a walk thru happy street..

beberapa hari ini aku memulakan semula kebiasaan lamaku.. berjalan.. jika aku mahu ke suatu tempat yang berada dalam jarak 20-30 minit, aku akan berjalan.. tak naik ojek lagi.. kalau setakat dua tiga tingkat, aku naik tangga.. kalau tak perlu duduk, aku berdiri sampai kaki lenguh.. nak ubah semula pola tabiat sihat.. ;)

kata sorang sahabat aku, berjalan nih bagus.. tak perlu masuk gym, tak perlu jogging, kalau nak sihat kena bayakkan berjalan.. maksud jalan dia bukan macam jalan-jalan di taman bunga tapi jalan cepat.. bukan jalan macam org lumba jalan kaki tapi jalan ala-ala macam askar.. dah cukup baik untuk jantung.. dia kardiologist..

aku pernah kenal sorang warga singapura, dia nih kalo nengok rupa pun tak sangka dah umur lebih 50an.. sihat lagi.. badan fit.. stamina baik.. kalo jalan macam askar.. sampai selalunya aku pegang bahu dia supaya dia jalan perlahan sikit.. aku yang termengah-mengah..

maka aku pun mulai banyak berjalan.. yang menariknya, di sepanjang jalan aku bertemu dengan ramai orang yang tidak aku kenal.. kalau sebelumnya aku hanya berjalan tanpa mememperdulikan orang sekeliling.. kali ini aku cuba menikmatinya.. melihat aktiviti mereka dan meninjau sedikit ke dalam hidup mereka.. ternyata banyak perkara menarik yang berlaku di sekeliling aku..

setelah beberapa hari aku melalui jalan yang sama.. aku cuba pula tersenyum pada orang yang aku temui di sepanjang jalan.. hanya senyum.. dan kadangkala menganggukkan kepala.. tanda bersapa.. walaupun ada yang tiadk membalas, tetap saja aku senyum..

selang beberapa hari, tanpa aku sedari aku sudah mulai menyapa.. angkat tangan.. menegur bapak-bapak dan ibu-ibu.. memegang kepala anak-anak kecil yang bermain.. dan aku juga menyedari bahawa kehidupan di sekelilingku penuh dengan senyuman..

aku teringat satu tabiat seorang temanku, berketurunan korea, ketika aku di tashkent.. dia akan bersalam dengan siapa saja yang dia temui di sepanjang jalan.. jika dia menegur dan orang itu membalas pasti dia akan singgah dan bersalaman.. hanya bersalaman dan kemudian meneruskan perjalanannya.. aku pernah bertanya siapa yang dia salam dan kebanyakan jawapannya ialah seseorang yang dia biasa lihat di pejabat atau di tempat lain.. malah ada yang dia tidak tahu namanya.. dia tetap saja senyum, menegur dan bersalam..

aku teringat nyonya yang menjadi jiran sebelah rumahku.. sejak awal aku pindah mmg ada beberapa perkara yang tak sedap almaklum saling belajar memahami budaya masing2.. yang biasanya uncle yang menegur aku setiap kali aku keluar dari kereta.. nyonya tuh hanya bersembang dengan isteri aku tapi tak pernah nak tengok muka aku pun.. bulan lepas nyonya tuh tegur aku suatu pagi, dengan suara ceria, "selamat pagi!".. hanya itu saja.. dan setelah itu aku pun mulai menegur dia..

juga seorang jiranku ketika aku masih menyewa rumah.. suami isteri bila balik kerja langsung masuk rumah.. kadang2 aku suami isteri menengok2 dan menunggu timing utk bertegur tapi tak pernah dapat.. satu hari ibu dia datang dari kampung, dan mereka tiada di rumah.. isteri aku jemput makcik tuh masuk dan layan dia sebagai tetamu sementara menunggu jiran aku balik kerja.. setelah itu kami jadi rapat, hingga anak dia pun sering menginap di rumahku..

kadangkala kita bina tembok dalam diri berdasarkan kepada 'first impression', walhal seringkali yang diperlukan hanyalah satu langkah yang sederhana.. lihat saja jika ada orang baru di tempat kerja, yang akan kita buat ialah menunggu dia mendatangi kita.. padahal mungkin saja dia bukan sombong tapi dia juga takut dan malu, dia juga merasa sama seperti apa yg kita rasa.. yang hanya diperlukan ialah salah seorang memulainya..

yang selalu berlaku ialah sama-sama saling menunggu.. sambil menunggu perasaan mula membuku.. maka berlaku apa yang tak sepatutnya berlaku.. kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta.. yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan.. yang rapat dieratkan..

Read On 2 ulasan

menggapai harapan..


idra wrote on topic "suami oh suami"

suami saya lebih pentingkan kawan dari kami anak beranak.... setiap hari dari pagi sampai pagi dok dengan kengkawan sesaja.balik umah cuma nak tido & mandi ajer. kalau di tegur dia terus jer marah... siap ugut nak bunuh pulak tu..saya pernah bertekad nak minta cerai tapi bila memandangkan anak2 saya lupakan semua tu.

bukan saya nak memburukan suami tetapi sekadar mahu minta nasihat dan pendapat. keluarga saya & keluarga mertua dah tidak boleh nak buat apa kerana suami tidak boleh diajak berbincang.


ini normal.. org sanggup berada dlm kesakitan hidup kerna ketakutan akan kesakitan (pain) yang lebih besar.. sehingga kesakitan yang sekarang mencecah limit dan threshold kesakitan yang satu lagi.. mari kita belajar sesuatu dari situasi idra..

dia tulis "suami saya lebih pentingkan kawan dari kami anak beranak".. bermakna keperluan emosinya mungkin 'kasih sayang' (love) atau hubungan rapat (intimacy)..

dia tulis lagi, "setiap hari dari pagi sampai pagi dok dengan kengkawan sesaja.balik umah cuma nak tido & mandi ajer".. bermakna yang dia mahu ialah perhatian (attention).. persoalannya perhatian untuk siapa? dan kita lihat pula kesakitan (pain) dalam diri dia.. dia tulis, "kalau di tegur dia terus jer marah" bermakna dia mengharap komunikasi

bila dia tulis, "siap ugut nak bunuh pulak tu" dan "saya pernah bertekad nak minta cerai".. bermakna ini ketakutan dalam diri dia.. tapi ketakutan itu tidak lebih kuat daripada.. "bila memandangkan anak2 saya lupakan semua tu".. jadi maksud yang sebenarnya?

dia merasakan suaminya tidak memberikan kasih sayang buat anak-anaknya.. tapi dalam waktu yang sama dia tak mahu anak-anaknya 'kehilangan' bapa mereka.. dan dia merasakan kesakitan yang dia tanggung itu lebih ringan dari kesakitan yang bakal anaknya hadapi.. dia merasakan apa yang dia lalui sekarang masih boleh dia hadapi.. maka benar bila ada yang sebut, dia bukan minta pendapat tapi hanya mahu mengadu dan meminta simpati.. walaupun dia rasa dia bukan minta simpati.. dia telah pun mengambil keputusan untuk meneruskan kepedihan hidupnya kerna ketakutan akan kepedihan yang lebih besar jika dia bercerai.. ini yang idra pilih untuk hidupnya.. apalagi bila dia dah quote ibubapa pun tak boleh nak buat apa2 dan suaminya memang jenis tak boleh berbincang.. deepen the decision.. she will go through it.. she believe she can't do anything..

apa kemungkinan yang boleh berlaku?

dia dah buat keputusan bahawa dia sanggup mengorbankan kesenangannya demi kebaikan anak2.. how true is this? sebab dia dah percaya dia tak boleh buat apa2.. maka dia hanya mengharap.. apa yang dia harapkan? dia mengharap sesuatu akan berubah tetapi dalam minda bawah sedarnya dia kata suaminya tak boleh berubah.. ini perasaan negatif.. semakin dalam perasaan negatif berkumpul, semakin keadaan akan menjadi kacau bilau.. kerna apa yang kita rasakan itu yang akan kita tarik ke dalam hidup kita.. yang akan berlaku ialah akhirnya kesakitan (pain) yang dia tanggung akan sampai ke limit dan tresholdnya.. apa yang akan berlaku ialah dia akan mulai memaksa suaminya memberi perhatian pada anak-anak.. dan apa yang diperlukan ialah suami mengatakan atau membuat sesuatu terhadap anak-anaknya, yang menyentuh threshold kesakitan (pain) idra, menjadikan dia mengatasi ketakutannya untuk meminta cerai.. dan inilah yang berlaku dalam hampir semua konflik rumahtangga.. mereka menunggu hingga mencapai batasan ketakutan dan kesakitan mereka sebelum bertindak.. yang akhirnya, mewujudkan ketakutan asal mereka iaitu anak-anak turut menjadi mangsa yang lebih parah..

jika idra telah membuat keputusan utk tidak mengatasi ketakutannya, yang dia metaforakan sebagai "bila memandang anak-anak", dan mahu meneruskan mengendalikan apa yang sedang berlaku, dia harus mengubah persepsinya.. masih ingat tak aku pernah sebut, "jika kita tak menyukai sesuatu maka ubahlah, dan jika kita tidak boleh mengubahnya, ubahlah perspektif kita terhadapnya.." apa maksud aku?

dalam hidup, mmg ada yg tidak mampu kita ubah kerna sesuatu sebab dalam diri kita.. namun jika kita merasa sedih, marah atau gembira, tidak semestinya itu juga yg akan dirasai oleh orang lain terhadap perkara yang sama.. yang membezakan emosi kita ialah persepsi kita terhadap sesuatu yang berlaku.. ini diajar berkali-kali dalam Islam dalam konsep qada dan qadar.. bukan bermakna kita harus pasrah menerima tetapi kita harus mencari hikmah.. maksud mencari hikmah ialah mungkin saja jika kita mengubah perspektif kita terhadap sesuatu, persepsi kita akan berubah, dan hidup kita menjadi lebih baik..

