debat yg bersejarah..


emm.. aku pun hampir terlepas tgok debat nih, aku tgok dah mula pusingan kedua.. aku pun agak2 malas nak ulas sebab takder benda baru pun yg diperkatakan.. kata2 takder guna debat tapi takder solusi ada betulnya.. tapi kalo kita diam saja pun lama2 kita dah tak terhalang apa saja yg berlaku.. ibaratkan air memukul batu..

debat tuh tak seimbang.. baik dari segi tajuk mahupun pendebat yg ambil bahagian.. tajuk 'hari ini membentuk kerajaan, esok turun harga'.. nih anwar punya propaganda.. maknanya tujuan debat nih hanya nak mempertikaikan kemampuan pakatan rakyat utk tunaikan janji-janji manis sebelum pilihanraya.. maka sebab itu tok mat sabery sampai berbuih2 mulut amik kesempatan hentam sana keromo sini..

tok seri nuar nih mmg laa ahli dalam bercakap nih.. dari millineum dulu hinggalah millineum sekarang.. itu mmg kekuatan dia.. dah terbukti berkali2 kelebihan yg dia ada tuh dlm menggerakkan massa.. tok mat sabery nih sapa? ada track record ker dalam mengumpulkan org dgn air liur? tengok gesture dan body language dua2 atas pentas tuh pun dah tahu.. takyah dengar apa yg diorg cakap..

tok seri nuar mmglaa tunggu peluang masuk tv untuk tambah popular.. mmg skrg pun org lebih ramai citer skandal tok seri nuar dari citer skandal artis.. drama saga tok seri nuar nih lebih hebat dari filem2 khaber bhatia.. hakikatnya tok mat sabery pun cari populariti juga.. walaupun dia kata dia bercakap atas kapasiti menteri penerangan yg kena terangkan semua dasar kerajaan tapi dia agap gelap dan kelabu psal ekonomi apalagi pasal minyak nih.. patutnya tan sri kelabu menteri ekonomi laa yg cakap tapi tok mat sabery yg terang laa kena sukarela psal tan sri kelabu tuh tak pandai cakap tak pakai skrip..

tapi takpalaa mmg dua2 kena cari populariti, sebab sorg tuh menteri tv dan radio manakala sorg lagi nak jadi perdana menteri.. takkan musa hasan dan gani patail saja yg popular kan? sekurang2nya media kerajaan masih terbuka walaupun yg taja tv3 tapi tunjuk kat tv9.. apapun tok seri nuar pun sempat kempen bgtau dia nak bertanding dlm masa yg terdekat katanya.. dan rasanya dia akan lebih popular dalam beberapa minggu nih sebab nama dia saja jadi berita utama..

seperti biasa, yg aku teruja nak tengok adalah reaksi umum.. apa yg tok seri nuar dan tok mat sabery cakap tuh semua perkara biasa2 saja.. cuma ulang balik dlm tv.. sama cam citer filem yusof haslam yg box office dibuat pula telefilem..

reaksi pertama ialah ulasan terpilih2 antara media cetak dan media maya.. seperti yg aku jangkakan, semua suratkhabar esok paginya kata tok mat sabery berjaya mempertahankan dasar kerajaan.. suratkhabar maya pulak dah angkat kata tok mat sabery knock out.. siap dgn keputusan undian lagi.. mmg betul2 reality show.. di kedai2 kopi rasanya lebih seronok.. sebab puak tegar umno pun merungut walaupun depan2 puak mata lebam dia lantang pertahan isi2 bernas gula2 tok mat sabery..

aku teringat masa indo mula2 nak buat presiden dilantik oleh rakyat.. media tv diorg yg mmg sangat terbuka tanpa batasan dok buat jugak debat antara calon2 presiden.. seronok tgok sebab aku tak mengaji kat amerika yg mmg ada debat terbuka kat tv nih.. kiranya debat berhadapan org2 di kayangan nih adalah sesuatu yg menakjubkan pada aku.. mmg bagus utk buka minda utk lihat perbedaan darjat org2 dlm kerajaan kayangan nih..

