surat kesal kepada Pentadbir Tanah Hulu Langat


maaf kalau merasa artikel ini tidak wajar.. bukan provokasi yg kuniatkan..



mula2 kita kena realistik.. mmg iklim kat malaysia skrg nih sangat menunjang monson ke'kurang-ajar'an terhadap orang melayu.. sedangkan kurap dan panau dalam politik dan pentadbiran melayu bukanlah perkara baru melainkan telah lama subur sejak melayu diangkat jadi kepala kerani oleh penjajah yang kita sayangi.. dulu tak komplen kata apa pun.. kenapa skrg galak menyalak2?

yg lebih menawan hati lagi, tak cukup dgn kumbang hitam dan langau hijau mendengungkan perihal betapa busuknya bunga tahi ayam, malah sesama bunga tahi ayam pun saling menutup hidung dan mencemuh betapa busuknya bunga tahi ayam yang tumbuh subur di taman sebelah.. agaknya kita lupa licik mendeliar menghapus bendahara kesayangan sultan hanya kerna setahil emas.. mungkin kita tak perasan kesatuan buruh beriya2 menyentap sadar merdeka org melayu kerna mereka diancam bunuh dan tidak boleh pulang lagi ke tanah besar asal usul mereka..

maaf kalau merasa bunyinya perkauman.. bukan benci yang cuba kutaburkan..

rasanya semua org melayu dah tahu kenapa cina, india dan benggali skrg nih menunjuk taring dan mencengkam cakar.. tapi wajarkah kita marah bila anjing tersepit menggigit orang yg menolongnya? kita kena menyesalkah bila anak kelaparan di rumah ketika kita sibuk menyusukan kera di hutan? sejak bila babi boleh jadi halal jika kita sembelih? sakitkah hati kita bila bunga yang kita beri pada monyet hancur diramasnya?

agaknya kita tak hingat waktu pemimpin2 kita lebih bersungguh2 membela budak2 hitam dan kuning ketika pilihanraya.. kita turun darjat jadi anak tiri, jika pun tidak menjadi anak haram.. dan anak2 tiri dan anak2 haram nih pun bersungguh2 memuji selangit pemimpin idola mereka.. mencium tapak kaki dan menjilat bontot2 demi mencari hidup yang sempurna..

maaf kalau merasa bunyinya kasar.. bukan amarah yang mahu kulepaskan..

masalahnya bukan mereka.. masalahnya kita.. mereka mengambil setiap kesempatan untuk survival mereka.. kita pula tak habis dengan sinikal dan marah, ugut dan ancam, menjerit2 pastuh hujung2nya kita bertenang, lepas tuh takkan berlaku apa2 lagi.. kita simpan nasi sejuk dalam gerobok, entah bila kita nak makan, sudahnya jadi habuan ayam.. kalau ada ayam.. kita membazir tenaga dan perasaan.. konon2 saja kita nih.. hangat2 tahi ayam, bila dah sejuk tinggal bau semerbak satu reban.. kita tetap bau busuk, org tetap benci..

melayu nih macam paku dgn palu, tak ketuk tak masuk, herannya rumah dah siap rapi, ada pulak pahat berbunyi.. apa yag dok jadi nih palu dok balun kapla kita.. yg masuk apa dia? cina dah tunjuk kepintaran berpolitik dia.. india dah tau kekuatan kesatuan diorg.. melayu? kalo hangpa nak konar sebut bab melayu dengan Islam.. aku tanya soalan yg sama.. org Islam dok buat apa la nih?

maaf kalau merasanya bunyinya sesat.. bukan iman yang kupermainkan..

sejarah hidup org melayu nih sangat menyedihkan.. berawal mula dari yang datang ke tanah kosong ini melarikan diri dari kancah perang dan jerat zalim.. diperteguh menjadi tuan tanah oleh rakan-rakan dan iman.. setelah itu orang eropah datang menjarah.. bertuan pula kita kepada mereka.. setia dan berbangga menjadi hamba.. kita merdeka pun kerna terpaksa.. dipalu dgn kesedaran nasionalisme dari luar.. itu merdeka dgn cara meminta-minta.. bijaksana melayu konon berdiplomasi.. maka merdeka melayu dgn cara menurut apa saja.. skrg melayu pula terpaksa berharap pada warga mendatang demi kekuasaan..

berabad-abad lamanya kita dihalau, ditolak ke sana dan ke sini, dihina, diperbodohkan.. yang tinggal cuma nostalgia.. melayu pernah hebat.. tapi kita tidak mahu jadi melayu hebat.. melayu hebat kerana kesatuan dan iman.. mana kesatuan kita? mana iman kita? kita sabar dan lunak terhadap para kafirun tapi tanpa ragu mengkafirkan sesama melayu.. kita cemuh perangai para kafirun tapi kita prejudis terhadap hasil tangan melayu.. apa sebenarnya kita mahu? kita jemu jadi cacing yg bergelinding, jenuh jadi serangga yg merayap.. kitalah katak bawah tempurung, menggema suara kita sendiri, sedang orang lain jadi enau dalam belukar warisan kita..