otak kita memancarkan gelombang (brainwave, yang juga kita kenali sebaga aura) setiap masa.. gelombang ini terhasil dari proses otak kita terhadap emosi kita.. yg kita sebut emosi inilah yang tok guru selalu sebut 'jaga hati'.. kita kena kendalikan emosi kita, jgn biar emosi yang kendalikan kita.. jika emosi kita negatif, brainwave yang kita pancarkan ke sekeliling kita juga negatif.. perasan tak bila kita susah hati dan peluk anak, anak juga akan merasakan perasaan yang sama.. kerna brainwave kita yg sedih tuh menarik brainwave yg sama dari otak anak kita.. bila kita emosi, brainwave nih lebih kuat, maka akan merangsang brainwave yg sama dari anak kita.. kita menangis, anak kita pun menangis.. padahal bila kita tanya kenapa dia menagis, dia pun tak tahu..

percayalah bila idra terus merasakan perasaan negatif yg ada dalam dirinya, maka hanya segala yg berkenaan yg akan muncul.. dia akan bertemu dengan orang yang senasib dengannya.. berbagai rentetan peristiwa sedih dan pedih akan berlaku dalam hidupnya.. lagu2 sedih semakin kerap muncul di radio.. dia akan makin perasan bahawa makin banyak sinetron dan drama sedih dalam tv yang sama dalam hidupnya.. kerna secara tidak sedar, memang itu yang dicari oleh minda bawah sedarnya.. dia tak perlu memikirkan secara sedar kerna segalanya akan berlaku secara automatik.. dia tak perlu terkejut jika nanti ketika dia terjatuh dia akan ditimpa tangga..

jika anda mahu hasil yang positif, maka berfikrilah secara positif.. Nabi saw dah ajar nih.. org caci-maki baginda.. orang buat jahat pada baginda.. apa yg baginda lakukan? senyum dan terus berbuat baik.. hasilnya, org yang paling jahat itu yang masuk Islam.. Umar ra yang paling garang dan pernah berniat nak bunuh Nabi saw jadi sahabat yang paling baik, menjadi khalifah yang hebat.. ini kekuatan fikiran positif.. tapi kita nih cakap mulut positif dalam dalam hati negatif tak buang.. kita nak tunggu org tuh berubah dulu baru nak buang negatif dlm diri kita.. ini yg aku pernah sebut, org buat jahat kita umpat, org tuh tak apa2 tapi jiwa kita sendiri yg rosak..

maka bila negatif ada dalam diri, bolehkah sesuatu yang positif muncul? waiting for miracle? keajaiban adalah sesuatu yang perlu diperjuangkan bukan ditunggu dengan pesimis.. keajaiban nih bukan benda besar2 yang hebat.. dalam fikiran kita nih, bila sebut miracle mesti benda besar dan hebat.. itu yang dah ditanam dalam minda bawah sedar kita oleh pengalaman kita dengan mendengar cerita orang, membaca buku dan menonton tv.. miracle nih dimulakan dengan benda kecil.. benda-benda biasa yang kita abaikan.. peluk anak.. cium tangan suami (byk org taruk tangan atas dahi jer).. puji isteri.. atau mungkin sekecil menurunkan penutup tandas atau membeli seluar dalam baru.. tak perlu nak ubah masyarakat, tak perlu tolong kempen jatuhkan pemimpin, tak perlu buat rumah anak yatim,.. cari perkara2 kecil yang selama ini kita abaikan.. senduk nasi untuk suami.. siram pokok bunga.. puji boss kita.. bila isteri atau anak nak bercakap, kita tutup tv atau letak suratkhabar dan pandang mereka.. benda yang kita dah lama atau mungkin tak pernah buat.. cari apa yg negatif dan tukarkan jadi positif..

waima kata-kata yg kita sebut.. cuba belajar dengar sendiri apa yg kita sebut.. positif ke negatif.. yg positif jangan ganti.. contoh kalo kita rasa marah, kita sebut apa? cuba ubah kata marah dalam diri tuh dengan perkataan yang lebih rendah sikit emosi dari marah.. bila rasa marah, sebut dalam hati, "aku bukan marah, aku geram saja".. dan perhatikan emosi marah anda juga akan menurun.. mesti anda pernah ketika sedang marah tetiba kawan baik atau isteri tanya anda, "marah ker?".. marah anda mesti akan menurun sekurang2nya satu level.. apalagi jika dia tanya dengan tersenyum.. silap2 anda pun ikut tersenyum.. sama juga dengan sedih, katakan, "aku bukan sedih, aku hanya sedikit tak puas hati"..

mari kita cuba seminggu ini.. perhatikan apa perkataan yang buat anda rasa negatif dan ganti dengan perkataan yang kurang emosi negatif, tak perlu ganti dgn positif, ganti dgn kurang negatif.. baik dalam hati ataupun bila bercakap.. cuba tukar perkataan negatif tuh.. kalau anak anda mudah mencarut bila marah, jangan lempang dulu, buat dia janji bahawa setiap kali dia rasa perasaan yang sama, dia mesti menjerit dengan kuat, "semutt!!!" atau "timunn!!".. kalau boleh cari perkataan yg memang lucu dan tak masuk akal.. ini akan mudah mengubah emosinya lebih cepat.. lakukan ini bersama-sama keluarga anda dan kawan -kawan anda.. jadikan satu pengalaman yang indah.. hidup anda pasti akan menjadi indah.. kerna hidup yang indah itu hanya buat mereka yang mahu.. jika anda tidak mahu hidup anda indah dan gembira tidak mengapa.. kerna itu hidup anda dan bukan hidup aku..



Read On 0 ulasan

hierarchy of emotion


dalam banyak keadaan, anda pasti pernah mengalami keadaan dimana anda mahu melakukan sesuatu tetapi setelah menjalaninya, anda merasakan bukan itu yang anda mahukan, lalu anda kembali melakukan perkara sebelumnya.. adakah ini bermakna anda tidak mempunyai pendirian?

keadaan ini berlaku adalah kerna tingkatan keutamaan emosi anda.. ketika anda sudah dapat menikmati dan memenuhi satu keperluan emosi (nikmat/pleasure) anda yang lebih utama, secara semulajadi anda akan mencari dan memenuhi keperluan emosi (nikmat/pleasure) anda yang seterusnya.. dan seterusnya.. ini yang selalu disalahanggapkan sebagai tidak pernah cukup dan tidak pernah puas..

dan biasa terjadi, apabila anda cuba memenuhi keperluan emosi anda yang seterusnya, ternyata apa yang anda lakukan untuk memenuhi keperluan emosi tersebut menyebabkan keperluan emosi anda yang lebih utama terabai.. bila sampai tahap berlaku kehilangan keperluan emosi yang lebih utama itu, maka anda akan merasa 'kesakitan' (pain), menyebabkan anda meninggalkan apa yang anda buat untuk memenuhi keperluan emosi yang sedang anda lakukan dan kembali mencari dan memenuhi keperluan emosi anda yang lebih utama..

jika hidup anda sering berada dalam putaran yang sama.. cuba anda lakukan latihan yang berikut untuk lebih memahami diri anda sendiri..

berikut adalah senarai keperluan emosi (nikmat/pleasure) yang biasa diperlukan oleh ramai orang.. apa yang anda perlu lakukan ialah menyusun semula keperluan emosi ini mengikut keutamaan anda.. ambil masa dan lakukan sehingga anda benar2 merasa itu yang anda rasakan menjadi keutamaan dalam diri anda..

kasih-sayang (love)
kejayaan (success)
kebebasan (freedom)
hubungan rapat (intimacy)
keamanan (security)
cabaran (adventure)
kekuasaan (power)
rasa ghairah (passion)
keselesaan (comfort)
kesihatan (health)

setelah anda melakukan senarai keperluan emosi, anda juga harus menyedari ketakutan anda.. dalam banyak situasi ketakutan anda seringkali mampu mengalahkan keperluan emosi anda.. dan ketakutan inilah yang terus menerus mensabotaj hidup anda tanpa anda sedari.. lakukan yang sama, susun semula ketakutan anda mengikut keutamaan anda.. berikut adalah senarai ketakutan yang biasa disebut oleh ramai orang..

penolakan (rejection)
kemarahan (anger)
kecewa (frustration)
rasa sunyi (loneliness)
kesedihan (depression)
kegagalan (failure)
malu (humiliation)
rasa bersalah (guilty)

adakah benar semua ketakutan ini yang mahu anda hindari dalam hidup anda.. apabila anda tidak jadi melakukan sesuatu, pasti salah satu ketakutan inilah yang menghantui anda..

anda juga boleh lakukan ini bersama pasangan anda, anak-anak anda atau sahabat anda.. bandingkan senarai keutamaan dan lihat adakah anda dan mereka mempunyai persamaan.. mungkin perbezaan tingkatan emosi ini merupakan elemen yang saling memperkuat hubungan anda..

bandingkan juga keperluan emosi (nikmat/pleasure) dengan ketakutan (fear/kesakitan/pain).. apabila anda mahu melakukan sesuatu, banding antara keperluan emosi dan ketakutan anda.. yang manakah yang lebih kuat menguasai diri anda.. kenali dan fahami juga 'limit' dan 'threshold' setiap dari perasaan itu..

dengan mengenali emosi anda, anda akan lebih mudah mengawalnya.. dan ketika anda mampu mengawal emosi anda, anda akan menjadi manusia lebih hebat dari hari..

nota: aku jumpa carta organ-emosi atas tuh kat squidoo.com.. sangat menarik utk mengetahui dimana sebenarnya rasa emosi itu dibahagian tubuh kita.. mari kita kenali tubuh badan dan emosi kita dengan lebih rapat.. tubuh kita adalah sahabat terbaik kita..


