 
jika kita rasa biasa apabila sahabat kita tinggal solat, tanpa sekurang-kurang rasa sedih dalam hati yang diumpamanya iman setipis kulit bawang, bagaimana kita berani mengaku kita seorang muslim, yang berpegang pada amar ma'aruf nahi mungkar, kerana kita membiarkan sahabat kita tidak memnuhi syarat sebagai seorang muslim.
 
kita kata susah nak tegur, tapi bila jemaah tabligh datang dari masjid ke masjid, rumah ke rumah, kita pula mencemuh? mereka buat perkara yang kita sendiri dah mengaku susah nak buat. kenapa pula kita tak suka? kenapa kita nak halang dan susah-susahkan? sepatutnya kita bersyukur dan alu-alukan bila ada jemaah tabligh datang ke kawasan kita. tapi ada pula jawatankuasa masjid beri amaran dan tidak beri kebenaran untuk mereka bermusafir di jalan Allah swt. alasannya masjid jadi kotor. kita menolak rahmat dan sunnah memuliakan tetamu hanya kerana kita tidak mahu susah?
 
apa sebenarnya yang kita mahu? kita tidak mahu buat dakwah dengan seribu alasan. bila orang lain buat dakwah, kita pula tidak suka. adakah kita tidak suka ditegur kerana kita juga bukan muslim? bukankah nanti kita menjadi orang-orang yang disebut dalam surah al-Ashr sebagai orang-orang yang dalam kerugian?
 
kebanyakan kita pula sebut kita jaga keluarga kita sendiri saja. namun bagaimana kita mampu menjaga keluarga kita jika masyarakat dan persekitaran kita sendiri adalah risiko terbesar pada iman keluarga kita? bagaimana kita nak tarbiyah Islam dalam keluarga kita bila anak-anak kita melihat dan mengalami keadaan yang berbeza, dari apa yang kita ajarkan, di luar rumah kita?
 
isu murtad yang berlaku kebanyakannya bukan kerana ibubapa tidak memberi ajaran tentang Islam tetapi kerana ketidakmampuan untuk mempertahan kemasukan dakyah dari luar. jika persekitaran kita merbahaya, sanggupkah kita untuk melepaskan anak-anak kita bermain di luar rumah begitu sahaja? cukupkah dengan memakaikan topi keledar, kita yakin anak kita akan selamat bermain basikal di tepi lebuhraya? adakah cukup sekadar dakwah di dalam rumah kita sahaja tanpa cuba juga menyampaikan pesanan-pesanan Rasulullah saw dan ayat-ayat Allah swt pada perkeliling kita? cukupkah sekadar membeli mangga besar dan membina tembok pagar tinggi tanpa melakukan sesuatu untuk memastikan keselamatan persekitaran rumah kita dari para penjahat?
 
mari kita bandingkan fasa Islam kita sekarang dengan fasa awal Islam. difasa manakah kita sekarang? adakah kita masih difasa berdakwah dengan sembunyi-sembunyi? adakah kita masih difasa dakwah kepada ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat sahaja? atau adakah kita difasa dakwah secara terang-terangan? iaitu fasa dimana Nabi saw dan para sahabat dihina, dicaci, dipulau, disiksa, ditindih batu, disebat dengan cemeti, waima dibunuh. atau mungkinkah fasa hijrah? fasa madinah? iaitu fasa dimana persaudaraan muslim itu bukan kerana hubungan darah tetapi kerana Allah swt, hubungan yang lebih agung. fasa dimana membina ekonomi untuk jemaah dan masyarakat giat dengan urusan ilmu dan dakwah. mungkinkah fasa daulah? dimana kita harus menjadikan Islam sebagai ad-Din dengan lebih tegas demi menyelamatkan umat manusia?
 
atau sebenarnya kita ini masih dalam fasa jahiliyah? fasa dimana manusia ketika itu tidak dapat melihat jalan keluar dari sistem jahiliyah dan tetap berkubang didalamnya kerana tidak mahu rugi atau hidup susah seperti awwalun muslimun. lalu kita juga harus menunggu sahaja dalam keadaan jahiliyah sehingga dalah diusahakan dan didatangkan oleh orang lain dan dibawa pulang ke tempat kita seperti fasa pembukaan kota Mekah? dan hanya ketika itu baru kita mahu menjadi muslim yang sebenar?
 
tidak malukah kita pada Allah swt dan pada diri kita sendiri bilamana kita mengaku Islam sedangkan kita sendiri tahu bahawa kita tidak memenuhi syarat asasnya? sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian.
 
ya Allah! wahai Tuhan yang menciptakan moyang kami, Adam as, dari segumpal tanah dan menjadikan kami, keturunan seterusnya, dari segumpal darah. Kami berlindung pada-Mu dari kejahatan kami sendiri dan kejahatan makhluk-Mu yang lain. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Tetapkanlah hati-hati kami dalam iman. Terbitkanlah rindu dalam hati kami kepada-Mu dan kepada kekasih-Mu, Rasulullah saw. Perbaikilah akhlak kami dan suntikkanlah keberanian dalam hati kami untuk berjuang di jalan-Mu. pilihlah kami sebagai salah seorang syuhada. hanya Engkau tempat kami menyembah dan tempat kami memohon. dan hanya Engkaulah yang mengkabulkan doa. amin ya Rabbal-alamin.

Read On 0 ulasan

jaga hati kita



kita tak boleh benci orang, tak boleh benci manusia, sebab itu makhluk ciptaan Allah swt.. yang kita benci adalah perangai manusia sahaja.. hanya saja perangai manusia itu biasanya terkait dengan tuan punya badan itu jualah.. namun kadangkala orang yang sependapat dengan kita pun lain macam juga perangainya, begitu juga orang yang tak sependapat dengan kita elok pulalah perangainya.. intinya jangan benci dan hina manusia.. itu sama dengan benci dan hina Penciptanya.. jaga hati kita..

begitu juga dalam menegur dan menasihat, janganlah marah bila orang tak terima pendapat kita.. kerna tugas kita hanya menyampaikan.. sama ada sampai atau tidak itu bukan urusan kita, hati manusia itu urusan Allah swt.. kenapa nak paksakan sampai juga  hingga merosak hati kita sendiri.. kita yg geram dan marah pada orang lain sebab orang tak nampak 'kebenaran' kita.. rosak pula niat awal kita dek hati yang bergemuruh.. mungkin-mungkin saja orang lain nampak 'kebenaran' yang kita tidak nampak.. intinya sampaikan dan serahkan pada Allah swt.. jaga hati kita..

bila berbincang bersederhanalah.. kerna dikala kita 'benar' maka kita diuji pula dengan riak, ujub dan takabbur.. kita susun bahasa yang indah-indah supaya orang terpesona dengan ayat-ayat kita dan memuji-muji kita.. kita perli, caci, maki dan hamun untuk mematikan patah kata lawan.. yang kita cari 'kebenaran' atau 'kemenangan'? perlukah diisi marah dan benci di dalam hati? benarkah kita mahu menyampaikan kebenaran atau sekadar memuaskan nafsu kita sahaja? intinya bersederhanalah dan berlapang dada lah dalam perbedaan pendapat.. jaga hati kita..

