the people vs the government?


Topik: Rakyat ada hak untuk berperang ngan kerajaan?
Telah Dihantar oleh Hazairi: Mon Jul 28, 2008 10:17 pm

Hazairi wrote:
Kita dah lihat banyak kemungkaran berlaku di depan mata kita. Isu AP, isu perlantikan hakim, isu Altantuya, isu fitnah Anwar, rasuah dan macam-macam lagi!!

Kerajaan dah control kita gila-gila sampaikan polis jadi cam a-n-j-e-n-g suruhan. Bila kita buat demonstrasi depa marah? Inikah namanya demokrasi kalau kerajaan control semua demi kepentingan kerajaan itu sendiri?

Kalau kerajaan sudah mencapai tahap melampaui patutkah rasanya rakyat isytihar perang dengan kerajaan?!!


Miss Vogue wrote:
Dah namanye Melayu, sentiasa LAYUlaaa...... akak dah kata ni, lagipun kaum Melayu sendiri kalau dalam sejarah memang terkenal sebagai kaum pendengki sesama sendiri, kalau dilihat kaum lain dopk bantu2 menegakkan kebajikan sesama mereka, kaum Melayu pulak tak leh nak tengok ahli dalam kaum sendiri lebih sikit dari yang lain, in fact kaum Melayu sendiri penuh dengan muslihat dan kekejian, tengok jelaaa kerajaan yang diketuai ( bendera keris ) sekarang, penuh dengan kerakusan, kekejian, dan kejahatan.... sorry to say, thats is the fact yang perlu di terima...


azlalchedin wrote:
patut la u malu guna melayu??


Hazairi wrote:
Ini bukan soal bangsa Melayu atau rakyat Malaysia.
Ini soal menentang kemungkaran yang berlaku di depan mata kita sendiri.


Giggs wrote:
" Lu olang mau pelang, lu pelang la..lagi bagus...wa manyak suka maa... hahahaha... bolooo punya olang.." kata Ah Seng..


usoPkuChai wrote:
hazairi..
takleh perang dgn kerajaan sebab akan didakwa memerangi raja-raja melayu.. kena ingat kerajaan tuh ada 'approval' dari majlis raja2.. kecuali agong isytihar darurat dan bubar kerajaan..

sebab tuh kalo nak 'perang' waktu election.. kalo lain parti, 'perang' masa pilihanraya umum.. kalo dlm parti, 'perang' masa pemilihan pucuk pimpinan..

giggs,
aku doubt ah seng tuh suka kalo jadi perang betul2.. sebab 'diorg' rugi lebih banyak kalo berlaku perang berbanding melayu yg mmg dah rugi sejak 500 tahun dulu.. bukan sekadar 50 tahun dulu..

cuma secara perasaan, mmg melayu lebih 'takut' perang.. sebab takut mati.. walaupun mati syahid..

Hazairi wrote:
Memang betul, tapi takkan kita nak tunggu kemungkaran berlaku didepan mata? Kita dah nampak sah-sah benda2 ni berlaku. Kita nampak sah-sah rasuah berleluasa. Kita nampak sah-sah kerajaan cuba nak setup pengiraan undi. Kita nampak sah-sah kerajaan bunuh Altantuya. Kita nampak sah-sah kerajaan cuba 'fabricate' bukti-bukti untuk memfitnah Anwar. Kita nampak sah-sah kerajaan ugut ramai rakyat. Kita nampak sah-sah polis jadi a-n-j-e-n-g suruhan kerajaan.

Nak tunggu lagi satu penggal, habislah sumber-sumber negara ini rakus ditelan pemimpin2 atas tuh. Dah berbillion duit kita semua habis kerana rasuah. Takkan kita cuma nak tengok kemungkaran berlaku didepan mata?


usoPkuChai wrote:
aku dah penah sebut dah psal nih dulu.. tapi aku sebut lagi laa sikit2.. yg ko sebut tuh pun namanya provokasi.. sebab semuanya assumption mengikut pandangan ko sendiri.. walaupun ko pakai perkataan 'kita'..

bila kita mengaku warganegara bermakna kita terikat dgn perlembagaan negara.. walaupun ko tak suka tapi hanya ada cara tertentu yg boleh ko buat.. sebab kalo semua buat cam ko buat.. kita akan create 'anarchy'.. melihat kesan revolusi Iran dan reformasi Indonesia.. gerakan revolusi memerlukan sekurang2nya 10 tahun utk recover.. adakah melayu sedia utk ini? i dun think so.. at least not this generation..

sebab tuh gerakan yg macam ko sebut tuh dibuat oleh kumpulan2 kecil.. dan bila ko isytihar perang, maka mangsa bukan hanya yg bersalah tapi juga yg tak bersalah.. siapa yg sanggup dilabel terroris? dan siapa pula yg sanggup natijah 'pengorbanan'nya ditanggung oleh anak cucunya?

but i do agree one point with you.. kita perlu lakukan sesuatu.. bagaimana itu bergantung cara masing2.. bukan setiap org kena dakwah keras..

berikut pendapat aku yg berkaitan dgn isu nih..
in the mind of the maddness


Hazairi wrote:
Terima kasih semua kerna telah berikan pendapat yang bernas.

Apa yang saya maksudkan dengan perang adalah secara tersirat. Tidak semestinya dengan perkataan perang, kita pergi ke Putrajaya, menakluk pusat-pusat pentadbiran ataupun gi serang balai polis (secara fizikal).

Dr. M pernah dan sentiasa menyuruh ahli-ahli ( bendera keris ) letak jawatan kerna beliau telah merasakan bahawa Pak Lah salah gunakan kuasa. Beliau juga menyuruh rakyat supaya jgn sokong ( bendera keris ) selagi Pak Lah menjadi presiden.

Dan bagi kita sebagai rakyat biasa, kita harus bertindak. Bertindak dengan bersatu bersama-sama agen-agen yang nak menentang kemungkaran ini contohnya Pakatan Rakyat, Dr. M, Raja Petra dan sebagainya.

Dengan hujah-hujah dan fakta yang kita ada, kita boleh 'educated' orang-orang yang masih buta dan tidak menahu perkara sebenar.

Demonstrasi secara aman juga tidak salah kerana ini adalah satu cara kerajaan nak dengar suara rakyat yang sebenar.


asimin06 wrote:
aku setuju duduk bersama dgn ( bendera bulan ), PR, Raja Petra, DSAI utk menentang kemungkaran ( bendera keris ) / BN tetapi kalau berserta Dr.M aku minta maaf tak mau join.


usoPkuChai wrote:
kalo perang tersirat, ramai org dok buat.. apa yg nak dikecohkan.. cuma cara masing2 ikut kaedah paham masing2..

macam yg ko namakan agen menentang kemungkaran tuh.. beberapa nama yg ko angkat tuh tak semestinya dilihat oleh org lain sebagai penentang kemungkaran.. malah yg dok ada dlm pakatan rakyat tuh pun byk yg aku nampak lebih kurang saling tak tumpah yg dok dlm barisan kebangsaan..

sama juga dengan apa yg ko anggap hujah dan fakta, mungkin saja bukan hujah dan fakta pada org lain.. tapi itu tidak membolehkan kita labelkan org lain tidak menentang kemungkaran.. mungkin saja kita yg tak paham cara dan kaedah dia tidak bermakna matlamat kita berlainan..

sekali lagi aku nak tekankan disini ialah apapun cara dan kaedah jangan sampai kita menganggap org lain lebih bodoh dan kita lebih tau 'kebenaran', walhal kebenaran yg kita anggap benar itu belum tentu kebenaran yg hakiki.. jaga silaturrahim..


