bukan nasib dan kebetulan


minggu lalu, dalam satu sessi senam minda bersama seorang sahabat, kami bersetuju dengan satu rumusan bahawa dalam mempelajari kehidupan dan dalam proses mencari ilmu, ada empat keadaan..

tahu apa yang kita tahu
tahu apa yang kita tak tahu
tak tahu apa yang kita tahu
tak tahu apa yang kita tak tahu

dan hari ini aku belajar satu lagi maklumat, mengenai tahap kemahiran dalam pembelajaran hidup..

Tahap 1 : Tidak sedar bahwa tidak mampu
Tahap 2 : Sedar bahwa tidak mampu
Tahap 3 : Sedar bahwa mampu
Tahap 4 : Tidak sedar bahwa mampu

yang paling menarik ialah perbahasan mengenai tahap 4, yang juga dikenali sebagai 'servo-mechanisme'.. dan ini juga adalah fundamental konsep 'Law of Attraction' yang dibawa oleh sensasi 'Secret' oleh Rhonda Byrne..

dan untuk citer nih kita buka satu lagi terminologi tentang minda.. biasa kita dok citer psal concious mind dan sub-concious mind.. concious mind (minda sedar) adalah bahagian 'keinginan' kita.. yang kita kendalikan secara sedar.. sub-concious mind (minda bawah sedar) adalah bahagian tabiat dan sikap kita.. orientasinya ke dalam diri kita (internal world)..

satu lagi bahagian ialah super-concious mind (ada juga yang menyebut supra-concious mind).. ini merupakan bahagian yang berhubungan dengan 'external world'.. buat masa ini dipercayai bahawa ia tidak terletak di bahagian fizikal minda tetapi di bahagian energi.. secara tradisional ini yang disebut sebagai 'chi', 'ki', 'manna', 'hunna', 'karamah', atau biasanya menyebabkan fenomena 'sakti'..

ok. cukup bab ilmiahnya.. apa kisah kita hari nih? amende servo-mechanisme nih?

servo-mechanisme mungkin boleh diterjemahkan secara mudah sebagai satu gambaran atau visi dari sesuatu yang sudah menjadi milik kita, iaitu 'belief system' dan 'self image'.. 'belief system' ini adalah sistem keyakinan kita, apa yang kita percaya.. 'self image' adalah penilaian atau gambaran kita terhadap diri kita sendiri.. yang kita sebut juga sebagai 'identiti diri' atau 'nilai diri'.. perlu difahami 'self image' ini bukan gambaran 'diri kita sebenar'nya.. hanya persepsi kita terhadap diri kita sendiri.. map is not the territory ;) (rujuk 'tidak ada yang salah melainkan salah faham')

mudahnya kita boleh buat rumus, servo-mechanisme boleh diwujudkan dengan membentuk 'belief system' dan 'self image'.. tapi apa sebenarnya servo-mechanisme nih? panjang citer tapi tak jelas apa yang diceritakan.. ;)

kita pakai contoh supaya mudah faham.. katakan anda sering mengalami keadaan dimana anda susah nak menyimpan.. masa gaji RM700 takleh nak menyimpan, gaji naik RM1,500 pun tak boleh menyimpan, bila gaji dah RM10,000 pun tak boleh menyimpan.. lebih parah lagi, diwaktu dapat bonus hujung tahun, baru rasa nak simpan, ada saja yang berlaku, kereta rosaklah, bapa sakitlah, adik nak pinjam duitlah, kena rompaklah, org ajak meniagalah (pastu rugi ;)).. pendek cerita, duit tuh tak pernah lekat.. sampai ada org kata "entah apa sial ko nih, kena mandi bunga agaknya".. :o

nih sama cerita.. susah betul nak dapat jodoh, bukan jual mahal tapi ada saja tak kena ujung2 tak jadi.. asik sakit jer, lepas satu penyakit, satu penyakit.. serba tak kena dibuatnya.. bukan kita saja cari tapi nasib kita selalu macam tuh.. (nih bila kita sebut nasib, hati2 sebab secara tak sedar kita salahkan Tuhan)

padahal tidak ada yang namanya nasib.. tak ada yang namanya kebetulan.. semua yang berlaku tuh bukan tak sengaja.. kita tak sedar bahawa itu semua wujud sebab kita berkompetensi tinggi menghasilkan perkara2 tersebut.. kita berkemahiran tinggi utk tak ada duit, berkemahiran utk hidup bujang, kemahiran sakit dan sebagainya.. eh! apahal lak.. sapa nak jadi pakar menjadi miskin?