ikhlaskah tutur yang keluar dari mulut kita, bilamana kita pekakkan telinga dari mendengar bicara orang lain? wajarkah kita menghalang orang lain dari berbuat sesuatu yang mereka rasakan 'benar' bilamana kita menahan diri kerana 'benar'? bila kita merasakan 'pekerjaan' orang lain itu meracuni kehidupan kita, terkadang 'diam' kita dianggap membunuh kehidupan orang lain.. kalau kita merasa benar, orang lain juga merasa benar.. 'benar' itu bergantung pada dari arah sudut pandang mana kita melihat.. intinya jika sama-sama berasa 'benar', tidakkah perlu setiap 'kebenaran' itu diberi 'peluang'? jaga hati kita..

adakah yang tidak sama pendapat dengan kita itu 'musuh' kita yang harus kita benci dan perangi? bukankah itu semua saudara-saudara kita? jika benar kita 'benar', adakah kita menangani mereka dengan 'cara yg benar'? jika kita benar dan mereka salah, mengapa pula kita tidak dapat menjaga hati kita.. jika kita 'benar', tidakkah sepatutnya kita bersabar dalam menyampaikan ke'benar'an? bukankah yang utama dalam menyampaikan itu adalah menjaga silaturrahim? atau mungkin saja mereka yang 'benar' dan kita yang sedang disampaikan.. berhati-hatilah kerna kadang kala disaat kita merasa paling 'benar' itulah saatnya kita memperbodohkan diri kita sendiri.. intinya jagalah silaturrahim.. jaga hati kita.

banyak sangat benci.. banyak sangat marah.. kiri dan kanan.. tanya balik dalam diri kenapa kita marah? benarkah marah kita kerana Allah swt, atau kita gunapakai alasan itu untuk menyedapkan hati kita sendiri dan memuaskan nafsu kita sendiri? kita umpat dan fitnah saudara kita sendiri.. kita ratah dagingnya dan kita minum darahnya.. inikah 'benar' kita? kita anggap mereka bodoh bahalul dan kita anggap kita lebih hebat dari mereka kerana kita mengetahui ke'benar'an yang hakiki.. dan mereka juga berfikiran yag sama.. maka tidakkah kita dan mereka adalah sama-sama si bodoh yang hebat kebahlulannya? intinya jaga hati kita.. hidup ini hanya ujian..

wallahualam..

Read On 9 ulasan

faktor-Y dlm mengurus kejayaan



emm.. aku dah dengar dah pasal Nur Amalina, pelajar cemerlang SPM 2005. patutkah aku terkejut? mungkin kita terlupa bahawa ini bukan cerita baru, walaupun aku rasa tidaklah seperti yang dikhabarkan. atau apakah kita sudah terlupa mengenai Sufiah Yusuf yang pada 1997 diterima memasuki St Hilda's College, Oxford pada umur 13 tahun? atau memang kita tak pernah tau kisah tahun 1976 mengenai Mohd Shukri Hadafi yang telah membaca suratkhabar sejak umur 3 tahun hingga dijadikan anak angkat oleh Prof Ungku Aziz?

nak cari salah mmg mudah, angkat tangan, tegakkan jari dan tunjuk. namun adakah itu menyelesaikan masalah? dapatkah kita mempelajari sesuatu? mampukah kita melakukan sesuatu supaya kisah-kisah ini tidak terus berlaku di setiap zaman? apa sebenarnya yang terjadi?

pertamanya, bukan kali pertama masyarakat kita menyalahkan 'kejutan budaya'. bukan pelajar sahaja, yang kali pertama bekerja di arab saudi pun ada yang terkejut budaya juga. tapi ironinya, budaya yang ada di Malaysia sekarang pun tidak jauh beza dari apa yang ada di barat. mungkin kejutan budaya ini alasan yang boleh digunakan kepada budak-budak kampung, yang memang tidak pernah keluar kampung dan tidak pernah tengok drama melayu kat tv. soalannya bagaimana nak atasi kejutan budaya ni?

keduanya, memang yang paling cepat orang sebut ialah mak bapak. untuk beberapa kes memang boleh dipersalahkan, namun melihat kepada situasi hidup Malaysia sekarang, dimana ibu-bapa sama2 bekerja sepanjang hari, malah ada yang hanya balik rumah untuk berehat dan tidur tanpa ada masa atau kekuatan yang tersisa untuk melayani anak2, mampukah ibubapa memilih untuk memiliki lebih masa dgn anak2?

ketiganya, dalam keadaan anak2 lebih banyak menghabiskan masa di sekolah, lebih mudah juga jika kita menyalahkan guru2. namun realitinya, seorang guru mengajar kelas yang mengandungi 30-40 anak murid mampu memberi tumpuan pada setiap anak muridnya? belum lagi kegalauan perasaan guru2 yang terpaksa membuat perniagaan atau pekerjaan lain untuk turut sama bersaing dlm hidup yang menjadi semakin mahal.

keempatnya, lebih mudah lagi jika kita salahkan pihak yang berkuasa. dari gurubesar, pibg, pegawai pendidikan, menteri pelajaran, hinggalah kepada perdana menteri. bila masuk bab nih jadi masuk bab politik, maka makin kacau bilau nak mengisahkannya. tapi semua itu hanya alasan yang tidak jelas dimana jalan penyelesaiannya.

dalam banyak2 sebab itu dan macam2 pendapat, aku teringat pendapat seorang sahabat betapa dalam masyarakat kita hanya diajar cara untuk berjaya. bagaimana harus bersikap rajin, tabah, tak putus asa, dan segala macam motivasi untuk mencapai kejayaan. namun kita tidak pernah diajar cara menguruskan kejayaan.

sikap mahu berjaya itu sikap terpuji, hinggakan wujud beberapa komuniti yang tidak pernah puas dengan kejayaan, hingga sanggup menekan dan mengambil kesempatan untuk terus menerus menang. tanpa sedar, inilah antara sebab wujudnya sikap iri hati, dengki dan dendam dalam masyarakat, dan bukan semuanya kerna mahu menang tetapi kerna tidak mahu kalah. lebih malang lagi, sudah membudaya dlm masyarakat kita betapa kita akan merasa menang hanya dengan melihat orang lain kalah.

aku kata pada sahabat aku itu bahawa bagaimana ibu-bapa kita nak mengajar cara menguruskan kejayaan jika ibu-bapa itu sendiri merasa belum berjaya? sambil tersenyum dia bertanya bagaimana memaknakan kejayaan itu sendiri? katanya 'merasa belum berjaya' itu terkait dengan 'rasa cukup' bukan 'rasa puas'. 'rasa cukup' itu sendiri terkait dengan 'rasa syukur'. rasa bahagia dengan apa yang kita ada. dan mengurus kejayaan itu adalah mengurus kebahagiaan.

renung dalam diri kita dan hayati betapa banyaknya perkara yang harus kita syukuri. tubuh badan kita sihat, cukupkah kita syukuri? bagaimana kita mensyukurinya? jaga kesihatan, bersukan, jaga makan, tidak membuat sesuatu yang merosakkan, itu hanya satu bahagian. sudahkah kita gunakan kekuatan dan kesihatan tubuh kita untuk perkara-perkara baik, untuk ibadah, untuk membantu orang lain? ini juga cara kita bersyukur mengenai kesihatan kita. begitu juga dengan faktor2 lain, keluarga kita, pekerjaan kita, jiran tetangga kita, diri kita.

