mencari jawapan sempurna
nikah kahwin.. bab paling popular.. sama ada belum nikah ataupun nikah lagi.. dua2 isu akan memicu kontroversi dan jadi borak yang paling panjang.. macam2 provokasi dan propaganda akan muncul.. tak lama dulu ada sahabat bertanya pada aku ttg mengapa dia perlu kahwin.. satu soalan yang ada berpuluh2 jawapan.. dia bertanya bukan kerna dia tak percaya pada institusi perkahwinan atau tidak melihat keperluan, tapi dia perlu jawapan..
jawapan adalah suatu kepuasan diri.. dan diri setiap org itu berbeza, sebagaimana kehendak dan keperluan manusia itu berbeza2, sepertimana penciptaan manusia yang berbangsa2.. maka bila org nak jawapan untuk dirinya sendiri, bukanlah sesuatu yang mudah untuk diungkapkan oleh orang lain.. kerna yang kita cari itu ada dlm diri kita sendiri..
kita contohkan dengan persoalan nikah kahwin.. mencari jawapan itu harus melihat lagi ke dalam diri kita sendiri.. apa yang kita mahukan.. apa yg kita perlukan.. tidak ada dosa dalam kehendak, sehingga kita melakukannya tanpa memahami sesuatu perkara terlebih dahulu..
maka bila seseorang bertanya pada aku menggunakan kata tanya 'mengapa?', aku tahu aku tidak akan mampu memberikan jawapan yang tepat selain daripada membantu dia memahami pertanyaan itu dan mencari jawapan dalam dirinya sendiri..
mencari kepuasan diri..
kalaupun bukan semua orang tapi aku dapat lihat kebanyakan orang melakukan sesuatu untuk kepuasan diri orang lain.. kita pakai baju cantik2, make-up, beli rumah besar, isi perabot mahal2, beli keter mewah, cari duit banyak2, hampir semuanya bukan untuk diri kita.. kita akan kata kita buat untuk keluarga kita, utk anak isteri, utk ibu bapa dan untuk semua org yang kita sayangi.. walaupun aku biasa dengar alasan 'utk kepuasan diri'dan 'utk masa depan'.. kita tak benar2 buat untuk diri kita.. sedihnya, ramai dari kita tak tahu apa yang kita nak sebenarnya.. kita berjalan dgn bayang2 orang lain..
kalaupun ada untuk diri kita, kita akan tidak pernah puas untuk menuntut kesempurnaan dalam apa pun yg kita lakukan.. kita akan terus bertanya2 dan membuat perbandingan untuk mencari2 ketidaksempurnaan.. kita tak pernah menikmati sepenuh hati apa yang kita punyai.. sentiasa melihat ke depan walaupun itu bukan keperluan kita.. benar ini baik, dalam konteks hidup yang kita fahami, kerna mewujudkan masyarakat yang progresif dan tidak statik.. menciptakan individu yang tidak mudah berpuashati dan sentiasa ingin memajukan dirinya.. hanya saja tekanan maju itu seringkali tidak seiring dgn keperluan hati.. justeru itu kita melihat ramai yang melakukan pekerjaan setengah hati dan tidak bersungguh2.. kegigihan yang dimulakan tersasar dari niat asal.. maka nilai diri tidak wujud dalam setiap pekerjaannya..
mungkin dalam budaya kita dah ditekankan dari awal bahawa melakukan sesuatu hanya untuk diri sendiri itu adalah suatu 'dosa'.. bila kita nak buat sesuatu, kita kena pikir org lain.. jika tidak kita akan jadi kera sumbang, org tanak kawan dgn kita.. mereka kata kita hidup bermasyarakat, kena hormati org sekeliling.. kita kena hormati dan ikut serta jaga pandangan org keliling kita.. atau mungkin maksud sebenar mereka ialah kita ini hanya segerombolan kera.. aku tak kata keseluruhan maksud itu salah.. cuma saja bagaimana budaya ini telah berkembang ke arah yang salah, mewujudkan satu masyarakat 'pak turut' yang merasa berdosa besar jika menongkah arus..
mencari hidup baru
aku selalu terkagum-kagum bila org kata nak mulakan hidup baru.. beberapa minggu lalu, seorang rakan parsi dari republik Islam iran, dalam satu kesempatan chat bertukar khabar tentang pekerjaan, memberitahuku bahawa dia dan isterinya sudah menyusupkan permohonan visa ke australia, untuk memulakan hidup baru katanya. pengalaman menikmati shish kebab dan nasi minyak dicelah perit matahari berpanggang bahang tanah parsi ketika menjalani pencarian nafkah di tehran membantu aku memahami motivasinya. aku juga tidak sulit untuk memahami kegigihan seorang pare pinoy memohon visa menetap di kanada untuk memenuhi ambisinya. begitu juga ketika aku menemui seorang gadis dari tashkent yang tanpa ragu dan sangat termotivasi untuk datang ke malaysia untuk bekerja dan memperbaiki kehidupannya.