takdir tuh Tuhan suruh kita pilih, bukan pasrah.. sebab tuh kadang2 kita heran ada pulak kawan kita yang kerja lebih rileks dan tak perlu usaha keras seperti kita tapi dia selalu berjaya.. contoh klasiknya, ada kawan yang selalu dapat parking.. dia pergi ke kawasan yang sesak macammana pun dia mesti dapat parking.. datang jer terus dapat parking.. kita yang dok round lima enam puluh kali tak gak dapat.. ini sebab servo-mechanisme.. dia berkemahiran tinggi utk berjaya.. dan kita berkemahiran tinggi untuk gagal..

kita loncat naik balik bab tahap kemahiran dalam pembelajaran hidup..

Tahap 1 : Tidak sedar bahwa tidak mampu
Tahap 2 : Sedar bahwa tidak mampu
Tahap 3 : Sedar bahwa mampu
Tahap 4 : Tidak sedar bahwa mampu

nih cara nak check kompetensi hidup kita.. kita pakai contoh mudah.. makan.. aku pasti anda tidak mempunyai masalah untuk memikirkan sama ada esok anda boleh membeli atau mengadakan makanan atau tidak.. tanpa sempat berfikir pun kita hampir dapat dipastikan boleh mengadakan sesuatu untuk dimakan esok.. ini kompetensi tahap 4.. kita mampu mengadakan makanan tanpa sedar, tanpa perlu memikirkan sama ada boleh atau tidak..

jangan anggap mudah contoh yang aku guna nih, sebab memang ada orang yang secara sedar kena berusaha untuk memastikan bahawa dia dapat makan esok (tahap 3).. nih kais pagi makan pagi.. malah ada yang tahu bahawa esok dia pasti tidak dapat makan (tahap 2).. tak tau nak kais kat mana.. berbanding tahap 4 yang tak perlu kais..

servo-mechanisme nih berkaitan dengan super-concious mind kita.. kalau kita tak tahu ilmu nih pun tetap benda nih berlaku dalam diri kita.. sebab ini maksud memahami hidup.. bila kita faham bagaimana semua ini berfungsi dalam mengatur hidup kita maka kita boleh mengubah dan mengatur semula hidup kita.. kena berhenti menyalahkan nasib, takdir, qada qadar dan pasrah dengan cara yang tidak jelas..

bila Tuhan jadikan sesuatu perkara dalam hidup kita, yang kita kena cari ialah hikmah.. maksudnya ialah apa gunanya pada diri kita.. kerna apa yang terjadi itu adalah permintaan kita sendiri.. orang buat jahat dengan kita, kita tanya kenapa kita saja yang jadi mangsa? kenapa tidak orang lain? adakah memang kita berkemahiran tinggi menjadi mangsa? jika kita dah develop diri kita sebagai mangsa maka memang fungsi kita dalam hidup ini adalah sebagai mangsa..

bayangkan jika kita mampu membangun diri kita supaya kita berfungsi sebagai penegak ekonomi ummah.. kita cipta 'belief system' dan 'self image' kita sebagai penjaga ekonomi ummah.. maka bila servo-mechanisme yang seiring tercipta, berapa banyak pun kita sedekah, infaq, zakat dan wakafkan ke jalan Allah, servo-mechanisme kita akan tetap menarik dan mewujudkan segala macam peluang dan punca harta dari 'external world'..

ini yang dikisahkan oleh para sahabat yang tetap kaya-raya padahal dalam setiap kesempatan beliau tanpa ragu menginfaqkan hampir seluruh kekayaannya ke jalan Allah, fi sabilillah.. hanya kerna burung di kebunnya yang mengganggu kyusu solat, dia wakafkan seluruh kebun tersebut untuk ummah.. ketika ayat mengharamkan qamar turun, semua sahabat yang kebanyakannya menjadi saudagar qamar pecahkan semua simpanan dalam gudang mereka sampai madinah banjir separas buku lali.. tapi adakah mereka semua menjadi miskin dan meminta2? apa servo-mechanisme mereka? subhanallah..

About this entry

  1. Very good.

  2. halo brader,











































































































































































    salam brader,
    kalu yang tahu tapi buat tak tahu cam mana?

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008