maka berbalik pada kisah prodigy melayu nih.. dalam beberapa kursus motivasi sering disebut bahawa jika anda mahu menjadi kaya maka anda kena bersikap seperti orang kaya. maksudnya bukan berlagak macam org dah kaya tapi mengambil skil dan kemahiran peribadi yang ada pada orang kaya. dan bukan hanya belajar bagaimana mereka menjadi kaya tetapi teladani bagaimana mereka menguruskan kekayaan.

pernah seorang motivator memberitahu bahawa ketika dia memodel seorang kaya, dia melakukan apa yang orang kaya itu lakukan seperti memberi sedekah, mencipta pekerjaan utk ramai orang, dan dia rasa terkejut bagaimana seorang yang benar2 kaya itu sebenarnya bukan mengumpul harta sebaliknya mempersiapkan hartanya untuk orang lain, perancangan untuk anak-anaknya, program untuk waqf, mencari jalan untuk membayar zakat lebih banyak, dsb. ironinya, semakin banyak dia memberi, semakin banyak pula rezeki tertumpu padanya. lalu dia membuat kesimpulan bahawa kita merasa miskin kerna kita merasa tidak puas dgn apa yg kita ada, dan kerna itu kita akan sentiasa merasa miskin selama-lamanya.

begitu pula dengan penjenamaan pandai kita. kita hanya menganggap anak pandai jika dia lulus periksa dengan cemerlang. itu piawaian kita. nombor satu pandai, semua dapat A maka cemerlang. walaupun kita sendiri tahu bahawa pelajaran sekolah itu hanya satu bahagian daripada kepandaian. bagaimana pula dengan anak kita yang mempunyai ketrampilan diluar kurikulum sekolah? ada ibubapa yang halang anak bersukan dan paksa baca buku kerna merasakan bahawa lulus ujian itu lebih penting dari mewakili negeri. aku tak kata ini salah. aku hanya kata penjenamaan 'pandai' yang mebudaya dalam masyarakat kita.

sebab itu tidak hairan jika kebanyakan sekolah agama dan sekolah pondok hanya diisi oleh pelajar-pelajar yang dianggap 'kurang pandai' berbanding permohonan ke sekolah2 aliran akademik. dan tanpa kita perasan, menurunkan pandangan masyarakat pada pelajar2 aliran agama. alhamdulillah, pandangan ini sudah mulai berubah kebelakangan ini. namun sekali lagi, kita juga menghadapi masalah 'kejutan budaya' dgn golongan ini.

pada pendapat aku, kita mahu melihat banyak faktor-X (what/apa) dalam mendidik anak2, iaitu mencari kelebihan dan ketrampilan yang kemudiannya kita aturkan jalan buat mereka. namun kita kurang faktor-Y (mengapa/why), iaitu kefahaman mengapa mereka perlu menjadi seperti yang kita setkan untuk hidup mereka. sama juga dengan kita, kita tahu bagaimana untuk jadi berjaya, kita tahu bagaimana kita harus bersikap dan berusaha untuk mencapai apa yang kita mahukan, tapi tidak ramai dari kita yang benar2 tahu apa faktor-Y dalam kejayaan yang mahu kita raih. mengapa kita mahu mengumpul harta? mengapa kita mahu kereta besar? mengapa kita mahu jadi cantik? mengapa kita mahu terkenal? mengapa kita mahu itu dan ini? Y-factor.

tanya anak kita kenapa dia nak ke sekolah? kenapa kena lulus cemerlang? kenapa kena masuk universiti? dan kemudian tanya pula pada diri kita soalan yang sama.. adakah jawapan mereka selaras dengan jawapan kita? adakah itu nilai yang mahu kita terapkan pada anak2 kita? tanya juga pada kawan-kawannya, pada kawan-kawan kita. dan begitulah yang aku lakukan ketika aku tidak tahu jawapan pada soalan 'apa yang aku cari dalam hidup?' maka aku mula bertanya bertanpa 'kenapa aku tanya soalan itu pada diri aku?'..

kata kawan aku, kita tidak akan mendapat jawapan yang tepat dengan hanya bertanya soalan yang sama berulangkali. jawapan itu tidak tepat kerna kita bertanya soalan yang tidak tepat. maka ketika kita mula menjawab 'entah' pada soalan mengapa ramai anak-anak melayu yang pandai kehilangan arah, tanyakan pada diri anda 'mengapa anda bertanya soalan itu?'

wallahualam.



Read On 0 ulasan

patut bayar saman ker tidak?



heboh pasal saman. 18 juta saman trafik tertunggak. 15.6 juta saman polis, 1.8 juta saman DBKL, 0.6 juta saman JPJ. bila polis ugut nak senaraihitam dan buat kenyataan kena bayar sblm 28 Feb, dari 11-17 Feb 0.8% saman polis (133,447), 0.2% saman JPJ (1,227) dan 0.002% saman DBKL (35) dibayar. refleks org lebih cepat nak bayar saman polis bila kena ugut, padahal itulah saman yg paling banyak mereka tak hiraukan. ada yg berpendapat saman JPJ kecil sebab JPJ jarang saman, org cepat bayar saman polis sebab polis yg datang tangkap. itu bab statistik. bab bayar pulak. ada yg kata patut bayar sebab mmg buat salah. ada yg kata tak payah bayar sebab rasa terzalim. tapi itu semua bukan isu aku.

soalan asas.. kenapa polis saman org yg lakukan kesalahan trafik? apa tujuan sebenar saman nih? nak disiplinkan masyarakat? nak turunkan statistik kemalangan? nak elak kesesakan jalanraya? atau nak kumpul dana?

soalan kedua.. kemana semua duit bayaran saman nih digunakan? aku tak pernah dapat jawapan nih. masuk perbendaharaan negara? masuk tabung polis? masuk baitul mal? kemana? sesiapa ada jawapan tak?

soalan ketiga.. ada signifikan tak bayar saman nih dgn penurunan statistik kemalangan? sebab aku tgok statistik kementerian pengangkutan dari tahun 2000-2009 yg nampak turun kemalangan kecil saja.. dan kalau tgok statistik ops sikap tak nampak pun perubahan yg signifikan.. bandingkan dgn statistik 1990-1999 pun sama jugak.. jumlah kemalangan makin banyak adalah..

soalan keempat.. efektifkah cara saman nih utk mencapai tujuan kat soalan asas? aku rasa org ramai tak peduli.. polis tak peduli.. kerajaan lagi tak peduli.. bagi mereka salah kena saman.. saman kena bayar.. tak bayar tangkap.. tangkap bukan sebab buat kesalahan trafik tapi tangkap sebab tak bayar saman..

aku teringat satu kajian psal pola amik anak lambat kat pusat penjagaan kanak2 dlm buku 'freakonomics'.. steven d. levit citer, ringkasnya, lebih banyak ibubapa dan lebih lambat ibubapa ambil anak lambat waktu petang bila pusat penjagaan tuh perkenalkan sistem bayaran tambahan masa berbanding waktu tidak dikenakan bayaran.. sebab yg dia cadangkan adalah 'rasa bersalah' dah dibayar.. ini zaman kapitalis.. kita faham secara sedar atau tidak bahawa semua perkara ada harganya tersendiri.. dan jika kita tahu harga setiap perkara dan kita membayar harga yg sesuai, yg lain2 tidak penting..