katholik dan protestan tidak berkongsi gereja.. hindu menghadir diri pada kuil dewanya saja.. ingatlah.. kita boleh berbeza mazhab, kita boleh memilih imam yg kita suka, tapi kita ini satu jemaah.. kita bermusafir dengan hak.. kita tidak boleh memurtadkan jemaah kita yang masih mengaku Allah swt sebagai Tuhan dan Muhammad saw sebagai rasul..

kita kena berhenti saling 'membunuh' sesama kita.. buang prejudis sesama kita.. kita kena tegur sendiri dengan keras mana yg tak kena.. kita kena ubat kudis-kudis kita.. kita kena kuatkan diri kita.. kita tidak boleh putus asa dengan jemaah kita sendiri.. tak pandai kita ajar, tak kuat kita tolong, tak bersih kita cuci.. kita kena dorong, beri peluang, buat salah, tegur lagi, beri peluang lagi.. jual barang mahal, kualiti rendah, tegur dan marah, tapi jgan buang.. beri peluang.. kita kena lebih tumpukan masa, tenaga dan harta utk jemaah kita.. kalau benar kita cinta dan kasih sesama jemaah.. jemu dan putus asa tidak ada dalam kamus cinta..

ini prioritas kita.. ini perjuangan kita.. ini jihad kita..

maaf kalau merasa bunyinya keterlaluan.. kesatuan yang aku harapkan..

Read On 3 ulasan

berpuasa tapi tak solat?



[quote="angah690"]

salam, tak payahlah nak pening2.. gini senanag ..kalau tak ppernah solat ..baik tak payah puasa buat lapar je....solat tu kan tiang agama!
apa yang ALLAH suruh tu kita patuh tak tahu pandu pada ALquran... ULama2 pun bukan boleh pakai sangat ...kebanyakan ulama palsu,ikut hukum yang manusia buat ..HUkum ALLAH taknak ikut...

bahaya sebenarnya quote camnih.. tapi mungkin berkesan utk setengah2 individu..

bila kita kata kalo tak solat tak payah puasa.. maka ramailah org tak puasa, kerna realitinya ramai yg tinggal solat.. bila ramai yg tinggal puasa, maka dia akan rasa kurang berdosa sebab dosa solat lagi besar katanya.. kalo dah alang2 tak solat, tak puasa, tak payah laa bayar zakat, tak payah laa tutup aurat, tak payah nikah, tak payah buat pahala, sebab tak dikira semuanya sebab tak solat.. walaupun ada kebenaran di dalamnya, namun apa kesudahannya?

sama juga bila kita kata ulama takleh pakai.. aku paham bila kita maksudkan ulama tertentu, tetapi label ulama nih bahaya kalo kita kotorkan.. sama dengan label Islam itu terroris, padahal bukan semua org Islam berani mati syahid.. citra yang bernuansa Islam ini jangan kita dakyahkan.. sebab nanti akan ada org kata kalo tak Islam pun masuk syurga juga.. kristen ada syurga, buddha pun ada nirvana.. semuanya akan jadi hanya sekadar label..

kalau boleh kita ambil jalan tengah.. kalo susah sangat nak solat, jangan sampai tinggalkan puasa pula.. dah laa tak solat tak puasa pulak.. solat tuh hutang dgn Tuhan, puasa tuh hutang dgn fakir miskin.. atas bawah kita berhutang.. puasa jer, takpa.. tapi bila time2 puasa tuh kita tarbiyah laa pelan2.. bila perut lapar, badan tak kuat, nafsu pun lemah, kita ajak solat.. kalo dia nak terawih jer pun takpa.. kalo datang terawih psal nak makan pun takpa.. yg penting dia buat dulu..

masalahnya kita selalu berasumsi, bila org tuh Islam jer mesti tahu semua.. mesti tingkat iman sama.. sebab tuh jangan terkejut bila ada org timur tengah cemuh kita yg mengaku Islam nih tak pandai cakap arab.. dia kata takkan beragama islam tapi tak pandai cakap arab, camna kita baca Quran? bahasa arab tuh bahasa syurga.. berpeluh2 kita pusing sana sini bagi jawapan..

apalagi generasi kita nih lahir2 jer dah Islam.. jadi Islam keturunan.. tak payah laa kita salahkan ibu bapa dia pulak, sedangkan kita yang dekat dgn dia pun tak buat dakwah.. dakwah tuh wajib.. bukan dengan kafir sahaja.. amal maaruf nahi mungkar tuh dakwah.. jangan terkejut ramai melayu yg tua bangka masih tak pandai baca Quran, takkan kita nak cemuh saja padahal bila dah tau jadi tanggungjawab kita..

