..in the mind of the madness


tanggungjawab dan peranan dalam jemaah

aku berpegang pada pendapat 'kebenaran bergantung pada apa yg kita sendiri percaya dan yakin'.. apabila kita bercakap tentang jihad maka ia bergantung pada persepsi kita.. dan setiap dari muslim akan melihat jihad dari perspektif mengikut jalan hidup mereka sendiri..

setiap dari kita punya tanggungjawab sendiri terhadap jemaah.. ada yg memainkan peranan dalam pengembangan ilmu.. ada yg berfungsi dlm meningkat ekonomi.. ada pula yg terlibat dlm siasah.. begitu juga dalam khidmat perubatan seterusnya ke fungsi2 lain..

ini boleh kita lihat ketika Nabi saw berhijrah ke madinah.. ada yg terlibat dlm pentadbiran bersama Nabi saw.. ada yg khusus terlibat dlm pasar muslim.. ada yg terlibat dlm pertanian dan penternakan.. dan ada pula kelompok yg sentiasa berada di dlm masjid dan khusus dalam mempelajari ilmu dengan mendalam..

begitu juga kisahnya kita sekarang.. fungsi utama kita untuk masyarakat.. ada yg terlibat dlm politik, perniagaan, menuntut ilmu, penyebaran ilmu, kesihatan, pertahanan negara, dsb. untuk diri sendiri dan keluarga, kita bertanggungjawab atas semuanya, tetapi pada jemaah kita tidak dipertanggungjawabkan untuk melakukan semua.. maka bukan semua org boleh berdakwah dgn terbuka dan bukan semua org boleh keluar untuk jihad.. kita kena kenali fungsi kita masing2 dlm masyarakat..

surat cinta dr azahari

Dr Azahari Husin - said to be the top bomb expert of Jemaah Islamiyah"Ketahuilah sayang, kematian pasti datang. Yang penting, bagaimana cara untuk mati. Mati yang dapat ridho Allah atau mati yang dalam kerugian. Abang melakukan jihad karena abang takut akan ancaman Tuhan jika tidak melakukan jihad ini. Doakan abang mati secara syahid karena mati syahid adalah cara yang paling mulia.

Abang sebenarnya khawatir terhadap saudara-saudara abang dan saudara-saudara kamu juga, yang selalu mementingkan dunia. Apabila abang mati syahid akan berarti abang akan membawa 70 keluarga abang ke surga. Karena seorang syuhada kalau dia mati maka surga akan diramaikan 70 anggota keluarganya.

Akhirnya abang meminta maaf atas kesalahan abang kepadamu. Dan abang pun sudah memaafkan semua kesalahanmu. Dan jagalah anak kita, Aisyah dan Sabil."


antara jihad dan terrorisme..

surat daripada dr azahari kepada isterinya penuh dengan kasih sayang.. sesuatu yg ironi berbanding tanggapan ramai org yg melihat tindakannya sebagai bentuk keganasan dan kekejaman.. surat itu menunjukkan ketakutannya pada azab Tuhan dan kasih sayang pada keluarga dan saudaranya..

dr azahari berpendapat bahawa Islam sedang ditentang dgn jelas dan nyata, dan menjadi tanggungjawabnya untuk mempertahankan Islam dan menyelamatkan saudaranya yg tenggelam dlm keduniaan.. pada pendapatnya Islam sedang diperangi dan dia berada dlm kancah peperangan..

asas jihad itu cinta.. cinta pada Islam dan kerinduan untuk mati syahid.. menemui Allah swt dlm keadaan yg paling mulia selepas makam para sahabat dan awaliyin.. cinta untuk mempertahankan Islam sehingga sanggup berkorban nyawa..

