warna-warna malaysia


warna panas

minggu nih adalah antara minggu terpanas di tanah melayu walaupun tiap petang hujan turun menderu2.. selepas 10 tahun, walaupun berjuta org malaysia dah tak percaya dan berjuta lagi dah tak peduli, sorg lagi org lelaki melayu mengaku diliwat oleh org yg ada kes yg sama 10 tahun dulu.. tak berapa hari lepas tuanku blog petra buat akuan berkanun kata ada isteri org masa anak pompuan org mongol diletupkan.. maka berkisahlah teori konspirasi dalam konspirasi.. yg kesian duta turki tak psal2 kena mengadap menteri luar psal ada org ziarah rumah dia tanak balik.. yg nih rasanya teori konstipasi..

dibawah tajuk liwat yg besar tuh (mingguan malaysia jer buat tajuk besar psal liwat), ada dua gambar besar org kuat persatuan cina malaysia, ong dan chan, isytihar tak bertanding jawatan, walaupun sebelum nih kecoh dlm persatuan tuh kata ong dan chan nih sedang perkukuh sokongan.. bagus juga prinsip dia jadi ketua takleh lebih dari 2 tahun, bukan 25 tahun..

berbeza nada dengan tok ketua majlis india malaysia dan pertubuhan melayu bersatu.. padahal sama2 kalah besar lebih 100 hari yg lalu.. apalagi bila calon rasuah naib presiden pertubuhan melayu bersatu pun dah bebas.. sebebas mantan boss petugas khas yg buat laporan liwat nak buat pilihanraya kecil.. elok buat masa tgh panas nih.. kang masuk penjara lagi kena tunggu lagi.. kesian tgok mama wan penat menjawab..

warna suam2 kuku

minggu lepas nasib baik sorg lebai sekolah pondok tak masuk lokap psal naik motor tak pakai helmet.. bukan psal serban tuan lebai tak cukup kuat berbanding turban tuan singh apalagi nak banding dgn helmet.. tapi lebai nih tak cukup umur nak banding umur purata status haji dan hajah.. bukan polis takut kepala lebai pecah kalo eksiden (dgn izin) tapi takut nanti serban lebai jadi punca gerakan revolusi.. tapi lagi nih isu hangat2 taik ayam saja, org bukan kisah sangat psal serban dan jubah, lepas sehari dua suam laa citer nih..

begitu juga tiba2 panas euro cup (dengan izin) jadi suam2 kuku.. andaikata turki jumpa rusia pada perlawanan akhir, mau malu satu eropah.. tapi itu semua tak berlaku.. sama macam nasib penaja biru yg minta fatwa halal judi 100 hari.. mungkin rezeki turki dan rusia tak sebaik 4 org pemenang camry tuh.. yg pasti sepanyol dah dinobatkan sebagai pasukan paling pandai main bolasepak kat eropah.. tapi itu pun dah tak sepenting kedah menang piala fa dengan gemilang..

warna pakatan

nih bila sebut kedah, kecoh kerajaan pertubuhan melayu bersatu bila kerajaan negeri utara persatuan Islam se-tanah melayu kata nak tebang balak.. ustaz yg jadi menteri besar tuh kata baru rancang saja, dah kecoh.. agaknya sebab tuh laa mantan tok batin ibnu toyo buat diam2 dulu.. tanak kecoh2..

parti bertindak demokratik pun takut jugak ustaz tuh nak tebang balak kat kwsn tadahan hujan tuh.. almaklum pulau dia dapat air dari negeri ustaz tuh.. tapi tak demokratik laa kaco pentadbiran kampung org.. walaupun tok batin pertubuhan melayu bersatu tuh jiran dia juga yg dia dok meluat, tapi takkanlah ustaz tuh tak tahu nak jaga kebajikan jiran.. wakil harbi parti demokratik dan parti keadilan pun dia tolong kempen kan?

sama juga kecoh bila menteri besar persatuan Islam se-tanah melayu perak luluskan hakmilik tanah kg baru 999 tahun, padahal tanah reserved (dengan izin) kampung2 lama org melayu paling kuat pun 99 tahun saja.. kita tgok laa camna jadinya kalo parti keadilan rakyat negeri terkaya di tanah melayu pun ikut sama..

warna prestasi

satu berita yg kurang seronok telinga aku dengar dan mata aku tgok ialah statistik yg keluar masa tok batin perdana merangkap bentang report card (dengan izin) separuh penggal RMK-9.. besor graf tunjuk jumlah org melayu skrg 16.35juta org (60% dari penduduk tanah melayu yg berjumlah besar 27.23juta org) berbanding cina (6.2juta) dan india (1.86juta).. yg aku tgh terpikir2 dari 60% tuh berapa agaknya betul2 org melayu dan termasuklah memikirkan angka 2.53juta org lagi bukan warganegara..

tapi bukan itu yg aku tak seronok, dahi jadi berkerut2 bila baca kadar kemiskinan turun ke 3.6% secara keseluruhan tetapi pegangan ekuiti melayu hanya sekadar 18%.. apa dah jadi pada dasar kapitalisme pertubuhan melayu bersatu.. sasaran pun sekadar 30% saja.. juga berbeza dari target (dgn izin) nisbah pendapatan 1:1.5 berbanding cina..

camna nak achieve target (dengan izin) peningkatan lebih 10% dlm masa dua tahun nih kalo sibuk dgn target (dengan izin) nak tingkatkan penguasaan 1% etnik india dlm pegangan ekuiti dan belum lagi segala peruntukan dah dilambakkan ke malaysia timur? tuh belum citer kalo kadar kemiskinan ditetapkan pada pendapatan RM1,500, maka peratus tuh naik jadi 20% katanya.. emm.. ini bukan report card 100 hari(dengan izin)..

warna warni

walaupun kelakar tgok tok batin pertubuhan melayu bersatu senyum sampai telinga bila parlimen lulus usul kenaikan harga dalam keadaan dah seminggu rakyat naik minyak bersama tokeh2 stesen minyak, tapi berita yg paling seronok minggu nih ialah akhirnya usul abe mat marang utk berbini empat akhirnya diluluskan.. malu2 kucing abe mat kena kejar dgn wartawan tapi senyumnya yg bersimpul2 dah semanis madu.. tahniah atas kemenangan perjuangan abe mat dan isteri2nya.. perjuangan org lain belum selesai lagi..

ps: warna tambahan..

warna subsidi

kerajaan persekutuan pertubuhan melayu bersatu nak bagi subsidi pasang talipinggang keter tempat duduk belakang yg dah diwartakan, mula bulan ogos anak2 yg tak pakai talipinggang kena saman..

kerajaan negeri kelantan persatuan Islam se-tanah melayu cadang nak bagi subsidi pasang tong ngv kat keter kalo dah ada syarikat minyak yg nak tolong carigali gas kelantan..

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008