hidup di zaman keliru nih jangan terlalu banyak prejudis.. kita kena lebih berlapang dada.. setiap dari kita punya dosa.. tapi bukan hak kita nak hukum org berdosa, kecuali dosa dgn kita.. kita cemuh org tak solat tapi kita yg solat tonggang-tonggek nih pun belum tentu solat diterima.. maka bagaimana kita nak kata puasa org lain tak diterima..

jahil org bukan utk kita cemuh tapi petunjuk buat kita.. Tuhan tunjuk kat kita supaya kita perbaiki diri.. bukan jadikan petunjuk tuh utk merosakkan lagi hati kita dengan mencaci maki dosa org lain.. blum tentu kita yg solat nih masuk syurga lebih dulu dari org yg kita rasa lebih byk dosa dari kita.. hati2.. itu ujub namanya.. lihat keadaan org lain dan renungilah diri kita sendiri..

tapi jangan pulak bila aku cakap camnih korang tak solat pulak.. kan dah tau solat tuh tiang.. jadi bila ada sesuatu yg tak kena pada diri kita, kita kena check balik solat kita.. bila hati kita mudah dihinggap penyakit, maka tengok balik solat kita.. bila boss marah2 kita, kita check balik solat kita.. bila tak naik pangkat, check balik solat kita.. bila tak dapat bonus, check balik solat kita.. bila anak2 nakal, check balik solat kita.. bila jemaah ini longgar, maka check balik syaf kita dalam solat jemaah.. itu maksud tiang.. bila rumah bergegar kita tak check dinding atau lantai, kita check tiang.. kalo tiang kukuh, insya-Allah selamat dari gempabumi, dalam hati kita..

wallahualam..

Read On 0 ulasan

mengapa aku perlu menikah?




mencari jawapan sempurna

nikah kahwin.. bab paling popular.. sama ada belum nikah ataupun nikah lagi.. dua2 isu akan memicu kontroversi dan jadi borak yang paling panjang.. macam2 provokasi dan propaganda akan muncul.. tak lama dulu ada sahabat bertanya pada aku ttg mengapa dia perlu kahwin.. satu soalan yang ada berpuluh2 jawapan.. dia bertanya bukan kerna dia tak percaya pada institusi perkahwinan atau tidak melihat keperluan, tapi dia perlu jawapan..

jawapan adalah suatu kepuasan diri.. dan diri setiap org itu berbeza, sebagaimana kehendak dan keperluan manusia itu berbeza2, sepertimana penciptaan manusia yang berbangsa2.. maka bila org nak jawapan untuk dirinya sendiri, bukanlah sesuatu yang mudah untuk diungkapkan oleh orang lain.. kerna yang kita cari itu ada dlm diri kita sendiri..

kita contohkan dengan persoalan nikah kahwin.. mencari jawapan itu harus melihat lagi ke dalam diri kita sendiri.. apa yang kita mahukan.. apa yg kita perlukan.. tidak ada dosa dalam kehendak, sehingga kita melakukannya tanpa memahami sesuatu perkara terlebih dahulu..

maka bila seseorang bertanya pada aku menggunakan kata tanya 'mengapa?', aku tahu aku tidak akan mampu memberikan jawapan yang tepat selain daripada membantu dia memahami pertanyaan itu dan mencari jawapan dalam dirinya sendiri..

mencari kepuasan diri..

kalaupun bukan semua orang tapi aku dapat lihat kebanyakan orang melakukan sesuatu untuk kepuasan diri orang lain.. kita pakai baju cantik2, make-up, beli rumah besar, isi perabot mahal2, beli keter mewah, cari duit banyak2, hampir semuanya bukan untuk diri kita.. kita akan kata kita buat untuk keluarga kita, utk anak isteri, utk ibu bapa dan untuk semua org yang kita sayangi.. walaupun aku biasa dengar alasan 'utk kepuasan diri'dan 'utk masa depan'.. kita tak benar2 buat untuk diri kita.. sedihnya, ramai dari kita tak tahu apa yang kita nak sebenarnya.. kita berjalan dgn bayang2 orang lain..

kalaupun ada untuk diri kita, kita akan tidak pernah puas untuk menuntut kesempurnaan dalam apa pun yg kita lakukan.. kita akan terus bertanya2 dan membuat perbandingan untuk mencari2 ketidaksempurnaan.. kita tak pernah menikmati sepenuh hati apa yang kita punyai.. sentiasa melihat ke depan walaupun itu bukan keperluan kita.. benar ini baik, dalam konteks hidup yang kita fahami, kerna mewujudkan masyarakat yang progresif dan tidak statik.. menciptakan individu yang tidak mudah berpuashati dan sentiasa ingin memajukan dirinya.. hanya saja tekanan maju itu seringkali tidak seiring dgn keperluan hati.. justeru itu kita melihat ramai yang melakukan pekerjaan setengah hati dan tidak bersungguh2.. kegigihan yang dimulakan tersasar dari niat asal.. maka nilai diri tidak wujud dalam setiap pekerjaannya..

