Showing posts with label syukur. Show all posts
Showing posts with label syukur. Show all posts

kejayaan itu hanyalah suatu kebiasaan




seorg sahabat mengatakan bahawa, "kejayaan itu adalah kerna suatu kebiasaan."

maksud dia, kita berjaya kerna kita dah biasa melakukan perkara2 yg dilakukan oleh org yg telah berjaya.. maka dgn itu maka kita juga boleh mengatakan 'kaya itu adalah kerna kebiasaan' dan miskin juga adalah kerna kebiasaan kita melakukan perkara2 yg org miskin lakukan..

bagaimana pula dgn org yg berlagak macam org kaya tapi sebenarnya tak juga kaya-raya?

dia jawab, "org yg betul2 kaya berlagak ker? org kaya beli keter mahal sebab nak tunjuk kat org dia kaya ker? dia beli ruah besar sebab dia nak hidup selesa, dia tak peduli pun ko suka atau tidak dgn rumah dia, yg penting dia suka.. org miskin pulak beli keter supaya org lain suka, walaupun dia sendiri tak suka, nak kena bayar bulan2 kat bank banyak, kalo rosak mau demam seminggu, tuh yg bila tergores jer melenting, bukan psal sayang keter tuh tapi sebab mahaaalnya nak betulkan balik.."

ramai dari kita salah memodel.. yg harus kita modelkan dari org kaya ialah sifat dia sblm dia jadi kaya. perangai dia yg buat dia jadi kaya. bukan sifat dan perangai setelah dia kaya. ini yg tersasar dalam memodel sesuatu. tapi kawan aku sorg lagi kata dia dah buat tapi tak jadi pun? kawan aku jawab dgn muka seposen, "sebab sifat dan perangai dia belum jadi sifat dan perangai ko. belum jadi kebiasaan ko."

apa yg kita terlupakan? dalam memodel kita harus peka terhadap rasa. ini intinya. sama ketika visualisasi aka berangan. kena ada rasa. bila kita kata kita nih nak ikut solat Nabi saw, ada tak rasa macam jadi makmum Nabi saw? selain perlakuan kita, rasa kita kena sejajar juga.

satu lagi ialah bahagian tawakal. kalau dalam ilmu kawan aku namanya 'break state'.. maknanya setelah buat solat hajat, kita kena serahkan bulat2 pada Tuhan. insya-Allah makbul. bila dah tawakal jgn pikir lagi. hanya buat apa yg perlu kita buat, insya-Allah Tuhan akan buka jalan.

lebih mudah nak terang macam nih.. katakan kita berangan nakkan suatu benda, kita usaha sepenuh hati dan kita doa dgn rasa ingin yg hebat, ini ditandakan semua bayangan itu mmg napak jelas atau terasa dah dapat.. setalah kita mengaminkan doa tersebut serah pada Tuhan, maknanya toksah pikir lagi.. tak payah nak ingatkan diri kita benda tuh setiap 10minit.. hanya percaya tulus Tuhan akan kabulkan.. yg seterusnya Tuhan punya kerja, kita jalani hidup kita seperti biasa. dan aku percaya ramai yg tiba2 disuatu hari dalam hidupnya mendapat apa yg dia hajati dan teringatlah dia bahawa mmg dia pernah doa begitu pada Tuhan..

'break state' ini adalah cara membiarkan program yg kita buat tadi, waktu berdoa atau melakukan sesuatu, dijalankan secara bawah sedar.. sepertinya program2 dlm windows yg aktif secara 'background'.. yg penting dlm proses ini ialah program yg kita tanamkan dalam bawah sedar kita benar2 mantap.. dalam memodel sesuatu, pergerakan fizikal berfungsi sebagai 'anchor' yg memicu program2 bawah sedar ini.. ini maksud menjadikannya kebiasaan..

seorang anak miskin akan terus mewarisi kemiskinan keluarganya kerna dia melakukan kebiasaan yg dilakukan oleh keluarganya yg miskin.. ketika dia menyedari bahawa wujudnya org kaya dan mulai memodel dan memprogram ulang bawah sedarnya, dia akan melakukan kebiasaan yg baru.. apa yg aku nak citer sebenarnya?