Read On 0 ulasan

raed on if yuo cna undrstdna tihs..


adakah anda boleh membaca perkataan di atas?
bagaimana pula dengan ayat di bawah?

MNIDA ADNA ADLAHA SESAUTU YNAG SAGNAT HEBTA

dan bolehkah anda memahami ayat yang panjang seperti di bawah?

Wloceme to a wrold of hddien poetntial. brtheae, realx, and konw that cahnge is esay wehn yuo use teh peowr of yuor unconscouis mnid, the smae part taht atiutocamally understands thsee wrods.

sekarang cuba pula terjemahkan ayat ini:

Rada hana situk anu rika bubu andi tatis hunpa unhip tukli menah jadi dija ahmen Lituk hipun nohun tista dian bubu kari unda tuksi anha dara

apa yang membuatkan anda boleh membaca dan memahami ayat-ayat tersebut?
dan mengapa pula ada kata-kata yang anda tidak dapat fahami?

ini adalah contoh bagaimana minda bawah sedar anda berfungsi setiap masa tanpa anda sedari.. adakah anda berpikir tentang kedudukan brek dan gear serta steering waktu anda memandu kereta? ambil contoh yang lebih mudah, sewaktu anda makan adakah anda memikir bagaimana cara anda megambil makanan dan kedudukan mulut anda sewaktu meyuapnya? semuanya automatik kan? sama seperti anda solat, bukankah seringkali anda sendiri tak perasan apa yang anda baca namun semuanya berlaku secara automatik.. semua ini berlaku kerana semua itu telah disimpan dan dirakam dalam minda bawah sedar anda..

cara minda bawah sedar anda bekerja bergantung pada tafsiran anda terhadap pengalaman anda.. database dalam minda anda.. dan sekerap mana pengalaman tersebut berulang dan anda bereaksi dengan tindakan dan emosi yang sama.. ini akan dirakam dan diproses oleh minda bawah sedar anda..

mengapa anda sedih ketika mendengar lagu sedih? dan mengapa anda suka mendengar lagu sedih ketika anda bersedih? apa emosi anda ketika anda mendengar lagu rancak ketika anda bersedih? bergantung kepada hubungan emosi-lagu yang mana lebih kuat, itulah yang anda akan rasakan.. jika anda sudah terbiasa mendengar lagu sedih, anda akan mudah merasa sedih, dan hidup anda akan menjadi sedih.. kerna ini yang diprogram dalam minda bawah sedar anda..

dalam hampir semua situasi tindakan dan emosi anda dikawal oleh minda bawah sedar anda.. dan jika anda telitikan, setiap orang akan bersikap berbeza dalam menghadapi situasi yang sama.. yang membezakan mereka ialah persepsi mereka.. jika anda dapat mengenali status emosi anda dalam setiap situasi, anda mampu mengawal minda bawah sedar anda.. dengan keupayaan mengawal minda bawah sedar anda, anda akan mampu mengawal hidup anda..

bersahabatlah dengan diri anda sendiri.. jika anda mahu muhasabah diri, jangan hanya fikir logikal tapi kenali status emosi anda tentang apa yang anda fikirkan.. jika anda mahu mengubah sesuatu, isikan emosi yang betul dalam setiap tindakan anda.. dan tidak merasa apa-apa juga adalah salah satu status emosi.. ;)


Read On 0 ulasan

power of repetition in zikir


atuk aku pernah pesan kat aku, cara nak bersihkan hati adalah dengan zikir. kata beliau, zikir nih cara kita ingat Allah swt.. jadi zikir nih takleh berhenti.. dia berkisah tentang orang-orang sufi yang hatinya sentiasa berzikir waima di dalam tidur.. wanna know the secret? ;)

pernah tak anda cuba untuk berzikir sebelum tidur.. zikir terus sampai tertidur.. bila nanti anda terbangun dari tidur, anda akan rasa seperti anda masih berzikir.. cuba anda biasakan berzikir dengan tasbih, jari-jari anda tak berhenti seiring dengan berzikir dalam hati.. buat terus menerus.. sehingga nanti suatu hari apabila anda memilin biji-biji tasbih anda akan berasa anda sedang bertasbih secara automatik.. how this happen?

pertama kena perhatikan berzikir ada adab.. pakaian bersih, suasana tenang, dan hati anda kena fokus.. ada yang kena mandi dulu, ada yg kena taubat dulu, ada yang kena pakai wangi-wangian.. ini semua adalah persediaan yang perlu anda lakukan untuk menyiapkan diri anda supaya lebih tenang.. persediaan ini dilakukan supaya anda lebih mudah memasuki kondisi separa sedar..

seterusnya anda mula berzikir..

perhatikan zikir itu pendek-pendek.. zikir itu adalah sugesti yang mahu anda masukkan ke dalam minda bawah sedar anda.. subahanallah.. Maha Suci Allah.. alhamdulillah.. segala puji bagi Allah.. Allahu Akbar.. Allah Maha Besar.. kalimah-kalimah yang diajar Rasulullah saw ini bukan sebarang kalimah.. ia mempunyai impak hebat terhadap hati anda.. ini kalimah Allah swt bukan saja2 dicipta oleh Rasullullah saw.. dan kalimah yang pendek2 ini lebih cepat difahami dan diproses oleh minda bawah sedar..

sama seperti yang aku pernah sebut bahawa anda kena pilih perkataan yang positif dan ada emosi ketika memilih kata-kata untuk sugesti.. elakkan dari menggunakan ayat yang panjang.. lebih pendek dan lebih mudah diproses oleh minda bawah sedar..

perhatikan juga bahawa zikir itu berulang-ulang.. proses ulangan (repetition) ini kunci utama dalam pemprograman minda bawah sedar.. lagi banyak kali anda ulang lebih mendalam ia memasuki minda bawah sedar anda.. kerna zikir adalah dari Allah swt maka bilangan yang diajar kepada anda adalah bilangan yang tepat untuk setiap tasbih, tahmid dan takbir untuk meresap ke dalam minda bawah sedar..

kerna itu aku sebut anda harus mengatakannya berkali-kali dan berulang-ulang dengan perkataan yang sama.. ayat yang sama.. supaya minda bawah sedar anda dapat memproses dengan lebih efektif..

anda pasti sering melihat orang berzikir menggunakan tasbih.. ini bahagian anchoring.. bukan sekadar utk menghitung.. anda mengulang-ulang zikir sambil memilin tasbih.. ini memberi anchoring pada minda bawah sedar anda bahawa setiap kali anda memilin tasbih, minda bawah sedar anda akan secara automatik mengarahkan tubuh anda bereaksi kepada apa yang anda telah niatkan ketika anda berzikir..

jika anda meniatkan untuk menenangkan hati ketika zikir, maka itulah yang akan diproses oleh minda bawah sedar anda.. jika anda membayangkan anda berada di depan kaabah ketika anda berzikir maka itulah yang akan diproses oleh minda bawah sedar anda.. yang mahu aku perjelaskan ialah apa saja emosi yang muncul ketika anda berzikir, itulah yang akan diproses dan dikenali oleh minda bawah sedar anda.. begitu juga jika anda merasa sedih, takut, gembira atau bersemangat..

setelah anda melakukan zikir ini dengan benar dan teratur.. itu semua akan terprogram dalam minda bawah sedar anda.. dan setelah zikir itu terprogram di dalam minda bawah sedar, seterusnya semua akan menjadi automatis..

maka nanti setiap kali anda menyebutkan zikir tersebut, anda akan merasakan emosi yang sama.. begitu juga dengan hanya memilin tasbih, anda akan merasakan emosi yang sama.. ini hypnotherapy cara Islam..

kerna itu Islam juga mengajar anda supaya sentiasa menyebutkan perkara yang positif.. Islam tak bagi anda mengatakan sesuatu yang buruk tentang orang lain.. pasti anda biasa dengar ungkapan, 'sebut 40 kali mesti jadi'.. begitu juga antara sebab mengapa Islam kata kena bagi nama anak dengan nama yang baik, nama itu doa.. sebab nama anda dipanggil setiap hari beratus kali.. malah mungkin beribu kali..

perhatikan betapa banyak pengulangan berlaku dalam ibadah anda.. solat 5 kali sehari.. surah al-fatihah dibaca berulang-kali.. anda disuruh sering berdoa.. this is power of repetition.. apalagi yang anda ulang itu ayat-ayat Allah swt yang sememangnya mempunyai kekuatan tersendiri.. kerna itu adalah sangat baik anda memahami setiap ayat dan zikir yang anda baca dalam solat.. bila anda paham makna apa yang anda sebut, lebih cepat minda bawah sedar anda memprosesnya..

citer bab solat, anda tak kyusu' sebab anda solat dalam kondisi sedar.. anda dianjurkan membayangkan anda berada di hadapan kaabah waktu anda solat.. solat kena fokus.. kerna lebih anda fokus lebih cepat anda memasuki kondisi separuh sedar.. dan apabila anda fokus, apabila anda masuk ke kondisi separuh sedar, semua ayat-ayat yang anda baca dan zikir yang anda baca akan langsung masuk ke minda bawah sedar..

ingat rukun ehsan? anda kena bayangkan anda nampak Allah swt, jika tidak mampu, anda kena bayangkan Allah swt melihat anda.. anda tidak akan dapat membayangkan apa-apa jika anda tidak fokus..

dan cara untuk tetap berada dalam kondisi bawah sedar selama anda solat adalah dengan memperbetulkan kedudukan dan gerakan-gerakan dalam solat.. kerna gerakan fizikal itu yang menentukan seberapa cepat anda memasuki kondisi separa sedar dan menetapkannya.. konsep yang sama dilakukan dalam yoga dan ritual agama lain.. sama seperti kedudukan tangan ketika berdoa, itu bukan sekadar adab.. ada sebab dan impaknya..

kembali kepada zikir, maka jika semua itu telah terprogram dengan mantap dalam minda bawah sedar anda.. semuanya akan berlaku secara automatik.. malah dengan hanya menggerak-gerakkan jari anda seolah-oleh memilin tasbih, anda sudah dapat menimbulkan emosi yang anda mahukan.. begitu juga jika anda sentiasa melakukannya sebelum tidur, secara automatik minda bawah sedar anda akan mengarahkan tubuh anda melakukan zikir tersebut.. dan jika zikir anda menjadikan anda semakin ingat dan cinta pada Allah swt, bayangkan jika ingat dan cinta Allah swt itu telah sebati dan automatik dalam hidup anda.. subhanallah..

