comfort zone vs comfort level


mencari aman atau meningkatkan keamanan? ini persoalan senam minda semalam..

maka seorang sahabat melontarkan pertanyaan, "bilamana ilmu datang dengan tanggungjawab, tidakkah lebih selamat jika kita hanya melayani hidup dengan apa yg kita tahu sahaja kerna kita tidak tertangggung dosa atas apa2 yang kita tidak tahu?"

"bukankah menuntut ilmu itu wajib? fardhu ain!" tegas seorang sahabat yg lain..

nah! apa maksudnya kita dituntut untuk menambah pengetahuan? setiap kali kita mengetahui sesuatu yang baru, hidup kita akan sentiasa berubah.. berubah yang bagaimana? berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya..

seringkali kata 'berubah' itu digunakan seolah menuntut kita menjadi sesuatu yang berbeza.. perubahan harus signifikan.. bagaimana jika kita merasa perubahan sedangkan orang lain tidak? adakah itu bermaksud kita tidak berubah? apakah piawai dan standard berubah?

"yang penting prosesnya bro.. sama macam taubat.. hari nih kita taubat, esok pagi buat lagi.. jadi masa kita rasa esok kita akan buat lagi, adakah kita tak patut taubat hari ini?" seorang sahabat menjelaskan dari perspektifnya.

"itu menipu diri sendiri? mana leh taubat sekerat2.. taubat lepas tuh buat lagi.." sanggah seorang sahabat.

"bukan sekerat2 bro.. bila taubat total, esok terbuat lagi, taubat total lagi.. bila kita buat sesuatu kita buat sepenuh hati walaupun ada risiko gagal.. gagal atau berjaya tak penting, yg penting kita dah buat total.. bila kita ulang setiap hari secara total, sama cam imunisasi, dos penting, timing pun penting.. timing yg tepat utk bertaubat adalah masa buat dosa.. kalau tak buat dosa, kita nak taubat mende? kena anchor rasa bersalah setiap kali buat dosa.. makin kerap anchoring kita makin jadi auto-result.. makin kuat.. hingga bila kita terfikir nak buat jer anchor dah picu dulu rasa bersalah.. jadi taubat sebelum buat.." terangnya dengan nada serius..

"bila kita tahu benda tuh betul, lakukan terus.. itu istiqamah.. tak kira kecil atau besar namun berterusan.. gagal buat lagi.. tak putus asa.. Tuhan tidak akan putus asa dengan kita selagi kita tak putus asa dengan diri kita sendiri.

"bagaimana pula jika ilmu itu tidak membuat hidup kita berubah?"

"maknanya belum jadi ilmu.. hanya maklumat.. informasi.. al-Quran penuh ilmu, tapi kalau kita baca tanpa rasa apa2, belum boleh nak pakai dalam hidup, maka al-Quran hanya sekadar buku cerita.. memberi makna itu yang menjadikan ilmu.. itu kenapa kita belajar tafsir.. kita mahu memberi makna pada ayat2 Tuhan.."

'menipu diri sendiri' itu adalah contoh makna yg kita beri pada taubat yang berulang2 menjadikan taubat itu tidak bermakna.. bilamana kita memberi makna 'lebih baik dari semalam' kepada taubat yang berulang2 menjadikan taubat kita semakin ampuh.. 'memberi makna' kepada hidup itulah yang menciptakan seperti apa hidup yang kita jalani.. sepertinya masuk syurga.. akan sesetengah orang syurga itu memberi makna mendapat segala nikmat yang tidak terbayangkan, manakala bagi sesetengah orang lain mendapat syurga itu adalah menjadi sangat dekat pada Maha Pencipta.. jika memberi makna itu seperti menipu diri sendiri, tidakkah hidup ini hanya satu kebohongan semata2? maka apakah erti sebenar hidup kita?

"tapi tak salah kan kalau kita menikmati hidup apa adanya?"

"comfort zone!" sahut seorang sahabat di hujung meja.

