pain and pleasure


anda pasti pernah mengalami keadaan dimana seekor lalat tersesat masuk dalam kereta dan akan melanggar cermin kereta anda berkali-kali kerna mahu keluar. tidak jarang anda merasa sakit hati akan kebodohan lalat itu yang terus melanggar cermin depan padahal anda dah buka cermin sisi. perkara yang sama juga pasti pernah berlaku dalam hidup anda.

mungkin ada dalam keluarga, adik beradik, saudara-mara dan kawan-kawan anda yang sudah anda nasihatkan berkali-kali tetapi tetap juga membuat kesalahan yang sama, atau anda telah membantu mereka namun tetap hidup mereka tidak berubah, hingga anda merasa putus asa dan tidak mahu lagi menasihati atau membantunya lagi. anda menyalahkan diri mereka kerana tidak mahu berubah. tapi pernahkah anda terfikir bahawa mereka itu umpama lalat yang tidak tahu jalan keluar dari kereta dan anda menyuruh lalat itu tetap cuba terbang melalui cermin depan kereta anda.

kembali pada kisah lalat sesat, apa yang anda lakukan pada lalat tersebut? anda halau dia ke arah cermin sisi kereta.. tapi angin masuk terlalu kuat dan menolak alat kembali ke cermin depan.. anda tutup cermin halau lalat ke cermin sisi dan baru anda buka cermin.. lalat keluar.. anda mengubah pendekatan anda.. hasilnya pasti berbeza..

begitu juga dalam membuat perubahan, anda tidak boleh mengandaikan hasil yang berbeza dengan melakukan pendekatan yang sama.. jangan salah faham.. tidak ada yang salah pada diri anda.. tidak ada yang perlu diperbaiki atau diganti.. yang perlu anda lakukan ialah mengubah keadaan yang sudah sedia ada dalam diri anda.. dalam diri ada sudah tercipta tabiat yang tidak dapat menggunakan potensi anda dengan optimum.. anda hanya perlu menyedari itu dan mengubahnya..

mengubah tabiat nih yang paling mencabar.. contohnya, anda merasa 'kesakitan' (pain)bersalah dan mahu mengubah sikap pemarah anda, tetapi dalam masa yang sama anda juga merasakan 'nikmat' (pleasure) bahawa bila anda marah orang akan mendengar apa yang anda perkatakan dan segalanya berjalan dengan baik.. kerna adanya 'emosi kedua' (secondary emotion) ini maka anda akan tetap menjadi pemarah..

jika anda melakukan sesuatu untuk berubah, cuba perhatikan adakah anda merasakan 'emosi kedua' dalam tindakan anda.. sepertinya anda mahu menurunkan berat badan, anda mencipta 'kesakitan' (pain) dalam diri anda mengatakan bahawa bentuk badan anda sangat menjijikkan, dan anda mencipta 'nikmat' (pleasure) dipuji org dengan bentuk badan yang cantik, anda merasa anda perlu menurunkan berat badan, anda berolahraga dan mengawal makan anda, tetapi ketika anda merasakan 'kesakitan' (pain) lapar dan penat itu lebih besar dari 'kesakitan' (pain) bentuk badan anda yang menjijikkan, ditambah pula dengan 'nikmat' (pleasure) makan yang lebih besar dari 'nikmat' (pleasure) kelihatan menarik dan dipuji org.. anda pasti akan kembali makan dan gemuk semula..

kita lihat satu lagi contoh, mengapa jika anda berhenti menghisap rokok, berat badan anda akan bertambah? dalam minda bawah sedar seorang perokok, menghisap rokok adalah 'nikmat' (pleasure).. walaupun anda tahu rokok itu busuk, pahit dan menyesakkan tapi dalam minda bawah sedar anda sudah terbentuk satu pemahaman bahawa merokok itu 'nikmat' (pleasure).. apabila anda tidak merokok, anda akan mencari pengganti kepada nikmat itu, dan jika anda tidak menyediakan penggantinya, minda bawah sedar anda akan memberi arahan untuk memasukkan sesuatu dalam mulut anda.. dan mengemil makan adalah pengganti 'nikmat' yang setara..

yang menjadi cabaran perokok adalah apabila peningkatan berat badan menjadi 'kesakitan' (pain) yang lebih besar melampaui 'nikmat' (pleasure) makan.. 'emosi kedua' (secondary emotion) ini yang menyebabkan anda akan kembali menghisap rokok..

satu pendapat sahabat aku, tabiat menghisap rokok dan mengemil makanan ketika merasa tidak tenteram diwarisi dari kebiasaan bayi menghisap jari ketika dia merasa tidak selesa.. jika anda mahu mengubah tabiat itu perhatikan dan rasakan apa perasaan anda ketika anda mahu menghisap rokok dan mengemil.. adakah rasa itu wujud ketika anda marah? sedih? bosan? itu yang perlu anda kenalpasti dan ubah..