Read On 0 ulasan

pain and pleasure


anda pasti pernah mengalami keadaan dimana seekor lalat tersesat masuk dalam kereta dan akan melanggar cermin kereta anda berkali-kali kerna mahu keluar. tidak jarang anda merasa sakit hati akan kebodohan lalat itu yang terus melanggar cermin depan padahal anda dah buka cermin sisi. perkara yang sama juga pasti pernah berlaku dalam hidup anda.

mungkin ada dalam keluarga, adik beradik, saudara-mara dan kawan-kawan anda yang sudah anda nasihatkan berkali-kali tetapi tetap juga membuat kesalahan yang sama, atau anda telah membantu mereka namun tetap hidup mereka tidak berubah, hingga anda merasa putus asa dan tidak mahu lagi menasihati atau membantunya lagi. anda menyalahkan diri mereka kerana tidak mahu berubah. tapi pernahkah anda terfikir bahawa mereka itu umpama lalat yang tidak tahu jalan keluar dari kereta dan anda menyuruh lalat itu tetap cuba terbang melalui cermin depan kereta anda.

kembali pada kisah lalat sesat, apa yang anda lakukan pada lalat tersebut? anda halau dia ke arah cermin sisi kereta.. tapi angin masuk terlalu kuat dan menolak alat kembali ke cermin depan.. anda tutup cermin halau lalat ke cermin sisi dan baru anda buka cermin.. lalat keluar.. anda mengubah pendekatan anda.. hasilnya pasti berbeza..

begitu juga dalam membuat perubahan, anda tidak boleh mengandaikan hasil yang berbeza dengan melakukan pendekatan yang sama.. jangan salah faham.. tidak ada yang salah pada diri anda.. tidak ada yang perlu diperbaiki atau diganti.. yang perlu anda lakukan ialah mengubah keadaan yang sudah sedia ada dalam diri anda.. dalam diri ada sudah tercipta tabiat yang tidak dapat menggunakan potensi anda dengan optimum.. anda hanya perlu menyedari itu dan mengubahnya..

mengubah tabiat nih yang paling mencabar.. contohnya, anda merasa 'kesakitan' (pain)bersalah dan mahu mengubah sikap pemarah anda, tetapi dalam masa yang sama anda juga merasakan 'nikmat' (pleasure) bahawa bila anda marah orang akan mendengar apa yang anda perkatakan dan segalanya berjalan dengan baik.. kerna adanya 'emosi kedua' (secondary emotion) ini maka anda akan tetap menjadi pemarah..

jika anda melakukan sesuatu untuk berubah, cuba perhatikan adakah anda merasakan 'emosi kedua' dalam tindakan anda.. sepertinya anda mahu menurunkan berat badan, anda mencipta 'kesakitan' (pain) dalam diri anda mengatakan bahawa bentuk badan anda sangat menjijikkan, dan anda mencipta 'nikmat' (pleasure) dipuji org dengan bentuk badan yang cantik, anda merasa anda perlu menurunkan berat badan, anda berolahraga dan mengawal makan anda, tetapi ketika anda merasakan 'kesakitan' (pain) lapar dan penat itu lebih besar dari 'kesakitan' (pain) bentuk badan anda yang menjijikkan, ditambah pula dengan 'nikmat' (pleasure) makan yang lebih besar dari 'nikmat' (pleasure) kelihatan menarik dan dipuji org.. anda pasti akan kembali makan dan gemuk semula..

kita lihat satu lagi contoh, mengapa jika anda berhenti menghisap rokok, berat badan anda akan bertambah? dalam minda bawah sedar seorang perokok, menghisap rokok adalah 'nikmat' (pleasure).. walaupun anda tahu rokok itu busuk, pahit dan menyesakkan tapi dalam minda bawah sedar anda sudah terbentuk satu pemahaman bahawa merokok itu 'nikmat' (pleasure).. apabila anda tidak merokok, anda akan mencari pengganti kepada nikmat itu, dan jika anda tidak menyediakan penggantinya, minda bawah sedar anda akan memberi arahan untuk memasukkan sesuatu dalam mulut anda.. dan mengemil makan adalah pengganti 'nikmat' yang setara..

yang menjadi cabaran perokok adalah apabila peningkatan berat badan menjadi 'kesakitan' (pain) yang lebih besar melampaui 'nikmat' (pleasure) makan.. 'emosi kedua' (secondary emotion) ini yang menyebabkan anda akan kembali menghisap rokok..

satu pendapat sahabat aku, tabiat menghisap rokok dan mengemil makanan ketika merasa tidak tenteram diwarisi dari kebiasaan bayi menghisap jari ketika dia merasa tidak selesa.. jika anda mahu mengubah tabiat itu perhatikan dan rasakan apa perasaan anda ketika anda mahu menghisap rokok dan mengemil.. adakah rasa itu wujud ketika anda marah? sedih? bosan? itu yang perlu anda kenalpasti dan ubah..

ada satu kisah seorang teman aku sewaktu zaman sekolah.. dia kantoi dengan bapak dia psal merokok.. dia risau akan dimarahi oleh bapanya, tapi yang berlaku sebaliknya.. bapanya membeli satu kartun rokok dan meminta dia menghisapnya.. ragu2 tapi merasa sedikit senang hati dia pun mulai menghisap rokok sambil berbual santai dengan bapanya.. setelah habis sebatang, bapanya suruh pasang satu lagi.. begitulah seterusnya bersambung puntung.. bayangkan anda menghisap rokok bersambung puntung hingga habis berkotak-kotak tanpa berhenti.. semenjak itu temanku ini tidak pernah menghisap rokok lagi.. apa yang berlaku sebenarnya?

bapak kawan aku ini melakukan gangguan pola tabiat (pattern interruption) pada kawan aku.. pada kebiasaan, dia akan tetap merokok walaupun dinasihatkan oleh kawan-kawan dan dimarahi oleh guru.. tiba2 bapanya tidak marah semasa mengkantoikan dia merokok.. ini biasa kita sebut 'reverse psychology'.. dan bapanya telah mencipta 'pain' (kesakitan) yang lebih kuat daripada 'nikmat' (pleasure) tentang rokok dalam minda dia..

apa yang anda boleh pelajari dari kisah-kisah ini? marilah sama-sama mencuba selepas anda membaca artikel ini, setiap kali anda merasakan sesuatu yang tidak anda sukai, lakukan gangguan pola tabiat (pattern interruption).. lakukan sesuatu yang gila dan bodoh yang sangat tidak biasa.. lebih gila dan lebih mengarut akan lebih cepat mengubah kondisi emosi dan mengubah cara bereaksi..

bayangkan seorang sahabat anda sedang bersedih dan mengadu kisah dirinya kepada anda, secara tiba2 anda kentut dengan kuat, apa yang akan berlaku? keadaan emosi sahabat anda pasti akan berubah.. jika tidak ketawa pasti dia akan tersenyum.. dan setelah itu jika dia menyambung kisahnya pasti tidak lagi sesedih cerita sebelumnya..

bayangkan pula, jika anak anda melakukan kesalahan yang biasanya anda akan marah besar, dan dia tetap melakukannya walaupun anda telah sering memarahinya.. tetapi kali ini anda memeluk dan menciumnya, sambil menasihatinya dengan lembut.. minda bawah sedarnya akan memproses perlakuan itu dan mengubah apa yang difahaminya sebelum ini.. 'kesakitan' (pain) yang dirasakannya setiap kali dimarahi ketika melakukan kesalahan mungkin telah menanam sikap memberontak dlm dirinya menyebabkan minda bawah sedarnya akan sentiasa mengarahkan dia melakukan kesilapan yang sama.. dan ketika anda memeluknya, 'nikmat' (pleasure) akan terbentuk mungkin dapat merobah sikap memberontaknya yang tertanam dalam minda bawah sedarnya..

bayangkan lagi, jika anda sebelum ini hanya mencium tangan ibubapa anda ketika bertemu, anda tambah perlakuan anda dengan memeluknya erat dan mencium pipinya.. anda akan menambahkan 'nikmat' (pleasure) pada emosi yang sedia ada.. dan keadaan pasti bertambah baik..

bayangkan pula anda mencium pasangan anda setiap kali keluar rumah.. bukan ciuman kasual tetapi ciuman yang benar2.. ciuman yang ada emosi.. apa yang anda rasakan? dan apa pula yang pasangan anda rasakan? jika ciuman itu dilabel oleh minda bawah sedar anda sebagai rasa kasih sayang.. bayangkan anda melakukannya tiap hari..

merubah hidup itu tidak semestinya membuat perubahan besar.. seringkali yang anda perlu lakukan ialah perubahan kecil yang mempunyai impak terhadap emosi anda.. dan impak terhadap emosi akan berlaku jika anda melakukan tindakan yang betul dan benar..

cuba praktikkan hari ini.. kenali 'kesakitan' (pain) dan 'nikmat' (pleasure) serta emosi kedua (secondary emotion) dalam setiap tindakan dan perubahan yang anda buat.. lakukan gangguan pola tabiat (pattern interruption) dengan melakukan kejutan dalam tindakan anda untuk melihat perubahan dalam hidup anda.. cuba melihat hari ini dari perspektif yang berbeza.. kerna apa yang membezakan hidup anda ialah persepsi anda terhadap hidup anda.. persepsi anda menentukan kondisi emosi anda..