aku cuit utk contoh saja.. poligami dlm masyarakat kita.. kita takkan kisah org nak poligami kalau org tuh kaya-raya, bagi rumah besar dan nafkah besar pada isteri2nya.. itu kita dah kira adil.. padahal poligami nih takder kena mengena dgn duit banyak atau sikit.. takder kena mengena dgn kaya atau miskin.. poligami nih hanya persoalan lelaki tuh soleh atau tidak.. kalo soleh bolehlah poligami, kalo tidak kita takut dia tak boleh adil.. tapi kita kapitalis.. adil kita adalah bila kita dapat lebih dari org lain..

sama macam anak.. org kata anak banyak tapi takleh nak bagi makan dan bagi pendidikan tak guna.. maka kita pun merancang keluarga.. ini betul pada kita sebab kita kapitalis.. padahal jiran tak makan tuh tanggungjawab kita, kita yg berdosa, kita kena kongsi makanan kita dgn jiran kita yg lapar.. kalo kita kenyang dan ada jiran kita lapar, kita berdosa.. tapi kita kata diorg malas sebab tuh tak makan, takkan kita susah payah kerja nak kena tanggung diorg pulak.. kita kapitalis.. kita marah org tinggalkan isteri atau janda miskin melarat papa kedana.. kita cemuh dan hina.. kita tolong bagi makan sekali2.. tuh pun kita dah rasa besar dah pertolongan kita.. rasa rugi tolong org yg kita tak kenal, baik bagi kat keluarga.. semua tuh betul sebab kita adalah kapitalis.. kalo tak ada keuntungan pada kita, kita takkan memodalkan..

balik pada citer saman.. kalo kita rasa kita boleh bayar saman, sebab kita tahu maintenance keter kita bulan2 lagi mahal dari saman, kita beli keter mahal takkan nak bawa mcm bawa keter lembu.. makna kita tau kita mampu.. maka kita tak kisah nak kena saman.. lagipun nanti kerajaan akan bagi diskaun jugak.. kita kapitalis..

kerajaan pun tau jugak, kalo tak bagi diskaun atau panjangkan waktu bayar, lagi banyak org tak bayar, kalo org tak bayar mana nak dapat dana, nak masukkan org ramai2 dlm penjara tuh menambahkan kos kerajaan.. kerajaan kapitalis..

polis dan jpj pun tau jugak, kalo diorg duk bawah tiang lampu isyarat, mmg takkan ada org langgar lampu isyarat.. kalau diorg selalu ronda lebuhraya, setiap 10km ada polis, org takkan langgar halaju.. jadi diorg kena laa mengendap.. menyorok dlm semak.. menyelinap bawah jembatan.. saman tembak ekor.. sekurang2nya kena menyorok dlm lorong gelap dan sergah org yg buat salah.. kalo tidak mana nak dapat saman org.. tak saman camna nak kutip dana.. polis dan jpj kapitalis..

pihak berkuasa tempatan pun sama, yg paling hebat DBKL.. saman biasa org tak peduli.. sebab kat kuala lumpur tuh jpj saman, polis trafik saman, dbkl pun saman.. camna nak bagi org takut, kena bagilaa uniform yg canggih mcm polis biar org seram.. masa saman pun kena laa buat garang.. dah salah kenalah saman.. nak lagi cantik.. swastakan tow-truck tarik mana2 yg salah parking.. lagi banyak leh charge.. tow-truck pun leh meniaga.. k.a.p.i.t.a.l.i.s.

kita pun bila dah bayar boleh laa bawa laju.. sorg kawan aku pernah kena saman tiga kali dalam hari yg sama sepanjang perjalanan pulang dari kelantan ke kuala lumpur. dia kata belakang dah saman pun depan nak saman lagi.. salahkah dia marah? tak salah sebab dia kapitalis.. salahkah polis saman sampai tiga kali? tak salah sebab polis kapitalis.. katakan kita parking kat tempat takleh parking, tetiba ada polis saman kita, kita alih keter kita ker atau kita biarkan jer sampai petang, sebab camna pun dah kena saman.. walaupun mmg keter kita tuh parking tak senonoh..

camna cara nak bagi efektif? naikkan saman? kalau org yg buat salah nih org yg sama mmg patut.. kalo mmg rekod dia asik menyusahkan org jer, memang patut laa saman.. tapi aku percaya ramai yg buat salah sebab situasi.. bukan saja2 nak menyusahkan org tapi ada keperluan kapitalisme lain yg lebih utama..

pagi kita pandu keter ke pejabat, ada pulak kemalangan, jalan sesak.. kita ada mesyuarat penting laa plak pagi tuh.. jalan sebelah kiri kosong.. nak potong queue ke tidak? boss kat pejabat tuh bukan peduli apa pun alasan kita.. nak pindah rumah dekat2 dgn pejabat tak cukup gaji nak bayar sewa, apalagi nak beli dan bayar bulan2.. kalo saman maksimum RM300, kalo lambat kena buang kerja tak bergaji kita bulan depan.. do the math.. yg mana lebih rugi? ini cara fikir kapitalis.. simple..

tak ada sapa pun salah sebenarnya.. yg kata kena bayar saman pun betul.. yg kata saman tak patut bayar pun betul.. sebabnya ini dunia kapitalis.. yg penting hanyalah apa yg berbaloi buat kita.. toksah kata laa kena ada kesedaran.. kita semua dah ikat kontrak sampai mati dgn kapitalis.. bagitau aku sapa yg berani kata boleh hidup zaman sekarang tanpa duit? bagitau aku sapa yg sanggup rasa dirugikan?

macam sedekah dan wakaf.. kita hanya akan bagi kalo kita ada lebih.. yg maksud lebih yg mana? kalau kita ada duit simpanan RM10ribu, kita nak habiskan buat wakaf atau kita nak beli harta utk kita dulu? mmglaa kita tahu wakaf tuh lebih bernilai dari harta dunia tapi realitinya kita kapitalis.. kita kata kita kena dahulukan kita dulu.. anak bini kita kena makan kenyang2 dulu, pakai baju cantik2 dulu baru laa boleh sedekah dan bagi makan anak yatim.. takpa anak yatim lapar satu hari, org lain akan bagi diorg makan hari ini.. kita esok2 laa pulak.. bagi baju pun nanti bukan yg baru, yg secondhand, tapi cantik lagi apa.. tak salah sebab kita kapitalis..

maka tak heranlah bila ada masjid yg tutup dan kunci lepas solat isya'. takut nanti kipas, sejadah, carpet semua kena curi.. kalo aku tanya kenapa nak pasang benda mewah2 kat masjid, nanti org kata aku kufur nikmat. tapi ada pulak ajk masjid kata kena buat masjid besar dan cantik supaya ramai org datang solat jumat, supaya yg gaji2 besar suka datang masjid kita, bila diorg nih yg datang maka kumpul dana solat jumaat tuh dapat lebih lagi.. pastuh buat ruangan besar sket biar ada pengajian, panggil ustaz yg bagus2 sket supaya org nak datang, kalo boleh buat pengajian agama tiap minggu dan kenakan yuran.. meniaga sket supaya masjid dapat dana.. sewa tapak gerai utk org meniaga hari jumaat.. esok2 kita buka pulak kedai runcit kat masjid.. padahal Nabi saw kata jangan meniaga dlm masjid. tapi takpa, zaman berubah..