Hazairi wrote:
Memanglah mana ada manusia yang sempurna. Tapi sekarang ni yang kita hendak menentang adalah isu-isu yg kita dah nampak dengan mata kita sendiri.

Cth: Tahun sudah, isu beli screwdriver ngan harga rm200 seunit..
Isu AP Rafidah Aziz yg masih tak pernah selesai.
Isu perlantikan kehakiman dicabuli. Siap ada video lagi kantoi..
Isu penarikan balik penggunaan dakwat bla bla masa pilihanraya..
Isu minyak tiba2 naik 70sen without real explanation..
Isu Anwar kena fitnah
Isu Najib ngan Altantuya..
dan banyak lagi la.. tak larat nak taip..
Semua isu tu mai drp BN.

Dan semua kemungkaran tu depa (BN) takdak langsung hujah utk depa 'backup' diri depa. Sebab apa? Sebab mmg benda2 tu betoi..

Kalo dah sampai hakim depa control, polis depa control.. demokrasi apa ni?


usoPkuChai wrote:
itulah namanya demokrasi berparlimen, raja berpelembagaan..
nak menentang sistem?


Hazairi wrote:
Kalo camtu, cuba hg bg skit cadangan...

Camna nak menentang kemungkaran kalo sebelum hang nak naik, depa dah fitnah hang, depa dah suruh polis jaga hang, depa dah suruh hakim buat keputusan agar hg kena sumbat dalam penjara?

Pehtu hang pon nak duduk senyap dengan jawapan ' Nak buat camna, inilah system negara kita.. demokrasi berparlimen, raja berpelembagaan'

Abih tu, apa jalan penyelesaian?


usoPkuChai wrote:
YB mahfuz quote ayat sorg prof,
"jika kita lupakan sejarah, sejarah akan mendera kita".

cuba lihat semula sejarah awal mula perjuangan kemerdekaan tanah melayu.. bagaimana cara penggerak kemerdekaan mengubah minda masyarakat yg terjajah? bagaimana perjuangan dan pengorbanan mereka? ramai dari kita sekarang merasa akan keperluan untuk membuat sesuatu yg besar dalam mendapatkan perubahan besar dan segera.. cukup bersediakah org yg nak kita pimpin?

YB mahfuz juga mengakui,
"sejarah tidak pernah berulang, sebaliknya yang berulang ialah kesilapan manusia."

umpamakan skrg nih kita mengalami obesiti dan berusaha untuk jadi lebih sihat..
pilihan kita:
(1) makan ubat utk pecahkan lemak atau perangkap lemak yg masuk badan kita..
(2) kita diet tak makan nasi atau kita makan sayur saja..
(3) kita buat exercise macam nak rak secara intensif..
(4) gie buat liposuction atau pembedahan buang lemak..
(5) betulkan gaya hidup kita terutama tentang pemakanan dan aktiviti..

obviously, semua org akan kata pilih cara (5).. tapi berapa ramai yg disiplin ikut.. kebykan kita tak sabar dalam mencapai tujuan.. itu yg buat kita selalu ambil ringan atas apa yg kita buat kerana kita berasa kita berada di landasan sebenar.. sebab tuh lebih ramai org melayu akan guna cara (1) dan (2) utk kuruskan badan..

and the best part is.. org melayu kuruskan badan bukan utk jadi lebih sihat tapi utk kelihatan lebih lawa.. bab sihat yg dia sebut tuh cuma dijadikan langsir jarang utk pertahankan ego utk bersifat rendah diri..


joedett wrote:
Apakata kita berperang dgn kemungkaran pada peringkat yg paling kecil dan paling dekat dgn kita dulu? Kita mulakan dgn diri kita. Perang dgn nafsu dulu,lepas tu kita perangi gejala sosial dalam masyarakat, mulakan dgn keluarga, kawasan kejiranan dan perkara2 mungkar yg berlaku depan mata dulu. Kalau kita sanggup tegur anak2 jiran yg berpeleseran laki perempuan di depan mata misalnya,itu dah cukup bagus dah.

Negara kita tak betul, sebab pemimpin kita tak betul, sebab masyarakat kita tak betul, anak2 muda kita tak betul, keluarga kita tak betul atau diri sendiri kita pun tak betul. Jadi kita cuba betulkan pada skala yg paling kecil dulu, di tahap yg dlm kawalan kita dulu sbl kita nak melancarkan 'perang' dgn kerajaan yg tak betul yg berada di luar kawalan dan kemampuan kita. Yg ini kita kena tunggu PRU13 lah kot.

Pada aku 'perlakuan' kelompok terkecil (individu, keluarga, masyarakat sekeliling) membentuk 'perlakuan' kelompok terbesar iaitu negara. Maksudnya tidak mungkin gabungan kelompok terkecil yg baik boleh membentuk kelompok terbesar yg buruk. Gambaran corak pemerintahan yg buruk adalah hasil drp nilai2 berkehidupan yg buruk(majoriti)dlm masyarakat. Boleh juga kita namakan sbg hukum sebab dan akibat.


Hazairi wrote:
Hg tak jwb lagi soalan aku.

Aku nak bagi situasi, kalo hg kena fitnah, polis fabricate bukti untuk salahkan hang, pehtu bila masuk court, hakim plak dah pakat utk jatuhkan hukuman kat hang, apa yg hang leh buat?

OK betoi, mungkin hg akan kata kita berdoa jerla pada Allah. Tuhan Maha Adil.

So, hg tak kisah la benda ni jadi kat org lain gak? Biaq jerla apa jadi sebab kita takleh wat pa?

"Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah nasib mereka sendiri"

Lani persolannya, apa hg akan buat kalau hg ada di senario seperti atas?


usoPkuChai wrote:
bukankah abuya anwar pernah sebut..
"kalau takut dengan risiko, jgn bicara tentang perjuangan"..

aku tak kata doa saja.. usaha kena ada.. cuma jgn sampai usaha yg kita dok buat kononnya utk menyatakan kebenaran itu berlaku dilandasan yg tidak benar.. kalo kita lihat perjuangan dulu2 pun semua memerlukan perngorbanan.. malah pejuang2 dulu pun semua masuk penjara tanpa bicara pun.. kalo sudah bersedia utk berjuang maka bersedia jugalah utk berkorban dan terkorban.. perjuangan nih utk apa dan utk siapa?

aku dah malas nak ulas bab abuya anwar nih sebenarnya.. aku jawab kat atas tuh pun tak sentuh abuya anwar.. aku tulis secara umum.. tapi nampaknya ko insist nak berkisah ttg abuya anwar.. supaya tak serabut aku gunalah contoh abuya anwar, sebab mmg ini pun yg ko maksudkan dari awal..

maka beginilah seterusnya..

mmg kita boleh kata takkan nak biar saja.. camna kalo jadi kat kita? sebab tuh kita kena tolong lawan utk abuya anwar supaya tak jadi pada org lain.. itu mmg perspektif khas pengikut abuya anwar..

cuba lihat dari perspektif kalo semua org yg didakwa polis buat macam abuya anwar buat.. semua kes yg dok ada kat mahkamah sekarang org kata polis fabricate evidence.. apa jadi kalo semua yg disyaki menggunakan dadah tanak bagi air kencing utk ujian dadah? sebab tak percaya pada polis dan beranggapan polis fabricate evidence..

