dah hampir mustahil nak tulis berita seminggu dua nih yg tak ada kaitan dgn abuya anwar.. maka aku pun ditahap2 terpaksa menulis juga pasal abuya anwar.. maaflaa kengkawan bagi gelaran abuya kat anwar sebab aku tgok pengikut dia pun dah nak sampai tahap pengikut abuya ashaari dulu.. tapi abuya anwar nih takder laa kasyaf cam abuya ashaari yg leh jumpa Nabi saw face-to-face.. cuma abuya anwar nih terlibat dgn qazaf saja.. aku nak mintak maaf awal2 lagi laa kalo ada yg aku katakan nanti menyentuh amarah tapi janganlah menyimpan benci sebab aku hanya menulis atas hak kebebasan bersuara..
mula2 nak bagi 'clear', aku tak cuba berada di tengah2.. bagi aku yg betul tuh betul, yg salah tuh salah.. ikut pandangan aku laa sebab aku takleh pandang dgn mata org lain.. sebab tuh lepas malam debat tuh dan selepas review beberapa kali debat tuh kat internet, aku 'decide' utk tak ulas 'isi' debat tuh.. sebab 'nothing new' kecuali bab amik 2billion dari IPB.. and i also doubt some of his statistic.. tok shahrir pun dah jawab banyak.. but thats not the point..
aku cuba nak cuit sikap ahli parti mata lebam dan simpatisannya terhadap abuya anwar.. bukan aku menyamakan abuya anwar dan abuya ashaari.. tapi sikap para pengikutnya.. read on and digest..
kalau dulu pengikut arqam begitu taksub pada abuya ashaari hingga apa saja yg org kata buruk psal abuya ashaari nih diorg tak terima.. apa saja yg abuya ashaari buat semuanya elok di mata diorg.. sempurna.. waima lepas abuya ashaari buat kenyataan arqam tak betul dan kemudian setelah lepas ISA dia cakap itu strategi, pun pengikut dia terima dgn penuh perasaan..
apa bezanya dgn pengikut abuya anwar? mari sama2 kita renungkan..
ok laa tak terima tuduhan liwat tuh.. tapi tak perlu laa buat penghakiman awal.. tak percaya polis.. tak percaya sistem kehakiman.. semua tak percaya.. tapi masih duduk aman kat malaysia.. kalo tak percaya pun cakap sekali sudahlah, org paham, org lain pun tak percaya.. tapi jangan guna itu sebagai alasan utk semua benda.. apa jadi kalo semua rakyat malaysia pun ikut sama tak ikut arahan polis sebab tak percaya sistem keselamatan polis?
ok laa polis tak patut tangkap abuya anwar cam tangkap abuya ashaari.. tapi bila buat 'press conference' kata sakit tulang belakang tidur atas lantai lokap.. what you expect? its a lock-up.. semua org yg masuk lokap kerana direman polis mmg belum bersalah tapi semua org tuh mmg tidur atas lantai simen.. tapi cuba lihat reaksi pengikut2 abuya anwar nih.. hentam polis terus.. theres a line between between concious, unconcious and sub-concious..
ok laa tok mat sabery jelas tak menang debat.. its obvious.. tak perlu laa nak kutuk buih mulut tok mat sabery tuh sampai berminggu2.. ini ker jemaah yg dok kata nak perjuang bangsa dan agama? ini ker cara perjuangan dan cara agama? perlukah kita rasa bangga bila menang dgn org yg mmg kita tau akan kalah? kalo pun puak bendera keris dok kecoh buat kenyataan nak tutup ke'kalah'an tuh.. perlu ker ikut sama perangai macam diorg?
sekali lagi aku nak bagitau.. yg aku sebut kat atas bukan psal abuya anwar dan bukan juga sebab kita berpihak pada yg mana.. yg aku sebut psal apa yg berlaku dlm jemaah kita sekarang.. kita nih dah lari dari fokus asal.. kita nih dah mula bercakap dan bertindak mengikut arus.. aku pun tak minta org setuju dgn aku tapi aku berharap kita semua tetap tenang, tabah dan waras dlm satu perjalanan panjang yg baru kita mulai..
