pasti ramai yang dah tahu kaedah 'mirroring' dan apa gunanya.. ini kaedah yang sangat simple yet powerful untuk membina hubungan dalam masa yang singkat.. dan sangat bahaya jika disalahgunakan oleh orang yang masih bujang.. apalagi yang sudah tidak lagi bujang.. ;)
kalau anda belum tahu.. adalah lebih baik belajar dari video klip kat bawah..
sains dari kaedah ini ialah mengubah mind state dengan cara mengubah fisiologinya.. yang sering ditunjukkan dalam buku (dan dalam video klip di atas) hanya satu bahagian daripada keseluruhan kaedahnya.. kaedah ini sebenarnya bukan sekadar membina hubungan bahkan merupakan senjata ampuh dalam mempengaruhi orang lain..
nih aku nak citer apa hubungan rajah yang kat atas tuh dengan konsep 'mirroring'.. apa yang berlaku ialah ketika anda memimik gerak tubuh dan tonasi suara siapa saja, anda mampu menyamakan status minda antara anda dan dia.. apabila mind state dah sejajar, apa sahaja yang dia setuju, anda juga akan bersetuju, begitu juga sebaliknya..
rahsia ilmu ini ialah anda memulakan dengan memimik gerak tubuh dan suara dia, setelah mind state anda berdua align, dia juga akan memimik gerak tubuh dan suara anda.. jika anda mula menyedari bahawa dia juga sudah memimik anda, maka itulah masanya anda menyampaikan apa yang mahu anda sampaikan.. dan itu pasti akan diterima dengan baik oleh dia..
apa pulak kena mengena 'pernafasan'? hehe.. ini lebih 'powerful' lagi.. intinya begini, ketika anda mengubah fisiologi anda, sistem pernafasan anda juga berubah, dan perubahan ini akan menyebabkan perubahan mind state.. sama juga kebalikannya.. ketika anda tidak setuju mengenai sesuatu, ritma pernafasan anda juga berubah dan fisiologi anda juga berubah.. perhatikan ini dalam kegiatan anda hari ini..
namun ada juga bahayanya.. hati2 dalam memimik gerak tubuh orang.. jika anda memimik gerak tubuh negatif, maka negatif itu juga akan terbentuk dalam diri anda.. jika anda mahu berekperimentasi, cari ada orang sedang stress, cuba ikut ritma pernafasannya, pasti anda juga akan merasakan rasa stress yang sama..
anda juga boleh gunakan ini terhadap anak2 anda.. kerna itu Nabi saw suka main dengan anak2 kecil.. kerna dengan memimik mereka ketika bermain, adalah lebih mudah memasukkan sugesti apa saja kepada mereka.. mahu berekperimentasi? jika anak anda sedang meloncat2, anda ikut meloncat2 di samping dia, sama rythm.. sambil anda meloncat anda sebutkan kata sugesti yang anda mahukan berulang2.. diakhir aktiviti mesti dia menerima penuh apa yang anda sebutkan pada mereka sepanjang permainan tadi..
dan inilah rahsia mengapa sunnah Nabi saw itu harus anda ikut dan tiru sebaik2nya.. hanya dengan memimik semua perbuatan Nabi saw, insya-Allah anda akan dapat mendekati mind state Nabi saw.. jika ragu2, mudahnya kita tiru dan ikut semua perbuatan orang2 soleh.. dari cara bercakap, berjalan, postur tubuh, cara makan, dsu.. sila gunakan imaginasi dan kreativiti minda anda untuk mensimulasi dan memanipulasi apa yang aku sampaikan secara wajar, baik dan halal..
mari jadikan hari ini hari berekperimentasi.. lakukan dengan ketua anda, anak buah anda, keluarga anda dan rakan-rakan anda.. hari ini pasti menjadi satu lagi hari yang indah kerna anda menjadi seorang yang sangat disukai oleh semua orang.. semoga berjaya ;)
Post a Comment