kalo ko kata kes abuya anwar nih mmg sah abuya anwar nih tak salah.. tak perlu naik turun mahkamah.. mmg dah sah tak salah.. beribu org lain pun akan boleh buat kenyataan yg sama.. adakah kerna dia seorg abuya anwar maka dia leh buat macam tuh, tapi org macam aku takleh buat macam tuh bila didakwa? adakah jika aku dilokap maka aku akan dilayan sebaik layanan polis pada abuya anwar?

kalau kita secara rambang menggampangkan sistem yg kita ada sekarang, bagaimana ko kata kita nak buat perang secara tersirat? kalo kita nak runtuhkan serta merta sistem yg ada skrg bermakna kita perlukan revolusi.. hanya dgn revolusi kita boleh tukar sistem yg kita kata korup nih terus minggu depan pakai sistem baru yg belum tau kurapnya lagi.. kalo betul kita buat revolusi.. bukan evolusi dan bukan reformasi.. kita perlukan revolusi.. tapi ko nak perang tersirat jugak..

maka sebelum itu semua berlaku, sorry to say that in my opinion abuya anwar still have to go through the so-called monkey court.. kalo dulu dia tak salah, dia bebas dah.. makna kalo skrg dia tak salah, tetap juga dia akan bebas..

kalau benar abuya anwar itu org yg dianiaya, maka doalah mintak pada Tuhan, bukankah doa org yg teraniaya itu makbul.. tak percaya pada janji Tuhan ker? doa tuh bukan usaha ker? kalo dah doa tetap juga kena masuk penjara, maknanya ada hikmah yg tersembunyi.. maka canailah hikmah..

adakah kerna masuk penjara perjuangan terhenti? tidakkah kita pernah melihat bagaimana ada negara dan bangsa dimerdekakan sedangkan pemimpin perjuangan mereka masih berada dlm penjara.. terhalangkah jiwa di celah jeriji besi penjara?

yg lebih menjadi kerisauan aku adalah natijah perkara ini dlm pembentukan budaya baru melayu.. jgn sampai konon kata nak pertahan kebenaran dan menghalang kemungkaran, kita berbuat, bercakap dan berkelakuan macam perangai org fasik.. kena jaga laa adab kita sebagai muslim.. takkan sebab perang dgn fasik, kita pun kena jadi fasik.. need a thief to catch a thief? *sigh*


Hazairi wrote:
Aku respect pendapat hg. Memang sgt bernas...

OK, mari kita kaji..

1. Saiful tuduh Anwar liwat dia dan dia buat report kat Najib.
2. Najib pada mulanya tak ngaku dia kenal mamat tu, lepas tu tukar plak statement, cakap yang mamat tu penah datang rumah dia utk berbicara ttg soal liwat tu.
3. Persoalannya, napa jumpa Najib? Tak gi jumpa polis atau pakar psikologi (Najib ada ckp yg mamat tu trauma).
4. Bila pemberita tanya ttg benda tu, Najib jawab sbb mamat tu kenal pembantu Najib. Siap leh datang rumah lagi.

Dari sini hampa semua takkan takleh syak apa2?

5. Polis mai tangkap Anwar utk buat laporan polis dengan siap topeng2 maa... Apa tujuan? Walhal memang Anwar akan ke pejabat polis dengan rela hati pada tgh hari itu.
6. Anwar mintak laporan polis ttg dakwaan mamat tu, tapi polis taknak tunjuk?
7. Awat yg gomen raplah sgt nakkan DNA Anwar sedangkan depa dah ada DNA dia 10 years ago?
8. Baru2 ni Raja Petra dah dapat report from doktor yang check bontot mamat tu bahawa memang takdak kesan kena toron pun.

Okie, lani berdasarkan fakta2 kat atas tu, takkan hg tak syak something fishy is going on?

Itu baru satu ja kemungkaran yg kita nampak di depan mana kita. Kes Anwar ni cuma salah satu jer beb. Belum lagi kes-kes lain lagi.


usoPkuChai wrote:
aku sebenarnya dah angkat tangan dgn saga abuya anwar nih.. aku dah sebut cukup banyak dah pasal abuya anwar dlm kmc nih dan aku dah compile pendapat aku dlm blog aku..
hikayat liwat: the sequel

yg menjadi kerisauan aku bukanlah survival abuya anwar tapi natijah semua ini pada pengikut2nya.. too much politicking doesn't bring us anywhere.. kita ada banyak kerja lain nak buat selain memfokuskan diri pada satu saga yg semain menyesakkan dan memualkan..

nak ubah satu kaum takleh buat satu malam.. 'rakyat' pun ambil masa satu penggal parlimen sebelum betul2 muak dgn kepimpinan yg ada.. perlu diingat bahawa kemenangan pakatan rakyat bukanlah semata undi sokongan sebaliknya natijah dari undi menolak barisan nasional.. ini hakikat pru12..

yg menang dlm pru12 adalah rakyat.. bukan pakatan rakyat.. pakatan rakyat hanya diberi peluang.. the people has spoken.. skrg adalah masa utk tunjukkan kemampuan mentadbir bukan menyeret rakyat dalam satu polemik soap opera nasional utk membuktikan kebobrokan kepimpinan yg ada.. the people already know it.. kerna itu mereka berpindah undi.. the question now is what next?

if abuya anwar want so much to be a pm.. so be it.. just do it.. why giving ( bendera keris ) more time to create their own strategy? ( bendera keris ) got liwat sequel and ( bendera biru merah ) got altantuya epic.. abuya anwar mmg kompem boleh menang.. sebab dia boleh pilih sarang kuat ( bendera biru merah ) utk buat pilihanraya.. adil? nobody care.. aku dah sebut, dia boleh jadi pm dlm masa sebulan, but yet he pick 16/9.. lucky number?

toksah sembang psal kemungkaran.. ini dah jadi labeling politik.. nak sebut mungkar berlambak2 lagi kemungkaran depan biji mata kita.. tapi kenapa pilih satu kemungkaran utk dipolemikkan? kalo nak kira, yb mahfuz sendiri pun mungkar sebab berbohong psal perjumpaan dgn ( bendera keris ).. secara mudah org akan anggap kalo sekali dia leh bohong maka tak mustahil dia boleh bohong psal banyak perkara lain.. berbeza dgn chua soi lek.. dia mengaku jadi pelakon porno.. walaupun mungkar tapi dia tak bohong.. sebab tuh awal tahun dia letak jawatan, tengah tahun org lantik dia semula jadi ketua bahagian..

pemuda ( bendera bulan ) selangor pun 'perang' tanpa panglima psal konsert piala sultan selangor tapi ( bendera biru merah ) boleh lepas tangan psal konsert perhimpunan protes.. dap boleh kutuk ketuanan melayu dan negara Islam, tapi yg aku nampak ( bendera bulan ) dan ( bendera biru merah ) cuba melunakkannya..

'rakyat' tau ini semua politik.. hanya sebuah drama tengah malam dan bukan drama bersiri.. 'rakyat' nakkan sesuatu berlaku.. bukan cakap2 nak berlaku sesuatu.. jgn biarkan rakyat terus menerus dlm angan2.. we have to move on.. i have enuff of abuya anwar's polemic..

yg aku cuba sebut kat sini ialah tentang kita.. kemana arah tuju kita? aku lebih suka bincang bagaimana ( bendera bulan ) nak ubah program tv berbanding citer jubur dan air mani.. pakatan rakyat kena belajar bersikap seperti kerajaan memerintah bukan sebagai pembangkang.. don't get distract, keep focus..