lihat anak2 kita.. apakah kebiasaan yg dipunyainya? kalau dia nakal, jgn marah dulu, tapi cuba kaji kenakalannya itu kerna memodel siapa? tidak mungkin seorg anak kecil memulakan perkara baru tanpa pengaruh dari yg sudah ada.. maka itulah yg perlu kita perbaiki jika perlu, bimbing dan jelaskan supaya dia mengerti, dalam ertikata 'reframing' semula maklumat yg dipunyainya dan memprogram ulang kebiasaannya..

sama juga dgn diri kita, org dewasa mungkin melakukan perkara yg sama tetapi dgn tujuan yg berbeza.. ini bergantung pada 'database' pengalamannya. dan 'databse' ini bergantung pada apa yg dimodelnya. makanya kita sering dengar 'belajar kena ada guru, kalau tidak sesat'.. apa maksudnya?

ketika kita memodel org kaya contohnya, dia beli keter mewah, kita pun beli keter mewah.. tapi kenapa dan apa rasanya berbeza kerna 'database' kita berbeza.. ketika memodel kita harus memahami 'database' org yg kita model.. sama seperti memodel Rasulullah saw.. kena baca dan faham sirah sblm buat sunnah2nya.. (tapi buat sunnah sblm baca sirah pun boleh ;))..

kenapa Nabi saw sangat menyayangi keluarganya? baca sirah tentu kita akan faham.. kenapa Nabi saw melakukan itu dan ini, baca sirah semua dah terbentang.. sama dgn ayat2 Quran, kena baca juga asbabun nuzul, supaya faham kenapa ayat tuh turun.. kerna ketika kita memodel sunnah Nabi saw, kita harus mampu merasakan apa yg Nabi saw rasa ketika itu, sekurang2nya apa yg kita rasa2 Nabi saw rasa ketika itu.. bila buat sunnah, kena ada rasanya.. sama macam bila solat kena bayangkan kita sedang solat di masjidil haram, ini kenapa sejadah selalu ada gambar kaabah.. kalau takleh nak bayangkan, kena rasa seolah2 kita kat sana..

ini inti memodel kejayaan.. al-falah.. sekurang2nya 10 kali kita dengar setiap hari.. marilah menuju kejayaan.. ke mana tuh? apa asosiasinya? kena jadikan kebiasaan.. nak jadikan kebiasaan nih ada sahabat sampaikan kat aku kena buat 40 hari berturut2.. lepas 40 hari dah tak pasan dah kita buat benda tuh, program bawah sedar dah mantap.. cuma lepas tuh jangan pula buat kebiasaan lain yg leh menindan (overlap) program tuh.. ada pula sahabat kata 10 hari dah cukup utk jadi kebiasaan, 40 hari tuh utk memantapkan..

maka begitulah, nak jadi org baik kena biasakan jadi org baik.. nak pakai tudung kena biasakan diri pakai tudung.. nak nak jadi jahat pun sama, biasakan ikut org2 jahat nescaya kita akan berjaya jadi jahat.. mengumpat tuh pun sebab terbiasa.. biasakanlah diri bangun dan buat2 sibuk ketika org mula mengumpat, nanti jadi kebiasaan kita menghindar org2 mengumpat.. kuncinya ialah berulang2.. ulang supaya jadi biasa.. alah bisa tegal dek biasa.. mulakan dgn yg mudah2.. tak payah paksa diri buat yg susah2..

aku sebut nih sebab berubah itu hijrah.. hijrah itu sunnah.. keluar dari kampung itu sunnah.. rasa rindu kampung dan balik ziarah itu pun sunnah.. mari hijrah dari kebiasaan baikk kepada kebiasaan yg lebih baik.. kita cari org yg lebih baik tu dan jadikan dia model.. bila tak faham, kita tanya, jgn paksa.. kena bersangka baik walaupun kita tgok macam tak baik.. sebab setiap org itu baik.. dan jangan sibuk bagitau kat diri kita.. break state.. serahkan pada Yang Maha Kuasa.. tawakal insya-Allah makbul..