salahkah jadi kapitalis? dari kecik sampai kita sekarang kita diajar, dibesarkan dan hidup dlm dunia kapitalis.. kita nak jadi apa lagi kalau bukan jadi kapitalis.. kita sekolah pandai2 amik ijazah, amik master, buat phd, berapa peratus pasal ilmu dan berapa peratus supaya kita senang nak dapat kerja yg gaji besar? sanggup tak kita susah payah belajar kalo tak dapat sijil.. mana cukup ilmu jer.. org mana percaya kita pandai kalo takder sijil/diploma/ijazah terpampang kat dinding umah kita.. org mana nak hormat kalo takder pangkat dr, dato, tan sri depan nama kita, atau bodoh2 pun letak laa Bsc(hon) atau MBA kat belakang nama kita.. sebab ilmu tuh modal.. belajar baca Quran pun kena bayar RM100 sebulan sekarang.. ada ustaz/ustazah nak ajar free? kalau free kita pulak tanak hantar sebab kita rasa takder kualiti.. gilas kapitalistik..

maka tak kisahlah kita nih kapitalis.. yg penting kita tak menyusahkan org.. org susah tuh masalah dia bukan masalah kita.. kdg2 kita meniaga pun jual benda bukan psal org perlukan benda tuh tapi psal kita nak buat untung.. org kata kita gila laa pulak kalo meniaga tanak untung.. kita pun menjerit2 laa meniaga kat pasar malam.. kita kata marketing.. kalo idak mana org nak datang gerai kita.. padahal Nabi saw tak bagi org menjerit2 psal nak lakukan barang perniagaan.. tapi kita kapitalis..

kita mana tahu model Nabi saw meniaga.. kalo tahu pun mana boleh meniaga macam tuh.. bagitau semua kekurangan yg ada pada barang kita dan bagitau pula harga kita beli barang tuh, pastuh suh org yg beli tuh taruk sendiri berapa nak bagi sebagai keuntungan.. mana boleh buat semua tuh zaman nih.. matilah meniaga macam tuh.. sebab yg beli sekarang nih kapitalis, kalo boleh diorg nak beli lagi murah dari harga yg kita beli.. macammana nak survive dlm dunia kapitalis kalo kita tak jadi kapitalis?

jadi kalo rasa tak bayar, buat bodoh jer.. lagipun kan pakatan rakyat dah buat agensi utk tolong sesiapa yg tanak bayar saman.. tapi kalo rasa tak berbaloi nak buang masa naik turun pejabat dan mahkamah, haus kering tekak nak bergaduh dgn polis, bayar jer laa saman tuh.. kita kiralaa kos untung-rugi kita sendiri.. apa nak susah ujung tahun nih kalo bonus sikit atau tak naik gaji kita buatlaa demo besar2an.. banyak wakil rakyat yg makan lebih sedap dari rakyat yg diwakilinya sanggup buang masa tolong kita.. mereka pun kapitalis.. macam kita jugak..


Read On 2 ulasan

interlok dan malim kundang



'interlok' karya SN Abdullah Hussain, buku terpanas awal tahun ini, panas sangat sampai kena tarik balik dari jadi buku teks kajian sastera spm. buku nih bukan sekadar novel biasa melainkan berisikan fakta pensejarahan awal integrasi masyarakat malaysia. tidak keterlaluan jika buku ini adalah salah satu buku yg patut membolehkan beliau memenangi hadiah pulitzer. jadi, apa yg masalahnya?

inti dari kenyataan2 org2 kuat MIC mengatakan bahawa masyarakat india di negara ini tidak suka gambaran sejarah mereka, yg terkait dengan amalan kasta, yg menurut mereka sudah bersalahan dengan cara fikir masyarakat india pada masa sekarang, dikisahkan secara meluas dan terbuka. ini kerana dalam buku ini diceritakan bahawa orang2 india yg dibawa masuk ke malaya di zaman penjajahan inggeris adalah dari kasta bawahan. jadi, salahkah kalau kita mengaku kalau kita dari kasta rendah?

sama dgn kisah sejarah org melayu tentang raja2 melayu yg gila kuasa, gila perempuan, dan terburu nafsu menjatuhkan hukuman tanpa berlaku adil. campur lagi dgn dongengan dan satira yg menunjukkan sifat org melayu yg malas, sentiasa mengharap, taat membabi-buta dan bodoh. maka kita pun patutnya haramkan buku2 nih dari pasaran. sebab alasan kita nanti org akan salah faham kerna sifat2 melayu sekarang dah tak sama? atau mungkin sebab kita masih sama dan mereka sudah berubah?

aku berusaha utk tidak mengulas bahagian politik dari polemik interlok nih. soalannya apa yg boleh kita pelajari dari peristiwa ini? haruskah kita memadamkan semua kesilapan masa lampau kita supaya anak2 kita jadi lebih baik? apa fungsi sejarah sebenarnya?

aku dilahirkan sebagai warga tanah melayu generasi ketiga dalam kedua2 belah keluarga bapa dan ibuku. arwah datuk dan nenek sebelah bapa aku mmg datang dari kepulauan jawa di zaman transmigrasi. dari jawa tengah mereka berhijrah ke sumatera sebelum berhijrah ke malaya. kampung bapa aku mmg hampir semuanya org jawa, berbahasa jawa dan mengamal budaya jawa. arwah nenek sebelah ibu aku datang bersama2 dgn arwah moyang aku dari daerah pekan baru di sumatera. waktu itu perang kata arwah moyang aku. dan kampung ibu aku mmg hampir semuanya org sumatera, atau biasanya digelar 'orang seberang', berbahasa 'seberang' dan mengasimilasi pegangan dan kepercayaan 'seberang' dalam kehidupan. ada perbezaan antara cara hidup jawa dan cara hidup sumatera dan aku membesar dalam dua lingkungan nih.

di awal millineum baru, aku pula berhijrah ke jakarta. kota besar yg penuh sesak dgn manusia. aku memahami akan kepelbagaian ragam budaya yg lebih rencam. dan yg lebih aku teruja ialah lebih memahami mengenai cara hidup dan cara berfikir di kedua2 belah keluarga besarku. dengan lebih jelas aku memahami apa sebenarnya nilai2 yg selama ini disampaikan oleh mereka kepadaku. aku dapat membayangkan keadaan mereka sebelum mereka berhijrah dan evolusi yg berlaku dalam paradigma mereka sehinggalah ke generasi anak dan cucu mereka yg lahir di tanah melayu.

aku menyusuri perjalanan masa itu hinggalah ke kampung asal mereka, dengan niat mahu melihat dan mempelajari apa yg pernah mereka rasakan dalam usaha memahami diri aku sendiri. subhanallah. kalau org lain berbangga dgn jalur salasilah mereka yg bersangkut kait dgn keturunan bangsawan, tidakkah aku juga perlu berbangga dgn jalur keturunan aku yg sememangnya dhaif dan kolot, namun mempunyai kekentalan jiwa utk berhijrah demi masa depan anak2 mereka yg lebih baik. membandingkan akan wujud dan keberadaan aku dgn situasi kampung halaman yg ditinggalkan oleh nenek moyangku, aku seolah2 dapat merasakan pahit kelat dan masam masin perjalanan mereka untuk meraih sesuatu yg mereka sebut 'harapan'.