namun pengkisahan mereka itu tidaklah sehebat mendengar cerita seorang pemuda berketurunan cina dari taiping, yang memulakan perjalanan panjangnya dengan nekad mengikut kapal yang berlabuh di pelabuhan pulau pinang, merantau serata eropah dengan visa setengah halal, sehingga akhirnya dia di'pusakai' sebuah restoran masakan cina di helsinki. aku masih ingat ketawanya walaupun pada hakikatnya memerlukan hati yg tegar dalam meneruskan perjalanannya. garis-garis pengalaman di wajahnya aku nilai penuh keajaiban, walhal ketika itu dia sedang menceritakan kerisauan anak gadisnya yang terdidik bukan dengan budaya tanah asalnya. aku tidak dapat membayangkan bagaimana mereka dapat membulatkan tekad mereka menjelajah dataran lain yang mereka hanya punya sedikit pengetahuan.
memulakan hidup baru bukan suatu yang mudah untuk org melayu.. sama ada kita sedar atau tidak, generasi melayu skrg tidak pernah memulakan hidup baru secara total.. kita akan mulakan hidup baru hanya jika kita mmg sudah punya dasarnya.. ada org yg kita kenal, ada kerja yang menunggu, ada sedikit pusaka yang ditinggalkan.. kita tidak pernah memulakan hidup baru dari sifar.. kerna itu mentaliti kita ialah bila bersara, kita akan pulang kampung atau kita akan terus menetap di tempat yang sudah selesa.. sangat jarang kita dengar ada org melayu yang bersara pindah ke tempat yang tidak ada yg mengenalinya sama sekali, membuka kampung baru misalnya..
dan aku tak kata semua melayu.. aku kata kebanyakan melayu.. cubalah bertanya2 pada org sekeliling kita, apakah yg mereka akan lakukan bila mereka mempunyai pilihan untuk bersara.. begitu juga dalam melabur harta untuk hartanah.. mungkin nilai keluarga dalam budaya kita tinggi, atau mungkin juga itu semua kerana kita tidak berkebolehan untuk memulakan hidup baru yang benar2 baru..
mencari cinta
kembali pada persoalan sahabatku, "mengapa aku perlu menikah?"
cukupkah kita menikah kerna cinta? mampukah cinta itu bertahan selamanya?
dalam kehidupan terkini yang penuh dengan kebergantungan, ungkapan 'hidup tak cukup dgn kata cinta' telah menjadi suatu realiti.. namun kita lupa bahawa cinta itulah agama.. tapi bagaimana pula kita nak ingat kalau selama ini kita beragama tanpa rasa cinta.. aku tinggalkan dulu bab ini untuk waktu yang lain..
keperluan menikah ini berbeza antara individu.. sebagai contoh.. ada org menikah kerna perlu tempat untuk melampiaskan nafsu yang memburu.. ada yang menikah kerna kesepian yang menjerat dan perlu seseorg untuk mengisi masa2 sunyinya.. ada yang menikah kerna mahu zuriat untuk meneruskan keturunannya.. dan tak kurang pula yang menikah kerna mahu rezeki.. tapi yang paling ironis ialah alasan menikah kerna mahu mengikut sunnah tetapi kehidupan pernikahannya tidak sama sekali berpandukan sunnah..
maka soalan "kenapa kita nikah?" bukanlah suatu teka-teki yang mudah untuk dipecahkan.. namun jawapan itu ada dalam hati kita sendiri.. sesulit kita mahu mengenalpasti orang yang kita temui itu adalah belahan jiwa kita..
mencari pertanyaan
yang berikut adalah kata-kata seorang sahabatku beberapa waktu dulu.. sejauh mana kebenarannya bergantung kepada kefahaman kita masing-masing..
untuk mencari jawapan, kita kena bertanya pada diri kita sendiri.. pertanyaan itu harus datang dari hati.. bukan dari akal.. dari satu sudut yg terdalam.. kita kena cari soalan itu.. soalan yang tepat.. bukan buat org lain tetapi buat kita sendiri.. hanya satu soalan..
dan soalan itu harus berbekas di otak bawah sedar kita.. harus kita tanyakan pada akal kita setiap hari hingga soalan itu akan terus ditanyakan tanpa perlu kita memikirkannya.. menjadikan keperluan kepada fikiran bawah sedar kita untuk mencarinya..
keadaan ini akan mewujudkan satu aura yang menarik jawapan dari semesta.. dari persekeliling kita.. sama ada kita akan mendekati aura yang mempunyai jawapan tersebut atau aura itu sendiri akan datang mendekati kita.. ini waktu kita harus peka pada sekeliling kita..
dan bila kita peka, jawapan yang sempurna akan muncul memuaskan soalan yang tepat..