mungkin dalam budaya kita dah ditekankan dari awal bahawa melakukan sesuatu hanya untuk diri sendiri itu adalah suatu 'dosa'.. bila kita nak buat sesuatu, kita kena pikir org lain.. jika tidak kita akan jadi kera sumbang, org tanak kawan dgn kita.. mereka kata kita hidup bermasyarakat, kena hormati org sekeliling.. kita kena hormati dan ikut serta jaga pandangan org keliling kita.. atau mungkin maksud sebenar mereka ialah kita ini hanya segerombolan kera.. aku tak kata keseluruhan maksud itu salah.. cuma saja bagaimana budaya ini telah berkembang ke arah yang salah, mewujudkan satu masyarakat 'pak turut' yang merasa berdosa besar jika menongkah arus..

mencari hidup baru

aku selalu terkagum-kagum bila org kata nak mulakan hidup baru.. beberapa minggu lalu, seorang rakan parsi dari republik Islam iran, dalam satu kesempatan chat bertukar khabar tentang pekerjaan, memberitahuku bahawa dia dan isterinya sudah menyusupkan permohonan visa ke australia, untuk memulakan hidup baru katanya. pengalaman menikmati shish kebab dan nasi minyak dicelah perit matahari berpanggang bahang tanah parsi ketika menjalani pencarian nafkah di tehran membantu aku memahami motivasinya. aku juga tidak sulit untuk memahami kegigihan seorang pare pinoy memohon visa menetap di kanada untuk memenuhi ambisinya. begitu juga ketika aku menemui seorang gadis dari tashkent yang tanpa ragu dan sangat termotivasi untuk datang ke malaysia untuk bekerja dan memperbaiki kehidupannya.

namun pengkisahan mereka itu tidaklah sehebat mendengar cerita seorang pemuda berketurunan cina dari taiping, yang memulakan perjalanan panjangnya dengan nekad mengikut kapal yang berlabuh di pelabuhan pulau pinang, merantau serata eropah dengan visa setengah halal, sehingga akhirnya dia di'pusakai' sebuah restoran masakan cina di helsinki. aku masih ingat ketawanya walaupun pada hakikatnya memerlukan hati yg tegar dalam meneruskan perjalanannya. garis-garis pengalaman di wajahnya aku nilai penuh keajaiban, walhal ketika itu dia sedang menceritakan kerisauan anak gadisnya yang terdidik bukan dengan budaya tanah asalnya. aku tidak dapat membayangkan bagaimana mereka dapat membulatkan tekad mereka menjelajah dataran lain yang mereka hanya punya sedikit pengetahuan.

memulakan hidup baru bukan suatu yang mudah untuk org melayu.. sama ada kita sedar atau tidak, generasi melayu skrg tidak pernah memulakan hidup baru secara total.. kita akan mulakan hidup baru hanya jika kita mmg sudah punya dasarnya.. ada org yg kita kenal, ada kerja yang menunggu, ada sedikit pusaka yang ditinggalkan.. kita tidak pernah memulakan hidup baru dari sifar.. kerna itu mentaliti kita ialah bila bersara, kita akan pulang kampung atau kita akan terus menetap di tempat yang sudah selesa.. sangat jarang kita dengar ada org melayu yang bersara pindah ke tempat yang tidak ada yg mengenalinya sama sekali, membuka kampung baru misalnya..

dan aku tak kata semua melayu.. aku kata kebanyakan melayu.. cubalah bertanya2 pada org sekeliling kita, apakah yg mereka akan lakukan bila mereka mempunyai pilihan untuk bersara.. begitu juga dalam melabur harta untuk hartanah.. mungkin nilai keluarga dalam budaya kita tinggi, atau mungkin juga itu semua kerana kita tidak berkebolehan untuk memulakan hidup baru yang benar2 baru..

mencari cinta

kembali pada persoalan sahabatku, "mengapa aku perlu menikah?"

cukupkah kita menikah kerna cinta? mampukah cinta itu bertahan selamanya?

dalam kehidupan terkini yang penuh dengan kebergantungan, ungkapan 'hidup tak cukup dgn kata cinta' telah menjadi suatu realiti.. namun kita lupa bahawa cinta itulah agama.. tapi bagaimana pula kita nak ingat kalau selama ini kita beragama tanpa rasa cinta.. aku tinggalkan dulu bab ini untuk waktu yang lain..

keperluan menikah ini berbeza antara individu.. sebagai contoh.. ada org menikah kerna perlu tempat untuk melampiaskan nafsu yang memburu.. ada yang menikah kerna kesepian yang menjerat dan perlu seseorg untuk mengisi masa2 sunyinya.. ada yang menikah kerna mahu zuriat untuk meneruskan keturunannya.. dan tak kurang pula yang menikah kerna mahu rezeki.. tapi yang paling ironis ialah alasan menikah kerna mahu mengikut sunnah tetapi kehidupan pernikahannya tidak sama sekali berpandukan sunnah..