patutkah aku malu dgn sejarah lalu nenek moyangku? arwah datuk dan nenek hijrah ke suatu tempat yg tidak pernah mereka tahu. berbekal kecekalan menjadi petani dan buruh estet. ketegasan arwah moyang menghantar semua anak isteri dan keluarganya di dalam satu perahu kecil mengharung selat melaka ke satu tujuan yg tidak pasti supaya terhindar dari kemelut perang. malukah aku dgn keturunanku yg sampai di tanah melayu sehelai sepinggang tanpa apa2, merempat, dihina dan berpindah-randah mengharap bantuan. musafir yg berusaha mengekalkan survival keluarganya.

ini sejarah yg perlu kita insafi, bukan yg perlu kita hindari. ini kisah yg aku ceritakan kepada anak2ku, dan yg akan diceritakan pula oleh anak2ku kepada anak2 mereka. ini asal usul kami. ini yg ada dalam diri kami yg tidak boleh kami padamkan. ini yg mendarah dan mendaging, menjalar dalam tulang dan urat nadi kami. mmg dulu nenek moyang kami org kolot dan tidak berpendidikan, hanya buruh kasar, hanya pelarian perang saudara yg sedang ketakutan. ini kenyataan dan fakta yg tidak boleh kami ingkari.

dan kita sebagai generasi muda dalam keturunan harus menjadi lebih baik, lebih kuat dan lebih bijak dari mereka. kita menjadi diri kita sekarang kerna apa yg mereka perbuat di masa lalu. kita jadi hebat kerna mereka telah lama memperjuangkan 'harapan'. dan kitalah 'harapan' yg mereka perjuangkan itu. dan kita malu mengakui siapa mereka?

benar, mereka pernah silap dan bertindak bodoh. dan kerna kesilapan dan kebodohan mereka, kita jadi siapa diri kita sekarang. kita belajar dari apa yg telah mereka lalui, kita sisip dan barakan semangat mereka di dada kita. ini yg perlu kita lakukan bukan cuba memadamkan sisi2 sejarah yg kononnya aib di mata kita.

ini tanah bertuah. tanah kosong yg kita isi dan bangunkan dengan hasrat dan visi nenek moyang kita. siapa pun asal usul anda, baik penghijrah ekonomi yg menyeberang selat, pelarian perang saudara yg menyelamatkan diri, ahli parti komunis yg tidak boleh pulang, atau kasta rendah yg mencari hidup lebih baik, kita tidak perlu malu pada masa lalu. kerna itu yg mencorakkan siapa kita sekarang. yg penting adalah menjadi lebih baik dan lebih hebat, kerna kitalah 'harapan' yg mereka sandarkan pada zaman itu. kita adalah 'impian' yg mereka lukiskan di saat2 mereka dihina dan ditindas.

atau adakah mungkin kita akan merasa lebih tenang menjadi si tenggang dan malim kundang yg berusaha keras tidak mengakui ibunya yg miskin papa kedana?

wallahualam.
Read On 0 ulasan

memilih untuk memahami..



alhamdulillah, telah berlaku pada petang semalam, satu perbincangan yang menarik mengenai keyakinan dalam tubuh yang bernama manusia.. bukanlah menjadi satu keinginan untuk setiap orang bersetuju apalagi mempercayainya, melainkan hanya untuk berkongsi pendapat dan berbahagi fikiran.. jika ianya terasa menyesatkan maka abaikanlah..

dicontohkan dua orang sahabat bekerja membina masjid, dengan semangat yang berbeza.. ketika ditanyakan mengapa mereka bekerja, kedua-duanya memberi jawapan yang berbeza.. yang pertama mengatakan bahawa dia perlu bekerja untuk mendapat gaji seterusnya untuk memberi makan anak-isterinya.. manakala yang kedua pula mengatakan bahawa dia bekerja untuk membangun bangunan yang akan digunakan oleh banyak manusia lain untuk kegiatan ibadah, dan pasti Tuhan akan memberikan balasan yang berlipat ganda kepadanya..

maka diterangkan oleh seorang sahabat bahawa keyakinan manusia itu ada tiga tingkatan atau bahagian.. yang pertama adalah bahagian sebab-akibat.. segala yang berlaku ada sebab dan sesuatu yang dilakukan ada akibatnya.. maka sebab berlaku untuk menyampaikan akibat.. bekerja untuk mendapat gaji dan membeli makanan.. sakit harus berubat untuk sembuh.. berbuat baik akan mendapat pahala dan masuk syurga.. logik akal yang menghantar kepada matlamat..

manakala yang kedua adalah bahagian menjelaskan makna.. akan apakah makna dalam setiap kejadian dan kelakuan.. contohnya seorang yang meyakini keluarga adalah amanah akan berbeza sikap dengan seorang yang menganggap keluarga adalah beban hidup.. bekerja sebagai satu dakwah.. sakit adalah satu bentuk pengampunan dosa.. sekadar mengumpul pahala bukan jaminan syurga.. memberi penekanan kepada proses dan bukan sekadar matlamat..

dan yang ketiga adalah bahagian penjelasan nilai.. sesuatu yang penting dalam hidup manusia.. yang tidak akan tergugat dan ditidakkan dalam hidup manusia.. manusia akan melakukan apa sahaja untuk menyelaraskan apa sahaja yang dilakukannya dengan nilai yang ada dalam dirinya.. contohnya bekerja, makan, sakit dan masuk syurga adalah semata2 rahmat Tuhan dan manusia tidak berkuasa apa pun.. mengasimilasi proses dan matlamat, dan melihatnya sebagai satu..

adapun telah ditambah pula oleh seorang sahabat yang lain bahawa manusia melihat kehidupan ini juga dalam tiga perspektif.. satu, sebagai dirinya sendiri.. mengapa dia melakukan sesuatu yang dilakukannya.. association.. dia berada dalam dirinya.. melihat, mendengar dan merasakan dari sudut pandang dia sebagai dirinya..

kedua, memposisikan dirinya sebagai orang kedua.. disassociation.. berada di luar dirinya dan melihat dirinya melakukan sesuatu kepadanya.. melihat, mendengar dan merasakan dari sudut pandang orang yang berinteraksi dengan dirinya..

dan ketiga, memposisikan dirinya sebagai orang ketiga.. observer.. berada di luar dirinya dan melihat keadaan tersebut sebagai orang yang tidak terbabit dalam apa yang berlaku.. melihat, mendengar dan merasakan dari sudut pandang orang yang tidak berada dalam state yang sedang berinteraksi..

bingung? ;) itu petanda baik otak anda sedang memproses sesuatu yang baru..

kita beri contoh.. katakan anda sedang marah kepada pasangan anda.. bayangkan situasi itu.. perspektif pertama ialah anda masuk ke dalam diri anda sendiri dalam situasi tersebut.. lihat, dengar dan rasa, anda sebagai seorang yang sedang marah.. perspektif kedua, anda keluar dari tubuh anda dan memasuki tubuh pasangan anda dalam situasi tersebut.. lihat, dengar dan rasa, anda sebagai pasangan anda yang sedang dimarahi.. perspektif ketiga, anda keluar dari tubuh pasangan anda dan masuk ke dalam tubuh anak anda yang sedang melihat anda memarahi pasangan anda dalam situasi tersebut.. lihat, dengar dan rasakan, anda sebagai orang ketiga yang tidak mengetahui apa yang sedang berlaku..

