aku seorang paranormal? ;)


subahanallah! aku dapat ilmu nih dari baca2 jer.. but since i change my self mode to action, aku pun bereksperimentasi.. memandangkan banyak orang bermasalah keliling aku maka tak laa susah nak cari bahan eksperimen.. hehe.. memang Tuhan nak bagi aku belajar.. lepas aku baca satu artikel psal NLP, datang pulak sorang mangsa konon nak mengadu masalah hidup dia yang penuh dengan kesedihan..

bila dia nampak jer aku dia kata dia nak cakap dgn aku.. aku memang laa pendengar yg baik.. cuma kdg2 penat nak dengar benda yang sama berulang2 kali walau dengan versi yag berbeza.. aku kenal 'mental condition' mamat nih.. maka bila dia kata nak curhat dengan aku, aku kata pada diri aku, "let try something different this time.."

seperti biasa, bila aku duduk jer depan dia, dia akan mula bercerita.. dia mengeluh, "aku nak mula hidup baru, tapi hidup aku selama nih serabut dan kacau."

sebelum dia meneruskan kesedihan dia, aku berhentikan dia.. "kejap! ko nak cuba sesuatu yang baru tak? aku ada cara nak ubah 'mental condition' ko supaya ko lebih ghairah mulakan hidup baru.."

bulat mata dia tengok aku, lepas dua saat, dia mula nak bercerita balik, "STOP!", aku mencelah, "tak payah citer. kalau ko nak aku tolong, jangan citer apa2 kat aku, aku leh tolong tanpa tau masalah ko." aku senyum.. "macam paranormal," kata aku dalam hati.. sebenarnya ini sebahagian daripada prinsip NLP, 'didn't deal with the content' dan sebahagian konsep dari Meta Model..

"tak penting aku tau cerita ko, yang penting ko boleh bayangkan semua benda yang ko nak ceritakan tuh. boleh?" kawan aku pun mengangguk2kan kepala dengan penuh perasaan..

"ok.. duduk rileks.. tangan ko letak atas meja.." aku menyilangkan tangan aku dan memegang kedua2 tangan dia seolah2 seperti bersalam dengan dua2 tangan..

"pejam mata dan tarik nafas panjang.. dalam setiap nafas ko akan rasa tenang dan nyaman.. tarik nafas panjang dan hembuskan dengan perlahan.."

"rasakan keadaan dimana ko rasa serabut dan kacau.. bayangkan peristiwa buruk yang pernah terjadi dalam hidup ko.. yang ko rasa jadi punca ko takleh nak mula hidup baru.."

"bila ko dapat bayang, dengar dan rasakan peristiwa tuh.. tarik nafas panjang.."

bila aku nampak kawan aku nih tarik nafas panjang.. aku genggam tangan kiri aku yang bersalam dengan tangan kiri dia.. (teknik nih namanya 'anchoring') aku beri anchor untuk peristiwa buruk dia dengan genggaman kiri yang kuat.. dan perlahan-lahan aku lembutkan genggaman aku semula, sesuai dengan hembusan nafas dia..

"ok.. kalo sudah buka mata"

pada saat dia buka mata aku tanya, "ada berapa meja dalam kedai nih?" (teknik nih dipanggil 'breaking system technique').. tangan kiri aku masih bersalaman dengan tangan kiri dia, tidak berubah dari kedudukan ketika 'anchoring' tadi..

setelah itu, aku suruh kawan aku buat sekali lagi seperti tadi, tapi kali ini aku suruh dia bayangkan peristiwa di masa depan yang dia impikan.. dia menutup mata dan mula membayangkan perkara-perkara yang dia inginkan..

"bayangkan peristiwa yang akan berlaku di masa depan yang ko impikan.. bayangkan peristiwa yang ko boleh nampak dengan jelas, ko nampak warna-warna dalam bayangan itu, ko dengar suara-suara, ko nampak clear keadaan sekeliling ko waktu itu, dan peristiwa itu semakin jelas dan semakin nyata.. ko makin dapat merasakannya dan masuk ke dalam keadaan itu.."

"bila ko dapat bayang, dengar dan rasakan peristiwa tuh.. tarik nafas panjang.."

seketika bila aku nampak dia tarik nafas panjang.. aku genggam tangan kanan dia dengan tangan kanan aku.. tekniknya anda harus menggunakan tangan anda yang lebih kuat, antara kiri dan kanan, untuk melakukan anchoring pada peristiwa baik ini.. aku genggam tangan kanan dia dan melembut mengikut hembusan nafas dia..

seterusnya aku suruh dia buka mata dan aku buat 'breaking state technique' sekali lagi.. ingat! tangan kanan aku masih menggenggam tangan kanan dia sepanjang aktiviti ini.. mengikut artikel yang aku baca tuh, dianjurkan ulang anchoring utk peristiwa baik nih sebanyak lapan kali.. sebab aku nih bendul, aku pun buat laa lapan kali.. tanpa melepas tangan..

dan masuk bahagian paling penting.. nak ubah 'mental state' dengan anchoring yang dibuat tadi..

aku minta kawan aku tutup mata dan tarik nafas panjang.. kedua tangan aku memegang tangan dia seperti posisi ketika melakukan kedua2 anchoring tadi.. aku minta dia bayangkan peristiwa buruk dan aku genggam tangan kirinya (anchoring pertama).. aku genggam beberapa saat (biasanya mengikut kiraan 1,2,3) dan kemudian aku minta dia bayangkan pula peristiwa baik yang tadi dia sudah bayangkan sambil aku genggam tangan kanannya dengan kuat (anchoring kedua).. serentak dengan itu aku mulai longgarkan genggaman tangan kirinya (anchoring pertama) dengan perlahan2 sehingga tangan kiri hanya sekadar berpegangan manakala tangan kanan masih menggenggam kuat.. setelah beberapa saat (kira lagi dalam hati 1,2,3) aku longgarkan genggaman tangan kanan perlahan2 sehingga aku melepaskan kedua2 tanganku..

setelah itu aku minta dia membuka matanya dan bertanya, "bagaimana rasanya sekarang peristiwa buruk yang menghantui hidup ko selama nih?" pertanyaan ini untuk mengkaji sama ada anchoring tadi menjadi atau tidak (teknik ini disebut 'calibration').. caranya ialah dengan melihat petunjuk dari matanya (rujuk 'dari kerana mata')..

"err.. rasanya..." aku dapat melihat bagaimana mata kawanku bergerak dari kanan atas ke arah kiri atas.. ini menunjukkan dia tidak lagi membayangkan peristiwa buruk itu mengikut apa yang diingatinya tetapi membuat bayangan baru untuk peristiwa tersebut..

"TAK PAYAH CERITA!" aku potong ayat dia.. "kan aku dah bagitau awal2 aku tak perlu tau apa masalah ko.. sebab insya-Allah masalah ko dah selesai" aku senyum..

"memang macam paranormal laa ko nih.." sambung kawanku.. aku sengih jer sebab bukan aku yang selesaikan masalah dia.. aku hanya bantu dia selesaikan masalah dia.. kalau dalam diri dia tak terbuka dengan aku dari awal, apa pun takkan menjadi..

sekarang nih aku tgh praktis guna teknik yg sama untuk diri aku sendiri.. caranya sama.. guna genggaman tangan kanan dan kiri untuk cipta anchoring pertama dan anchoring kedua.. cuma bezanya letak tangan atas dada dan genggam sendiri..

anda pun patut cuba juga.. boleh program balik minda anda utk jadi lebih baik..
mungkin anda juga punya bakat terpendam menjadi paranormal moden.. ;)

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008