maka soalan "kenapa kita nikah?" bukanlah suatu teka-teki yang mudah untuk dipecahkan.. namun jawapan itu ada dalam hati kita sendiri.. sesulit kita mahu mengenalpasti orang yang kita temui itu adalah belahan jiwa kita..

mencari pertanyaan

yang berikut adalah kata-kata seorang sahabatku beberapa waktu dulu.. sejauh mana kebenarannya bergantung kepada kefahaman kita masing-masing..

untuk mencari jawapan, kita kena bertanya pada diri kita sendiri.. pertanyaan itu harus datang dari hati.. bukan dari akal.. dari satu sudut yg terdalam.. kita kena cari soalan itu.. soalan yang tepat.. bukan buat org lain tetapi buat kita sendiri.. hanya satu soalan..

dan soalan itu harus berbekas di otak bawah sedar kita.. harus kita tanyakan pada akal kita setiap hari hingga soalan itu akan terus ditanyakan tanpa perlu kita memikirkannya.. menjadikan keperluan kepada fikiran bawah sedar kita untuk mencarinya..

keadaan ini akan mewujudkan satu aura yang menarik jawapan dari semesta.. dari persekeliling kita.. sama ada kita akan mendekati aura yang mempunyai jawapan tersebut atau aura itu sendiri akan datang mendekati kita.. ini waktu kita harus peka pada sekeliling kita..

dan bila kita peka, jawapan yang sempurna akan muncul memuaskan soalan yang tepat..

merepek kan? terlalu generik bagiku.. ;)

mencari faham

sebenarnya apa yg disebut oleh sahabatku itu bukanlah suatu kehebatan baru.. ianya bukan semudah yang aku tulis di atas, kerna harus tahu persis bagaimana melakukan setiap langkah yang disebutkannya.. dan itu juga adalah satu bahagian dari cerita lain..

hidup ini suatu perjalanan yang panjang.. klise sungguh.. apa yg aku nak sebut adalah perjalanan hidup nih mudah.. hanya ada satu.. yang susah ialah kemahuan kita untuk mengikutinya.. sedalam mana kita yakin akan kebenaran jalan tersebut dan sejauh mana kita mampu menguasai hati kita..

hidup bukan sekadar suatu yang perlu dijalani, namun yg lebih penting ialah untuk difahami.. umpama perjalanan mendaki gunung.. ada org mendaki gunung kerna mahu menikmati pemandangan dari atas gunung, ada org mendaki kerna mahu mencabar dirinya, ada org mendaki kerna mahu menghayati perjalanan ke puncak.. apa pun kemahuannya, pengakhirannya satu, sampai ke puncak gunung.. namun jika kita tidak mempunyai kemahuan dari semua itu, kita tidak akan mencapai puncak..

sama seperti menikah, yang penting bukan persoalan menikah atau tidak, tapi kenapa kita mahu menikah? apakah kemahuan kita dalam pernikahan tersebut? dengan memahami itu bukan sahaja kita akan menikah tetapi kita akan menemukan 'puncak gunung' yang sesuai dengan kemahuan kita..

mencari diri

dan faham ini berlangsung pada hampir seluruh perkara dalam hidup kita.. kerna itu tidak ada ungkapan benar atau salah padaku, dosa itu apabila kita tahu tidak benar namun kita tetap saja melakukannya.. itu pilihan.. tapi kita juga harus faham mengapa kita melakukannya.. bukan hanya sekadar menyesali..

kerna jika kita hanya menyesali dosa yang kita lakukan, tanpa memahami mengapa kita membuat pilihan itu, tetap saja kita akan terus-terusan melakukannya.. dan menyesal setelah itu.. akhirnya, kita bukan hanya hidup dalam penuh dosa tapi dalam penyesalan yang sangat panjang.. seluruh hidup kita akan menjadi satu sesal yang tak berhujung..

bila kita buat salah, kita perlu tahu apa salahnya dan mengapa kita ambil keputusan yang kita sesalkan tersebut.. bila kita faham, maka kita mengetahui keperluan kita.. kita ambil contoh mudah.. kita jumpa duit tepi jalan.. takder org.. dua pilihan.. ambil atau biarkan..

katakan kita ambil.. mengapa kita ambil? adakah kita memerlukannya? kenapa kita perlukan duit tuh? adakah duit itu akan memudahkan hidup kita? bagaimana kalau empunya duit itu yang lebih memerlukan? bagaimana kalo ada org nampak kita ambil duit tuh? halalkah duit tuh?

katakan pula kita tinggalkan.. mengapa kita tak ambil? benarkah kita tak memerlukannya? benarkah itu bukan rezki yang Tuhan beri? bukankah kita boleh ambil dan beri pada masjid atau org yg lebih memerlukan? bukankah membazir jika tiada siapa jumpa duit nih dan duit nih rosak tak boleh digunakan lagi? adakah kita tidak bersyukur?