dalam banyak perkara bukan kita nak cari solusi.. sebab nak laksanakan solusi nih bukan hak org2 bumi cam kita nih.. tapi apa yg kita buat dgn bercakap dan menulis nih ialah memberi pilihan pendapat dan memberi pilihan tekanan.. pelaksanaan solusi memberi kesan pada raga kita tapi memberi pendapat itu merangsang jiwa kita.. pada zaman perjuangan kemerdekaan, org tidak langsung angkat senjata melawan tetapi diisi minda mereka dgn pendapat dan sebab.. pembebasan minda yg merangsang pembebasan jiwa seterusnya menguja pembebasan diri.. dan ini berlaku dalam semua keadaan.. mindset kita yg atur perjalanan kita..

contohnya bila harga barang melambung, jiwa kita pun melambung2.. benar juga kata tok mat sabery, org malaysia masih cukup makan.. kita belum betul2 rasa susah sebab tuh hati kita berbolak balik bila citer psal perjuangan nih.. kita belum sampai terpaksa jual harta yg kita ada hanya sebab nak sara makan anak bini kita.. mmg dah ada dlm sejarah org melayu nih kena dihantuk2kan baru tengadah.. kalo masa susah sikit nih kita tak rasa apa2 toksah citerlaa masa kita senang..

kita boleh cakap apa saja tapi yg aku nampak ialah kita masih ditahap 'subsistance economy'.. kita masih sekadar cari makan.. sebab itu kita masih boleh naik air asia walaupun terpaksa delay sampai berjam2.. kita masih jauh dari mencari kualiti hidup.. apa yg berlaku ialah kita nak diri kita percaya bahawa kita mencari kualiti walhal yg kita buat ialah mengumpulkan kuantiti..

berapa ramai dari kita yg tahu apa yg kita mahukan dalam hidup? alasan tipikal kita ialah kita masih mencari.. sedang yg kita cari itu di depan mata kita.. kita 'ignore' sebab kita mengikut arus sungai mengalir.. kita bukan batu yg boleh berhenti dan mengumpul lumut..

cuba lihat apa yg kita sebut setiap hari.. harga barang naik.. reaksi kita ialah mengurangkan kualiti makanan kita dan cuba mempertahankan kuantiti konsumsi kita.. kita tak rasa puas utk makan sedap yg sedikit melainkan makan 'cukup' walaupun tak berapa sedap.. ini hasil evolusi ekonomi org kita..

asal ekonomi org melayu ialah ekonomi sara hidup.. kebergantungan hidup adalah pada apa yg boleh dimakan hari itu.. pagi ke laut, petang bertani.. kais pagi makan tghari, kais petang makan malam.. zaman nih pun kita tak jauh beza.. kais hujung bulan makan sampai tgh bulan.. bezanya ialah org dulu tak kena buang keje.. mereka tidak bergantung pada org lain.. tiada kerisauan dlm hati mereka kecuali pada bencana alam dan takdir Tuhan.. kita?

beberapa minggu lepas, aku bersembang dgn kawan aku ttg 'kerajaan 10 ekar'.. lain kali citer panjang psal nih tapi yg aku nak tekankan di sini ialah jika mindset kita masih berada di tahap pemikiran ekonomi sara hidup, mengapa tidak kita bangunkan semula ekonomi kita mengikut fundamental ekonomi sara hidup yg sebenar.. sebelum kita terus hanyut dibawa arus yg mengalir semakin deras..

apa yg berlaku telah berlaku tetapi apa yg belum berlaku itu bergantung pada pilihan yg kita ambil hari ini.. yg penting bukanlah apa pilihan yg kita ambil tetapi memahami mengapa kita membuat pilihan tersebut.. bukan apa yg kita belanjakan tetapi mengapa kita berbelanja.. bukan sekadar mengakui kita ber-Tuhan tetapi memahami mengapa kita memerlukan-Nya.. inilah sebab mengapa tok seri nuar dan tok mat sabery setuju debat.. bukan apa yg mereka debat tapi mengapa mereka berdebat..

wallahualam..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008