Hidup penuh dengan gangguan?!
jadi apa masalahnya? hidup atau gangguan? bayangkan pemain badminton yg bermain dalam gema sorakan berbanding seorang pemain tenis yang meminta para penonton diam dalam lapangan yang terbuka.. bayangkan kita sedang solat berjemaah dan seseorang di sebelah kita membaca ayat2 dengan agak kuat.. bayangkan ada cahaya atau bunyi bising ketika kita mahu melelapkan mata.. dimana fokus kita? adakah kita fokus dengan hidup atau kita fokus dengan gangguan?
ada pendapat mengatakan kita akan menyerah dengan tiga cabaran berkenaan dengan fokus..
- tidak fokus kerana tidak mahu atau tidak mampu
- fokus kepada hal yang membuat mereka tidak efektif
- fokus tapi tetap tidak peka terhadap keadaan sekeliling
eksperimentasi mudah.. ketika sarapan pagi.. tanyakan orang yg berada di sebelah anda tiga perkara yang mahu dicapainya pada hari itu.. tanyakan pada diri anda.. kebanyakan dari kita hanya akan bekerja dan menangani sesuatu yang berlaku.. sayangnya kita tidak fokus.. sama ada kita tidak mahu atau tidak tahu..
satu mitos mengenai fokus ialah fokus memerlukan tenaga dan membuat kita tertekan, manakala tidak fokus bermakna tenang dan santai.. benarkah? kenyataannya memang begitu yang berlaku pada kebanyakan orang, kerana mereka merasa dunia ini tidak cukup untuk semua orang.. itu akan kita bahas dalam tajuk lain.. ;) hanya saja jika kita melakukan sesuatu yang kita sukai kita seakan lupa waktu kerana terlalu menikmatinya.. kita fokus dan santai..
berbalik pada 'hidup' dan 'gangguan'.. kita menjadi tertekan tidak efektif ketika kita fokus pada masalah.. jika fokus kita tentang hidup, maka apakah tujuan kita hidup? apa fungsi kita dalam kehidupan nih? dan proses selanjutnya ialah tidak membiarkan 'gangguan' mengalihkan fokus terhadap tujuan..
mengapa kita tidak dapat menikmati hidup? bagaimana kalau aku kata kerna kita terlalu fokus dengan diri kita? bukankah seharusnya kita fokus pada apa yang boleh kita lakukan dan pada apa yang boleh kita sumbangkan pada kehidupan? dimana fokus kita? adakah kita fokus pada apa yang kita lakukan atau kita fokus pada apa yang akan kita dapati?
kita ambil contoh ibadah kepada Tuhan.. yang paling mudah, solat.. mana fokus kita? adakah kita solat kerna mahu doa kita dimakbulkan? adakah kita solat kerna kita mahu masuk syurga? atau adakah kita solat kerna kita mahu menghambakan diri kepada Tuhan? adakah kita akan semakin khusyu' ketika doa2 kita tidak dimakbulkan? kita zikir kepada Tuhan supaya kita mendapat rahmat atau kita berzikir semata2 untuk merasa rahmat-Nya?
beberapa minggu yang lalu, seorang sahabat berkisah tentang zikir.. mengosongkan fikiran atau mengisi fikiran? menumpukan perhatian atau menghilangkan tumpuan? sangat menarik apabila dia mengatakan bahawa satu cara untuk kita terus fokus pada perkara yang penting dalam hidup adalah dengan mengingati kematian..
menghadapi kematian diri kita sendiri akan membuat kita lebih menghargai dan menikmati hidup.. bayangkan jika kita mengetahui bahawa hari ini adalah hari terakhir anda hidup, kita tidak akan fokus menghadapi kematian, sebaliknya kita akan fokus terhadap apa yang perlu kita lakukan ketika hidup.. merasa tidak punya waktu untuk tamak, dengki, iri hati, marah, dsb. dan tidak bertangguh untuk melakukan perkara2 penting dalam hidup anda.. maka bayangkan setiap hari yang anda lalui itu sebagai hari terakhir anda hidup..
kata sahabatku lagi, "untuk terus fokus, kau kena belajar memaafkan dan melupakan."
ketika merasa gagal, maafkan diri kita dan lupakan.. yang menarik dari penjelasannya ialah ketika kita sudah mencapai kejayaan, kita juga harus 'melupakan' kejayaan kita.. ada dua quote dia yang aku sangat ingat malam itu..
"dalam setiap kata 'PUJIAN' itu ada kata 'UJIAN'.."
"DERITA adalah kesan tidak perlu dari pengalaman yang menyakitkan kerna tetap fokus pada LUKA.."
soalan terakhir.. benarkah fokus pada sesuatu membuatkan kita tidak peka pada sesuatu yang lain?
fokus juga bermakna 'berada di sini pada saat ini'.. bermakna tubuh, perasaan, jiwa dan fikiran kita berada di suatu tempat yang sama pada saat yang sama.. bila kita melakukan multi-tasking, kita melakukan apa yang dinamakan 'kesatuan fokus'.. bukan fikiran melayang2 antara dua keadaan tetapi kebolehan untuk mengubah fokus dengan cepat..
latihan fokus adalah suatu yang sangat mudah.. mulakan dengan perkara2 kecil.. contohnya apabila orang berkata sesuatu pada anda, fokus pada apa yang mahu dikatakannya.. ramai dari kita fokus kepada apa yang mahu kita katakan kepada orang dan bukan apa yang mahu disampaikan oleh orang.. do check again.. ketika kita melakukan sesuatu, dimanakah fokus kita? dan adakah itu membuat hidup kita lebih tenang? ;)
Post a Comment