Hazairi wrote:
Yeah, aku dah baca artikel hg tulis tu. Mmg aku akui ada kebenaran dalam semua tu.
Skang ni, seperti yg aku habaq, Anwar nya kes tu cuma salah satu kemungkaran. I repeat 'salah satu'.

Lani tak nampak kaa apa jadi kat negara kita? Minyak tiba2 naik mendadak tanpa explanation yg bernas? Inflasi naik mendadak dan mcm2 lagi.

Apa guna kalo kita semua dok satu kereta, bincang dlm kereta pasal isu-isu yg berkaitan, padahal driver kereta tu mabuk. Last kali kita semua nti mampuih gak akibat driver kereta yg merepek tu. Yang paling penting ialah isu sapa yg jadi driver kereta kita tu.. Sbb driver yg kita akan letakkan kepercayaan kita, bertanggungjawab ke atas keselamatan kita. Ini cuma 'figure of speech'. Driver tu adalah pemimpin kita.

So, aku nak tegaskan betapa pentingnya isu ttg kerajaan kita nie.


usoPkuChai wrote:
aku paham maksud ko.. sebab tuh aku dah penah cakap dulu.. kita kena mula cari pemimpin.. mula cerita psal pemimpin2 pelapis melayu.. jgn jadi ( bendera keris ) dok asik berkisah pemimpin yg sama sampai terlupa tadak pelapis yg berkaliber.. bila sampai masa nak tukar pening.. pak lah teruk.. tok najib lagi laa.. yg berani org lama ku li.. bang din asik dok wait n see.. ( bendera biru merah ) jgn asik dok sibuk abuya anwar.. byk lagi pemimpin yg ada karisma.. ( bendera bulan ) pun jgn asik tok nik dan tok seri hadi saja.. kena warwarkan pemimpin muda.. husam, mahfuz, mustafa ali, nasarudin, etc.. nih cara dia.. parti nih bukan keje one-man-show..


Hazairi wrote:
Baru-baru ni plak kes pembelian barang2 utk FRU dan polis. Macam-macam la kemungkaran yg kita nampak hasil drp kerajaan kita ni.

Bagi aku, objektif sesebuah parti tu memang sudah tentunya baik. Tapi masalah yg ada skarang, kepimpinan parti tu yg dok mai merepek.

Apa yang kita boleh buat sekarang, adalah sebarkan kemungkaran yg dah berlaku supaya rakyat leh tau, pemimpin-pemimpin yg menerajui negara kita lani sgt lemah.

P/S: Biar bencikan kerajaan, jgn bencikan negara.


Read On 0 ulasan

hikayat liwat : the sequel


dah hampir mustahil nak tulis berita seminggu dua nih yg tak ada kaitan dgn abuya anwar.. maka aku pun ditahap2 terpaksa menulis juga pasal abuya anwar.. maaflaa kengkawan bagi gelaran abuya kat anwar sebab aku tgok pengikut dia pun dah nak sampai tahap pengikut abuya ashaari dulu.. tapi abuya anwar nih takder laa kasyaf cam abuya ashaari yg leh jumpa Nabi saw face-to-face.. cuma abuya anwar nih terlibat dgn qazaf saja.. aku nak mintak maaf awal2 lagi laa kalo ada yg aku katakan nanti menyentuh amarah tapi janganlah menyimpan benci sebab aku hanya menulis atas hak kebebasan bersuara..

mula2 nak bagi 'clear', aku tak cuba berada di tengah2.. bagi aku yg betul tuh betul, yg salah tuh salah.. ikut pandangan aku laa sebab aku takleh pandang dgn mata org lain.. sebab tuh lepas malam debat tuh dan selepas review beberapa kali debat tuh kat internet, aku 'decide' utk tak ulas 'isi' debat tuh.. sebab 'nothing new' kecuali bab amik 2billion dari IPB.. and i also doubt some of his statistic.. tok shahrir pun dah jawab banyak.. but thats not the point..

aku cuba nak cuit sikap ahli parti mata lebam dan simpatisannya terhadap abuya anwar.. bukan aku menyamakan abuya anwar dan abuya ashaari.. tapi sikap para pengikutnya.. read on and digest..

kalau dulu pengikut arqam begitu taksub pada abuya ashaari hingga apa saja yg org kata buruk psal abuya ashaari nih diorg tak terima.. apa saja yg abuya ashaari buat semuanya elok di mata diorg.. sempurna.. waima lepas abuya ashaari buat kenyataan arqam tak betul dan kemudian setelah lepas ISA dia cakap itu strategi, pun pengikut dia terima dgn penuh perasaan..

apa bezanya dgn pengikut abuya anwar? mari sama2 kita renungkan..

ok laa tak terima tuduhan liwat tuh.. tapi tak perlu laa buat penghakiman awal.. tak percaya polis.. tak percaya sistem kehakiman.. semua tak percaya.. tapi masih duduk aman kat malaysia.. kalo tak percaya pun cakap sekali sudahlah, org paham, org lain pun tak percaya.. tapi jangan guna itu sebagai alasan utk semua benda.. apa jadi kalo semua rakyat malaysia pun ikut sama tak ikut arahan polis sebab tak percaya sistem keselamatan polis?

ok laa polis tak patut tangkap abuya anwar cam tangkap abuya ashaari.. tapi bila buat 'press conference' kata sakit tulang belakang tidur atas lantai lokap.. what you expect? its a lock-up.. semua org yg masuk lokap kerana direman polis mmg belum bersalah tapi semua org tuh mmg tidur atas lantai simen.. tapi cuba lihat reaksi pengikut2 abuya anwar nih.. hentam polis terus.. theres a line between between concious, unconcious and sub-concious..

ok laa tok mat sabery jelas tak menang debat.. its obvious.. tak perlu laa nak kutuk buih mulut tok mat sabery tuh sampai berminggu2.. ini ker jemaah yg dok kata nak perjuang bangsa dan agama? ini ker cara perjuangan dan cara agama? perlukah kita rasa bangga bila menang dgn org yg mmg kita tau akan kalah? kalo pun puak bendera keris dok kecoh buat kenyataan nak tutup ke'kalah'an tuh.. perlu ker ikut sama perangai macam diorg?

sekali lagi aku nak bagitau.. yg aku sebut kat atas bukan psal abuya anwar dan bukan juga sebab kita berpihak pada yg mana.. yg aku sebut psal apa yg berlaku dlm jemaah kita sekarang.. kita nih dah lari dari fokus asal.. kita nih dah mula bercakap dan bertindak mengikut arus.. aku pun tak minta org setuju dgn aku tapi aku berharap kita semua tetap tenang, tabah dan waras dlm satu perjalanan panjang yg baru kita mulai..

kalo kita ikut saga anwar nih dah meleret2.. dari kisah minyak, pilihanraya kecil, pm-to-be, mp bn loncat pr, gani patail, musa hasan, altentutaupunya, liwat, sumpah, alibi, dna, debat, tidur atas simen, kena telanjang, ukur kelamin, etc.. satu jer yg aku tak pasti.. apa yg dia buat sebenarnya..