maka toksah rasa heran kenapa org lain begitu dan kita begini. kebiasaan dia tak sama dgn kebiasaan kita.. walaupun kadang2 buat benda yg sama.. kenal diri sendiri itu bermaksud tahu apa yg kita dok rasa masa kita buat sesuatu.. mula peka pada diri kita.. bila rasa sesuatu, lihat perubahan fizikal.. itu semua 'anchor' yg kita tak pasan.. kita dok ulang2.. macammana nak pasan kalo 80% apa yg kita buat tuh bawah sedar kan? ;)
Read On 0 ulasan

erti nilai 'kedekut'




waktu aku sekolah rendah dulu, kawan2 aku pakai kasut warrior (kasut sekolah paling cool zaman tuh) tapi aku tengok jer, sebab aku hanya ada dua kasut, satu bata dan satu lagi fung keong. ada satu masa tuh aku kumpul duit belanja tiap2 hari (kantin sekolah tuh nenek aku yg meniaga so leh laa makan free) dan beli kasut plastik harga RM5 sbb aku dah sampai tahap malas nak sapu kapur bagi putih semula lepas balik dari main bola kat sekolah.

di sekolah menengah, hampir semua kawan2 pakai seluar jean, seluar jean yg pertama aku beli masa tingkatan dua dari bundle harga RM40, macam nak pensan aku kumpul duit. kasut masih pakai kasut sekolah, dah upgrade pakai kasut macam warrior tapi versi yg murah. (aku lupa jemananya) kasut jalan yg paling canggih pertama aku jenama puma, tuh pun sebab jumpa ntah kasut sapa tertinggal kat kebun durian.

bapa aku bukanlah org miskin. bapa aku cikgu dan ada kebun kelapa sawit. ada kereta dan mak aku tak kerja. aku masih teringat suatu hari tuh nak raya, bapak aku suh aku pilih baju sendiri, aku pun konon2 acu baju western (masa tuh baju nih tgh fofular) harga dlm RM20, bapak aku kata mahal. kat pasar leh dapat baju 3 helai harga RM10. marah aku masa tuh, tak payah la suh pilih kalo byk syarat. akhirnya bapak aku beli jugak sbb mak aku pujuk. (dan sbb aku dah tarik muncung sedepa setengah hari bulan puasa tuh) dia bayar dgn merungut2.

masa tuh aku cukup heran dgn 'kedekut' bapak aku. padahal kawan2 aku yg bapak toreh getah dan tanam padi pun pakai seluar jean levis dan kasut kulit mcm2 jenama. masa aku belajar pun sama, toksah la aku nak berangan nak mintak kat bapak aku, kalo nak aku kena kumpul dan beli sendiri. sampaikan masa aku mula2 kerja sebagai guru ganti pun aku takder baju, aku pakai baju2 lama bapak aku masa muda2 dgn satu2nya kasut kulit yg aku ada. tumit pun senget kena heret bertahun2.

teringat masa sekolah dulu masa sepupu2 pakai beskal chopper, aku pakai beskal besor, kawan2 main bmx, aku tetap pakai beskal besor tuh sampai laa aku spm. mmg kolot gila laa aku nih. tak bercampur dgn org gamaknya aku nih masa kecik2 dulu macam michael jackson. konsert2 rock nih mana aku ada duit nak gie, kecuali masa sekolah dulu kumpul duit nak gie tengok search tapi takder duit nak naik teksi maka jalan kaki sampai nak tercabut lutut gie stadium. yg selalu gie konsert 60an kat stadium depan umah ikut pakcik aku, tuh pun psal free.

waktu aku bawak bapak aku gie jalan2 kat bandung, dia sibuk bawak calculator ke hulu ke hilir, asik duk convert harga. sekali tuh makan ramai2 kat satu restoran sunda, semua org dah masuk keter, dia masih dalam kedai duk tanya satu2 harga makanan. mahal katanya. aku senyum jer.

rasanya dah jadi tabiat aku pulak sekarang nih. di zaman semua kawan2 letak handphone blackberry atas meja, handphone aku laa yg paling outdated. org beli baru, aku hanya tukar casing baru. bukan tak mampu beli cuma rasa tak berbaloi. 'kedekut' bapak aku dah menurun kat aku agaknya. aku beli kasut setahun tak sekali, pakai sampai hancur atau hilang kat masjid, baru aku beli. kdg2 aku pulak heran tgok org ada byk kasut. bila masanya diorg nak pakai?

sebab tuh bila org citer psal kereta, aku tak reti nak sembang. bagi aku nak buat apa pakai keter canggih2, ye laa sebab aku mana reti apa yg canggih dan aku pun bukan laa berani sangat nak bawak laju2 atau nak drift. maka puaslaa aku kena kutuk sekampung sebab masa org lain beli keter honda aku beli keter kancil. herannya bila aku beli honda secondhand aku dulu, sedara2 pulak tukar keter kancil, saja jer laa nak pekena aku tuh.