dengan contoh yang sama, adakah kita meyakini bahawa marah itu disebabkan oleh sesuatu dan dengan tindakan itu dapat mengubah sesuatu.. atau, marah itu sebenarnya bukan kerana sesuatu yang baru berlaku melainkan sebab2 lain yang terkumpul sebelum kejadian itu berlaku dan dengan kejadian marah itu adalah suatu kejadian yang boleh dipelajari, difahami dan menjelaskan sesuatu .. atau, marah itu terjadi bukan dengan kehendak kita sendiri, kita tidak mahu marah tetapi marah jua akhirnya, dan kejadian itu adalah terjadi untuk tujuan tertentu..

persoalannya, apakah gunanya segala penjelasan ini? adakah ini menunjukkan bahawa ada yang merasa lebih hebat ketika berada di tahap yang lain berbeza dengan orang lain?

maka berkatalah seorang sahabat bahawa tidak ada yang salah.. kerna kebenaran itu benar ketika kita menyakininya.. bagaimana mungkin kita yakin jika kita tidak percaya sesuatu itu benar? contohnya manusia seperti kita yang terlahir sedia Islam.. adakah kita benar2 meyakini Islam atau sekadar mengikut2 dan meneruskan asal wujud kita semata2? adakah kerna kita memahami sesuatu maka kita merasa orang yang tidak sependapat dengan kita itu salah?

benar, ada batas antara benar dan salah, dosa dan pahala.. namun dalam setiap kejadian itu, sebagaimana buruk pun kejadiannya pasti ada sisi baiknya, ada niat baiknya, ada tujuan baiknya.. kita ambil contoh seorang yang membunuh.. membunuh pada kita adalah suatu dosa.. namun adakah kita mengetahui mengapa dia membunuh? adakah tiada ruang pengampunan? apakah yang berlaku kepada dia dan impak kepada orang yang dikenali oleh yang dibunuh? dan tidaklah aku membenarkan seorang pembunuh, hanya saja sebagai contoh utk kita merenungkannya..

untuk apakah kita diciptakan secara berbeza? jika Tuhan itu penuh kasih sayang, mengapa diciptakan neraka? jika setiap Nabi yang diturunkan itu untuk menuntun manusia ke arah kebaikan, mengapa pula dikisahkan betapa terdapat dalam keluarga sang Nabi sendiri tidak tersentuh, malah menjadi musuh yang nyata?

perlu kuperjelas sekali lagi bahawa aku tidak mengatakan apa yang benar dan apa yang salah.. bukan itu tujuanku.. salah atau benar itu dalam diri kita masing2.. nilai diri kita ditentukan oleh diri kita sendiri.. kita mungkin bersetuju dengan orang lain dan orang lain mungkin tidak bersetuju dengan kita.. dan itu juga tidak bermakna pendapat mereka lebih baik dari pendapat kita, dan sebaliknya..

ketika orang tidak bersetuju dengan kita, mungkin bukan kerna pendapat kita salah.. hanya saja mereka tidak memahami apa yang mahu kita sampaikan.. begitu juga kita terhadap mereka.. maka persoalannya adakah kita memahami mereka atau kita hanya mahu mereka memahami sesuatu seperti yang kita faham? benarkah hanya ada satu jawapan? atau kita yang tidak flexible terhadap pilihan yang tersedia?

ketika dunia kafir mengkeji dan melabelkan Islam sebagai teroris, adakah kita berusaha berdakwah kepada mereka mengikut apa yang mereka faham? mampukah mereka memahami Islam dengan dalil al-Quran yang kita tahu tidak mereka imani? sejauh manakah kita meraih hati mereka atau kita langsung bertindak mengkeji mereka kembali, berdemo ganas persis seperti yang mereka labelkan kepada kita?

lupakah kita betapa ikhlasnya Nabi saw menyuapkan makanan dengan lembut ke mulut seorang yahudi buta yang memaki hamun baginda? betapa sabarnya Nabi saw dilontar batu ketika menyampaikan dakwah awalnya? Nabi saw mengerti sesuatu yang tidak ramai dari kita yang mengerti.. bahawa yang memaki hamun dan cuba melukakan baginda itu hanya manusia.. manusia yang sesat dan bodoh.. yang belum bertemu sinar dan belum memahami.. umpama seorang anak kecil yang tiba2 menampar muka kita dengan keras..

para kafirun mengkeji Islam itu wajar.. yahudi membunuh Islam itu wajar.. kerana mereka memang menganggap Islam itu musuh.. dan kita yang mengimani Islam sebagai 'rahmat seluruh alam', wajarkah kita membuat generalisasi yang sama? bagaimana Islam menjadi 'rahmat seluruh alam' jika semua yang berbeza dari Islam itu musuh? maka apakah bentuk Islam yang kita yakini? bagaimana pula kita menyikapi pelbagai sekte dalam Islam sebagai contoh antara sunnah dan syiah? malah antara organisasi Islam dan parti politik? adakah Islam kita lebih baik dari Islam orang lain?

Tuhan menyediakan kita pilihan.. supaya kita memilih.. ini sempurna penciptaan manusia.. Tuhan menciptakan perbezaan supaya kita saling memahami.. bukan sekadar memahami manusia lain, pasti juga memahami diri kita sendiri.. bukan untuk merasa lebih hebat dari manusia lain.. orang lain mungkin kafir sepanjang hidupnya dan ada kemungkinan mati sebagai Islam.. adakah kita yang Islam sepanjang hidup, yakin tidak mati dalam kekufuran? dan ketika kita menganggap diri kita masuk syurga dan pelacur jalanan itu pasti masuk neraka, mungkin sahaja kita masuk neraka terlebih dahulu sebelum dia.. lupakah kita bahawa ujub itu menghancurkan semua ibadah kita? nauzubillah..


Read On 0 ulasan

tulus atau telus?


bila kali terakhir anda berbohong?
...atau anda merasa anda seorang yang jujur?

adakah anda melakukan salah satu antara empat di bawah hari ini..

mengatakan sesuatu yang tidak benar, itu pembohongan yang nyata, dan semua orang menganggap inilah yang dikatakan pembohongan, penipuan dan tidak jujur. namun ramai orang melakukannya untuk membuat diri mereka kelihatan baik, agar diterima, menghindari kemungkinan kesan negatif, atau untuk mengusir orang lain.

memberi gambaran yang tidak sebenarnya, dilakukan dengan cara menokok-tambah cerita yang sebenar. ini berlaku kerana kurangnya ketegasan dalam bahasa, sama ada secara pertuturan mahupun penulisan. mereka memberi gambaran seolah sesuatu itu telah melakukan sesuatu yang belum dilakukan. separuh benar bukanlah bermakna jujur.

tidak mengatakan yang sebenarnya, dengan cara menyimpan kebenaran sebagai satu cara untuk mengelakkan diri dari menghadapi kesan dari akibatnya, dan tidak mahu kelihatan buruk. adakah tidak berkata apa2 bermakna anda sudah jujur? atau anda sebenarnya takut?

berpura-pura tidak tahu, itu bukan sekadar membohongi orang lain tetapi juga menipu diri sendiri. ramai orang tidak mahu melakukan sesuatu bukan kerna mereka tidak tahu bagaimana melakukannya tetapi mereka tidak mahu tahu apa yang akan terungkap jika mereka melakukannya.