kalo dia nak jadi pm, dan ikut apa yg dia dah kata, dia boleh buat bila2 masa saja.. dia boleh pilih salah satu kubu kuat pkr dan bertanding, a sure win.. pastuh mp bn yg dah setuju dgn dia leh loncat parti and pr can lead parliament.. dia tak perlukan sokongan rakyat satu malaysia utk realisasikan plan dia tuh.. but then some people said he is waiting for the right moment.. timing.. 'right moment' yg macammana? apa lagi yg dia tunggu? dia boleh buat semua tuh dlm masa lebih kurang 1 bulan dan bulan depan dia leh turunkan minyak.. but what is he waiting for? dia kata dlm 2 bulan, keadaan akan parah, inflation will strike high and hit the rakyat.. dan skrg dah sebulan minyak naik.. kenapa tunggu lagi kalau dia boleh buat perubahan tuh?

begitu juga hikayat liwat.. siapa yg fitnah dia? aku tak nampak dia fokus berbanding hikayat 98 dulu.. dlm hikayat 2008 nih dia cuma hentam bapak menteri dan kerajaan.. tapi siapa yg dia maksudkan? dia pertikai semua proses kehakiman dan penyiasatan.. bila kerajaan respon dia kata mengganggu perjalanan mahkamah tapi yg aku nampak dia sedang buat pembelaan diri di luar mahkamah.. he is on road tour, not really bout telling the oil story but merely defending his own case on liwat.. kalo dia tak percaya sistem, macam aku dah cakap kat atas, dia boleh ubah sistem dlm masa 1 bulan.. then he can have the so-called 'fair trial'.. mengapa tak buat?

aku pun tak rasa dia perlukan populariti sebab mmg dia dah popular.. malah che det sendiri pun dah mengaku 'anwar masih relevan' pasca pru12.. kalau dia jadi pm maka akan lebih popular sebab tajuk akhbar antarabangsa ialah "perdana menteri dituduh liwat".. toksah citer laa media tempatan, sebab jika dia pm maka mmg dah sah laa muka dia tiap hari 'front-page', sekarang pun dah camtuh kan? maka kalo tak perlu populariti mengapa buat road tour seluruh negara? kalaupun nak buat penerangan, it would be more efficient if he do it as a pm.. kenapa ikut cara susah?

sebab tuh aku rasa ini bukan persoalan teknikal.. hanya sekadar persoalan politik.. cuma yg bermain dlm pikiran aku.. apa yg dia sedang cuba buat sebenarnya? ke dia tgh 'balas budi'?

cuba kita lihat balik alkisah sumpah nih.. mula2 kata boleh tapi tunggu masa yg sesuai.. masa awal2 tak sesuai ker? pastuh kuau fatwa qazaf maka tak perlu sumpah.. tapi kalo sumpah pun tak salah kan? lepas nih nak kata takleh sumpah sebab tanak ganggu proses mahkamah? tapi byk kali dah dia quote kata tak percaya proses mahmakah..

pastuh kita tengok lak hikayat dna.. beriya2 abuya anwar tanak bagi dna.. macam2 syarat keluar.. cuba lihat apa yg abuya anwar jawab:

"Saya tidak takut untuk memberikan sampel DNA saya. Akan tetapi bersihkan dahulu elemen-elemen yang merosakkan dalam polis dan agensi keselamatan lainnya! Jangan tahan orang tanpa bicara! Jangan menyuruh pegawai untuk berbohong bagi pihak kamu wahai bapak menteri! Yang takut bukan saya nampaknya tapi bapak-bapak menteri yang entah bila akan kehilangan kuasa. Dunia sedang menyaksikan komedi gelap bagaimana aparat-aparat pemerintah sanggup untuk memalsukan bukti demi memastikan segelintir terus memerintah." -ANWAR IBRAHIM

just curious.. kalo dia bagi pun sekali lagi apa salahnya? kalo nak fabricate evidence, pakai sampel dna lama pun boleh kan? bahagian fabricated evidence nih pun aku tak paham apa yg abuya anwar dok kata tuh.. kalo tunjuk jubur saipul terpalit mani pun bukan org tau mani sapa.. dna test tuh akan keluar dlm bentuk report.. maka apa perlunya amik dna baru kalo sekadar nak buat report? kalo nak manipulasi nih, tak perlu dna baru.. tau2 dah ada dlm report saja.. bukan ker diorg yg kontrol semua tuh?

rasanya citer amik dna baru nih sepatutnya lebih pada menunjukkan kelemahan hospital, kerajaan dan polis dlm penyimpanan data perubatan.. pada pendapat aku diorg nakkan data dna tuh psal diorg tak simpan rekod atau tak jumpa rekod.. almaklum tuh kan kes 10 tahun.. dah masuk arkib.. yg pandai simpan rekod lama2 nih lhdn jer.. tau jer org tak bayar cukai lama2..

dan sapa yg dia maksudkan dgn 'bapak menteri' dan 'aparat pemerintah'? siapa sebenarnya yg dia tuduh fitnahkan dia kali nih? sebab rasanya dia tak rujuk pada pak lah dan kj.. maka siapakah dalang liwat yg dia maksudkan berada dlm kerajaan? mmg pada awal2nya dia ada cuba cuit2 2-3 org menteri malah timbul juga cerita perjumpaan sulit saipul dgn suspek terkini kasus altentutaupunya.. tapi hanya sekadar sampai di situ.. dia tak menyerang berterusan waima tak menyebut pun dalang sebenarnya.. takkan dia tak tahu, sebab dia pun selalu dapat lapuran risikan seperti dakwaannya dalam banyak perkara penting.. takkan kes dia sendiri yg sangat panas nih takder laporan risik?

satu lagi yg aku pelik.. mana pegi peguam2 melayu yg mewakili abuya anwar masa hikayat 98 dulu? kenapa skrg nih diorg tak involve? cuba tengok siapa lawyer2 hebat abuya anwar skrg nih? cuba perati betul2.. abuya anwar nih mintak nasiat siapa skrg nih?

yg terkini dia sedang sibuk usung macam2 dokumen utk kes lawan gani patail dan musa hasan.. its a simple case laa.. mmg kes tuh abuya anwar menang dah.. cuma nak balas dendam pada gani patail dan musa hasan yg dulu2 dok ikut sangat cakap tok ketua masing2.. tapi apa laa nak dihairankan org kerajaan mmg kena ikut cakap boss besar, sama ada suka atau tidak.. macamlaa abuya anwar takder pengalaman dahulu kala.. tapi takpa laa.. itu hak dia nak saman balik.. untung sabut tetap timbul, untung batu tetap tenggelam..

buat diri aku sendiri, dah tak penting sama ada dia betul2 liwat atau tidak.. itu yg tahu hanya yg terlibat saja.. mmglaa akan jadi maslahat umum sebab jemaah nak lantik dia jadi ketua.. jadi ketua kena bersih.. tapi skrg nih mmg dia dah 'bersih' dari tuduhan yg dikatakan 'fitnah' semata2.. dan aku pun tak sebut dia opportunist atau 'a culprit behind the scene'.. but is there anybody who care to tell me what he up to.. because this getting too political and annoying..

wallahualam..
Read On 2 ulasan

debat yg bersejarah..


emm.. aku pun hampir terlepas tgok debat nih, aku tgok dah mula pusingan kedua.. aku pun agak2 malas nak ulas sebab takder benda baru pun yg diperkatakan.. kata2 takder guna debat tapi takder solusi ada betulnya.. tapi kalo kita diam saja pun lama2 kita dah tak terhalang apa saja yg berlaku.. ibaratkan air memukul batu..