akan tetapi tindakan dr azahari dikaitkan dengan terrorisme dilihat pada perspektif korban yg terlibat.. secara umum kita melihat korban2 ini tidak berdosa apa2.. juga kerosakan yg berlaku dari sisi ekonomi dan kestabilan hidup.. dan menghubungkaitkan tindakan ini dengan gerakan jemaah Islamiah yg dianggap merupakan jaringan al-qaeda di asia tenggara..

maka persoalannya ialah apakah rasional tindakan kelompok dr azahari ini?

siri pengeboman indonesia

bom bali 2002dlm pengeboman di kawasan hiburan utama di bali pada oktober 2002 mengorbankan 202org dan mencederakan 209org, sebahagian besar adalah pelancong dari australia dan britain, hanya 38org yg dikenalpasti sebagai warga indonesia..yg menarik ialah ia berlaku tepat 1 tahun, 1 bulan dan 1 hari selepas kejadian 11/9..

bom marriot 2003pada ogos 2003, sebuah kereta toyota kijang meletup di perkarangan lobi hotel jw marriot, di tengah2 kawasan pusat perniagaan utama jakarta.. mengorbankan 12org dan mencederakan 150org.. memulakan era pemeriksaan ketat kenderaan yg masuk ke setiap bangunan.. pengeboman ini merujuk kepada penolakan tegas terhadap unsur2 amerika di asia tenggara..

bom kuningan 2004bom kuningan september 2004, yg mensasarkan kedubes australia, mendaftarkan korban seramai 9org dan melibatkan kerosakan yg lebih besar kerana dilakukan di tempat yg terbuka.. 4org ditangkap dan 2org dijatuhkan hukuman mati..

bom bali 2005manakala oktober 2005 menyaksikan semula bom berani mati di bali, yg melibatkan 3 tempat hiburan utama di bali mengorbankan lebih dari 23org.. bom bali ini yg menggiatkan pencarian kelompok dr azahari dan sokongan besar-besaran terhadap 'perang menentang terrorisme' gagasan amerika..

selain dari kejadian besar itu, terdapat hampir 20 kejadian letupan bom didafarkan di indonesia sejak dari tahun 2000, termasuklah letupan granat di perkarangan kedubes malaysia pada ogos 2000.

doktrin jihad dan ketakutan sosial

kekuatan jihad dilihat sebagai satu ancaman oleh para kafirun.. kerana konsep jihad yg tidak mengutamakan kemenangan tetapi mengasas-utamakan perjuangan mempertahankan Islam tanpa memperdulikan nyawa sendiri.. malah keinginan mencari2 syahid yg sangat kuat.. percubaan untuk mengimitasinya dilakukan oleh pihak kristian eropah dlm menggerakkan perang salib terhadap Islam selama beratus tahun dan juga kelompok kamikaze jepun dalam perang dunia kedua..

hanya saja setelah perang dunia kedua, yg memperlihatkan kekuatan pasukan bersekutu dan kejatuhan kekhalifahan othmaniyyah, perang dianggap sebagai suatu dosa.. dan medan pertempuran berubah dari lapangan fizikal kepada ekonomi.. dari kekuatan akidah kepada kebergantungan terhadap material..

istilah modenisasi dan demokrasi mulai menjadi satu perkataan suci dan harus dipertahankan.. dalam arus mencari kekuatan ekonomi, dunia mulai melihat keterbukaan dan penjajahan mental berlaku di setiap negara yg dijajah.. penduduk dunia dimomokkan dengan ketakutan sosial.. ketakutan akan kehilangan apa yg sedang mereka kecapi walaupun realitinya banyak negara yg tidak berkepentingan kepada pihak bersekutu tetap dibiarkan berperang sesama sendiri..

maka kestabilan yg dikecapi yg menjadi keutamaan untuk dipertahankan.. sebarang kerosakan yg merujuk kepada kerugian material akan dianggap satu dosa.. dunia melihat perang bukan lagi keutamaan untuk mempertahankan sesuatu.. walaupun tanpa kita sedari, sikap keterbukaan ini masih dimonopoli oleh puak bersekutu yg memenangi perang dunia yg terakhir.. penjajahan masih berlaku walaupun batasan negara telah diperjelas dan dipersetujui.. undang2 masih ditangan yg paling berkuasa..

