gempa padang : ujian untuk siapa?


seminggu sudah berlalu sejak sumatera barat digegar buminya.. walau gempa sudah tiada, namun hati tetap bergetar tatkala berkongsi kisah pengalamannya.. sayu memilu jiwa melihat sang ibu berlari-lari tanpa tujuan yang pasti, dengan mata membasah merah, laungan yang tidak bersahut, mencari suami yang tiada khabar dan anak yang tadinya bermain riang.. perasaan masih terguncang melihat puing-puing reruntuhan, mayat-mayat bergelimpangan.. dada tersentak melihat tangan-tangan yang melambai lemah di antara celah-celah bebatuan.. sungguh tiada apa yang dapat dilakukan jika Tuhan mengkehendaki ianya berlaku..

namun dalam ketabahan mangsa dan kecekalan pasukan penyelamat, sepertinya ketika tsunami di acheh, tetap ada orang-orang pintar yang mengatakan itu sebagai balasan Tuhan terhadap dosa orang-orang setempat.. jika pun ada kebenarannya, apakah tidak terhiba mengatakan sesuatu yang pedih terhadap orang yang sedang bersedih? benarkah ini semata bala dari Tuhan?

setiap orang yang beriman akan diuji.. lebih berat ujian bermakna lebih besar keimanan yang dipertaruhkan.. namun mengatakan ianya bala atau rahmat itu tergantung pada individu yang diuji.. maka bila kita diuji, bila org dikeliling kita diuji, isteri, anak2, ibubapa, adik-beradik, saudara-mara, para sahabat, mahupun jiran tetangga, dan Tuhan memperlihatkannya kepada kita, sesungguh didalamnya terdapat peringatan buat kita juga..

persoalannya bagaimanakah kita mengetahui ujian itu suatu rahmat atau bala buat kita? jawapannya ada di hati kita.. jika ujian itu membawa kita lebih dekat kepada Tuhan bermakna itu adalah rahmat buat kita, maka bersyukurlah.. Tuhan mahu mencuit kalbu kita, menyedarkan kita dan membasuh dosa2 kita..

tapi jika ujian itu menarik kita menjauh dari-Nya, maka berhati2lah kerna itulah bala yang Tuhan berikan kepada kita.. jika kita mengeluh2 dan mempersoalkan nasib dan takdir.. kita lupa bahawa Allah swt itu Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.. hanya kerna kita diuji dengan sedikit kesusahan kita langsung lupa akan nikmat yang diberikan-Nya kepada kita selama hidup kita.. sedih dan marah kita membuang syukur dan ikhlas..

telah berpesan seseorang kepadaku, bahawa ujian yang paling berat bukanlah kesusahan, kesakitan dan kesedihan tetapi kemewahan dan kesenangan.. hati mudah jadi lalai dan lupa bahawa mewah dan senang itu bukan kerna usaha kita melainkan rahmat Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. kita lebih mudah lupa bahawa kita hanya hamba yang tidak punya kuasa untuk melakukan apa-apa pun, melainkan dengan kudrat dan iradat-Nya..

sudah ikhlaskah kita kepada Tuhan? cukupkah kata-kata syukur yang membasah lidah kita? atau semua itu hanya sebahagian dari kosmetik budaya dan sekadar menjaga citra diri kita?

kita selalu berfikir kita yang menafkahi keluarga kita.. kita fikir usaha kita yang membolehkan hidup kita jadi lebih baik dari orang lain.. tapi terfikirkah kita mengapa kita melakukan semua itu? bukankah kita ini dihidupkan semata untuk menyembah-Nya? kita melakukan yang terbaik untuk keluarga kita untuk apa?

berkata seorang sahabatku, "hidup ini adalah untuk bersyukur.. untuk syukur kita perlu ikhlas menjalaninya.." apa maksudnya?

kita mencari nafkah bukan untuk menafkahi keluarga kita, kerna yang menafkahi keluarga kita adalah Tuhan.. Tuhan menciptakan keperluan untuk keluarga kita supaya kita harus bekerja.. maka kerjalah.. kerna itu adalah satu jalan bersyukur atas rahmat-Nya.. jika bekerja itu tanda bersyukur maka ikhlaskanlah.. bekerjalah dengan ikhlas kerna bersyukur pada Tuhan atas segala nikmat kesihatan dan kepandaian akal yang dikurniakan kepada kita..