kalo kita ikut saga anwar nih dah meleret2.. dari kisah minyak, pilihanraya kecil, pm-to-be, mp bn loncat pr, gani patail, musa hasan, altentutaupunya, liwat, sumpah, alibi, dna, debat, tidur atas simen, kena telanjang, ukur kelamin, etc.. satu jer yg aku tak pasti.. apa yg dia buat sebenarnya..
kalo dia nak jadi pm, dan ikut apa yg dia dah kata, dia boleh buat bila2 masa saja.. dia boleh pilih salah satu kubu kuat pkr dan bertanding, a sure win.. pastuh mp bn yg dah setuju dgn dia leh loncat parti and pr can lead parliament.. dia tak perlukan sokongan rakyat satu malaysia utk realisasikan plan dia tuh.. but then some people said he is waiting for the right moment.. timing.. 'right moment' yg macammana? apa lagi yg dia tunggu? dia boleh buat semua tuh dlm masa lebih kurang 1 bulan dan bulan depan dia leh turunkan minyak.. but what is he waiting for? dia kata dlm 2 bulan, keadaan akan parah, inflation will strike high and hit the rakyat.. dan skrg dah sebulan minyak naik.. kenapa tunggu lagi kalau dia boleh buat perubahan tuh?
begitu juga hikayat liwat.. siapa yg fitnah dia? aku tak nampak dia fokus berbanding hikayat 98 dulu.. dlm hikayat 2008 nih dia cuma hentam bapak menteri dan kerajaan.. tapi siapa yg dia maksudkan? dia pertikai semua proses kehakiman dan penyiasatan.. bila kerajaan respon dia kata mengganggu perjalanan mahkamah tapi yg aku nampak dia sedang buat pembelaan diri di luar mahkamah.. he is on road tour, not really bout telling the oil story but merely defending his own case on liwat.. kalo dia tak percaya sistem, macam aku dah cakap kat atas, dia boleh ubah sistem dlm masa 1 bulan.. then he can have the so-called 'fair trial'.. mengapa tak buat?
aku pun tak rasa dia perlukan populariti sebab mmg dia dah popular.. malah che det sendiri pun dah mengaku 'anwar masih relevan' pasca pru12.. kalau dia jadi pm maka akan lebih popular sebab tajuk akhbar antarabangsa ialah "perdana menteri dituduh liwat".. toksah citer laa media tempatan, sebab jika dia pm maka mmg dah sah laa muka dia tiap hari 'front-page', sekarang pun dah camtuh kan? maka kalo tak perlu populariti mengapa buat road tour seluruh negara? kalaupun nak buat penerangan, it would be more efficient if he do it as a pm.. kenapa ikut cara susah?
sebab tuh aku rasa ini bukan persoalan teknikal.. hanya sekadar persoalan politik.. cuma yg bermain dlm pikiran aku.. apa yg dia sedang cuba buat sebenarnya? ke dia tgh 'balas budi'?
cuba kita lihat balik alkisah sumpah nih.. mula2 kata boleh tapi tunggu masa yg sesuai.. masa awal2 tak sesuai ker? pastuh kuau fatwa qazaf maka tak perlu sumpah.. tapi kalo sumpah pun tak salah kan? lepas nih nak kata takleh sumpah sebab tanak ganggu proses mahkamah? tapi byk kali dah dia quote kata tak percaya proses mahmakah..
