TV itu mudarat?


how bout that for a presupposition? ;)

ada satu kebiasaan yang sering anda anggap biasa dan tidak membahayakan, tetapi sebenarnya mempunyai impak yang besar dalam hidup anda.. menonton tv.. dan yang lebih bahaya lagi ialah 'tv menonton anda'..

senario satu, anda menonton tv.. anda fokus pada rancangan tv.. bermakna anda mengalihkan kondisi otak antara dari keadaan sedar ke keadaan bawah sedar.. dari multifokus ke fokus.. kerna itu anda mungkin salah seorang yang tidak mendengar panggilan orang lain ketika asyik dengan rancangan kegemaran anda.. fana menonton tv.. itu tandanya mungkin anda berada dalam kondisi theta, bukan hanya alpha.. (rujuk 'inside your brain')

ketika dalam kondisi ini apa sahaja yang anda tonton akan dirakam langsung oleh minda bawah sedar anda.. anda akan dapat merasakan emosi dalam cerita tersebut.. kalau anda sedang menonton cerita jet li, otot2 anda pun akan bergerak mengikut gerakan kungfu, kalau anda sedang menonton cerita sedih hindustan maka meleleh2 lah airmata anda tanpa ditahan2.. anda dihypnotis oleh tv..

hati2 dengan program tv yang anda tonton, kerana tv memang benar2 mampu memprogram minda anda.. anda mungkin secara sedar tidak merasa apa2, bagi anda hanya hiburan, tetapi realitinya nilai2 yang disampaikan dalam rancangan tersebut terakam masuk langsung ke dalam minda bawah sedar anda..

ada seorang teman aku mengaku telah menonton filem 'titanic' lebih dari 10 kali di pawagam.. apa yang terjadi adalah hanya dengan aku menyebut kata 'titanic', mood dia akan terus berubah.. mimik muka, gaya tubuh dan perkataan2 yang dia pilih untuk bercakap pun berubah.. automatik.. maka tak heran penyokong bola boleh berbunuh2 psal kena kutuk pasukan yang dia sokong kalah.. (ngga nyambung yah? hehe)

bayangkan anda tersekat dalam traffic-jam, dah 10 minit tak bergerak2, anda rasa gelisah, tiba2 ada geng kat kerusi belakang baru bangun dari tidur dan tanya, "tak sampai-sampainya kita lagi labuuu".. mesti pecah ketawa atau paling kurang senyum2 kambing, apalagi bila yg memandu pulak menjawab, "belum, tuan haji bakhil"..

dialog popular tuh akan picu minda bawah sedar kita untuk mencapai database mimik wajah p.ramlee dan haji bakhil, dan diasosiasikan dengan lucu.. namun jika anda tidak pernah menonton dengan filem 'labu-labi', mungkin saja anda tidak merasa lucu malah mungkin anda akan jadi lebih marah...

senario dua, anda tertidur depan tv.. apa yang berlaku ialah selagi anda tidak memasuki kondisi delta (rujuk 'inside your brain'), gerbang minda bawah sedar anda terbuka luas sepanjang tidur anda dan membenarkan apa sahaja yang berbunyi dari tv tuh langsung masuk dan dirakam..

anda beruntung jika ketika anda tertidur itu rancangan2 yang baik disiarkan, maka yang masuk semua positif.... tapi bagaimana jika yang dipaparkan ketika itu ialah sinetron mengarut, kisah tahyul karut-marut dan kisah penuh dengan seks dan keganasan? ini semua sampah yang ikut masuk memenuhi minda anda.. kesannya dapat anda lihat dari situasi diri anda sendiri.. mood-swing, susah nak buat keputusan, tetiba satu hari jadi horny, dsb.. ini semua disebabkan oleh sampah2 tadi yang melambak2 dalam minda anda..

seringkali dalam hidup anda berserabut hanya disebabkan oleh sampah2 ini.. anda berserabut hanya kerna benda2 kecil dan mudah yang anda anggap tidak penting pada awalnya.. anda tidak dapat berfikir dengan jelas kerna sampah2 dalam minda anda akan mengganggu fokkus anda dan mensabotaj minda sedar anda.. malangnya apa yang sudah dirakam oleh minda kita tidak boleh dihapuskan, kecuali berlaku kerosakan otak anda secara fizikal.. alamak! camna nak cuci kalau tak boleh dihapus?

apa yang anda boleh lakukan ialah mengurangkan ikatan (link) emosi anda terhadap perkara tersebut.. untungnya, dengan mengurangkan asosiasi emosi terhadap sampah tersebut, minda kita dapat mengabaikannya secara bawah sedar dan membolehkan kita mengendalikan minda kita dengan lebih baik.. jangan risau ;)

aku bukan kata jangan tengok tv.. aku kata berhati2 dalam memilih rancangan yang kita nak tonton.. dan kita kena pantau apa yang diprogramkan oleh tv ke dalam minda keluarga kita.. pilih yang positif.. bila rancangan tuh rating bimbingan orangtua, jgn hanya duduk sebelah anak menonton bersama tapi kena terangkan apa yang anda rasa perlu diperjelaskan, kerna jika anda tak terangkan, minda anak2 anda akan proses ikut database yang dia ada sahaja.. jangan assume anak anda fikir sama macam cara anda berfikir..

cuit sikit, kesan yang sama berlaku dengan radio dan segala macam lagu yang anak2 anda dan anda sendiri nyanyi tiap hari.. sama ada nyanyi dlm keter masa sorang2, dalam bilik air, atau nyanyi dalam hati.. lain kali kita citer lebih banyak impak lagu nih dalam bab self-talk.. apa kata jika anda tak mampu nak berzikir masa nak tidur, pasang cd zikir sepanjang malam.. rahsianya, buat selama 21 malam.. mengikut kajian sesuatu yang ditanamkan dalam minda bawah sedar kita selama 21 hari akan mantap menjadi sebahagian dari diri kita.. mari berekperimentasi..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008