debat tuh tak seimbang.. baik dari segi tajuk mahupun pendebat yg ambil bahagian.. tajuk 'hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga'.. nih anwar punya propaganda.. maknanya tujuan debat nih hanya nak mempertikaikan kemampuan pakatan rakyat utk tunaikan janji-janji manis sebelum pilihanraya.. maka sebab itu tok mat sabery sampai berbuih2 mulut amik kesempatan hentam sana keromo sini..

tok seri nuar nih mmg laa ahli dalam bercakap nih.. dari millineum dulu hinggalah millineum sekarang.. itu mmg kekuatan dia.. dah terbukti berkali2 kelebihan yg dia ada tuh dlm menggerakkan massa.. tok mat sabery nih sapa? ada track record ker dalam mengumpulkan org dgn air liur? tengok gesture dan body language dua2 atas pentas tuh pun dah tahu.. takyah dengar apa yg diorg cakap..

tok seri nuar mmglaa tunggu peluang masuk tv untuk tambah popular.. mmg skrg pun org lebih ramai citer skandal tok seri nuar dari citer skandal artis.. drama saga tok seri nuar nih lebih hebat dari filem2 khaber bhatia.. hakikatnya tok mat sabery pun cari populariti juga.. walaupun dia kata dia bercakap atas kapasiti menteri penerangan yg kena terangkan semua dasar kerajaan tapi dia agap gelap dan kelabu psal ekonomi apalagi pasal minyak nih.. patutnya tan sri kelabu menteri ekonomi laa yg cakap tapi tok mat sabery yg terang laa kena sukarela psal tan sri kelabu tuh tak pandai cakap tak pakai skrip..

tapi takpalaa mmg dua2 kena cari populariti, sebab sorg tuh menteri tv dan radio manakala sorg lagi nak jadi perdana menteri.. takkan musa hasan dan gani patail saja yg popular kan? sekurang2nya media kerajaan masih terbuka walaupun yg taja tv3 tapi tunjuk kat tv9.. apapun tok seri nuar pun sempat kempen bgtau dia nak bertanding dlm masa yg terdekat katanya.. dan rasanya dia akan lebih popular dalam beberapa minggu nih sebab nama dia saja jadi berita utama..

seperti biasa, yg aku teruja nak tengok adalah reaksi umum.. apa yg tok seri nuar dan tok mat sabery cakap tuh semua perkara biasa2 saja.. cuma ulang balik dlm tv.. sama cam citer filem yusof haslam yg box office dibuat pula telefilem..

reaksi pertama ialah ulasan terpilih2 antara media cetak dan media maya.. seperti yg aku jangkakan, semua suratkhabar esok paginya kata tok mat sabery berjaya mempertahankan dasar kerajaan.. suratkhabar maya pulak dah angkat kata tok mat sabery knock out.. siap dgn keputusan undian lagi.. mmg betul2 reality show.. di kedai2 kopi rasanya lebih seronok.. sebab puak tegar umno pun merungut walaupun depan2 puak mata lebam dia lantang pertahan isi2 bernas gula2 tok mat sabery..

aku teringat masa indo mula2 nak buat presiden dilantik oleh rakyat.. media tv diorg yg mmg sangat terbuka tanpa batasan dok buat jugak debat antara calon2 presiden.. seronok tgok sebab aku tak mengaji kat amerika yg mmg ada debat terbuka kat tv nih.. kiranya debat berhadapan org2 di kayangan nih adalah sesuatu yg menakjubkan pada aku.. mmg bagus utk buka minda utk lihat perbedaan darjat org2 dlm kerajaan kayangan nih..

dalam banyak perkara bukan kita nak cari solusi.. sebab nak laksanakan solusi nih bukan hak org2 bumi cam kita nih.. tapi apa yg kita buat dgn bercakap dan menulis nih ialah memberi pilihan pendapat dan memberi pilihan tekanan.. pelaksanaan solusi memberi kesan pada raga kita tapi memberi pendapat itu merangsang jiwa kita.. pada zaman perjuangan kemerdekaan, org tidak langsung angkat senjata melawan tetapi diisi minda mereka dgn pendapat dan sebab.. pembebasan minda yg merangsang pembebasan jiwa seterusnya menguja pembebasan diri.. dan ini berlaku dalam semua keadaan.. mindset kita yg atur perjalanan kita..

contohnya bila harga barang melambung, jiwa kita pun melambung2.. benar juga kata tok mat sabery, org malaysia masih cukup makan.. kita belum betul2 rasa susah sebab tuh hati kita berbolak balik bila citer psal perjuangan nih.. kita belum sampai terpaksa jual harta yg kita ada hanya sebab nak sara makan anak bini kita.. mmg dah ada dlm sejarah org melayu nih kena dihantuk2kan baru tengadah.. kalo masa susah sikit nih kita tak rasa apa2 toksah citerlaa masa kita senang..

kita boleh cakap apa saja tapi yg aku nampak ialah kita masih ditahap 'subsistance economy'.. kita masih sekadar cari makan.. sebab itu kita masih boleh naik air asia walaupun terpaksa delay sampai berjam2.. kita masih jauh dari mencari kualiti hidup.. apa yg berlaku ialah kita nak diri kita percaya bahawa kita mencari kualiti walhal yg kita buat ialah mengumpulkan kuantiti..

berapa ramai dari kita yg tahu apa yg kita mahukan dalam hidup? alasan tipikal kita ialah kita masih mencari.. sedang yg kita cari itu di depan mata kita.. kita 'ignore' sebab kita mengikut arus sungai mengalir.. kita bukan batu yg boleh berhenti dan mengumpul lumut..

cuba lihat apa yg kita sebut setiap hari.. harga barang naik.. reaksi kita ialah mengurangkan kualiti makanan kita dan cuba mempertahankan kuantiti konsumsi kita.. kita tak rasa puas utk makan sedap yg sedikit melainkan makan 'cukup' walaupun tak berapa sedap.. ini hasil evolusi ekonomi org kita..

asal ekonomi org melayu ialah ekonomi sara hidup.. kebergantungan hidup adalah pada apa yg boleh dimakan hari itu.. pagi ke laut, petang bertani.. kais pagi makan tghari, kais petang makan malam.. zaman nih pun kita tak jauh beza.. kais hujung bulan makan sampai tgh bulan.. bezanya ialah org dulu tak kena buang keje.. mereka tidak bergantung pada org lain.. tiada kerisauan dlm hati mereka kecuali pada bencana alam dan takdir Tuhan.. kita?

beberapa minggu lepas, aku bersembang dgn kawan aku ttg 'kerajaan 10 ekar'.. lain kali citer panjang psal nih tapi yg aku nak tekankan di sini ialah jika mindset kita masih berada di tahap pemikiran ekonomi sara hidup, mengapa tidak kita bangunkan semula ekonomi kita mengikut fundamental ekonomi sara hidup yg sebenar.. sebelum kita terus hanyut dibawa arus yg mengalir semakin deras..

apa yg berlaku telah berlaku tetapi apa yg belum berlaku itu bergantung pada pilihan yg kita ambil hari ini.. yg penting bukanlah apa pilihan yg kita ambil tetapi memahami mengapa kita membuat pilihan tersebut.. bukan apa yg kita belanjakan tetapi mengapa kita berbelanja.. bukan sekadar mengakui kita ber-Tuhan tetapi memahami mengapa kita memerlukan-Nya.. inilah sebab mengapa tok seri nuar dan tok mat sabery setuju debat.. bukan apa yg mereka debat tapi mengapa mereka berdebat..

wallahualam..
Read On 0 ulasan

siapa yg kita perjuangkan?