namun kejujuran itu adalah pedang bermata dua, kerna itu orang biasa tidak bersedia dengan akibat yang ditimbulkan oleh kejujuran. dan bukanlah satu anjuran yang baik untuk mengatakan kejujuran kepada siapa sahaja yang anda temui. anda boleh untuk tidak telus namun tetaplah bersikap tulus. ketika tulus bermakna jujur yang berkait rapat dengan integriti diri, telus menjadikan anda terlihat agar orang lain dapat memahami anda dengan lebih baik.

seorang sahabat memberikan metafora yang menarik berkenaan dengan bersikap jujur. katanya kejujuran itu umpama membayar secara tunai, anda membayar dengan apa yang termampu dan berasa gelisah seketika. manakala berbohong itu umpama membayar dengan kad kredit, anda hidup dalam bayang2 keseronokan namun anda merasa lebih tertekan ketika bil tagihan sampai, apalagi bila anda melihat faedah yang dikenakan.

mengapa harus jujur? berbohong ini memberi kesan internal dan eksternal.. satu, berbohong itu dapat merosakkan kepercayaan orang terhadap anda. kepercayaan dan kehormatan itu memerlukan waktu dan usaha yang sangat banyak, dan hanya perlu satu pembohongan utk memadamkannya.

dua, setiap kali anda berbohong bermakna anda telah melanggar prinsip anda sendiri, seumpama anda mengambil pisau dan menghiris diri anda sendiri setiap kali anda berbohong. dan ini merosakkan integriti diri sehingga akhirnya anda tidak akan menghormati diri anda sendiri. orang yang hidup tanpa kehormatan itu umpama mayat hidup, ada tetapi tidak benar2 hidup. hidupnya penuh dengan kepalsuan.

kepalsuan hidup ini adalah realiti hari ini. sama ada kita sedar atau tidak, gaya hidup kita dan barang2 yang kita beli kebanyakannya palsu. kita mahu terlihat sudah menghasilkan wang, dan citra inilah yang biasa mahu kita tunjukkan dengan kereta mewah, pakaian indah dan rumah besar. kita suka mendefinisikan diri kita dengan barang dan kita lupa bahawa apabila kita menterjemahkan hidup kita dengan barang2 maka proses itu tidak akan berakhir, kerna barang akan usang dan kita terpaksa memperbaharuinya. terpandu dengan citra, kita tidak akan benar2 mengikuti prosesnya.

mengapa tidak kita biarkan orang lain mengetahui bahawa kita sedang dalam proses menghasilkan wang? memang kedengarannya tidak hebat tetapi dengan bersikap telus dan tulus, kita akan lebih menghargai proses. citra kita terbentuk sepanjang perjalanan. jujurlah dengan proses. buatlah langkah kecil, raikan setiap perkara penting dan orang lain akan menghargai kualiti yang ada dalam diri anda.

Read On 0 ulasan

satu hari yang lucu..



beberapa hari lalu serang teman kepada seorang sahabat menemuiku untuk meminta pendapat mengenai permasalahan yang dihadapinya.. beriya2 dia mahu menemuiku walaupun telah aku tolak beberapa kali.. lucu.. penolakan membuat orang lebih berghairah untuk mendapatkannya..

maka aku bertanyalah padanya apakah yang menjadi masalahnya.. dan dia pun bercerita bahawa dia baru herhenti kerja kerna tidak tahan dengan penyelianya yang baru naik pangkat.. aku tanya adakah itu masalahnya? dia jawab itu bukan masalah.. lucu.. orang selalu suka memperkatakan sesuatu yang bukan merupakan masalahnya..

ketika aku bertanya apakah perasaannya terhadap perangai penyelianya itu, setelah selama hampir 30 minit memperkatakan segala keburukan sang penyelia, namun dihujungnya dia mengatakan bahawa dia tak kisah dan tak marah pada sang penyelia.. lucu.. ramai orang tidak mahu mengakui perasaannya sendiri..

seterusnya aku bertanya adakah berhenti kerja itu satu tindakan yang salah? dia menjawab tidak.. dia mengisahkan pula dengan bersemangat betapa karyawan lain turut mengikuti jejak langkahnya.. dan betapa sekarang mereka tidak mempunyai penghasilan.. lucu.. orang selalu menjadikan masalah orang lain sebagai cara untuk melupakan masalahnya sendiri..

aku bertanya lagi sama ada tindakan itu menyebabkan dia risau? dia menerangkan pada aku betapa bukan dia merisaukan diri dia tapi dia kasihan akan keadaan seorang lagi temannya yang sudah tua dan kerna dia sudah berhenti, tempat pekerjaannya sudah kurang pelanggan, dan temannya itu tiada penghasilan.. lucu.. betapa orang selalu merisaukan sesuatu yang bukan masalahnya, dan berusaha pula menyelesaikannya..

lalu mengapa dia mahu bertemu aku? dia bertanya apa yang harus dilakukannya? aku kata ada banyak cara untuk mendapatkan penghasilan.. lalu aku menerangkan kepadanya tentang satu program yang boleh dilakukannya.. dia bersikap menolak.. lucu.. orang tidak sedar betapa ketika dia mengatakan 'mahu' malah dalam dirinya sendiri menolak ke'mahu'annya..

aku katakan padanya program ini mampu merealisasikan impiannya dengan kerja keras selama 2 tahun berbanding keadaannya setelah bekerja selama 15 tahun.. aku tunjukkan kepada dia bukti2 hidup dan cara mudah menggelutinya.. dia bertanya padaku apakah impianku.. lucu.. saat orang mengatakan dirinya terbuka, disaat itulah sistem pertahanan dirinya diaktifkan..

maka aku berkisah tentang mengapa aku mengikuti program tersebut.. berkisah tentang makna 'kebebasan', 'ghairah hidup' dan 'kejayaan'.. mengapa aku mahu dia maju bersama dan bukan menunggu.. malah dia ketawa dan merasa puas dapat mengatakan bahawa aku juga belum 'berjaya'.. lucu.. betapa orang dapat menyedapkan hatinya sendiri ketika dapat me'nurun'kan orang lain ke tingkatan yang sama dengan dirinya..

dalam kesibukannya melayan panggilan telefon dan menjawab sms, dia dengan 'riang' bercerita tentang susah hati dan sakit hatinya seputar permasalahannya dengan penyelia di tempat pekerjaan yang sudah ditinggalkannya.. dan tidak mengendahkan apa yang perlu aku katakan.. lucu.. orang sanggup membuang masanya dengan melakukan perkara yang tidak disukainya..

aku bertanya pada sahabatku kenapa dia mahu menemuiku sebenarnya? sahabatku hanya mengangkat bahu.. lucu.. orang tidak tahu apa yang dimahukannya dalam hidup, tidak pula memperdulikan dirinya sendiri dan mahu orang lain bersimpati padanya..

selama 3 jam, dia lebih banyak menghabiskan waktu dengan handphonenya.. hingga aku pun tak tahu macammana nak charge.. aku ketawa dalam hati.. lucu.. teringat kata2 seorang sahabat suatu waktu dulu, "MANUSIA SERING MELAKUKAN SESUATU YANG TIDAk DIGEMARINYA UNTUK MENYENANGKAN HATI ORANG YANG TIDAK DISUKAINYA"

lucunya hari ini..

Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008