Melayu dan Islam..
perbahasan antara ketuanan melayu dan keadilan Islam telah banyak mengundang kekeliruan memilih haluan perjuangan diantara bangsa dan agama.. sebahagian berpendapat perjuangan melayu adalah satu bentuk assobiyah dan sebahagian lagi berpendapat bahawa Islam tidak dapat dipertahankan tanpa pengukuhan melayu..
hijrah dan madinah
sejarah bangsa arab memperlihatkan kepelbagaian suku dan kaum.. di mekah dan madinah, terdapat berbagai kaum dan suku, yg diberi nama mengikut keturunan mereka.. malah Nabi saw sendiri adalah daripada suku kaum quraish.. yg mempunyai pengaruh yg kuat di mekah pada ketika itu..
ketika hijrah Nabi saw disambut dengan meriah di madinah.. madinah juga terdiri dari berbagai suku dan kaum.. akan tetapi Nabi saw menyatukan penduduk madinah di bawah nama ansar.. manakala penduduk mekah yg berhiijrah dinamakan muhajirin.. maka semua kaum yg berbagai keturunan ini bersatu di bawah panji Islam dengan nama ansar.. adakah muhajirin dan ansar ini satu bentuk perkauman?
jika kita lihat ketika wafat Nabi saw, perbalahan berlaku tentang pengganti khalifah antara kaum2 yg berpengaruh di mekah malah turut disertai oleh ansar.. hingga diriwayatkan hadis berkenaan dengan keutamaan quraish sebagai pemimpin dan peranan ansar sebagai pendokong kuat.. adakah ini satu bentuk assobiyah?
dengan cuba memahami konsep ansar ini, kita akan memperkatakan akan apa maksud 'melayu' sebenarnya.. benarkah melayu sekadar satu bangsa atau melayu mempunyai fungsi yg tersendiri dalam menyatukan bangsa2 di bawah panji Islam..
bangsa nasional
ketika jepun menyerah kalah, hampir keseluruhan nusantara cuba untuk mengiktiraf kemerdekaan.. konsep yg hampir sama ketika itu terutama di filipina dan indonesia ialah penyatuan seluruh kelompok kaum dalam satu bangsa yg dikenali sebagai bangsa filipina dan bangsa indonesia.. terdapat juga percubaan sebegini dilakukan di tanah melayu, ini jelas menjadi aspirasi 'perlembagaan rakyat' yg digubal oleh gabungan perkumpulan haluan kiri ketika itu..
gabungan bangsa nasional ini tidak jauh dari gagasan bangsa amerika.. seluruh kaum di amerika mengaku mereka adalah 'american', walaupun secara dasarnya mereka berasal dari berbagai negara eropah.. hanya yg terkini sahaja mereka cuba memisahkan kelompok bukan kulit putih daripada menjadi 'american' yg sebenar dengan memakai gelaran alternatif 'african american', 'chinese american', 'mexican american', 'american jews', dsb..
sama juga kita dengar cina-indonesia, jawa-indonesia, dsb. serta juga 'perpecahan' dalam bangsa nasional filipina.. mengapa 'kesatuan' bangsa ini berpecah? mengapa ini berlaku?
kalau kita lihat dlm konteks tanah melayu, setiap bangsa yg terdapat di tanah melayu; kedah, johor, kelantan, jawa, siam, bugis, banjar, aceh, minangkabau, dsb., yg menjunjung adat yg hampir sama, menggunakan bahasa yg sama, walaupun berlainan dialek, berpakaian dan mengamalkan budaya yg sama, serta mempunyai agama yg sama, iaitu Islam, dikenali sebagai melayu, keseluruhannya..
apakah perbezaan antara melayu dan bangsa nasional yg lain? melayu bukan sekadar bersatu dalam satu budaya dan bahasa, tapi akar mereka adalah agama Islam.. Islam merupakan teras dalam melayu.. sebab itu memeluk Islam sering disebut sebagai 'masuk melayu'..
apakah maksud melayu ini sebenarnya? sekali lagi kita susur sejarah ansar.. mengapa Nabi saw menggelar mereka ansar? semua puak dan kaum yg ada di madinah ketika itu mengamalkan budaya dan bahasa yg sama, dan mereka juga telah bersama2 tanpa berbelah bagi menganut agama Islam.. Islam yg menyatukan mereka hingga terlihat suatu keadaan yg sukar kita lihat di mana2 penjuru dunia sekalipun.. tentang betapa kasih-sayang sebenar yg dituntut dalam Islam hadir dlm setiap perlakuan org ansar..