intinya ialah bukan duit yang kita jumpa.. duit itu tetap duit.. kalau kita tak ambil mungkin org lain ambil.. ambil salah, tak ambil pun boleh jadi salah.. tak ambil jadi menyesal, ambil pun boleh jadi menyesal.. persoalannya ialah hati kita.. dan segala keputusan yang kita ambil itu berdasarkan kepada sedalam mana kefahaman kita tentang hati kita..

mencari-cari

balik kepada pangkal pokok soal kita tadi.. menikah.. ini bukan hanya soalan untuk org bujang tetapi juga untuk org yg sudah berkahwin dan juga kepada yang nak berkahwin lagi.. mengapa kita menikah?

jawapan kepada persoalan ini bukan sekadar jawapan memuaskan hati, tapi ia memiliki jawapan kepada persoalan yang lebih dalam.. menikah bukan sekadar lafaz ijab dan kabul.. Allah swt menjadikan Hawa as untuk Adam as, bukan tanpa sebab.. pengkisahan buah khuldi yang membawa beliau berdua turun ke bumi bukan sekadar kisah yang dibacakan sebelum tidur.. pernikahan adalah satu rahsia penciptaan bagi yang mahu memahaminya.. sebuah interpretasi hubungan manusia dan Tuhannya..

maka bila soalannya, "mengapa kita menikah?" kita hanya punya jawapan utk diri kita sendiri.. kita harus cari faham itu, bukan cari jawapan pada org lain.. dan apapun jawapan yang kita faham, itulah yang sebenar-benar jawapan untuk diri kita.. tiada kesalahan di dalamnya melainkan jika kita tidak memahaminya..

wallahualam..

Read On 0 ulasan

dangerous pleasures of domestic love



gabriel garcia marquez told a story about a soap, in his 'love in the time of the cholera'..


it began with routine simplicity, dr urbino had returned from bathroom and begun to dress in the dark.. he referred himself as 'a man who dress in the dark'.. he did that because he didn't want his wife, fermina, to be awake in early morning, eventhough he knew she only half-sleeping.. the reason is he never needed her to be awake as much as he did during his fumbling moments.. so dr urbino knew she was waiting for his slightest sound, and after a prolonged sound of starched linen, in the darkness, he said to himself..

"I've been bathing for almost a week without any soap."

then, fully awake, she remembered, and tossed, and turned in fury, because in fact she had forgotten to replace the soap, which she had noticed its absence three days earlier, and the truth was that a week had not gone by, as he said to make her feel more guilty, but the unpardonable days, and her anger at being found out in a mistake maddened her. as always, she defended herself by attacking.

"well I've bathed every day," she shouted, beside herself with rage, "and there's always been soap."

although he knew her battle tactics by heart, this time he could not abide them. so he went his busy life, returning home only to change his clothes before making his evening house calls. while she headed for the kitchen when she heard him come in, pretending that she had something to do, and stayed there until she heard his carriage in the street. this went on for the next three months. he was not ready to come back as long as she refused to admit there had been no soap, and she was not prepared to have him back until he recognized that he had consciously lied to torment her.

each time they tried to resolve the conflict they only inflamed their feelings even more. at last he proposed that they both submit to an open confession, with the archbishop, so that God can decide whether or not there had been a soap. then despite of all her self-control, she lost temper with a historic cry,

"to hell with the archbishop!"

realizing she had gone too far, she threatened to move back to her father's house. the truth is she really did want to leave, and her husband realized this in time. he did not have the courage to defy his own prejudice, and he capitulated. not in the sense that he admitted there had been a soap in the bathroom, but soinfar he continued live in the same house with her, but in separate room, and he did not say a word to her.

so he got the study room with no bathroom. they would often arrive at the bathroom at the same time, then they took turns brushing their teeth before going to sleep. one night, after four months, he lay down on their double bed to read until she came out of the bathroom., and he fell asleep. she came out and lay down beside him in a way so that he would wake up and leave. but instead, he turned out the light and settled himself on the pillow. she shook him by the shoulder to remind him that he supposed to go to the study room, but it felt so comfortable to be back in his great-grandparents featherbed that he preferred to capitulate.

"let me stay here," he said. "there was soap."


