Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

a walk thru happy street..

beberapa hari ini aku memulakan semula kebiasaan lamaku.. berjalan.. jika aku mahu ke suatu tempat yang berada dalam jarak 20-30 minit, aku akan berjalan.. tak naik ojek lagi.. kalau setakat dua tiga tingkat, aku naik tangga.. kalau tak perlu duduk, aku berdiri sampai kaki lenguh.. nak ubah semula pola tabiat sihat.. ;)

kata sorang sahabat aku, berjalan nih bagus.. tak perlu masuk gym, tak perlu jogging, kalau nak sihat kena bayakkan berjalan.. maksud jalan dia bukan macam jalan-jalan di taman bunga tapi jalan cepat.. bukan jalan macam org lumba jalan kaki tapi jalan ala-ala macam askar.. dah cukup baik untuk jantung.. dia kardiologist..

aku pernah kenal sorang warga singapura, dia nih kalo nengok rupa pun tak sangka dah umur lebih 50an.. sihat lagi.. badan fit.. stamina baik.. kalo jalan macam askar.. sampai selalunya aku pegang bahu dia supaya dia jalan perlahan sikit.. aku yang termengah-mengah..

maka aku pun mulai banyak berjalan.. yang menariknya, di sepanjang jalan aku bertemu dengan ramai orang yang tidak aku kenal.. kalau sebelumnya aku hanya berjalan tanpa mememperdulikan orang sekeliling.. kali ini aku cuba menikmatinya.. melihat aktiviti mereka dan meninjau sedikit ke dalam hidup mereka.. ternyata banyak perkara menarik yang berlaku di sekeliling aku..

setelah beberapa hari aku melalui jalan yang sama.. aku cuba pula tersenyum pada orang yang aku temui di sepanjang jalan.. hanya senyum.. dan kadangkala menganggukkan kepala.. tanda bersapa.. walaupun ada yang tiadk membalas, tetap saja aku senyum..

selang beberapa hari, tanpa aku sedari aku sudah mulai menyapa.. angkat tangan.. menegur bapak-bapak dan ibu-ibu.. memegang kepala anak-anak kecil yang bermain.. dan aku juga menyedari bahawa kehidupan di sekelilingku penuh dengan senyuman..

aku teringat satu tabiat seorang temanku, berketurunan korea, ketika aku di tashkent.. dia akan bersalam dengan siapa saja yang dia temui di sepanjang jalan.. jika dia menegur dan orang itu membalas pasti dia akan singgah dan bersalaman.. hanya bersalaman dan kemudian meneruskan perjalanannya.. aku pernah bertanya siapa yang dia salam dan kebanyakan jawapannya ialah seseorang yang dia biasa lihat di pejabat atau di tempat lain.. malah ada yang dia tidak tahu namanya.. dia tetap saja senyum, menegur dan bersalam..

aku teringat nyonya yang menjadi jiran sebelah rumahku.. sejak awal aku pindah mmg ada beberapa perkara yang tak sedap almaklum saling belajar memahami budaya masing2.. yang biasanya uncle yang menegur aku setiap kali aku keluar dari kereta.. nyonya tuh hanya bersembang dengan isteri aku tapi tak pernah nak tengok muka aku pun.. bulan lepas nyonya tuh tegur aku suatu pagi, dengan suara ceria, "selamat pagi!".. hanya itu saja.. dan setelah itu aku pun mulai menegur dia..

juga seorang jiranku ketika aku masih menyewa rumah.. suami isteri bila balik kerja langsung masuk rumah.. kadang2 aku suami isteri menengok2 dan menunggu timing utk bertegur tapi tak pernah dapat.. satu hari ibu dia datang dari kampung, dan mereka tiada di rumah.. isteri aku jemput makcik tuh masuk dan layan dia sebagai tetamu sementara menunggu jiran aku balik kerja.. setelah itu kami jadi rapat, hingga anak dia pun sering menginap di rumahku..

kadangkala kita bina tembok dalam diri berdasarkan kepada 'first impression', walhal seringkali yang diperlukan hanyalah satu langkah yang sederhana.. lihat saja jika ada orang baru di tempat kerja, yang akan kita buat ialah menunggu dia mendatangi kita.. padahal mungkin saja dia bukan sombong tapi dia juga takut dan malu, dia juga merasa sama seperti apa yg kita rasa.. yang hanya diperlukan ialah salah seorang memulainya..

yang selalu berlaku ialah sama-sama saling menunggu.. sambil menunggu perasaan mula membuku.. maka berlaku apa yang tak sepatutnya berlaku.. kata orang tua-tua, tak kenal maka tak cinta.. yang jauh didekatkan, yang dekat dirapatkan.. yang rapat dieratkan..