mengapa Nabi saw membezakan kedua2 muhajirin dan ansar ini, dan tidak hanya mengenali mereka sebagai org Islam? ini adalah persoalan yg sama kita hadapi antara mengaku diri sebagai melayu atau mengaku sebagai Islam.. adakah mengaku sebagai ansar bermakna mereka assobiyah dan kurang Islam.. mengapa muhajirin dgn lantang memperkukuhkan kedudukan mereka sebagai muhajirin?
dan seterusnya adakah dengan berbeza kelompok muhajirin dan ansar, mereka tidak memperkuat Islam? adakah Islam terpecah kerana muhajirin dan ansar? apakah dasar Nabi saw mewujudkan muhajirin dan ansar ini?
sekali lagi kita lihat dalam konteks tanah melayu, melayu tidak hanya berasal dari satu kelompok kaum tertentu.. melayu adalah gabungan berbagai kaum yg mempunyai pendapat, harapan dan pegangan yg sama.. dan asas mereka adalah Islam.. tidak melayu jika tidak beragama Islam.. sehingga dengan takdir Tuhan, perlembagaan rakyat tertolak dan definisi melayu termaktub sedemikian rupa dalam perlembagaan persekutuan tanah melayu..
bagaimana Islam ditegakkan di madinah? oleh perpaduan org ansar.. maka sejarah juga telah mencatatkan bahawa Islam juga pernah tegak di nusantara kerana perpaduan org melayu..
adat dan jatidiri melayu
lalu kenapakah kekeliruan ttg melayu dan Islam ini timbul pada waktu ini? ini adalah kerna suntikan dari para kafirun yg telah menjajah dan memecahkan tanah melayu sejak beratus tahun dahulu..
kerana ketidakpahaman bangsa penjajah ini tentang konsep melayu yg sebenar, mereka melabel melayu hanya sekadar bangsa.. maka perjuangan asal melayu telah menjadi sekadar perjuangan sebuah bangsa.. pengakuan sebagai melayu hanya sekadar mengaku2 identiti tanpa mengenal jati diri melayu yg sebenar.. tiadalah kedaulatan melayu tanpa agamanya..
sementelah perjuangan melayu yg sebenar adalah perjuangan menegakkan bangsa dan agama.. bangsa sebagai penegak agama.. sebagaimana ansar menjadi pendokong kuat Islam di zaman Nabi saw.. sebagaimana Nabi saw memperkukuh berbagai kaum penduduk madinah di bawah satu bangsa bernama ansar.. yg kemudiannya menjadi tiang penyokong kuat perjuangan Islam yg tidak berbelah-bagi..
sejak zaman berzaman penjajah cuba untuk menghilangkan jatidiri melayu.. mereka menutup2 adat2 melayu yg sebenar dan sebaliknya menyokong2 adat2 yg dicemari oleh anasir2 baru.. dan setelah melayu percaya bahawa itulah adat mereka, kemudian mereka mahu melayu melihat keburukan adat tersebut dan seterusnya meninggalkan adat2 melayu.. membuang adat merupakan satu cara membunuh jatidiri melayu..
asal mula adat melayu bukanlah sekadar saduran dari agama hindu.. seperti contohnya yg paling dihebohkan mengenai bersanding.. bersanding ini bukanlah satu adat, sebaliknya merupakan elemen tambahan kepada adat nikah-kahwin.. pengantin didudukkan bersama untuk diperkenalkan kepada saudara mara.. maka menambah2kan lagi akan aturcara ini supaya menjadi meriah sehingga bersanding yg dikenali sebagai adat sedang tidak langsung kita mengisahkan ketelitian org melayu dalam urusan nikah kahwin, dari memilih, merisik, bertunang dan akad nikah.. yg kita tau, bila citer kahwin, adat melayu ialah bersanding.. sedangkan adat yg sebenar tidak kita pedulikan.. ini cara penjajah mengikis jatidiri melayu..
sedangkan adat2 melayu yg menuntut perpaduan masyarakat tidak langsung disentuh oleh penjajah.. adat berkampung, adat berjiran, adat kenduri-kendara, adat berumahtangga, dsb. ini semua hampir tidak dikenali oleh generasi melayu sekarang..