Read On 0 ulasan

unforgiven past : an advice to myself



throughout my fascinating life, there were two big moment which has been the turning point of my destiny.. one tragedy changed the foundation of my principles and one event changed the path of my career..

i was too young that time to understand the meaning of betrayal and rejection when i accidentally bumped into the scene that i thought i would never forget for the rest of my life..i am confused of being too naive upon my knowledge that everybody knows about it, but not me.. instead of having a furious teenage anger, i felt it was my own fault to hold on to the love that never meant for me.. this is the point of time when i gotta understand that love is about giving and the phrase 'cinta tak semestinya bersatu' emerged to a sweet compassionate feelings.. and how i have been a complete stupid gentleman to wish them happiness and suffered myself with sorrow for the next 7 years..

but that is history to me.. the sorrow has groomed me in such a way to create a person that have high tolerance on faults and failures, and enjoying every moment of my life as it is.. becoming a person who need nothing but to give more whenever he have a chance.. looking back at it, i don't have regret, eventhough at some point of time i believe that i should not giving up the battle.. hence, i have won the war..

during those miserable years, not once but so many times i felt anger and hate.. angered because i don't prevent it to be happened.. i felt i wouldn't find happiness again in my life after i'm letting her go.. the sadness, wheeping between the pillows, scratching wall of hopeless.. i hated myself in so many ways.. but then one fine morning, i felt like i have to forgive myself.. from that day i begun sweeping the dust of my unforgiven past..

the other event was to pursue the dream of trying to make world a better place.. a dream to position myself in such a career that i can be solely own by the people.. that is a dream that i shared with my great father since i was 10 years old.. but somehow God has other plan for me.. i was drowning on the sofa, suffocating the failure of my third attempt.. trying to swum for the air of making the most catastrophic decision to let go the dream and set new path of my life.. will i regret?

the bitterness of my constant failures makes me awake the whole nite.. i'm not only giving up my dream but begun to giving up hope.. as if my whole life is a total nonsense filled with bullshit and i'm start to pity myself.. it is a cruel world.. life has been unfair to me.. nevertheless, life is meant to be unfair.. fair is when you accept things as it is.. pig can't be something else but a pig, but they've been blessed by longer orgasm than homo-sapiens..

then it comes to my sense that dream will never fade.. you can still achieve it no matter which road you're taking.. fate is not the enemy of our dream.. its always ourself being the dark angel pushing us towards the other room of our self-created hell.. letting go doesn't mean we failed.. it just like taking one step back, re-calculate probabilities and making a new strategies.. it just a chance for us to explore the new divine path.. a re-route to align with God's will.. that very nite, i forgive myself.. again..


but why am i telling this boring story?

few days ago, a very good friend of mine came to me and ask if i could give him an advice.. i don't remember what i have told him that night.. but the day after, he told me that i said he have to forgive himeself and yet he don't understand what i mean.. sometimes when we said something, it merely about telling it to our ownself..

there are a lotsa mid-section in life.. paths which we have to choose.. i would say most of the time i have slipped and fell.. hard.. there were so many time, i choosed the wrong path consciously.. even there was a time when i felt the burden of my sins pushing me down heavily and darken the light of my soul.. i feel ashamed to God.. no matter how ugly i brutalized my life, He still shines me with the light of opportunities.. i feel ashamed for not forgiving myself when He never say no to all my prayers..

i always said life is a process.. its all about understanding ourself.. seeing beyond the difficulties and sorrow.. life has made us what we are today.. living life is neither about crawling back the nostalgia of our past experience nor excitedly jumping high for our optimistic future.. living life is today.. learning from history and strengthen our dream.. the history end today and also the future begin today.. we are always in the mid-section of a wonderful life to create our own heaven or hell..

one of my good friend gimme a tip for living life.. we hafta feel the urgency of kindness and delay the gratitude of wrongdoings.. if you think what you would do would benefit life, create the urgency.. and if you feel you would benefit life by harming others, delay your own gratitude..

then when another good friend of mine asked if i have a chance to go back to my previous life and changed the very moment that i regret most.. i told him i would not changed a bit.. i'll do the same thing all over again.. the bitterness has lead me to a path of sweetness.. what i really need to change is today..

sorry for getting personal today ;)


Read On 0 ulasan

gempa padang : ujian untuk siapa?


seminggu sudah berlalu sejak sumatera barat digegar buminya.. walau gempa sudah tiada, namun hati tetap bergetar tatkala berkongsi kisah pengalamannya.. sayu memilu jiwa melihat sang ibu berlari-lari tanpa tujuan yang pasti, dengan mata membasah merah, laungan yang tidak bersahut, mencari suami yang tiada khabar dan anak yang tadinya bermain riang.. perasaan masih terguncang melihat puing-puing reruntuhan, mayat-mayat bergelimpangan.. dada tersentak melihat tangan-tangan yang melambai lemah di antara celah-celah bebatuan.. sungguh tiada apa yang dapat dilakukan jika Tuhan mengkehendaki ianya berlaku..

namun dalam ketabahan mangsa dan kecekalan pasukan penyelamat, sepertinya ketika tsunami di acheh, tetap ada orang-orang pintar yang mengatakan itu sebagai balasan Tuhan terhadap dosa orang-orang setempat.. jika pun ada kebenarannya, apakah tidak terhiba mengatakan sesuatu yang pedih terhadap orang yang sedang bersedih? benarkah ini semata bala dari Tuhan?