Read On 2 ulasan

sudah merdekakah kita?



ada satu emel aku dapat bertajuk sangat provokatif.. membaca tajuknya saja dah boleh buat manusia berpuasa hilang pedoman.. moga2 tidak.. amin.. aku jumpa blog yg berkenaan..

APABILA MELAYU DIGELAR BABIPUTRA…

emm.. sementara aku ngabuburit (bahasa sunda yg bermaksud 'menghabiskan masa menunggu waktu berbuka') depan pc nih.. meh kita lihat dari perspektif yg sedikit berbeza dari yg selalu aku nukilkan..

sejarah hutang budi

yg kita dok citer psal bumiputera bla bla dan cina india mendatanglah dari negeri lain nih, maka itu terlitup dalam fasa pra-merdeka.. maka benarlah generasi yg itu yg patut berterimakasih pada datuk nenek org melayu yg kepada mereka memberi hak akannya menjadi warga tanah ini.. akan mereka itu memanglah lahir di tanah cina dan india, maka setelah itu beremigrasi mencari rezeki di tanah orang supaya keluarga senang di tanah seberang..

namun realitinya, dalam era pasca merdeka ini, maka akan cina dan india ini lahir jualah di tanah ini dan tiadalah mereka tahu akan bagaimana hidup di tanah tumpah datuk nenek mereka.. akan hubungan di tanah jauh itu terputuslah setelah generasi mereka.. dan tanah inilah jualah tanah tumpah darah mereka, yg dianggap tanah asal mereka dan tiadalah mereka tahu yang lain.. namun sepanjang hidup mereka tetap jua dianggap pendatang.. ini pokok asal mula permasalahannya..

warganegara merdeka

yg kita dok citer psal melayu, cina, india tuh semua dalam acuan pra-merdeka.. isu millineum yg ini berbeza situasi.. bagaimana org yg lahir di sebuah kampung, tidak punya saudara lagi di tempat lain, terpaksa menghadap hidup dianggap sebagai bukan org kampung tersebut hanya kerna kulitnya lebih gelap atau matanya lebih sepet.. dan ditidakkan segala peluang walaupun dia lebih berkemampuan dari org2 kampung yg lain. yg dlm dokumen sejarah itu, cina dan india yg memang punya saudara mara di cina dan india..

tapi cina dan india yg dok depan mata kita skrg nih takder hubungan di negara cina dan india.. sepertimananya sebahagian besar dari kita yg keturunan berjejer dari indo, thai, arab, dsb. yg tiada hubungan sama sekali dengan tanah asal leluhur kita.. yg kita tahu inilah saja tanah kita, begitulah juga mereka.. adakah kita dilahirkan dgn dosa sepanjang hidup kerna warna kulit dan bangsa berbeza?

lalu apakah yg kita ribut-taufankan? tak jelas kan?

wujud melayu?

maka dengarkanlah.. arakian asal tanah bertuah ini kosong, yang datang kepadanya berbondong2 segala kaum, puak dan kelibat dari segala macam arah dan punca.. akan datangnya mereka kerna bencinya pada persengketaan dan mencari akan kesemua mereka kepada perdamaian.. diam mereka di tanah ini dan bernamakan mereka melayu.. maka segala yang datang pun masuk melayu dan mengaku melayulah jua.. diperkukuh pasak dlm darah dan dagingnya kepada agamanya Islam.. maka sempurnalah kejadian bangsanya yg berasal dari berbagai rumpun..

yang menjadi kepada masalah ialah bukan kerna perkataan melayu atau bumiputra, tapi kepada tiang seri dalam graha melayu, agamanya.. persoalan yg ada skrg diterkelirukan atas nama bangsa kerna merdeka tanah ini atas paksi nasionalisme.. wabak nasionalisme ini memecahkan jemaah.. antara negara dipecahkan oleh nasionalisme berasas kenegaraan, dalam negara dikusutkan pula oleh nasionalisme berasas bangsa, tak cukup dgn itu kita serabutkan lagi dgn nasionalisme berasas politik.. maka bergumbiralah musuh2 kita melihat kekalutan yg tercipta dalam jemaah yang menunggu ini..