"anjing suka tulang atau daging?" soal seorang sahabat sambil menghirup teh tariknya sblm memulakan satu lagi kisah sebagai analogi.. ciri khasnya..

"bila kita beri tulang pada anjing, bagai nak rak dia gigit dan gonggong keliling kampung. bukan sebab dia lebih suka tulang dari daging, tapi sebab anjing cukup berpuashati dengan tulang. tak perlu bagi daging, bagi tulang dah cukup untuk buat dia diam. dan kita juga berpuashati dengan tulang?"

"ini fungsi ilmu.. pintar itu kerna banyak tau.. bila banyak tau maknanya kita ada banyak cara dan pilihan.. kita jadi tahu bahawa bukan hanya ada satu cara untuk menyelesaikan sesuatu, ada pilihan.. berapa banyak pilihan yg kita punya untuk menjalani hidup? berapa banyak pilihan yang kita punya untuk mati? bila Tuhan duga, kita tahu ada banyak sebab.. bila banyak makna kita boleh pilih apa yg lebih baik untuk sesuatu konteks.. dan kita jadi lebih flexible.. Tuhan bagi susah hati dan kita ada pilihan untuk jadikan susah hati tuh sebagai pelajaran memperbaiki diri atau sebagai satu hukuman dosa.."

"contohnya kenapa tak terbangun solat tahajjud?"

"Tuhan nak bagi kita rehat," sambut seorang sahabat yang dari tadi mendiamkan diri.

sambil tersenyum sahabatku menyambung, "setuju.. dan pernahkah kita berfikir bahawa tak dibangunkan solat tahajjud tuh sebab dosa kita. Tuhan hukum kita. jadi bergantung pada makna yang kita nak beri pada sesuatu kejadian."

"apa sahaja makna yang kita beri harus kita check and re-check. ini cara memperbaiki diri. kita beri makna yang lebih kuat. apa sahaja makna yang kita beri mesti menjadikan kita lebih dekat pada-Nya. jika makna itu menjauhkan maka itu bala."

"contoh aku laa.. bila setiap kali aku tak bangun, aku rasa Tuhan nak bagi aku rehat, makin lama aku makin rasa tak apa bila tak terbangun. aku rasa something wrong. jadi aku beri makna baru, Tuhan hukum aku tak bangun tahajjud sebab dosa aku. setiap kali aku tak bangun aku jadi sedih. aku tahu secara sedar atau tidak ada dosa aku semalam yang buat aku tak terbangun. aku jadi lebih hati2 hari ini. alhamdulillah, Tuhan punya berbagai cara untuk menegur kita."

kita terbiasa mencari aman, berulit dengan comfort zone kita.. walhal seharusnya yang kita lakukan ialah meningkatkan comfort level.. baik dalam urusan duniawi mahupun dalam ibadah kita.. mengapa Tuhan menjadikan syurga itu banyak tingkatan?

miskin dan kaya itu comfort zone.. kita selesa jadi miskin, tak perlu pikir banyak, tapi menjadi miskin dan tidak meminta2 itu tingkat selesa yang lebih tinggi.. sepertimana selesa menjadi kaya dan tidak susah hati memberi sedekah.. its another level of comfort zone..

bila kita sebut hijrah.. adakah kita lari dari satu tempat yg sudah tidak aman ke satu tempat aman yang lain? atau kita mencari tempat yang lebih aman? ini yang menempatkan kita sama ada berpindah versi rat race atau keluar dari rat race.. tukar kerja, pindah tempat, tambah pendapatan, kahwin lagi, adakah hidup menjadi lebih baik? atau kita sekadar mengulangi cara hidup yang sama dalam versi yang berbeza? kita boleh bedah plastik ubah muka, tukar cara berpakaian, tukar cara makan, ibadah lebih banyak, but do re-check our internal ecology, adakah kita menjadi lebih baik atau kita masih orang yg sama?

maka bila kita sebut berubah, adakah kita maksudkan berpindah comfort zone atau comfort level? mencari aman atau meningkatkan keamanan? mencari selesa atau meningkatkan keselesaan? apa pilihan yang kita ada?

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008