siapa yg kita perjuangkan?


dilema kepimpinan

emm.. membaca tulisan Abu Muhammad Waskito, setangkai nasihat untuk muslim malaysia, yg memberi pandangan terhadap pergolakan politik malaysia memberi satu perspektif luar dengan membandingkan pergolakan yg berlaku antara 2 negara, dan pada pendapat aku sedikit menyimpang, tapi aku hargai pendapatnya berdasarkan mesej global berkenaan para muslimin..

adalah benar kalo kita lihat reformasi yg telah berlaku di indonesia tidak menepati harapan awal, kerna masalahnya tetap sama iaitu ketandusan pemimpin yg boleh diandalkan dan perpecahan dlm kesatuannya..

begitu juga di tanah melayu ini, siapakah yg boleh kita angkat sebagai pemimpin yg benar2 mempunyai tokoh pemimpin.. pemimpin yg benar2 ikhlas berjuang utk para marhaen tanpa perlu berpakaian mahal dan berjenama, hidup di rumah yg besar dan berkereta mewah, yg boleh kita hampiri tanpa diganggu oleh pengawal2 peribadi, setiausaha politik dan petugas2 khasnya.. ini persoalan kita..

dilema kesatuan

dan begitu pula apabila kita memperkatakan tentang bersatu, penyatuan dan kesatuan.. kita dah tak begitu jelas dgn apa yg kita perjuangkan.. kebanyakan dari kita tidak peduli akan perjuangan selagi mereka tidak terpaksa utk terlibat.. maka dasar perjuangan mendekat pada perjuangan peribadi.. berapa kerat dari kita yg redha tanpa menelan air liur melihat org lain menjawat jawatan tinggi kerna merit, sedangkan kita yg bertungkus-lumus berjuang diakar umbi.. perlu jelas pada diri kita tentang apa dan siapa yg kita perjuangkan..

bersembang2 dgn kawan2 yg bersalasilah dengan bangsa2 yg hebat seperti parsi, turki, uzbek dan somalia, dapat dirasai akan kebanggaan mereka menjadi generasi penerus bangsa yg bertamadun tinggi.. pada anggapan kita mereka ini sombong dan bongkak, taksub pada bangsa mereka.. tapi pada perspektif yg sedikit berbeza, kita dapat melihat sifat 'kekitaan' ini yg tiada dlm org melayu.. malah terkini sudah ramai melayu yg malu mengaku dirinya melayu.. merasa terkena sumpahan kerna dilahirkan sebagai melayu..

bila kita tidak bangga dengan apa yg kita ada, kita hilang jatidiri.. bila kita 'singkir'kan diri kita dari bangsa kita sendiri, kita akan hilang pedoman.. Islam terpasak dlm asas bangsa.. perjuangan pembebasan kota makkah oleh Nabi saw adalah perjuangan membebaskan org arab dari kejahilan mereka.. ini yg diperjuangkan, membebaskan bangsa arab dan landasannya ialah Islam.. begitu juga pembentukan daulah Islam supaya semua bangsa di bumi ini dibebaskan dari kejahilan.. bukankah sejak zaman berzaman Allah swt menurunkan nabi2 bagi setiap kaum2 supaya dapat menghilangkan kegelapan dari kaum tersebut..

dilema perkauman

memahami akan maksud perkauman dengan perbandingan dua negara, malaysia dan indonesia.. di indonesia, semuanya adalah bangsa indonesia.. ini konsep yg diperjuangkan melalui pancasila.. asasnya nasionalisme.. mengapa konsep ini kucar-kacir? kerna dalam kesatuan bangsa indonesia itu hadirnya berbagai bangsa jawa, sunda, melayu, batak, bali, manado, bugis, cina, india, arab, dsb.. malah dlm bangsa jawa sendiri berpecah jawa jogja, jawa semarang, jawa suroboyo, dsb.. perpecahan dalam kesatuan.. maka musuh tidak jelas..