'perang' belum berakhir?

sedang kita berpecah mencari kehebatan diri kita masing2 dalam puak kita, para kafirun membuat berbagai kesatuan dan kerjasama untuk mengukuhkan kedudukan dan kekuasaan mereka.. kita fikir perang salib sudah lama berakhir ratusan tahun dulu.. kita lupa bahawa mereka tidak akan berhenti selagi kita tidak mengikuti mereka..


lupakah kita tatkala terdirinya daulah yang pertama, maka berkirimlah akan Rasulullah saw kepada kesekian raja dan penguasa di setiap benua mendakwah akan kebenaran yang dibawanya.. maka diperkuat pula akan setiap jemaah setiap kariah akan penegasan dan amalan.. menetap feqah mengenap tauhid mencipta suatu bangsa besar yang dimuliakan dunia dan akhirat.. ini pengisian kemerdekaan..

akan kepada setiap kepala negara itu maka diberi akan mereka itu pilihan.. akan memilih Islam itu antara kembali kepada Islam atau tunduk kepada kebenaran.. jika mereka memilih keangkuhan utk berada dalam kegelapan, maka diperangilah sekalian mereka itu.. bukan kerna benci tapi kerna kasih sesama manusia.. kerna tanggungjawab menyebar cahaya menyinar kegelapan manusia..

pengisian kemerdekaan

maka begitulah seharusnya.. kita tersalah isu.. yg kita laungkan diblkg label bumiputera itu bukan sekadar status bangsa berkulit sawo matang ini.. bukan nasionalisme basi.. yang kita perjuangkan ialah kelompok muslimin dari timur, yang kita bela ialah pendokong cahaya kebenaran yang bernama Islam, yang kita mahu perkasakan ialah keagungan kalam Allah swt dan warisan sunnah Rasullullah saw.. ini jemaah yang mahu kita perkukuhkan..

disebalik setiap ungkapan melayu itu menyirat akan Islam.. di zaman keliru ini, kita harus menetap keyakinan dan berhati2 dalam percaya.. manipulasi kata melayu dan kata Islam bukanlah perkara baru.. kita harus menyedari propaganda ini dan menyisih diri dari diperdaya perasaan dan emosi..

maka apabila kita mempertahankan melayu bukan bangsa yang kita tunjuk.. hanya melayu sahaja merupakan sebuah kelompok yg dianggap bangsa yang dipasangkan dengan agamanya secara undang-undang negara.. tidak ada satu bangsa lain yang punya ini, kerna melayu itu bukan sekadar bangsa.. dan berhati2lah dengan dakyah membangsakan melayu semata2.. sebagaimana dakyah merendahkan Islam itu sekadar agama yang sama dgn agama2 lain..

fokus dan sedar bila ada yg mahu menyesatkan.. bila wujud melayu-kristian, itu sesat dan harus diperangi.. jika mahu murtad maka tidak berbangsalah dia.. pilihlah akan dia kelompok lain sepertimana puak khawarij tidak dianggap ansar.. bila ada tekanan mahu menyamakan kecemerlangan cahaya Islam dgn kegelapan murtad, maka bertegaslah menolak pembohongan itu..

ini pengisian kemerdekaan.. setelah kita membebaskan wilayah maka perteguhkan iman, perkukuh jemaah dan sebarkanlah cahaya Islam.. itu jalan yang telah ditunjukkan..

mohon fahami ini.. dan jangan hilang fokus..

Read On 0 ulasan

Derma Organ : fatwa dan pendapat


Majlis Fatwa Kebangsaan:
Sejarah awal mengharuskan derma organ dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Perlis pada 6 November 1965, berkenaan tentang pendermaan kornea. Pada 23 Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan menggariskan 4 syarat yg mesti diambilkira dlm menfatwakan hukum menderma organ sebagai ‘harus’;

pemindahan organ dibenarkan jika ia merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawa seseorang yg mengalami kegagalan organ

penderma organ mesti disahkan telah mati

mendapat kebenaran dari keluarga penderma

tidak melibatkan urusan jual/beli. dalam kata lain, organ tubuh bukan barang dagangan tetapi mesti dianggap sebagai derma.