aku sambung lain kali.. ;)


Read On 0 ulasan

misteri tidur


waktu zaman aku nakal-nakal dulu, mak aku selalu masuk bilik aku masa aku tidur dan hembus-hembus kepala aku.. aku perasan tuh tapi buat-buat tak tahu jer.. bila aku dah ada anak, mak aku bagi tip hembus-hembus kepala anak nih kat aku suami-isteri.. dia suh kitorg buat kalau nak anak jadi baik dan ikut kata.. aku sengih jer masa tuh.. sebab aku tau aku masih nakal walaupun dihembus setiap malam.. hehe

bila aku paham psal minda bawah sedar, semua tuh jadi jelas pada diri aku.. dan baru aku tau kenapa aku masih nakal waktu tuh.. idea dan konsep mak aku dah betul tapi teknik dia kurang mantap.. dan sekarang aku nak kongsi teknik yang betul dgn anda..

waktu tidur nih waktu paling tinggi potensi untuk program minda bawah sedar.. kerna waktu anda tidur, minda bawah sedar anda sentiasa terbuka sehingga anda masuk dalam kondisi tidur nyenyak.. dan sebahagian dari anda kebiasaannya jarang memasuki kondisi tidur nyenyak.. tidur nyenyak nih tidur yang tiada mimpi.. dan kebanyakan dari anda bukan tidak bermimpi ketika tidur tetapi lupa anda mimpi apa setelah terjaga.. tidur nyenyak nih yang tidur berkualiti..

jika anda tertanya-tanya sama ada bolehkah kondisi ini diukur.. jawabnya boleh.. sudah ada teknologi yang boleh mengukur frekuensi gelombang otak yang menentukan sama ada anda dalam kondisi sedar, kondisi separuh sedar dan kondisi tidur nyenyak.. maka bila anda tidur, frekuensi otak anda akan berada diantara kondisi separuh sedar dan tidur nyenyak..

mungkin anda pernah mengalami waktu bangun tidur tidak dapat bergerak.. istilah biasanya 'kena tindih'.. (aku tanak citer bab jin sebab aku bukan pakar jin ;)..) fenomena itu berlaku kerna anda terbangun lebih cepat dari perubahan frekuensi otak.. apa yang terjadi ialah otak anda sedang melakukan pemindahan sama ada dari kondisi separuh sedar yang dalam atau tidur nyenyak ke kondisi sedar.. tubuh anda seakan lumpuh kerna otak anda belum sedia untuk memberi arahan.. setelah beberapa ketika, setelah otak anda memasuki kondisi sedar, anda pasti akan bergerak semula..

sebenarnya jika pada ketika itu anda memberi sugesti dan masukan apa pun, semua info itu akan langsung tertanam di minda bawah sedar.. jika anda mahu mengubah tabiat buruk anda, itulah waktu yang paling tepat untuk memberitahu diri anda bahawa anda mahu berubah.. jika nanti anda mengalami kondisi seperti itu, tarik nafas panjang dan katakan pada diri anda apa yang anda mahu ubah secara berulang-ulang sehingga anda boleh bergerak semula..

perkara yang sama berlaku jika dalam situasi itu anda memberitahu diri anda bahawa anda ditindih oleh jin.. maka secara visual, bayangan jin itu akan terbentuk.. bagaimana rupa jin itu akan bergantung pada database yang ada dalam otak anda.. jika anda telah terbiasa melihat filem hantu atau sering mendengar cerita seram dan membayangkan imej-imej hantu yang diceritakan, pasti itulah gambaran yang akan muncul..

kembali kepada cerita anak tidur..

bilakah waktu yang paling tepat untuk program minda bawah sedar anak-anak anda?

apabila anak menidurkan anak anda, perhatikan kelopak matanya yang terpejam.. jika matanya kelihatan bergerak2 bermakna dia telah memasuki kondisi separuh sedar.. semakin dalam anak anda dalam kondisi separuh sedar, lebih efektif sugesti yang anda masukkan.,

untuk menguji sama ada anak anda telah benar-benar tidur, angkat tangannya dan lepaskan.. jika tangan itu jatuh tanpa ada perlawanan bermakna dia sudah tidur. atau pegang dagunya dan geleng2kan kepalanya, rasakan perlawanan atau hanya lemah menurut.. jika anak anda tidak memberikan perlawanan, biarkan sekitar 15 minit hingga 30 minit.. supaya tidur anak anda lebih dalam dalam kondisi separuh sedar.. setelah 30 minit, katakanlah sugesti-sugesti positif yang anda mahukan dengan suara lembut ke telinganya.

bagaimanakah memasukkan sugesti positif ke minda bawah sedar anak-anak anda?

mulakan dengan memperkenalkan siapa anda dan bina hubungan positif.. katakan dengan lembut di telinganya. dengan nada yang mempunyai emosi.. anda harus percaya dan merasakan sendiri kata-kata yang mahu anda katakan..
contohnya: "assalamualaikum mamat.. ini ibu.. ibu sayang mamat dan mamat sayang ibu.."

setelah itu masukkan sugesti yang anda mahukan.. pilih perkataan yang positif dan elakkan menggunakan perkataan 'jangan' atau 'tidak'.. kerna harus anda ingat bahawa minda separuh sedar hanya memproses kata-kata yang ada emosi dan tidak memproses kata 'jangan' atau 'tidak'.
contohnya:
"mamat budak baik dan bijak" dan bukan "mamat tak nakal"
"mamat sentiasa dengar cakap ibu" bukan "mamat jangan degil"

katakan sugesti itu dengan berulang-ulang selama beberapa minit. semakin kerap anda mengulangnya semakin minda bawah sedar anak anda menyimpannya dengan kuat. jangan memasukkan terlalu banyak sugesti. mungkin anda boleh mencuba 2 atau 3 sugesti terlebih dahulu untuk melihat perubahan. kerna jika anda dapat melihat perubahan itu, maka anda akan lebih yakin untuk melakukannya. jangan lupa untuk memberikan pujian diselang selikan dengan sugesti anda.
contohnya:
"mamat anak yang rajin solat setiap hari"
"mamat anak yang sabar dan selalu ceria"

setelah anda memasukkan sugesti tersebut, hendaklah anda membuat apa yang dinamakan penutup.
contoh: "bagus. mamat dapat memahami ibu dengan bagus. nanti bila mamat bangun untuk solat subuh, mamat akan merasa tenang dan segar. sangat tenang dan sangat segar. mamat akan rasa bersemangat. lebih bersemangat. dan mamat akan lebih mudah menerima pelajaran yang cikgu ajarkan. mamat adalah budak yang bijak. ibu dan ayah sayang mamat. adik-adik sayang mamat. mamat juga sayang ibu, ayah dan adik-adik. baiklah. sekarang mamat tidur dan berehatlah."

berapa lamakah anda harus melakukannya?

lihat perubahan pada anak anda setiap hari setelah anda melakukannya.. buat setiap malam hingga anda melihat perubahan tersebut.. jika anda tidak melihat perubahan, kaji semula sugesti yang anda gunakan.. mungkin anda harus menggantikan beberapa kata-kata dalam ayat anda. mengikut pengalaman, untuk mengubah tabiat yang paling susah boleh mengambil masa hingga seminggu atau dua minggu. namun kebiasaannya jika dilakukan kepada anak-anak, kesannya boleh dilihat lebih cepat.. satu hingga tiga malam anda melakukannya sudah terlihat kesannya.

aku melabur sejumlah bayaran yang agak besar dan masa yang agak lama untuk mendapatkan ilmu ini. dan aku hanya mahu berbahagi secara percuma. boleh saja aku buat e-book dan kenakan bayaran tapi aku lebih pegang janji Tuhan. jika aku jual satu, aku hanya akan dapat bayaran untuk satu. tapi Tuhan kata kalau aku beri satu, Tuhan akan beri aku 70 kali ganda. manusia janji nak bayar tapi dia boleh saja bohong, maka aku lebih memilih untuk memegang janji Tuhan kerna Dia tidak pernah bohong.. ;) nikmatilah ilmu ini semoga dapat memberi kebaikan dalam hidup anda dan anak-anak anda.
Read On 4 ulasan

politik masjid



ketika menikmati sarapan pagi, aku membaca satu kisah dalam jawa post yang diceritakan oleh Dr Andi Jawaro disuatu pertemuan dengan beberapa tokoh Nahdatul Ulama (NU) di Taman Ismail Marjuki. beliau mengisahkan tentang bagaimana telah datang sekumpulan komuniti NU melaporkan betapa masjid mereka kini dikuasai oleh komunitas lain. mereka merisaukan jawatan imam masjid kini dijawat oleh komunitas non-nahdlyin. namun keluhan mereka itu tidak disambut dengan amarah atau kekesalan oleh pemimpin-pemimpin mereka. malah para pemimpin mereka menyambutnya dengan penuh rasa kesyukuran.

para pemimpin mereka bersyukur kerna masjid yang selama ini hanya dipenuhi oleh komunitas NU, hingga identik masjid itu disebut sebagai masjid NU, bakal dipenuhi oleh komunitas yang tidak bergabung dengan organisasi mereka. malah para pemimpin tersebut menyeru komunitas NU untuk lebih gencar melestarikan masjid dan memaksimakan penggunaan prasarana yang ada di masjid. subhanallah. ini minda orang hebat.

ini salah satu cerita seputar muktamar ke-32. NU merupakan satu organisasi Islam terbesar di Indonesia yang dianggotai oleh para kiai (tok guru) dan santri-santri (pelajar) pesantren (sekolah pondok) yang banyak terdapat di seluruh Indonesia. muktamar kali ini memperlihatkan satu evolusi yang dikhuatirkan oleh para pimpinan ulama kerna nuansa pilkada (pilihanraya) yang terserlah sejak dari majlis pembukaannya.

isu utama ialah pemilihan ketua umum tanfidziyah PB dan rias am yang disebut-sebut bakal menampilkan pertandingan, sedangkan golongan ulama mahu jawatan ini diisi dengan musyawarah tanpa pertandingan. KM Mustofa Bisri (Gus Mus) menegaskan dalam wawancaranya bahawa NU dibangun dengan model pesantren, dimana dalam organisasi pesantren ada kiai yang mengetuai dan ada lurah pondok (pengurus) yang akan ditunjuk oleh kiai atau boleh diperbincangkan antara santri-santri untuk memilihnya. beliau menekankan konsep akhlakul karimah, dimana kiai tidak wajar dievaluasi oleh santri-santrinya.