dilema kepimpinan

emm.. membaca tulisan Abu Muhammad Waskito, setangkai nasihat untuk muslim malaysia, yg memberi pandangan terhadap pergolakan politik malaysia memberi satu perspektif luar dengan membandingkan pergolakan yg berlaku antara 2 negara, dan pada pendapat aku sedikit menyimpang, tapi aku hargai pendapatnya berdasarkan mesej global berkenaan para muslimin..

adalah benar kalo kita lihat reformasi yg telah berlaku di indonesia tidak menepati harapan awal, kerna masalahnya tetap sama iaitu ketandusan pemimpin yg boleh diandalkan dan perpecahan dlm kesatuannya..

begitu juga di tanah melayu ini, siapakah yg boleh kita angkat sebagai pemimpin yg benar2 mempunyai tokoh pemimpin.. pemimpin yg benar2 ikhlas berjuang utk para marhaen tanpa perlu berpakaian mahal dan berjenama, hidup di rumah yg besar dan berkereta mewah, yg boleh kita hampiri tanpa diganggu oleh pengawal2 peribadi, setiausaha politik dan petugas2 khasnya.. ini persoalan kita..

dilema kesatuan

dan begitu pula apabila kita memperkatakan tentang bersatu, penyatuan dan kesatuan.. kita dah tak begitu jelas dgn apa yg kita perjuangkan.. kebanyakan dari kita tidak peduli akan perjuangan selagi mereka tidak terpaksa utk terlibat.. maka dasar perjuangan mendekat pada perjuangan peribadi.. berapa kerat dari kita yg redha tanpa menelan air liur melihat org lain menjawat jawatan tinggi kerna merit, sedangkan kita yg bertungkus-lumus berjuang diakar umbi.. perlu jelas pada diri kita tentang apa dan siapa yg kita perjuangkan..

bersembang2 dgn kawan2 yg bersalasilah dengan bangsa2 yg hebat seperti parsi, turki, uzbek dan somalia, dapat dirasai akan kebanggaan mereka menjadi generasi penerus bangsa yg bertamadun tinggi.. pada anggapan kita mereka ini sombong dan bongkak, taksub pada bangsa mereka.. tapi pada perspektif yg sedikit berbeza, kita dapat melihat sifat 'kekitaan' ini yg tiada dlm org melayu.. malah terkini sudah ramai melayu yg malu mengaku dirinya melayu.. merasa terkena sumpahan kerna dilahirkan sebagai melayu..

bila kita tidak bangga dengan apa yg kita ada, kita hilang jatidiri.. bila kita 'singkir'kan diri kita dari bangsa kita sendiri, kita akan hilang pedoman.. Islam terpasak dlm asas bangsa.. perjuangan pembebasan kota makkah oleh Nabi saw adalah perjuangan membebaskan org arab dari kejahilan mereka.. ini yg diperjuangkan, membebaskan bangsa arab dan landasannya ialah Islam.. begitu juga pembentukan daulah Islam supaya semua bangsa di bumi ini dibebaskan dari kejahilan.. bukankah sejak zaman berzaman Allah swt menurunkan nabi2 bagi setiap kaum2 supaya dapat menghilangkan kegelapan dari kaum tersebut..

dilema perkauman

memahami akan maksud perkauman dengan perbandingan dua negara, malaysia dan indonesia.. di indonesia, semuanya adalah bangsa indonesia.. ini konsep yg diperjuangkan melalui pancasila.. asasnya nasionalisme.. mengapa konsep ini kucar-kacir? kerna dalam kesatuan bangsa indonesia itu hadirnya berbagai bangsa jawa, sunda, melayu, batak, bali, manado, bugis, cina, india, arab, dsb.. malah dlm bangsa jawa sendiri berpecah jawa jogja, jawa semarang, jawa suroboyo, dsb.. perpecahan dalam kesatuan.. maka musuh tidak jelas..

berbanding malaysia, jelas bangsa terpecah pada melayu, cina dan india.. maka disatukan lagi etnik2 yg berbagai itu dengan melayu menggunapakai nama bumiputra.. walau asal melayu itu dari bangsa selangor, melaka, perak, pahang, johor, kelantan, kedah, dsb.. tetapi tidak kita gunapakai lagi akan kenegerian itu melainkan mengaku melayu semuanya.. ini kesatuan dalam perpecahan.. maka musuh kita jelas..

hanya saja dlm konteks terkini tanah melayu, melayu terpecah oleh landasan politik.. ada melayu umno, melayu pas, melayu pkr, dan melayu berkecuali.. yg ini saja sudah pecah maka tak usah pula kita lihat bagaimana Islam dipecahkan sebagai Islam fundamental, Islam hadhari, Islam liberal, Islam radikal, dsb.. maka bila kita terpecah maka perjuangan kita jadi berbeza.. memperjuangkan melayu harus pula kita lihat dari konteks siapa yg bercakap.. kerna jelas melayu umno perjuang melayu umno dan umno pas perjuang umno pas, dsu.. begitu juga landasan agama yg terpecah oleh Islam pas dan Islam umno.. sebagai contoh.. maka pada pendapat aku inilah perkauman (baca: assabiyah) yg sebenarnya..

dilema nasional

dan kerna ini juga kita tidak jelas dalam isu siapa yg kita perjuangkan.. adakah kita memperjuangkan org melayu keseluruhannya atau kita hanya sekadar memperjuangkan kelompok kita sahaja..

apabila kerajaan yg terbentuk bukan kerajaan melayu maka ia adalah kerajaan nasional.. maka malaysia bukanlah tanah melayu lagi dan melayu bukanlah tuan kepada tanah ini lagi.. inilah padah apabila kita terpaksa berharap pada sokongan org lain untuk mentadbir tanah kita sendiri.. kita terjerat pada budi org..

lihat saja keliling kita.. apa yg akan dimasyhurkan sebagai budaya malaysia? apa yg benar2 budaya malaysia? adakah tarian naga itu budaya malaysia? jika tidak mengapa pula bersungguh2 kita menjadikan semua itu sebagai identiti malaysia.. mengapa masih ada pemimpin yg tidak fasih berbahasa melayu dan kurang gemar berbahasa melayu.. mengapa bahasa Inggeris yg kita angkat jadi bahasa kedua menjadi lebih hebat penggunaannya dari bahasa ibunda kita sendiri? dimana daulat melayu sebagai tuan tanah melayu?

mengapa kerajaan kelantan mudah mengimplimentasikan Islam adalah kerna kerajaan kelantan adalah kerajaan melayu.. berbanding kerajaan selangor yg merupakan kerajaan campuran.. kita lihat betapa tenangnya bangsa kafir hidup di kelantan.. berbanding yg berada di negeri yg ditadbir bersama.. kita semua harus belajar sesuatu dari kesatuan org2 kelantan.. ini contoh kesatuan yg perlu ada dlm setiap org yg menganggap diri mereka melayu.. perlu ada dlm setiap org yg menganggap diri mereka muslim..

dilema perjuangan

kalau dalam konteks agama, kita perlu perkukuhkan Islam sebelum kita memberi ruang yg lebih luas pada org kafir.. bukan kerna kita benci org kafir.. dlm konteks bangsa, kita perlu perkukuhkan melayu sebelum kita memberi ruang yg lebih luas pada org luar.. bukan kerna kita benci kaum lain..

mendahulukan siapa yg perlu dan meletakkan sesuatu pada tempatnya itulah maksud adil.. siapakah yg perlu kita dahulukan dan dimanakah harus kita tempatkan? ini persoalan asasnya melangkaui sejarah..

