tutup kes?

"Pastinya Dr Shaariibuu Setev tidak akan puas hati kerana beliau merasakan terdapat orang lain lagi yang turut terbabit tetapi terlepas daripada hukuman."

Karpal Singh, peguam pemerhati bagi pihak keluarga Altantuya, berkata setelah Mahkamah Tinggi Shah Alammenjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaaribu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.



Read On 0 ulasan

dua bukit runtuh, satu batang naik..






"Dan mereka membawa balik (Tun) Dr Mahathir... itulah masalahnya"

Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengulas kegagalan Umno merampas kerusi parlimen Bukit Gantang dalam pilihanraya kecil sebagai satu referendum rakyat menolak kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Read On 0 ulasan

tun tidak mudah lupa..


"Tidak ada orang yang saya angkat, angkat sehingga dia sampai ke langit, tinggal sikit lagi sahaja, tapi tidak tahan, tidak boleh tunggu, nak juga bagi saya jatuh cepat-cepat"

Tun Dr Mahathir Mohamad membidas bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membantu jentera Barisan Nasional berkempen di kawasan parlimen Bukit Gantang pada hari akhir kempen pilihanraya kecil.
Read On 0 ulasan

lepas betis, nak peha ke dada?



"Hari ini kita dengar perdana menteri akan datang. Kita minta beliau bebaskan tiga lagi pemimpin India. Kalau bebas kita semua orang India akan sokong BN."

Dakwa A Latha, sepupu kepada K Vasanthakumar (salah seorang daripada lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA), kepada pemberita setelah dua hari berturut-turut berkumpul bersama ahli keluarga dan penyokong pemimpin Hindraf teresbut, di depan Kem Tahanan Kamunting bagi menyaksikan pembebasan dua pemimpin organisasi itu, V.Ganabathirau dan R.Kenghandharan. Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan pembebasan 13 tahanan ISA dalam ucapan pertama beliau sebagai perdana menteri.
Read On 0 ulasan

berhenti bukan bersara..


Terserah kepada Tuanku

Kenyataan ringkas Datuk Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri Malaysia, selepas menyerahkan surat perletakan jawatan kepada Tuanku Mizan di Istana Negara.

Terima kasih

Kata Datuk Seri Najib Tun Razak kepada pemberita yang memenuhi pekarangan luar Istana Negara, selepas mengadap Tuanku Mizan selepas Pak Lah menyerahkan surat perletakan jawatan.
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008