masa raya ari tuh aku duduk membelek rumah aku. takder apa sebenarnya dlm rumah aku. rumah pakcik aku masuk cam rumah menteri, siap dgn taman mini depan rumah. rumah biras aku takyah cakap laa, dia kontraktor kelas A. kdg2 malu nak mengaku rumah aku jgnkan wi-fi, astro pun takder, so korg jgn citer laa PS atau xbox, jadi jakun anak aku kalo jumpa, aku pun sama.. hehe.. mainan anak2 aku hanya satu bilik penuh buku, ok ada laa anak patung dan mainan2 yg ntah hapa2. anak jantan aku baru beli keter remote control, tuh pun puas aku bagi semangat, sebab dia kata keter RM39 tuh mahal giler. yg pandai shopping hanya anak dara aku, tuh pun dia dah set bajet dulu kat umah berapa banyak nak guna.

pernah satu masa aku berkenan nak belikan anak aku baju harga RM50, buntang biji mata dia, mahal takyah beli katanya. sampai aku pun heran yg nak kuau duit nih aku ker dia? dia pulak nasihat aku, "mama kata jgn membazir, papa cari duit susah, kena tinggal kitorg, kalo habiskan nanti lagi lama papa kena kerja tak balik2"

satu ketika aku duduk sarapan dgn bapak aku kat belakang umah, aku bgtau dia bahawa dulu masa aku kecik mmg aku kata dia kedekut, tapi aku faham sesuatu. bapak aku ajar aku tentang nilai. dan bukan hanya nilai sesuatu barang, aku belajar menilai akan erti hidup. bahawa aku tidak perlu menjalani hidup org lain melainkan menjalani hidup aku sendiri. mungkin ipad, mediabox, hdtv, dan segala macam jenama ternama penting bagi org lain, yg penting bagi aku selesa dan mmg aku nak pakai. dan yg lebih penting sekali bagi aku sekarang, isteri dan anak2 aku. dammit! jadi citer lain pulak. isk.




Read On 1 ulasan

mencipta impian dengan bersyukur



setiap kali aku bertemu orang yang sudah berjaya mencapai impian mereka, aku akan bertanya bagaimana caranya untuk berjaya dalam mencapai impian.. dan jawapan yang sering aku terima ialah 'buat apa yang aku suka'.. alasannya ialah apabila aku buat apa yang aku suka maka aku tidak akan merasa terpaksa dan akan melakukannya dengan lebih baik dan akan mendapat lebih banyak dengan lebih mudah..

contohnya jika berkisah tentang pekerjaan vs perniagaan, aku harus buat sesuatu yang aku suka dan minat.. kena cari jalan bagaimana sesuatu yang aku minati itu boleh memberi hasil dan pendapatan untuk aku..

pada suatu petang yang damai, seorang jutawan memberi jawapan yang berbeza perspektif.. katanya, melakukan apa yang aku suka bukanlah satu2nya jalan untuk mencapai impian.. apa yang lebih penting ialah 'suka apa yang aku buat'.. cari jalan bagaimana aku mampu menyukai apa sahaja yang aku lakukan..

aku teringat beberapa temanku yang menghadapi cabaran hidup.. mengeluh betapa mereka mengambil jurusan yang tidak mereka minati ketika di universiti.. tertekan kerana terpaksa melakukan pekerjaan yang tidak mereka minati.. merasa tidak menjalani hidup mereka yang sebenarnya.. bagaimana mungkin mereka mahu mengubah jalan hidup yang sudah mereka tempuh hanya untuk mendapatkan sesuatu yang mereka suka?

tidak semua manusia mempunyai keberuntungan untuk mengubah apa yang mereka miliki dan jalani dengan berpindah melakukan hanya yang mereka sukai.. namun keberuntungan itu boleh dicipta dengan membuat re-framing terhadap apa yang sudah mereka miliki dan sedang mereka jalani.. dengan cara menyukai apa yang mereka miliki dan jalani..