hanya saja skrg yg menjadi barah dlm org melayu bukanlah sikap kenegerian dan bukanlah 'serangan' org luar melainkan musuh itu ada dlm selimut kita sendiri.. musuh org melayu adalah munafik dan hipokrit di kalangan kita sendiri.. tanyalah ke dalam diri kita sendiri tentang apakah yg kita perjuangkan.. sekurang2nya jujrulah pada diri kita sendiri sama ada kita perjuangkan Islam atau pas.. sama ada kita perjuangkan melayu atau umno.. atau seharusnya yg kita perjuangkan ialah melayu yg beragama Islam?
Read On 0 ulasan

warna-warna malaysia


warna panas

minggu nih adalah antara minggu terpanas di tanah melayu walaupun tiap petang hujan turun menderu2.. selepas 10 tahun, walaupun berjuta org malaysia dah tak percaya dan berjuta lagi dah tak peduli, sorg lagi org lelaki melayu mengaku diliwat oleh org yg ada kes yg sama 10 tahun dulu.. tak berapa hari lepas tuanku blog petra buat akuan berkanun kata ada isteri org masa anak pompuan org mongol diletupkan.. maka berkisahlah teori konspirasi dalam konspirasi.. yg kesian duta turki tak psal2 kena mengadap menteri luar psal ada org ziarah rumah dia tanak balik.. yg nih rasanya teori konstipasi..

dibawah tajuk liwat yg besar tuh (mingguan malaysia jer buat tajuk besar psal liwat), ada dua gambar besar org kuat persatuan cina malaysia, ong dan chan, isytihar tak bertanding jawatan, walaupun sebelum nih kecoh dlm persatuan tuh kata ong dan chan nih sedang perkukuh sokongan.. bagus juga prinsip dia jadi ketua takleh lebih dari 2 tahun, bukan 25 tahun..

berbeza nada dengan tok ketua majlis india malaysia dan pertubuhan melayu bersatu.. padahal sama2 kalah besar lebih 100 hari yg lalu.. apalagi bila calon rasuah naib presiden pertubuhan melayu bersatu pun dah bebas.. sebebas mantan boss petugas khas yg buat laporan liwat nak buat pilihanraya kecil.. elok buat masa tgh panas nih.. kang masuk penjara lagi kena tunggu lagi.. kesian tgok mama wan penat menjawab..

warna suam2 kuku

minggu lepas nasib baik sorg lebai sekolah pondok tak masuk lokap psal naik motor tak pakai helmet.. bukan psal serban tuan lebai tak cukup kuat berbanding turban tuan singh apalagi nak banding dgn helmet.. tapi lebai nih tak cukup umur nak banding umur purata status haji dan hajah.. bukan polis takut kepala lebai pecah kalo eksiden (dgn izin) tapi takut nanti serban lebai jadi punca gerakan revolusi.. tapi lagi nih isu hangat2 taik ayam saja, org bukan kisah sangat psal serban dan jubah, lepas sehari dua suam laa citer nih..

begitu juga tiba2 panas euro cup (dengan izin) jadi suam2 kuku.. andaikata turki jumpa rusia pada perlawanan akhir, mau malu satu eropah.. tapi itu semua tak berlaku.. sama macam nasib penaja biru yg minta fatwa halal judi 100 hari.. mungkin rezeki turki dan rusia tak sebaik 4 org pemenang camry tuh.. yg pasti sepanyol dah dinobatkan sebagai pasukan paling pandai main bolasepak kat eropah.. tapi itu pun dah tak sepenting kedah menang piala fa dengan gemilang..

warna pakatan

nih bila sebut kedah, kecoh kerajaan pertubuhan melayu bersatu bila kerajaan negeri utara persatuan Islam se-tanah melayu kata nak tebang balak.. ustaz yg jadi menteri besar tuh kata baru rancang saja, dah kecoh.. agaknya sebab tuh laa mantan tok batin ibnu toyo buat diam2 dulu.. tanak kecoh2..

parti bertindak demokratik pun takut jugak ustaz tuh nak tebang balak kat kwsn tadahan hujan tuh.. almaklum pulau dia dapat air dari negeri ustaz tuh.. tapi tak demokratik laa kaco pentadbiran kampung org.. walaupun tok batin pertubuhan melayu bersatu tuh jiran dia juga yg dia dok meluat, tapi takkanlah ustaz tuh tak tahu nak jaga kebajikan jiran.. wakil harbi parti demokratik dan parti keadilan pun dia tolong kempen kan?

sama juga kecoh bila menteri besar persatuan Islam se-tanah melayu perak luluskan hakmilik tanah kg baru 999 tahun, padahal tanah reserved (dengan izin) kampung2 lama org melayu paling kuat pun 99 tahun saja.. kita tgok laa camna jadinya kalo parti keadilan rakyat negeri terkaya di tanah melayu pun ikut sama..

warna prestasi

satu berita yg kurang seronok telinga aku dengar dan mata aku tgok ialah statistik yg keluar masa tok batin perdana merangkap bentang report card (dengan izin) separuh penggal RMK-9.. besor graf tunjuk jumlah org melayu skrg 16.35juta org (60% dari penduduk tanah melayu yg berjumlah besar 27.23juta org) berbanding cina (6.2juta) dan india (1.86juta).. yg aku tgh terpikir2 dari 60% tuh berapa agaknya betul2 org melayu dan termasuklah memikirkan angka 2.53juta org lagi bukan warganegara..

tapi bukan itu yg aku tak seronok, dahi jadi berkerut2 bila baca kadar kemiskinan turun ke 3.6% secara keseluruhan tetapi pegangan ekuiti melayu hanya sekadar 18%.. apa dah jadi pada dasar kapitalisme pertubuhan melayu bersatu.. sasaran pun sekadar 30% saja.. juga berbeza dari target (dgn izin) nisbah pendapatan 1:1.5 berbanding cina..

camna nak achieve target (dengan izin) peningkatan lebih 10% dlm masa dua tahun nih kalo sibuk dgn target (dengan izin) nak tingkatkan penguasaan 1% etnik india dlm pegangan ekuiti dan belum lagi segala peruntukan dah dilambakkan ke malaysia timur? tuh belum citer kalo kadar kemiskinan ditetapkan pada pendapatan RM1,500, maka peratus tuh naik jadi 20% katanya.. emm.. ini bukan report card 100 hari(dengan izin)..

warna warni

walaupun kelakar tgok tok batin pertubuhan melayu bersatu senyum sampai telinga bila parlimen lulus usul kenaikan harga dalam keadaan dah seminggu rakyat naik minyak bersama tokeh2 stesen minyak, tapi berita yg paling seronok minggu nih ialah akhirnya usul abe mat marang utk berbini empat akhirnya diluluskan.. malu2 kucing abe mat kena kejar dgn wartawan tapi senyumnya yg bersimpul2 dah semanis madu.. tahniah atas kemenangan perjuangan abe mat dan isteri2nya.. perjuangan org lain belum selesai lagi..

ps: warna tambahan..

warna subsidi

kerajaan persekutuan pertubuhan melayu bersatu nak bagi subsidi pasang talipinggang keter tempat duduk belakang yg dah diwartakan, mula bulan ogos anak2 yg tak pakai talipinggang kena saman..

kerajaan negeri kelantan persatuan Islam se-tanah melayu cadang nak bagi subsidi pasang tong ngv kat keter kalo dah ada syarikat minyak yg nak tolong carigali gas kelantan..
Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008