berbanding malaysia, jelas bangsa terpecah pada melayu, cina dan india.. maka disatukan lagi etnik2 yg berbagai itu dengan melayu menggunapakai nama bumiputra.. walau asal melayu itu dari bangsa selangor, melaka, perak, pahang, johor, kelantan, kedah, dsb.. tetapi tidak kita gunapakai lagi akan kenegerian itu melainkan mengaku melayu semuanya.. ini kesatuan dalam perpecahan.. maka musuh kita jelas..

hanya saja dlm konteks terkini tanah melayu, melayu terpecah oleh landasan politik.. ada melayu umno, melayu pas, melayu pkr, dan melayu berkecuali.. yg ini saja sudah pecah maka tak usah pula kita lihat bagaimana Islam dipecahkan sebagai Islam fundamental, Islam hadhari, Islam liberal, Islam radikal, dsb.. maka bila kita terpecah maka perjuangan kita jadi berbeza.. memperjuangkan melayu harus pula kita lihat dari konteks siapa yg bercakap.. kerna jelas melayu umno perjuang melayu umno dan umno pas perjuang umno pas, dsu.. begitu juga landasan agama yg terpecah oleh Islam pas dan Islam umno.. sebagai contoh.. maka pada pendapat aku inilah perkauman (baca: assabiyah) yg sebenarnya..

dilema nasional

dan kerna ini juga kita tidak jelas dalam isu siapa yg kita perjuangkan.. adakah kita memperjuangkan org melayu keseluruhannya atau kita hanya sekadar memperjuangkan kelompok kita sahaja..

apabila kerajaan yg terbentuk bukan kerajaan melayu maka ia adalah kerajaan nasional.. maka malaysia bukanlah tanah melayu lagi dan melayu bukanlah tuan kepada tanah ini lagi.. inilah padah apabila kita terpaksa berharap pada sokongan org lain untuk mentadbir tanah kita sendiri.. kita terjerat pada budi org..

lihat saja keliling kita.. apa yg akan dimasyhurkan sebagai budaya malaysia? apa yg benar2 budaya malaysia? adakah tarian naga itu budaya malaysia? jika tidak mengapa pula bersungguh2 kita menjadikan semua itu sebagai identiti malaysia.. mengapa masih ada pemimpin yg tidak fasih berbahasa melayu dan kurang gemar berbahasa melayu.. mengapa bahasa Inggeris yg kita angkat jadi bahasa kedua menjadi lebih hebat penggunaannya dari bahasa ibunda kita sendiri? dimana daulat melayu sebagai tuan tanah melayu?

mengapa kerajaan kelantan mudah mengimplimentasikan Islam adalah kerna kerajaan kelantan adalah kerajaan melayu.. berbanding kerajaan selangor yg merupakan kerajaan campuran.. kita lihat betapa tenangnya bangsa kafir hidup di kelantan.. berbanding yg berada di negeri yg ditadbir bersama.. kita semua harus belajar sesuatu dari kesatuan org2 kelantan.. ini contoh kesatuan yg perlu ada dlm setiap org yg menganggap diri mereka melayu.. perlu ada dlm setiap org yg menganggap diri mereka muslim..

dilema perjuangan

kalau dalam konteks agama, kita perlu perkukuhkan Islam sebelum kita memberi ruang yg lebih luas pada org kafir.. bukan kerna kita benci org kafir.. dlm konteks bangsa, kita perlu perkukuhkan melayu sebelum kita memberi ruang yg lebih luas pada org luar.. bukan kerna kita benci kaum lain..

mendahulukan siapa yg perlu dan meletakkan sesuatu pada tempatnya itulah maksud adil.. siapakah yg perlu kita dahulukan dan dimanakah harus kita tempatkan? ini persoalan asasnya melangkaui sejarah..

hanya saja skrg yg menjadi barah dlm org melayu bukanlah sikap kenegerian dan bukanlah 'serangan' org luar melainkan musuh itu ada dlm selimut kita sendiri.. musuh org melayu adalah munafik dan hipokrit di kalangan kita sendiri.. tanyalah ke dalam diri kita sendiri tentang apakah yg kita perjuangkan.. sekurang2nya jujrulah pada diri kita sendiri sama ada kita perjuangkan Islam atau pas.. sama ada kita perjuangkan melayu atau umno.. atau seharusnya yg kita perjuangkan ialah melayu yg beragama Islam?

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008