pastuh kita tengok lak hikayat dna.. beriya2 abuya anwar tanak bagi dna.. macam2 syarat keluar.. cuba lihat apa yg abuya anwar jawab:
just curious.. kalo dia bagi pun sekali lagi apa salahnya? kalo nak fabricate evidence, pakai sampel dna lama pun boleh kan? bahagian fabricated evidence nih pun aku tak paham apa yg abuya anwar dok kata tuh.. kalo tunjuk jubur saipul terpalit mani pun bukan org tau mani sapa.. dna test tuh akan keluar dlm bentuk report.. maka apa perlunya amik dna baru kalo sekadar nak buat report? kalo nak manipulasi nih, tak perlu dna baru.. tau2 dah ada dlm report saja.. bukan ker diorg yg kontrol semua tuh?"Saya tidak takut untuk memberikan sampel DNA saya. Akan tetapi bersihkan dahulu elemen-elemen yang merosakkan dalam polis dan agensi keselamatan lainnya! Jangan tahan orang tanpa bicara! Jangan menyuruh pegawai untuk berbohong bagi pihak kamu wahai bapak menteri! Yang takut bukan saya nampaknya tapi bapak-bapak menteri yang entah bila akan kehilangan kuasa. Dunia sedang menyaksikan komedi gelap bagaimana aparat-aparat pemerintah sanggup untuk memalsukan bukti demi memastikan segelintir terus memerintah." -ANWAR IBRAHIM
rasanya citer amik dna baru nih sepatutnya lebih pada menunjukkan kelemahan hospital, kerajaan dan polis dlm penyimpanan data perubatan.. pada pendapat aku diorg nakkan data dna tuh psal diorg tak simpan rekod atau tak jumpa rekod.. almaklum tuh kan kes 10 tahun.. dah masuk arkib.. yg pandai simpan rekod lama2 nih lhdn jer.. tau jer org tak bayar cukai lama2..
dan sapa yg dia maksudkan dgn 'bapak menteri' dan 'aparat pemerintah'? siapa sebenarnya yg dia tuduh fitnahkan dia kali nih? sebab rasanya dia tak rujuk pada pak lah dan kj.. maka siapakah dalang liwat yg dia maksudkan berada dlm kerajaan? mmg pada awal2nya dia ada cuba cuit2 2-3 org menteri malah timbul juga cerita perjumpaan sulit saipul dgn suspek terkini kasus altentutaupunya.. tapi hanya sekadar sampai di situ.. dia tak menyerang berterusan waima tak menyebut pun dalang sebenarnya.. takkan dia tak tahu, sebab dia pun selalu dapat lapuran risikan seperti dakwaannya dalam banyak perkara penting.. takkan kes dia sendiri yg sangat panas nih takder laporan risik?
satu lagi yg aku pelik.. mana pegi peguam2 melayu yg mewakili abuya anwar masa hikayat 98 dulu? kenapa skrg nih diorg tak involve? cuba tengok siapa lawyer2 hebat abuya anwar skrg nih? cuba perati betul2.. abuya anwar nih mintak nasiat siapa skrg nih?
yg terkini dia sedang sibuk usung macam2 dokumen utk kes lawan gani patail dan musa hasan.. its a simple case laa.. mmg kes tuh abuya anwar menang dah.. cuma nak balas dendam pada gani patail dan musa hasan yg dulu2 dok ikut sangat cakap tok ketua masing2.. tapi apa laa nak dihairankan org kerajaan mmg kena ikut cakap boss besar, sama ada suka atau tidak.. macamlaa abuya anwar takder pengalaman dahulu kala.. tapi takpa laa.. itu hak dia nak saman balik.. untung sabut tetap timbul, untung batu tetap tenggelam..
buat diri aku sendiri, dah tak penting sama ada dia betul2 liwat atau tidak.. itu yg tahu hanya yg terlibat saja.. mmglaa akan jadi maslahat umum sebab jemaah nak lantik dia jadi ketua.. jadi ketua kena bersih.. tapi skrg nih mmg dia dah 'bersih' dari tuduhan yg dikatakan 'fitnah' semata2.. dan aku pun tak sebut dia opportunist atau 'a culprit behind the scene'.. but is there anybody who care to tell me what he up to.. because this getting too political and annoying..
wallahualam..
salam,saya hamba biase,cuma saya harap anda berhati2 dengan ape yang anda tulis dan fikirkan....kerana anwar dan abuya mempunyai perbezaan yang ketara bagai langit dan bumi.....ape pun waallahua'lam
salaam.. baca balik pelan2 apa yg aku tulis.. kata 'abuya' tuh bukan utk bandingkan ashaari dgn anwar tapi membandingkan keyakinan dan kesetiaan pengikut kedua2nya.. wallahualam..