apakah maksud adat melayu ini sebenarnya? adapun adat itu adalah cara.. adat melayu bermaksud cara org melayu.. adat tradisi melayu membawa erti cara org melayu turun-temurun.. kerna itu sebahagian pengkaji sejarah kontemporari dengan berani mengatakan bahawa adat melayu adalah adatullah yg bersandarkan sunnah.. adapun adatullah itu bermakna cara yg diredhai Allah swt.. begitulah kita permudahkan bahasa melayu tersebut..
bahasa jiwa bangsa
mengenali bahasa adalah satu cara mengenali bangsa.. akan setiap perkataan yg wujud dlm bangsa itu menunjukkan kepentingan sesuatu perkara itu dalam sesuatu bangsa.. contohnya, terdapat banyak perkataan inggeris yg mendefinisikan 'horse' (foal, filly, mare, colt, stallion, etc) menunjukkan betapa pentingnya kuda terhadap masyarakat barat.. sedangkan melayu hanya ada satu perkataan 'kuda' yg menggambarkan semua perkataan inggeris itu...
dalam bahasa melayu, kebanyakan perkara yg didefinasikan secara terperinci adalah berkaitan dengan sifat, perasaan dan perbuatan.. menunjukkan bahawa perkara2 ini adalah penting dlm kehidupan bermasyarakat org melayu.. sebagai contoh, perkataan pintar, cerdik, pandai, bijak merujuk kepada perkara yg sama tapi telah diperhalusi oleh org melayu, menunjukkan pentingnya perkara itu dalam masyarakat.. juga contoh perkataan inggeris yg hanya menggunakan perkataan 'love' untuk menyatakan perasaan yg digambarkan oleh org melayu sebagai cinta, kasih, sayang.. menunjukkan betapa perasaan itu sangat penting dlm masyarakat melayu berbanding masyarakat inggeris..
maka perkataan2 yg diadaptasi dari bahasa lain, menunjukkan bahawa perkara2 tersebut adalah baru kepada org melayu. memasukkan istilah2 asing merupakan satu keupayaan progresif melayu menyerap unsur2 asing.. begitu juga jika kita lihat akan istilah2 teknologi, ketiadaan istilah melayu menunjukkan bahawa perkara itu adalah perkara baru kepada org melayu, yg tidak wujud sebelumnya.. perkataan teknologi yg ada dalam masyarakat melayu ialah angkat, jinjing, pikul, tenteng, bawa, junjung, dsb. untuk menggambarkan perbuatan dengan terperinci..
pengujudan perkataan baru dalam bahasa melayu merupakan pengujudan perkara baru dalam masyarakat melayu.. ini termasuklah istilah2 slanga yg diwujudkan oleh generasi muda melayu yg dipengaruhi oleh unsur asing.. perubahan perkataan dalam bahasa melayu menunjukkan perubahan yg berlaku dlm masyarakat.. ketika melayu menerima pengaruh india, banyak perkataan india diserap, begitu juga ketika menerima pengaruh arab, parsi, cina, inggeris, jepun, dsb.
kerna itu antara perkara pertama yg dilakukan oleh inggeris ketika menjajah tanah melayu ialah membuat kamus bahasa melayu-inggeris, yg mendaftarkan hampir semua perkataan melayu, bukan sekadar mahu belajar bahasa melayu sebagai alat komunikasi tetapi juga sebagai satu instrumen untuk memahami org melayu secara keseluruhannya.. begitulah penting bahasa melayu pada org melayu..
begitu juga mengapa Allah swt memilih untuk menurunkan al-Quran dalam bahasa arab.. kerna bahasa arab merupakan suatu bahasa yg halus dan mempunyai perbendaharaan kata yg luas bagi mengungkap akan maksud firman-Nya dengan selengkap2nya..
melayu-Islam
kembali semula pada persoalan asal, maka jika boleh, kita buat kesimpulan bahawa melayu bukanlah sekadar suatu bangsa.. melayu merupakan satu gagasan lebih besar, yg menyatukan seluruh bangsa yg menginsafi perpaduan dalam membentuk kekuatan ummah di dalam satu agama, Islam.. maka memperjuangkan perpaduan melayu adalah selari dengan memperjuangkan kedaulatan Islam..
oleh itu tidak perlulah kita membuat label baru melayu-Islam, kerana tanpa Islam mereka tidak boleh mengaku2 melayu.. kerna melayu adalah pejuang Islam di nusantara ini, sebagaimana ansar berjuang tanpa ragu di bawah panji2 Islam.. insya-Allah..
siasah pemimpin melayu
jika melayu itu umpama ansar maka siapakah khalifahnya? adakah sistem demokrasi yg kita dokong ini merupakan cara org melayu? bagaimana kaedah org melayu memilih pemimpin?
