setiap kali aku bertemu orang yang sudah berjaya mencapai impian mereka, aku akan bertanya bagaimana caranya untuk berjaya dalam mencapai impian.. dan jawapan yang sering aku terima ialah 'buat apa yang aku suka'.. alasannya ialah apabila aku buat apa yang aku suka maka aku tidak akan merasa terpaksa dan akan melakukannya dengan lebih baik dan akan mendapat lebih banyak dengan lebih mudah..
contohnya jika berkisah tentang pekerjaan vs perniagaan, aku harus buat sesuatu yang aku suka dan minat.. kena cari jalan bagaimana sesuatu yang aku minati itu boleh memberi hasil dan pendapatan untuk aku..
pada suatu petang yang damai, seorang jutawan memberi jawapan yang berbeza perspektif.. katanya, melakukan apa yang aku suka bukanlah satu2nya jalan untuk mencapai impian.. apa yang lebih penting ialah 'suka apa yang aku buat'.. cari jalan bagaimana aku mampu menyukai apa sahaja yang aku lakukan..
aku teringat beberapa temanku yang menghadapi cabaran hidup.. mengeluh betapa mereka mengambil jurusan yang tidak mereka minati ketika di universiti.. tertekan kerana terpaksa melakukan pekerjaan yang tidak mereka minati.. merasa tidak menjalani hidup mereka yang sebenarnya.. bagaimana mungkin mereka mahu mengubah jalan hidup yang sudah mereka tempuh hanya untuk mendapatkan sesuatu yang mereka suka?
tidak semua manusia mempunyai keberuntungan untuk mengubah apa yang mereka miliki dan jalani dengan berpindah melakukan hanya yang mereka sukai.. namun keberuntungan itu boleh dicipta dengan membuat re-framing terhadap apa yang sudah mereka miliki dan sedang mereka jalani.. dengan cara menyukai apa yang mereka miliki dan jalani..
ini konsep syukur.. bukan sekadar berterimakasih pada Tuhan dan menghargai hidup.. syukur itu ialah dengan mencintai apa yang sudah aku miliki dan apa yang sedang aku jalani.. dengan mencintai hidup aku sekarang (syukur), aku tidak merasa terpaksa (ikhlas), dan akan lebih merasa bahagia dan tenang (khusyu'), seterusnya aku bertambah yakin akan mendapat apa yang aku doakan (tawakal), yang menjadikan aku lebih dekat dengan Tuhan (iman).. subhanallah..
suatu waktu dulu, seorang sahabat berpendapat perkahwinan yang paling bahagia ialah apabila dapat menikahi orang yang paling kita cintai.. bagaimana jika isteri atau suami yang kita sekarang bukanlah orang yang paling kita cintai dulu? pasti kita merasa terjebak dan tidak sepenuhnya bahagia.. tapi bagaimana jika kita memilih untuk tidak menikahi orang yang kita cintai, sebaliknya mencintai orang yang kita nikahi?
dalam banyak situasi kita tidak dapat memilih untuk berada dalam keadaan yang kita suka.. dan kita tidak dapat mengubahnya.. traffic-jam, tekanan kerja, kutukan dan makian orang.. tapi bagaimana jika kita menikmatinya? menyukai traffic-jam sebagai satu cara untuk bersendirian.. menyukai pekerjaan kita dan seronok walaupun gaji kecil.. menganggap kutukan dan makian orang itu satu nasihat untuk memperbaiki diri.. kita mampu ubah semua itu..
bukankah penat itu tandanya kita punya kudrat utk bekerja.. bukankah sakit itu tandanya kita selalu sihat.. bukankah susah itu tandanya kita sering senang.. mensyukuri semua yang dijadikan untuk kita itu nikmat.. makanan yang kurang menyelerakan itu adalah sedap jika kita berusaha menyukai dan menikmatinya..
maka cintailah hidup anda sekarang, kerna dengan mencintai hidup anda membina hidup yang anda sukai.. dan itu lebih mudah dan lebih cepat daripada mencari hidup yang anda sukai.. mencipta impian dengan mencintai, lebih indah daripada memburu impian dengan mencari apa yang anda sukai.. semuanya sudah tersedia, sungguh Tuhan Maha Mengetahui dan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang telah sedia memberi apa yang kita perlu dan mahu.. hanya saja jika kita mahu mengetahuinya.. maka nikmat apakah lagi yang mahu kita dustakan?
wallahualam.
Post a Comment