meraih damai dalam diri


ada pengalaman baru yang aku nak kongsi hari nih mengenai cara mudah untuk bertenang.. anda pasti sentiasa cuba untuk menenangkan diri anda setiap kali kepala anda berserabut.. tidak jarang kepala berserabut nih buat kita susah nak tidur..

pertama, cari tempat atau keadaan yang selesa buat anda.. mungkin duduk atau mungkin berbaring.. dan lemahkan tubuh anda.. paling mudah bermula dengan tangan.. biarkan semua otot-otot anda relaks.. jika anda tak pasti apa yg dikatakan otot rileks, minta tolong orang lain mengujinya..

cara menguji sama ada otot anda sudah rileks atau belum adalah dengan meminta orang lain memegang pergelangan tangan anda, mengangkatnya ke atas dan melepaskannya.. jika mereka akan merasakan lebih berat ketika gerakan mengangkat dan menjatuhkan tangan anda maka otot anda sedang rileks..

jika masih tertahan, minta pasangan anda menggoyang2 dan menggetarkan tangan anda sehingga tangan anda benar2 melemah dan jatuh dengan bebas.. ulangi ini beberapa kali sehingga anda benar2 merasakannya, bukan hanya di tangan juga kaki, kepala, belakang, perut dan semuanya..

kedua, apabila otot2 anda sudah rileks.. anda pejamkan mata anda dan tarik nafas dalam dan hembus nafas anda.. ulangi beberapa kali.. sehingga anda berasa rileks dan tenang.. cuba bayangkan anda berada di tempat yang anda merasa paling nyaman dan bahagia.. rasakan perasaan bahagia itu dan pertahankan..

aku mempunyai cabaran ketika memejamkan mata.. aku tak dapat membayangkan tempat itu secara visual mahupun merasakannya.. ketika aku pejamkan mata, aku akan mendengar berbagai suara dalam otak aku.. malah bayangan yang cuba aku paksakan dalam otak aku juga tidak dapat aku munculkan..

seorang sahabat memberi tips.. kita tidak boleh menolak bayangan mahupun suara2 dalam otak kita.. semakin kita mencuba, perkara2 itu akan semakin datang bercampur aduk.. semakin menjadikan kita serabut dan tidak dapat fokus.. fokus adalah kunci dalam latihan menenangkan fikiran..

dalam keadaan normal, otak anda akan cenderung melakukan multifungsi.. ketika terlalu banyak fungsi dilakukan dalam suatu masa, fokus anda akan beralih-alih.. ini yang menyebabkan anda merasa tidak tenang.. tidak mampu fokus secara sedar menyebabkan anda menjadi serabut..

sahabatku berpesan, jangan lawan tapi ikuti sahaja.. jika ada banyak bayangan visual, pilih satu dan ikuti sahaja.. keadaan ini sama seperti ketika anada menonton tv.. walaupun anda tidak menyukainya tapi ikuti sahaja kerna pasti akan ada penghujungnya.. dan jika bersambung dengan visual lain, sekonyol mana pun, tidak masuk akal dan sebagainya, anda ikuti sahaja.. pasrahkan otak anda dan ikuti visual tersebut..

sama seperti pesan seorang lagi sahabatku ketika aku mengatakan otakku terlalu 'bising'.. banyak sangat suara.. dia kata normal.. memang itu yang sentiasa berlaku dlm otak anda sepanjang masa.. hanya saja dalam banyak situasi anda mengabaikannya.. secara sedar atau tidak, otak kita akan sentiasa mencadangkan banyak perkara kepada kita, bergantung pada pengalaman kita di masa lalu..

kata sahabatku, jika terlalu banyak suara, pilih satu dan dengarkan suara itu mahu memberitahu apa kepada anda.. jangan cuba menjawab atau menganalisa.. hanya dengarkan.. biarkan otak anda mengatakan semuanya.. akan ada saat dia akan berhenti dan suara lain pula yang muncul.. terus menerus mendengarkan suara itu..

ini cara mudah menenangkan diri anda.. dan jangan terkejut jika anda tidak mampu fokus dalam percubaan pertama.. perkara ini harus dilatih terus menerus.. dan ia akan menjadi semakin mudah setiap kali anda mengulanginya..

akhirnya, jika anda sudah mendapatkan rasa tenang itu, perlahan-lahan kembalikan fikiran anda kepada keadaan normal, tarik nafas yg dalam dan perlahan-lahan buka mata anda.. teruskan menarik nafas dalam beberapa ketika setelah mata anda terbuka.. anda seharusnya merasa segar seolah baru bangun dari tidur..

dan jangan pula risau jika anda tertidur ketika melakukan proses ini.. malah waktu yang paling sesuai melakukan latihan ini adalah ketika anda mahu tidur.. jika anda mampu melakukannya dengan baik, anda akan memasuki tahap tidur yang dalam.. yang sangat menenangkan.. tidur memang yang tiada mimpi.. bukan terlupa mimpi.. ;)

jika anda mengalami kesulitan untuk fokus, mungkin anda boleh menggunakan muzik atau gambar orang yang anda sayangi.. sebenarnya anda sering melakukan semua ini untuk mendapat ketenangan kan? ;) manfaatkan latihan bertenang ini akan menjadikan diri anda, tubuh dan otak anda, lebih mudah untuk memasuki tahap tenang..

kata seorang lagi sahabatku, anda merasa tidak tenteram kerna anda mengabaikan diri anda sendiri.. anda merasa tidak fokus dan was-was kerana diri anda mahu anda mendengarkan suara hati anda.. jika anda tidak mahu tahu apa yang sebenarnya diperkatakan oleh diri anda, maka anda tidak akan tahu apa sebenarnya yg tertanam di bawah otak bawah sedar anda.. dan ketika otak sedar anda melakukan sesuatu yang bertentangan dengan otak bawah sedar anda, anda akan merasa tidak tenteram.. maka beri peluang kepada diri anda mengatakannya dan memahaminya..

moga anda dapat memanfaatkan ilmu kecil ini.. insya-Allah..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008