adakah anda merasa gembira dan bahagia hari ini? apakah yang harus terjadi untuk membuatkan anda merasa gembira dan bahagia? dan apakah pula yang menyebabkan anda merasa tidak gembira dan bahagia hari ini? hidup anda adalah apa yang anda tentukan buat diri anda sendiri..
terkenang seorang rakan sekelasku ketika aku sekolah menengah.. dia adalah antara murid terpandai dalam kelas.. suatu hari ketika cikgu memberikan keputusan ujian, aku lihat dia menangis.. betul2 punya menangis.. meleleh2 air mata.. aku terfikir dalam hatiku, "takkanlah dia gagal, padahal aku yg tak study pun leh lulus cukup2 makan." rupanya dia gagal dapat A1, dan semua rakan-rakan sibuk memujuk dia.. ciss..
aku pernah tanya seorang rakan aku kenapa dia tak menikah lagi, dia jawab, "aku bukan memilih, aku simple, aku nak pompuan tuh faham aku, tuh jer.." bila aku tanya maksud 'faham dia' tuh macammana, dia pun menghuraikan betapa dia menyukai perempuan yang mempunyai fikiran terbuka, fashionable tetapi di masa yang sama masih memiliki ciri-ciri perempuan melayu.. emm.. that is not simple..
semua nih 'rules' yang anda set dalam diri anda.. anda akan merasa tenang setelah anda mempunyai seratus ribu ringgit dalam simpanan tunai anda.. jika anda mahu menikah, anda perlu ada kereta dan rumah.. jika anda dapat beli tv plasma 42" anda akan rasa bahagia..
cuba pula anda lihat bahagian yang sebelah lagi.. apa yang boleh menyebabkan anda sakit hati, sedih, kecewa, menyampah dan segala macam susah hati? nih biasanya senarai akan jadi cepat panjang.. berbanding bila aku tanya apa yang buat anda gembira? anda pasti akan memikirkannya terlebih dahulu lebih lama.. apa yang sebenarnya terjadi dalam diri anda?
ramai orang punya banyak cara untuk susah hati tapi hanya ada satu cara untuk benar-benar merasa bahagia.. fikirkan semula.. lihat saja cara anda berbelanja, lebih banyak baju yang anda tidak suka dari yang anda suka, kerna itu anda ambil masa lama untuk membeli-belah.. pegang ini, warna tak kena, pegang itu, takde saiz, pegang yang lain, mahal pulak, pegang sini-sinum macam-macam hal.. akhirnya masuk lima enam biji kedai, beli satu kasut sahaja.. nak tau lebih mudah, buka almari dan pilih baju untuk dipakai hari ini.. berapa cepat anda buat keputusan?
cuba bawa anak anda masuk dalam kedai mainan, perhatikan bagaimana anak-anak mudah merasa gembira.. semua benda dia nak.. pegang satu suka, pegang satu lagi seronok, semua mainan boleh buat dia bahagia.. dan apapun yang anda pilih, dia akan gembira.. yang penting dapat mainan.. simple life..
aku perasan kebanyakan org bila bertambah umur, dia akan mulai lebih sukar untuk merasa gembira.. makan memilih, dia nak orang ikut cara dia, orang takleh cakap meninggi suara dengan dia.. ini semua 'rules' yang dia buat untuk org hormati dia.. dan dia akan sentiasa rasa ramai orang muda kurang ajar kerna tak ikut 'rules' dia..
sama kes, bila dah kawin agak lama, anda akan mula merasa tidak bahagia kerna apa yang anda harapkan tidak berlaku.. anda mahu dibangunkan oleh pasangan anda dengan ciuman, selepas ada anak, pasangan anda tak sempat melakukannya lagi.. dan anda merasa tidak bahagia.. anda mahu masa berdua dengan pasangan anda, namun kerana waktu pejabat, perniagaan dan kerja rumah membataskan masa anda, sehingga anda merasa pasangan anda tidak mahu mendengarkan keluhan anda, anda merasa tidak bahagia..
lihat semula dalam diri anda dan jawab dengan jujur, apakah yang harus berlaku supaya anda merasa gembira? perlukah sesuatu itu berlaku untuk anda merasa bahagia? adakah anda merasa bahagia hanya dengan bangun tidur dan mendengar suara isteri anda membebelkan anak anda yang tidak menjumpai kasut sekolahnya? adakah anda boleh merasa bahagia hanya dengan membaca sms 'i luv u'? sebenarnya ada banyak cara untuk merasa bahagia tetapi anda memilih yang paling susah untuk anda dapatkan.. secara jujur, anda tidak perlu apa2 untuk merasa bahagia.. aneh? ;)
apa definisi anda terhadap berjaya? kedudukan dalan jawatan? gaji lima angka? mempunyai perniagaan sendiri? kereta mewah? rumah mewah? sejauh mana apa yang anda boleh capai itu boleh membahagiakan anda? masa anda habis belajar, dapat kerja sahaja dah buat anda bahagia.. sekarang anda merasa tidak bahagia untuk pergi kerja.. kenapa? adakah 'rules' hidup anda berubah? adakah perubahan 'rules' itu menjadikan anda orang yg lebih bahagia atau lebih susah hati?