Sheikh al-Azhar:
“Adalah diharuskan untuk memindahkan organ orang yang mati kepada mereka yang masih hidup dengan syarat simati ketika hidupnya sudah pun meninggalkan wasiat mengizinkan organnya didermakan,” kata Sheikh al-Azhar, Mohammed Said Tantawi.

Kenyataan beliau dipetik agensi berita Mesir (Mena) ketika Mohammed berucap pada persidangan mengenai pemindahan organ.

Sheikh Tantawi berkata dalam keadaan tiada wasiat, doktor perlu menggunakan pertimbangan beliau untuk memutuskan apakah langkah terbaik yang perlu dilakukan.


Mufti Mesir:
Mufti Mesir, Ali Gomaa berkata, Islam menggesa umatnya melindungi nyawa dan kesihatan manusia dan sejajar dengan itu, agama ini membenarkan pelbagai kaedah rawatan bagi mengubati pesakit.

“Ini termasuk memindahkan organ menurut peraturan yang ditetapkan oleh agama dan kajian saintifik tetapi dalam masa sama tidak menjejaskan hak orang lain,” katanya.


Fatwa Negeri Johor:
Keputusan Lujnah Fatwa:

1)Pemindahan/pendermaan organ adalah haram dalam keadaan bukan darurat manakala hukumnya harus dalam keadaan darurat.

2)Orang yang mati otak adalah dihukumkan mati.

Walaubagaimanapun sebelum dibenarkan untuk melakukan pemindahan/pendermaan atau melakukan keatas orang yang mati otak, ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi untuk memelihara kesucian Islam:

i)Transplan organ ada 2 keadaan

a)Keadaan penderma masih hidup
- Menjalankan perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan

- Dengan redha penderma tanpa paksaan

- Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya

- Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga

- Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jualbeli, dagangan dan jual beli hanya akan mengundang perbuatan khianat yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tengah dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

- Kebenaran bertulis daripada penderma dan penderma dibolehkan menarik balik pada bila-bila masa.

- Organ yang diperlukan lebih dari satu

b)Keadaan penderma yang telah mati
- Menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara terperinci dan profesional tentang kebaikan dan keburukan pemindahan ini, kejayaan dan kegagalan pemindahan, ia memerlukan pemeriksaan rapi.

- Dengan redha penderma melalui wasiat ataupun waris-waris dan perakuan daripada kerajaan

- Sudah dipastikan pemindahan itu berjaya pada kebiasaannya atau dalam ertiakta lain pemindahan itu dijamin berjaya.

- Dilakukan pemindahan itu dengan penuh disiplin ilmu, iman dan taqwa, penghormatan yang sewajarnya kepada si mati mengikut hukum syarak serta tiada unsur-unsur penghinaan.

- Keadaan darurat yang mendesak bagi menyelamatkan nyawa orang yang didermakan kepadanya, terutama yang ada hubungan nasab dan keluarga.

- Organ yang dipindahkan bukan dijadikan dagangan dan jualbeli, dagangan dan jualbeli hanya akan mengundang perbuatan jenayah yang memberi mudarat kepada penerima, memberi keuntungan kepada orang tenh dan juga kesempatan kepada doktor-doktor yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan.

ii) mati otak

- menjalankan pemeriksaan perubatan dengan cara professional tentang berlakunya mati otak.

- Digalakkan mendapat persetujuan dari keluarga terdekat dari suami, anak, ibu, bapa.

- Perakuan tentang berlakunya mati otak hendaklah dilakukan oleh sekurang-kurangnya 3 orang doktor professional (doktor islam diutamakan)

- Sekiranya dengan kecanggihan rawatan perubatan (sains dan teknologi) boleh mengubat maka suasana ini gugur.