jangan kita memperdulikan akan apa yang akan kita dapati dari pekerjaan itu.. kerna itu urusan Tuhan.. rezeki itu milik Tuhan.. dan janji Tuhan kepada kita bahawa Dia akan menyempurnakan rezeki kita.. bekerjalah dengan ikhlas sebagai tanda bersyukur dan berdoalah, selain dari itu kita serahkan kepada Tuhan, tawakal, bukan urusan kita lagi.. jika begitu kemahuan-Nya maka terimalah apa yang dikurniakan-Nya.. maka itulah yang terbaik..

hatta kita makan itu juga bukan kerna mahu hidup.. bukankah lebih ramai yang mati itu kerna makanan bukan kerna kelaparan? Tuhan jadikan lapar supaya kita dapat bersyukur.. cara bersyukur ialah dengan menikmati rezeki yang dikurniakan-Nya.. kenyang itu rahmat dari Tuhan bukan kerna apa yang kita penuhkan dalam perut kita..

begitu juga dalam lisan, penulisan dan perbuatan.. semua itu nikmat dari Tuhan.. memberi kita akal supaya kita dapat bersyukur dengan lebih baik.. maka lihatlah sama ada tutur kata dan perbuatan kita mencerminkan keikhlasan bersyukur kepada-Nya?

dan ingatlah, jika nikmat dan dugaan itu membawa kita jauh dari-Nya maka Tuhan sedang menurunkan bala kepada kita.. semakin kita lupa dan lalai, semakin keras hati, semakin banyak bala yang akan ditimpakan kepada kita.. bala yang membawa kita jauh ke dalam jurang kesesatan.. menjadikan kita fasik atau mungkin menjadikan kita munafik.. nauzubillah..


maka jika mangsa gempa boleh redha dan bersyukur dengan ujian Tuhan, mengapa pula kita membina ujub dan takabbur dalam hati kita? adakah ujian gempa itu rahmat buat mereka dan bala buat kita? siapakah sebenarnya yang diuji Tuhan?

About this entry

  1. aa.. yg itu ujian buat ko dgn mak bapak ko.. ;)

  2. Post yg menarik. Sy rasa apa yg berlaku di Padang sebenar ujian dan peringatan utk semua; yg kena gempa memang sah dah kena uji apa sebab baik atau buruk wallahualam Allah swt saja yg maha mengetahui. Yg masih hidup dan mampu melihat akan kekuasaan Allah swt kenalah ambik ikhtibar, insaf dan hulurlah bantuan setakad yg mampu.

    Allah swt itu maha pengasih dan penyayang maka Dia tidak akan mendatangkan malapetaka sekiranya kita laksanakan amal makruf nahi mungkar, laksanakan perintahNya dan hindari laranganNya, kita akan senantiasa berada dalam rahmatNya dan Allah swt teramat murka dan tidak memaafkan apa2 perbuatan dan perlakuan yg mensyirikkanNya.

    Masalahnya sekarang umat islam di akhir zaman ini confused disebabkan tidak mempunyai ilmu agama yg sewajibnya ada utk menghayati dgn sebenar2nya akan perintah dan larangan Allah swt. Maka wujudlah generasi islam pakturut yg amalannya berupa biadaah yg menjurus kepada kekufuran kerana dalam islam amalan tanpa berpandukan ilmu akan tersesat dan secara tak langsung mengundang bala dari Allah swt...nauzubillah.

    Hal ini Allah swt maha mengetahui dan rasullullah saw sendiri di akhir menyebut "umati, umati...kerana baginda tahu dan mengenangkan nasib umatnya diakhir zaman.

    Kepada yg sedar kita masih belum terlambat kerana apabila datangnya Dajjal dan Yakjut Makjut cair segala2nya kerana level keislaman kebanyakan umat islam sekarang tidak akan mampu menangkis tipu muslihat mahluk2 seperti Dajjal dan Yakjut Makjut.

    Kita mungkin telah selamat berada di alam kubur by the time Dajjal dan kemudian Yakjut Makjut turun, tetapi anak dan keturunan kita yg tinggal apa akan jadi dgn nasib mereka. Takkan kita nak biarkan mereka hanyut? Ini tanggung jawab kita dan kita akan ditanya di hadapan Allah swt nanti.

    Maka sudah barang tentu kita sebagai ketua keluarga atau pemimpin kena mempunyai ilmu agama yg secukupnya supaya dapat membimbing orang dibawah kita dan supaya ujian2 dari Allah swt yg akan terus menerus datang dapat diterima dgn hati yg reda kpdNya.

    Waminallahit-taufiq walhidayah

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008