memudahkan kisah.. pemimpin negara adalah lebih kurang sama dgn pemimpin keluarga.. dalam kerajaan keluarga siapa yg menjadi ketua? jika bukan anak lelaki paling tua, bapak dia, kalau ada atuk, atuk lah ketua, kalau moyang idup lagi pun dialah ketua.. kita tgok camna kita pilih ketua dlm keluarga.. demokrasi kah? kita pakat2 lantik nak dengar cakap sapa.. bolehkah begitu? menjadi pemimpin itu hak.. bukan sebab dia tua tapi mmg hak dia jadi ketua.. walaupun generasi yg muda2 nih yg menguruskan perjalanan kerajaan tapi ketualah yg ada kata pemutus..
adapun yg biasa difahami oleh kita ialah sebab dia org tua.. kena dengar org tua kalo tak derhaka.. tapi kita tak perasan betapa cantiknya budaya melayu.. kalo dia tau yg dia dah tua dan mula nyanyuk, dia akan pilih sorg lain untuk menerajui keluarga.. ini zaman berzaman org melayu camnih.. dari keluarga sampailah ke pentadbiran kampung oleh tok penghulu.. bukan pilih org yg tua, tapi yg ada kredibiliti dan pengalaman..
org melayu bukan buat keputusan ikut rasional saja.. org dulu nak tulis kitab, dia buat solat istikharah.. org skrg nak tulis buku sampai terlupa solat wajib.. org dulu sanggup berenti sekolah psal nak sekolahkan adik.. ini sifat pemimpin.. sanggup korban merantau cari ilmu demi masa depan keluarga..
beza dengan situasi skrg.. tak suka dgn pak sedara.. pakat ramai2 boikot pak sedara tuh.. bila dia buat kenduri, semua tak datang.. ini senario dlm keluarga.. bila ada dalam keluarga tuh yg berharta, angkat puji jilat tapak kaki.. kalo ada yg miskin, nasib tak berapa baik, hina injak sampai lumat kalo boleh.. nih sama juga bila yg berharta tadi jatuh.. hilang sedara.. bila org tua2 bagi nasihat yg tak selari dgn kehendak org muda, dia pun angkat kaki.. nih melayu terkini.. kita dah lari jauh dari budaya melayu yg sebenar, yg kita anggap dah tak relevan degan kemodenan..
kalo ikut demokrasi, org yg miskin, tak hensem, tak masuk universiti, tak cakap banyak, nih semua takleh jadi pemimpin.. sebab pemimpin kena berketrampilan dlm segala segi.. pandai bergaul dan bersosial.. kena hensem, kalo tak, tak cantik taruk kat poster.. kalo nama tak sedap kena tukar pakai nama komersil.. kena ada master/phd, baru nampak cam org pandai.. kena ada harta kalo tak camna 'tolong' pengundi.. pastuh terjerit2 suh org sokong dia.. konon dialah yg patut jadi pemimpin rakyat..
demokrasi kekhalifahan
kita lupa bagaimana Hasan ra leh serah kuasa khalifah pasa Muawiyah sebab nak jaga perpaduan ummah.. yg selalu dok sebut dlm kitab sejarah, Hasan ra lemah.. yg duk sibuk sebut Husin ra sebab Husin ra berjuang sampai akhir hayat mempertahankan hak.. ini citer org syiah laa.. org sunni pun pikir sama gak kebanyakannya.. yg kita tak nampak ialah sifat kepimpinan Hasan ra.. lebih sayangkan ummah dari kuasa.. nih sama dgn bapak beliau, Ali ra.. kalo kita baca sejarah umat Islam, Ali ra nih kalo nak perjuang hak, dari zaman Abu Bakar ra lagi.. tapi beliau pun tahu akan maksud hak yg sebenar.. sekali baca sirah nih mmg nampak cam demokrasi.. beliau bukan baiah Abu Bakar ra dan Umar ra sebab demokrasi.. nih 'tricky' sket nak kupas.. begitu juga masa perlantikan Usman ra..
camna pilih khalifah zaman tuh.. bukan suh semua rakyat mengundi.. sapa undi banyak dapat jadi khalifah.. zaman tuh ramai para sahabat yg pernah hidup sezaman dgn Nabi saw.. sebab tuh diorg tahu sapa nak pilih.. ada panel pemilih.. bukan main bertanding2 saja.. ada sebab org tuh dicalonkan.. maka itu masa Ali ra diangkat jadi khalifah di waktu huru-hara kemangkatan Usman ra, beliau berkali2 tanya dgn tegas akan keputusan para sahabat.. bukan beliau calonkan diri.. para sahabat yg cari beliau..
