ada beberapa orang sahabatku yang mengatakan bahawa dia sering keliru atau bingung dengan kebanyakan perkara yang aku mahu sampaikan.. adakah ini petanda tidak baik? bagi aku, keliru atau bingung itu petanda baik.. anda juga keliru dengan pernyataan ini? ;)
keliru atau bingung adalah state of mind yang menunjukkan adanya proses belajar yang menggerakkan kita dari keadaan 'tidak tahu dlm kondisi bawah sedar' kepada keadaan 'tahu dlm kondisi sedar'.. ketika inilah berlakunya proses integrasi informasi ke dalam litar neuron di otak anda (rujuk video klip berkenaan 'human emotion' dalam artikel 'inside your brain').. dendrites dan neurites sedang berusaha mengintegrasikan jalan-jalan saraf yang belum bersambung dan berselirat, supaya bertemu secara harmoni dalam synapse yang baru.. maka kerna itu anda perlu menghargai keadaan keliru atau bingung..
ini berbeza keadaannya ketika anda mengalami tekanan perasaan atau frustrasi.. keadaan itu menandakan berlakunya gangguan upaya integrasi litar neuron dalam otak anda yang biasanya disebabkan oleh kata-kata 'susah', 'sukar', 'sulit' dsu.. pada akhirnya ianya akan menyebabkan kebuntuan otak untuk menciptakan jalur neuron yang baru dan harmonis..
ketika anda sedang bingung anda perlu membantu otak anda melakukan integrasi neuron tersebut, dengan melakukan integrasi secara sedar juga.. yang perlu anda lakukan ialah anda menyusun semula perkara-perkara yang anda tidak fahami (re-construct) atau mungkin boleh membuat mind-map (contoh seperti gambar dalam artikel 'pain and pleasure'), sehingga tercipta gambaran yang jelas..
sahabatku bertanya, "bagaimana kalau makin aku fikirkan makin aku jadi keliru"..
jawapanku adalah "jangan memaksakan fikiran anda".. biarkan proses itu berlaku secara tenang dan santai.. anda harus menikmatinya.. kerna minda bawah sedar anda yang akan melakukannya.. jika anda memaksakan untuk memahami sesuatu, akan berlaku konflik dengan minda bawah sedar anda, kerna mungkin saja apa yang anda paksakan itu bukanlah yang seharusnya anda fahami, mungkin tidak sesuai dengan pengalaman yang ada dalam database minda bawah sedar anda..
yang perlu anda lakukan hanyalah memicunya (initiate) sahaja.. bertanya-tanya soalan pada diri anda supaya anda menjadi lebih berminat untuk memahami sesuatu perkara yang anda bingungkan.. dengan memicu emosi 'ingin tahu' (curiosity) ini, otak anda akan lebih cepat mengintegrasikan litar neuron seperti yang anda mahu.. kekalkan tahap emosi anda supaya dalam keadaan tenang dan teruja untuk 'ingin tahu' selagi mana proses kebingungan ini berlaku..
jika anda rasa semua ini merepek, proses fakta ini.. minda sedar anda hanya mengendalikan sekitar 12% tubuh anda.. dan sekitar 88% tubuh anda dikendalikan oleh minda bawah sedar anda.. jika anda tidak berupaya mengawal minda bawah sedar anda untuk melakukan apa yang anda mahu, maka minda bawah sedar anda akan melakukannya secara automatik mengikut caranya sendiri.. dan jelaskan mengapa anda memukul anak anda atau memaki orang lain ketika marah dan kemudian menyesalinya?
aku mengelak untuk menggunakan perkataan 'cuba' dalam tulisanku.. jika anda menemui perkataan tersebut dalam tulisanku sebelum ini, maka ingatlah apa yang aku tuliskan ini dan tegur aku..
ada beza antara bereksperimen dan mencuba.. eksperimen adalah satu sifat mental yang mahu melihat hasil dalam setiap upaya.. dalam melakukan eksperimen, tidak ada yang dinamakan kegagalan, yang ada hanyalah maklumbalas (feedback).. maklumbalas adalah informasi penting untuk memperbaiki langkah kita seterusnya.. maka dengan bereksperimen anda akan lebih tenang dalam melakukan prosesnya, dan mengelakkan diri anda dari takut gagal.. anda akan menerima apa sahaja hasilnya dan membuat pengubahsuaian (adjustment) untuk memperbaiki prosesnya dan mendapatkan hasil yang lebih baik..
lalu apa maksud 'cuba'? apabila anda mengatakan pada diri anda untuk mencuba sesuatu, secara tidak sedar, anda telah mengatakan kemungkinan utk gagal pada minda bawah sedar anda.. anda kata akan 'cuba' kerna anda tahu akan gagal.. ini akan menyebabkan minda bawah sedar anda mensabotaj tindakan anda.. anda adalah musuh anda yang sebenarnya.. maka setelah ini buang kata 'cuba' dalam database otak anda, gantikan dengan perkataan 'akan lakukan' atau 'mari berekperimentasi'.. dan lihat perubahan dalam hasil yang anda kerjakan..
Post a Comment