fanatik agama dan definisi terrorisme

terdapat lebih dari 100 definisi terhadap terrorisme.. malah perkataan terrorisme ini telah wujud sejak dari zaman revolusi perancis pada tahun 1793.. merujuk pada sisi radikal dalam sesebuah revolusi..

adalah menjadi agenda sekularisasi barat yg memisahkan agama yg dianggap memperlambatkan arus modenisasi dari sisi perjalanan pentadbiran sesebuah negara.. malah agama dilihat hanya sebagai bentuk kepercayaan sama seperti mereka melihat perbezaan bangsa dan negara.. mereka melihat demokrasi sebagai satu bentuk perpaduan, melampaui agama, bangsa dan negara.. definisi agama, bangsa dan negara juga telah berubah..

maka dengan itu setiap perjuangan yg melangkaui hak asasi gagasan mereka dianggap fanatik.. perjuangan agama akan dilihat sebagai fanatik agama, perjuangan bangsa akan dilabel sebagai perkauman dan perjuangan mempertahankan negara dilihat sekadar perbezaan ideologi politik..

Islam liberal dan assabiyah bangsa

tidak ada yg jelas berkaitan dengan definisi Islam liberal selain dari menganggap semua agama adalah sama dan bersikap menghargai kepercayaan agama lain.. adakah ini Islam yg sebenar? ataupun sekadar satu lagi bentuk sekularisme teologi?

pendapat peribadi aku, Islam bukan sekadar agama sebagaimana Melayu bukan sekadar bangsa.. tetapi konsep ini sgt sukar difahamkan kerna sejak zaman berzaman Islam telah dipisahkan dari kehidupan dan urusan Islam hanya sekadar hukum-hakam fiqh berkenaan halal-haram, nikah-kahwin, dan beberapa syariat sosial..

dlm konteks tanah melayu, perjuangan menegakkan negara Islam dlm populasi berbagai kaum dilihat sebagai satu agenda yg hampir mustahil.. sebagaimana perjuangan mempertahankan hak melayu dianggap sebagai satu agenda assabiyah moden..

maka itu konsep Islam liberal dan bangsa malaysia menjadi lebih dianggap sebagai memelihara agama dan perpaduan kaum.. ini adalah hasil kerja tangan penjajah yg menanamkan konsep nasionalisme terhadap negara berbanding konsep daulah yg sebenar..

pendefinisian semula propaganda

'suicide bomber' diterjemahkan sebagai 'bom bunuh diri'.. atau adakah lebih tepat 'bom berani mati'? jika kita lihat dari konteks jihad, memerangi musuh2 Islam dengan niat mati syahid, adakah ini juga kita anggap bunuh diri?

begitu juga dgn perkataan terorrist yg diterjemahkan sebagai pengganas.. dan gerakan radikal dlm revolusi diistilah sebagai terrorisme..

asal perkataan terror itu bermakna takut.. dalam slanga melayu, kita sering mengkaitkan perkataan terror itu dengan kehebatan.. hanya org yg terror saja boleh melakukan sesuatu yg tidak mampu dilakukan oleh org lain.. mungkin saja definisi slanga ini lebih tepat?

penjajahan melalui intimidasi sosial

ada tiga fasa dalam mengintimidasi perjalanan sosio-budaya sesebuah kumpulan..