NU dilihat berubah khitah dari organisasi sosial dan moral semenjak ketua umum yang terdahulu, Gus Dur, memilih untuk aktif dalam kancah politik dengan menubuhkan partai kebangkitan bangsa (PKB) bertujuan untuk turut serta dalam pilihanraya umum, yang akhirnya mengangkat beliau menjadi presiden NKRI. semenjak itu ramai pimpinan muda yang ikut serta dan terjun ke arena politik. semenjak Gus Dur turun dari jawatan presiden, golongan ini kembali dan membawa budaya kerakusan kuasa ke dalam NU. ini adalah cabaran buat NU dalam muktamar yang sedang berlangsung.

menyelak halaman lain koran jawa post, aku tertarik dengan satu berita yang berlaku di Brunei Darussalam. seorang ahli parlimennya, Goh King Chin, dalam proposal proindustri pelancongannya mencadangkan diadakan zon alkohol untuk menarik lebih ramai para pelancong luar. Brunei menghalang penjualan arak namun membenarkan para pelancong luar membawa masuk minuman beralkohol dalam kuantiti kecil yang bermaksud untuk konsumsi personal. cadangan itu dibantah dengan tegas di dalam parlimen oleh menteri agama brunei, Zain Serudin, "Yang paling kami takutkan adalah murka Allah." Allahu Akbar. ini tindakan spontan orang hebat.

merenung kembali kisah-kisah ini dan melihat ke dalam diriku sendiri, betapa semakin jauhnya aku hanyut dan tenggelam mengikuti akal, kononnya, yang merasionalkan tindakan memanipulasi sistem kafirun untuk mengukuhkan kuasa dan ekonomi Islam, sedangkan cara yang benar dan wajar adalah kembali memperguna dan memperkuat sistem yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw.. hanya sunnah jalannya.. siratul mustakim..

moga kita semua diberi petunjuk dan kekuatan. amin.


Read On 0 ulasan

memegang kendali hidup



bayangkan sekarang anda sedang memandu kereta.. di lebuhraya yang kosong dan lurus.. sendirian dan hanya ditemani lagu rancak kegemaran anda.. fikiran anda hanya fokus pada lebuhraya.. berapa halaju kereta anda?

bayangkan lagu rancak itu diganti dengan lagu sedih yang mendayu-dayu.. seseorang duduk di tempat duduk sebelah anda menceritakan masalah sehariannya.. anda pula sedang memikirkan cara memotong kereta di hadapan anda yang melambat.. berapa halaju kereta anda sekarang?

bayangkan pula jika anda pernah terlibat dalam satu kemalangan.. anda melihat di cermin belakang kereta anda, ada beberapa kereta yang melaju dengan cara yang merbahaya.. anda pula baru saja menerima suatu berita buruk.. berapa halaju kereta anda?

seringkali dalam hidup anda, potensi diri terhambat kerna persekelilling anda.. apa yang kita panggil pengalaman hidup.. dan bagaimana cara anda melihatnya.. cara anda memahami dan menerimanya.. apalagi anda dididik dlm dalam masyarakat yang dalam ketakutan.. banyak perkara yang seronok dalam hidup anda dikaitkan dengan sumber 'kejahatan'..

seperti contohnya keseronokan membawa kereta laju akan dikaitkan dengan ketakutan mati atau cacat seumur hidup.. ketakutan apa akan jadi selanjutnya pada keluarga anda.. sayangnya anda lebih rela melepaskan keseronokan itu hanya kerna ketakutan, sedangkan anda punya banyak alternatif untuk melakukannya dengan baik dan benar..

anda merasa teruja melihat orang kaya.. cara hidup mereka dan apa yang mereka miliki.. tapi anda berkata pada diri anda bahawa anda perlu bersyukur dengan apa yang anda ada sekarang dan secara tidak sedar anda sering mengaitkan kekayaan itu dengan kejahatan.. orang kaya itu jahat, suka menindas, sombong, mudah lupa diri, dsb.. ini yang ada dalam database otak anda.. ini yang sentiasa anda ingatkan diri anda supaya tidak kaya.. tapi mengapa anda mengidamkan kekayaan itu dalam diam?

takut dan seronok kadangkala menjadi suatu yang ironi dalam hidup anda.. dalam banyak keadaan anda melihat ketakutan yang wujud terlebih dahulu sebelum keseronokan.. sedangkan sepatutnya ketakutan itu hanya medium kontrol, bukan medium asas dalam penilaian dan membuat keputusan..

begitu juga contoh berbuat baik.. seringkali anda berbuat baik bukan kerna nak masuk syurga tapi takut neraka.. anda sentiasa merasa banyak dosa.. tak jarang pula kerna takut diri anda dihakimi oleh orang sekeliling anda.. kerna itu anda bersedekah hanya bila anda melihat orang lain melakukannya.. anda bersetuju dengan sesuatu dan berani bercakap mengenainya kerna orang lain juga begitu.. hidup anda diatur oleh orang lain.. belum masuk citer ikhlas lagi..

apa yang sebenarnya anda mahukan dalam hidup? betapa sering anda melupakan apa yang anda mahukan demi ketakutan anda? sedangkan anda tahu apa yang anda lakukan akan memberi kebahagiaan kepada ramai orang.. dalam banyak situasi anda bukan mengorbankan diri anda tetapi anda terkorban... anda takut untuk terlihat berbeza dari orang lain.. takut jadi kera sumbang.. kononnya..

realitinya, anda buat banyak perkara untuk orang lain tetapi anda tak pernah benar2 buat sesuatu untuk diri anda.. dan banyak perkara yang anda rasa anda buat untuk diri anda sebenarnya untuk keuntungan lebih besar pada orang lain..

ada sebuah pendapat, anda tidak akan tahu potensi sebenar diri anda selagi anda tidak melakukan sesuatu untuk diri anda sendiri.. hanya untuk diri anda dan bukan untuk orang lain.. kerna diri anda sendiri.. bukan kerna orang lain..

emm.. apa aku nak citer sebenarnya? ok balik pada citer asal..

jika anda menjadi lebih sensitif dengan persekeliling anda, anda akan dapat melihat dan memahami bagaimana perasaan anda itu dikawal oleh persekelilingan anda.. anda dikawal oleh perseklilingan anda.. bukan oleh diri anda sendiri.. kerna itu anda seringkali tidak dapat mengawal hidup anda sendiri.. banyak benda yang anda tidak suka berlaku dan banyak benda yang baik terlepas dari hidup anda..

anda tidak boleh mengabaikan kekuatan persekelilingan anda.. anda harus bersahabat dengan mereka.. cuba memahami bagaimana semua itu mempengaruhi anda.. dan kemudian barulah anda boleh mengawal persekelilingan anda dan seterusnya memegang kendali hidup anda sendiri..

berhenti mengeluh tentang hidup anda.. kerna apa yg berlaku bukan kebetulan atau nasib.. semuanya kerna anda yg memilih dan memintanya, sama ada secara sedar atau tidak.. hidup anda adalah apa yang anda pilih.. bukan salah orang lain.. maka setiap kali anda merasa sesuatu yang tidak menyenangkan hati anda, anda berhak mengubahnya.. dan anda boleh melakukannya.. dan hanya anda yang boleh melakukannya..





Read On 0 ulasan

bukan salah anak


bayangkan anda mempunyai anak yang aktif, yang hampir sukar duduk diam dan dianggap nakal, dan anda dijemput untuk bertandang ke rumah saudara anda, yang anda tahu di rumahnya mempunyai banyak barang yang mudah pecah. anda rasa teruja kerana saudara anda itu memang rapat dengan anda dan sudah lama tidak bertemu. tapi dalam masa yang sama anda rasa risau membayangkan anak anda yang lasak pasti tidak mahu duduk diam, dan yang paling anda risaukan bagaimana jika anak anda memecahkan barangan di rumah saudara itu tanpa sengaja. rasakan perasaan anda.

maka sebelum anda memulakan ziarah, berkali-kali anda mengingatkan anak anda supaya tidak nakal dan duduk diam. anda menegaskan dengan nada tinggi dan berisi ancaman. anda sangat-sangat berharap anak anda akan menuruti segala perintah anda. sepanjang perjalanan anda berdoa dan berharap anak anda tidak akan berlari-lari sepertimana biasanya.

anda tiba di rumah saudara anda, untuk sejam yang pertama, anda memantau anak anda dengan saksama. kelihatannya anak anda masih dalam keadaan terkawal. duduk bermain dengan sepupu-sepupunya. anda pun meneruskan bersembang dengan saudara anda yang bercerita mengenai perjalanannya ke luar negeri dengan bersemangat, dan memicu ghairah anda.

phhraangg!! tiba-tiba anda terdengar bunyi seperti bahan kaca jatuh dan pecah. terdetik dalam fikiran anda, anak anda yang melakukannya. anda menyorotkan mata anda kepada anak anda yang sedang dalam keadaan kaku terkejut di hadapan sebuah pasu antik yang sudah berderai di atas lantai. apa yang anda akan lakukan?