ini konsep syukur.. bukan sekadar berterimakasih pada Tuhan dan menghargai hidup.. syukur itu ialah dengan mencintai apa yang sudah aku miliki dan apa yang sedang aku jalani.. dengan mencintai hidup aku sekarang (syukur), aku tidak merasa terpaksa (ikhlas), dan akan lebih merasa bahagia dan tenang (khusyu'), seterusnya aku bertambah yakin akan mendapat apa yang aku doakan (tawakal), yang menjadikan aku lebih dekat dengan Tuhan (iman).. subhanallah..

suatu waktu dulu, seorang sahabat berpendapat perkahwinan yang paling bahagia ialah apabila dapat menikahi orang yang paling kita cintai.. bagaimana jika isteri atau suami yang kita sekarang bukanlah orang yang paling kita cintai dulu? pasti kita merasa terjebak dan tidak sepenuhnya bahagia.. tapi bagaimana jika kita memilih untuk tidak menikahi orang yang kita cintai, sebaliknya mencintai orang yang kita nikahi?

dalam banyak situasi kita tidak dapat memilih untuk berada dalam keadaan yang kita suka.. dan kita tidak dapat mengubahnya.. traffic-jam, tekanan kerja, kutukan dan makian orang.. tapi bagaimana jika kita menikmatinya? menyukai traffic-jam sebagai satu cara untuk bersendirian.. menyukai pekerjaan kita dan seronok walaupun gaji kecil.. menganggap kutukan dan makian orang itu satu nasihat untuk memperbaiki diri.. kita mampu ubah semua itu..

bukankah penat itu tandanya kita punya kudrat utk bekerja.. bukankah sakit itu tandanya kita selalu sihat.. bukankah susah itu tandanya kita sering senang.. mensyukuri semua yang dijadikan untuk kita itu nikmat.. makanan yang kurang menyelerakan itu adalah sedap jika kita berusaha menyukai dan menikmatinya..

maka cintailah hidup anda sekarang, kerna dengan mencintai hidup anda membina hidup yang anda sukai.. dan itu lebih mudah dan lebih cepat daripada mencari hidup yang anda sukai.. mencipta impian dengan mencintai, lebih indah daripada memburu impian dengan mencari apa yang anda sukai.. semuanya sudah tersedia, sungguh Tuhan Maha Mengetahui dan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang telah sedia memberi apa yang kita perlu dan mahu.. hanya saja jika kita mahu mengetahuinya.. maka nikmat apakah lagi yang mahu kita dustakan?

wallahualam.
Read On 0 ulasan

thuma'ninah hati



arakian bertanyalah seorang sahabat kepadaku akan makna sabar.. aku tak pandai nahu bahasa arab, nak cakap arab pun aku tak pandai.. maka nak terjemahan secara tepat aku tak tahu, cuma aku kata mengikut pengertian yang aku tahu ada dua definisi..

satu, menurut ar-Raghib al-Ashfahani, menahan dalam kesempitan.. dua, menurut ibnu al-Jauzi, menahan diri dari apa yang dinginkan.. kata2 ini berbeza mengikut situasi.. ketika diuji musibah, maknanya menahan diri dan berlapang dada dari perasaan sedih, risau, menyesal dan gelisah.. dalam keadaan perang, ia bermaksud nekad dan berani.. dalam al-Quran ada juga dikonotasikan sabar ini dengan kata 'berpuasa' (shaum)..

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar (berpuasa) dan mengerjakan shalat; dan sesungguhnya yang demikian itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyu';" [2:45]

ada tafsir yang menjelaskan ayat di atas dengan mengatakan bahawa sabar itu ketaatan secara batin dan shalat itu ketaatan secara zahir.. sesungguhnya yang kedua itu merupakan yang paling berat.. bilamana kedua2 itu dapat dikerjakan maka , ibadah yang lain akan menjadi lebih mudah.. insya-Allah..

seorang sahabat pernah menjelaskan aku akan tiga macam kesabaran..
  1. sabar menghadapi musibah
  2. sabar dalam ketaatan (kepada Allah)
  3. sabar ketika menghindari maksiat
dimana yang terkemudian itu lebih berat dari yang sebelumnya..

dia bertanya pula bagaimana nak bersabar? merujuk semula ayat al-Baqarah:45, maka jalannya ialah khusyu'.. maka khusyu' pula biasanya diterjemahkan sebagai 'merendahkan diri'.. kata khusyu' ini kebiasaannya digunakan lebih kerap tatkala menjelaskan ibadah shalat..