ada seorang kawan aku nak beli kereta.. dia nak kereta yang ikut spesifikasi dia.. tak boleh ada sikit pun lain.. itu 'rules' bahagia dia.. dekat setahun tetap tak beli kereta, akhirnya dia beli kereta yang lari sikit tahunnya.. dia bahagia tapi kureeng bahagia sebab tahun kereta dia lebih lama dari yang dia mahu.. bayangkan apa perasaan dia setiap kali dia bawa kereta dan mengingati perbezaan setahun kereta itu..
bolehkah anda mengubah 'rule' hidup anda? anda perlu ubah jika 'rules' itu tak buat anda bahagia.. kita ambil contoh mudah, apa 'rules' yang ada dalam diri anda apabila melihat orang senyum pada anda? adakah bila orang senyum itu menandakan dia baik, atau dia tertarik dengan anda, atau dia kenal anda, atau orang itu sedang gembira, atau dia menggoda anda? refleks anda akan bergantung pada 'rules' yang anda set dalam diri anda..
begitu juga apabila anda tak suka pada seseorang, anda set 'rules' jika berjumpa orang itu anda akan tampar muka dia, atau anda akan sindir dia, atau anda mengelak dari bersemuka dengan dia.. bagaimana kalau anda set 'rules' dalam diri anda, jika anda berjumpa seseorang yang anda tidak sukai, anda akan salam dia, senyum dan katakan, 'terimakasih telah melakukan sesuatu yang buruk kepada saya, dan membuat saya mempelajari sesuatu daripada itu. moga anda berhasil dalam urusan anda." dan melangkah pergi.. pasti ramai dari anda akan berkata, "apahal aku nak buat macam tuh?".. kenapa? kerna itu 'rules' yang anda dah set dalam diri anda, 'tak perlu buat baik pada orang yang buat jahat'..
sekali lagi.. jika anda telah mengatur keperluan emosi anda (rujuk: hierarchy of emotion), sekarang anda tanyakan soalan untuk setiap keperluan emosi itu, "apakah yang harus berlaku supaya aku dapat merasakan ini?" lakukan yang sama dengan senarai kesakitan (pain list) anda.. dan bandingkan kedua-duanya..
kemudian cuba gantikan jawapan itu supaya anda lebih mudah mendapat keperluan emosi dan lebih sukar untuk merasa kesakitan hidup.. contohnya, anda merasa hanya mendapat kasih-sayang jika anda merasa diterima dan dihargai, dan anda perlu menjadi sempurna. cuba tukar, bahawa anda akan merasa dikasihi apabila anda dapat memberi kasih-sayang dan anda membenarkan diri anda menerima kasih-sayang itu.
dan contohnya, anda merasa kegagalan jika anda merasa orang lain tidak menganggap anda sudah melakukan yang terbaik dan ketika ana merasa anda tidak mampu mencukupi keperluan keluarga anda. gantikan dengan sesuatu yang lebih sukar, contohnya, anda akan merasa gagal jika anda berterusan tidak dapat belajar dan memperbaiki diri anda.
aku tidak bermaksud supaya anda menurunkan 'standard' diri anda dan menerima apa saja.. tetapi mengubah 'rules' yang merosakkan jiwa anda dan menggantikannya dengan sesuatu yang boleh meningkatkan potensi anda.. jika anda merasa diri anda lebih baik, anda akan melakukan perkara-perkara yang baik.. semuanya bermula dari dalam diri anda.. anda tidak boleh mengubah dunia anda jika anda tidak mampu mengubah apa yang ada dalam diri anda.. itu maksud 'Tuhan tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga kaum itu mahu berubah'.. anda tidak akan mendapat syurga di akhirat jika anda tidak dapat menemukan 'syurga' dalam hati anda..
mungkin anda lihat secara mata kasar hidup orang itu susah namun mungkin realitinya dia lebih bahagia dari anda.. anda hidup dalam ukuran anda sendiri.. 'ukur baju di badan sendiri' mungkin bawa maksud jangan berlebihan dari kemampuan, tapi anda tahukah kemampuan anda sebelum anda mengukurnya? atau anda mahu diri anda menjadi orang lain? dan hanya merasa bahagia bila anda mendapatkan 'rules' yang orang lain tetapkan? make your own rules and play your own games.. live your life, not others..
Post a Comment