kata anda kata siapa?

apa beza komunikasi dengan bercakap? apa pulak maksud bersembang? berborak? berbincang? mengadu? memujuk? curhat (curahan hati)? membebel? boleh bezakan tak antara semua perkataan nih? banyak perkataan yang merujuk perkara yang sama bermakna teknologi komunikasi nih dalam masyarakat melayu dah sampai tahap tinggi..

aku nak citer psal tahap komunikasi.. ada 4 tahap komunikasi antara anda dengan orang sekeliling anda.. kita pakai contoh satu ayat yang sama digunakan dalam tahap komunikasi yang berbeza-beza.. bayangkan anda baru beli rumah.. anda nak menonton pertandingan bola pasukan yang anda minat.. anda masuk ke dapur untuk ambil minuman.. bila anda kembali ke ruang tamu, ada seorang yang tidak anda kenali sedang duduk di sofa favourite anda, sedang memicit2 remote control.. apa perasaan anda? tiba2 dia kata, "rumah ko nih buruk laa.. serabut susunannya..".. apa perasaan anda?

bayangkan pula minggu depannya, anda mahu menonton perlawanan separuh akhir pasukan yang anda minati.. anda masuk ke dapur untuk ambil minuman.. dan apabila anda kembali ke ruang tamu, jiran yang anda kenal sedang duduk di sofa kegemaran anda dan bermain2 remote control.. dan bila anda tegur dia, dia kata, "rumah ko nih buruk laa.. serabut susunannya.." apa perasaan anda?

bayangkan lagi minggu depannya lagi, dalam perlawanan akhir pasukan yang anda sokong, anda masuk ke ruang tamu dari dapur, ada sahabat baik anda yang sudah beberapa tahun anda tidak bertemu duduk di sofa anda dan bermain2 dengan remote control anda.. dia juga mengatakan perkara yg sama, 'rumah ko nih buruk laa.. serabut susunannya.." apa pula perasaan anda?

katakan setelah itu, anda merasa mungkin ada kebenarannya kata2 mereka.. dan minggu depannya lagi anda memanggil seorang interior designer datang ke rumah anda untuk menata semula ruang tamu anda.. dia juga berkata yang sama, "rumah ko nih buruk laa.. serabut susunannya.." apa perasaan anda mendengarkan itu?

nih semua contoh tahap komunikasi anda.. tahap satu, dengan orang yang anda tak kenal dan tidak penting kepada anda.. tahap kedua, orang yang anda kenal tapi tidak penting kepada anda.. tahap ketiga, orang yang anda kenal dan penting kepada anda.. tahap empat, seorang pakar yang mengatakan kepada anda.. anehnya, anda boleh memberi reaksi yang berbeza terhadap ayat yang sama tentang perkara yang sama terhadap orang yang berbeza..

anda sering mengatakan bahawa anda bekerja mencari nafkah untuk anak dan isteri anda.. anak isteri anda adalah yang paling penting dalam hidup anda.. sekarang bayangkan anda sedang dalam mesyuarat penting di pejabat, anak anda atau isteri anda menelepon anda.. adakah anda akan melayani panggilan telefon orang yang anda cintai? atau anda hanya kata, "tgh meeting nih, nanti ya.." apakah tahap komunikasi anda dengan orang yang anda kata anda cintai?

secara purata sekitar 68% kes perceraian dalam rumahtangga berlaku kerana salah berkomunikasi.. bayangkan jika si suami dan si isteri mempunyai cara komunikasi berbentuk 'mengajar' dan mereka berdua mengunakan cara yang asma setiap kali mereka berkomunikasi.. apalagi kalau sama2 bercakap, siapa pula yang nak mendengar? adakah anda menggunakan cara berkomunikasi yang wajar dengan lawan bicara anda? perhatikan dan dengarkan kata-kata anda sendiri..

mengikut kajian, kata-kata yang keluar dari mulut manusia adalaah sekitar 2,000 perkataan sehari, namun manusia berkata-kata di dalam hati sekitar 6,000 perkataan sehari.. adakah kita sedar apa yang kita katakan selama ini? adakah anda benar2 maksudkan apa yang anda katakan? adakah sejajar (align) antara apa yang anda mahu katakan dan apa yang ada dalam hati anda? sejujur manakah kita dengan diri kita sendiri?

satu lagi tips hari ini, apabila anda menemui hikmah dalam sesuatu yang berlaku adakah anda mengunci (lock) hikmah itu dalam diri anda? kerna jika anda tidak kunci, hikmah itu hanya akan bertahan beberapa waktu sahaja.. bagaimana caranya mengunci hikmah yang anda pelajari? broadcast! katakan dengan mulut anda sendiri pada diri anda atau beritahu orang lain.. kerna itu Islam ajar kita kena cerita benda baik.. dapat mimpi baik, ceritakan.. dapat ilmu baru, kongsikan.. kerna itu cara mengunci supaya ilmu itu tidak hilang dari dalam diri kita..

mari kita sama2 jenguk dalam kehidupan kita.. apakah yang kita broadcast kan? apa yang kita komunikasikan kepada orang sekeliling kita.. dalam ertikata lain, apakah yang kita kunci dan simpan dalam diri kita? perkara baik atau perkara buruk? sungguh besar hikmah mengapa Nabi saw haramkan kita mengumpat saudara kita sendiri.. kerna jika kita kunci perkara buruk dalam diri kita, sudah pasti tentu perkara itu akan jadi sebahagian dari hidup kita.. sama ada kita mahu atau tidak.. sama ada kita sedar atau tidak.. nauzubillah..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008