ini senario biasa. anda pasti telah mengalaminya, baik diri anda sewaktu kecil, anak anda, anak saudara anda, ataupun anak kawan-kawan anda. secara umum, hampir dalam kebanyakan situasi begini, ibu atau bapa akan bangun dan berjalan ke arah anaknya, memarahi anaknya atau ramai juga yang akan memukul anaknya. situasi ini akan jadi lebih hebat jika berlaku dalam rumah tanpa kehadiran orang luar.

apa sebenarnya yang berlaku di saat kejadian itu?

dalam diri anak, ketika dia terkejut, minda bawah sedarnya akan terbuka. apabila dia melihat mimik muka marah dan gerakan ibubapanya ke arahnya, minda bawah sedarnya akan terbuka lebih besar lagi. pada saat itu, apa sahaja yang berlaku akan terus diprogram di minda bawah sedarnya. minda bawah sedarnya telah tersedia untuk pemasukan informasi-informasi secara langsung tanpa diproses oleh minda sedarnya. maka apabila sang ibu atau bapa mendekatinya, dengarkan apa yang dimasukkan oleh mereka ke dalam minda bawah sedar anak-anak mereka.

sebagai contoh.. maka sang ibu pun mendekati anaknya dengan perasaan marah dan malu kepada saudaranya. dan berkatalah sang ibu dengan nada tinggi, "kan ibu dah cakap tadi! tak nak dengar cakap ibu! apsal nakal sangat!" atau lirik yang lebih hebat, "tak guna punya budak! degil betul! jahat macam setan! siap balik nanti ibu rotan sampai tak boleh jalan!", sambil memukul tangan atau kaki atau kepala atau melempang anak tersebut.

apa yg berlaku ketika itu ialah perkataan-perkataan 'tak dengar cakap ibu', 'nakal', 'tak guna', 'degil', 'jahat macam setan', 'rotan sampai tak boleh jalan', akan semua masuk langsung terprogram di minda bawah sedar anak. dan tindakan memukul itu akan menjadi anchoring terhadap apa yang diprogram oleh perkataan-perkataan tersebut.

minda bawah sedar tidak memproses perkataan 'tidak' atau 'jangan' tetapi hanya memproses perkataan yang mempunyai impak emosi. perhatikan semula ayat-ayat tersebut dan rasakan dalam perkataan manakah terletak kata emosi.

dan jika perkara ini sentiasa berlaku berulang-ulang, program minda bawah sedar anak tersebut menjadi kuat. seterusnya bergantung kepada anak tersebut untuk menterjemahkannya menjadi sebuah ketakutan atau kemarahan atau apa saja yang negatif. kerna perkataan negatif pasti memicu emosi negatif. maka tidak hairan, ada anak yang bertindak dengan menangis, menjauhi ibubapanya atau melarikan diri setiap kali situasi itu berlaku lagi. itu semua hasil dari proses minda bawah sedar. tanpa perlu berfikir lagi, minda bawah sedar sudah memberikan arahan pada tubuhnya untuk memberikan reaksi mengikut terjemahan mindanya sendiri.

dan setiap kali bahagian tubuhnya dipukul, di bahagian yang telah menjadi anchoring, perasaan itu akan wujud semula dalam dirinya. contohnya jika ibunya sering menampar mukanya sambil berkata 'degil', 'tak guna' dan 'jahat'.. maka setiap kali mukanya ditampar, minda bawah sedar akan merespon perkataan 'degil', 'tak guna' dan 'jahat'.. ini yang memicu rasa rendah diri, menyalahkan diri sendiri malah dendam dalam diri anak. ini yang anda selalu sebut dengan perkataan trauma..

baiklah. bagaimana pula kondisi dalam diri ibu atau bapa ketika itu? 'terkejut' merupakan satu situasi yang membawa diri anda pada keadaan trance, dimana minda bawah sedar anda akan menjadi terbuka dan aktif. kerna itu ketika anda terkejut, anda akan melakukan sesuatu secara spontan. terkejut dan ditambah pula oleh emosi membuatkan minda bawah sedar anda terbuka dengan lebih besar.

bayangkan situasi ini.. dari awal anda telah mengandaikan anak anda nakal, maka perkataan 'nakal' telah anda kaitkan dengan wajah anak anda dan barang pecah. maka kerisauan sepanjang perjalanan, (ingat! emosi membuka minda bawah sedar) telah secara tidak sedar anda memprogramkan perkara tersebut. apabila anda terkejut, minda bawah sedar anda akan aktif dan mengaitkan barang pecah dengan anak anda. anda bangun dan melihat anda, minda bawah sedar mengaitkan pula anak anda dengan perkataan 'nakal'. ini semua berlaku tanpa perlu minda anda memprosesnya lagi kerna sudah terprogram. apa yang berlaku seterusnya?

secara umum, jika ini bukan kali pertama berlaku, anda akan merasakan emosi yang sama dan melakukan perkara yang sama persis ketika setiap kali situasi ini terjadi. jika kebiasaannya anda marah, anda akan merasa marah. jika anda biasanya memukul anak anda, anda akan terus memukul anak anda. semuanya berlaku dengan spontan. adakah anda tidak sengaja? adakah memang itu yang mahu anda lakukan?

ini boleh difahami setelah anda dapat menenangkan diri. apa perasaan anda selepas itu? sedih? merasa bersalah memukul anak? atau masih marah? berdendam dengan anak? ada banyak kes dimana sang ibu/bapa memukul anaknya tanpa belas kasihan ketika marah dan setelah itu menangis ketika menyapukan ubat kepada kesan birat dan luka anak kerna tindakannya.

bagaimana anda boleh mengubah semua ini?

jika anak anda dalam posisi tersebut, terkejut kerna berbuat sesuatu, anda masih perlu marah. kerna mimik wajah dan gerakan tubuh anda akan menambahkan emosi pada anak dan seterusnya membuka minda bawah sedarnya lebih besar. dan yang perlu anda perhatikan ialah kata-kata yang anda masukkan ke dalam minda bawah sedar anak anda.

contoh skrip positif: "kan ibu dah cakap kalau mamat dengar cakap ibu, mamat akan jadi budak bijak dan pandai! kalau mamat dengar cakap ibu, mamat akan jadi anak soleh! Tuhan akan sayang mamat! bila Tuhan sayang, mamat akan jadi orang yang berjaya!"

anda sering dengar doa ibubapa terhadap anak itu makbul. kuncinya ialah emosi. setiap kata-kata dan apalagi doa ibubapa itu terjadi dengan emosi. doa anak kepada ibubapa juga dengan emosi. emosi ini membuka minda bawah sedar. impaknya bukan sekadar program minda bawah sedar, tapi itu nanti aku ceritakan di tajuk yang lain.

namun persoalannya, bagaimana pula anda sebagai ibubapa mampu mengatakan perkara positif itu dalam keadaan marah dan terkejut? bukankah ketika anda emosi, anda akan didorong oleh minda bawah sedar juga? benar. dan kerna itu anda juga harus memprogram minda bawah sedar anda dengan benar dan wajar.

apa yang boleh membuatkan anda marah? apa yang anda rasakan setiap kali anda marah? kenali marah anda. ini juga aku akan ceritakan di tajuk yang lain. insya-Allah.. yang mahu aku sampaikan di sini ialah bagaimana anda yang mencorakkan peribadi anak-anak anda.

bila hari ini anda lihat anak anda, kenali dan fahami apa perasaan anda terhadap anak anda. jika anak anda melakukan sesuatu yang tidak anda sukai, kenali dan fahami perasaan anda mengenai perkara tersebut. perhatikan dan telitikan perkataan yang anda gunakan dan tindakan yang anda lakukan. jika anak anda tidak mahu membantu anda, perhatikan dan kenali apa perasaan anda dan apakah kata-kata yang anda gunakan.

anda mesti mula memperhatikan perasaan dan reaksi anda hari ini. setiap perkara kecil yang anda rasakan tidak penting, pada hakikatnya menjadikan anda seperti diri anda hari ini. dan untuk menjadi lebih baik dari semalam, jangan abaikan perasaan anda. kenali dan fahami. dan apabila mungkin, tanyakan perasaan anak anda dan berbahagi perasaan dengan anak anda. lihat reaksi pasangan anda, kenali dan fahami reaksinya.

mulakan dengan serta-merta jika anda mahu hidup anda menjadi lebih baik. hidup anda bukan takdir yang tidak boleh anda kawal. hidup anda bukan nasib yang anda harus pasrah. hidup anda adalah apa yang anda ciptakan dalam minda anda, sama ada anda sedar ataupun tidak.



