a walk thru happy street..

beberapa hari ini aku memulakan semula kebiasaan lamaku.. berjalan.. jika aku mahu ke suatu tempat yang berada dalam jarak 20-30 minit, aku akan berjalan.. tak naik ojek lagi.. kalau setakat dua tiga tingkat, aku naik tangga.. kalau tak perlu duduk, aku berdiri sampai kaki lenguh.. nak ubah semula pola tabiat sihat.. ;)

kata sorang sahabat aku, berjalan nih bagus.. tak perlu masuk gym, tak perlu jogging, kalau nak sihat kena bayakkan berjalan.. maksud jalan dia bukan macam jalan-jalan di taman bunga tapi jalan cepat.. bukan jalan macam org lumba jalan kaki tapi jalan ala-ala macam askar.. dah cukup baik untuk jantung.. dia kardiologist..

aku pernah kenal sorang warga singapura, dia nih kalo nengok rupa pun tak sangka dah umur lebih 50an.. sihat lagi.. badan fit.. stamina baik.. kalo jalan macam askar.. sampai selalunya aku pegang bahu dia supaya dia jalan perlahan sikit.. aku yang termengah-mengah..

maka aku pun mulai banyak berjalan.. yang menariknya, di sepanjang jalan aku bertemu dengan ramai orang yang tidak aku kenal.. kalau sebelumnya aku hanya berjalan tanpa mememperdulikan orang sekeliling.. kali ini aku cuba menikmatinya.. melihat aktiviti mereka dan meninjau sedikit ke dalam hidup mereka.. ternyata banyak perkara menarik yang berlaku di sekeliling aku..

setelah beberapa hari aku melalui jalan yang sama.. aku cuba pula tersenyum pada orang yang aku temui di sepanjang jalan.. hanya senyum.. dan kadangkala menganggukkan kepala.. tanda bersapa.. walaupun ada yang tiadk membalas, tetap saja aku senyum..

selang beberapa hari, tanpa aku sedari aku sudah mulai menyapa.. angkat tangan.. menegur bapak-bapak dan ibu-ibu.. memegang kepala anak-anak kecil yang bermain.. dan aku juga menyedari bahawa kehidupan di sekelilingku penuh dengan senyuman..

aku teringat satu tabiat seorang temanku, berketurunan korea, ketika aku di tashkent.. dia akan bersalam dengan siapa saja yang dia temui di sepanjang jalan.. jika dia menegur dan orang itu membalas pasti dia akan singgah dan bersalaman.. hanya bersalaman dan kemudian meneruskan perjalanannya.. aku pernah bertanya siapa yang dia salam dan kebanyakan jawapannya ialah seseorang yang dia biasa lihat di pejabat atau di tempat lain.. malah ada yang dia tidak tahu namanya.. dia tetap saja senyum, menegur dan bersalam..

aku teringat nyonya yang menjadi jiran sebelah rumahku.. sejak awal aku pindah mmg ada beberapa perkara yang tak sedap almaklum saling belajar memahami budaya masing2.. yang biasanya uncle yang menegur aku setiap kali aku keluar dari kereta.. nyonya tuh hanya bersembang dengan isteri aku tapi tak pernah nak tengok muka aku pun.. bulan lepas nyonya tuh tegur aku suatu pagi, dengan suara ceria, "selamat pagi!".. hanya itu saja.. dan setelah itu aku pun mulai menegur dia..

juga seorang jiranku ketika aku masih menyewa rumah.. suami isteri bila balik kerja langsung masuk rumah.. kadang2 aku suami isteri menengok2 dan menunggu timing utk bertegur tapi tak pernah dapat.. satu hari ibu dia datang dari kampung, dan mereka tiada di rumah.. isteri aku jemput makcik tuh masuk dan layan dia sebagai tetamu sementara menunggu jiran aku balik kerja.. setelah itu kami jadi rapat, hingga anak dia pun sering menginap di rumahku..

kadangkala kita bina tembok dalam diri berdasarkan kepada 'first impression', walhal seringkali yang diperlukan hanyalah satu langkah yang sederhana.. lihat saja jika ada orang baru di tempat kerja, yang akan kita buat ialah menunggu dia mendatangi kita.. padahal mungkin saja dia bukan sombong tapi dia juga takut dan malu, dia juga merasa sama seperti apa yg kita rasa.. yang hanya diperlukan ialah salah seorang memulainya..

yang selalu berlaku ialah sama-sama saling menunggu.. sambil menunggu perasaan mula membuku.. maka berlaku apa yang tak sepatutnya berlaku.. kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta.. yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan.. yang rapat dieratkan..

About this entry

  1. Masing2 menunggu... mcm malu2 nak mengorat je... tapi kekadang senyum dan tegur dan salam menyalam ni... kene tengok budaya masyarakat setempat.... mungkin ada masyarakat yg pentingkan privacy... Tapi bestnya masyarakat Asia tak begitu...

  2. never judge.. never assume.. ;)

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008