nak citer hak jadi khalifah nih kena melangkau sampai zaman Nabi Ibrahim as.. dari keturunan nih jurai khalifah.. sebab mmg itulah janji Allah swt.. nih turun menurun ke semua Nabi2 yg kita kenal, hinggalah ke Nabi saw.. dah lepas Nabi saw nih sapa pulak.. walaupun ada pertikaian antara wasiat Nabi saw tuh wujud atau tidak, terutama pegangan syiah ttg ahlul bait, tapi dah ada jugak dlm Quran.. nih kena baca citer Nabi Ibrahim as semula..
khalifah melayu
dalam konteks tanah melayu, yg mendekati sistem nih yg mana? Kerajaan Kesultanan Melayu dari kerajaan Perlak, Samudera, Pasai, Aceh, Beruas, Cincin, etc. hinggalah ke Melaka dan juraian ke negeri2 Melayu yg ada skrg nih.. bagaimana org melayu pilih raja.. dia tak pilih sesama sendiri.. hang lawa dari aku, hang laa jadi raja.. kita amik contoh negeri sembilan, sanggup menyeberang laut amik anak sultan di sumatera dan tabal jadi raja.. kenapa sampai macam nih? keturunan mani purindan bukan sebarang keturunan, bukan sekadar peniaga dari india yg kahwin dgn kerabat aceh..
baca buku2 sejarah melayu nih kena hati2.. bila dia kata anak raja nih dari keturunan iskandar dzulkarnain lah, keturunan dewa2 lah, keluar dari buluh betong lah, jadi dari muntah lembu laa.. itu semua metafora.. jgn tafsir hikayat melayu cam org putih tafsir.. mmglaa tak masuk akal.. org melayu nih bahasa dia halus.. dia cerita tak secara langsung.. dia puji org pompuan cantik cam bulan mengambang.. bukan dia kata macam bulan, tapi sinar cantik tuh macam sinar bulan penuh.. bulan sekerat sinar tak berapa cantik.. maka yg dia puji tuh bukan muka berseri2 pakai bedak sekati tapi adab sopan budi bahasa.. bukan kecantikan fizikal tapi kecantikan dalaman..
aku rasa semua dah tahu akan susur galur salasilah sultan2 kat tanah melayu nih.. maka kita peganglah janji Allah swt dgn nabi Ibrahim as tuh.. kecuali bagi anak cucu baginda yg zalim.. haa.. nih pun kena paham gak.. contohnya syed tuh syed jugak.. tapi bila zalim maka gugurlah haknya.. tapi masih kita takleh kutuk lebih2 diorg nih.. sebab nanti diorg akan menjawab dgn nenda dia teruk dah.. takyah kita tambah2 lak dosa kita yg dah sedia berlambak2 nih.. ahlul bait nih lebih mudah dapat syafaat Nabi saw.. jgn lupa tuh.. kita doa2kanlah mana yg zalim2 nih mudah2an Nabi saw pun bagi syafaat kat kita jugak.. ok melalut dah nih..
menginsafi melayu
usahlah mengasing2kan melayu dari Islam hanya kerana beberapa titik nila yg jatuh ke belanga susu bangsa melayu kerna sudah kesasar tiadk memahami jatidir sendiri.. melayu adalah asas kepada Islam.. sebagaimana Nabi saw menyatukan kaum2 di madinah sebagai ansar dibawah panji Islam, begitu jugalah seharusnya kita menyatukan kaum2 yg mengaku beragama Islam di tanah melayu ini sebagai melayu supaya dapat sama2 bergerak menegakkan dan memperkukuhkan Islam di watan ini..
tanah ini tanah bertuah, tanah milik melayu, tanah asas pembangunan Islam di akhir zaman.. melayu diamanahkan untuk menjaganya dan mempertahankan Islam di atasnya.. dan Islam hanya kan terpelihara jika melayu bersatu-padu..
mari kita sama2 perkukuhkan jemaah melayu supaya dapat membela Islam.. kerna sejarah telah menunjukkan betapa Islam bangun tertegak di zaman Nabi saw bergantung kepada keutuhan dan kekuatan penyatuan jemaah ansar.. maka menginsafi tanggungjawab yg sama, kitalah melayu yg dipertanggungjawabkan pada zaman ini..
wallahualam..
Post a Comment