setiap orang yang beriman akan diuji.. lebih berat ujian bermakna lebih besar keimanan yang dipertaruhkan.. namun mengatakan ianya bala atau rahmat itu tergantung pada individu yang diuji.. maka bila kita diuji, bila org dikeliling kita diuji, isteri, anak2, ibubapa, adik-beradik, saudara-mara, para sahabat, mahupun jiran tetangga, dan Tuhan memperlihatkannya kepada kita, sesungguh didalamnya terdapat peringatan buat kita juga..

persoalannya bagaimanakah kita mengetahui ujian itu suatu rahmat atau bala buat kita? jawapannya ada di hati kita.. jika ujian itu membawa kita lebih dekat kepada Tuhan bermakna itu adalah rahmat buat kita, maka bersyukurlah.. Tuhan mahu mencuit kalbu kita, menyedarkan kita dan membasuh dosa2 kita..

tapi jika ujian itu menarik kita menjauh dari-Nya, maka berhati2lah kerna itulah bala yang Tuhan berikan kepada kita.. jika kita mengeluh2 dan mempersoalkan nasib dan takdir.. kita lupa bahawa Allah swt itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.. hanya kerna kita diuji dengan sedikit kesusahan kita langsung lupa akan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita selama hidup kita.. sedih dan marah kita membuang syukur dan ikhlas..

telah berpesan seseorang kepadaku, bahawa ujian yang paling berat bukanlah kesusahan, kesakitan dan kesedihan tetapi kemewahan dan kesenangan.. hati mudah jadi lalai dan lupa bahawa mewah dan senang itu bukan kerna usaha kita melainkan rahmat Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. kita lebih mudah lupa bahawa kita hanya hamba yang tidak punya kuasa untuk melakukan apa-apa pun, melainkan dengan kudrat dan iradat-Nya..

sudah ikhlaskah kita kepada Tuhan? cukupkah kata-kata syukur yang membasah lidah kita? atau semua itu hanya sebahagian dari kosmetik budaya dan sekadar menjaga citra diri kita?

kita selalu berfikir kita yang menafkahi keluarga kita.. kita fikir usaha kita yang membolehkan hidup kita jadi lebih baik dari orang lain.. tapi terfikirkah kita mengapa kita melakukan semua itu? bukankah kita ini dihidupkan semata untuk menyembah-Nya? kita melakukan yang terbaik untuk keluarga kita untuk apa?

berkata seorang sahabatku, "hidup ini adalah untuk bersyukur.. untuk syukur kita perlu ikhlas menjalaninya.." apa maksudnya?

kita mencari nafkah bukan untuk menafkahi keluarga kita, kerna yang menafkahi keluarga kita adalah Tuhan.. Tuhan menciptakan keperluan untuk keluarga kita supaya kita harus bekerja.. maka kerjalah.. kerna itu adalah satu jalan bersyukur atas rahmat-Nya.. jika bekerja itu tanda bersyukur maka ikhlaskanlah.. bekerjalah dengan ikhlas kerna bersyukur pada Tuhan atas segala nikmat kesihatan dan kepandaian akal yang dikurniakan kepada kita..

jangan kita memperdulikan akan apa yang akan kita dapati dari pekerjaan itu.. kerna itu urusan Tuhan.. rezeki itu milik Tuhan.. dan janji Tuhan kepada kita bahawa Dia akan menyempurnakan rezeki kita.. bekerjalah dengan ikhlas sebagai tanda bersyukur dan berdoalah, selain dari itu kita serahkan kepada Tuhan, tawakal, bukan urusan kita lagi.. jika begitu kemahuan-Nya maka terimalah apa yang dikurniakan-Nya.. maka itulah yang terbaik..

hatta kita makan itu juga bukan kerna mahu hidup.. bukankah lebih ramai yang mati itu kerna makanan bukan kerna kelaparan? Tuhan jadikan lapar supaya kita dapat bersyukur.. cara bersyukur ialah dengan menikmati rezeki yang dikurniakan-Nya.. kenyang itu rahmat dari Tuhan bukan kerna apa yang kita penuhkan dalam perut kita..

begitu juga dalam lisan, penulisan dan perbuatan.. semua itu nikmat dari Tuhan.. memberi kita akal supaya kita dapat bersyukur dengan lebih baik.. maka lihatlah sama ada tutur kata dan perbuatan kita mencerminkan keikhlasan bersyukur kepada-Nya?

dan ingatlah, jika nikmat dan dugaan itu membawa kita jauh dari-Nya maka Tuhan sedang menurunkan bala kepada kita.. semakin kita lupa dan lalai, semakin keras hati, semakin banyak bala yang akan ditimpakan kepada kita.. bala yang membawa kita jauh ke dalam jurang kesesatan.. menjadikan kita fasik atau mungkin menjadikan kita munafik.. nauzubillah..


maka jika mangsa gempa boleh redha dan bersyukur dengan ujian Tuhan, mengapa pula kita membina ujub dan takabbur dalam hati kita? adakah ujian gempa itu rahmat buat mereka dan bala buat kita? siapakah sebenarnya yang diuji Tuhan?
Read On 3 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008