Read On 0 ulasan

meraih damai dalam diri


ada pengalaman baru yang aku nak kongsi hari nih mengenai cara mudah untuk bertenang.. anda pasti sentiasa cuba untuk menenangkan diri anda setiap kali kepala anda berserabut.. tidak jarang kepala berserabut nih buat kita susah nak tidur..

pertama, cari tempat atau keadaan yang selesa buat anda.. mungkin duduk atau mungkin berbaring.. dan lemahkan tubuh anda.. paling mudah bermula dengan tangan.. biarkan semua otot-otot anda relaks.. jika anda tak pasti apa yg dikatakan otot rileks, minta tolong orang lain mengujinya..

cara menguji sama ada otot anda sudah rileks atau belum adalah dengan meminta orang lain memegang pergelangan tangan anda, mengangkatnya ke atas dan melepaskannya.. jika mereka akan merasakan lebih berat ketika gerakan mengangkat dan menjatuhkan tangan anda maka otot anda sedang rileks..

jika masih tertahan, minta pasangan anda menggoyang2 dan menggetarkan tangan anda sehingga tangan anda benar2 melemah dan jatuh dengan bebas.. ulangi ini beberapa kali sehingga anda benar2 merasakannya, bukan hanya di tangan juga kaki, kepala, belakang, perut dan semuanya..

kedua, apabila otot2 anda sudah rileks.. anda pejamkan mata anda dan tarik nafas dalam dan hembus nafas anda.. ulangi beberapa kali.. sehingga anda berasa rileks dan tenang.. cuba bayangkan anda berada di tempat yang anda merasa paling nyaman dan bahagia.. rasakan perasaan bahagia itu dan pertahankan..

aku mempunyai cabaran ketika memejamkan mata.. aku tak dapat membayangkan tempat itu secara visual mahupun merasakannya.. ketika aku pejamkan mata, aku akan mendengar berbagai suara dalam otak aku.. malah bayangan yang cuba aku paksakan dalam otak aku juga tidak dapat aku munculkan..

seorang sahabat memberi tips.. kita tidak boleh menolak bayangan mahupun suara2 dalam otak kita.. semakin kita mencuba, perkara2 itu akan semakin datang bercampur aduk.. semakin menjadikan kita serabut dan tidak dapat fokus.. fokus adalah kunci dalam latihan menenangkan fikiran..

dalam keadaan normal, otak anda akan cenderung melakukan multifungsi.. ketika terlalu banyak fungsi dilakukan dalam suatu masa, fokus anda akan beralih-alih.. ini yang menyebabkan anda merasa tidak tenang.. tidak mampu fokus secara sedar menyebabkan anda menjadi serabut..

sahabatku berpesan, jangan lawan tapi ikuti sahaja.. jika ada banyak bayangan visual, pilih satu dan ikuti sahaja.. keadaan ini sama seperti ketika anada menonton tv.. walaupun anda tidak menyukainya tapi ikuti sahaja kerna pasti akan ada penghujungnya.. dan jika bersambung dengan visual lain, sekonyol mana pun, tidak masuk akal dan sebagainya, anda ikuti sahaja.. pasrahkan otak anda dan ikuti visual tersebut..

sama seperti pesan seorang lagi sahabatku ketika aku mengatakan otakku terlalu 'bising'.. banyak sangat suara.. dia kata normal.. memang itu yang sentiasa berlaku dlm otak anda sepanjang masa.. hanya saja dalam banyak situasi anda mengabaikannya.. secara sedar atau tidak, otak kita akan sentiasa mencadangkan banyak perkara kepada kita, bergantung pada pengalaman kita di masa lalu..

kata sahabatku, jika terlalu banyak suara, pilih satu dan dengarkan suara itu mahu memberitahu apa kepada anda.. jangan cuba menjawab atau menganalisa.. hanya dengarkan.. biarkan otak anda mengatakan semuanya.. akan ada saat dia akan berhenti dan suara lain pula yang muncul.. terus menerus mendengarkan suara itu..

ini cara mudah menenangkan diri anda.. dan jangan terkejut jika anda tidak mampu fokus dalam percubaan pertama.. perkara ini harus dilatih terus menerus.. dan ia akan menjadi semakin mudah setiap kali anda mengulanginya..

akhirnya, jika anda sudah mendapatkan rasa tenang itu, perlahan-lahan kembalikan fikiran anda kepada keadaan normal, tarik nafas yg dalam dan perlahan-lahan buka mata anda.. teruskan menarik nafas dalam beberapa ketika setelah mata anda terbuka.. anda seharusnya merasa segar seolah baru bangun dari tidur..

dan jangan pula risau jika anda tertidur ketika melakukan proses ini.. malah waktu yang paling sesuai melakukan latihan ini adalah ketika anda mahu tidur.. jika anda mampu melakukannya dengan baik, anda akan memasuki tahap tidur yang dalam.. yang sangat menenangkan.. tidur memang yang tiada mimpi.. bukan terlupa mimpi.. ;)

jika anda mengalami kesulitan untuk fokus, mungkin anda boleh menggunakan muzik atau gambar orang yang anda sayangi.. sebenarnya anda sering melakukan semua ini untuk mendapat ketenangan kan? ;) manfaatkan latihan bertenang ini akan menjadikan diri anda, tubuh dan otak anda, lebih mudah untuk memasuki tahap tenang..

kata seorang lagi sahabatku, anda merasa tidak tenteram kerna anda mengabaikan diri anda sendiri.. anda merasa tidak fokus dan was-was kerana diri anda mahu anda mendengarkan suara hati anda.. jika anda tidak mahu tahu apa yang sebenarnya diperkatakan oleh diri anda, maka anda tidak akan tahu apa sebenarnya yg tertanam di bawah otak bawah sedar anda.. dan ketika otak sedar anda melakukan sesuatu yang bertentangan dengan otak bawah sedar anda, anda akan merasa tidak tenteram.. maka beri peluang kepada diri anda mengatakannya dan memahaminya..

moga anda dapat memanfaatkan ilmu kecil ini.. insya-Allah..

Read On 0 ulasan

akal menipu?


waktu itu aku baru pulang dari semarang, langsung mendapat sms dari seorang sahabatku menyatakan bahawa dia sudah di jakarta.. aku hampir terlupa sebenarnya.. seterusnya malam itu kami sekali lagi bersenam minda dan bertukar pendapat diiringi beberapa gelas teh tarik dan setumpuk puntung rokok..

aku tertarik pendapat dia mengatakan bahawa kita nih selalu ditipu oleh otak kita sendiri.. bahawa sebenarnya bukan kita yang mengawal otak tetapi otak kita yang mengawal diri kita.. sedar dan bawah sedar..

di zaman ini banyak aku ketemui program dan seminar mengenai otak kanan.. hampir semuanya menekankan kaedah bagaimana menyeimbangkan penggunaan otak kanan dan otak kiri.. kerna sistem pendidikan yang ada sekarang hanya menitikberatkan penggunaan otak kiri.. malah ada pula yang berpendapat kecenderungan menggunakan hanya sebelah bahagian otak yang banyak menyebabkan gejala sosial dan jenayah.. dan aku juga terbaca mengenai kehebatan anak2 setelah dilakukan pengaktifan otak tengah..

ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu.. ini ungkapan yang selalu kita dengar tetapi sejauh mana kebenaran pendapat ini? sahabatku yang hebat ini berpendapat kebanyakan dari kita tidak mampu melakukan sesuatu terobosan hebat dalam hidup kerna kita sering disabotaj oleh otak kita sendiri..

beliau memberi contoh jika kita mahu memulakan perniagaan atau pelaburan.. otak kita akan cuba merasionalkan semua informasi tersebut berdasarkan pengetahuan yg kita ada dan pengalaman kita di masa lampau.. otak kita akan tanpa henti membuat analisa dan mencari logika sebelum kita boleh membuat keputusan.. ini semua bahagian otak kiri.. yang aktif digunakan hampir semua orang yang melalui sistem pendidikan formal di sekolah.. dan kita percaya bahawa ini proses yang betul dan terbaik.. apa yang berlaku jika kita tidak mempunyai cukup informasi dan database yang cukup dalam otak kita?

begitu juga yang berlaku kepada seorang yang mempunyai tidak menyukai pekerjaannya tapi dia tidak akan menghantar surat berhenti kerja.. dan juga menerangkan mengapa satu pernikahan itu tetap dipertahankan walaupun penuh berisi kesakitan dan kepedihan.. kerna otak kita cuba merasionalkan semua tindakan kita.. kita hanya percaya pada logik akal..

dalam sebuah buku yang pernah aku baca (awaken the giant within - anthony robbins) mengatakan bahawa otak kita menghubungkan semua itu dengan 'pain' dan 'pleasure'.. buku itu mengatakan manusia cenderung menerima 'pain' dalam hubungan yang kacau kerna tidak sanggup untuk menghadapi ketakutan utk menghadapi 'pain' yg lebih besar jika kemungkinan dia mendapat sesuatu yang lebih teruk dan lebih tenang dengan 'pleasure' bahawa buat masa ini dia masih boleh mengendalikannya..

kita seringkali takut pada sesuatu yang tidak ada dan belum terjadi.. kerna kebijaksanaan rasionalisasi otak kita.. kita lebih rela berdiri dengan rasional di persimpangan jalan seumur hidup kita dari mengambil satu langkah mengikut rasa hati kita.. bolehkah kita percaya rasa hati kita?

seorang lagi sahabatku berpendapat bahawa orang yang banyak berfikir tidak akan melakukan apa2 selagi dia tidak mengikut rasa hatinya.. rasa hati atau intuitif adalah aktiviti otak kanan.. kata beliau, jika kita lebih banyak berfikir dari bertindak bermakna kita mempunyai otak kiri yang aktif dan jika kita mempunyai kebiasaan bertindak tanpa membuat analisa lengkap bermakna otak kanan kita aktif..

lalu bagaimana menyeimbangkannya? ada sahabat yang lain mengatakan tidak ada sesuatu yang benar atau yang salah.. yang ada hanyalah perbezaan persepsi.. tidak ada masalah antara otak kiri atau otak kanan.. yang menjadi isu perbincangannya ialah adakah kita dapat mengawal otak kita? atau kita yang dikawal oleh otak kita? adakah kita mampu menggunakan kurniaan Tuhan yang besar ini dengan benar?

kalau dulu berjalan di atas bara api dikaitkan dengan mistik, sekarang sudah dibuktikan bahawa hanya fizik.. kalau dulu melihat sesuatu tembus pandang di balik dinding dikatakan kekuatan makrifat, kini sudah ada teknologi membaca, menulis, mewarna dan tembus pandang yang boleh dipelajari.. jika manusia terbang yang kita kenali hanyalah superheroes dan pertolongan jin, sudah ada yg membuktikan kemungkinannya.. adakah kita masih perlu percaya azimat dan tangkal yang membuatkan seseorang itu kebal dan tak lut?

sepertimana quote sahabatku malam itu, albert einstein, seorang yang dianggap genius, hanya menggunakan 10% dari otaknya.. kita? ;)

Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008