1- play their games, with their rules
2- play their games, with our rules
3- play our games, with our rules

dalam mengubah setiap bangsa, yg pertama dilakukan ialah mehamami sesuatu bangsa itu sendiri.. bahasa, budaya, pegangan dan sikap.. ini yg dilakukan penjajah dgn mengikut sahaja kehendak sesuatu bangsa yg mahu dijajahnya.. mengikut setiap peraturan sambil cuba berbaur dgn bangsa tersebut..

apabila mereka diterima oleh bangsa itu dgn baik, maka dgn perlahan mereka memasukkan unsur2 mereka ke dalam bangsa tersebut, dgn alasan untuk kebaikan.. perlahan2 bangsa tersebut melihat kebaikan cara mereka dan menerima lebih banyak pendapat mereka..

dalam ketika hampir semua peraturan sudah diubahsuai mengikut kehendak mereka, maka mereka berpengaruh besar dalam menentukan bentuk bangsa itu mengikut kehendak mereka.. ini penjajahan..

pemikiran sang pengebom

bergantung pada cara kita melihat sesuatu kepentingan.. umumnya kita masih percaya dan yakin bahawa jihad ekonomi adalah lebih utama.. membangunkan ekonomi boleh mewujudkan kekuatan ummah.. pembangunan ekonomi selari dengan perpaduan ummah..

tetapi ada yg berpendapat adalah sukar merealisasikan keadaan tersebut.. apalagi dlm sistem ekonomi yg dikuasai oleh para kafirun.. mereka berpendapat perjuangan jihad ekonomi masih ditahap 1 (play their games, with their rules) sedangkan dalam konteks perpaduan ummah dan aqidah, para kafirun telah berada ditahap ketiga (play our games, with our rules)..

maka pada pemikiran mereka, perlu jihad mempertahankan Islam daripada terus diserang dan dicemari oleh ideologi para kafirun.. bagi mereka Islam sudah ditahap menghadapi perang besar2an dari pihak kafirun.. ini mewajarkan mereka melaksanakan jihad..

logika perang dan kehancuran

ini berbeza degan pendapat kebanyakan dari kita yg melihat bahawa perang hanya dlm bentuk serangan fizikal.. manakala perang ideologi harus dilawan dgn ideologi.. tidak menguntungkan jika kita melawan dengan kekerasan...

kita melihat bahawa peperangan senjata akan menyebabkan kehancuran, sedangkan para pengebom ini pula melihat Islam sedang diserang dengan ganas dan sedang menghadapi kehancuran.. berbeza perspektif..

maka pada pikiran mereka, jihad senjata itu wajar kerana kehancuran telah berlaku.. sedangkan pada pikiran kebanyakan dari kita, tidak terlihat kehancuran yg nyata.. kita hanya melihat kehancuran sosial hanya sebagai kesilapan individu dan bukan menjadi tanggungjawab kita.. iman saudara kita adalah antara dirinya dan Tuhan.. bukan urusan kita.. namun pada mereka pula, adalah menjadi tanggungjawab mereka mempertahankan aqidah saudara mereka..

mati syahid dan hidup berjihad

ini adalah perbezaan pahaman yg berlaku.. jika kita melihat mereka mati sia2 maka mereka juga melihat kita hidup sia2.. jika kita melihat mereka mengorbankan org lain yg tiada dosa, mereka pula melihat kita membiarkan org lain hidup dlm dosa..
Amrozi : terpidana mati kasus bom bali 2005
kontrak sosial yg menyangkut tanggungjawab diri.. ini yg menjadi persoalan dalam membezakan kefahaman kita dan mereka ttg jihad fisabilillah.. maka mengungkap kata kita benar atau mereka benar, bagi aku tidak relevan.. yg mempunyai makna pada diri kita adalah apa yg kita percaya dan yakin..

aspirasi ini jelas dalam surat cinta dr azahari dan pengakuan terpidana mati konspirator pengeboman bali, Amrozi:

“Kalau saya tidak meledakkan bom, mau jadi apa Bali 15 tahun lagi. Sekarang orang mengeluh karena kehilangan materi, tapi sebenarnya agama dan moral itu lebih penting” (Koran Tempo, 13 Juni 2003).

About this entry

 

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008