ada satu kisah seorang teman aku sewaktu zaman sekolah.. dia kantoi dengan bapak dia psal merokok.. dia risau akan dimarahi oleh bapanya, tapi yang berlaku sebaliknya.. bapanya membeli satu kartun rokok dan meminta dia menghisapnya.. ragu2 tapi merasa sedikit senang hati dia pun mulai menghisap rokok sambil berbual santai dengan bapanya.. setelah habis sebatang, bapanya suruh pasang satu lagi.. begitulah seterusnya bersambung puntung.. bayangkan anda menghisap rokok bersambung puntung hingga habis berkotak-kotak tanpa berhenti.. semenjak itu temanku ini tidak pernah menghisap rokok lagi.. apa yang berlaku sebenarnya?

bapak kawan aku ini melakukan gangguan pola tabiat (pattern interruption) pada kawan aku.. pada kebiasaan, dia akan tetap merokok walaupun dinasihatkan oleh kawan-kawan dan dimarahi oleh guru.. tiba2 bapanya tidak marah semasa mengkantoikan dia merokok.. ini biasa kita sebut 'reverse psychology'.. dan bapanya telah mencipta 'pain' (kesakitan) yang lebih kuat daripada 'nikmat' (pleasure) tentang rokok dalam minda dia..

apa yang anda boleh pelajari dari kisah-kisah ini? marilah sama-sama mencuba selepas anda membaca artikel ini, setiap kali anda merasakan sesuatu yang tidak anda sukai, lakukan gangguan pola tabiat (pattern interruption).. lakukan sesuatu yang gila dan bodoh yang sangat tidak biasa.. lebih gila dan lebih mengarut akan lebih cepat mengubah kondisi emosi dan mengubah cara bereaksi..

bayangkan seorang sahabat anda sedang bersedih dan mengadu kisah dirinya kepada anda, secara tiba2 anda kentut dengan kuat, apa yang akan berlaku? keadaan emosi sahabat anda pasti akan berubah.. jika tidak ketawa pasti dia akan tersenyum.. dan setelah itu jika dia menyambung kisahnya pasti tidak lagi sesedih cerita sebelumnya..

bayangkan pula, jika anak anda melakukan kesalahan yang biasanya anda akan marah besar, dan dia tetap melakukannya walaupun anda telah sering memarahinya.. tetapi kali ini anda memeluk dan menciumnya, sambil menasihatinya dengan lembut.. minda bawah sedarnya akan memproses perlakuan itu dan mengubah apa yang difahaminya sebelum ini.. 'kesakitan' (pain) yang dirasakannya setiap kali dimarahi ketika melakukan kesalahan mungkin telah menanam sikap memberontak dlm dirinya menyebabkan minda bawah sedarnya akan sentiasa mengarahkan dia melakukan kesilapan yang sama.. dan ketika anda memeluknya, 'nikmat' (pleasure) akan terbentuk mungkin dapat merobah sikap memberontaknya yang tertanam dalam minda bawah sedarnya..

bayangkan lagi, jika anda sebelum ini hanya mencium tangan ibubapa anda ketika bertemu, anda tambah perlakuan anda dengan memeluknya erat dan mencium pipinya.. anda akan menambahkan 'nikmat' (pleasure) pada emosi yang sedia ada.. dan keadaan pasti bertambah baik..

bayangkan pula anda mencium pasangan anda setiap kali keluar rumah.. bukan ciuman kasual tetapi ciuman yang benar2.. ciuman yang ada emosi.. apa yang anda rasakan? dan apa pula yang pasangan anda rasakan? jika ciuman itu dilabel oleh minda bawah sedar anda sebagai rasa kasih sayang.. bayangkan anda melakukannya tiap hari..

merubah hidup itu tidak semestinya membuat perubahan besar.. seringkali yang anda perlu lakukan ialah perubahan kecil yang mempunyai impak terhadap emosi anda.. dan impak terhadap emosi akan berlaku jika anda melakukan tindakan yang betul dan benar..

cuba praktikkan hari ini.. kenali 'kesakitan' (pain) dan 'nikmat' (pleasure) serta emosi kedua (secondary emotion) dalam setiap tindakan dan perubahan yang anda buat.. lakukan gangguan pola tabiat (pattern interruption) dengan melakukan kejutan dalam tindakan anda untuk melihat perubahan dalam hidup anda.. cuba melihat hari ini dari perspektif yang berbeza.. kerna apa yang membezakan hidup anda ialah persepsi anda terhadap hidup anda.. persepsi anda menentukan kondisi emosi anda..

aku sambung lain kali.. ;)


About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008