merepek kan? terlalu generik bagiku.. ;)
mencari faham
sebenarnya apa yg disebut oleh sahabatku itu bukanlah suatu kehebatan baru.. ianya bukan semudah yang aku tulis di atas, kerna harus tahu persis bagaimana melakukan setiap langkah yang disebutkannya.. dan itu juga adalah satu bahagian dari cerita lain..
hidup ini suatu perjalanan yang panjang.. klise sungguh.. apa yg aku nak sebut adalah perjalanan hidup nih mudah.. hanya ada satu.. yang susah ialah kemahuan kita untuk mengikutinya.. sedalam mana kita yakin akan kebenaran jalan tersebut dan sejauh mana kita mampu menguasai hati kita..
hidup bukan sekadar suatu yang perlu dijalani, namun yg lebih penting ialah untuk difahami.. umpama perjalanan mendaki gunung.. ada org mendaki gunung kerna mahu menikmati pemandangan dari atas gunung, ada org mendaki kerna mahu mencabar dirinya, ada org mendaki kerna mahu menghayati perjalanan ke puncak.. apa pun kemahuannya, pengakhirannya satu, sampai ke puncak gunung.. namun jika kita tidak mempunyai kemahuan dari semua itu, kita tidak akan mencapai puncak..
sama seperti menikah, yang penting bukan persoalan menikah atau tidak, tapi kenapa kita mahu menikah? apakah kemahuan kita dalam pernikahan tersebut? dengan memahami itu bukan sahaja kita akan menikah tetapi kita akan menemukan 'puncak gunung' yang sesuai dengan kemahuan kita..
mencari diri
dan faham ini berlangsung pada hampir seluruh perkara dalam hidup kita.. kerna itu tidak ada ungkapan benar atau salah padaku, dosa itu apabila kita tahu tidak benar namun kita tetap saja melakukannya.. itu pilihan.. tapi kita juga harus faham mengapa kita melakukannya.. bukan hanya sekadar menyesali..
kerna jika kita hanya menyesali dosa yang kita lakukan, tanpa memahami mengapa kita membuat pilihan itu, tetap saja kita akan terus-terusan melakukannya.. dan menyesal setelah itu.. akhirnya, kita bukan hanya hidup dalam penuh dosa tapi dalam penyesalan yang sangat panjang.. seluruh hidup kita akan menjadi satu sesal yang tak berhujung..
bila kita buat salah, kita perlu tahu apa salahnya dan mengapa kita ambil keputusan yang kita sesalkan tersebut.. bila kita faham, maka kita mengetahui keperluan kita.. kita ambil contoh mudah.. kita jumpa duit tepi jalan.. takder org.. dua pilihan.. ambil atau biarkan..
katakan kita ambil.. mengapa kita ambil? adakah kita memerlukannya? kenapa kita perlukan duit tuh? adakah duit itu akan memudahkan hidup kita? bagaimana kalau empunya duit itu yang lebih memerlukan? bagaimana kalo ada org nampak kita ambil duit tuh? halalkah duit tuh?
katakan pula kita tinggalkan.. mengapa kita tak ambil? benarkah kita tak memerlukannya? benarkah itu bukan rezki yang Tuhan beri? bukankah kita boleh ambil dan beri pada masjid atau org yg lebih memerlukan? bukankah membazir jika tiada siapa jumpa duit nih dan duit nih rosak tak boleh digunakan lagi? adakah kita tidak bersyukur?
intinya ialah bukan duit yang kita jumpa.. duit itu tetap duit.. kalau kita tak ambil mungkin org lain ambil.. ambil salah, tak ambil pun boleh jadi salah.. tak ambil jadi menyesal, ambil pun boleh jadi menyesal.. persoalannya ialah hati kita.. dan segala keputusan yang kita ambil itu berdasarkan kepada sedalam mana kefahaman kita tentang hati kita..
mencari-cari
balik kepada pangkal pokok soal kita tadi.. menikah.. ini bukan hanya soalan untuk org bujang tetapi juga untuk org yg sudah berkahwin dan juga kepada yang nak berkahwin lagi.. mengapa kita menikah?
jawapan kepada persoalan ini bukan sekadar jawapan memuaskan hati, tapi ia memiliki jawapan kepada persoalan yang lebih dalam.. menikah bukan sekadar lafaz ijab dan kabul.. Allah swt menjadikan Hawa as untuk Adam as, bukan tanpa sebab.. pengkisahan buah khuldi yang membawa beliau berdua turun ke bumi bukan sekadar kisah yang dibacakan sebelum tidur.. pernikahan adalah satu rahsia penciptaan bagi yang mahu memahaminya.. sebuah interpretasi hubungan manusia dan Tuhannya..
maka bila soalannya, "mengapa kita menikah?" kita hanya punya jawapan utk diri kita sendiri.. kita harus cari faham itu, bukan cari jawapan pada org lain.. dan apapun jawapan yang kita faham, itulah yang sebenar-benar jawapan untuk diri kita.. tiada kesalahan di dalamnya melainkan jika kita tidak memahaminya..
wallahualam..
Post a Comment