maka bagaimana mengaplikasikan khusyu' dalam kehidupan seharian? ada seorang sahabat menjelaskan bagaimana thuma'ninah dalam shalat boleh mendatangkan khusyu' dalam shalat.. dan betapa penting thuma'ninah hingga menjadi fardhu dalam shalat..

dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah saw masuk ke masjid, kemudian masuklah seorang lelaki, lalu dia memberi selawat dan salam kepada Nabi saw maka baginda membalas (salamnya), lalu baginda berkata, "Kembalilah shalat, kerana anda belum shalat", lalu ia kembali shalat seperti shalat sebelumnya.

Kemudian datanglah ia memberi salam kepada Nabi saw, lalu baginda berkata, "Kembalilah shalat, kerana anda belum shalat" tiga kali, lalu berkatalah (orang itu), "Demi (Allah) yang mengutuskan anda dengan sebenarnya, saya tidak dapat (shalat) lebih baik dari itu, maka ajarilah saya."

Maka berkatalah baginda, "Apabila anda berdiri untuk shalat bertakbirlah, lalu bacalah ayat-ayat Quran yang mudah bagi anda, lalu ruku'lah sampai istirehat dalam ruku' itu, lalu bangkit sehingga berdiri lurus, lalu sujudlah sampai istirehat dalam sujud, lalu perbuatlah demikian dalam shalat seluruhnya."

(HR Bukhari dan Muslim)

diam.. itulah tafsiran sependapat empat mazhab fiqh mengenai thuma'ninah.. dan jika thuma'ninah mampu mendatangkan khusyu' dalam shalat maka sudah tentu 'diam' juga mampu mendatangkan khusyu' dalam sabar.. maka ketika sama ada anda diuji dengan musibah atau diduga dalam ketaatan atau digoda dengan maksiat, lakukan thuma'ninah.. iaitu diamlah sampai merasa istirehat, sebelum melakukan apa yang patut anda lakukan..

diam sampai merasa istirehat itu maksudnya tenteram.. adakah diam itu hanya diam dan hening? ruku' dan sujud itu berserta zikir.. thuma'ninah itu juga beserta zikir.. zikir itulah yang mententeramkan hati seperti firman Allah swt dalam surah ar-Ra'd:28.. zikir itu bertujuan mengingat Allah.. puji dan syukur.. maka thuma'ninah bermaksud itu diam mengingat Allah swt..

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. " [13:28]

bila kita sebut psal thuma'ninah hati.. ceritanya berkait dengan niat.. demikian pula yang sudah kita ketahui, hati manusia yang berbolak-balik dan bagaimana niat jahat belumlah tercatit dosa sehingga dilakukan.. thuma'ninah lah setelah punya niat.. ini cara kita menyelaraskan niat kita dengan perbuatan kita.. jika kita tenteram dengan niat tersebut insya-Allah.. kerna kebaikan itu menimbulkan ketenteraman dan maksiat itu membangkit gelisah dalam hati..

wallahualam..




Read On 0 ulasan

membuat keputusan


"kau mahukan kejayaan?" soalan klise seorang sahabat..

kenapa aku kata klise? dah berjayakah aku? tak bawa makna apa2kah perkataan itu dalam hidup aku? atau aku anggap perkataan 'berjaya' tuh hanya mimpi? atau aku ada label lain mengenai kejayaan? - aku yang ignorance..

"jika kau mahu kenapa kau tak ambil? bukankah kejayaan itu hak engkau?"

aahh.. hidup aku nih ok dah.. ada rumah ada keter.. apalagi aku nak? cuma memang kadang2 pening kepala bila masuk bab duit.. makin banyak makin tak cukup pulak.. makin nak cari makin banyak pulak kena berkorban.. kena tinggal anak bini.. bila jumpa tau2 anak dah besar.. tak dapat nak ajar diorg baca Quran tiap2 hari.. nak berenti kang tak makan pulak.. nak kata comfort zone rasa sengsara pulak.. maka tahan2 aja laa apa yang rasa sekarang.. nak kata aku bodoh idea banyak.. nak jalan jer tak reti.. asik pikir takder action.. abis tuh malulah nak buat benda yg ntah hapa2.. kang org kutuk, aku bukan tahan.. nak meniaga, mana reti.. kang rugi lagi haru.. - aku yang menipu diri sendiri..

