anak anda hebat!


tahukah anda bahawa anak-anak yang berada dilingkungan umur bawah 12 tahun hampir setiap masa berada dalam kondisi bawah sedar.. kerna itu mereka mudah mempelajari apa sahaja dan menerima apa sahaja yang dimasukkan ke dalam fikiran mereka dari persekelilingan mereka..

malah kerna itu juga seringkali mereka melakukan kesalahan yang sama dan mereka sendiri tidak memahami mengapa mereka melakukan perkara tersebut, sedangkan mereka tahu anda sebagai ibu atau bapa memang tidak suka mereka melakukan perkara tersebut..

mereka mudah menerima apa sahaja yang diceritakan kepada mereka dan menyerapkan ke dalam otak mereka.. maka hati-hatilah ketika berkata atau melakukan sesuatu kerana setiap perkataan dan kelakuan anda akan berbekas dalam hidup mereka..

ada temanku berkata buang masa terangkan sesuatu perkara yang tidak difahami oleh anak-anak.. dia lebih suka buat 'hukum atau hadiah' (punish or reward) pada anaknya.. manakala aku berpendapat 'hukum atau hadiah' perlu diterangkan pada anak-anak.. walaupun ketika menerangkannya, anak-anak kebingungan dan tidak mengerti (bingung itu baik ;) rujuk 'menghargai kebingungan')..

pada pendapat aku jika anda tidak menerapkan persepsi yang anda harapkan dia faham dengan 'hukum atau hadiah', mungkin saja nanti anak anda akan mempunyai persepsi yang berbeza.. seterusnya menyebabkan model 'hukum atau hadiah' itu menjadi sesuatu yang tidak sejajar dengan niat asal anda..

aku pernah berjumpa dengan seorang anak yang rajin menolong tetapi mesti ada balasan (hadiah?).. jika dia tidak mendapat 'upah' maka dia tidak akan kelihatan rajin untuk menolong.. tentu saja anda dapat menjangkakan bagaimana ini terjadi..

seorang sahabatku bertanya kepadaku bagaimana mahu memotivasikan anaknya supaya rajin belajar.. aku kata programkan saja.. gunakan kelebihan kondisi bawah sedarnya.. jika anak anda sedang mengantuk ketika pergi ke sekolah adalah lebih baik lagi.. mengantuk itu bermakna dia berada di kondisi bawah sedar..

jika anda yang menghantarnya ke sekolah, atau ketika dia keluar dari pintu rumah mahu ke sekolah, pegang mukanya mengadap anda dan katakan padanya:

"kamu adalah anak yang HEBAT. otak kamu adalah otak yang sangat CERDIK. semua pelajaran akan masuk dengan MUDAH. semua pelajaran SENANG diingat dan difahami."

atau

"sekolah itu BEST. semua pelajaran MENYERONOKKAN. kamu SUKA belajar dan sangat RAJIN."

lakukan ini dengan konsisten dan hasilnya anda akan lihat dalam prestasi pelajarannya..

dan jangan lupa isikan kolam hatinya dengan kata-kata cinta, "MAMA SAYANG KAMU"..

bayangkan/rasakan betapa bahagianya anak anda pergi ke sekolah..


About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008