Jabatan Fiqh & Usul Fiqh, Universiti Al-Yarmouk, Jordan:
Bagi menjawab persaoaln berkaitan pemidahan organ, berikut disertakan ringkasan Fatwa Majlis Majma Fiqh terhdp isu derma dan pemindahan organ :

1. 1. Pemindahan organ

a) Memindahkan organ seseorg pesakit dari satu bahagian dari tubuhnya ke bahagian lain tubuhnya juga.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat :-
i. Kepastian manfaat yang bakal diperolehi adalah lebih tinggi dari mudarat yang mungkin menimpa hasil pemindahan.
ii. Pemindahan tersebut tidak menyebabkan mana2 anggota yang diambil, hilang upaya dari menjalankan fungsi asalnya.

b) Memindahkan organ seseorg pesakit pesakit lain.
Hukumnya : HARUS , dengan syarat :-
i. i. Ia terdiri dari anggota yang akan pulih dan boleh tumbuh semula seperti darah dan kulit.
ii. ii. Mestilah penderma mempunyai keahlian dari sudut umur dan aqal dalam membuat keputusan tersebut.

c) Memanfaatkan sebahagian angggota yang dipisahkan dari tubuh kerana keperluan akibat sakit tertentu, lalu didermakannya untuk orang lain. Seperti Kornea mata
Hukumnya : HARUS dengan syarat-syarat manfaat melebihi mudarat.

d) Memindahkan Organ yang boleh menyebabkan kematian penderma seperti Jantung
Hukumnya : HARAM

e) Memindahkan Organ yang boleh menghilangupayakan fungsi anggota tersebut dari tugas utamanya dalam keadaan tidak mengancam nyawa penderma. Seperti derma kornea mata kedua-duanya, kedua-dua tangannya.
Hukumnya : HARAM, kiranya didermankan hanya sebelah kornea, terdapat khilaf di kalangan fuqaha, yang lebih kuat adalah Haram kecuali kiranya tersgt diperlukan.

f) Memindahkan anggota mayat kepada seorg yang hidup yang hidupnya bergantung kepada anggota itu.
Hukumnya : HARUS, dengan syarat mendapat keizinan si mati (sebelum matinya) atau warisnya selepas matinya atau izin pemerintah kiranya si mati tidak diketahui warisnya.

g) Memindahkan organ binatang kepada manusia
Hukumnya : HARUS, dengan syarat haiwan yang halal di makan dagingnya.

h) Menjual Organ-organ yang ingin dipindahkan atau penderma mengambil bayaran yang ditetapkan hasil organnya
Hukumnya : HARAM, kecuali jika si penerima @ mana-mana pihak ketiga memberi hadiah secara sumbangan penghargaan tanpa ditetapkan sebelumnya.


3. Menyambung anggota yang putus akibat Hukum Hudud dan Qisas
Hukumnya :

a) HARAM dalam kes Hudud untuk menyambung anggota semula kerana bercanggah dengan maqsud pelaksanaan syariah. Kecuali dalam kes Tersilap (Khata’)

b) Dlm Kes Qisas : HARUS hanya dalam keadaan :-
i- i- Mangsa mengizinkan penyambungan dibuat selepas dilaksanakan qisas
ii- Apabila mangsa boleh disambung anggotanya yang terputus.

Statistik mengapa org melayu tidak menderma organ. Sumber: Kaji Selidik IKIM: Majalah “Kefahaman Islam” Jan 2006 Bil 61 Muka Surat 18



kita tak peduli sebab tak kena kat kita atau org2 yg kita sayang.. kalau anak kita perlukan penderma organ, dan kita tidak boleh menderma organ kita padanya.. maka masih bertanya2 lagikah kita?

stop being ignorant!


Read On 1 ulasan

gift of life


Pendapat joko kelono dibawah perbincangan "Pemindahan Organ Satu Dilema"

Fatwa jelas mengharuskan derma organ waima kepada bukan Islam...

Persoalannya, jika selama ini anggota tubuh kita yg dianugerahkan drpd Ilahi kita jaga drpd terkena benda yg haram, makan kita jaga tp skg ni kita diminta utk menderma organ kita utk membantu org lain yg mybe engkar dgn Allah utk meneruskan hidup..

Mybe org yg kita dermakan organ nie mkn x kira halal & haram dan adakah ia akan mnyusahkan kita di "sana" nanti...

setahu saya "Anugerah Allah itu Wajib kita Jaga menurut Kehendak Nya"

demografi bakal penderma dari tahun 1997 hingga 2006tubuh badan kita nih hanya pinjaman.. pinjaman ketika kita hidup.. bila ruh bercerai dengan jasad, bukanlah lagi jasad itu kepunyaan kita.. menjaga kesucian tubuh dari perkara haram dam maksiat adalah satu bentuk penjagaan ruh.. asal jasad kita dari tanah maka kembali jualah kepada tanah.. hanya ruh yg akan dihisab dan dipertanggungjawabkan kepada jasad yg digunakannya..

