in reply to CHEDETBLOG: MELAYU KEMANA 2
salaam..
aku dah sebut benda nih sejak anwar nak tubuh PKR lagi.. bagi aku PAS & UMNO dah cukup utk org melayu saling memantau.. tapi secara politiknya pula, PKR bukan parti melayu.. maka secara politik, melayu masih dalam 60% yg terbahagi dua..
hanya saja dlm pilihanraya terbaru, cina dan india yg sblmnya terpecah dalam beberapa parti politik bergabung lebih banyak dlm PR (DAP & PKR).. maka mereka menjadi minoriti yg lebih besar dan kuat..
kita sibuk psal sapa majoriti dan sapa minoriti, realitinya kita semua minoriti.. yang paling penting bukan jadi minoriti atau majoriti tapi bagaimana kita semua boleh mengkesampingkan perbezaan politik kita dan membuat sesuatu untuk kesejahteraan bangsa dan negara..
kita sibuk psal sapa yang berkuasa, realitinya kuasa yang sebenar terlepas dari tangan kita.. ini bukan zaman merdeka dari kolonialisasi tanah air tapi sekarang kita harus merdeka secara ekonomi.. penjajahan ekonomi sedang berlaku dan kita sibuk dengan retorik kuasa.. jika benar kuasa ada ditangan kita sekarang, mari gunakan kuasa yg semakin mengecil itu utk memerdekakan bangsa dan negara..
kita sibuk dengan org politik, sebab dulu politikus melayu adalah pahlawan yang membebaskan penjajahan tanah.. politikus-politikus ini yang mempunyai ilmu dan lebih faham cara membebaskan bangsa dari penjajahan.. sekarang yg kita perlukan jutawan melayu untuk membebaskan penjajahan ekonomi.. jutawan-jutawan ini adalah mereka yang mempunyai ilmu dan benar-benar faham bagaimana caranya membebaskan bangsa ini dari belenggu penjajahan ekonomi..
perang zaman ini bukan perang berebut tanah.. perang zaman ini adalah perang ekonomi.. kuasa bukan pada siapa yang menjadi tuan punya tetapi siapa yang lebih berupaya membangunkannya.. merdeka bukan hanya punya tanah sendiri tetapi punya kekuatan untuk memberdayakan ekonomi.. bukan hanya diri sendiri, tetapi juga bangsa dan negara..
dulu ramai politikus melayu terbuai dengan iming-iming kuasa politik dari penjajah.. sekarang kita lihat ramai jutawan melayu terlena dengan pesona harta hingga lupa akan tugas dan tanggungjawab mereka menyedarkan, mendidik dan memerdekakan bangsa..
dulu ketika politikus kita lupa, rakyat bangun utk menyedarkan tanggungjawab mereka.. ini kita harus belajar dari sejarah.. kerna sekarang adalah masanya rakyat kena bangun utk menyedarkan para jutawan melayu akan tanggungjawab mereka memerdekakan bangsa..
sayangnya, kita masih sibuk mahu menyedarkan orang-orang politik.. kita salah zaman.. kita bukan zaman penjajahan tanah air.. kita sedang dijajah secara ekonomi.. yang perlu kita dorong dan sedarkan ialah jutawan melayu.. inilah pahlawan2 merdeka zaman ini..
kita perlukan panglima2 ini sama seperti nenek-moyang kita perlukan panglima2 kemerdekaan tanah air dulu.. pahlawan2 ini yang perlu kita beri tumpuan dan beri sokongan.. bangsa ini perlu digerakkan oleh para jutawan ini, bukan oleh orang politik..
maka jika kita mahu bangsa kita merdeka, bangunkan ekonomi.. jangan terlalu bergantung pada politik utk memerdekakan bangsa ini.. bangunkan kesedaran ekonomi dalam jiwa anak2 kita.. buang iri hati dan cemburu buta pada jutawan melayu.. jadikan mereka idola.. marilah kita bersaing dengan sihat agar setiap tubuh melayu merdeka dari penjajahan ini..
dan kepada para jutawan dan panglima ekonomi melayu, bangunlah dari pesona kemewahan kerna harta itu datang dengan tujuan dan tanggungjawab.. pada bahu andalah terletak tanggungjawab memerdekakan bangsa ini.. buatlah program, kongsi dan sebarkanlah ilmu anda.. bangsa ini memerlukan anda.. merdekakanlah bangsa ini..
amin!
Post a Comment