ada suatu ketika dalam hidup ini kita merasa kesunyian.. kita rasa tidak ada orang yang memahami apa yang kita sedang rasakan.. kita rasa tidak ada orang yang peduli pada kita.. merasa tidak disayangi.. merasa tidak dihargai.. merasa kosong.. bersendirian.. sepi..
cabaran menjadi dewasa ialah kita merasa keseorangan.. bila kawan2 dah mula mendirikan rumahtangga, kita menemukan satu jurang antara kita dengan mereka kerna mahu memahami bahawa mereka punya hidup mereka sendiri.. kemudian kita pun menemukan pasangan hidup kita.. namun kesibukan mencari nafkah dalam pekerjaan dan kesibukan mengurus rumah dan anak2 meminimakan masa kita bersama orang yang kita cintai.. kawan2 sepejabat hanya sebatas pekerjaan dan perniagaan, apalagi apabila masing2 mulai mendaki tangga jawatan yang lebih tinggi..
sekeliling kita masih ramai kawan2.. namun semakin kita meningkat usia, semakin sukar untuk kita membuka diri.. merasa semakin banyak rahsia yang tidak mungkin kita buka kerna berbagai faktor kebimbangan kita.. apabila kita mahu mengatakan sesuatu yang kita anggap peribadi, hampir tidak ada satu nama pun dalam senarai telefon kita yang boleh kita dial..
ini bukan hanya berlaku pada kita.. hampir semua orang yang ada disekeliling kita merasakan perasaan yang sama.. kesunyian ini hadir bukan hanya di waktu kita sendirian malah kita merasa kosong dalam keramaian.. waima ada yang merasa sendirian walaupun disamping orang yang dia kasihi..
loneliness is a state of mind.. we just lost the passion.. just one bad day.. and it doesn't mean that nobody love us.. its only our perception about ourself.. what you can do is to change your physiology.. (rujuk 'tiru macam saya') try smile and feeling sad at the same time, then do the other way around, grim and try to feel happy.. it is hard rite?
bagaimana pula jika aku cadangkan, jangan buang perasaan itu cepat2 tapi gunakan untuk memperbaiki diri anda ;) gila punya cadangan.. haha..
dalam banyak situasi, emosi negatif merupakan 'alert system' dalam diri kita.. maknanya rasa sedih, marah, sunyi, dsu itu baik untuk diri kita? ini betul2 cadangan gila.. haha..
kita contohkan rasa gatal.. mana ada saraf gatal? yang ada adalah saraf sakit.. gatal nih dicerap oleh saraf gatal.. maknanya gatal itu adalah sakit yang minor.. atau mungkin juga kita boleh anggap sakit tuh adalah gatal yg major.. ;) dan saraf sakit nih adalah alert system yang memberitahu tubuh kita bahawa ada sesuatu yang bahaya.. kita pegang api rasa panas.. ada saraf panas? yg ada saraf sakit.. kena api sakit, kita cipta self defense, alihkan tangan, kalau takder saraf sakit makna kita kan dapat makan bbq tangan sendiri.. maknanya sakit tuh baik sebagai alert system kita.. betul?
sekali lagi, loneliness is a state of mind.. rasanya menyakitkan.. alert system utk minda kita.. maka kenapa kita rasa sunyi? adakah kerna kita rasa tak bahagia? adakah disebabkan oleh sesuatu perkara yang berlaku? mungkin juga hasil dari tumpukan berbagai rasa yang lain yang sudah lama kita kumpulkan.. bila rasa gatal, kita garu, makin kita garu, makin gatal, makin sedap, makin kuat garu, luka.. begitu juga emosi kita.. betul?
sekali lagi, emosi negatif adalah alert system.. emosi yang kita redam selama nih dah sampai threshold.. dan petik suis utk major feelings.. apa sebenarnya yang sudah berlaku dalam hidup kita? apa yang kita abaikan selama nih? mungkin dah sampai waktu kita tuntaskan.. jika kita tak kontrol perkara nih secara sedar, minda kita akan secara automatik mencapai database pengalaman yang kita ada dan menjanakannya secara automatik mekanisme self defense yang kita ada.. marah itu alert system.. dalam database kita, lempang adalah self defense jika alert system marah kita dipicu.. kita lempang orang yang maki kita sebab kita nak melindungi emosi kita.. kita umpama pengebom berani mati yang membawa bom jangka.. ketika bom itu meledak, bukan hanya menghancurkan kita tapi juga orang2 yang kita sayangi.. betul?
mari kita berekperimentasi lagi.. ketika anda merasakan suatu emosi negatif, jangan terus dibuang.. rasakan sedikit lebih lama.. dan tanya pada diri anda kenapa anda merasakan itu.. jika anda tidak dapat memahaminya, cuba teknik ini..
rilekskan tubuh anda, pejam mata, tarik nafas panjang dan hembus perlahan2.. bayangkan diri anda berada di satu lorong.. dan dihujung lorong itu ada sebuah pintu.. anda bayangkan dan rasakan anda berjalan melalui lorong itu hingga sampai ke depan pintu tersebut.. buka pintu tersebut.. masuk ke dalam ruangan itu dan nikmati apa saja objek yang anda nampak.. jangan memaksakan diri anda untuk melihat sesuatu, lihat sahaja apa yang anda nampak.. lihat bentuknya, warnanya, jika anda boleh pegang, bagaimana rasanya, hidu jika ada bau, jika boleh dimakan cuba saja cicipi.. setelah itu, keluar semula dari ruangan itu, tutup pintunya dan berjalan semula ke arah tempat pertama anda berada.. ketika sudah sampai ke tempat asal anda berdiri, tarik nafas panjang dan buka mata anda perlahan2..
objek yang anda lihat di dalam ruangan di sebalik pintu tadi adalah simbol dalam diri anda.. apa yang anda rasakan ketika melihat objek tersebut? pada pendapat anda sendiri, objek itu melambangkan apa dalam hidup anda? diri kita boleh memberitahu kita sesuatu dengan simbol.. jika anda dapat mengupas maksud simbol itu anda akan dapat memecahkan persoalan anda.. sama seperti tadbir mimpi.. ini cara dalaman diri kita berkomunikasi dengan kita.. lebih menarik lagi jika anda dapat menjelaskan keadaan lorong yang anda lalui dan perasaan anda ketika melaluinya..
jika anda tidak boleh melakukan sendiri, minta tolong kawan anda mengarahkan anda semasa anda memejamkan mata anda.. atau mungkin saja, ketika kawan anda dalam keadaan emosi yang berat, anda minta dia melakukan teknik itu.. dan kemudian berbincang mengenainya.. anda akan dapat mempelajari sesuatu yang baru dan kawan anda dapat memahami dirinya dengan lebih baik.. moga dapat membantu sekurang2nya sebagai pemicu mencari jalan keluar dari derita batinnya..
apa sahaja yang Tuhan jadikan itu bukan sia2.. hanya bagaimana kita dapat memanfaatkannya.. waima rumput yang bergoyang itu boleh menjadi petunjuk yang besar jika kita memahaminya.. subhanallah..
Post a Comment