"apa yang perlu berlaku supaya kau mula bertindak menuju kejayaan kau?"

kena ada modal laa.. kurang2 kalo takder pendapatan setahun boleh survive lagi.. pastuh hutang kena habis bayar.. barulaa senang hati nak mulakan.. tapi dah belas tahun kerja tak dapat pun aku kumpul camtuh.. ada saja yang berlaku.. nak bayar hutang sekali derap dari mana duitnya.. asiklaa dok adjust duit gaji.. invest sana sini pun berlobang sana sini jugak.. kalo ada kawan boleh jugak laa gagah2 nak buat sama2.. sorang2 tak berani.. tapi kalo aku tak berani kawan2 aku lagi laa tak berani.. eh.. aku yang nak berjaya ker kawan2 aku yang nak berjaya? - aku yang penakut dan banyak alasan..

"buat keputusan engkau hari ini"

keputusan amende.. dah hidup aku camnih.. nak tanak jalani saja lah.. syukur jer laa apa yg ada.. kaya pun bukan hati senang.. tapi tak kaya pun mmg confirm hati tak senang.. nak kata syukur pun kerap mengeluh.. buat2 syukur dah laa.. dah takdir aku camnih.. - aku yang salahkan Tuhan..

ini semua self-talk dalam diri aku.. once upon a time.. cara otak logik aku menipu dan merompak impian aku.. blum lagi bila sekeliling aku pun beri jawapan serupa.. makin percayalah aku.. nih mental orang merasa pandai tapi bodoh sebenarnya..

aku tanya pada diri aku, "inikah hidup yang aku mahu?"

kita boleh beri seribu alasan kalau kita taknak.. tapi jarang sekali kita bagi alasan utk kita nak sesuatu.. bila kita nak, tanpa alasan pun kita buat.. tak perlu reasoning dgn diri kita sendiri.. maka hari aku bertanya pada diri aku aku tanya balik apa alasan aku untuk dapatkan hidup yang aku mahu.. sanggupkah aku bersusah payah beberapa tahun utk dapatkan impian aku setelah itu?

aku teringat kata2 seorang sahabat aku, "nak buat jahat nih senang, banyak org nak tolong.. nak buat baik sapa pun tanak tolong.. kena buat sendiri.."

sanggupkah aku dimalukan, diperli, diejek dan dikutuk? sanggupkah aku lakukan sesuatu yang orang lain tak lakukan? kuatkah aku untuk menghadapi segala cabaran, dugaan dan rintangan? benarkah aku mahu mengubah hidupku, hidup orang2 yang aku cintai dan hidup orang2 di sekeliling aku? sanggupkah aku melakukan apa yang aku percaya betul seorang diri?

malam tadi aku melihat bukti.. orang2 yang hebat yang telah berjaya mengubah ribuan hidup orang lain.. from zero to hero.. terbetik dalam hati aku, "itu aku." maka alasan apa lagi yang mahu aku cipta?

aku pandang gambar isteri dan anak2 aku.. gambar ibu dan bapa aku.. gambar mertuaku.. ini orang2 yang aku cintai.. yang tetap sabar dan menyokong aku dalam keadaan apa pun..

aku pandang ke cermin dan aku bertanya pada orang di dalam cermin itu, "kalau bukan sekarang, bila lagi?"

Read On 0 ulasan

terima kasih Tuhan..


setelah sekian lama tetiba hari nih aku bersetuju dgn diri aku untuk menonton wayang.. preview yg aku cari dr internet pun sekerat jer aku tengok.. sinopsis aku baca pun macam aku tak paham.. tapi aku ikut jer hati aku hari nih.. ada beberapa sms masuk yg mengusutkan hati.. so what the heck.. aku pun perlukan temporary diversion.. beli tiket, coke dan pop-corn, aku pun masuk panggung wayang..

