finding the reset button

berapa banyak kali dalam hidup anda, anda merasa seperti mahu menekan butang 'reset' dan memulakan semula hidup anda? anda menyesali sesuatu yang telah berlaku dan anda sendiri tidak faham mengapa anda telah melakukannya.. dan anda memejamkan mata anda berharap apa yang sedang berlaku hanya mimpi.. dan apabila anda bangun semuanya kembali seperti keadaan asal..

dalam satu fasa hidup aku dulu, tidur pernah menjadi alat terapi yang paling mustajab.. hanya saja apabila aku bangun dari tidur, masalah itu tetap saja masih wujud.. namun aku lebih mampu mengendalikan emosi aku dan berupaya menyelesaikan masalah, walaupun hanya sebahagian.. anda akan lebih mudah menghadapi masalah apabila emosi anda lebih tenang..

maka aku belajar sesuatu.. apabila anda ada masalah, yang paling utama ialah bukan bagaimana cara anda menyelesaikan masalah tersebut tetapi bagaimana anda boleh menenangkan diri anda untuk menyelesaikan masalah masalah tersebut.. ada orang yang mampu menarik nafas panjang, pejam mata dan bertenang, dan seterusnya dia menyelesaikan masalah tersebut.. ada orang, harus menunggu hingga dia merasa tidak sempat dan tekanan tinggi, maka dia akan dapat menyelesaikan masalah tersebut dengan baik..

kerna dalam banyak situasi, cara untuk menyelesaikan masalah mmg sudah ada dalam fikiran anda.. anda hanya memerlukan emosi yang sesuai untuk menemuinya.. sama seperti bagaimana aku dulu belajar dengan mendengar lagu metallica.. berapa ramai orang boleh fokus baca buku atau buat latihan matematik tambahan sambil mendengar lagu heavy metal? hanya baru2 ini saja aku paham bahawa aku mmg type auditory.. emosi aku akan lebih mudah dibentuk dengan suara.. bukan hanya kuat atau perlahan tapi tone dan beberapa lagi keunikan suara yang aku mmg boleh bezakan.. hanya dengan mendengar cara orang bercakap aku boleh mengenali diri seseorang..

kembali kepada persoalan, bagaimana anda menemukan reset button emosi anda? kenali diri anda, apakah yang sangat besar mempengaruhi diri anda.. (untuk mengetahui apa yang lebih mempengaruhi emosi anda, anda boleh melakukan ujian multiple intelligences..) dan gunakan kelebihan anda ini untuk membetulkan emosi anda..

bila sahabat aku minta aku bayangkan sesuatu dalam satu sessi visualization, aku biasanya tak susah nak bayangkan apa2 bila aku pejam mata.. yang aku napak ada cahaya putih bergelombang bergerak-gerak.. yang aku pasan macam2 suara ada dalam otak aku.. asik bercakap tak berhenti-henti.. tapi aku juga perasan bila ada suara muzik, gelombang tuh berubah, ada warna.. kemudian akan jadi lebih mudah aku membayangkan sesuatu.. sahabat aku lain, bila aku minta bayangkan sesuatu mmg dia akan nampak benda yang aku suh bayangkan tuh, siap boleh jelaskan satu-satu, kedudukan dan warna..

dalam hidup nyata, aku akhirnya memahami betapa emosi aku boleh berubah dengan hanya mendengar muzik.. bila aku mahu fokus dengan lebih mantap, aku pakai headphone dan dengar lagu rancak.. tetiba jadi semangat dan fokus buat keje sampai siap.. bila sedih, aku pasang lagu yang lembut tapi lirik semangat.. aku lebih punya kontrol dengan emosi aku.. bila orang marah2, aku leh ubah suara marah2 tuh jadi muzik, dan aku boleh senyum..

apa yang aku nak sampaikan ialah anda boleh kontrol emosi anda.. jangan biarkan emosi anda yang kontrol diri anda.. ada orang bila susah hati dia pergi menonton wayang.. ada orang kena berlari dan dia akan rasa sedikit tenang.. kenali diri anda dan bagaimana emosi anda dipengaruhi..

yang lebih menarik ialah anda boleh menggunakan cara yang sama terhadap pasangan anda.. jika anda tahu dia seorang visual.. maka gunakan cara meletakkan gambar atau benda yang dia suka di tempat yang dia mudah melihat, atau bawa dia berjalan menikmati pemandangan yang indah, emosinya akan lebih mudah terarah. begitu juga jika dia seorang kinestis, sentuhan, ciuman, atau ajak dia menari akan mudah mngubah emosi dia.. semua akan mudah jika anda dapat mengenalinya..

dan itulah reset button yang anda cari, bukan satu butang ajaib nak tukar hidup anda atau kembali ke zaman silam, tapi satu button yang anda boleh tekan untuk ubah emosi anda dan menerima apa yang berlaku dalam keadaan yang lebih tenang..

maka setiap kali anda merasa sesuatu yang membuatkan emosi anda terganggu, ingatlah, yang paling penting bukan menyelesaikan permasalahan tersebut tetapi yang paling penting ialah bagaimana anda dapat menyelesaikannya dengan lebih tenang..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008