akan seperti sedekahlah, walau niat kita baik, belum tentu yg menerima akan menggunakannya ke jalan yg baik, dan itu bukanlah dibawah kekuasaan kita melainkan ketentuan takdir Allah swt.. begitulah halnya dengan mendermakan organ tubuh setelah kita mati, maka terpulanglah pada takdir Allah swt untuk menentukannya..

hanya moga2 organ tubuh yg kita pelihara dengan baik dari segala bentuk benda haram, membawa kebaikan kepada penerima.. jika kafir menerima maka moga2 kesucian organ tersebut memberi kebaikan padanya, seterusnya menjadi suatu sebab untuk Allah swt memberikan sinar Islam padanya.. insya-Allah..

melihat akan maksud 'korban' yg kita lakukan setiap kali aidiladha, maka adakah 'mengorbankan' organ yg sudah tidak kita perlukan untuk kesihatan dan kekuatan org lain, tidakkah ia merupakan 'korban' yg dimuliakan oleh Allah swt? terhapuskah kemungkinan dengan 'menyedekahkan' organ tubuh yg tidak kita perlukan, dapat membuat manusia lain beribadah dengan lebih baik kepada Allah swt, atau sekurang2nya menjadi sebab terbuka hatinya kepada keagungan Allah swt?

setiap perkara yg kita lakukan bergantung pada niat.. Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani.. benarkah Allah swt akan menghukum kita ke atas sesuatu yg tidak kita lakukan? sesungguhnya apabila kita mati maka yg tertinggal buat kita adalah ilmu yg kita ajarkan, anak yg soleh dan harta yg kita belanjakan.. bukan ilmu yg kita simpan, bukan anak yg derhaka dan bila kita wakafkan harta kita, maka wakaf itu disalahgunakan, adakah kita juga dipertanggungjawabkan?

kita lihat pula dari segi praktikalnya.. bilamana kita begitu meresahkan andainya organ yg kita jaga dari segala benda haram, dan digunapakai pula oleh org yang tidak menjaga halal-haram, terutama oleh org kafir.. maka kalo nanti tersentuh akan haram ke atas organ kita..

tapi adakah kita meresahkan perkara yg sama bilamana kita memerlukan organ org lain, adakah kita akan menyelidiki latar belakang penderma tersebut? atau kita akan dengan mudah mengambil ijtihad darurat? maka hiduplah kita nanti dengan jantung atau hati yg telah tertempel titik haram, maka itu tidaklah kita pandang lebih berat dari menjalani kesakitan yg panjag dan menerima kematian..

kita nih berpilih2 tentang suatu isu.. kita nih mementingkan diri sendiri.. kita nih tak peduli selagi sesuatu perkara tidak menimpa diri kita.. bukan sekadar derma organ malah derma darah sekalipun kita tidak ambil berat.. kita mengharap org lain untuk menderma dan bukan diri kita.. kita mencari2 mudah dan bijak menghadirkan alasan.. inikah ajaran Islam yg kita fahami?

dalam kesempatan ini, tidaklah aku memaksa untuk mendaftar diri untuk menderma organ.. cukup bagiku kalau ada antara kita mulai bertukar2 pandangan dengan keluarga dan saudara-mara kita tentang perkara ini.. memberi kefahaman dan memengertikan kepentingan dari hal ini.. memang hari ini bukan hari kita, tapi tidak mustahil esok lusa adalah hari org2 yg kita sayangi.. di waktu itu dimanakah posisi pendirian kita? fikir2kanlah..

wallahualam..

statistik 2007 pesakit yang menanti penderma organUntuk maklumat yang lebih terperinci boleh menghubungi Pusat Sumber Transplan Nasional (National Transplant Resource Centre), di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui nombor telefon berikut:

Pusat Sumber Transplan Nasional, Hosp. Kuala Lumpur
03-26942704/2705

Pusat Sumber Perdermaan Organ, Hosp. Ipoh
05-5222324/2533333 ext 2324

Pusat Sumber Transplan, Hosp. P. Pinang
04-2002436/2293333 ext 435

Pusat Sumber Tranplan, Hosp. Sultanah Aminah
07-2231666 ext 2751

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, sila layari,
http://www.infosihat.gov.my/Projek_khas_DermaOrgan.html
http://www.rayma.com.my/giftoflife/FAQ.html

Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008