'the book of eli'.. denzel washington.. (ada subliminal message dlm citer tuh, maka hati2 bila menonton..) kisahnya 30 tahun setelah perang besar yang menghancurkan peradaban dunia.. watak protagonis merasa perlu membawa sebuah buku (bible) ke daerah sebelah barat untuk dilestarikan.. dan watak antagonisnya pula mencari buku tersebut dengan tujuan mahu menggunakan kata-kata di dalamnya untuk menguasai orang lain..

aku tertarik dengan keadaan yang dipaparkan bagaimana benda2 yang kita anggap remeh dan tak penting di masa ini digambarkan begitu berharga pada waktu itu.. seperti syampu ukuran botol hotel, selendang, tisu basah dan buku, menjadi barang langka.. situasi yang sama dalam filem 'waterworld'.. bagaimana jika semua barang2 yang kita punyai hari ini, yang kita anggap tak penting, benar2 pupus dan menjadi barang yang sukar dicari lagi..

bagaimana pula dengan keluarga dan kawan2 kita yang ada disekeliling kita? we never know until we lose it.. tapi bila semua dah tak ada, apakah gunanya kita menyedarinya ketika itu? kita kerja pergi pagi balik malam, kita kata untuk isteri dan anak2 kita, kita kerja keras dan berusaha gigih hingga kita tidak ada masa untuk mereka.. tapi apa gunanya semua itu jika ketika kita mendapatkan semua yang kita usahakan itu, mereka sudah jauh dari kita..

kita kata kita nak bahagiakan ibu bapa kita, kita buat semua yang kita buat untuk balas jasa mereka, kita jadi sibuk hingga tak sempat nak ziarah mereka.. jumpa pun waktu hari raya sahaja.. kita nak buat mereka bangga.. namun yang mereka perlukan ialah masa kita.. bukan harta dan pangkat kita.. bukan rumah besar dan kereta mewah kita.. mereka hanya mahu menatap wajah kita, mendengar suara kita memanggil mereka dan merasa pelukan kita.. dan kita baru sedar itu setelah mereka tiada?

adakah terlalu besar permintaan pasangan kita untuk mendapatkan satu ciuman setiap hari sebelum kita berangkat kerja? adakah terlalu banyak permintaan anak2 kita untuk mendapatkan satu pelukan erat sebelum pergi ke sekolah? terlalu beratkah hanya untuk menyisakan lima menit selama lima kali sehari dan terlalu susahkah untuk membaca dua lembar ayat Tuhan setiap hari berbanding nikmat sempurna sihat tubuh badan, lengkap pancaindera dan kecerdikan akal?

setiap malam tatkala kita mahu tidur dan setiap pagi kita bangun, bersyukurkah kita dengan hidup kita? adakah kita menikmati setiap detik hidup kita? bagaimana kita mahu mengejar yang lebih baik sekiranya kita tidak dapat menghargai apa yang kita ada?

bagaimana jika kita bangun pagi esok dan kita kehilangan satu dari pancaindera kita? apakah nilai kesegaran seteguk air ketika kita kehausan? apakah nilai nasi yang kita tumpahkan hari ini dikala kita kelaparan? bagaimana jika kita kehilangan segala yang kita kumpul ini dalam sekelip mata, seperti mangsa gempa dan tsunami? bagaimana jika anak yang kita marah2 itu hilang wujud esok pagi? bagaimana jika pasangan kita tidak bergerak lagi esok hari?

merenung kembali apa yang kita perbuat setiap hari.. bahagia yang kita cari itu dimana letaknya? apa yang paling penting dalam hidup kita? adakah kita lakukan sejajar dengan apa yang kita cari? apa yang kita perjuangkan? adakah kita sentiasa melihat kebaikan dalam hidup ini? atau adakah kita terlalu sibuk dengan segala kekurangan kita? sibuk dengan perkara yang tidak wujud?

malam ini aku melihat ke sekeliling bilik aku.. membaca semula catatan-catatan di tepi cermin mejaku.. aku buka blog nih dan baca semula sekali lagi beberapa tulisan2 lamaku.. aku belek buku2 dan majalah yang berselerak di atas meja.. apakah harga semua itu pada diriku? apakah nilainya pada diri aku jika semua itu hilang dari hidupku?

Ya Allah, Ya Rahim, puji dan syukurku hanya untuk-Mu.. terima kasih telah mengurniakan kehidupan yang indah buat aku.. atas segala nikmat yang Kau anugerahkan kepadaku.. keluarga yang sabar, tabah dan tetap terus memberikan aku semangat dan sokongan.. para sahabat yang tanpa jemu mendokong dan memberi nasihat.. terima kasih Tuhan kerna memberi aku hidup dan peluang untuk memahaminya..


Read On 0 ulasan
 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008